Dakwah & Nasihat
dakwah n nasihat ini untuk diri kita semua...harap dapat memperbaiki mana yang silap....
Kebinasaan Akibat Banyak Tidur
1. Sakit kepala
Banyak tidur akan mengakibatkan tidak elok pada neurotransmitter yang ada di otak anda. Yang menjadi salah satu punca sakit kepala.
2. Diabetes
Para ahli kesihatan mengatakan bahwa orang yang tidur kurang dari 5 jam atau lebih dari 9 jam memiliki risiko 50% lebih besar terkena diabetes.
3. Obesiti
Bila banyak tidur, akan kurang bergerak. Semakin lama badan tidak bergerak, semakin banyak lemak berkumpul di dalam tubuh. Dari kerana obesiti maka terjadi p**a berbagai2 penyakit yang lain.
4. Sakit bahagian2 badan
Antara yang akan menjadi sakit ialah punggung, belakang, leher, buah dada (bagi wanita) dan bahu.
5. Depresi
Satu kajian yang dijalankan menyebutkan adalah tidur 7-9 jam setiap dalam sehari mempunyai risiko terkena depresi sebanyak 27%, sedangkan tidur lebih dari 9 jam berisiko lebih banyak yakni 49%. Perkara ini menunjukkan bahwa orang yang mengalami depresi cenderung memiliki waktu tidur yang lebih banyak
6. Kurang tumpuan
Tidur terlalu banyak dapat memengaruhi penurunan fungsi sel-sel otak. Akibatnya kehilangan tumpuan dalam kerja2 yang dilakukan.
7. Malas dan kurang mengurus dan berurusan dengan orang lain.
Jika suami atau ayah banyak tidur, akan kurang menguruskan keluarga. Anak isteri akan kehilangan tumpuan dan layanan dari seorang ayah. Suami tidak ambil berat perkara berkaitan isteri. Anak2 p**a tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari ayah.
Jika isteri atau emak banyak tidur, suami menjadi mangsa kerana isteri berkurangan masa untuk melayan suami.
Terhadap anak2 p**a, akan terbiar tanpa urusan yang baik dari ibu.
Rumah dalam keadan tidak terurus yang mengakibat keburukan yang lain.
Malas memasak, membasuh pakaian dan membersihkan rumah.
Jika dia seorang pekerja, kerjanya akan berkurangan dan mutu kerja juga akan menurun.
8. Suasana hati yang tidak baik
Terlalu banyak tidur juga dapat menyebabkan suasana hati yang tidak baik. Anda akan menjadi mudah marah dan s**a membesarkan hal-hal kecil.
Kebanyakkan orang yang banyak tidur adalah seorang yang panas baran, tidak bolih bergurau dan s**a memekik apabila menyuruh sesuatu. Akibatnya orang sekeliling tidak akan menghurmatinya.
9. Menjadi kurang menarik
Banyak tidur tidak dinafikan lagi mengakibatkan perubahan bentuk badan yang menjadi bengkak pada bahagian p**i, leher, pinggang dan paha. Muka akan kelihatan semakin hodoh dari masa sebelumnya. Bahagian muka & badan akan cepat jatuh atau kendur sebelum menjangkau usia 30an.
10. Gangguan jantung
Tidak berarti orang yang banyak tidur akan kena penyakit jantung tetapi kebanyakkan yang kena penyakit jantung ada berkaitan dengan tabiat banyak tidur dan sebab2 lain.
11. Diet yg keji
Orang yang banyak tidur akan menjadi sentiasa lapar. Mereka akan memberi tumpuan yang lebih untuk makan dengan berbagai menu yang melazatkan. Kuantiti yang dimakan p**a akan bertambah dari kerana badan keletihan lama akibat tidur yang mendatangkan rasa lapar.
12.Merosakkan otak
Dalam satu kajian yang dibuat di Universiti London pada tahun 2011 menunjukkan bahwa terlalu banyak tidur maupun terlalu kurang tidur mengakibatkan terjadinya penuaan pada otak 7 tahun lebih cepat. Biasanya, hal ini sangat berisiko pada pelajar dan mahasiswa. Selain itu, pada wanita berusia 45 tahun ke atas yang tidur lebih dari 9 jam sehari berisiko mengalami penuaan otak 2 tahun lebih cepat. Penuaan otak mengakibatkan menurunnya kemampuan otak untuk mempelajari hal-hal baru dan kes**aran menerima informasi.
13. Memengaruhi kesuburan
Kebanyakan tidur dapat memengaruhi siklus menstruasi, pengeluaran hormon, dan ritme sikardian. Wanita yang kurang tidur atau tidur melebihi biasa berisiko mempengaruhi kesuburan sel telur.
14. Pelupa
Metode untuk mengasah otak yang paling baik adalah berpikir. Dengan berpikir, kita bolih meningkatkan pengetahuan. Sementara pada masa tidur, kita tidak mampu melakukan hal tersebut. Bila otak tidak digunakan lama sebab tidur, otak akan menjadi perlahan dari kerana kurang bekerja dan mengakibatkan mudah lupa atau lembab.
15. Stroke
Sebuah kajian menyatakan bahwa tidur lebih dari 8 jam sehari meningkatkan 14% risiko terkena stroke. Bahkan pada mereka yang tidur lebih dari itu maka risiko terkena stroke adalah 3 kali lebih besar.
16. Murung
Terlalu banyak tidur bukan membuat kita menjadi lebih tenang bahkan yang terjadi adalah sebaliknya. Kita bolih menjadi stress serta mudah emosi. Akibatnya akan melakukan hal yang tidak sepatutnya seperti mudah merajuk yang akhirnya akan dibenci olih kawan dan keluarga.
17. Merosakkan Hati
Berkata Imam Ibnul-Qayyim ra : “Adapun lima perkara yang merosakkan hati adalah banyak sangat berosial, banyak angan-angan, bergantung kepada selain Allah swt, banyak makan dan banyak tidur. Inilah lima penyebab utama yang dapat merusak hati ”
18. Malas beribadah
Yang terkahir ini sememangnya benar. Banyak tidur maka kurang jaga. Bila kurang berjaga maka kuranglah waktu kita untuk beribadah seperti solat, belajar agama, berzikir, membaca quran, bersedekah, ziarah dan lain2. Bila kurang ibadah, maka kuranglah pahala. Di akhirat nanti orang yang kurang pahala dari dosanya akan dimasukkan ke dalam api neraka. Wal'iyazabillah..
wallahua'lam
*DAJJAL TELAHPUN WUJUD*
Adakah dajjal telahpun wujud? Berlaku perselisihan Ulama tentang perkara ini sejak zaman dahulu. Ini kerana terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang kewujudan Dajjal pada zaman Rasulullah SAW.
Antara hadisnya ialah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Fatimah binti Qais RA tentang pelayaran Tamim ad-Dari. Beliau mendakwa telah bertemu Dajjal di sebua p**au. Satu lagi hadis adalah dalam Sunan Abi Daud dari Ibn Umar RA tentang yahudi bernama Ibn Sayyad di Madinah. Beliau juga didakwa sebagai Dajjal.
Para ulama bersepakat bahawa kedua cerita ini adalah hadis-hadis Sahih yang tidak perlu diragukan. Tetapi mereka berselisih dalam memahami dan mengulas hadis-hadis tersebut.
Menurut al-Khattabi, al-Qurtubi, al-Baihaqi serta beberapa ulama yang sependapat dengan mereka, Ibn Sayyad adalah salah satu diantara Dajjal-dajjal yang banyak. Disebut dalam satu hadis yang lain bahawa Dajjal itu ada 30 orang. Dajjal yang akan muncul pada akhir zaman adalah Dajjal yang lain bukan Ibn Sayyad.
Menurut Imam al-Nawawi, al-Asqalani dan lain-lain p**a, bahawa Dajjal menerusi kedua hadis di atas itu adalah Dajjal yang sama. Itulah juga Dajjal yang akan muncul kembali pada akhir zaman. Ia hilang pada peristiwa al-Haarah di zaman Yazid bin Muawiyah.
Kesimp**annya, ulama bersepakat bahawa akhir zaman nanti akan muncul juga Dajjal. Sebelumnya akan berlaku Malhamah Kubra iaitu perang dunia. Konstantinople berjaya ditawan kali yang kedua. Rom p**a berjaya ditawan kali pertama.
Ketika umat Islam menakluk Rom itulah, Dajjal akhir zaman akan muncul sebagai pemimpin Yahudi. Orang Islam p**a akan dipimpin oleh Nabi Isa, yang akan membunuh Dajjal dan menghapuskan orang-orang Yahudi.
Wallahualam.
Apakah doa yg paling mahal?
Doa minta hidayah dari Allah agar lebih baik setiap hari dan minta hati tidak lalai dengan dunia!
PERMULAAN MAZHAB...
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu nkepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Islam sebenarnya.
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah akan nikmat Allah berikan kepada kamu, dahulu kamu bermusuh antara satu sama lain, lalu Allah menjinakkan hati-hati kamu, lalu kamu menjadi bersaudara; dan dahulunya berada di tepi gaung api neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dengan nikmat Islam.
Begitulah Allah menyatakan ayat-ayatNya supaya kamu mengambil petunjuk.
Dan hendaklah ada di kalangan kamu ummah yang berdakwah mengajak kepada kebajikan Islam yang menyeluruh, mengajak kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran; merekalah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang berpecah-belah dan bertelingkah antara satu sama lain setelah datang keterangan daripada Allah. Mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang besar dan dahsyat."
3. Perbincangan mengenai Asia Barat memerlukan terlebih dahulu kita mengambil perhatian terhadap:
A) Sejarah Perkembangan Politik Islam setelah kewafatan Rasulullah S.A.W
B) Perkembangan Ilmu yang melahirkan Mazhab dan Kump**an yang berbeza dalam bidang Akidah, Feqah dan Tasawwuf
C) Perkembangan Politik Antarabangsa dan Tempatan terkini
4. Bahagian A:Sejarah Perkembangan Politik Islam
Para Sahabat berkhilaf untuk memilih siapa pengganti memimpin ummat setelah wafatnya Rasulullah S.A.W kerana tidak ada nas yang sahih.
Golongan Ansar mencalonkan pemimpin mereka, Saad bin Ubadah.
Kalangan Ahlil Bait mencalonkan Saidina Ali bin Abi Tholib.
Kekecohan berlaku di tempat perhimpunan di Tsaqifah Bani Saidah, (sekarang ia menjadi kompleks percetakan Al Quran)
Lalu, Saidina Abu Bakar As-Siddiq berjaya menenangkan keadaan, menyampaikan ucapan antaranya menyebut pemimpin daripada Quraisy.
Ibnu Khaldun dalam Kitab Al Muqaddimah menegaskan bahawa maksud Quraisy ialah kaum yang paling berpengaruh, besar kedudukan dalam masyarakat, dan mempunyai kehebatan.
Akhirnya, kesemua mereka bersepakat memilih Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah dan mereka menjadi wazir (Menteri) bagi membantu Khalifah.
Adapun pendapat yang mengatakan Saidina Ali bertaqiyyah dalam melantik Khalifah pertama ini adalah tidak tepat dan bohong kerana Saidina Ali merupakan seorang yang gagah dan berani.
Selepas pemerintahan Khalifah Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab p**a dilantik sebagai Khalifah Kedua dan diikuti oleh Saidina Uthman bin Affan sebagai Khalifah Ketiga.
Ketika pemerintahan Saidina Uthman, berlakunya fitnah bencana yang pertama.
Walaupun ada kitab yang menulis kononnya Saidina Uthman adalah pemimpin yang lemah, hakikatnya adalah ummat yang lemah.
Ramai yang baru memeluk Islam setelah kejatuhan Kerajaan Parsi dan Rom menyebabkan lemahnya amanah dan iman.
Ini keadaan yang dihadapi oleh Saidina Uthman.
Tidak wajar menuduh Saidina Uthman pemimpin yang lemah, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pernah menyebut "adakah aku tidak malu kepada orang yang malaikat malu kepadanya..?"
Ketika Perang Tabuk, Saidina Uthman adalah orang yang paling banyak menderma kerana dia kaya. Nabi Muhammad S.A.W berdoa daripada waktu Isyak sehingga Subuh, baginda memohon kepada Allah agar meredhai Saidina Uthman .
Beliau adalah menantu kepada Rasulluh S.A.W melalui perkahwinan dengan 2 orang puteri Nabi. Jelas menunjukkan penghormatan baginda kepada Saidina Uthman.
Pada zamannya, diadakan 2 kali Azan waktu Solat Jumaat kerana masih tidak ramai yang hadir ketika azan pertama.
Langkah beliau seperti dalam hal pemberian 'atho' menimbulkan tidak puas hati golongan tertentu.
Atho' adalah imbuhan yang diberikan kepada orang tua, miskin dan pegawai kerajaan yang bersara termasuk orang bukan Islam yang tidak ada pendapatan.
Jumlah rakyat semakin ramai menyebabkan tidak seimbang dalam hal pengurusan dan kewangan.
Timbullah pemberontakan terhadap Saidina Uthman.
Para pemuda antaranya Saidina Hassan, Saidina Hussein, Abdullah bin Zubair datang ke rumah Saidina Uthman bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menentang para pemberontak bersenjata. Namun, Saidina Uthman melarang mereka bertindak sedemikian kerana mahukan masalah ini diselesaikan secara damai.
Akhirnya, Saidina Uthman telah mati dibunuh syahid oleh kelompok pemberontak.
Pada ketika itu,para sahabat telah ramai yang meninggal dunia. Yang masih ada antaranya ialah Zubair, Talhah, Saad, Said, dan Saidina Ali. Lalu, mereka pun membaiahkan Saidina Ali sebagai Khalifah Keempat. Saidina Ali tidak mahu menerima jawatan tersebut, setelah didesak barulah beliau menerima pelantikan tersebut.
Negara masih dalam keadaan huru-hara, rakyat haru-biru, ada kalangan yang tidak berpuas hati terhadap Saidina Ali yang masih belum bertindak terhadap pembunuh Saidina Uthman khususnya keluarga Bani Umayyah.
Berlaku p**a Perang Jamal dan Perang Siffin yang termasuk dalam kalangan Sahabat.
Dalam Perang Jamal, ia melibatkan Zubair, Talhah dan Saiyidatina Aisyah menentang Saidina Ali. Keadaan sangat sulit, mereka adalah orang yang dijamin Syurga, bagaimana Saidina Ali mahu berhadapan dengan mereka.?
Saidina Ali berjaya memujuk Zubair dan Talhah berundur, namun mereka berdua dibunuh oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
Saiyidatina Aisyah p**a ditawan, dibebaskan dan dihantar semula ke Madinah.
Berlaku p**a Perang Siffin, Muawiyah dan pengikutnya yang terdiri daripada keluarga Saidina Uthman telah menentang Saidina Ali.
Tuan Guru Presiden PAS menegaskan dalam hal ini, kita jangan teragak-agak untuk menyatakan Saidina Ali berada di pihak yang betul.
Ada hadis yang banyak antaranya Ammar Bin Yasir dibunuh oleh kump**an yang derhaka. Ammar Bin Yasir berada di pihak yang menyebelahi Saidina Ali. Ini hadis sahih yang diriwat oleh Bukhari dan Muslim.
Oleh sebab itu, Saidina Ali dimasukkan sebagai Khulafa' Ar Rasyidin yang diiktiraf oleh semua termasuk Ahli Sunnah wal Jamaah, Syiah, dan Khawarij yang awal.
Selepas Saidina Ali dibunuh oleh kelompok Khawarij, orang-orang di Hijjaz telah membaiahkan Saidina Hassan sebagai Khalifah seterusnya. Namun, beliau tidak senang melihatkan kekacauan yang berlaku lalu meletakkan jawatan.
Selepas itu, tertubuhnya Kerajaan Bani Umayyah yang naik secara darurat, bukannya melalui Baiah Ihtiyari.
Dalam pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, hanya Saidina Umar Abdul Aziz sahaja yang naik menjadi Khalifah melalui persetujuan orang ramai.
Akhirnya, muncullah selepas itu pelbagai mazhab;
a) kump**an yang menyokong pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah
b) kump**an yang menyokong Saidina Ali termasuklah antaranya Ahlil Sunnah, Syiah yang fanatik kepada Saidina Ali dan juga Ahlil Badar seramai lebih 100 orang
5. Bahagian B: Perkembangan Ilmu
Pusat Ilmu ialah di Mekah, Madinah, Taif, Yaman, Damsyik, Iraq, Basrah, dan Kufah.
Di sinilah tempat berkumpulnya para Sahabat menyebarkan ilmu.
Akibat daripada tekanan politik pada zaman pemerintahan Umayyah dan Abbasiyyah, ada kalangan mereka yang jauh berhijrah dari pusat ilmu ini.
Dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah adanya pelbagai mazhab dalam hal Akidah, Feqah dan Tasawwuf.
Begitu juga dalam Syiah dan Khawarij, terdapat pelbagai mazhab di dalamnya.
Kitab yang paling terperinci mengenai kepelbagaian mazhab ini ialah Maqalatul Islamiyyin karangan Imam Mazhab Ahlil Sunnah Wal Jamaah, Abu Hassan Assyaari, zuriat daripada Sahabat Abu Musa Assyaari. Kitab ini lebih terperinci berbanding Kitab Al Milal wal Nihal karangan al-Shahrastani, Kitab Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa' wa al-Nihal karangan Ibnu Hazmin.
Hal ini kerana Abu Hassan Assyaari tinggal di Iraq, tempat lahirnya mazhab feqah dan politik Islam.
Asalnya, kump**an Syiah dan Khawarij termasuk dalam Mazhab Politik Ahlil Sunnah.
Kemudian, tercetusnya kepelbagaian Mazhab Feqah dan Mazhab Akidah yang menyebabkan ia bercampur-aduk dengan Mazhab Politik.
Dalam Mazhab Akidah Ahlil Sunnah ada 3 pecahan;
a) Salafi
b) As Syairah
c) Maturidiah
Dalam Mazhab Fekah Ahlil Sunnah ada 4 pecahan:
a) Hanafi
b) Maliki
c) Syafie
d) Hambali
Syiah p**a ada 3 kump**an yang besar:
a) Ghulah-pelampau Syiah ada 15 mazhab di dalamnya
b) Imamiyyah- ada 24 mazhab di dalamnya
c) Zaidiyyah- ada 6 mazhab di dalamnya
Khawarij p**a ada 2 kump**an:
a) Ibadi- ada perbahasan, ada yang mengatakan mereka masih Ahlil Sunnah, mereka keluar kerana sebab politik. Mereka ini pengikut Abdullah bin Ibad, ramai berada di Musykat, Oman.
Ada sejarahwan mengatakan mereka ini golongan Tabiin, Tabiq Tabiin. Mereka tidak berbaiah kepada Kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyyah.
Mereka terpecah p**a kepada 4 mazhab di dalamnya.
b) Ajaridah- ada 15 mazhab di dalamnya
6. Seterusnya, Tuan Guru Presiden menasihatkan agar kita tidak begitu mudah menyesatkan antara satu sama lain. Ada ulamak yang menghuraikan hadis berkenaan ummat Nabi terpecah kepada 73 puak, hanya 1 sahaja yang masuk syurga. Nabi menggunakan kalimah "ummatnya" yang terpecah bermakna Nabi menganggap mereka itu masih ummat Islam.
Tokoh Salafi yang keras pendiriannya, Syeikh Nashiruddin Al Albani mengatakan tidak boleh mengkufurkan Ahlil Kiblah yang masih menerima Rukun Islam dan Rukun Iman yang asas kecuali bagi yang menafikan perkara nas yang nyata dalam Al Quran, Hadis dan Ijmak.
Imam Malik ada berkata tidak boleh dihukum individu itu sekiranya ada 1 keraguan walaupun sudah ada 99 hujjah.
Majmak Al Fiqh di bawah OIC dalam Sidang di Jordan pada tahun 2006 telah mengisytiharkan 8 Mazhab yang dikira termasuk dalam ummat Islam;
a) Hanafi
b) Maliki
c) Syafie
d) Hambali
e) Zahiri
f) Imamiyyah
g) Zaidiyyah
h) Ibadi
Keputusan ini turut disahkan dalam Persidangan OIC di Mekah.
Namun, apabila berlaku kekacauan sekarang habis dilupai kesemua resolusi ini.
Majma' al-Buhut al-Islamiyyah, institusi di bawah Universiti Al Azhar Mesir pernah menyenaraikan 8 mazhab ini di dalam Ensiklopedianya. Beberapa tokoh ulamak asy-Syaukani dan as-Sanani juga menyebut mazhab ini.
Begitu juga Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan menyebut dan menaqolkan pendapat mereka di dalam kitab beliau.
Namun, keadaan yang berlaku hari ini telah dipengaruhi oleh suasana politik
"Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia,
ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi Allah dan manusia."
MENGAPA SEMPIT PINTU REZEKI?
- Mungkin bangun subuhnya lambat.
- Mungkin solatnya kurang lama.
- Mungkin kurang khusyu' berdoanya.
- Mungkin kurang sedekahnya.
- Mungkin kurang bersyukur untuk nikmat yang sudah diberi.
- Mungkin kurang usaha dan kerja keras.
- Mungkin kurang bersabar.
- Mungkin kurang dalam beristighfar.
- Mungkin kurang berbaikan dengan sesama.
- Mungkin kurang berhusnudzon; bersangka baik kepada Allah.
- Mungkin belum menyantuni tetangga.
- Mungkin kurang menyapa saudara.
- Mungkin kurang dalam berbakti pada orang tua.
- Mungkin harus dikurangi chatting dan perbanyak zikirnya.
- Mungkin kurang mendekatkan diri kepada Allah.
Dan banyak kemungkinan lainnya, masing-masing hendaklah bermuhasabah diri.
Allah itu tergantung dari prasangka kita.
Jika berprasangka baik, maka Allah lebih baik dari yang kita kira.
Begitu sebaliknya.
Perbanyakkan memohon ampun/istighfar, selawat, do'a dan sedekah.
Bersabar menunggu.
Tenangkan hati kerana rezeki tidak mungkin tertukar.
Hanya Allah yang memberi taufik.
Tetap istiqomah bersama Allah.
Bersama Allah pasti ada solusinya
Robbana Taqobbal Minna.
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), amin.
Semoga bermanfaat
Usahakan TAHAJUD walaupun hanya cuma dua raka'at.
Ramai orang yang ingin berada di maqam kemuliaan tapi enggan berada di maqam tanggungjawab. Padahal tidak ada kemuliaan tanpa punya rasa tanggung jawab ke atas agama ini!
ustaz wadi anuar
Perangai pelik segelintir pengguna facebook ni, dekat intro tulis mengagumi Uwais Al Qarni tapi wall facebook penuh dengan selfie...
Uwais Al Qarni tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit. Kita p**a nak pop**ar di bumi dan dalam masa yang sama nak pop**ar di langit.
PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
SYIAH DAN KEPERCAYAAN IMAM MAHDI
Kepercayaan tentang kebangkitan Imam Mahdi di akhir zaman boleh dikategorikan kepada tiga kump**an:
1. Kump**an pertama adalah golongan yang menolak terus individu bergelar al-Mahdi. Bagi mereka, kebangkitan al-Mahdi yang disebut oleh Hadis hanyalah kiasan, sebagai simbolik kepada tertegaknya keadilan di atas muka bumi. Pandangan ini dipegang oleh mereka yang hanya berfikir melalui akal semata-mata tanpa mempedulikan nas-nas yang sahih lagi mutawattir.
2. Kump**an kedua p**a adalah mereka yang percaya akan zahir manusia yang bergelar al-Mahdi, tetapi menokok tambah hakikat kebangkitannya dengan cerita-cerita karut dan hadis-hadis daif lagi maudhu'. Kepercayaan ini menurut sebahagian kump**an tasawwuf bathiniah dan juga syiah.
Sebahagian syiah di Iraq, Iran dan selatan Lubnan percaya seorang yang bernama Muhammad bin Hasan al-Askari adalah imam Mahdi. Beliau adalah keturunan Nabi SAW dan mengikut kepercayaan sebahagian syiah imamiah yang pengikut berjuta-juta seluruh dunia, beliau adalah imam ke-12 yang dipenjara sehingga mati di zaman Abbasiyyah.
Pada zaman Umawiyyah dan juga Abbasiyyah, Ahlul Bait diburu, diperangi, dipenjara dan dibunuh kerana pengaruh mereka yang kuat dikalangan umat Islam mampu menggugat kerajaan pada masa itu. Imam-imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, as-Syafie dan Ahmad juga pernah ditangkap dan diseksa kerana menyokong Ahlul Bait. Mereka tidak syiah, tetapi atas dasar kebenaran. Imam-imam mazhab ini menyatakan apa yang berlaku adalah kezaliman terhadap Ahlul bait.
Imam Abu Hanifah ditangkap dan dipaksa berbaiah. Apabila beliau enggan, dituduh bersekongkol dengan Imam Jaafar as-Sadiq, salah seorang ulama dan imam 12 mengikut kepercayaan syiah. Abu Hanifah diseksa di dalam penjara sehingga mati.
Jaafar as-Sadiq adalah guru Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie. Beliau seorang mujtahid mutlak. Malangnya ramai golongan mutakhir yang tidak mengenali Jaafar as-Sadiq mencerca beliau atas isu Sunni-Syiah.
Imam Malik juga dipaksa berbaiah kepada Abu Jaafar al-Mansur. Beliau dengan berani menyatakan baiah paksa tidak sah, sebagaimana cerai paksa. Akibatnya beliau dipukul sehingga berlumuran darah pada pakaiannya. Oleh kerana kerajaan takutkan pengaruh Imam Malik yang besar di Mekah/Madinah, beliau akhirnya dibebaskan.
Imam Syafie turut ditahan, dibawa ke hadapan khalifah Harun ar-Rasyiddah dipaksa berbaiah. Beliau juga tidak memberi baiah sebaliknya memberi jawapan mengelak. Katanya, Abbas bapa saudara Nabi, Bani Hasyim keturunan Nabi. Semua anak beranak. Akhirnya beliau dilepaskan.
Dalam satu syairnya, imam Syafie berkata
"إن كان الرفض حب أهل البيت فأنا رافضي"
Sekiranya yang dikatakan Rafidhah itu adalah mereka yang kasih kepada ahlul bait, maka aku juga adalah seorang Rafidhi!
Imam-imam mazhab mengakui bahawa Saidina Ali benar dalam peperangan dan Muawiyah yang salah. Selain dari memahami situasi yang berlaku pada waktu itu, mereka juga bersandar kepada Hadis Nabi SAW:
قتل عمار فئة باغية
"Ammar (bin Yaasir) akan dibunuh oleh kump**an yang bughah (memberontak)."
Pada peperangan Siffin, Ammar berada di pihak Saidina Ali dan syahid dibunuh oleh tentera Muawiyah. Ini menunjukkan tindakan Muawiyah adalah bughah, pemberontakan terhadap khalifah yang sah.
Tidak dinafikan, Muawiyah juga sahabat Nabi. Tetapi yang jelas salah tetap perlu dinyatakan salah. Ada juga yang suruh serah kepada Allah SWT sahaja urusan ini. Jangan peduli siapa betul siapa salah. Mana boleh serah begitu sahaja dalam perkara yang sudah jelas disebutkan dalam nas. Cuma, kita tidak mengkafirkan sahabat sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian syiah yang ekstrim.
Malangnya ada juga pihak yang terlalu termakan denga sentimen sunni-syiah, sehingga membela Muawiyah dalam hal ini. Ada ulama-ulama yang tulis kitab membela Muawiyah. Ini semua adalah tindakan yang salah.
Muhammad bin Askari dipercayai ghaib, disembunyikan di Sardab dan akan muncul pada akhir zaman. Pandangan ini hanya bersandar kepada sangkaan-sangkaan semata-mata tanpa merujuk kepada nas-nas yang sahih.
Bahkan menurut Ibn Khaldun, terdapat satu mazhab Syiah yang bernama Nakhawilah tinggal di Madinah, mempercayai bahawa Imam Mahdi adalah seorang yang bernama Muhammad bin Hanafiah, anak saidina Ali yang ghaib dalam peristiwa Karbala'. Beliau akan muncul kelak setelah selama ini bersembunyi di satu bukit berhampiran Madinah bernama Radhwa.
Semua ini mengarut dan sesat, tetapi tidaklah jatuh kafir dengan pandangan sebegini.
3. Kump**an ketiga berkenaan Imam Mahdi adalah pandangan ahli Sunnah wal Jamaa. Mempercayai kemunculan Imam Mahdi secara hakikat pada akhir zaman, berpandukan kepada nas-nas yang sahih lagi mutawatir. Pandangan ini dipimpin oleh imam-imam Mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, As-Syafie, Ahmad, dan termasuk Ibnu Kathir, As-Suyuthi serta Ibn Taimiah.
Masjid Rusila
25 Safar 1438
25 November 2016
(Alang Ibn Shukrimun)
Telegram:
http://tinyurl.com/AlangIbnShukrimun
Facebook:
https://m.facebook.com/alangshukrimun/
Alang Ibn Shukrimun Channel You can view posts by right away.
Maafkan kami wahai saudara-saudara kami Muslim Rohingya. Kami tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk membantu kamu. Tangan kami terikat, mulut kami ditutup rapat dan mata kami telah dibutakan. Kami redha dengan apa yang sedang kami hadapi dan kami juga berharap agar kamu juga redha dengan apa yang kamu sedang hadapi.
BERDERAI AIR MATA 😭😭
Petang tu Azhar, isteri dan anaknya ke pelantar ikan. Si isteri minta udang segar. Azhar beli udang 2 kilo RM70.
Di tepi mereka ada sorang pakcik tu ambil ikan yang agak berbau, kami panggil ikan baja.
Pakcik itu bayar RM2. Anak Azhar (Iqram) cakap, pakcik hendak bagi makan kucing ke?
Ikan tu tak berapa elok, anjing kebun ayah pun tak nak makan, berbau.
Pakcik itu terus gosok kepala anak Azhar (Iqram) sambil berkata “anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak toreh getah lagi, tak larat, ikan ini bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing. Pakcik beli untuk keluarga pakcik”.
Azhar tergaman, lalu mintak maaf sangat-sangat dgn pakcik tu. Orang2 di pelantar ikan semua terdiam. Iqram terus nangis, Iqram minta maaf ayah, Iqram ingat pakcik hendak bagi kucing.
Terus Azhar beli ketam dan udang dekat pakcik itu. Berat juga pakcik tu mau ambil tapi bila lihat Iqram nangis.. dia gosok kepala Iqram lagi, ucap terima kasih.
Malam tu bila isteri hidangkan ikan masak steam dan udang goreng, terus airmata Azhar berderai, emak makan apa dekat kampung malam ini?
Sewaktu Azhar kecil dulu, beliau juga lalui perkara yang sama, emak kutip ikan yang tidak sesuai buat keropok di dalam tong ikan untuk lauk nasi kami sekeluarga.
Hari ini Allah swt ingatkan Azhar lagi dari mana Azhar datang. Sebenarnya kesusahan itu nikmat, merasai kes**aran orang lain untuk survival hidup setelah kita mendapat lebihan rezeki Nya.
Di atas rezeki kita ada hak untuk mereka.
Ya Allah ya Rabbku... tetapkanlah hati kami dalam memahami hikmah Mu, jauhkanlah kami dari bangga diri ya Allah.
Ya Allah ya Rabbku . ..jauhi lah kami dr bangga diri
Sumber FB: Hazaruddin Abdullah
Ada seorang raja yang memerintah di sebuah negeri.
Raja ini memiliki seorang pembantu yang jika dia terkena sesuatu musibah, dia selalu berkata “Al Khair Mukhtarallah” (Yang terbaik adalah pilihan Allah).
Suatu hari raja tersebut makan. Kemudian salah satu jarinya terpotong pisau. Spontan pembantunya berkata “Al Khair Mukhtarallah” (Yang terbaik adalah pilihan Allah). Mendengar perkataan itu, sang raja pun marah dan murka kepada pembantunya. Akhirnya pembantunya dimasukkan ke dalam penjara. Tatkala akan dimasukkan ke dalam penjara, pembantunya berkata lagi,“Al Khair Mukhtarallah” (Yang terbaik adalah pilihan Allah). Sang raja pun semakin murka kepadanya.
Hari pun berlalu. Pada satu hari sang raja pergi memburu bersama pengawal dan anak buahnya hingga mereka keluar dari wilayah kerajaannya. Tiba-tiba mereka bertemu dgn orang-orang penyembah api (kaum Majusi). Mereka pun menangkap sang raja beserta rombongannya untuk dijadikan korban dewa api mereka. Satu per satu pengawal raja dibunuh hingga tibalah giliran sang raja.
Tatkala raja tersebut akan dipenggal, salah seorang kaum Majusi itu melihat jari sang raja yang terpotong. Bagi mereka korban haruslah sempurna sementara ada cacat dalam tubuh sang raja. Akhirnya sang raja tidak jadi dibunuh dan dia dibebaskan dalam keadaan hidup.
Sang raja gembira dan bersyukur. Segera dia teringat pembantunya yang dipenjarakannya dulu. Raja pun kembali ke istananya dan bertemu pembantunya untuk membebaskannya. Setelah membebaskan pembantunya, raja menceritakan peristiwa yg menimpanya dan pengawa-pengawalnya, namun masih ada satu pertanyaan yang bermai-main dalam hati sang raja. Dia pun bertanya kepada pembantunya,
"Mengapa ketika kamu dipenjara, kamu mengatakan, “Al Khair Mukhtarallah” (Yang terbaik adalah pilihan Allah) ?"
Pembantunya menjawab sambil tersenyum,“Jika aku tidak dipenjara, mungkin aku sudah dibunuh seperti pengawal dan anak buah tuanku di luar sana!”
kata seorang ulama besar
jika mengaji bab feqah tpi bercakap bab tasawur..maka rosak..belajar bab tauhid tpi ckap bab politik islam...maka rosak..mengaji bab usuludin tpi ckap bab muamalat islam..maka rosak..begitulah sebaliknya..
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
Jika Rasullulah masih hidup, baginda akan mempertahankan umatnya dari Dajal ini, tetapi baginda telah wafat dan menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menepis fitnah dajal ini.
Bagaimana kita mahu untuk menepis fitnah Dajal ini?
Kita mestilah memperkuatkan diri kita dengan ibadat, kembali kepada ajaran Islam yang sebenar,tinggalkan segala hal yang boleh melemahkan iman kita dan kita juga mestilah melengkapkan ilmu di dada untuk menolak penyelamat yang salah ini. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat perlindungan Allah dari fitnah Al-Masih Ad-Dajal!
kenapa Allah memberi rezeki kepada manusia walaupun dia seorg yang kafir....??
kerana dunia ini tiada nilai disisi Allah...
sejarah Al Hussien...
Di sebalik kisah Pembunuhan Al Hussain RA
Pembunuhan Al Hussain cucu Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah satu peristiwa yang menyedihkan umat Islam yang dianggap satu malapetaka dalam sejarah umat Islam, tetapi tidak patut dijadikan sebab untuk menghalalkan darah umat Islam dengan alasan nak mencari pembelaan dan balas dendam atas kematian Al Hussain..
Pada tahun 41 Hijarah Al Hassan bin Ali رضي لله عنه mencapai satu perjanjian perdamaian dengan Mu'awiyyah رضي الله عنه dalam usaha Al Hassan menghalang berlakunya pertumpahan darah di antara umat Islam dan terus beri Bai'ah kepada Mu'awiyyah sebagai Khalifah dan pemimpin umat Islam... tindakan AL Hassan رضي الله عنه satu tindakan yang bijak dan penuh hikmah sehingga menyebabkan umat Islam bersatu padu semula, tahun itu digelar عام الجماعة tahun Jemaah umat Islam di mana tiada lagi penumpahan darah umat Islam, dan kata kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan jangkaannya mengenai cucunya itu (Al Hassan) menjadi kenyataan apabila Rasulullah saw berkata mengenai AL Hassan ketika beliau kecil lagi:
((إن ابني هذا سيد، ولعل الله يصلح به بين فئتين عظيمتين من المسلمين)).
((sesungguhnya anak aku ini seorang ketua, mudah mudahan Allah swt menjadikan dia sebab untuk membaiki dan menamatkan persengketaan antara dua kump**an besar umat Islam)).
Selepas kejayaan itu hubunggan Al Hassan dan AL Hussain dengan Khalifah Mu'awiyyah menjadi makin rapat dan mesra bahkan mereka berdua selalu menziarahi Khalifah di Damsyiq dan Mu'awiyyah memuliakan mereka dengan hadiyyah dan pemberian yang mewah.
Tetapi keadaan agak berubah apabila Mu'wiyyah buat keputusan yang mengejutkan untuk melantik anaknya Yazid sebagai penganti selepas kewafatannya, keputusan itu tidak di indahkan oleh beberapa sahabat termasuk Abdullah ibnu Az Zubair, Abdullah ibnu Umar dan AL Hussain bin Ali رضي الله عنهم أجمعين.
Al Hussain enggan beri Bai'ah kepada Yazid, dan terus pindah ke Madinah daripada Makkah, dan apabila penduduk Irqa khususnya penduduk AL Kufah mengetahui mengenai pendirian Al Hussain yang tidak setuju dengan pelantikan Yazid bin Mu'awiyyah, mereka terus mengutuskan surat kepada Al Hussain yang menyatakan sokongan padu mereka kepada AL Hussain dan hasrat mereka yang tinggi untuk melantik beliau sebagai Khalifah umat Islam, kerana mereka ketika itu tidak setuju juga dengan keputusan pelantikan Yazid.
Surat yang diutuskan oleh penyokong Al Hussain di Al Kuffah tidak terputus putus sehingga bilangannya sampai sehingga 500 surat sokongan !!
Al Hussain masih ingat lagi bagaimana pengkhianatan penduduk AL Kuffah dan Iraq terhadap ayahnya Ali رضي الله عنه yang banyak menyusahkan Ali ketika menjadi khalifah... lalu Al Hussain hantar sepupunya مسلم بن عقيل بن أبي طالب Muslim ibnu Uqail untuk merisik dan mencari kesahihan sokongan penduduk Al Kuffah.. bila Muslim sampai ke AL Kuffah dia mendapati bahawa kebanyakan penduduk sana harapkan kehadiran AL Hussain, dan enggan beri bai'ah kepada Yazid.. ribuan penyokong Al Hussain datang untuk bertemu dengan Muslim yang menetap di rumah Hani' ibnu Urwah ketika itu dan mereka telah membanjiri rumah itu sehingga Muslim menjadi yakin dengan sokongan mereka itu. di katakan bilangan mereka yang berjanji akan sokong dan mempertahankan AL Hussain mencapai 10 ribu orang !
Gabenor Al Kuffah ketika itu adalah النعمان بن بشير Annu'man ibnu Basyeer telah mengetahui mengenai gerakan Muslim ibnu Uqail tapi beliau tidak melakukan sebarang tindakan bahkan Annu'man hanya membisu, sehingga ada orang dari Al Kuffah yang bocorkan mengenai gerakan Muslim kepada Khalifah Yazid, lalu Yazid terus memecat Annu'man dan melantik seorang Gabenor yang baru ia itu Ubaidillah ibnu Ziyad.
Ubaidillah terus bertindak dan memeriksa sendiri kesahihan keadaan di AL Kuffah.. beliau memasuki bandar Al Kuffah dalam keadaan menetupi wajahnya dan menyamar sebagai orang baru, dan apabila beliau memberikan salam kepada orang ramai, mereka akan jawab: Wa Alaikum Assalam wahai cucu Rasulullah.. mereka ingat beliau adalah Al Hussain yang baru sampai Al Kuffah.. Ubaidillah merasai bahaya situasi ini lalu terus menghantar seorang perisik yang menyamar sebagai penyokong Al Hussain sehingga dapat mengetahu tempat tersembunyinya Muslim ibnu Uqail...
Ubaidillah terus keluarkan arahan untuk menahan Muslim dan penjarakan dia, tetapi Muslim terus keluar bersama 4 ribu penyokongnya dan mengepung istana Gabenor Ubaidilillah ibnu Ziyad... tetapi Ubaidillah telah melakukan rancangan yang licik, dia telah suruh pembesar pembesar Al Kuffah yang ada di majlis beliau ketika itu supaya memujuk keluarga masing masing supaya tinggalkan Muslim dan dia janji akan berikan mereka hadiyyah yang banyak.. rancangan Ubaidilillah itu telah berjaya... seorang demi seorang penyokong Muslim meninggalkannya sehingga tinggal bersamanya 30 orang daripada 4 ribu yang terkumpul mula mula !! Akhirnya Muslim tertinggal kesorangan sehingga ditangkap oleh tentera Gabenor dan dipenjarakan.... di situ kita boleh melihat kerapuhan sokongan pengikut (Syiah) Muslim dan bagaimana mereka terus mengkianati perjanjian mereka kepada Al Hussain apabila dapat habuan berbentuk hadiyyah dan wang!
Ubaidillah memutuskan untuk membunuh Muslim, tapi Muslim meminta satu wasiyyat sebelum dibunuh.. tetapi kepada siapa Muslim nak beri wasiat.. dia pusing di dalam Istana sehingga ternampak Omar ibnu Saad ibnu Waqas lalu berkata kepada Omar ibnu Saad: "awak adalah orang yang paling dekat dengan saya, saya mahu berpesan kepada awak supaya utuskan surat kepada Al Hussain suruh dia jangan datang ke Iraq dan terus kembali semula ke Madinah.. Omar ibnu Saad terus utuskan seorang kepada Al Hussain dan memberitahu beliau bahawasannya keadaan telah tamat dan penduduk Al Kuffah telah mengkhianati beliau.. Muslim berkata dengan kata kata beliau yang sangat masyhur:
((إرجع بأهلك ولا يغرنك أهل الكوفة فإن أهل الكوفة قد كذبوك وكذبوني وليس لكاذب رأي)).
Bersambung....
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
2515
Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA
Kuala, 21300
Selamat datang ke Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA
Universiti Malaysia
Kuala, 21300
Official page for Naval Architecture Club in Universiti Malaysia Terengganu.
21030
Kuala, 21030
We share various interesting information, pictures and facts about biodiversity around us and also a
Kuala, 21030
OFFICIAL PAGE KELAB DIKIR BARAT UMT UNTUK SEMUA "TEGUH BANGSA KERANA BUDAYA" UPDATE SEGALA AKTIVITI KELAB INFO MENARIK DIKIR BARAT JANGAN LUPA FOLLOW
Kolej Universiti Islam Perlis, Taman Seberang Jaya 3
Kuala, 02000
Laman ini akan memberikan anda maklumat dan info yang berkaitan.
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan UniSZA