CID Kuantan
Official Page Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan
Kejadian di Masjid Negeri...
Selamat Menyambut Peringatan Hari Polis Ke-216
Sidang media Geng Tong Gas
Sidang media kejayaan tangkapan dan rampasan CID Kuantan
UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN YAB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Semoga Malaysia terus cemerlang dan gemilang di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri!
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik βLikeβ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#24112022
PRU-15: DO'S AND DON'T TEMPOH BERKEMPEN
Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang cuba mencetuskan provokasi, mengganggu gugat ketenteraman awam dan melanggar undang-undang khususnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 semasa Hari Penamaan Calon, tempoh berkempen, Hari Mengundi dan tempoh selepas mengundi atau pasca Pilihan Raya Umum (PRU).
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik βLikeβ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#07112022
πππππππππππ πππππ ππππ ππ% πππππππ πππππππ πππππππ ππππππππ ππππππππ ππππππππ ππππ ππππππ ππππππ
Tempat :
Perkarangan Stadium Darul Makmur dan
Kaunter COPS BSPTD IPD Kuantan.
Tarikh :
28/10/2022 (jumaat) hingga 30/10/2022 (Ahad)
Masa :
08:00 Pagi - 05:00 Petang
Saman seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak πππππππ saman JPJ.
π²π¬πΊπ¬π΄πΌπ¨ πΊπ¨π΄π¨π΅ π³π¨ππ¨π² π΄π¬π΅π«π¨π·π¨π» π«π°πΊπ²π¨πΌπ΅ π²π¬πͺπΌπ¨π³π° :
1. Saman lampu isyarat merah
2. saman menggunakan lorong kecemasan
3. Saman memotong secara bahaya
4. Saman memotong digarisan berkembar
5. Saman kemalangan
6. Saman non compound (N/C)
7. Saman bicara mahkamah (m)
8. Saman kenderaan berat (^)
9. Saman Ubahsuai ekzos (Γ«)
Mari bersama-sama memeriahkan program tersebut.
Assalamualaikum...
Ayuh bersama kami dalam Forum Bicara Pahlawan pada 21 September 2022 (Rabu) selepas Maghrib
Kita akan sama-sama mendengar kupasan berkenaan βIslam dan Sifat Keberanianβ; yang akan dikupas bersama oleh Imam Besar Masjid Negeri dan DCP Datoβ Abdul Razak bin Mohd. Yusof, SP. (Timbalan Ketua Polis Pahang)
DCP Datoβ Abdul Razak sebelum ini merupakan Komander 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas di Ulu Kinta Perak. Beliau juga adalah Presiden World Police Skydiving Association (WPSA) dengan sayap Para Jump Instructor; selain kepakaran dalam selam tempur dan pandu udara
Untuk rekod, beliau adalah satu-satunya penerima pingat keberanian tertinggi negara iaitu Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) atau the Grand Knight of Valour; yang masih aktif dalam perkhidmatan
Anugerah Seri Pahlawan ini diterima bagi menghargai keberanian beliau bersemuka dan berhadapan dengan kumpulan al-Maunah pada 2 Julai 2000 (Ops Suboh)
Jumpa di sana
"Makmurkan Masjid, Berdayakan Umat"
Gaya Hidup Sihat (GHS) anjuran Cawangan D4/D7/D9/D6
Tarikh: 02/09/2022
Masa: 0830hrs
Tempat: Bukit Pelindung Kuantan
Walaupun sibuk dengan tugas. Aktiviti sukan turut dijalankan oleh Cawangan CID Kuantan bagi memastikan setiap pegawai kanan dan pegawai polis Cawangan CID Kuantan sentiasa sihat dan cergas. Kecergasan fizikal amat penting bagi mengekalkan prestasi kerja yang tinggi. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan...
ππππππππ πππππ πππππ ππππππ
MERAFAK SEMBAH MENYEMBAHKAN UCAPAN SETINGGI TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-62 KEBAWAH DULI YANH MAHA MULIA SERI PADUKAN BAGINDA RAJA PEMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAINUNAH ISKANDARIAH BINTI AL-MARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ
Daulat tuanku...
SELAMAT MENYAMBUT HUT PERKEP KE-54 TAHUN
Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun ke-54 Persatuan Keluarga Polis PERKEP Malaysia.
Sesungguhnya peranan dan penglibatan suri, Pegawai Kanan Polis Wanita dan Pegawai Rendah Polis Wanita yang menjadi ahli PERKEP amat dihargai kerana sentiasa menjadi βtulang belakangβ yang kukuh, tunjang kekuatan buat Pasukan.
Semoga semua inisiatif PERKEP yang telah dan bakal dilaksanakan akan terus membawa manfaat buat warga Sang Saka Biru, menepati slogan βKeluarga Bahagia Pasukan Sejahteraβ.
Terima kasih PERKEP!
#03082022
[HEBAHAN] FORUM POCA: βDALAM DILEMA...IBARAT HARIMAU HILANG TARINGNYAβ
Jangan lupa saksikan secara langsung forum khas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) yang bertajuk βDalam Dilema...Ibarat Harimau Hilang Taringnyaβ pada 4 Ogos ini jam 10.00 pagi hanya di Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia.
Ikon siarawan terkenal dari Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar selaku moderator akan mengendalikan perbincangan ilmiah tersebut bersama ahli panel yang terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas Peguamcara Negara, Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Seri Abdul Razak Musa, bekas Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan, AGC, Datoβ Ishak Mohd Yusof serta Pakar Kriminologi dan Psikologi Kriminal, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik βLikeβ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#02082022
KETUA POLIS PAHANG DIKURNIA DARJAH KEBESARAN SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG
Seluruh warga PDRM Kontinjen Pahang dengan penuh takzim dan rasa bangga ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada CP Dato' Sri Ramli bin Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Pahang di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato' Sri sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-63 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN
Pengorbanan perajurit berjaya mematahkan keganasan komunis dan menamatkan Darurat pada 31 Julai 1960, maka tarikh itu menjadi Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun hingga ke hari ini.
Sempena sambutan Hari Pahlawan tahun 2022, CP Dato' Ramli bin Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Pahang serta warga PDRM Kontinjen Pahang mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua pesara,bekas polis, petugas era darurat mahupun yang masih berkhidmat. Semoga pahlawan-pahlawan kita sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan di limpah rezeki serta mendapat ganjaran keberkatan di dunia dan akhirat kelak. InsyaβAllah.
MERAFAK SEMBAH MENYEMBAHKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
SULTAN DAN RAJA PEMERINTAH BAGI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SERTA SEGALA JAJAHAN TAKLUKNYA.
Daulat Tuanku.....
SALAM MA'AL HIJRAH 1444H/2022
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baharu bagi Takwim Islam. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membina lembaran dan iltizam baharu untuk maju ke hadapan dalam melaksanakan sesuatu perkara dan semoga memperolehi
keberkatan dan keredhaan dariNya.
CP Dato' Ramli bin Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Pahang mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1444H/2022 kepada seluruh umat Islam.
βKeluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuranβ
GENERAL ROLL CALL BULAN JULAI 2022 & GAYA HIDUP SIHAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH IPD KUANTAN
Tarikh: 29/07/2022
Masa: 0300 Petang
Tempat: Perkarangan Parkir Blok B & C, IPD Kuantan
Aktiviti bulanan ini dihadiri oleh DSP Venlan (KBSJD Kuantan), Pegawai Kanan, Pegawai Polis & Pegawai Tadbir Awam CID Kuantan bagi menyampaikan arahan - arahan terkini dari pucuk pimpinan PDRM. Aktiviti General Row Call ini diteruskan dgn aktiviti Gaya Hidup Sihat. Walaupun sibuk dengan tugas hakiki faktor-faktor kesihatan tidak dilupakan. Fizikal dan emosi yang sihat dapat membantu kesemua pegawai-pegawai CID Kuantan menjalankan tugas ditahap yg optimum. Aktiviti GHS CID Kuantan akan diadakan pada setiap minggu.
Perlawanan Persahabatan antara CID Kuantan menentang JPN Negeri Pahang.
Pasukan CID Kuantan terdiri daripada sebahagian Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan (CID Kuantan) menentang Pasukan JPN Negeri Pahang. Perlawanan persahabatan ini adalah salah satu aktiviti community policing yg dijalankan oleh pihak CID Kuantan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik PDRM bersama agensi kerajaan.
PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA HARI RAYA EIDβL ADHA TAHUN 2022 MASIHI / 1443 HIJRAH
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan limpah kurnia-Nya yang tidak terhitung, seluruh umat Islam, khususnya rakyat di negara ini dapat merasai kembali kemeriahan sambutan Eidβl Adha atau Hari Raya Korban pada tahun ini.
Kehadiran Eidβl Adha juga mengingatkan kita kepada kisah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan suruhan Allah SWT, ketabahan Siti Hajar mengetepikan perasaannya sebagai ibu serta keredaan Nabi Ismail a.s sebagai seorang anak menempuh ujian demi memenuhi perintah Ilahi.
Peristiwa tersebut membawa mesej yang jelas kepada umat Islam bahawa walau seberat mana sekalipun ujian dan liku kehidupan dihadapi serta pengorbanan yang perlu dilakukan, seseorang insan yang kukuh imannya, akan mentafsirkan setiap perkara yang berlaku, mempunyai hikmah disebaliknya.
Begitu jualah ujian pandemik COVID-19 sepanjang tempoh dua (2) tahun yang lalu. Ancaman krisis kesihatan luar jangka tersebut telah mengubah hampir keseluruhan normal kehidupan manusia sejagat. Namun, kebijaksanaan pihak Kerajaan mengatur strategi, kesanggupan petugas barisan hadapan merisikokan diri dan kepatuhan rakyat Malaysia terhadap segala Prosedur Operasi Standard (SOP), adalah bukti perjuangan dan pengorbanan terhebat Keluarga Malaysia sehingga membolehkan kita kembali menikmati kehidupan seharian dalam norma baharu pada hari ini.
Konsep berkorban yang luas intipatinya, juga berkait rapat dengan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang telah diamanahkan untuk menjaga keamanan serta keselamatan negara ini. Kesanggupan kita mengetepikan kepentingan diri demi mengutamakan kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara, adalah satu bentuk pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Semoga setiap pengorbanan yang kita curahkan pada jalan jihad ini diterima dan diberikan ganjaran di akhirat kelak, Insya-Allah.
Di kesempatan ini, saya dan isteri serta seisi keluarga dengan seikhlas hati mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidβl Adha 1443 Hijrah, kepada seluruh warga PDRM dan rakyat Malaysia, amnya. Marilah kita hiasi Eidβl Adha ini dengan memperbanyakkan takbir dan bertahmid, sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd.
(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia
Penularan berita palsu memgenai kegiatan penculikan kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ yang telah ditularkan baru-baru ini..
CERAMAH KEGANASAN RUMAH TANGGA SEMPENA HARI BERSAMA AGENSI AWAM DI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) WILAYAH LAUT 1 KUANTAN PAHANG
Tarikh: 30/06/2022
Masa: 0900hrs - 1700hrs
Tempat: Dewan Markas Wilayah Laut 1 Kuantan Pahang.
Penceramah: Insp Nor Aisah binti Tompang (Insp (D11), Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuantan)
PENGISIAN CERAMAH
1. Menerangkan tentang fungsi bahagian D11.
2. Memberi kesedaran berkaitan Keganasan Rumah Tangga (KRT).
3. Memberikan perincian salah laku yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
4. Penerangan berkaitan proses siastaan yang dijalankan oleh pihak PDRM.
5. Memberikan penerangan berkaitan perundangan yang digunapakai bagi kesalahan di bawah KRT.
6. Penerangan berkaitan agensi yang terlibat dalam KRT.
7. Memberikan penerangan ringkas berkaitan tugas AMANITA dan sebab ianya ditubuhkan.
8. Sesi soal jawab.
ANTOLOGI PUISI KEPOLISAN #58
Puisi: Polis Diraja Malaysia
Nukilan: Puan Aminah Salleh, Pesara Kakitangan Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Kami mengalu-alukan sumbangan karya berbentuk sajak, puisi atau syair daripada para pegawai kanan, anggota dan pegawai awam PDRM untuk dimuat naik ke dalam Media Sosial Rasmi PDRM.
Karya anda boleh dihantar ke emel [email protected].
Sila pastikan setiap karya yang dihantar adalah asli dan tidak menciplak mana-mana hak cipta orang lain. Sertakan bersama nama penuh, pangkat dan tempat bertugas anda.
#24062022
Bersama kita terus memperkasakan tulisan jawi.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik βLikeβ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#24062022
Perkongsian maklumat kepada semua dan peringatkan kepada pemilik kenderaan utk menjaga keselamatan kenderaan anda. Jangan lupa utk menggunakan kunci tambahan. Jangan letak kenderaan anda dikawasan yg sunyi dan gelap.
Anggota polis tenangkan wanita tersesat dalam dusun "Wanita Cina itu dikatakan duduk di dalam kereta hampir setengah jam kemudian keluar daripada kereta serta terus menerkam dan memeluk Norsiah sambil teresak-esak,β kata Zaiham.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Kuantan
25000
Bukit Sekilau
Kuantan, 25200
Page ini merupakan Facebook rasmi bagi Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran
Tingkat 17, Kompleks Teruntum, Jalan Mahkota
Kuantan, 25000
Platform rasmi hebahan Bantuan Prihatin Pahang 2023