Tips Cemerlang DMFK

Tips Cemerlang DMFK

You may also like

Kcm Bangi Sek3
Kcm Bangi Sek3

Nak Cuba Produk Keluaran Dato Dr Mohamad Fadzilah Kamsah �
~ Excelpro
~ Excelplus

klik sini �

26/09/2022

Bila kita minta rezeki pada Allah SWT, ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara:

1. Rezeki dapat bangun awal pagi.
2. Rezeki diberikan satu lagi masa untuk menerokai hidup.
3. Rezeki dapat berteduh di bawah satu bumbung.
4. Rezeki dapat berjumpa mak ayah.
5. Rezeki dapat bermesra dengan adik beradik.
6. Rezeki dapat berjumpa sahabat handai.
7. Rezeki dapat masak dan makan.
8. Rezeki dapat bergerak ke mana-mana.
9. Rezeki diberikan kesihatan dan kecergasan.
10. Rezeki diberikan udara untuk bernafas.
11. Rezeki diberikan kenderaan untuk bergerak.
12. Rezeki diberikan keamanan negara.
13. Rezeki diberikan internet untuk membuat carian ilmu.
14. Rezeki diberikan pakaian untuk menutup aurat.
15. Rezeki diberikan dapat belajar.
16. Rezeki diberikan mata untuk melihat.
17. Rezeki diberikan hati untuk merasa.
18. Rezeki diberikan akal untuk berfikir.
19. Rezeki diberikan tangan dan kaki untuk bekerja.
20. Rezeki diberikan Islam untuk menjadi pegangan hidup.

Ini kalau Tok Abah senarai sampai 100 pun belum tentu habis, rezeki-rezeki yang kita dapat nikmati hari ini. Apa yang Tok Abah nak sampaikan adalah terlalu banyak rupanya rezeki Allah kurnia buat kita.

Sama ada kita sedar dan tak sedar saja. Dan mindset kita, jangan pandang rezeki tu dari sudut kewangan sahaja. Kerana asas rezeki yang sebenar-benarnya adalah pemberian dari Allah yang Maha Esa.

Apa sahaja yang kita terima, baik mahupun buruk, tetap juga rezeki. Contohnya, jika kita sakit, tetap juga rezeki. Rezeki yang mengingatkan kita pada Allah SWT dan mengajar kita untuk lebih menghargai kesihatan.

Semoga pagi yang tenang dan cerah ini beri kita kedamaian untuk merenung semula, betapa luasnya rezeki dari yang Maha Esa.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Ucapkan Alhamdulillah.

06/07/2022

Anak saya ni yang bongsu ni ada sedikit kelewatan bercakap. Masuk umur dia setahun setengah, saya dah perasan dia bercakap dengan butir kata yang tak difahami, dan dia kerap meragam.

Kemudian saya ada bawa dia ke pusat rehab saya untuk dinilai oleh jurupulih terapi carakerja (occupational therapist/OT) sama ada dia ada tanda-tanda spektrum Autism (ASD).

Saya doktor rehab, tapi bila saya kena nilai anak sendiri, pasti akan ada bias dalam penilaian saya. Saya tak mahu penilaian yang dipengaruhi faktor peribadi. Jadi saya minta OT saya nilai.

Selepas dinilai, OT saya kata, anak saya ni fokusnya OK, boleh mengikut arahan, dan tiada tanda-tanda besar yang dia ada ASD. Cuma, pertuturan dia lewat. OT saya pun pesan saya beberapa perkara untuk rangsang dia bercakap.

Walaupun nampak pelik sikit: Pekerja pesan pada boss, OT mengajar doktor rehab. Namun, pada ketika itu saya mendengar sebagai seorang bapa, bukan sebagai boss atau doktor. Saya ada juga hantar anak saya ke jurupulih pertuturan(speech therapist).

Alhamdulillah ada perkembangan. Apabila dia mula bercakap, walaupun dia hanya cakap dalam ayat yang mengandungi satu atau dua perkataan, dia berani cakap apa yang terbit dalam hati dia.

Ada satu malam tu, dia macam merajuk. Saya pun pergilah pujuk dia. Saya tanya dia kenapa dia bermuram sahaja. Dia jawab 3 perkataan sahaja, tapi ia buat saya tersentak.

“Amal, heart broken”

Itu yang dia kata. Bila saya cuba korek lagi kenapa dia cakap macam tu, dia cuba sampaikan perasaan dia dengan perkataan terhad yang dia tahu. Lebih kurang beginilah apa yang dia cuba beritahu:-

Oleh kerana dia s**ar bercakap, dia selalu rasa sedih sebab apabila dia nak beritahu sesuatu, saya dan isteri tak dapat faham. Bila kami tak faham, dia pun akan ulang-ulang cakap. Kadang-kadang dia tinggikan suara.

Bila dia asyik ulang dan tinggi suara, kami p**a marah dia. Akhirnya dia tak berjaya sampaikan isi hati dia, malah dimarahi dia. Itulah yang buat dia "heartbroken". Rasa sedih p**a bila mengenangkan berapa kerap saya marah dia sebelum itu.

Sebenarnya kalau saya layan mendengar dia elok-elok dan dengan sabar, saya akan boleh faham apa dia nak cakap. Cuma selama ni saya tak sabar, saya penat dengar dia ulang perkataan yang saya tak faham. Saya tak benar-benar cuba untuk faham.

Sekarang ni pada umurnya baru masuk 4 tahun, setiap malam, dia akan panggil saya ke bilik tidurnya. Bukan dia minta saya bacakan cerita untuk teman dia tidur, tapi dia minta saya dengar dia bercakap. Dia akan bercerita panjang.

Percakapan dia masih belum fasih. Kadang-kadang salah perkataan yang digunakan. Kalau dia tak tahu nak gunakan perkataan apa, dan dia tunjuk pakai bahasa isyarat tangan. Ada masa, dia dah buntu bagaimana nak beritahu dia akan kata "errm, I don't know" sambil buat muka pasrah.

Tak seperti dulu, sekarang ni saya akan dengar semua celoteh dia. Yang mana salah, saya betulkan. Yang mana saya tak faham, saya cuba teka dan tanya dia adakah itu yang cuba dia maksudkan. Ada masa saya teka betul, ada masa salah. Kalau betul, dia gembira bukan main.

Banyak malam, dia tertidur ketika dia asyik bercerita. Banyak malam juga saya tertidur di biliknya ketika dia bercerita. Sesetengah malam, saya tidur di katilnya sampai esok pagi. Ada pagi, jika dia bangun sebelum saya, dia kejut p**a saya untuk dia sambung bercerita.

Ada hari, ketika saya sibuk menaip di komputer, dia tiba-tiba datang kepada saya dengan wajah gembira dan bertanya apa saya buat. Lepas saya beritahu saya buat kerja, dia pun kata "OK! Amal like(love) you, Ayah." kemudian dia akan lari meninggalkan saya dan sambung bermain.

Celotehnya macam tak ada penghujung, tapi saya pasti bila dia membesar, dah ada ramai kawan, dah ada kekasih, pasti dia tidak lagi mencari saya untuk berkongsi perasaan dan isi hati dia. Ketika itu pasti saya akan rindu gelagat dia. Saya pasti rindu kejujuran kata-kata dia.

Cuba lihat wajah anak-anak kita semasa mereka tidur atau leka bermain. Tanya diri kita sama ada kita ni benar-benar tahu apa yang terbuku dalam hati mereka atau tidak. Pernah tak mereka luahkan? Kenapa mereka tak luahkan pada kita? Adakah kita yang tak mendengar?

Hanya kalian tahu jawapannya, dan saya harap kalian tahu apa perlu kalian dibuat. Jangan tunggu esok, jangan tunggu lusa. Jangan rugikan baki masa yang kita ada bersama mereka.

Alang-alang tu, saya nak pesan, jika kalian ada anak-anak yang lewat bercakap, bawalah jumpa doktor untuk penilaian. Lewat bercakap ni ada banyak kesannya, termasuk pada perkembangan emosi anak-anak. Jangan dibiarkan.

Selain itu saya nak syorkan juga buku yang ibubapa sesuai dapatkan untuk jika anda khuatir anak-anak ada kelewatan bercakap, atau memang anak telah didiagnos ada kelewatan bercakap.

Judulnya, "Main & Bercakap", dihasilkan oleh speechtherapist dan occupational therapist bertauliah. Boleh dapatkan di pautan ini:
https://bit.ly/Gymcademy_Main_Dan_Cakap

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Seorang Lelaki, belajar menjadi Ayah

30/06/2022

💞 𝐄𝐱𝐜𝐞𝐥 𝐏𝐥𝐮𝐬 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐨𝐥𝐨𝐬𝐭𝐫𝐮𝐦 💞

Kolostrum tu apa?

Asyik sebut je dalam Excel Plus ada kolostrum padahal kolostrum tu apa tak pernah dengar pun!

Sebab tu kali ni nak cerita pasal kolostrum.

Kolostrum ini khasiat yang ada dalam susu badan sama ada para ibu mahupun haiwan yang baru bersalin.

Kolostrum sangat tinggi nutrisi dan penuh dengan antibodi untuk memastikan anak kuat melawan jangkitan penyakit.

Kebaikan kolostrum untuk membantu:
🍼 Meningkatkan imunisasi dan ketahanan badan
🍼 Menghalang cirit-birit
🍼 Baik untuk penghadaman

Banyak kebaikan kolostrum ini untuk kesihatan anak-anak.

Sebab itu masa kami formulasikan Excel Plus, kami tekankan khasiat kolostrum!

30/06/2022

💞 3 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐊𝐚𝐥𝐬𝐢𝐮𝐦 💞

Anak membesar ni kita kena selalu tekankan kalsium dalam makanan untuk kesihatan tulang anak. Jadi, mak ayah mesti tercari-cari makanan tinggi kalsium kan?

3 makanan yang penuh kalsium:

🦴 Susu dan produk diperbuat daripada susu
🦴 Kacang soya
🦴 Sayur hijau

Tapi, anak-anak ni memilih makanan! Susu tak nak minum, rasa soya cepat muak, sayur apa lagi!

Sebab itu kami pentingkan kalsium dalam Excel Plus. Supaya senang anak dapatkan kebaikan kalsium dalam setiap tablet Excel Plus yang rasa macam makan gula-gula!

Tak ada alasan lagi anak tak dapatkan kalsium dengan Excel Plus!

30/06/2022

💞 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐌𝐀𝐊 𝐀𝐘𝐀𝐇 !?

Tok Abah selalu dapat soalan daripada mak ayah,

"macam mana nak buat anak saya berubah?"

Sebenarnya, kita tak boleh buat anak berubah.

Anak sendiri yang kena mulakan perubahan diri.

Yang kita boleh buat adalah kita cipta persekitaraan yang menjadi pencetus anak.

Kalau kita nak anak berubah, kita pun perlu berubah.

Mak ayah selalu fikir buruk pasal anak.

Panggil anak lembab, tak cerdik, pemalas.

Rumah penuh dengan tenaga negatif.

Apa kata mak ayah berubah dulu?

Kita haramkan fikiran dan kata-kata negatif.

Kita jaga bahasa dengan anak.

Kita jaga perlakuan depan anak.

Bila kita berubah, Allah akan buatkan keluarga dan persekitaran juga berubah.

Setiap usaha melangkah untuk berubah, pasti ada kesannya.

Perubahan secara fizikal, perlakuan, kata-kata bahkan pemakanan.

Beri anak makan makanan yang halal dan baik.

Sebagai tambahan, amalkan Excel Plus setiap hari.

Insya-Allah ada perubahan sedikit demi sedikit.

Anak nampak mak ayah berubah, mesti anak pun nak ikut berubah.

Semoga bermanfaat 🤗

15/04/2022

Saya Buang “Youtube Kids” dan “Youtube”

Setelah seminggu saya buang Youtube dan Youtube for Kids dalam peranti Android Box untuk anak-anak, saya dapati anak-anak berubah.

Mereka kurang marah, kurang merengek, kurang “attached” dengan TV, bila waktu tutup tidak marah, tidak meminta-minta cerita apa hendak tonton, nampak lebih bertenang mereka ni. Seronok saya.

Saya pun membaca sedikit tentang keadaan ini. Rupanya anak ini, bila mereka sudah pandai pegang remote, mereka akan rasa “anxious” untuk tukar-tukar cerita atau cari keywords di Youtube/Youtube For Kids sehingga mereka puas hati.

Sama juga macam kita yang sudah besar panjang. Kita ada anxiety tak bila tengok Youtube? Bila semakin banyak cerita yang kita gemar keluar di “suggestion” Youtube, makin seronoklah kita sebab banyak cerita yang kita s**a tengok. Agaknya apa kesan pada anak?

Sebagai alternatif kepada anak-anak, mereka masih boleh tonton Nettlix Kids, Disney+Hotstar dan saya baru tambah UnifiPlayTV. Terpaksa berbelanja lebih untuk dapat siaran langsung UnifiPlayTV kerana siaran IPTV kan haram kalau beli di Shopee? Saya pun tak nak rasa bersalah.

Bagus siaran TV yang live ni tuan-tuan puan puan, anak-anak tidak boleh pilih nak tengok cerita apa, seterusnya mereka lebih “bertenang” dan “bersabar” berbanding Youtube yang bersifat user-centered. Tukar-tukar antara Nickelodeon atau Cartoon Network. Kemudian saya boleh buka documentary channels utk beri mereka tengok cerita selain cartoon seperti wildlife atau sealife.

Kemudian ada iklan, yang bagi anak-anak bertenang. Dulu saya kecil, masa iklan lah bergegas pergi ke tandas supaya tak terlepas sambungan cerita. Anak-anak sekarang nak pergi tandas je, tekan “pause”, baru pergi. Takda rasa sense of urgency pun haha

Point disini, mari kita kawal screen time anak-anak.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Kuantan
Kuantan
26080

Other Education in Kuantan (show all)
Bulan 8 Di Kuantan (PDT KMPh 2006-2007) Bulan 8 Di Kuantan (PDT KMPh 2006-2007)
Kuantan, 26300

Admins Page Bulan 8 Di Kuantan:1. Amirul Bakhtiar2. Izamsuzaimi Mohamad Rozi 3. Khairul Na'im Ya'aku

Ex SKBG Ex SKBG
Kuantan, 26050

This page features photography, local events, music, general knowledge, political awareness etc

Cahaya Gemilang Tuition Centre ( JALAN BUKIT UBI ) Cahaya Gemilang Tuition Centre ( JALAN BUKIT UBI )
145, Jalan Bukit Ubi
Kuantan, 25200

MUSLIMAT BUKIT ISTANA MUSLIMAT BUKIT ISTANA
Surau Bukit Istana
Kuantan, 25200

We are a grp of MUSLIMAT, with the same mission- to spread the words of ALLAH. Our doors r open 2 AL

Jibril's Special School Jibril's Special School
No 6, Lorong Pantai Pelindung 10, Beserah
Kuantan, 26100

A child with special needs will inspire you to be a special kind of person.

Seri Kuantan Tuition Centre Seri Kuantan Tuition Centre
A2772, Jalan Alor Akar
Kuantan, 25250

We are: Tuition Centre (Specialize in Smart Reader English program) Transit (Before and after school) Please call is for more information.

Mudahnya Belajar Ilmu Tajwid Mudahnya Belajar Ilmu Tajwid
Kuantan, 25150

Membekalkan buku-buku berkenaan ilmu tajwid untuk perorangan atau secara borong untuk organisasi ker

Akademi Pendidikan Irsyad Balok - APIB Akademi Pendidikan Irsyad Balok - APIB
No. 16/1224, Kampung Chengal Lempong
Kuantan, 26100

Pusat Kecemerlangan Al-Quran Ubayy Ibn Ka'ab Pusat Kecemerlangan Al-Quran Ubayy Ibn Ka'ab
Surau Hj. Hamid
Kuantan, 26050

Peneraju Kelas Mengaji

Tadika Tahfiz Negeri Pahang Kota SAS Tadika Tahfiz Negeri Pahang Kota SAS
No. 10 & 12 Jalan KS 1/9, Kota SAS
Kuantan, 25200

Tahu Dunia Tahu Akhirat

Exclusive Educational Centre Exclusive Educational Centre
Kuantan, 25150

Kelas Bimbingan Tambahan Pra-Sekolah,SK & SMK.Books.EduToys