Du'at Millennial Kuantan

Medium untuk Generasi Millennial / Generasi Y berkumpul bagi bertukar-tukar pandangan dan mendapatkan informasi terkini.

Membentuk Generasi Millennial yang memunyai pelbagai kemahiran dan mampu berdaya saing dan juga mempunyai cara hidup terbaik.

Photos from Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan's post 30/06/2024
05/06/2024

Intipati ucapan penangguhan Ketua Pemuda DPPK.
[ Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuantan ] 3.0

Guru PASTI & SRITI Pelapis Dewan Muslimat.

Terima kasih Dewan Muslimat di atas keprihatinan terhadap guru2 PASTI & SRITI.

"Kita tidak mampu menggerakkan guru2 PASTI dan SRITI dlm semua gerak kerja pemuda. Maka DMPK lah jambatan untuk menarik mereka turut serta dalam program jemaah, kerana mereka pelapis DMPK."

16/01/2024

[ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK 2023 ]

Buat adik² yang akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Semoga berjaya, dan moga usaha gigih kalian membawa kejayaan.

بالتوفيق والنجاح والله يفتح عليكم في الإمتحان

Semoga Allah memberi petunjuk dan kejayaan kepada anak-anak kita.

Siiru 'Ala Barakatillah

Ikhlas daripada :
DPPK Kuantan

08/12/2023

Mau’izhoh Hasanah

Berapa kali sehari kita buka Al Quran ?

Al-Quran adalah peneman kita yang setia di dalam kubur sekiranya kita hidup dengan Al Quran.

Jom kita sama-sama hidupkan & membudayakan Al Quran dalam kehidupan kita.

06/12/2023

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2023

Firman Allah SWT :

فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ

Maksudnya: "Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."
[ Surah Ali-Imran : Ayat 159 ]

📆 Tarikh-tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 :

● 5-7 Disember 2023 : Ujian Amali Sains
● 8-11 Januari 2024 : Ujian Bertutur Bahasa Melayu
● 17-23 Januari 2024 : Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
● 29 Januari 2024 : Ujian Mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
● 30 Januari 2024 - 7 Mac 2024 : Ujian Bertulis

Semoga semua calon diberikan ketenangan, kesihatan dan dibukakan keluasan fikiran ketika menjawab soalan.

Ikhlas daripada:
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan

Photos from Du'at Millennial Kuantan's post 24/10/2023

Ayuh!
Para Pemuda
Warga Kuantan
Seluruh Rakyat Negeri Pahang
Rakyat Malaysia !

Jom sama-sama kita turun ke Masjid KLCC, Kuala Lumpur untuk kita berhimpun menunjukkan Solidariti kita untuk Palestin.

Bawakan juga bendera Palestin, Malaysia dan juga mafla Palestin dan apa-apa kelengkapan untuk kita tunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman yang berterusan itu.

Jumpa di sana in sha Allah!

22/09/2023

PRK N.36 PELANGAI: PN CALONKAN PENDEKAR SILAT UNTUK ANGKAT SUARA RAKYAT PELANGAI

Alhamdulillah malam tadi berlangsung dengan jayanya pengisytiharan calon dan perlancaran jentera Pilihan Raya PN sempena Prk N.36 Pelangai.

Bagi pihak Perikatan Nasional Pahang, Pendekar Silat diangkat sebagai calon yang akan mewakili PN di PRK N.36 Pelangai.

Sebagai seorang Pendekar dan Mahaguru Silat disiplin dan kepimpinan ini amat diperlukan sebagai wakil rakyat yang akan mengangkat suara rakyat pelangai.

Pemuda Perikatan Nasional Pahang amat yakin keputusan mengangkat Cikgu Kasim Samat sebagai Calon PN bagi kerusi N.36 Pelangai ini tepat.

Kami diperingkat Pemuda Perikatan Nasional Pahang akan mengerah segala keringat kami untuk memenangkan calon yang diangkat.

In sha Allah kita akan pastikan pada 7 Oktober 2023, Cikgu Kasim diangkat sebagai wakil rakyat bagi kerusi N.36 Pelangai.

Ahmad Azlan Abu Bakar CA (M)
Ketua Penerangan
Pemuda Perikatan Nasional Pahang

14/08/2023

Medan PRN sudah berakhir.

Semoga segala penat lelah jentera sepanjang PRN ini diterima sebagai ibadah di sisi Allah.

Terima kasih penyokong kerana percaya PN dan menyumbang undi. Undi kalian besar maknanya buat negara.

Menang atau kalah, kerja dan khidmat untuk rakyat tetap diteruskan.

Tahniah atas kejayaan yang cukup besar pada kali ini. Perikatan Nasional , Prihatin . Bersih . Stabil.

09/07/2023

JANGAN TAKUT BUAT PERUBAHAN KE ARAH YANG LEBIH SEJAHTERA.

Pengundi Pulai Pinang, Melayu dan Islam wajib bersatu untuk kembalikan Pulau Pinang ditadbir oleh Ketua Menteri daripada kalangan orang melayu Islam setelah melihat kerosakan pentadbiran di bawah DAP sekian lama.

Pengundi Cina usah takut akan kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kerana semua itu tidak benar dan fitnah bagi tujuan memecah belahkan kaum.

Kelantan kekal harmoni kaum sehingga ke hari ini selepas lebih 30 tahun kerajaan Islam di bawah pentadbiran 'Gelombang Hijau'.

Justeru, kami mengajak orang-orang cina di Pulau Pinang, buat lah perubahan demi melihat negeri itu lebih sejahtera dan harmoni. Dan rakan-rakan melayu, anak-anak muda, bersatulah demi menyelamatkan generasi akan datang.

Penentuan masa depan negara adalah di tangan para pemuda.

07/06/2023

UMNO semakin celaru hala tuju. Anak muda millennial jangan lah beri kepercayaan dan undi kpd UMNO, rosak kalian nanti.

HALAMAN FACEBOOK PAHANGKU MEDIA DANGKAL, AMAL POLITIK BACUL DAN MURAHAN

Tular satu hantaran daripada halaman Facebook proksi UMNO yang mempersoalkan keberadaan MP Jerantut dan tiga ADN dalam Parlimen Jerantut.

Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Saudara Mohd Rozi Said dan isteri atas kecaknaan beliau sekeluarga menyumbang 2 unit kipas kepada pihak Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya.

Saya ingin menarik perhatian semua bahawa Sekolah Kebangsaan ini dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian ini di bawah seliaan Kerajaan PH-BN di peringkat Persekutuan manakala Exco Pendidikan p**a adalah daripada ADN UMNO sendiri.

Adalah sangat bacul menuding jari menyalahkan MP dan ADN di Parlimen Jerantut disebabkan permasalahan yang sepatutnya diselia dan diurus oleh UMNO BN dan PH DAP.

Betapa baculnya penulis PahangKu Media yang mempersoalkan keberadaan MP dan ADN di Jerantut yang saban hari turun menyantuni dan mendengar rintihan rakyat dalam situasi peruntukan disekat pemerintah.

Sebagai makluman juga, MP dan ADN daripada pembangkang juga disekat daripada memasuki premis sekolah samaada untuk menyampaikan bantuan mahupun dijemput untuk mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah.

Jelas, kerajaan hari ini mengamalkan politik kuno dan takut dengan keberadaan Pembangkang sehingga sanggup memfitnah MP dan ADN yang sering kali turun ke lapangan menyantuni rakyat dan membantu rakyat dengan keterbatasan kewangan akibat peruntukan yang disekat oleh kerajaan yang memerintah. Boleh ikuti pergerakan MP dan ADN di link berikut:

https://www.facebook.com/IrKhairilNizam

https://www.facebook.com/Yohanisahmad

https://www.facebook.com/UstazZuridanMohdDaud

https://www.facebook.com/pejabataduntahan

Kepada halaman Facebook PahangKu Media, bertaubatlah, sudah-sudahlah permainan politik kuno. Rakyat memerhati langkah bacul kalian.

AHMAD AZLAN ABU BAKAR CA(M)
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

20/05/2023

KES KEMALANGAN TERUS MENINGKAT: SPEED BREAKER HANYA WAYANG KEMPEN PRU-15?

Bertindaklah lebih pantas berkaitan isu di selekoh berhampiran Restoran Santai Tanjung Lumpur dan simpang Kempadang Makmur.

Tatkala tempoh berkempen PRU-15 yang lalu, semua agensi kerajaan turun meninjau di kedua-dua lokasi sering berlaku kemalangan ini.

Bukan sedikit angka kemalangan yang telah berlaku di dua lokasi ini. Terkini, kemalangan baru sahaja berlaku di dua lokasi ini iaitu 17 Mei 2023 di simpang Kempadang Makmur dan 18 Mei 2023 di selekoh berhampiran Restoran Santai Tanjung Lumpur.

Kemalangan yang sering berlaku di kedua-dua lokasi ini melibatkan nyawa orang ramai khususnya warga Kuantan.

Warga Kuantan mahukan penyelesaian berkaitan isu ini. Tiada guna isu ini hanya diwayangkan di musim kempen PRU-15 oleh pihak tertentu.

Terima kasih buat Pusat Khidmat Parlimen Kuantan dan Pusat Khidmat ADN Tanjung Lumpur yang telah membuat aduan isu ini melalui sistem SISPAA.

Penyelaras DUN Tanjung Lumpur, sila bertindak! Jangan diam membisu isu ini! Jangan dijadikan modal politik dan janji-janji manis semasa pilihan raya sahaja!!

10/05/2023

KERAJAAN BN-PH PERLU MENJUNJUNG TITAH PEMANGKU RAJA PAHANG, JANGAN DERHAKA

Sidang Dewan Negeri Pahang bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua baru sahaja dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Dalam titah diraja, Baginda memfokuskan beberapa aspek penting berkaitan rakyat dan negeri Pahang. Antaranya memberi peruntukan yang adil kepada pembangkang.

"(Tempoh) 66 tahun ini sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat." titah Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, kami amat menjunjung titah Baginda Pemangku Raja Pahang yang sentiasa memikirkan soal rakyat Tuanku dan adil dalam mengemudi pemerintahan di negeri Pahang.

Buat YAB MB dan ADN Kerajaan BN-PH, sudah-sudahlah amalkan politik lapuk dengan menyekat hak ADN daripada pembangkang. Berjiwa besarlah demi kesejahteraan rakyat dan Negeri Pahang. Keadilan itu bukan dinilai berasaskan jalur politik pemerintah semata-mata. Wakil yang dipilih dalam sistem demokrasi adalah pilihan rakyat dan Kerajaan BN-PH perlu menghormati suara rakyat dan menghormati titah diraja ini.

Titah Baginda juga bertepatan dengan dengan Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ٩٠

“ Sesungguhnya Allah menyuruh kalian berlaku adil, dan berbuat kebajikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kalian (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kalian mengambil peringatan dengan mematuhi-Nya.” (Surah al-Nahl: 90)

Akhir kata, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menjunjung titah ucapan Pemangku Raja Pahang dan mendoakan Tuanku sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Allah. Aamin.

*DAULAT TUANKU*

Mohd Zarimi Abu Zih AL-HAFIZ
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

21/04/2023
09/04/2023

Petikan pesanan dari kuliah Ustaz Aireroshairi Roslan, mantan KP DPPNP yang perli diambil berat oleh pemuda.

Ramai yg berjaya membina ilmu tarbiyah, tetapi tidak ramai yg berjaya membina praktikal tarbiyah.

Tarbiyah melahirkan rijalul akidah, dakwah dan qiyadah. Pembentukannya melalui akidah, ibadah, akhlak, ukhuwah dan jemaah. Platfornya adalah usrah.

Maka, hidupkanlah usrah di tempat kalian.

Ustaz Aire Roslan - UAR
Aireroshairi Roslan

07/04/2023

Al-Quran sebagai wahyu petunjuk dan ahkam sangat rapat dengan Ramadhan. Hati tenang dan benar dengan hidayah al-Quran. Baca dan tadabburlah al-Quran tatkala sisa Ramadhan yang berbaki.

Salam Nuzul al-Quran daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan.

17 Ramadhan 1444
08 April 2023

24/03/2023

"Kita kena sedar perjuangan Islam ini adalah perjuangan yang tuhan jadikan payah.."
Marilah sama-sama kita mendokong perjuangan yang mulia ini bersama dengan Islam.
Kita rebah bangun dengan Islam. Tenggelam timbul dengan Islam.
Kita hidup mati dengan Islam.
InsyaAllah kita selamat dunia dan selamat di akhirat.

-TGHH

-----------------------

Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa kita memberi, bersedekah, berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Jadual Program Ihya Ramadan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan 1444H / 2023M. Salurlah sumbangan yang terbaik di bulan Ramadan sebagai bekalan akhirat yang sangat menguntungkan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan memerlukan dana untuk menjayakan program Ihya Ramadan pada tahun ini, antaranya program singgah sahur, bubur lambuk, iftar jamaie dll.

Justeru, kami membuka peluang kepada semua untuk menyalurkan dana ke akaun:

06019010099553 ( Bank Islam )
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dewan Rakyat Kuantan

Mudah²an segala amal kebajikan kita diangkat dan diberi sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.

Salam Ramadan Mubarak.
Pemuda PAS Kuantan

07/03/2023

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐈𝐒𝐅𝐔 𝐒𝐘𝐀'𝐁𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟑

Peringatan baik untuk Nisfu Sya’ban. Rebut peluang 1 hari dalam setahun.

Malam Nisfu Sya’ban adalah malam ditutupnya buku catatan amalan kita selama setahun dan dibukanya buku catatan amalan kita yang baru.

Bulan Sya’ban adalah salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya ia dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.

Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‎يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ
‎خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. (Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665)

18/02/2023

KAMI BANTAH KEHADIRAN BABY SHIMA!

Kita perlu menyokong program yang baik untuk komuniti seperti pemeriksaan kesihatan, trash to cash, sukaneka rakyat, pameran kesedaran dan ceramah motivasi.

Namun acara dan aktiviti yang tidak sopan seperti persembahan artis seperti Baby Shima yang banyak dengan kontroversi adalah tidak perlu.

Usahlah mencampur aduk program yang baik dengan acara yang tidak patuh syarie. Kita bimbang dengan sebab adanya program persembahan artis yang tidak sopan akan mengundang Bala daripada Allah.

07/02/2023

DOA UNTUK TURKIYE

Mari kita mendoakan saudara kita di sana agar mereka sentiasa diberi kekuatan, kesabaran serta dimudahkan untuk menghadapi ujian ini. Panjatkan doa buat mereka khususnya buat ahli keluarga mangsa yang terlibat.

31/01/2023

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2022

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2022 kepada semua calon, semoga diberi ketenangan ketika menjawab dan kelapangan dada sepanjang menduduki peperiksaan.

Semoga berjaya, goodluck semua.

Ikhlas Daripada:
PEMUDA PAS KUANTAN.

27/01/2023

SEMOGA BERJAYA MAIS 2022

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

"Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku."

Semoga berjaya diucapkan kepada seluruh peserta kontinjen Negeri Pahang khususnya SRITI Tahfiz As-Syafie Kuantan dalam mengharungi Mahrajan Amal Islami SRITI Peringkat Kebangssan Kali Ke-4 Tahun 2022 yang bakal berlansung di Bandar Jengka, Pahang pada 28 - 29 Febuari 2023.

Lakukan yang terbaik dan moga kejayaan milik kita. Sama-sama kita doakan buat anak-anak SRITAS. InshaAllah.

21/01/2023

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua rakan-rakan kaum Tiong Hwa.

Semoga keharmonian kaum akan sentiasa kekal di bumi Malaysia ini.

XIN NIAN KUAI LE
GONG XI FA CAI

01/01/2023

Selamat Tahun Baharu 2023.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan ingin menguncapkan selamat menyambut tahun baharu 2023 buat seluruh rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda.

"Jika kamu mahu ingin melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” - Saidina Ali R.A

Sebagai pemuda PAS disarankan agar menjadi contoh kepada generasi muda dalam melaksanakan perkara kebaikan baik dalam beribadah mahupun amal² kebajikan. Mudah²an kebaikan yang kita lakukan menjadi asbab lahirnya kader² muda PAS pada masa akan datang.

16/12/2022

SRITI

Antara nasihat Luqman al Hakim kepada anak nya:

Hai anakku! “Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (allah).

Mari kenali SRITI Tahfiz As-Syafie Kuantan

Kurikulum SRITI merupakan intergrasi daripada empat komponen utama (TQS, KAFFAH, KSSR dan Diniyah) untuk mencapai visi dan misi SRITI. Keempat-empat komponen ini disepadukan untuk menghasilkan kurikulum SRITI – KAFFAH yang memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kiyafah selaras dengan Falsafah Pendidikan SRITI (FPS).

Komponen-komponen yang terdapat di dalam kurikulum SRITI – KAFFAH adalah seperti berikut;

Tahfiz Al-Quran dan
As-Sunnah (TQS)

Komponen pertama di dalam Kurikulum SRITI adalah Kurikulum Tahfiz, Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia mengandungi tiga bahagian iaitu Pra Tahfiz, Al-Quran (tematik) dan Hadis Pilihan Bertema.

Ketiga-tiga komponen ini dibahagikan kepada 6 tahap yang berbeza. Tahap-tahap yang ditetapkan adalah bukan mengikut tahun, sebaliknya berdasarkan perkembangan kognitif dan kemampuan murid.

Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR)

KSSR merupakan kurikulum baharu bagi mengantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah diguna pakai di semua sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara.

Kurikulum Diniyah
(KAFA)

SRITI menggunapakai kurikulum Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai kurikulum diniyiah dengan mengambil kira nilai-nilai KAFFAH.

Kurikulum Diniyah adalah satu usaha untuk mendidik dan membentuk pelajar yang beragama Islam ke arah memperkembangkan fitrah individu selaras kehendak al-Quran dan as-Sunnah. Ia memberi peluang kepada murid SRITI untuk menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun 5.

Kurikulum Fardu Ain dan
Fardu Kifayah (KAFFAH)

Kurikulum pendidikan KAFFAH dibangunkan khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Ia bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada kurikulum KSSR dan Diniyah yang sedia ada bagi memenuhi keperluan kepada kurikulum berteraskan paradigma tauhid berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Pembangunan kandungan bahan pembelajaran mengambil kira perkembangan individu muslim secara menyeluruh dan seimbang dalam melahirkan insan Rabbani Murabbi.

Jom, daftarkan anak2 ke SRITI As Syafie Kuantan.

09/12/2022

Selamat Hari Anti Rasuah Sedunia
9 Disember 2022

وَلَا تَأْكُلُوٓاْ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَٰطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan p**a kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al Baqarah 188)

Dari sudut politik, dengan rasuah boleh membiakkan politikus yang realism dan pragmatism. Makan keliling demi menjaga survival. Sanggup melompat sana sini, murah dibeli prinsipnya dan bermuka muka. Kesannya, negara ditabdir oleh orang orang yang hanya tahu menjaga periuk nasi sendiri.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Flashmob Perikatan Nasional PRU-15 Parlimen Kuantan & DUN Inderapura
Program Cinta Rasul Kg Hijrah, sukaneka & sumbangan masyarakat
Program cinta rasul kg hijrah, sumbangan, sukaneka..

Website

Address

Kuantan

Other Youth Organizations in Kuantan (show all)
ISPE Student Chapter of IIUM ISPE Student Chapter of IIUM
IIUM, Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota
Kuantan, 25200

Persatuan Mahasiswa Dakwah Persatuan Mahasiswa Dakwah
Kuantan
Kuantan

Persatuan PERSADA KUIPSAS merupakan sebuah Persatuan Mahasiswa Dakwah, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah KUIPSAS

S P K G 2 0 2 0 S P K G 2 0 2 0
Kuantan, 25250

� 23-25 September 2022 � "Menjunjung Warisan, Mencapai Wawasan” We would love to meet you dear

Anak Muda bersama PAS Kuantan Anak Muda bersama PAS Kuantan
Kuantan, 25200

Anak Muda Kuantan bersama PAS dalam Perikatan Nasional

YMM Haji Ahmad 哈芝阿末支会 YMM Haji Ahmad 哈芝阿末支会
2nd Floor, B-14, Jalan Galing 2
Kuantan, 25300

我们的宗旨是每年在关丹举办一次ACG(动漫、漫画、游戏)和Cosplay活动

Cenderawasih 2 Cenderawasih 2
Cenderawasih
Kuantan, 25200

Pemuda UMNO Cenderawasih 2

Briged Muslimat Paya Besar Briged Muslimat Paya Besar
Paya Besar
Kuantan, 28100

Briged Muslimat kawasan Paya Besar

关丹海南会馆青年团Kuantan Hainan Youth 关丹海南会馆青年团Kuantan Hainan Youth
363, Jalan Bukit Ubi
Kuantan, 25200

关丹海南会馆青年团

BLIA YAD - Kuantan Subdivision 關丹佛光青年分團 BLIA YAD - Kuantan Subdivision 關丹佛光青年分團
A21-23 Lorong Galing 84, Off Jalan Air Putih
Kuantan, 25300

国际佛光会世界青年总团部马来西亚关丹佛光青年分团成立于2006年... 我们奉行三好四给~ 我们拥有五戒生活~ 我们是马来西亚关丹佛光青年! 欢迎加入我们!🎉

Kelana Pahang Kelana Pahang
Jalan Mahkota
Kuantan, 25000

SEKRETARIAT PENGAKAP KELANA NEGERI PAHANG

Koperasi Makmur Malaysia Berhad Koperasi Makmur Malaysia Berhad
Jalan Tun Ismail , Sri Dagangan
Kuantan, 25000

Koperasi Makmur Malaysia Berhad Ditubuhkan pada 26 Januari 2018 oleh sekump**an anak muda yang berwaw

Radio Scouting Pahang - 9M4CPA Radio Scouting Pahang - 9M4CPA
Kuantan, 25730

Laman Rasmi bagi Kump**an Radio Scouting Pahang - 9M4CPA