Nutritionist PKD Kuantan

Nutritionist PKD Kuantan

Nutritionist PKD Kuantan merupakan satu medium perkongsian info berkenaan pemakanan sihat dan amalan

Photos from Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah's post 08/10/2023
Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 07/10/2023

Sedikit perkongsian aktiviti Pegawai Sains Pemakanan bersama pelatih di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK). Aktiviti ini dijayakan bersama dengan jururawat, Juru fisioterapi dan Jurupulihcara kerja peringkat Klinik Kesihatan Gambang dan Jaya Gading

Tarikh: 19 & 27 September
Lokasi: PDK Pangkalan Udara & Lepar Hilir
Aktiviti: Sukaneka & Riadah

Objektif:
1. Menggalakkan gaya hidup sihat
2. Meningkatkan rangsangan sensori
3. Memupuk semangat kerjasama

Terima kasih buat semua yang menjayakan aktiviti ini๐Ÿ˜Š

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 10/09/2023

Jemputan ceramah dan juri sempena Program HEALTH AND BRIGHT KIDS CARNIVAL JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) peringkat negeri Pahang 2023

Tarikh: 9 September 2023
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Pahang Skills Development Center

terima kasih๐Ÿ™‚

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 10/09/2023

Pameran pemakanan dan promosi hits sempena Hari Terbuka Pejabat Pendidikkan Daerah Kuantan 2023

Tarikh : 9-10 september 2023

Masa: 8.00pagi - 5.00petang

Tempat :Pusat Beli Belah Kuantan Parade

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 18/08/2023

Hi, warga Kuantan!

Jom meriahkan program penyusuan susu ibu sabtu ini (19 Ogos 2023) bertempat di UIA Kuantan. Berbagai aktiviti disediakan, ada senamrobik bermula jam 8 pagi!

Boleh tambah ilmu penyusuan susu ibu dari sesi forum yang kami jemput panel yang sangat berpengalaman dalam penyusuan susu ibu ๐Ÿ˜

Pelbagai booth pameran dan gerai jualan juga disediakan untuk peserta. Cabutan hadiah juga ada, hanya 100 peserta terawal yg akan dapat nombor cabutan. 15 hadiah cabutan disediakan. Jangan ketinggalan!๐Ÿ˜

Kaum bapa, atuk nenek pun boleh hadir. Jom lah!๐Ÿค—๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 16/08/2023

Demonstrasi Masakan Kepada Anak Kurang Zat Makanan

Tempat : Ruang legar, Klinik Kesihatan Paya Besar
Masa : 9.00-10.00 pagi
Menu : Jejari Kentang Cheese
Tujuan : Memberi pendedahan kepada ibu dalam meningkatkan berat badan anak & panduan pemakanan sihat mengikut umur

Pegawai terlibat :
1. Puan Suriati Zakaria
Pegawai Sains (Pemakanan)

2. Suharti Tolek & Noraini Tumin
Jururawat Kesihatan

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program kali ini.

Pemakanan Sihat Anak2 Penentu Masa Depan..

10/08/2023

Mari saksikan ๐Ÿ˜

10/08/2023

Salam kepada semua warga Kuantan.. mari saksikan info program anjuran Kump**an Penyokong Penyusuan Susu Ibu Daerah Kuantan (KUPPSIK) bersama Unit Pemakanan PKD Kuantan๐Ÿ˜

Pada Minit 2.37 tentang program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Daerah Kuantan yang akan berlangsung 19 Ogos ini! jangan ketinggalan untuk menyertai!๐Ÿ˜Š

09/08/2023

Jom saksikan FB Live bersama Nutritionist Pahang dengan tajuk "PENYUSUAN SUSU IBU : KERJAYA BUKAN PENGHALANG"

Tarikh : 10 Ogos 2023 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Platform : FB Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

E-sijil juga akan disediakan kepada semua yang menyertai FB Live ini. Stay tuned๐Ÿ˜

08/08/2023

๐Ÿ’ŒAssalamualaikum / Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani๐Ÿ’Œ

Datoโ€™/Datin/Tuan/Puan/Cik,

*JEMPUTAN PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU PERINGKAT DAERAH KUANTAN (MPSI) 2023*

Sukacita dimaklumkan Kump**an Penyokong Susu Ibu Kuantan (KUPPSIK) bersama Unit Pemakanan PKD Kuantan akan menganjurkan sambutan MPSI seperti ketetapan berikut:

*โœ…Tarikh :19 Ogos 2023 (Sabtu)*
*โœ…Masa :8.00 Pagi โ€“ 3.00 ptg*
*โœ…Tempat : Dewan Utama, Bangunan Pejabat Pengarah, Kampus Kuantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)*

โœ…link untuk pendaftaran peserta : https://forms.gle/9gW36qyogLoAUWxg7

Semua dijemput hadir! Mari meriahkan bersama-sama!๐Ÿ˜Š

โ€œEnabling Breastfeeding Making Difference For Working Parents!โ€

โ€œSusu ibu pilihankuโ€

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 07/08/2023

Sekitar Program Pasaraya Sihat (PPS) kepada peserta Get Fit & Eat Right (IFitER) dari Universiti Malaysia Pahang. PPS kali ini bertemakan food hunt di mana semua peserta dibahagikan kepada kump**an dan perlu mencari makanan dan minuman mengikut 10 soalan diberikan. Syabas diucapkan kepada semua peserta di atas kesungguhan yang ditunjukkan๐Ÿ‘๐Ÿผ

Tarikh: 7 Ogos 2023 (Isnin)
Masa: 9-11 pagi
Lokasi: TMG Mart, Gambang

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 05/08/2023

AKTIVITi : "food hunt" trim and fit bg kakitangan PKD Kuantan dan KK Beserah

TARIKH/MASA : 3 Ogos 2023 @ 230pm-430pm

TEMPAT : TMG Beserah

04/08/2023

"FOOD HUNT trim and fit PKD Kuantan 2023"
terima kasih kami ucapkan kepada peserta trim and fit daripada staff PKD Kuantan dan Klinik Kesihatan Beserah yang berlangsung baru sebentar tadi
di TMG Beserah.

01/08/2023

Hai semua ibu-ibu Negeri Pahang yang hebat๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kami Nutritionist Negeri Pahang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia bagi tahun 2023 dengan tema:

โ€˜Enabling Breasfeeding: Making a Difference for Working Parentsโ€™

Jom Sokong Penyusuan Susu Ibu!๐Ÿคฑ

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2023 adalah pada 1-7 Ogos 2023

26/07/2023

Program Jom Sarapan Sihat Warga Emas

Tarikh : 26/7/2023
Tempat : Pusat Jagaan Harian Warga Emas (PAWE) Indera Mahkota, Kuantan

13/07/2023

Nutritionist kuantan buat apa hari ini?

Aktiviti demo masakan di PDK Sri Teruntum bersama team KKIA

Terima kasih kepada semua yang terlibat

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 10/07/2023

Kembara Pemakanan Sihat di Pasar Raya untuk peserta Trim and Fit Klinik Kesihatan Sungai Ular.

Tarikh: 7/7/2023 (Jumaat)
Masa : 3.00-4.30 petang

Tempat : Pasaraya TMG Gebeng, Kuantan

Aktiviti:

Penyampaian mesej Piramid Makanan baru dan konsep suku-suku separuh kepada peserta

Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta dan pihak Pasaraya TMG Gebeng kerana bekerjasama menjayakan program ini

Photos from ADHAM BIKE CENTRE's post 09/07/2023
29/06/2023

Esok mesti semua sibuk mengedarkan daging korbankan...

Tapi mesti ingat..๐Ÿ’ก

Pastikan daging korban diedarkan mengikut tips-tips berikut. Elakkan melengah-lengahkan pengedaran daging korban kepada individu yang sepatutnya.

Photos from Nutritionistkkm's post 29/06/2023

โค๏ธ air kosong

29/06/2023

Apabila terjaga di pagi hari,
Biru terang di awan,
Aidil Adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan.

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua follower Nutritionist PKD Kuantan 1444H/2023M. Kami merakamkan salam tulus ikhlas kepada seluruh umat Islam ๐Ÿซถ๐Ÿป

ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽุŒ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽ ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠู’ูƒูŽ ู„ูŽูƒูŽ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽุŒ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูŽ ูˆูŽุงู„ู†ูู‘ุนู’ู…ูŽุฉูŽ ู„ูŽูƒูŽ
ูˆูŽุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒูŽ ู„ุงูŽุดูŽุฑููŠู’ูƒูŽ ู„ูŽูƒูŽ

Jangan lupa :
โœ… Makan secara sederhana
โœ…Amalkan suku suku separuh
โœ…Pilih Air Kosong
โœ…Lebihkan serat dalam hidangan

26/06/2023

Terima kasih bakal bakal cikgu KEMAS kerana menyokong kempen suku-suku separuh. Jom kita amalkan.Terima kasih juga kerana sudi berkongsi video bersama Nutritionist PKD Kuantan

26/06/2023

Majlis Pelancaran Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah(HiTS) bersama guru-guru dan ibu bapa Sekolah Rendah Kebangsaan Kempadang dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50.

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 26/06/2023

Majlis Pelancaran Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah(HiTS) bersama guru-guru dan ibu bapa Sekolah Rendah Kebangsaan Kempadang dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50.

Tarikh: 25/6/2023 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari

26/06/2023

Mesyuarat Teknikal Case Review Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) dengan bakul daerah Kuantan Bil. 2/2023. Sebanyak 14 kes baru telah dibentangkan.

Tarikh: 16/6/2023 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat,Klinik Kesihatan Paya Besar

26/06/2023

Jemputan ceramah Pemakanan Sihat Pelajar Sekolah daripada Sekolah Rendah Seri Mahkota. Seramai 300 orang pelajar telah mengikuti ceramah ini.

Tarikh : 9/6/2023
Masa : 9.00-11.00 pagi
Tempat : Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Mahkota

Terima kasih kepada GPK HEM SK Seri Mahkota, berkongsi video
kepada Nutritionist PKD Kuantan

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 26/06/2023

Kembara Pemakanan Sihat di Pasar Raya untuk peserta Trim and Fit Klinik Kesihatan Kurnia, Klinik Kesihatan Paya Besar dan Klinik Kesihatan Permatang Badak

Tarikh: 22/6/2023 (Khamis)
Masa : 3.00-430 petang

Tempat : Pasaraya TMG Sungai Isap, Batu 3, Kuantan
Aktiviti:

1)Taklimat food labelling kepada peserta daripada Pegawai Teknologi Makanan (PTM) daerah Kuantan
2) Penyampaian mesej Piramid Makanan baru dan konsep suku-suku separuh kepada peserta
3) Aktiviti MyNutriTrolley

Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta dan pihak Pasaraya TMG Sungai Isap, Batu 3 kerana bekerjasama menjayakan program ini

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 23/06/2023

Kelas Antenatal Anjuran Klinik Kesihatan Jaya Gading

Tarikh: 23/6/2023 (Jumaat)
Masa: 8.30 - 11 pagi

Aktiviti:
1) Senaman antenatal - Physiotherapist
2) Senaman intrapartum - Physiotherapist
3) Kualiti tidur untuk Ibu Hamil - Occupational Therapist
4) Teknik relaksasi ( Imaginari ) - Occupational Therapist
5) Teknik posisi & pelekapan penyusuan susu ibu - Nutritionist
6) Pemakanan bayi & kanak-kanak kecil - Nutritionist

Terima kasih semua ibu primid yang sudi hadir & meluangkan masa hariniโค๏ธ๐Ÿซถ๐Ÿป Moga bermanfaat.

20/06/2023
20/06/2023

Mummy, ketahui tanda-tanda anak ingin menyusu.. Sebelum mereka menangis :-(

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 19/06/2023

Program Sambutan Bulan Pemakanan & Kejohanan Bola Jaring Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan Tahun 2023 Anjuran Unit Pemakanan & Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi.

Tema Sambutan Bulan Pemakanan:
"Amalkan Pemakanan Sihat: Jalan Ke Arah Kesejahteraan Sepanjang Hayat"

Tarikh: 10 Jun 2023 (Sabtu)
Masa: 7.30am - 5pm
Tempat: Gelanggang Bola Jaring Terbuka SUKPA, Indera Mahkota

Aktiviti:
1) Pameran Pemakanan Bayi & Kanak-kanak (Pegawai Sains Pemakanan)
2) Pameran Cegah Obesiti (Pegawai Fisioterapi)
3) Pameran Penyusuan Susu Ibu (KUPPSIK (Kump**an Penyokong Penyusuan Susu Ibu Kuantan)
4) Ceramah 1000 Hari Pertama (Pn. Shareena Delaila, Peg. Sains Pemakanan, KK Indera Mahkota)
5) Liga Bola Jaring

Sambutan ini disertai oleh 7 tim bola jaring internal dan 3 tim jemputan luar iaitu Tentera Udara Malaysia, KUPPSIK, dan Jabatan Radiologi. Sekalung penghargaan buat semua peserta dan tahniah kepada para pemanang๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ˜Š

Photos from Promosi PKD Kuantan's post 11/06/2023

๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

22/04/2023

Nutritionist PKD Kuantan mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf zahir & batin buat semua warga Kuantan ๐Ÿ˜ Jangan lupa , , dan โค๏ธ

Semoga bergembira di samping keluarga di hari raya ini ๐Ÿฅฐ

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 12/04/2023

Sekitar Taklimat Pemakanan Sihat Bersama Guru-Guru Sekolah Daerah Kuantan:

Tarikh: 11 Apr 2023 (Selasa)
Masa: 9am-1pm
Tempat: SMK Bukit Rangin

Aktiviti sepanjang program:
1) Taklimat penjualan makanan sihat di sekolah
- Kantin
- Koperasi
- Vending Machine
- Larangan Penjualan Makanan Minuman di Luar Pagar Sekolah

2) Taklimat Program/ Aktiviti C-HAT (Pemerkasaan Program Pemakanan Sihat di Sekolah)

3) Taklimat Program Hidangan Sihat Di Sekolah (HiTS)

4)Pemeran Unit Pemakanan

5) Taklimat Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Daerah Kuantan

Terima kasih diucapkan kepada tim PPD Kuantan dan semua guru-guru yang sudi hadir dan berkongsi manfaat dengan Nutritionist PKD Kuantan!

10/04/2023

Ramadhan Kareem

Sedar tak sedar kita telah pun menghampiri 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan.

Salah satu perkara yang sangat dituntut dalam bulan ini adalah bangun sahur pada setiap hari. Kerana terdapat keberkatan pada waktu sahur tersebut.

Justeru, pengambilan makanan yg berkhasiat terutamanya yang mengandungi semua kump**an makanan termasuk protien semasa bersahur adalah sangat penting. Protien membantu kita untuk memberi rasa kenyang yang lebih lama seterusnya kekal bertenaga sepanjang hari.

Pilihlah apa sahaja protein yang anda s**a sama ada ikan, telur, ayam atau sebagainya.

Selain itu, pengambilan segelas susu sewaktu bersahur juga boleh membekalkan sumber protein kepada kita.

Jadi ingatlah, PROTEIN perlu semasa bersahur. Dan menjaga nikmat kesihatan yang diberi juga adalah satu ibadah.

05/04/2023

Kami sokong pilihan rendah gula, anda p**a bagaimana? ๐Ÿ˜‰

03/04/2023

ayuh warga kuantan๐Ÿ˜

Jadilah individu yang bijak dan mengutamakan kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan sebelum menikmati juadah berbuka puasa.

Utamakan penyediaan makanan di rumah bagi mengawal penggunaan minyak, gula dan garam dalam makanan

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 03/04/2023

Akhirnya tibalah ke destinasi terakhir Nutritionist Kuantan sempena Singgah Sihat. Hari ini kami berkempen di:

Tempat : Bazar Ramadan Jaya Gading
Tarikh : 3 Apr 2023 (Isnin)

Terima kasih buat semua peniaga bazar yang sangat supporting dan tidak lupa juga buat para pengunjung yang turut bersama kami, berkempen untuk pilihan menu yang rendah gula ๐Ÿฅฐ Anda memang terbaik!

Jangan lupa 5 Mesej Pemakanan Untuk Bandaraya Kuantan, Bandaraya Rendah Gula:

1) Asingkan gula daripada bancuhan minuman

2) Tawarkan pilihan minuman :
- tanpa gula
- kurang gula
- biasa

3) Cukup 1 ceduk air gula sahaja untuk 1 gelas besar

4) Galakkan pilihan kurang gula : lebih sihat & jimat !

5) Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.

Mudah kan? ๐Ÿ˜ Marilah kita bersama-sama menjayakan Kempen Bandaraya Kuantan Rendah Gula ๐Ÿ›๏ธ Salam Ramadan dari kami ๐Ÿซถ๐Ÿป

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 30/03/2023

Pameran dan Promosi Bandaraya Rendah Gula :

Tempat : Bazar Ramadhan Taman Impian, Kuantan
Tarikh : 30/03/2023

Di saat menunggu waktu Iftar, Nutritionist Kuantan nak share mesej penting untuk warga Kuantan manfaatkan ke arah mengurangkan pengambilan gula dalam menu berbuka anda ๐Ÿ˜‰

5 Mesej Pemakanan Untuk Bandaraya Kuantan, Bandaraya Rendah Gula:

1) Asingkan gula daripada bancuhan minuman

2) Tawarkan pilihan minuman :
- tanpa gula
- kurang gula
- biasa

3) Cukup 1 ceduk air gula sahaja untuk 1 gelas besar

4) Galakkan pilihan kurang gula : lebih sihat & jimat !

5) Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.

Mudah kan? ๐Ÿ˜ Marilah kita bersama-sama menjayakan Kempen Bandaraya Kuantan Rendah Gula ๐Ÿ›๏ธ

Photos from Nutritionist PKD Kuantan's post 28/03/2023

Sekitar Bengkel Updates Pengendalian Reten & Taklimat Pengiktirafan Inisiatif Klinik Rakan Bayi (IKRAB) Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2023

Tarikh: 27 Mac 2023 (Isnin)
Masa: 8.00 am - 5.00 pm
Tempat: Klinik Kesihatan Paya Besar

Aktiviti:
1. Ucapan aluan oleh Ketua Unit Pemakanan, Puan Susilia Sinnar
2. Pembentangan Updates Reten Program Pemakanan oleh Puan Suriati Zakaria
3. Latihan dalam kump**an untuk hands on pengendalian reten
4. Taklimat IKRAB & status IKRAB Daerah Kuantan
5. Kuiz Pantas

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang kuiz & semua peserta yang bersama-sama Nutritionist PKD Kuantan menjayakan bengkel ini.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Kuantan
25050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Other Nutritionists in Kuantan (show all)
Klinik Diet KAHS Klinik Diet KAHS
Kulliyyah Allied Health Sciences, International Islamic University
Kuantan, 25200

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang
Jabatan Kesihatan Negeri
Kuantan

Peneraju Pemakanan Negara

MyDietbuddy MyDietbuddy
Kuantan, 22200

Hello! We are 4th Year students of Dietetics from IIUM Kuantan. We call ourselves by the name of Epi

Gajet magik untuk rumah Gajet magik untuk rumah
Kuantan

kami menjual produk alatan rumah,kecantikan,makanan pada harga mampu milik

Kopi Klubna Laleh Sesuai Untuk DIET Kopi Klubna Laleh Sesuai Untuk DIET
No 12 Lorong Sungai Karang Darat 9, Taman PSJ
Kuantan, 26100

Hanya yang original dan kelulusan dari KKM. Kami merupakan Pengedar sah dari wakil MEDINA DESIRE HQ