Videos by Nasiayampapa in Kuantan. Real Food, Fast Food
Real Food, Fast Food.
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah, nasiayampapa sudah berusia 10tahun Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami selama ini Baik keluarga, ahli pasukan nasiayampapa dan yang paling berharga, anda semua, pelanggan kami di nasiayampapa. Wujudnya nasiayampapa tidak lain dan tidak bukan, antaranya adalah untuk berkongsi rasa dan berkongsi momen-momen indah antara kami dan anda pelanggan nasiayampapa. Permulaannya adalah apabila saya berhenti bekerja pada 2012 untuk memulakan perniagaan nasi ayam di beserah. Permulaan nasiayampapa di sebuah kedai kayu kecil yang dibina dengan sokongan keluarga, telah membesar dan membuahkan lagi dua cawangan di Indera Mahkota 7 dan nasiayampapa express Timurbay. InsyaAllah dengan sokongan dan doa anda semua, nasiayampapa akan mengorak langkah meluaskan lagi perniagaan kami ke seluruh malaysia supaya kami boleh berkongsi rasa dengan lebih ramai pelanggan kami pada masa akan datang. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat anda semua yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami. InsyaAllah kami akan terus kuat berusaha untuk kenyediakan yang terbaik untuk anda di nasiayampapa untuk dekad yang seterusnya. - Mohd Nadzir Ali
Selamat pagi, good morning, 早安 (zǎo ān) and 早, Good morning (صباح الخير), காலை வணக்கம்(Kālai vaṇakkam) semuaaaaa 🤗🤗
Nasiayampapa® - Upgrade food tech
1 lagi bucket list yang berjaya kami capai sebelum 2023, upgrade & improve food technology di Nasiayampapa. Terima kasih kepada semua pelanggan Nasiayampapa kerana mempercayai kami selama ini.
More to come 💪.
- https://nasiayampapa.com
Semua orang pun suka! 😋 Nikmati keenakkan Nasi Ayam "hai-nonesuch" citarasa Malaysia yang teristimewa untuk anda hanya di Nasiayampapa. Kunjungi outlet terdekat seluruh Kuantan di Indera Mahkota, Beserah & Timur Bay.
Tak apa single, janji happy 😆. Lebih-lebih lagi dengan set COMBO JIMAT. Pilih A atau B untuk extra ayam. * Hidangan disertakan dengan minum dan dua pilihan ayam. Roasted, Steamed atau Mixed.
Video kenangan Majlis Berbuka Puasa 25 Ramadan 1433H keluarga #nasiayampapa. Moga bukan hanya sekadar platform perniagaan tapi menjadi medan penyatuan antara satu sama lain. Stay patience and trust the journey 😘
Apalah ertinya makan nasi ayam saja tanpa sidekicks yg sedap². Nahhh. Salah satu best seller sidekicks #nasiayampapa. Muroh, sedap & rangup 🥰
Rajin vs Bijak. Dalam bisnes, anda boleh jadi antara dua ini sama ada rajin ataupun bijak. Kalau anda ada kedua-duanya sekali lagi bagus dan anda patut bersyukur. Sebabnya bukan semua orang dihadiahkan dengan otak yang bijak dan sikap rajin pada masa yang sama. Tapi macam mana pula dengan orang yang rajin tapi tak berapa bijak, dan ada yang bijak tapi tak rajin sangat? Jangan risau, anda tetap boleh berjaya sama seperti mereka yang rajin dan bijak. Fahamkan video mcm mana nak berjaya dengan rajin vs bijak.