Daddy Amir Manaf

Menyediakan perancangan kewangan terbaik kepada rakyat Malaysia dan memberi pencerahan tentang kebai

30/09/2023

Orang yang takut akan azab Allah swt iaitu neraka, akan di berikan syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.

13/08/2021

Ubat pengasih dalam rumah tangga

Suami adalah pemimpin kepada keluarganya. Tidak akan dapat diambil alih oleh isteri. Jadi, mahu atau tidak, apabila seorang lelaki berkahwin, dia adalah pemimpin kepada isterinya, tidak mengira pangkat isteri di luar rumah sama ada seorang HOD, Manager Syarikat, Doktor, Menteri dan sebagainya.

Bagaimana boleh terjadi "Queen Control" di dalam rumah tangga? Kerana "King Lost Control". Apabila istri merasakan dia lebih mampu memimpin berbanding suami, akan berlakulah krisis rumah tangga. Sama ada isteri benar-benar mampu atau tidak, itu tidak penting kerana dia merasakan dia mampu.

Kadang-kadang isteri berfikiran sedmikian bukan kerana pangkat dia lbih besar atau gaji dia lebih besar, atau keegoan diri, tetapi kerana suami tidak mampu mengawal diri. Jadi, bagaimana suami ingin mengawal diri agar bisa memimpin isteri? jawapan nya ada pada diri suami. Untuk mngawal diri, kita memerlukan ilmu. Kemudian, ilmu itu harus diamal. Mengamalkan ilmu itu memerlukan Mujahadah iaitu "struggle" yang kuat untuk melakukan sesuatu. Lawan nafsu, lawan kemalasan, lawan kejemuan dalam mematuhi perintah Allah. Insya-Allah, sesiapa yang patuh kepada Tuhan, manusia lain akan mudah patuh kepadanya termasuk isteri dan anak-anaknya.

Jika kita kurang pangkat, tambahlah wibawa. ilmu menambah wibawa. tidak kira sama ada ilmu agama, ilmu akedmik atau ilmu kemahiran. Tambah amal, tingkatkan akhlak. Suami kene jadi orang lebih soleh, lebih tenang, lebih sabar.... Insya-Allah isteri akan lebih hormati kita walaupon kedudukan pangkat berbeza.

"Untuk dihormati kerana kewibawaannya, seorang suami tidak semestinya mempunyai kelulusan, gaji, rupa atau pangkat yang tinggi"

12/08/2021

Tanpa kita sedar, sebenarnya Allah ingin memberikan kepada kita 'harta' yang tidak mampu untuk dirompak dan 'kekayaan' yang tidak mengundang caci-maki dan hasad dengki manusia.

Rumah tangga yang bahagia bermula di rumah (Baiti Jannati). Rumah tangga yang aman damai dipenuhi kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga (Syurga Dunia). Di sinilah kita akan menempa Qalbun Salin. Hati yang sejahtera adalah perisai ampuh untuk menahan bakaran api neraka.

Di dalam mencapai kebahagiaan rumah tangga, jangan di nilai pada kejayaan atau kegagalan, tetapi usaha dan keazaaman kita yang harus kita fokus. Tiada istilah gagal dalam usaha mencapai kebahagiaan rumah tangga.

Saya doakan agar saya dan anda smua tidak berputus asa di dalam mencari kebahagiaan di dalam rumah tangga. Cari lah ilmu dari mereka yang berilmu, dan carilah hikmah daripada mereka yang berhikmah.

Pesanan untuk sahabat saya yang belom berumah tangga:

"Jadilah lelaki yang soleh, insya-Allah akan muncul seorang solehah sebagai pasangan hidupmu dan begitulah sebaliknya"

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Kuantan

Other Authors in Kuantan (show all)
Teo Wei Sing Teo Wei Sing
Kuantan

Syahrir Zaini Syahrir Zaini
Kuantan, 25200

Sharing knowledge of research and journals.

Ameera Ameer Page Ameera Ameer Page
AA Idea Publication
Kuantan, 26070

Bila minda dan hati bersatu...

Baju raya Bulan Bintang Baju raya Bulan Bintang
Jalan GAMBANG
Kuantan, 25150