NBS Journey

page ini diwujudkan untuk berkongsi info tempat menarik yang ada sama ada dalam atau luar negara yg

Photos from NBS Journey's post 24/08/2024

Siapa sangka saya akan akan mendaki gunung kinabalu ni sebanyak 4 kali. Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. jamgan hairan la kalau ada rezeki saya akan repeat lagi utk kali yang seterusnya 🤣

Pengalaman menaiki Sarawak River Cruise | Kuching Waterfront Sarawak 11/07/2024

perasan tak di waterfront kuchibg sarawak tu ada feri berwarna putih yang besar berlabuh di situ. sebenarnya kalau nak rasa pengalaman naik fari menyusuri sungai sarawak tu boleh aje. tiket boleh dibeli secara online atau di kaunter waterfront tu. kadar bayaran pada masa ni rm79 untuk dewasa dan rm35 untuk kanak-kanak 12 ke bawah.

Pengalaman menaiki Sarawak River Cruise | Kuching Waterfront Sarawak Hai semua assalamualaikumvideo kali ini saya nak kongsi pengalaman menaiki Sarawak Riber Cruise menyusuri Sungai Sarawak yang berpengkalan di Kuching Waterfr...

27/02/2024

Bila umur makin meningkat, saya belajar banyak perkara.

1. Buat hal sendiri. Tak perlu terlalu sibuk nak ambil tahu tentang orang sekeliling sampai bergosip membawang. Gunakan konsep ambil tahu gitu-gitu sahaja. Yang penting jaga diri & keluarga. Nampak mcm selfish tapi memang Itu yang penting dalam hidup.

2. ⁠Jaga emosi. Jika ada yang menyakiti atau bersikap toksic, block atau tinggalkan. Tidak perlu nak serabutkan kepala. Diam-diam pergi dan diam-diam bahagia.

3. ⁠Cipta memori. Pergi lah mana-mana tempat samada bersendiri, dengan kawan atau keluarga. Ambil gambar setiap momen dan letaklah di mana-mana media sosial utk dijadikan sebagai kenangan. Abaikan cakap-cakap orang sekeliling yang terpaling pandai manage duit kononnya. Duit sendiri biar lah diri sendiri yang tentukan nak belanja arah mana. Sikit duit cara sikit. Banyak duit cara banyak.

4. ⁠Pekakkan Telinga. Elakkan bertangguh untuk buat dan capai sesuatu hanya kerana takut cakap-cakap orang. Pegang satu perkara, ketika mana kau susah, tiada siapa ketuk pintu rumah untuk hantar beras. ketika kau jatuh tak ada sorang pun yang datang untuk bantu kau bangun malahan ada yang bertepuk tangan gembira lihat kejatuhan kau.

'Cipta bahagia cara sendiri'

-NBS-

Vietnam Travel - Delta Mekong Tour dari Ho Chi Minh | betul ke best tempat ni? 27/02/2024

Salah satu aktiviti wajib kalau melancong ke Ho Chi Minh Vietnam adalah full day Mekong Delta Tour. disebabkan lokasinya lebih kurang 174 km dari Bandar HCM sebaiknya ambil aje pakej dari ejen pelancongan yang ada di HCM. saya guna ejen Aamin Tour & Travel yangvterletak di Malaysia street dengan kadar bayaran RM80 seorang. Saya kongsi video sepanjang 1 hari di sini. Semoga terhibur

Vietnam Travel - Delta Mekong Tour dari Ho Chi Minh | betul ke best tempat ni? Hai semua, assalamualaikumvideo kali ini saya nak kongsikan sambungan pengembaraan saya di Vietnam. kali ini saya ikut pakej Mekong Delta Tour daripada Aami...

Photos from NBS Journey's post 25/02/2024

Bukit Gondol Lundu. sesuai dengan namanya. atas puncak tu memang gondol tak ada pokok tinggi. trek mudah aje dan anggaran masa pendakian antara 30 minit - 1 jam ikut kelajuan langkah kaki pendaki. sesuai untuk beginer. Sebaiknya daki lah pada awal pagi atau petang sebelum matahari terbenam untuk elakkan cuaca yang panas melampau. kalau tak mahu melalui jalan berbatu kena tunggu air laut surut supaya boleh menyusuri laluan pantai.

Photos from NBS Journey's post 17/02/2024

niat di hati nak pergi memanjat, tapi cuaca tak mengizinkan. Maka ia berakhir di sini. carbo burning bertukar kepada carbo loading 😆🤣

15/02/2024

wangian tersebar mengikut arah angin tetapi kebaikan tersebar dari semua arah.

Photos from NBS Journey's post 13/02/2024

sea stack iconik bako yang terkenal di seluruh dunia telah runtuh

Ho Chi Minh Vietnam | apa yang menarik selain dari shopping kat sini???Syurga membeli belah 08/02/2024

Bandar Ho Chi Minh yang terletak di Selatan Vietnam cukup terkenal sebagai syurga untuk membeli belah di kalangan pelancong Malaysia. Barangan kulit berjenama seperti LV, coach, prada dan b*k lagi dijual dengan harga yang sangat berbaloi. Percaya la walaupun niat asal tak nak shopping, tapi bila sampai sini tiba-tiba boleh lupa ingatan 🤣🤣🤣

Punya la ramai pelancong Malaysia yang datang sampaikan ada satu jalan kat situ di panggil Malaysia Street. Jalan tu memang banyak menjual tudung, baju dan telekung. Nak cari makanan halal pun tak ada masalah sebab kat situ lah terletaknya banyak restoran halal. bukan itu sahaja, peniaga mereka pun fasih berbahasa melayu dan menerima duit RM. tak payah pening kepala nak tukar duit d**g.

Tapi sebenarnya bukan shopping aje yang best, ada banyak tempat tarikan lain yang ada di sini. So saya kongsi video pengalaman saya berkunjung ke HCM pada Jan yg lepas. saya bahagikan video kepada beberapa episod sebab terlalu banyak yang saya nak kongsi. Selamat menonton ✌🏼

Ho Chi Minh Vietnam | apa yang menarik selain dari shopping kat sini???Syurga membeli belah Hai semua, assalamualaikumVideo kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya travel ke bahagian selatan Vietnam iaitu Ho Chi Minh. Nama asal Bandar Ho Chi Min...

Photos from NBS Journey's post 06/02/2024

"Hiasi diri dengan senyuman, fikirkan hal yang positif dan hiduplah dalam keadaan yang bahagia. Jangan biarkan perkara negatif menjatuhkan kita."

Photos from NBS Journey's post 05/02/2024

"Merantau akan banyak memberikanmu pengalaman hidup. Pergi lah sejauh mungkin, tapi jangan sampai lupa p**ang."

Photos from NBS Journey's post 01/02/2024

Clay Tunnel Dalat merupakan salah satu tempat menarik di Dalat Vietnam. gigih pakai skirt nak berOOTD 😆

29/01/2024

selesai urusan ptg ni di sini, saya terus ke tangga untuk turun. Memang dah jadi kebiasaan saya memilih guna tangga walaupun lif disediakan terutama utk bangunan 2@3 tingkat. Pada masa tu berselisih dengan sorg perempuan tua bertongkat sedang turun tangga. pada masa yg sama depan lif ada beberapa org yg nampak sihat sedang menunggu lif. saya dengan ramah menegur dia "kenapa tak mahu guna lif?" dia jawab "tak apa. turn saja ma. boleh guna tangga" saya lihat dia menuruni tangga perlahan-lahan bersama tongkat walaupun nampak agak sukar.

entah kenapa hati saya tersentuh melihat dia. 🥹🥹🥹

Photos from NBS Journey's post 24/01/2024

Syukur alhamdulillah diizinkan lagi untuk menjejakkan kaki ke Vietnam untuk kali ke 3. Misi travel kali ini nak pergi ke tempat yang semakin viral iaitu Dalat Vietnam bukan Dalat Sarawak ye 😆🤣

Perancangan & pembelian tiket dibuat lebih kurang 2 bulan aje. seperti biasa lepas beli tiket baru lah itinerary mula dirancang. kali ni saya travel berdua bersama Izah memandangkan anak 2 orang lagi tak boleh ikut serta. Azim di asrama dan Wani dah start kuliah. (begitu la bila cuti dah tak sama)

walaupun kami travel backpacker tapi bukan lah budget sangat pun. saya kongsikan ringkasan itinerary kot-kot ada yg berhajat untuk ke sana. boleh lah dijadikan panduan nanti.

Ho Chi Minh dan Dalat
8 hari dari 13 hingga 20 Jan 2024

Day 1 (13/1/2024 - sabtu)

1. KL ke HCM flight jam 9.00 pagi dari KLIA2
2. 10.05 pagi sampai HCM Airport
3. Grab airport ke Hotel (VND 136k)
4. Check in Queen Central Hotel ( kat area Malaysia Street) - agoda
5. Beli pakej Mekong River di Amin Travel, kedai dia ada di Malaysia Street tu (RM80 seorg)
6. beli tiket sleeper bus untuk ke dalat di Trung Tam Du Lich – (VND 560K seorg return)
7. Makan di Restoran Hajah Basiroh
8. Jalan-jalan sekitar HCM
a. War Remnant museum (VND 40K seorg)
b. Book Street
c. Ho Chi Minh Statue
d. Ben Thanh market
e. Central Market

Day 2 (14/1/2024 - ahad)

1. Mekong River tour (6.30am -7pm)
a. Singgah tempat shopping di Mekong My Tho (spend 1 jam kat situ)
b. Sampai jeti naik bot pergi ke p**au 1 – tempat menghasilkan produk dari kelapa seperti gula-gula kelapa, biskut kelapa, minyak kelapa dll
c. naik bot ke p**au ke 2. Dari sini akan naik sampan menyusuri sungai mekong. Menuju ke tempat menghasilkan madu dan dihidangkan dengan minuman air madu yang dicampur dengan limau kasturi dan kerepek pisang madu.
d. Bergerak ke tempat jualan barangan kulit
e. Dihidangkan air the dan beraneka jenis buah-buahan iaitu tembikai, nenas, ciku dan jambu batu sambil menyaksikan persembahan nyanyian.
f) singgah shopping di sara collection sblm
balik hotel


2. Check out Hotel ( tambah fullday use VND 580k)
3. Naik sleeper bus ke Dalat pukul 10.30 pm

Day 3 (15/1/2024 – Isnin)

1. Sampai Dalat pukul 5 pagi
2. Teksi ke hotel VND 50K
3. Check in hotel di Dalat City – peach valley hotel- agoda (utk 2 malam + early check in VND 300k )
4. Sewa motosikal VND 150K sehari x 2 1/2 hari. Isi minyak penuh VND 50K
5. Crazy House (VND 60k seorang + parking motosikal VND 5k) – rekabentuk bangunan ni unik. sesat 2 jam kat situ tapi seronok layan dan bergambar.
6. Lam Vien Square (depan tasik). lepak-lepak sambil layan sunset dan makan buah strawberry
7. Makan di Restoran Hajah Hawa

Day 4 (16/1/2024 – Selasa)

1. Datanla Alpine Coaster (naik coaster, tengok Datanla Waterfall – VND 250k seorg
2. Bali hill (2 gelas air strawberry smoothie VND 130K)
3. Summer palace/ Bao Dai Palace VND 40k seorg
4. Robin Cable Car VND 40K seorg
5. Kos Parking motosikal VND 3K + 3K
6. Dalat night market
Durian besar-besar ulasnya. Buah strawberry murah betul. hari-hari makan buah strawberry. Baju sejuk pun murah-murah. kat sini banyak street food tapi saya tak beli sebab meragui halalnya.

Day 5 (17/1/2024 – Rabu)

1. Check out peach valley hotel tinggal beg kat hotel dulu. Gigih pakai skirt sebab nak OOTD
2. Mongo Land VND100K. lawa tempat ni. Wajib singgah. Sesuai untuk bergambar dan ada game yang boleh naik banyak kali sampai mabuk.
3. Clay tunnels VND 60K. tempat wajib singgah juga ni. terpegun tengok hasil clay yang dibuat di situ. memang cantik & unik.
4. Pulangkan motosikal di hotel dan naik grab ke The Lake Dalat VND 102K
5. Check in The Lake House Dalat – booking di agoda (VND 470K)

Day 6 (18/1/2024 – Khamis)

1. Hari ni memang plan nak bersantai-santai di Lake House Dalat. Tempat ni sesuai untuk yang nak relax menikmati suasana urban view. Bilik yang kami booking mengadap tasik. Memang lawa lah. Check out 12 tgh ke Dalat
2. Check in La Pensee Hotel lokasinya tak jauh dari stesen bas Dalat. Santai-santai aje kat bilik hotel. (VND 380K)
3. Naik sleeper bas ke HCM pukul 10.30 malam

Day 7 (19/1/2024 – Jumaat)

1. Sampai HCM pukul 5 pagi
2. Tinggal beg di Queen Central Hotel
3. Ambil pakej half day ke Chuchi turnnels di Aamin Tour (RM55 + VND 125k byr di kaunter masuk chuchi turnels)
4. Sebelah petang shopping kat sekitar Malaysia street dan Benh Thant market. kat Benh Thant kena pandai tawar menawar. tawar 3 kali ganda kurang dr harga diberi.
5. Makan restoran halal sekitar Malaysian street area depan hotel. ada banyak pilihan restoran

Day 8 (20/1/2024 – Sabtu)

1. Pergi ke Post office untuk pos poskad buat kenangan.
2. Sambung shopping lagi kat sekitar Malaysia street, Central market dan Benh Thant market.
3. Check out jam 12 tgh tinggal beg kat hotel, Lunch dan sambung shopping lagi. Jam 4 ptg ambil grab ke airport.
4. airport HCM ke KL sepatutnya jam 4 ptg tapi flight retime jadi 8 malam.

Nota:
1. Waktu saya datang ke Dalat ni musim winter, jadi standby baju sejuk dan topi. Kami tak prepare so kena beli baju sejuk kat Dalat. Tapi ok aje sebab harga baju sejuk murah kat situ.

2. Dalat tiada apa untuk shopping kecuali pasal night market ada jual banyak baju sejuk yang cantik dan murah. Buah strawberry pun murah. enjoy view dan tempat menarik sahaja.

3. Pergerakan di dalat kalau ramai boleh naik grab. Disebabkan saya berdua kami sewa motosikal aje.

4. Di Dalat, mereka tak pandai English,kena gunalah google translate. Di HCM tu ok lagi.
5. Duit kita diterima je di HCM tu. Bayar pakai RM je untuk shopping. Lebih mudah.

6. Tempat-tempat di Dalat tu memerlukan kita banyak berjalan. Pastikan pakai kasut yang sesuai.

7. Untuk makanan halal di HCM sebaiknya hanya makan di sekitar Malaysia Street sahaja. Itu yang diingatkan oleh tourist guide semasa trip ke Mekong River. Tempat lain diragui halalnya.

8. Di Dalat ada beberapa restoran makanan halal. Kalau dari Peach valley hotel ada sebuah restoran di sebelah hotel tu aje. Harga makanan halal agak mahal di kedua-dua tempat.

9. HCM ni banyak motosikal. Sampai naik atas divider pejalan kaki motor mereka. kena banyak berhati-hati. Melintas jalan pun kena ada skill kamikaze, lintas je la dengan jiwa yang terpaling kental. Pemanduan mereka laju tapi mereka hebat brek. Nak tunggu jalan clear, memang sampai ke sudah kita tak melintas.

10. Di Dalat kenderaan tidak sebanyak di HCM jadi kami berani lah sewa motosikal.

11. sebaiknya booking hotel yg sama di HCM. jadi boleh tinggal beg yang tak diperlukan semasa pergi Dalat. lebih mudah

Malaysia Passport Dashboard | Passport Index 2023 02/01/2024

Just nak share mana yang selalu tanya pergi visa ke tak, boleh lah ke link ni https://www.passportindex.org/passport/malaysia/. Dekat sini kita boleh tengok negara mana yang visa free, perlukan eta, atau perlukan visa (visa on arrival / visa before arrival pergi kedutaan). Dekat situ ada link untuk evisa dan eta negara mana korg nak pergi, akan terus link ke imigresen negara tersebut.

Semoga bermanfaat.

https://www.passportindex.org/passport/malaysia/

Boleh juga download apps ni dan scan passport dekat situ, dari situ tahu mana perlukan visa atau tidak.

Malaysia Passport Dashboard | Passport Index 2023 Discover all visa requirements and real-time passport ranking of Malaysia. Passport Index is the leading global mobility intelligence platform providing guidance on the right of travel.

01/01/2024

welcome 2024
Good bye 2023
Don't think about yesterday
just think about tomorrow
because tomorrow is chance
to correct the mistake of yesterday

-NBS-

mendaki Gunung Semeru dan Bromo di Jawa Timur Indonesia | Gunung tertinggi di Kep**auan Jawa 01/01/2024

https://youtu.be/adgt56qiUHg?si=DrQ43LzfDGf-N8SA

video pembukaan 2024. kali ni saya share pengalaman hiking ke negara jiran p**a iaitu east jawa indonesia

mendaki Gunung Semeru dan Bromo di Jawa Timur Indonesia | Gunung tertinggi di Kep**auan Jawa Hai semua, assalamualaikumvideo kali ini saya nak kongsikan pengalaman mendaki Gunung Semeru dan Bromo serta kawasan sekitarnya. sebenarnya pendakian ini ad...

Photos from NBS Journey's post 30/12/2023

Nukilan penghujung 2023

Ilmu dimiliki usah disalah guna
Jangan sesekali kufur nikmat yang diberi percuma
Gunakan lah kelebihan untuk kebaikan bersama
Jagalah nama hiasi peribadi

kehidupan memang penuh lakonan dan drama
Ada gemuk ada yang kurus,
ada yang kecil ada yang besar
ada melencong ada yang lurus
tapi bukan semuanya tulus
Ada sempuna ada kurang upaya
ada yang jadi buta hanya bila sudah berjaya

Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata
sentiasa bersyukur, ucaplah alhamdulillah
kerana semua yang dimiliki
hanya lah pinjaman sementara
pabila menutup mata
segalanya menjadi warisan
hanya amalan menjadi bekalan

-NBS-

Photos from NBS Journey's post 29/12/2023

hiasi wajah dengan senyuman tanda bersyukur dengan segala yang dikurniakan olehNya

Kembara Turkiye | Bursa | bandar penuh bersejarah tinggalan Empayar Uthmaniyyah 18/12/2023

https://youtu.be/-b3IlR0cJ08?si=b9tIAVWWys0DW2M-

akhirnya video turkiye part akhir. selamat menonton

Kembara Turkiye | Bursa | bandar penuh bersejarah tinggalan Empayar Uthmaniyyah Hai semua, assalamualaikumvideo kali ini saya kongsikan lagi pengembaraan saya di bumi Turkiye. kali ini saya berkunjung ke bandar yang terpenting pada zam...

Photos from NBS Journey's post 17/12/2023

Syukur alhamdulillah. nikmat terindah adalah masih diberi keizinan untuk bernafas dan berpijak di bumi ini

Photos from NBS Journey's post 16/12/2023

sepagi mengintai-intai

Photos from NBS Journey's post 09/12/2023

lebih baik mensyukuri apa yang dimiliki sekarang daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti

-NBS-

07/12/2023

ramai juga yang terpedaya. sepatutnya naik atas dengan melangkah kaki pada anak tangga yg paling bawah sekali. tak ada istilah jadi kaya dengan melabur emas kecuali tokey emas 😆

Photos from NBS Journey's post 02/12/2023

aktiviti hujung minggu. Sekitar Kuching Waterfront memang tempat favourite saya. run santai2 sambil menikmati pemandangan di waktu pagi. rezeki hari ini dapat bertemu dengan sahabat baru Kak Dee dari ampang yg datang kuching atas urusan kerja✌🏼

Kembara Turkiye | Cappadocia - Pamukkale - Bursa 29/11/2023

https://youtu.be/BEyKb1bLtkY?si=JJ39QB-Oa7VGihW8

Turkiye memang terkenal dengan keindahan dan kesan peninggalan sejarah terutama sekali semasa zaman pemerintahan kerajaan uthmaniyah. video kali ini saya kongsikan 3 destinasi pelancongan di turkiye

Kembara Turkiye | Cappadocia - Pamukkale - Bursa Hai semua, assalamualaikumvideo kali ini saya nak kongsikan pengalaman pengembaraan saya di bumi Turkiye iaitu dari Cappadocia ke Pamukkale dan Bursa00:00 in...

Photos from NBS Journey's post 27/11/2023

3 km terakhir ni dia punya letih rasa nak merangkak dah. tapi bila nampak photographer eh lupa p**a 😆

Photos from NBS Journey's post 25/11/2023

"Aku merenung keindahan alam, mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan, pada setiap langkah kakiku di bumi ini"

-NBS-

Tempat menarik di Bintulu Sarawak |Jom melancong ke Sarawak 22/11/2023

Bintulu merupakan salah sebuh bandar yang ada di negeri Sarawak. ia tidak la terkenal sgt untuk pelancongan tp tetap ada tarikannya yg tersendiri di sini. video kali ini saya kongsikan pengalaman saya melawat Bandar Bintulu Sarawak. semoga terhibur. terima kasih yg like dan subscribe ♥️

Tempat menarik di Bintulu Sarawak |Jom melancong ke Sarawak Hai semua, assalamualaikumVideo kali ini saya nak kongsikan tempat menarik yang sempat saya lawati ketika bercuti ke Bintulu Sarawak.Bintulu terkenal dengan ...

Want your business to be the top-listed Travel Agency in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

video mendaki gunung santubong
Keindahan matahari terbenam dari pesawat Air Asia semasa penerbangan dari Kuching -KLIA2
dengar bunyi unggas pula di sini #mountmike
jiwaku terasa tenang
view golden sunset di Panalaban Gunung Kinabalu
view golden sunset di Panalaban Gunung Kinabalu
Aktiviti dragon boat di Kuching Waterfront
Makan angin ke Singapura
Menjelajah Gua Niah Miri Sarawak
Keindahan Sebako Waterfall
kolonial kerengga
sesekali kita tengok awan dengan mata memandang ke bawah pula. biasa kena dongak ke atas kan. #subahanallah #alhamdulill...

Website

Address

Kuching

Other Tourist Information Centers in Kuching (show all)
古晋鸿运旅游巴士包车服务  KUCHING TOURIST HONG YUN BUS CHARTER SERVICE 古晋鸿运旅游巴士包车服务 KUCHING TOURIST HONG YUN BUS CHARTER SERVICE
Penrissen
Kuching, 93250

JEREMY TRANSPORTATION CHARTER SERVICE WE PROVIDED KUCHING/MIRI/BRUNEI/KOTA KINABALU TRANSPORT CHARTE

Adventurous Borneo Adventurous Borneo
Miri
Kuching, 98000

Travel Info Page

Tourism Malaysia Sarawak Tourism Malaysia Sarawak
Parcel 297-2-1, Level 2, Riverbank Suites, Jalan Tunku Abdul Rahman
Kuching, 93100

We are the State Office for Tourism Malaysia and the agency under MOTAC, Malaysia.

家游日本-HitzWalker潮游EM 家游日本-HitzWalker潮游EM
Kuching

【你忙工作 ,旅行我们帮你安排!】 【家游】带你一家老少去 日本 旅游! 东马唯一专攻日本家庭式的旅行团! 提供一站式旅游咨询与资讯, 并且与多家【旅游社大咖】合作进行推广! 最重要的是, 【家游】 是潮游东马唯一的【日本家庭式旅游】代理 ! 也是【唯—】—家饰演着 顾客们的【保险方】。我们将为你筛选最精准优惠 的旅游配套和制定专属你的家庭旅游配套...

Eva Express 东方快车 Eva Express 东方快车
2ND FLOOR, SUBLOT 14, LOT 19692, SARADISE KUCHING , Jalan STUTONG
Kuching, 93350

EVA Express was one of the very first to offer a unique wider area seat specially designed for your

Kereta Sewa Kuching/mujahiddin car rental Kereta Sewa Kuching/mujahiddin car rental
No 60 Taman Grandview Matang Batu 8 1/2, Jalan Matang, Kuching
Kuching, 93050

Kami menyediakan perkhidmatan seperti - Kereta|Van sewa Pandu sendiri/Driver - Bas Catar/sekolah 44

Jalan Jalan Sarawak Jalan Jalan Sarawak
Kuching, 93050

Sarawak, a place like no other.

Rafflesia Garden Kampung Timurang Rafflesia Garden Kampung Timurang
Kampung Timurang Jalan Puncak Borneo
Kuching, 93250

We have a nice views while walking along on the jungle tracking,enjoyed the environment,fresh air,mountain views,cave,waterfall and small river for picnic