Othman Abdillah

Othman Abdillah

Parti Sedar Rakyat Sarawak

16/10/2022

Salam orang-orang kampong,

Sekali lagi saya, Othman Bin Abdillah dari Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) menawarkan diri untuk bertanding dikampong kita. Pada pilihanraya negeri tahun lepas, saya bertanding di N7 Samariang. Pada pilihanraya Parlimen kali ini saya akan bertanding di P194 Petra Jaya.

Untuk pengetahuan semua, saya lahir dan membesar diKpg Masjid (Segoleng) dalam kawasan DUN N8 Satok pada tahun 1956.
Selepas kahwin mendirikan rumah dan diam diKpg. Samerah Padi (DUN N7 Samariang) selama 6 tahun.
Apabila Kpg. Samerah Padi dipindahkan ke kampung Samariang, saya pindah ke RPR Fasa 2, Jalan Astana (DUN N7 Samariang).
Masa tok diam di Matang (DUN N8 Tupong).
Isteri saya asal kpg Muda Hashim (N8 Satok). Mentua diKpg Sungei Bedil Besar (DUN N7 Samariang)

Maka kehidupan saya hanyalah tertumpu dalam kawasan P194 Petra Jaya (Satok, Samariang dan Tupong).
Sinei lagik saya harus bertanding jika tidak di P194 Petra Jaya. Ini kampong2 saya. Hati nurani saya adalah untuk berusaha memajukan kampong2 kita dalam kawasan P194 jika dipilih.

Saya ulang... INI KAMPONG SAYA.

Pilihanraya akan datang adalah untuk memilih wakil diParlimen dan BUKAN untuk membentuk kerajaan negeri Sarawak.

Maka itu, saya menyusun sepuluh jari memohon sokongan kitak semua. Kemenangan saya nanti adalah kemenangan kita semua.

Wassalam.