Madrasah Hafizah Lil Banat Kulai

Madrasah Hafizah Lil Banat Kulai

Madrasah Hafizah Lil Banat Kulai beralamat di M269, Jalan Sultanah, Kampung Melayu, 8100 Kulai Johor.

Menyediakan wadah pendidikan & pembelajaran dalam bidang hafazan alquran & fardu ain untuk para pelajar perempuan sahaja.

0182722751 / 0187894416

25/02/2022

INGALAH ALLAH, NESCAYA ALLAH MENJAGAMU

"Kalau kamu membela agama Allah swt, nescaya Allah akan membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan pendirian kamu." - Surah Muhammad 47:7

Daripada Abu al-Abbas, Abdillah bin Abbas ra berkata: "Saya pernah berada di belakang Nabi saw pada suatu hari, maka Baginda bersabda:

Maksudnya: "Wahai anak, saya hendak mengajarimu beberapa kalimah: 'Jagalah Allah nescaya Allah menjagamu; jagalah Allah nescaya engkau mendapatiNya bersamamu; jika engkau meminta, mintalah kepada Allah; jika engkau meminta tolong, mintalah tolong kepada Allah.' Ketahuilah bahawasanya, jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu. Telah diangkat kalam dan telah kering tinta (dakwat) lembaran-lembaran itu (tintanya)."
(Riwayat al-Tirmizi no.2516)

Dalam riwayat selain Imam al-Tirimizi disebutkan:

Maksudnya: "Jagalah Allah nescaya engkau mendapati-Nya di hadapanmu; kenalilah Allah pada waktu lapang nescaya Dia mengenalimu pada waktu kesusahan. Ketahuilah, bahawa apa yang luput daripadamu tidak bakal mengenaimu, dan apa yang mengenaimu tidak bakal luput daripadamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, setiap jalan keluar itu akan bersama kesusahan (bersusah payah) dan bersama kesulitan itu pasti ada kesenangan."

Huraian dan inti sari....

Sabda Rasulullah saw: "Jagalah Allah nescaya engkau mendapati-Nya di hadapanmu," maksudnya hendaklah beramal kerana-Nya dengan penuh ketaatan sehingga Allah tidak memandangmu sebagai orang yang menyalahi perintah-Nya, nescaya kamu akan mendapati Allah menjadi penolongmu pada waktu kesusahan.

Sabda Nabi saw: "Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah; jika engkau meminta tolong, mintalah tolong kepada Allah," memberikan petunjuk supaya bertawakal kepada Allah, tidak bertuhan kepada selain-Nya, tidak menggantungkan nasib kepada sesiapa pun baik sedikit ataupun banyak. Allah berfirman :

Maksudnya: Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka Allah pasti akan memberinya kecukupan. (Surah al-Talaq 65:3)

KISAH ASHABUL KAHFI

Ini bertepatan dengan kisah yang pernah terjadi kepada tiga orang yang tertimpa hujan lebat lalu mereka berlindung di dalam sebuah gua.

Kemudian pintu gua itu tertimbus oleh batu. Pada saat itu mereka berkata semasa mereka:

"Ingatlah kebaikan yang pernah kamu lakukan lalu mohonlah kepada Allah dengan kebaikan itu supaya kamu diselamatkan-Nya."

Kemudian, masing-masing menyebut kebaikan yang pernah dilakukan, maka batu yang menutup pintu gua itu kemudian terbuka lalu mereka dapat keluar. Kisah mereka ini pop**ar dan terdapat dalam hadis sahih. (Riwayat Muslim no.2743)

Pengajaran

* Sesiapa yang melaksanakan perintah-perintah Allah swt nescaya Allah akan menjaganya di dunia dan di akhirat.

* Beramal soleh serta melaksanakan perintah Allah swt dapat menghindarkan bencana dan mengeluarkan seseorang daripada kesulitan.

* Jangan meminta apa pun selain daripada Allah swt.

* Manusia tidak akan mengalami apa-apa musibah kecuali berdasrakan ketetapan Allah swt.

Kita hendaklah sentiasa menghormati waktu dan menggunakannya kepada sesuatu yang bermanfaat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

* Gunakanlah masa mudamu untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan.

* Orang yang selalu bersyukur kepada Allah swt akan mendapat perhatian, pertolongan dan perlindungan.

* Hanya kepada Allah swt kita panjatkan doa dan meminta pertolongan kerana Dia Maha Dekat, Maha Menjawab, Maha Kuat dan merupakan Zat yang tidak pernah bosan memberi. Meminta pertolongan kepada selain daripada Allah swt merupakan kehinaan, kerendahan dan kelemahan.

* Beriman kepada qadak dan qadar akan mendatangkan keberanian, ketenangan dan ketenteraman.

* Kita hendaklah bersabar dengan musibah yang didatangkan daripada Allah swt. Kemenangan hanya akan diperoleh dengan kesabaran. Kita juga hendaklah sabar dengna perlakuan tidak baik orang lain kepada kita.

* Kita hendaklah bersabar di medan dakwah mahupun di medan perang.

13/02/2022

ADAB-ADAB DALAM HUBUNGAN SILATURAHIM DAN BERMASYARAKAT

MANUSIA mempunyai naluri serta tabiat cenderung hidup bermasyarakat, tolong-menolong, mewujudkan hubungan yang harmoni dan saling mengasihi sesama mereka. Naluri dan tabiat ini jugalah yang digalakkan oleh Islam, malah ia telah pun menciptakan hubungan kemasyarakatan yang harmoni dan ikatan keyakinan yang teguh (di kalangan kaum muslimin).

Islam telah pun menetapkan peraturan berkesan, juga menjelaskan bentuk-bentuk hubungan dan perkara-perkara yang wajib dilakukan terhadapnya. Menurut Islam, hubungan yang wajib barbuat baik kepada kedua-duanya, mentaati dan menghormati mereka.

Sesudah itu, dibincangkan p**a soal hubungan suami dan isteri. Maka, hubungan suami-isteri ini hendaklah diasaskan pada cinta, hormat, penunaian hak-hak antara satu sama lain, juga menghormatinya. Masing-masing ada hak-hak tertentu dan ada p**a kewajipan-kewajipan tertentu.

Kemudian, berpindah p**a ke soal hubungan dengan anak-anak dan menjadikannya atas asas pemeliharaan, pendidikan yang baik dari pihak ibu bapa, dan memberi kasih sayang serta kelembutan yang sama rata di antara semua anak.

sesudah itu, beralih p**a ke soal hubungan persaudaraan; yang tua menyayangi yang muda dan yang muda menghormati yang tua, dan yang tua perlu memberi kelemah-lembutan kepada yang masih kecil.

Bergitu jugalah soal hubungan dengan kerabat dekat, dan disuruh menghubungkan silaturahim dengan mereka, mengunjungi dan menolong mereka. Dan kaum kerabat adalah paling layak dan utama untuk ditolong.

Seterusnya, hubungan silaturahim hendaklah dijalin dengan kawan-kawan dan sahabat-sahabat. Islam juga telah pun mengatur hubungan kita dengan rakan dan sahabat ini, termasuk kewajipan-kewajipan yang mesti ditunaikan dalam persahatan ini.

Kemudian, barulah iamengatur perhubungan dengan jiran serta tetangga; supaya saling menghormati, bantu-membantu, dan menjauhkan kesakitan serta kemudaratan dari mereka.

Hubungan yang lebih luas ialah dengan masyarakat seluruhnya. Hubungan ini telah diatur sedemikian rupa oleh Islam dan menjelaskan kewajipan-kewajipan yang mesti diberikan kepadanya dan kepada unsur-unsurnya. Islam menjadikan hubungan ini atas sikap bantu-membantu, menunaikan hak-hak dan kewajipan-kewajipan, serta berusaha mengangkat masyarakat dan hubungan yang berlaku di dalamnya kepada hubungan yang lebih kopleks, yakni hubungan dengan negara serta umat.

Asas yang menjadi tempat tegaknya hubungan yang luas ini adalah kesetiaan, penghormatan, disiplin dan mempertahankan tanahair serta mencintai rakyatnya dan umat seluruhnya. Setiap rakyat perlu berkerjasama dan tolong menolong untuk meletakkan bangsa dan tanahairnya di tempat yang terhormat dan disegani.

Dalam firma Allah swt :-

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan di tengah-tengah manusia (sejarah), kamu menyuruh berbuat baik dan menegah yang mungkar dan beriman kepada Allah swt." (Ali Imrah : 110)

Kerana itu, terdapat bermacam-macam bentuk hubungan dalam hidup yang kita lalui, tetapi dalam perbincangan ini kita akan bercakap secara khusus tentang adab-adab perhubungan dengan kerabat, jiran, orang sakit, mayat atau bertakziah kepada keluarga si mati.

13/02/2022

"Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-nya, Dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya. Dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya."

13/02/2022

Huraian dan Inti Sari

Makna "mengharamkan yang haram" adalah menjauhinya."

Makna "menghalalkan yang halal: adalah "melaksanakannya dengan penuh keyakinan akan kehalalannya."

Sahabat yang bertanya kepada Rasulullah saw ini bernama Nukam bin Qauqal.

Orang Islam hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran asas agama Islam seperti solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Melakukan yang sunat akan menambah kesempurnaan Islam dan menghampirkan diri dengan Allah swt.

TIGA KATEGORI ORANG YANG MENINGGALKAN SUNNAH :-

1. Orang yang meninggalkan sunnah dan tidak mahu melakukannya sedikit pun. Maka dia tidak memperolehi keuntungan yang besar dan pahala yang banyak.

2. Orang yang terus-menerus meninggalkan hal-hal yang sunnah. Maka dia telah berkurang agamanya dan berkurang p**a nilai kesungguhannya dalam agama.

3. Orang yang meninggalkan sunnah kerana sikap meremehkannya. Maka dia merupakan orang yang fasik dan patut dicela.

08/02/2022

JIKA DIRIMU DICINTAI ALLAH

Jika diri mu benar diCintai Allah
Nescaya hati mu akan dihancurkan
Remuk bagaikan kaca yang terhempas
Sakit bagaikan dihiris sembilu
Hingga engkau menangis mengadu padaNya
Agar kesakitan diberi kesembuhan.

Jika benar engkau diCintai Allah
Dunia bagaikan gelap gelita
Di penuhi dinding yang mengelilingi
Hingga engkau akan bersimpuh tiada berkudrat
Bermanja dan berharap padaNya.

Jika diri mu diCintai Allah
Segala apa jua yang engkau Cintai
Nescaya akan dipukulNya
Hingga hatimu kembali padaNya.
Mencintai sesuatu keranaNya.

Jika engkau benar diCintai Allah
Dia akan jadikan diri mu dicerca dan difitnah
Dia akan jadikan diri mu dibenci dan dijauhi
Hingga hati mu tiada cinta pada makhluk
Hingga hatimu tiada cinta pada kehidupan.

Jika benar engkau menCintai Allah
Gembiralah dengan apa jua takdirNya.

โœ… Hamba Yang Mencari Redha Allah

22/01/2022
21/01/2022

Assalamualaikum w.t.b & salam Jumaat

19/01/2022

Tanda-Tanda Beriman Kepada Rasul๏ปฟ Dalam Kehidupan Sehari-hari

1. Mempercayai keberadaan Rasul.
2. Mempercayai Rasul adalah manusia pilihan.
3. Percaya mukjizat Rasul.
4. Mengikuti ajaran Rasul.
5. Meneladani sifat dan sunnah Rasul.
6. Teguh memegang agama.
7. Selalu bershalawat untuk Rasul.

17/01/2022

Assalamualaikum & selamat pagi...

29/12/2021

Adab Ketika Belajar

1. Membaca doa sebelum belajar.
2. Memberi tumpuan ketika guru mengajar.
3. Duduk dengan sopan.
4. Tidak bercakap ketika guru mengajar.
5. Taat dan patuh arahan guru.
6. Meminta izin kepada guru untuk bertanya.

Fadhilat Beradab Ketika Belajar

1. Membentuk peribadi dan akhlak mulia.
2. Memperolehi kejayaan didunia dan diakhirat.
3. Dipandang mulia oleh orang lain.
4. Ilmu yang dipelajari diberkati Allah.
5. Mudah ingat dan faham pengajaran guru.

Akibat Tidak Beradab Ketika Belajar

1. Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif.
2. Tersisih daripada kawan-kawan.
3. Susah untuk memahami pelajaran.
4. Rendah budi pekerti.
5. Hidup susah.
6. Dipandang hina oleh orang lain

29/12/2021

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข
๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“–๐Ÿ“–๐Ÿ“–๐Ÿ“–๐Ÿ“–๐Ÿ“–
๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
ASSALAMUALAIKUM
KEPADA IBUBAPA/PENJAGA
โ–ถ ๐ŸกMADRASAH HAFIZAH LILBANAT
M - 269, JALAN SULTANAH,KAMPUNG MELAYU KULAI 81000 KULAI JOHOR
๐Ÿง•๐Ÿผ*PENGAMBILAN PELAJAR BARU (PEREMPUAN ) UNTUK PENGAJIAN TAHFIZ BAGI SESI 2022*
๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ MADRASAH HAFIZAH LILBANAT dengan ini membuka permohonan bagi pendaftaran pelajar baru tahfiz berulang bermula sekarang
๐Ÿ“†TARIKH PENDAFTARAN
03 - 06 JANUARI 2022
(ISNIN- KHAMIS)
๐Ÿ•• 9.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
*Syarat-syarat umum kemasukan pelajar baru*
๐Ÿ“ŒBerumur 8 tahun hingga 16 tahun sahaja.
๐Ÿ“ŒSihat tubuh badan dan mental.
๐Ÿ“ŒMampu membaca dan menulis rumi dan jawi dengan baik.
๐Ÿ“ŒSedia patuh dan taat segala undang undang dan peraturan madrasah.
๐Ÿ“ŒTidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah.
๐Ÿ“ŒMempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan serta sedia untuk berdikari.
๐Ÿ“ŒSedia bersusah payah untuk mendapatkan ilmu.
๐Ÿ“ŒIbubapa yang bersungguh-sungguh mahukan anak berjaya menjadi seorang hafizah dan bersedia untuk membayar yuran bulanan secara istiqamah.
๐Ÿ“ŒLulus temuduga yang dijalankan oleh pihak madrasah.
*Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon*
๐Ÿ“ŒSalinan kad pengenalan pemohon dan Salinan kad pengenalan ibubapabapa/penjaga.
๐Ÿ“ŒSijil berhenti sekolah / madrasah terdahulu.
๐Ÿ“Œ2 keping gambar terbaru pemohon berukuran pasport.
๐Ÿ“ŒSijil-sijil yang berkaitan.
๐Ÿ“š *Silibus Pengajian Tahfiz:*
โœ… Nadziroh
โœ… Hafazan
โœ… Syahadah
๐Ÿ“š *Madah tambahan untuk Pengajian Tahfiz:*
โœ… Feqah
โœ… Tauhid
โœ… Akhlak
โœ… Tajwid
โœ… Adab & Sunnah
๐Ÿ’ต PENDAFTARAN RM200
YURAN BULANAN
RM120
๐Ÿ“–WAKTU BELAJAR 8.30 PAGI HINGGA 5 PETANG
๐ŸšŒPELAJAR ULANG ALIK..TRANSPORT DAN ASRAMA TIDAK DISEDIAKAN..
โ˜Ž SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
๐Ÿ“ฒ *(USTAZAH FATIN) http://www.wasap.my/60187894416/madrasahkulai
๐Ÿ“ฒ *(USTAZAH NAHDIYA) http://www.wasap.my/0137190235/madrasahkulai
KEARAH MELAHIRKAN HAFIZAH YANG MENGAMALKAN ALQURAN DLM KEHIDUPAN SEHARIAN, ILMU YG TAHQIQ, TARBIAH YG MANTAP DAN MENJADI INSAN YG DISENANGI RAMAI..
* *
* *
* *

20/12/2021

16 Cara Menghafal Al-Quran dengan Cepat & Mudah untuk Permulaan :-

1. Meluruskan Niat.
2. Melaksanakan Solat Hajat
3. Meneguhkan Keyakinan
4. Meminta doa kepada orang tua dan guru
5. Memperbaiki Bacaan
6. Mengakrabkan Diri dengan Al-Quran
7. Menggunakan satu jenis mushaf Al-Quran
8. Menggunakan Metode menghafal al-Quran paling mudah
9. Sering melakukan Murojaah (Mengulangi Bacaan)
10. Pasang Target Menghafal Al-Quran
11. Menyetorkan hafalan kepada guru
12. Banyak Mendengarkan Murotal (alunan Al-Quran)
13. Membuat Jadual Hafalan
14. Berteman dengan Orang Sholeh
15. Bersabar atas ujian saat menghafal
16. Istiqomah

20/12/2021

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข
๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“–๐Ÿ“–๐Ÿ“–๐Ÿ“–๐Ÿ“–๐Ÿ“–
๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
ASSALAMUALAIKUM
KEPADA IBUBAPA/PENJAGA

โ–ถ ๐ŸกMADRASAH HAFIZAH LILBANAT
M - 269, JALAN SULTANAH,KAMPUNG MELAYU KULAI 81000 KULAI JOHOR

๐Ÿง•๐Ÿผ*PENGAMBILAN PELAJAR BARU (PEREMPUAN ) UNTUK PENGAJIAN TAHFIZ BAGI SESI 2022*

๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ MADRASAH HAFIZAH LILBANAT dengan ini membuka permohonan bagi pendaftaran pelajar baru tahfiz berulang bermula sekarang

๐Ÿ“†TARIKH PENDAFTARAN
03 - 06 JANUARI 2022
(ISNIN- KHAMIS)

๐Ÿ•• 9.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

*Syarat-syarat umum kemasukan pelajar baru*

๐Ÿ“ŒBerumur 8 tahun hingga 16 tahun sahaja.

๐Ÿ“ŒSihat tubuh badan dan mental.

๐Ÿ“ŒMampu membaca dan menulis rumi dan jawi dengan baik.

๐Ÿ“ŒSedia patuh dan taat segala undang undang dan peraturan madrasah.

๐Ÿ“ŒTidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah.

๐Ÿ“ŒMempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan serta sedia untuk berdikari.

๐Ÿ“ŒSedia bersusah payah untuk mendapatkan ilmu.

๐Ÿ“ŒIbubapa yang bersungguh-sungguh mahukan anak berjaya menjadi seorang hafizah dan bersedia untuk membayar yuran bulanan secara istiqamah.

๐Ÿ“ŒLulus temuduga yang dijalankan oleh pihak madrasah.

*Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon*

๐Ÿ“ŒSalinan kad pengenalan pemohon dan Salinan kad pengenalan ibubapabapa/penjaga.

๐Ÿ“ŒSijil berhenti sekolah / madrasah terdahulu.

๐Ÿ“Œ2 keping gambar terbaru pemohon berukuran pasport.

๐Ÿ“ŒSijil-sijil yang berkaitan.

๐Ÿ“š *Silibus Pengajian Tahfiz:*

โœ… Nadziroh
โœ… Hafazan
โœ… Syahadah

๐Ÿ“š *Madah tambahan untuk Pengajian Tahfiz:*

โœ… Feqah
โœ… Tauhid
โœ… Akhlak
โœ… Tajwid
โœ… Adab & Sunnah

๐Ÿ’ต PENDAFTARAN RM200
YURAN BULANAN
RM120

๐Ÿ“–WAKTU BELAJAR 8.30 PAGI HINGGA 5 PETANG

๐ŸšŒPELAJAR ULANG ALIK..TRANSPORT DAN ASRAMA TIDAK DISEDIAKAN..

โ˜Ž SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

๐Ÿ“ฒ *(USTAZAH FATIN) http://www.wasap.my/60187894416/madrasahkulai

๐Ÿ“ฒ *(USTAZAH NAHDIYA) http://www.wasap.my/0137190235/madrasahkulai

KEARAH MELAHIRKAN HAFIZAH YANG MENGAMALKAN ALQURAN DLM KEHIDUPAN SEHARIAN, ILMU YG TAHQIQ, TARBIAH YG MANTAP DAN MENJADI INSAN YG DISENANGI RAMAI..

* *
* *
* *

Photos from Madrasah Hafizah Lil Banat Kulai's post 15/12/2021

POST SEMULA 24/JULAI/2017...
Tuan Mohd Jafni Md Shukor

Aktiviti Jalinan Ukhwah

Alhamdulillah...
Semalam dijemput ke Jamuan Raya dan Penyampaian Sijil " Madrasah Hafizah Lil-Banat " , Rupanya dibumi Kulai yang Barakah ini memiliki Madrasah Hafizah (perempuan) yang melahirkan Hafizah 30 Juzuk Al Quran.
Untung dan Mulianya Mudir Madrasah ini Dr Haji Soeb Haji Pawi , Hj Norzahid , Sahabat sahabat beliau , Ustazah ustazah dan Ibubapa yang memilikki dan dikurniakan Anak anak yang Hafizah.
Allah hu Akbar.

15/12/2021

APA ITU SEDEKAH SUBUH?
Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh. Jangka waktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqomah selama 40 hari.
CARA-CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.
LANGKAH-LANGKAH.
1. Sediakan satu bekas yang boleh diisi duit. Saya cadangkan bekas kuih raya plastik bertutup merah yang jernih warnanya (atau apa saja bekas yang sesuai).
Langkah 1
โ€ข Lestari โ€“ kitar semula.
โ€ข Mudah dan murah.
โ€ข Nampak duit kita terkumpul sebab warna bekas tu jernih โ€“ jadi MOTIVASI.
Langkah 2
โ€ข bertanggungjawab terhadap tabung anda sendiri.
~ Setiap pagi selepas solat subuh masukkanlah sedikit duit dalam tabung tersebut โ€“ seikhlas hati, RM2.00 atau RM1.00 ataupun RM0.10โ€ฆ tak kisah asal ikhlas dan mampu.
Langkah 3
โ€ข Biar sikit asal istiqomah.
โ€ข Sederhana dalam amalan.
~ Semasa anda memasukkannya, niatlah dalam hati tentang hajat @ apa keperluan anda โ€“ mudah-mudahan Allah perkenankan.
Langkah 4
โ€ข Tidak salah memohon dari pemilik kita.
โ€ข ALLAH tempat meminta.
โ€ข Jgn fikir ikhlas @ tidak sebab utk ikhlas kena latihan.
~ Selepas itu doa (ringkas saja dlm Bahasa Melayu pun boleh dan yakinlah bahawa setiap janji ALLAH benar) cth: Ya Allah,perkenankanlah hajatku.
Langkah 5
โ€ข Bertawasul dengan amal soleh.
โ€ข Membentuk keyakinan ke peringkat haqqul yakin.
~ Teruskan setiap subuh hingga cukup 40 hari @ 30 hari -
tak salah kalau tiap-tiap hari nak pergi beri sendiri ke rumah anak yatim.
Langkah 6
โ€ข Untuk membentuk sikap istiqomah bukan bermusim.
โ€ข Untuk menjimatkan masa sebab waktu pagi ada sibuk dengan urusan pergi kerja/sekolah dll.
~Waktu yang dicadangkan ialah SELEPAS SUBUH SEBELUM SYURUK (boleh juga waktu bila-bila pun buat sebab sedekah ni tak ada had masa).
Langkah 7
โ€ข Setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang membuat amal soleh. โ€“ rebut peluang ini dengan iringan doa malaikat.
~ Setelah 40 hari terus keluarkan untuk dibuat agihan - teruskan sedekah subuh pada hari 41 dikira hari 1 semula.Tidak menjadi kesalahan jika tak cukup 40 hari.
Langkah 8
โ€ข 40 hari ini hanya latihan utk istiqomah.
โ€ข Juga utk membentuk kesabaran.
โ€ข Juga utk menguji keimanan โ€“ sejauh manakah kita amanah menjaga duit sedekah selama 40 hari itu.
โ€ข Untuk memudahkan @ Jika mampu pergi cari fakir miskin setiap subuh setiap hari(ini lebih baik).
Jika outstation masih teruskan, lepas subuh, asingkan duit yang hendak disedekahkanitu ke dalam sampul duit raya/envelope terpakai atau apa saja bekas yang berasingan, dan apabila sampai di rumah kelak, masukkan duit yang disedekahkan itu dalam tabung sedekah subuh kita. Iaitu dipindahkan ke tabung yang sedia ada.
Langkah 9
โ€ข Supaya kita tetap melaksanakan sedekah walaupun berada di mana sahaja.
APA JADI KALAU SAYA TERLAJAK SUBUH?.
Teruskan sedekah seperti biasa dan berazam dengan sebenar-benarnya esok saya akan sedekah pada waktu subuh.
BOLEH TAK KALAU SAYA SEDEKAH SUBUH TAPI TIDAK SOLAT SUBUH?.
Solat itu wajib, sedekah itu sunat. Amalan wajib mesti dilakukan kalau tidak bagaimana hendak mengira amalan sunat jika wajib tidak dibuat? Boleh sedekah, tetapi adakah diambil kira oleh ALLAH?.
APA NAK BUAT DENGAN DUIT SEDEKAH SUBUH TU?.
Saya cadangkan:
1. Join Team Sedekah Subuh. Kami membuat projek-projek kebajikan seperti wakaf (sekolah, masjid, Al-Quran, jalan, telaga dan lain-lain), supaya dapat menimbulkan semangat Ukhwah dan hasilnya Nampak secara jelas. Team Sedekah Subuh akan membahagikan sumbangan itu kepada wakaf, sarapan pagi anak yatim dan fakir miskin, serta lain-lain kebajikan.
2. Tuan/puan boleh agihkan sendiri sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada penerima yang tuan/puan fikirkan layak dan sesuai.
3. Beli makanan kucing, burung dan sebagainya โ€“ sedekah kepada haiwan.
4. Beri kepada ahli keluarga, yang termasuk dalam golongan anak yatim atau asnaf iaitu layak menerima zakat.(misalnya sepupu/anak buah).
PANTANG LARANG:
Duit yang telah tuan/puan sedekahkan (walaupun masih Nampak di mata dalam tabung sedekah subuh itu) tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi kerana sebaik sahaja tuan/puan mengeluarkan wang dari dompet/saku tuan/puan untuk dimasukkan dalam tabung maka hak duit itu sudah berpindah kepada HAK ALLAH DAN MENJADI MILIK ALLAHโ€ฆagihkan kepada mereka yang selayaknya.
PERINGATAN.
Allah akan beri dalam bentuk:
1. Ketenangan hati
2. Material
3. Kemudahan urusan seharian diri sendiri atau anak-anak/ahli keluarga
4. Kesihatan
5. Dan sebagainya
Allah memberi mengikut keperluan seseorang kerana ALLAH lebih mengetahui.Ini serah kepada ALLAH kerana ALLAH sahaja yang tahu apa sebenarnya keperluan anda. Allah juga akan beri secara.
1. Cash โ€“ segera
2. Lambat
3. Beri di dunia
4. Beri di akhirat
BOLEHKAH KALAU SAYA TAK MAHU KUMPUL 40 HARI TETAPI NAK AGIH TERUS?
Sangat baik dan saya ucapkan tahniah kepada anda jika anda dapat melaksanakannya setiap hari dalam waktu yang ditentukan.
BUKANKAH CARA INI MACAM TAK IKHLAS? MENGHARAP BALASAN.
Bila buat sedekah subuh ni niat macam-macam, nak mintak macam-macam, macam tak ikhlas p**ak, nak balasanโ€ฆ(mungkin persoalan ini ada dalam minda anda) Ikhlas itu milik Allah, hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada sipenderma ikhlas atau tidak.Dan adakah mengharapkan balasan itu salah? Dan adakah meminta dari ALLAH itu salah? ALLAH memiliki segala kerajaan di langit dan di bumi, ALLAH sentiasa menunggu kita meminta dariNYAโ€ฆDIA memiliki sekujur jasad dan roh kita, kenapa rasa bersalah meminta dari DIA dan tidak bersalah meminta dari makhluk ciptaanNYA?
Ikhlas perlu latihan, bertatih, berlatih, jatuh bangun, tersungkur, hingga sampai satu masanya nanti kita akan jadi ikhlasโ€ฆ.tunggu sajalah saatnya akan tiba, tanpa latihan begini, agak sukar kita mencapai ke tahap tersebut.
Cara spesifik yang diajarkan ini bukanlah satu-satunya cara sedekah subuh dan bukanlah menganggap membuat tabung sedekah subuh itu sebagai sunnah. Ada banyak cara lagi, dan boleh diinovasikan selagi tidak bercanggah dengan syarak.
Kredit : Wana Aqilah Lihat Sedikit

Sila Tekan @ Klik link ini untuk tujuan Sumbangan ke Tabung Dana Pendidikan Madrasah Hafizah Lil-Banat Kulai :- https://toyyibpay.com/MADRASAH-HAFIZAH-LIL-BANAT

My Site 15/12/2021

Assalamualaikum semua para pengunjung yang dihormati, MADRASAH HAFIZAH LIL BANAT KULAI telah menyediakan platform website untuk kunjugan para pengunjuang.

https://madrasahhafizahlilbanatkulai.weebly.com/

sekian untuk makluman semua.

My Site This text is to help your site visitors with pressing questions.

Photos from Madrasah Hafizah Lil Banat Kulai's post 10/04/2021

Address

M269, Jalan Sultanah, Kampung Melayu
Kulai Johor
81000

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00