PASTI Al-Hikmah Kulai

Pages rasmi PASTI Kawasan Kulai. info lanjut ๐Ÿ‘‰https://linktr.ee/pastikulai

Photos from Jabatan PASTI Negeri Johor's post 12/02/2024
08/02/2024

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2023/2024.

Selamat bercuti kepada anak-anak PASTI, jaga diri dan jangan tinggal solat.

Kepada anak-anak PASTI yang akan masuk sekolah rendah sesi 2024/2025 nanti. PASTI Johor doakan anak-anak semua terus cemerlang dalam pelajaran dan apa sahaja bidang yang diceburi.

Semoga anak-anak dan ibu bapa serta seluruh warga PASTI dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Ikhlas daripada,
Jabatan PASTI Negeri Johor

07/02/2024

Allah hadirkan gembira selepas sedih.

Peristiwa luar biasa yang berlaku dalam sejarah islam.

Berlaku pada tahun kesedihan Baginda Rasulullah SAW selepas kematian isteri tercinta dan bapa saudaranya.

โ€œMahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.โ€ Surah Al-Isra Ayat 1.

kredit : FB MADAD

Photos from PASTI Al-Hikmah Kulai's post 06/02/2024

Anakยฒ PASTI Kulai berpagian hari ini dengan menyantuni dan menyampaikan buah tangan (buah limau dan air kotak) kepada masyarakat Cina sekitar kawasan PASTI Al-Hikmah 6 Jalan Sena Indahpura, sempena Tahun Baru Cina yang bakal disambut para masyarakat Tiong Hua Malaysia, lusa ini.

Program dikelolakan Ketua JIBG PASTI Kulai, Cik Awin dan Guru Kanan, Cikgu Rozaini turut disertai guruยฒ dan para murid PASTI berkenaan.

Turut sama hadir, Pengerusi PASTI Kulai, Sdra Mohd Razif menyertai menyantuni aktiviti santai yang sangat baik tersebut.

Tahniah dan syabas atas penganjuran.

Photos from PASTI Al-Hikmah Kulai's post 03/02/2024

Alhamdulillah tahniah diucapkan buat adik Muhamad Yusuf Zuhaili dari PASTI Al-Hikmah 10 Taman Putri yang mewakili Kawasan Kulai menerima Anugerah Tokoh Murid 6 Tahun di Majlis Anugerah Prestasi PASTI Johor pagi tadi

30/01/2024

Cara Didikan Anak yang dipraktikkan oleh Saidina Umar.

Oleh: Mohd Syamri Abd Razak

Ada empat peringkat iaitu

Pertama: Anak 7 tahun ke bawah

- Kita perlu anggap mereka seperti RAJA. Sentiasa perlu dimanja, dibelai, disayangi walau mereka melakukan kesalahan. Anggaplah kesalahan itu kerana mereka tidak tahu apa-apa.

Kedua: Anak 8 hingga 14 tahun

- Masa ni kita perlu jadikan mereka seperti HAMBA. Berikan pengarahan untuk mereka melakukan kerja atau tugasan. Tujuannya adalah agar anak-anak nanti pandai berdikari. Kelak, boleh buat kerja tanpa disuruh.

Ketiga: Anak 15 hingga 21 tahun

- Jadikan mereka sebagai MUSUH. Jangan mudah percaya apa yang mereka cakap. Selidik terlebih dahulu. Lagi-lagi sekarang ini mereka amat terdedah dengan pelbagai teknologi dan pergaulan bebas.

Keempat: Anak 22 tahun ke atas

- Jadikan mereka sebagai SAHABAT. Selalulah berkongsi cerita dan pandangan. Terima juga pandangan mereka selagi tidak bertentangan dengan agama agar anak-anak rapat dengan ibu bapa melebihi kawan-kawan. Yang paling penting agar anak-anak tidak takut menceritakan masalah yang mereka hadapi.

Semoga dapat kita kongsikan kepada pasangan dan rakan seperjuangan.

Photos from PASTI Al-Hikmah Kulai's post 29/01/2024

Majlis Anugerah Prestasi 2023 anjuran PASTI Al-Hikmah Kulai yang diadakan pada Sabtu 27 Januari 2024 bertempat di SRITI Tahfiz Al-Hikmah Kulai, Ayer Manis.

Perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Kamaludin Sairan, Penaung PASTI Kawasan Kulai diiringi wakil Penasihat PASTI Kulai, Sdra Muhammad Helmi Talib.

Majlis turut diserikan dengan penganugerahan Tokoh Murid 2023 kepada adik Muhammad Yusuf Bin Zuhaili daripada PAH10 Taman Putri. dan persembahan bacaan hafazan 30 ayat Surah Al-Mulk oleh adik Rumaisha Umm Sulaim.

Seramai 277 orang murid enam tahun dari semua caw hadir bersama ibubapa dan keluarga memenuhi ruang majlis.

Photos from Jabatan PASTI Negeri Johor's post 21/01/2024

WARNA WARNI KONVOKESYEN PERGURUAN PASTI MALAYSIA.
Ceria-ceria ye wajah graduan ILPM Negeri Johor.
Bertambah seri lagi bila dapat naik ke pentas.
Tahniah diucapkan buat guru-guru PASTI. Alhamdulillah, segala penat lelah dan pengorbanan dapat diraikan hari ini.
Terus berkhidmat dan berbakti guru-guru istiqamah!

20/01/2024

AlFatihah buat Almarhum Cikgu Suhaila, Guru PASTi Kota Tinggi

20/01/2024

Petikan ucapan perasmian daripada YB Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Malaysia.

20/01/2024

Assalamualaikum wrm.wbh.

๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’Alhamdulillah..
TAHNIAH diucapkan kepada Guru-guru PASTI Kawasan Kulai sempena Majlis Konvensyen Perguruan PASTI Malaysia kali ke 14.

โฉ Penerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.

๐ŸŽ“ Cikgu Gee - PAH 6 Sena.
๐ŸŽ“ Cikgu Yang - PAH 3 Tm.Mewah
๐ŸŽ“ Cikgu Wani - PAH 12 Saleng

๐Ÿ’šSemoga Allah SWT sentiasa memberkati, merahmati,terus diberikan kekuatan, sentiasa ikhlas & istiqamah dlm mendidik anak-anak Warga Besar PASTI Kawasan Kulai
Aamiin Ya Rabbal Alamin..

18/01/2024

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—จ๐—™๐—™๐—”๐—ญ ๐—–๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

Perujian Huffaz Cilik PASTI Negeri Johor 2023 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada jam 1.00 petang tadi.

Penyertaan seramai 42 orang murid PASTI berumur 5 dan 6 tahun yang mewakili PASTI Kawasan masing-masing dari seluruh 26 parlimen di Negeri Johor.

Perujian ini dihakimi oleh para juri yang terdiri daripada qari dan tenaga pengajar al-Quran Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Ketua hakim dalam ulasannya sangat berpuas hati dengan pencapaian hafazan dan bacaan semua peserta. Beliau turut mengingatkan anak-anak PASTI, supaya terus menghafaz dan jangan tinggal bacaan al-Quran.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah PASTI Negeri Johor, Tuan Mohd Fairuz Alias diiringi Ketua Unit Pra Tahfiz & Nurul Quran nya, Cikgu Suriani Jantan.

Johan menerima hadiah tunai RM700, Naib Johan sebanyak RM600 dan tempat ke-3 membawa p**ang RM500. Saguhati RM150 turut diberikan kepada peserta yang mendapat top 5 setiap bilik perujian dan saguhati RM50 kepada peserta-peserta yang lain.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan para pemenang yang berjaya dengan cemerlang.

Semoga PASTI dapat terus melahirkan generasi soleh pintar.

Pejabat Pentadbiran
Jabatan PASTI Negeri Johor

18/01/2024
12/01/2024

BUAT IBU BAPA YANG BARU NAK KENAL APA ITU PASTI

Oleh Saiful Mujahid Mohd Fadzil

Tak keterlaluan kalau aku kata, keputusan untuk hantar anak kami Ayyash ke PASTI sejak tahun lepas adalah antara keputusan yang terbaik aku dan isteri pernah buat sejak bergelar ibu ayah.

Sejak masuk mulai tahun lepas, banyak perkembangan baik dan perkara baharu Ayyash belajar.

Balik rumah dari PASTI, ada je benda baharu Ayyash belajar.

Sebagai ayah yang concern pendidikan anak, cewah ๐Ÿ˜.. setiap kali pickup Ayyash dari PASTI, soalan wajib aku, "Ayyash belajar apa hari ni?"

Doa-doa lazim banyak Ayyash dah hafal.

Hadith pun dah mula hafal.

Bacaan dalam solat dah selesai hafal semua.

Dah boleh ambil wudu sendiri.

Azan dan iqamah pun lancar.

Dan dah kenal beza rakaat setiap waktu solat. Sebelum solat Ayyash s**a tanya, "Baba, Maghrib tiga rakaat kan?"

Surah lazim dah mula hafal. Umur 4 tahun Al-Mulk pun dah hafal.

Ni adik dia Aishah lak yang tak sabar-sabar nak masuk PASTI. Jealous tengok abang dia je dapat berkawan.

Bukanlah nak kata tadika lain tak bagus.

Tapi rasanya setakat ni, kalau yang betul-betul holistic dengan syllabus Islamic, yuran tidak terlalu mahal, takda yang boleh beat PASTI.

Kita nak anak kita cemerlang akademik untuk sukses dalam kerjaya.

Ibu bapa mana yang tak nak anak dia sukses.

Tapi fokus tersebut jangan sehingga mengkesampingkan pendidikan dan pembentukan rohani anak-anak.

Waktu masih kecil waktu paling sesuai nak terap nilai-nilai Islam dalam diri mereka.

Jangan dah terlewat baru nak ternadah.

Kekurangan tu semestinya ada di mana-mana institusi.

Tapi untuk PASTI plus points heavily outweigh any negative points.

Semoga PASTI terus cemerlang, gemilang, terbilang untuk Islam dan tanah air.

Pagi ni Radio Zayan p**a cerita tentang PASTI yang menerima pelajar warga Indian dari keluarga bukan Muslim. Terkini, sepupu pelajar tadi dikatakan berminat nak masuk PASTI juga.

Dalam keadaan berita-berita negatif banyak mendominasi portalยฒ media termasuk media sosial, sesekali dengar kisah macam ni sangat refreshing.

Petanda ada harapan yang cerah untuk masa depan anak cucu kita hidup dalam masyarakat yang harmoni, saling hormat antara satu sama lain.

Terima kasih guru-guru PASTI atas segala jasa dan bakti mendidik anak-anak kami ๐Ÿ’š

Photos from PASTI Al-Hikmah Kulai's post 09/01/2024

Learn & Leasure PAH2
Teruja sangat anak2 dapat naik bas 2 tingkat...

07/01/2024

Selamat Menjawab Ujian Celik Minda buat semua muridยฒ PASTI Al-Hikmah Kulai pagi ini. Moga dipermudahkan untuk menjawab

01/01/2024

Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua ๐Ÿ˜Š
ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู…
Moga dipermudahkan segala urusan kita semua dan diterima segala amal ibadah yang dikerjakan in shaa Allah ๐Ÿคฒ๐Ÿป

31/12/2023

Assalamualaikum semua

Apa khabar semua? Sihat ke?

Hari ini kami cikguยฒ sedang berkemas-kemas sebelum naik sekolah minggu ni

Jumpa Selasa nanti ya โ˜บ๏ธ

Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

#FunRun2023 #pastikawasankulai #HutanBandar
Jom pakat amal
JANGAN JEMU DOAKAN IBUBAPA KITA1. Rasulullah SAW mendidik para sahabat supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa. Ini kera...
Anak-anak adalah ladang pahala buat ibu bapa. Kitalah yang mencorakkannya
Latihan sukan bola sepak dan bola jaring
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga diterima segala amalan kita.Ikhlas dari,PASTI Kawasan Kulai.
Sumbangan Ramadhan. #PASTIDiHati
Salam Ramadan ke 13, alhamdulillah kita sudah berada di Fasa Pengampunan.Tazkirah Ramadhan Siri 2 : AMALAN YANG MENDAPAT...
Tazkirah Ramadhan Siri 1 : BERBAKTI PADA IBUBAPADisampaikan oleh Al-Fadhil Ust Mohd Arifin Bin Ibrahim. Semoga bermanfaa...

Category

Website

Address

Kulai
81000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Other Preschools in Kulai (show all)
Ten Toes Preschool Indahpura Ten Toes Preschool Indahpura
2181, Jalan Kemboja 36/10
Kulai, 81000

5E Program Inspired by Finnish approach with Life Education as a lead ๅ—่Šฌๅ…ฐๆ•™่‚ฒ็†ๅฟตๅฏๅ‘๏ผŒไปฅ็”Ÿๅ‘ฝๆ•™่‚ฒไธบไธปๅฏผ็š„5Eๅฏ“ๆ•™ไบŽไนๆ•™ๅญฆๆจกๅผ

Ten Toes Preschool Kulai Ten Toes Preschool Kulai
613, Jalan Anggerik 11, Taman Kulai Utama
Kulai, 81000

5 Proactive Edutaintment Aprroach

Tadika Seri Beri Tadika Seri Beri
7000 Jalan Sri Putri 14/1, Taman Putri
Kulai, 81000

Our services: - Preschool (3-4 years old) - Kindergarten (5-6 years old) - After School Care - Full/Half Day Care

Darul Ilmu Darul Ilmu
[ HQ ] 315 & 316, Jalan Kempas 8, Bandar Putra
Kulai, 81000

Tadika & Taska Darul Ilmu is a privately owned kindergarten and was established in 2001

Pro Green Horticulture & Garden Supply Pro Green Horticulture & Garden Supply
Kulai, 81000

How to plant a "Healthy Plant"? No worry because u found us๐Ÿค—

Kulai Superkidz Preschool ๅคๆฅ่ถ…็บงๅนผๅ„ฟๅ›ญ Kulai Superkidz Preschool ๅคๆฅ่ถ…็บงๅนผๅ„ฟๅ›ญ
4012A, Jalan Iris7, Indahpura Iris Park
Kulai, 81000

้‡‡็”จ่พน็Žฉ่พนๅญฆ็š„่ฏพ็จ‹๏ฟฝ๏ผŒๅผ•ๅ…ฅๅœ‹้š›ๅผๅฎž็‰ฉๆ•™ๅญธ๏ฟฝ ๅปบ็ซ‹ๅ„ไธชๅ›ญๅŒบ่ฎฉๅฐๆœ‹ๅ‹ๆœ‰ๅคš

Tadika Damai Bestari Tadika Damai Bestari
21, Jalan Perwira, Taman Bersatu
Kulai, 81000

Join us! Tadika Damai Bestari. we provide the best education for your children. KULAI

Tadika  Cilik  Al Fateh  Satu  Bndr Tenggara Tadika Cilik Al Fateh Satu Bndr Tenggara
Bandar Tenggara
Kulai, 81440

tadika yang menerapkan pelajaran dan pembelajaran kreatif inovatif dan muttaqin.

MRC KIDS Bandar Putra MRC KIDS Bandar Putra
2954 Jalan Merbau 10 Bandar Putra
Kulai, 81000

Tadika Ixora Indah Tadika Ixora Indah
548 Jalan Anggerik 10 ๏ผŒTaman Kulai Utama
Kulai, 81000

Tadika Cahaya Siddiq Tadika Cahaya Siddiq
No 338A, Jalan Scientex 10, Taman Scientex
Kulai, 81000

Pendidikan prasekolah dengan asas Islamik dan Akademik untuk kanak-kanak berumur seawal 4 tahun sehi