Lezzetli Kebab BBU
🌯Shawarma
🌯Quesadillas
⏰12:15-6:45pm
🗓️Open Everyday
Salam Jumaat
Alhamdulillah cuaca nampak elok harini.
Kalau nampak dari jauh takda khemah banyak-banyak tu jangan pelik ya. Ianya kerana harini memang kami sahaja ‘lone ranger’ yang meniaga di tapak wisma BBU ni.
Walaupun solo harini, Alhamdulillah ada yang sempat tapaw sebelum kami berhenti rehat solat Jumaat sebentar tadi.
Waktu operasi kami masih sama sehingga 6:45pm.
Kami sediakan lokasi untuk anda yang tak pernah sampai lagi :
Bandar Baru Uda
https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞 https://www.wasap.my/60108712485/quesadillaBBU
Salam Jumaat buat semua pengikut dan rakan kami. Alhamdulillah harini buka seperti biasa
Kami dah buka seperti biasa harini. Jemput singgah semua.
Rehat sebentar dengan Lezzetli Kebab. Nikmati shawarma dan quesadillas harini untuk makan tengahari mahupun minum petang anda harini!
Lokasi kami :
Bandar Baru Uda
https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞 https://www.wasap.my/60108712485/quesadillaBBU
Ada masa sikit ni, kita tengok review dan feedback yang dapat daripada dalam apps GrabFood ni.
Alhamdulillah ada yang puas hati dan ada juga yang kurang berpuas hati. Tapi secara purata masih A markah kami dalam ni 😅
Korang yang tak sempat nak datang kemari, boleh je order terus daripada dalam apps GrabFood ni ya.
Ni kita send kan sekali link kedai kami 👉🏻 Check out Lezzetli Kebab BBU - Jalan Padi Mahsuri 12 on GrabFood! https://r.grab.com/g/6-20241007_163430_2A856D5EB4FA4F07B9A981B95A022FC3_MEXMPS-1-C4EFLKUVR3JBG6
Update 7 Oktober ‘24
Harini kami telah mula berniaga.
Jemput singgah kepada yang mencari makan tengahari dan minum petang.
Kami ada menu :
Shawarma Ayam 🌯
Shawarma Daging 🌯
Shawarma Mix 🌯
Quesadillas Ayam 🌮
Quesadillas Daging 🌮
Quesadillas mix 🌮
Lokasi : Bersebelahan Wisma BBU. Jalan Padi Mahsuri 12
Diserbu Awal Harini
Harini untuk opening tadi kami terpaksa menggunakan jurus handalan gerakan tanpa bayang.
Mana tak nya, baru sampai dah ada yang menunggu. Pelanggan yang menunggu p**a satu keluarga dari seberang tambak. Takkan kami nak hamapakan permintaan mereka kan.
Alhamdulillah Menu Beli Jiwa 'Quesadillas' ni semakin dikenali samada orang-orang JB ni mahupun saudara-saudara kita dari seberang tambak.
Korang yang dah ternampak postingan kami ni tapi belum singgah-singgah lagi boleh lah jemput singgah harini. Kami dah buka ni sehingga 6:45pm korang..
📍Bandar Baru Uda📍
https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞 https://www.wasap.my/60108712485/quesadillaBBU
Kami buka macam biasa harini walau keseorangan. Jemput singgah. Kami masih ada disini sehingga jam 6:45pm.
Boleh layan quesadillas panas-panas dengan keluarga hari cuti ni 😁
Kepada yang baru nak cuba jangan risau, Kami sediakan lokasi dan nombor untuk dihubungi :-
Bandar Baru Uda
https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞 https://www.wasap.my/60108712485/quesadillaBBU
Update 3 Oktober 2024
Assalamualaikum. Dan Salam Sejahtera semua. Hello hello. Alhamdulillah harini kami buka seperti biasa ya.
Kami buka bermula jam 12:15pm sehingga 6:45pm. Bagi korang yang nak order awal sangat kami alu-alukan. Nanti datang boleh terus pickup order.
Lokasi kami dan nombor untuk dihubungi:
Bandar Baru Uda
https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞 https://www.wasap.my/60108712485/quesadillaBBU
Update Harini 1 Oktober 2024
Hai. Assalamualaikum semua. Ada sedikit makluman untuk followers dan pelanggan setia kami.
Waktu operasi kami harini bermula 11:00am sehingga 5:00pm.
Ini kerana untuk memberi ruang kami bersiap untuk bagi sokongan malam ini menjelang pertemuan antara JDT dan Shanghai Shenhua.
Jemput singgah harini ke gerai kami untuk dapatkan shawarma mahupun quesadillas anda 😄
Quesadillas mix menjadi pilihan utama sekarang di Bandar Baru Uda
“Kurus atau gemuk adalah pilihan,
Tapi makan sedap adalah keperluan”
Harini kami buka seperti biasa. Jom singgah ke lokasi niaga kami.
Kawasan parking yang luas ✅
Tak perlu beratur panjang ✅
Kepuasan dalam santapan ✅
Kami bermula 12:15pm sehingga 6:45pm
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞https://www.wasap.my/60108712485/quesadillabbu
"Inginkan kepuasan, Lezzetli Kebab jadi pilihan"
Cuti-cuti sekolah ni jom singgah kemari. Kami ada menyediakan hidangan shawarma dan quesadillas terbaik untuk anda semua
Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang berkat.
Ya Allah, lindungilah kami daripada apa jua kesakitan, kesusahan, kesulitan dan segala penderitaan, baik di dunia atau pun di akhirat. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar kami selamat daripada sebarang kepayahan, kesempitan, bahaya, kesedihan dan musibah, janganlah Engkau menguji kami dengan sesuatu yang berat.
Amin Ya Allah Ya Mujib
Alhamdulillah harini kami buka seperti biasa di lokasi yang sama bersebelahan Wisma BBU, Jaln Padi Mahsuri 12.
Jemput singgah semua. Kami ada disini sehingga jam 6:45pm
Jom singgah ke lokasi di BBU ❤️
Kombinasi sayur, ayam dan sos perlu betul dalam penyediaan quesadillas ni. Agar tidak ada rasa yang berlebihan. Cukup sedang elok rasa yang ada seawal gigitan pertama.
Bila bercakap soal sedap, ianya adalah subjektif. Masing-masing ada selera yang tersendiri. Apa yang kami boleh jamin anda akan rasa berbaloi-baloi.
Jumpa korang nanti di lokasi yang sama seperti biasa seawal pukul 12:15pm.
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞https://www.wasap.my/60108712485/quesadillabbu
Terima kasih semua yang hadir harini.
Alhamdulillah walaupun keadaan cuaca mendung mendung manja, anda gagahkan juga hadir ke gerai kami.
Andai ada kekurangan atau sebarang feedback boleh terus dm kami ya.
Segala yang baik datangnya dari Allah. Segala kekurangan sesungguhnya kami manusia biasa juga.
Korang yang tertanya-tanya apa lah yang kami jual ni? Boleh la datang esok. Kami bukak seperti bisa esok bermula 12:15pm - 6:45pm. In shaa Allah, puas hati.. 😁
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞https://www.wasap.my/60108712485/quesadillabbu
Korang peminat makanan mexico? Tapi tekak masih selera melayu? Anda lah yang kami cari. Jemput singgah nikmati quesadillas terbaik di JB
Menu Quesadillas menjadi pilihan utama di outlet BBU ni.
Setiap hari lebih kurang 40 bungkus quesadillas boleh habis disini. Untuk harini tadi kami dapat order 9 bungkus quesadillas daripada orang opis sekitar JB ni.
Kenapa quesadillas Jadi pilihan utama disini? Yang pertama sebab susah nak cari menu ni di kawasan JB. Menu dari mexico (telah diolah untuk mengikut citarasa orang kita)
Keduanya sebab makan quesadillas memang kenyang tersandar. Min sendiri kalau makan sebungkus tu boleh buat ulang 2 kali makan. Tambahan ayam dan daging kami gunakan part yang paling enak memuskan in shaa Allah.
Quesadillas kami juga boleh dinikmati oleh semua peringkat umur, bangsa dan jantina. Nak sayur boleh. Taknak sayur pon boleh. Lebih sos boleh. Taknak sos lansung pon boleh. Anda minta sahaja, kami buat kan 😍
Jemput singgah lokasi gerai jalanan kami :
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞https://www.wasap.my/60108712485/quesadillabbu
S**a shawarma dalam masa yang sama s**a sayur juga?
Kenapa perlu memilih andai kata boleh dapat kedua-dua nya sekali. Ya betul. Anda mahukan sayur lebih tiada caj tambahan.
Kami juga gabungkan lima jenis sayuran untuk menambahkan lagi rasa sedap dan kenyang 😁
Sos juga boleh pilih 3 jenis sos daripada 5 pilihan sos yang kami ada. Tak percaya? Singgah dulu lokasi kami. Kalau tak dapat 3 sos boleh PM min terus 👌🏻
Lokasi kami : Bersebelahan Wisma BBU
Tekan ja link ni : https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞https://www.wasap.my/60108712485/quesadillabbu
Orang KL sampai terngiang-ngiang
Alhamdulillah semalam habis semua bahan mentah kami. Terima kasih tak terhingga kepada yang datang membeli dengan kami.
Kami juga ingin mohon maaf kepada yang datang untuk dapatkan daging tapi tak dapat. Nampaknya daging kami dah mula dapat tempat di hati semua. Ahamdulillah setelah dibuat perubahan dan penambahbaikan, kami boleh cakap quesadillas daging yang terbaik untuk korang tapaw 😁
Kepada yang belum rasa boleh datang ke gerai kami. Setiap hari dibuka bermula jam 12:15pm sehingga 6:45pm.
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞https://www.wasap.my/60108712485/quesadillabbu
"Inginkan kepuasan, Lezzetli Kebab jadi pilihan"
Menabung Untuk Shawarma
Harini ada seorang customer adik masih sekolah lagi datang ke gerai kami untuk beli shawarma ayam.
Bila sudah siap dan masa untuk bayar nampak adik ni keluarkan sejumlah duit syiling. Nampak gaya macam menabung ni untuk dapatkan shawarma.
Memang terbaik adik. Menabung untuk guna buat beli makanan kegemaran. Janganlah menabung untuk beli benda tak faedah. Kalau dapat shawarma kenyang pon ya, puas hati pon in shaa Allah berbaloi-baloi.
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞https://www.wasap.my/60108712485/quesadillabbu
"Inginkan kepuasan, Lezzetli Kebab jadi pilihan"
ps : Jangan risau. Duit syiling pon kami terima asalkan jangan duit syiling token tu taw 😅😂
Kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit, tapi abam boleh cakap korang mesti bahagia lepas makan quesadillas ni 😋
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞https://www.wasap.my/60108712485/quesadillabbu
Ayam kami diperap semalaman untuk hasilkan ayam yang benar-benar padu hasilnya.
Kemudian dimasak dengan cara grill untuk pastikan jus ayam tetap dirasai bila dinikmati nanti. Bahagian tight dan peha geng, yang tahu je tahu betapa berjus bahagian ayam tu. 😋
Ayam pon tengah masak lagi ni geng. Jom datang serbu sekarang dapatkan shawarma atau quesadillas korang sekarang.
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XNXG7CJRFV8nT4jBA
📞https://www.wasap.my/60108712485/quesadillabbu
"Inginkan kepuasan, Lezzetli Kebab jadi pilihan"
Rakan Penghantaran Kami
Ramai sebenarnya yang bertanyakan COD. Kebanyakan yang nak cod secara terus daripada kami sebab inginkan harga kedai (tanpa markup)
Tapi kami tak jalankan cod sendiri untuk Outlet BBU ni.
Tapi... jangan risau kami ada berdaftar dengan satu apps penghantaran makanan ni, apps Misi. Harga makanan dijamin sama macam di kedai, korang hanya perlu bayar caj penghantaran saja. Menarik bukan?
Kepada yang belum ada apps Misi boleh download di Apps Store atau Play Store. Taip je Misi Apps.
Kalau nak cari kedai kami dengan lebih mudah boleh terus tekan link 👉 https://misirakyat.com/order/v8o7mn
p/s : Kalau rasa puas dengan makanan kami, belanja lah rating 5 🌟 sekali hehehe
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Telephone
Website
Address
Jalan Padi Mahsuri 12
Johor Bahru
Opening Hours
Monday | 12:15 - 18:45 |
Tuesday | 12:15 - 18:45 |
Wednesday | 12:15 - 18:45 |
Thursday | 12:15 - 18:45 |
Friday | 12:15 - 18:45 |
Saturday | 12:15 - 18:45 |
Sunday | 12:15 - 18:45 |
8A, Jalan Indah 15/1, Taman Bukit Indah
Johor Bahru, 81200
✦Since 2002✦ 一站式资产规划专家 (立写遗嘱&信托、解冻遗产) Rockwills乐委集团南马区服务中心 (马来西亚最大遗产规划公司) Your one-stop Estate Planning expert (Will & Trust, Estate Ex*****on). A Franchisee of Rockwills (No. 1 Es...
Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram
Johor Bahru, 81800
FrankVet is a veterinarian graduated from Taiwan, National Chung Hsing University, 1991. For decades
Johor Bahru, 81200
Aktivator Organik untuk Sektor Pertanian & Perladangan
MYLOVELYCAT HOUZ, 2A, JLN. PULAI
Johor Bahru, 81110
Mylovelycat Houz Taman Sri Pulai Perdana, Johor New Page since 3rd June 2021
No. 135 Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad
Johor Bahru, 80250
Exciting News Ahead!
80 Jalan Impian Emas 10, Taman Impian Emas, Skudai
Johor Bahru, 81300
Menjual pelbagai jenis ikan hiasan Betta / ikan laga , modern dan kampung.. serta pelbagai produk berkenaan betta fish.
38, Jalan Indah 30/6, Horizon Residence 2
Johor Bahru, 79100
We cater various aquatics supplies and exotic freshwater fishes for the aquarists in Malaysia.
Johor Bahru
- Cat for rehome with fee. - cat necessities - cat supplements - cat medicine - cat grooming - cat food - all about cat