DKC Dapur Ummi
hi assalamualaikum!! salam sayang dari ticer ummi
Resepi Mee Kari dengan sambal.
KUAH
BAHAN A (KISAR HALUS)
Ikan bilis segenggam ( blend kering )
Bawang merah 6 ulas sederhana
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Udang kering
2 batang serai
2 sudu serbuk cili
Bahan B ( tumis )
Rempas kari ikan & daging. Paket kecik
Bawang lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Bahan C
Santan 2 kotak
1 kiub pati ayam
Kerang rebus
Isi ayam
Bebola ikan
Tauhu kering
Lain2 bahan ( celur )
Toge
Kacang panjang
Sawi
* Boleh ja tambah bahan lain kalau s**a ๐ฌ
Cara2 panaskan kuali tumis bahan2 B hingga naik bau masokkan isi ayam tgu masak sedikit masokkan bahan yg dikisar halus. Bancuh santan dengan 2 jug air agak2 nak pekat kurangkan sikit air. Lepas santan masokkan kerang rebus bebola ikan & tauhu kering , masokkan kiub pati ayam. Perasakan tgu mendidih tutup api.
SAMBAL UDANG.
10 tangkai cili kering
Udang kering segengam
Sedikit belacan
Bawang merah 2 bji kecik
Bawang putih 2 ulas
Air asam jawa
Gula melaka ikut selera
Cara2
Kisar semua bahan diatas kcuali gula melaka. Panaskn minyak masokkan bahan2 masak sehingga kering masokkan air asam. Last sekali baru perasakan dgn garam gula rasa dahulu sebelum tambah sbb udang dh masin & gula melaka dh manis ๐
masak lama skit baru sedap sambal tu.
Selamat mencuba ๐
kredit: haura nur aisy
Popia & Tauhu Sumbat
Bahan-bahan:
* Kulit popia
* Taugeh
* Timun
* Lobak
Cara-cara:
1. Ambil kulit popia dan letak sayur2 diatas
2. Gulungkan dan penghujung kulit nanti tacapkan dengan air sebagai gam kulit popia
3. Goreng, bila dah masak toskan minyak
Bahan Kuah:
* Cili kering, bawang putih, bawang besar (diblend)
* Sos cili
* Gula merah
* Gula pasir
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar
2. Bila cili dah agak masak, masukkan sedikit air, sos dan perasakan dengan garam, gula pasir dan gula merah. Pastikan secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan
Nota: pesan arwah mak saya, lepas popia dah masak tegakkannya untuk toskan minyak supaya kekal ranggup bila dah sejuk. Boleh juga gunakan cara ini untuk buat Tauhu Sumbat
(Terima kasih pd yg sudi berkongsi resepi - cuma panjangkan aje - semoga Pahala mengalir seperti air Sungai Nil kpd Pemilik Resepi Amin. Mohon dihalal kan Resepi yg kami kongsi)
Resipi Roti Arab aka Roti Puri
2 cwn tepung gandum
3 sdb minyak masak/marjerin yg dicairkan
1 sdb yis
1 sdt gula
1/2 sdt garam
1 cawan air panas
- Masuk semua bahan kecuali air panas. Gaul sampai jadi mcm serbuk roti
- Masukkan air panas, uli smpi tak lekat ditangan & doh gebu
- Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong & rehatkan doh dlm 30min
- Leperkan doh. Goreng dlm minyak yang banyak & cukup panas. Api sederhana. Masa goreng curah minyak tanpa henti atas roti supaya roti kembung
Selamat mencuba ๐๐
Photos from Shahida Fariza
BURNT CHEESE CAKE
kalau beli mahal. buat sendiri murah. kakak jual 7" rm35 ๐ผ๐ผ
ambik la resepi ni.
Bahan-bahan :
cream cheese 250gm
whipping cream 200ml
telur gred A 3 biji
essen vanilla 1 tsp
perahan lemon 1tsp
gula castor 1 cawan kecik
tepung gandum 2 sudu membukit
Cara-cara :
blend je semua sampai sebati.
bakar dlm oven suhu 200c 40 min api atas bawah lepastu tambah 10min api atas sahaja.
bakar airfryer suhu 170c 30min pastu suhu 200 10min.
sekian terima kasih ๐ผ๐ผ
Kredit : nor hidayu
KUAH ROJAK PEKAT LIKAT MEMIKAT ๐๐๐
Bahan2...
๐ segenggam cili kering(dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap ngan air panas yea dalam 5mnit je pas tu toskan)
๐ Belacan(cikpooja guna belacan melaka dan cikpooja guna separuh dr dalam pic dibawah ye..rujuk pic)
๐ 1cwn gula merah(bukan gula perang yea..)
๐ 3cwn gula pasir
๐ 1/2cwn kicap(kicap yg dok makan ngan nasi tu)
๐ 5sb sos cili
๐ 3sb tepung jagung(dibancuh dgn 1/2cwn air)
๐ 2sb garam(bleh boh ckit2 kalau takut masin)
๐ 2sb bijan
๐ Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblande kasar
Cara2 masaknya....
๐ cili + belacan +secwn air diblande smpai halus(masukkan lam kuali)
๐ Gula merah dibancuh dgn secawan air dan ditapis(masukkan lam kuali)
๐ Masukkan gula pasir
๐ Masukkan kicap dan sos cili
๐ Masak dulu semua bahan2 td smpai mendidih...jaga2 sbb dia cepat meruap ..kang melimpah banjir plak dapo kome...selalu kacau2 kuah tu yea...
๐ Bila kuah dah mendidih... masukkan garam secukupnya.. supaya balance rasa dia...
๐ Pas tu masukkan air bancuhan tepung jagung td... kacau2 sebati...
๐Time nih mmg kene kacau selalu guna api slow yea.....
๐ Masak smpai kuahnya agak pekat...
๐ Barulah masukkan 2sb bijan dan 2sb kacang tanah yg di blande....kacang blande yg lebih tu bila time nak makan..baru ditabur lagi atas rojak na...
๐ Masak lagi smpai pekat hitam memikat...
Siap sudahhhh ๐...
Sekian ..
Kredit : cik pooja
*RESEPI PULUT INTI LEMAK MANIS*
๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ
INTI KELAPA
-ยฝ biji kelapa inti
-1 keping nisan kerek (Boleh ejas ikut manis masing2.
-2 sudu besar gula merah (Ni utk menaikkan seri warna inti)
-2 helai daun pandan
-1 cawan air
-ยฝ sudu kecil garam
*Lebur je semua dlm kuali bukak api slow masak sampai sedikit kering.
Ketepikan.
PULUT
-3 pot beras pulut susu
-Santan cair
-Garam
-2 helai daun pandan
1) Basuh beras pulut pastu rendam dlm sejam pon takpe dah.
2) Bile pulut dh kembang, masukkan ke dalam loyang kemudian curahkan santan (santan tu tinggi sikit je dari aras beras pulut).
3) Masukkan garam & daun pandan. Kacau sebati.
4) Kukus dalam 15-20mnt.
5) Dah siap kukus, sejukkan.
Cara nak bungkus tu sama macam kita nak bungkus nasik lemak tu je. Cume kita guna daun pisang. Layur dulu daun pisang kejap.
Nak senang guna sarang lompang. Mula2 buh dulu inti kelapa kemudian tekan2 sikit bagi padat. Lepas tu buh pulak pulut tadi tekan2 bagi padat. Nanti telingkupkan sarang lompang tu atas daun pisang pastu bungkus mcm biasa.
Selamat mencuba ๐น
Kredit kpd empunya resepi๐
Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak.
Cuba lah, bau semerbak tak menahan
RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara :
Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan s**atan di atas.
Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang :)
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.
Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua! ๐
Credit to Nieza Nor Hamira
Resepi Meatball Ala Ikea
๐ Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya
๐ Kentang Putar
3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)
1 sudu besar butter
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu teh garam halus
3 sudu besar susu full krim
๐ Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.
๐ Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.
๐ Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.
๐ Sos Gravy
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2ยน/ยฒ cawan air
1 ketul kuib pati daging Knorr
1/4 cawan susu cair
1/2 sudu kecil gula
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos
๐ Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang
๐ Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.
๐ Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata
๐ Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.
Selamat Mencuba
Kredit: Nazri Ahmad
๐SARDIN HOMEMADE ๐
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia ~xyah letak banyak2
3 sudi besar cili kering blender
Sebiji tomato dadu
5 biji cili belah 2
4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air ~ikut kepekatan
limau nipis 2 biji utk perap
CARA:
Ikan dipotong ekor n kepala.. bersihkan...pastu perap 10 minit dgn 1/2sb garam n 2 biji limau nipis atau kasturi...dah perap basuh semula n toskan air...ketepikan...
1. Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato..tumis hingga wangi dalam minyak yg banyak sikit lebih kurang suku cawan
2. Dah garing n wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul2 garing n pecah minyak
3. Masukkan pati kiub...sos tiram...tomato puree...tomato potong...dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati...rasa la masin manis n masamnya..kalau dah ok tambah 2 cawan air...xyah banyak2 sangat...kacau sebati...masuk ikan
4. tutup periuk tekanan n setkan masa dalam 80 minit lebih kurang.....tulang dah agak lembut
5. Bila dah cukup masa..lepaskan wap tekanan...ikut arahan pressure cooker masing2 la ye...kaknon guna periuk ajaib tu je...stir fry sikit dlm 2 minit bagi kuah pekat...sedia di hidangkan
kredit:empunya resepi
Sambal Ayam Penyet
Bahan-bahan
* 5 tangkai lada merah - potong
* 20 tangkai cilipadi
* 5 ulas bawang putih - hiris
* 5 biji bawang besar/10 biji bawang merah - hiris
* 5 biji tomato - potong 4
2 inci belacan
Ikan bilis - sikit je
Garam
Gula melaka
Minyak
Limau kasturi/limau nipis
Cara-cara
1. Bakar belacan dulu.
2. Masuk minyak 2-3 senduk dalam kuali. Goreng ikan bilis kejap, pastu masukkan sekali semua bahan bertanda * dan goreng sampai layu (termasuk belacan n ikan bilis td)
3. Blender tanpa air.
4. Masuk minyak sikit. Goreng balik semua sampai pecah minyak.
5. Masuk garam n gula merah (sy guna gula kabung).
6. Perah limau.
Siap! Sedap namatey weh
Dulu banyak kali buat tapi tak sedap. Sebabnya!
- goreng sekali je. Patut 2 step goreng.
- belacan terlampau banyak mcm buat sambal belacan, jadi tak sedap
- bawang putih banyak pun jd tak sedap.
- ikan bilis tak berapa garing
- garam dan gula melaka tak seimbang
Kredit Resepi : ana diana
RESEPI KUAH MEE HAILAM DAGING
Bahan-bahan :
2ulas bawang besar
4ulas bawang putih
segemgam cili kering(di blender)
1ulas b.merah dihiris
3ulas b.putih di ketuk2
Sawi,carot dan telur
Bahan-bahan :
Tumiskan bhn hirisan smpi naik bau dan bhn yg di blender,sesudu sos cili,sos tiram dan kicap pekat mudim tp blh jer pakai ikut kicap kegemaran masing2 ye..
bila kuah dah didih. masukkn daging dan sesudu lada hitam..mask sampi empuk..bila dah empuk letak pecahkan telur dlm 3,4 biji,
masukn sawi,carot sedikit bancuhan air tepung jagung tuk pekatkn sedikit kuah.. masa nk mkn blh la dihidang dgn mi atau ketiow dan taugeh serta cili padi potong ye..
selamat mencuba!
Kredit : Eddy Lela de Boom
"AIR BUNGA TELANG LEMON MADU"
Cuaca panas petang ni..
Apakata kita buat" Air Bunga Telang Lemon Madu " he3..
Kak wati pun baru try buat air nie..campur Nata de Coco..hmm..boleh tahan rasanya..sedapp dan menyegarkan!
Mudah saje nk buat..๐
โ
Bunga Telang
โ
Lemon
โ
Madu
โ
Nata de Coco
โ
Ketulan ais
Caranya :
Masak air dgn 3- 4 bunga telang dan sehelai daun pandan. Kemudian sejukkan.
Masukkan dalam gelas , perah lemon sikit dan sedikit madu.
Hidangkan.
Manfaatkan apa yg kita tanam dan apa yang ada di sekeliling rumah kita.๐
Kredit : Wati Zali
RESEPI BINGKA ROTI
5 keping roti putih
2 biji telur
3/4 gelas gula
3 gelas santan/susu segar /susu cair
1 suduk esen vanilla
1 gelas tepung
Sedikit garam
Caranya:
Potong kotak2 roti tawar dan rendam bersama 2 gelas Santan. Kemudian kocok telur,Gula ,esen vanilla dan 1 gelas Santan tadi dan juga masukkan tepung sedikit2
Mas**an adonan kedalam roti yg terendam tadi sampe rata. Oleskan loyang dgn sedikit margerin dan tuangkan adunan ..
Bakar Adunan dgn suhu 130ยฉ sampai kekuningan....siap tunggu sejuk baru potong..
Slmt mencuba
Chocolate Moist Indulgence.
โโโโโขโ๐ธ๐ธ๐ธโโขโโโโ
(kek)
-5biji telur.
-1sb ovallete.
-1cwn gula kaster.
-1sk esen vanilla & coklat emulco.
(mix sampai gebu bahan di atas)
-1cwn susu pekat.
-1cwn butter (cairkan).
(masuk pukul slow sampai sebati)
-2cwn tepung gandum.
-1cwn serbuk koko.
-1sk soda, baking & secubit garam.
(masuk tepung selang dgn 1/2cwn air mix sebati)
kukus 45min api kuat/ bakar 170c 1jam.
(white mousse)
-150g white chocolate.
-300g non dairy whipping cream.
(double boil white chocolate, ketepikan. pukul cream sehingga sedikit kental & masuk white chocolate kaup sebati.
(chocolate ganache)
-200g dairy whipping cream.
-300g dark chocolate.
(double boil whipping sampai berbuih kecil, tutup api masuk 1sb butter & coklat kacau sebati)
kalau nak melt boleh lebihkan whipping cream ikut citarasa.
Malam ni buat kek nak bawak bekal esok ke convension ๐ฅฐ
Mee homemade
Jom saya share cara buat mee sendiri. Mee tanpa kapur dan tanpa bahan pengawet.
Bahan2nya ialah....
1 beg tepung gandum cap bunga / cap sauh
2 biji telur
1/2 sudu makan garam
Pewarna kuning
1 gelas air
Cara membuatnya.....
1. Mas**an tepung dlm besan.
2. Pecahkan telur dlm mangkuk dan pukul. Tuangkan ke dlm tepung. Mas**an pewarna kuning, (tak nak guna pewarna pun boleh) gaulkan sekata. Kemudian mas**an air yang di campur garam sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga sekata, jgn lembik buat bulat2 dan l***r2kan.
4. Mesin bahagian l***r dahulu. Mesin saya guna no 7 sbb lain2 mesin mee. Ikut pada mesin mee masing2.
5. Kemudian mesin bhgn mesin mee, pastikan sapu tepung sblm mesin jadi mee. Alas guna tudung periuk.
6. Panaskan air hingga mendidih dan letakan sedikit minyak masak.
7. Masak seketika mee itu. Agak2 mee itu timbul maka mee itu sudah masak.
8. Angkat dan toskan kemudian titiskan sedikit minyak supaya mee tidak melekat.
9. Hampir 2 kilo juga dapat menghasilkan mee.
Bolehlah buat macam2 resipi masakan mee.
Selamat mencuba. ๐
kredit: roshima ibrahim
RESEPI LEMPENG NUTELLA
BAHAN LEMPENG :
Dua cawan tepung gadum
2 sudu besar Planta
Dua cawan air
Telur gred A dua biji
Susu segar 1 cawan
BAHAN TOPPING :
susu pekat
coklat nutella๐
CARA PENYEDIAAN :
Bancuh tepung, telur, susu segar dan planta.
Masukkan air dan kacau sampai sebati.
Masukkan bancuhan tadi dalam satu senduk.
Panaskan pan, letakkan dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
Masak sehingga 2-3 minit, angkat. Jangan terlalu lama.
Setelah angkat terus masukkan inti nutella dan gulung.
Cara gulung, lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis
Kredit : Nora Habsah Shahid
SELAMAT MENCUBA ๐
Lepat labu inti kelapa.
S**a letak kelapa parut rasa tmbh sedap bila di makan.
RESEPI LEPAT LABU
Bhn-
500 gm labu kuning (kukus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung tepung beras
1/2 cawan pati santan
1 biji kuning telur(optional)
1tsp garam
Gula secukup rasa ( sy guna brown sugar )
Kelapa parut + garam ( utk inti )
Daun pisang di layurkan dulu
Cara-
Campurkan kedua2 tepung + kuning telur + santan + gula kedlm labu yg telah dilecek.
Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung...adunan ni tak terlalu lembik
Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang.
Masukkan inti kelapa ditengah-tengahnya.
Letak lg sesudu adunan
Kemudian bungkus ..
Kukus sampai masak.
Anggaran 15-20 min dah masak dh lepat
Note-
Kalau nk guna tepung gandum shj pun boleh.
Sbb saya tak letak tepung beras seperti resepi di atas.
Adunan jgn terlalu kental atau lembik
Saya tak letak pewarna kuning. warna kuning asli dari buah labu.
Kredit/sumber resepi-FB
Tkasih pada empunya asal resepi ni.
RESEPI SOTO AYAM
Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut s**a
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
10 bijik bawang merah
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
Cream puff
Bahan2nya
Bahan A
1 cawan Air
100 gm mentega/margerin
1/2 sk gula
1 st esen vanila
Bahan B
Secubit garam
125 gm tepung gandum
3 biji telur
----
Masak bahan A hingga mendidih.
kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.
pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati .....saya guna hand mixer.
masukkan adunan ke dalam piping bag. Guna nozel utk kuih samprit dahlia pun boleh. Kalau tak guna nozel apa2 pun ok.
paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180ยฐc selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.
kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit creampuff untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/mel***r bila dah sejuk.
Kastard filling
2 1/4 cawan susu - boleh campur dgn air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sgt
1 biji telur
25 gm tepung kastard
25 gm tepung jagung
100 gm gula castor - secukup rasa
1/2 cwn teh esen vanila.
1 sb mentega
masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.
Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam2 kuku melalui lubang yang di buat tadi...
Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh.
Nah pakat2 pi buat
RESEPI NASI BERIANI GAM
Bahan-bahan :
3 cawan beras moghul faiza
ayam separuh potong sedang2
1 senduk rempah beriani mak siti
4 cawan air (guna cawan yg sama s**at beras
hiris bawang merah dan putih agak2
sedikit 4 sekawan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih.
sedikit daun pudina
1 biji tomato di potong 4
1 sudu minyak sapi
setengah senduk minyak masak
Langkah penyediaan:-
Panas kan minyak masak dgn minyak sapi kemudian masuk kan bawang yg telah dihiris bersama 4 sekawan tumis sampai naik bau, masuk rempah beriani yg sudah di bancuh sedikit air tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masuk kan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masuk 1 cawan air, bila dah nak didih masuk ayam kacau dan tutup biar ayam cpt masak, agak2 ayam dah masak masuk kan daun pudina dan tomato di atas ayam tak perlu kacau terus masuk kan beras yg sudah di basuh lalu masuk kan air 3 cawan rata kan dan tutup biar didih hinga kering, ๐๐
Bila dah kering keci kan api, titik kan pewarna kuning di atas nasi jangan kacau terus tutup biar kan nasi betul2 kering dan masak. dah kering baru gaul kan selamat mencuba.๐๐
kalau nak pakai daging kena masak kan daging tu sampai empuk, @ rebus dulu daging
Timun, tomato, lemon (dipotong dadu), garam & secukup rasa...
Kredit: โEsya Eisya
Nasi ayam hainan..jemput makan kawan2...
Ayam๐
1 ekor ayam
1 ketul kiub ayam
1 sdt garam
1 pkok daun bwg(ambik daun saja@ kerat dua)
2 inci halia ketuk
-rebus smua ni 25min.air tenggelam ayam.
-angkat aym boh dlm air ais 30min,toskan lumuq minyak bijan.
Nasi๐
3 cwn beras
ยฝberas pulut(xnak letak pun xpe,tp klau ada lg sdap)-basuh tos
1 helai daun pandan
Lemak2 aym( sblum rebus aym td,ambik bhgian lemak kat tengkuk ngn bhgian bwh aym.
1 snduk kcik minyak
Halia tumbuk
Stok ayam(air rebus aym td)
Cara:
-masak minyak,lemak aym sampai lemak aym tu cair, -msuk daun pandan ngn halia tumbuk,kacau2
-boh beras gaul dlm 3 minit, stok ayam td 3 cwn @ s**at mcm msk nsik biasa.
-tambah garam skit ngn ckup rasa.msk nsik pai msk..
Air Cili merah๐ถ๏ธ
Cili besar(merah)
Cili padi(merah)
ยฝ labu Bwg Holland
Bwg putih
Cuka
Gula
Sdkit garam
Aji skit
Stok ayam(air rebus)
-blend smua
Pes halia๐ง
Halia tumbuk
Msukkan btg daun bwg yg baki td tumbuk sampai hancur.
Msk sdkit minyak masak tuang panas2 dlm pes td..gaul
Taugeh๐ฅ
Taugeh-siram air panas-tos
Daun limau purut,cili padi- potong
Kuah aym dgn kuah taugeh๐ฅฃ
(Untuk siram )
1 cwn stok aym(air rebus)
Kicap masin cair
Kicap kipas udg manis
Sdkit ckup rasa
Minyak bijan
-campur smua ni..curah ats taugeh ngn ayam.
Sumber : Zadariah Zakaria
RESEPI DORAYAKI VIRAL
Sedap & senang. Boleh cuba buat untuk family hari ini. Kalau nak jual pun boleh.
BAHAN BAHAN :
-3 bji telur
-ยผ cwn gula
-2 sudu susu pekat manis
-2 sudu minyak masak
-setengah cwn air
-2 cwn tepung gandum
-1 sdu kecil baking powder
-esen vanila
-inti (sy guna penut butter & coklat)
Semua s**atan dlm cawan kcuali minyak dan susu s**atan sudu
CARA MEMBUATNYA :
-mixer telur+gula smpai gebu.
-tambah susu n minyak n mixer lg sebati.
-tambah esen vanila n msukn tepung berselang seli dgn air.
-ejas adunan supa tak pekat dan tak cair.
-panaskn pan dan senduk kn buat bulatยฒ (altenatif lain utk dpt bulat yg sma dan cntik. guna je piping bag yg blh bli kt kdai bakeri)
-msk smpai perang dan terbalikan
-sejukkn dan bolehlah sapu inti kes**aan anda.
Kredit : Aqema Nazri
RESEPI SOTONG SINGGANG
Bahan-bahan:
Sotong
Serai
Bawang Holland
Bawang Putih
Lengkuas
Halia
Cili padi
Asam keping
Tomato
Putik Jagung
Daun Limau Purut
Daun Ketumbar
Cara Penyediaan:
1. Didihkan Air dalam periuk
2. Masuk kan 2 Batang Serai diketuk , 1/2 biji bawang holland dihiris , 3 ulas bawang putih dihiris, 1 inci lengkuas , 1 inci halia , 10 tangkai cili padi diketuk
3. Masuk asam keping 1/2 keping
4. Betul2 mendidih , masukkan Sotong , tomato , putik jagung & daun limau purut
5. Perasakan dgn garam & mushroom seasoning
6. Last masuk daun ketumbar sekali dengan akarnya
Tips: mendidih terus tutup api supaya sotong tak kecut
Sumber : Yatiekitchen
Sos hijau Vietnam Roll ๐ฅ
Bahan-bahan:
1. segengam daun ketumbar
2. 4 biji cili padi hjiau ( nak pedas letak lebih ye
3. satu helai daun limau
4. 3 ulas bawang putih
5. sedikit air
6. 1 ketul cube ayam
7. 1 sudu garam
8. 1 sudu ajino
9. 2 sudu gula
10. air limau sikit / limau nipis separuh biji
11. (susu segar dutch lady kotak, sy tuang je anggaran sendiri)
12. (yogurt original)
13. (2 sudu susu pekat )
Cara Penyediaan:
1. Bahan bahan 1 hingga 10 perlu diblend.
2. Kemudian sediakan periuk, mas**an bahan yang diblend.
3. Masak dengan api perlahan, sambil masukkan bahan-bahan 11 sehingga 13.
โ kalau rasa kurang creamy kurang rasa ..letak je susu pekat / susu segar td ye .. ni resepi sendiri .. takde kaitan dgn yg hidup atau yg mati !!!! masak api perlahan ye .. bg dia pekat sikit ๐ฅ๐ฅits done โฅ๏ธโฅ๏ธ
Kredit: Liyn (Facebook)
Murtabak Maggi.. bakar guna AF.
Mudah dan cepat
RESEPI MURTABAK MAGGI(airfryer)
Bahan-
1 paket maggi perisa kari
4 biji telur
1 biji bwg besar ( potong dadu)
1 batang sosej (rebus skejap)
1 keping daging burger(rebus)
Sedikit hirisan kobis
Sedikit hirisan cili
Sedikit potongan daun bawang
Garam jika perlu/maggi secukup rasa
2 kpg keju
cara-
1. pecahkan 4 biji telur kedalam besen.
Masukkan perencah maggi kari dan sedikit air,kacau sebati.masukkan hirisan sosej,daging burger( yg telah di rebus terlebih dahulu dan di cincang kecil),kobis,bwg,daun bawang,cili
Perasa kan dgn secubit garam.atau Maggi secukup rasa.
2. Rebus mee maggi sampai lembut.(toskan airnya)
3. Masukkan mee maggi kedalam bahan2 tadi, kacau sampai sebati.
4 .sedia kan cup acuan dan masukkan
Bancuhan maggi td kedlm cup acuan
Ambil 2 keping keju..di potong2 kecil dan letak atasnya.kemudian masukkan kedlm airfryer
5.Bakar suhu 180, selama 10 min atau sehingga masak sekata.(bergantung pada airfryer msg2)
Bila dah masak,keluarkan dari acuan,sedia utk dihidang.makan bersama sos cili atau bersama bwg jeruk.
Resepi ni boleh buat 8-9 bekas.kalau nk buat byk.gandakan.
Slmt mencuba๐
Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim
SANGKAYA BOAT NOODLE
Fuhhh sekali hadap habis sebungkus roti! Sedap giler sampai tak tengok kiri kanan. Nak buat pon senang. Jimattt la dari makan kat kedai. Nie sekali masak boleh makan puas-puas ๐
BAHAN ;
1 Kotak santan
5 helai daun pandan (kalau besar guna 3-4 helai je)
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
3 sudu gula (kalau rasa nak manis lagi boleh tambah)
Sedikit gula melaka (nak letak lebih pon boleh)
Sedikit pewarna hijau
CARA-CARA;
Mula-mula blend daun pandan dengan air. Agak-agak je berapa banyak ye. Asal boleh blend. Tapis dulu then campurkan air pandan tadi dengan kesemua bahan-bahan. Kacau sehingga sebati.
Panaskan periuk then kacau bahan tadi guna api slow ye. Kena kacau selalu biar tak jadi keladak. Kacau sampai jadi pekat. Sebelum jadi pekat tu rasa dulu manis ke tak. Jadi mase tu tambah la gula korang nak manis macam mana. Ok boleh tutup api.
Roti pulak korang boleh potong 4. Lepas tu kukus sekejap. Dalam 1 minit je camtu. Agak2 roti dah lembut. Ok siap!
*sangkaya korang boleh nak letak susu cair macam dalam gambar tu or nak makan macam tu pon bolehhh. Ikut selera korang ye ๐ค
Selamat mencuba ๐
Kredit : Wanie Nnand
Roti Garlic Gardenia Ketagih & Mushroom Soup
Bahan-bahan Mushroom Soup:
300ml air
500ml susu segar
1 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
Cara-cara:
๐ธ Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
๐ธ Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
๐ธMasukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
๐ธBancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
๐ธ Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.
Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih
Roti Gardenia
Bawang Putih
Mentega
Secubit garam (tak mau buh takpa)
Daun Parsley
Cara-cara:
๐น Tumbuk bawang putih
๐น Gaul ke dalam mentega
๐น Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati
๐น Sapu ke atas roti
๐น Dan bakar api atas bawah (oven)
Kredit NurSakinah
KEK COKLAT MOIST KUKUS. SEDAP & TAK MUAK
Senang jak buat. Simpan nanti cuba buat ๐
Resepi kek coklat-
1 cwan serbuk koko
1 cwan gula pasir
1 cwan minyak masak
1 cwan susu pekat
1 cwan susu cair
Semua bahan ni dimasak sekejap, jgn sampai menggelegak sekadar semua sebati tutup api ketepikan.
4 biji telur gred A
1 cwan tpg gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
ketiga bahan ni diayak.
Dah agak suam bahan yang dimasak tdi masukkan kedlm blander, masukkan 4 biji telur, bland sekejap kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat,bland sehingga semua nyer sebati.
Panaskn pengukus terlebih dahulu.
loyang sapukan sedikit Planta kemudian masukkan adunan kek.
nampak air dh mendidih masukkan adunan kek tadi.
kukus selama 45.
api sederhana yer.
cikza gandakan bahan tu nampak kek besar.
Kredit noriza awang hamat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kulim
09000
Kulim, 09000
We can serve you with delicious and customised cakes for all your special celebrations... COD Kulim,
Kulim, 09000
โขHome-baked with love โขEggless Premium Brownies โขDM to place your orders โขKulim Kedah Malaysia
Taman Selasih
Kulim, 09000
Just sweet like you โก Specialty in cakes, pastries and dessert Cake Delivery available
Kulim, 09000
Home bakery based in Kulim Kedah Muslim owner Instagram - dessertwizard.my
Kulim, 09000
Home style pastries โขsugar โขsugar-free Home based | Kulim Self pick up ๏ฟฝ Delivery service ๏ฟฝ Service area : Kulim | Penang Mainland | Penang Island
KM1, KM3 & KM6, Lot 8, Jalan Hi-Tech 2/3 Taman Kulim Hi-Tech Kulim
Kulim, 09000
Kuarters Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyyah
Kulim, 09000
https://latenightbakery.orderla.my/dessert-corner-