Wasiat Hibah

"Alkout agency is a company that operates to help people by providing the following services:
1. Personal and family protection.
2. Protection for property.

Rancang Wasiat & Harta Pusaka - as-Salihin Trustee Berhad 08/10/2021

INFO AST | Hibah bagi Harta Bercagar (pinjaman) : Adakah boleh dilakukan?
Sebagai permulaan, adalah penting untuk kita fahami bahawa penguatkuasaan Hibah adalah melalui undang-undang Syariah di Mahkamah Syariah yang berteraskan Al-Quran, Hadith, Qias dan Ijma’ Ulama sebagai panduan penghakiman.
Hibah perlu memenuhi rukun dan syarat berikut mengikut penetapan Syariah:
✅ Pemberi Hibah
✅ Penerima Hibah
✅ Barang atau harta yang dihibahkan
✅ Sighah (Ijab dan Qabul)
Maksud ‘Harta Bercagar’ :
Cagaran bermaksud harta yang dibeli, digadai atau diserah hak (melalui proses pendaftaran gadaian keatas hakmilik tersebut) kepada institusi kewangan atau kerajaan atau individu sebagai jaminan untuk menjamin kepentingan pihak tersebut yang memberi pinjaman untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada penjual atau pemaju.
Artikel penuh:
https://as-salihin.com/hibah-bagi-harta-bercagar.../
as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam | www.as-salihin.com
__

Rancang Wasiat & Harta Pusaka - as-Salihin Trustee Berhad Peneraju Syarikat Perancangan Harta Pusaka Islam di Malaysia Rancang Wasiat Anda Dengan Syarikat Amanah Berwibawa Lindungi kepentingan keluarga anda menerusi pelan khas mengikut keperluan anda. SELANJUTNYA Ya! Saya ingin dapatkan Khidmat Nasihat mengenai Perancangan Harta Pusaka Islam Rundingan PERC...

06/10/2021

𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐒-𝐒𝐀𝐋𝐈𝐇𝐈𝐍 𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓𝐄𝐄 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃
“𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐤 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢!”
Setiap pasangan suami dan isteri perlu jelas bahawa apabila salah seorang suami atau isteri meninggal dunia maka Hak Harta Sepencarian tidak akan dapat secara automatik kepada pasangan yang masih hidup. Menurut undang-undang, Harta Sepencarian adalah harta yang diperolehi oleh pasangan suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan dan jika berlaku kematian salah seorang daripada mereka, maka ia perlu DITUNTUT di Mahkamah Syariah oleh mana-mana pasangan yang masih hidup.
Hak ke atas Harta Sepencarian ini akan menambah nilai dan bahagian isteri yang ditinggalkan. Melalui Harta Sepencarian mereka akan mendapat bahagian yang lebih besar ke atas harta peninggalan arwah suami.
Mengikut pembahagian faraid, Jika suami meninggal dunia, hak isteri adalah 1/4 atau 1/8 sahaja. Isteri akan mendapat 1/4 daripada harta pusaka suami sekiranya si suami tidak memiliki anak dan 1/8 sekiranya si suami meninggalkan anak.
Bahagian 1/8 ini mungkin tidak mencukupi untuk digunakan bagi menyara hidupnya dan hidup anak-anaknya. Oleh itu para isteri boleh membuat tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah agar mereka mendapat bahagian yang lebih besar ke atas harta peninggalan suami supaya dapat menampung dan meneruskan kehidupannya bersama anak-anak. Melalui tuntutan tersebut mahkamah akan memutuskan bahagian yang diiktiraf sebagai Harta Sepencarian kepada isteri. Walau bagaimana pun tuntutan ni perlulah melalui proses undang-undang yang melibatkan masa serta kos yang lebih tinggi.
Oleh itu, perancangan harta pusaka amat penting bagi memelihara kebajikan isteri setelah ketiadaan suami. Perancangan ini boleh dilakukan dengan menetapkan pembahagian harta sepencarian di peringkat awal dengan menandatangani Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) di as-Salihin Trustee Berhad. Hasil daripada itu, isteri tidak perlu bersusah payah untuk membuat tuntutan di Mahkamah Syariah setelah ketiadaan suami dan bahagian peratusan (%) Harta Sepencarian itu boleh ditentukan sendiri oleh pasangan suami-isteri tersebut

04/10/2021

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐖𝐀𝐒𝐈𝐀𝐓
Pembentukan Wakaf Melalui Wasiat Adalah Tertakluk Kepada Hukum Wasiat.
Had yang dibenarkan untuk mewakafkan harta melalui Wasiat adalah 1/3 daripada keseluruhan harta pewasiat. Sekiranya Harta yang diwakafkan melalui wasiat itu melebihi sepertiga (1/3) daripada keseluruhan harta pewasiat maka lebihan bahagian tersebut mestilah dipersetujui oleh semua waris Faraid sebelum wakaf tersebut boleh dilaksanakan.
Jika tiada persetujuan daripada mereka maka wakaf bagi lebihan bahagian tersebut tidak boleh dilaksanakan.
Sekiranya Wakaf yang telah dibentuk tersebut tidak dilaksanakan, maka pihak-pihak yang berkepentingan ke atas wakaf tersebut bolehlah membawa perkara tersebut ke mahkamah Syariah untuk dibicarakan.

01/10/2021

Ramai di kalangan rakyat Malaysia didapati mempunyai kekeliruan di antara Wasiat dan Hibah.
Wasiat dan Hibah merupakan dua instrumen yang berbeza dari segi fungsi dan kelebihan instrumen-instrumen tersebut.
PERBEZAAN ANTARA WASIAT DAN HIBAH
Terdapat beberapa perbezaan berkenaan kedua-dua instrumen tersebut. Antara perbezaannya adalah:
1) 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘁𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻:
Wasiat: berkuat kuasa selepas kematian.
Hibah: berkuat kuasa serta merta selepas pembentukkannya.
2) 𝗙𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶:
Wasiat: Fungsi utama Wasiat adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran harta serta penyelesaian hutang secara total dan cepat melalui perlantikan wasi/pentadbir.
Hibah: Hibah adalah merupakan merupakan instrumen untuk menyatakan kaedah pengagihan harta tertentu kepada benefisiari tertentu.
3) 𝗛𝗮𝗱 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻:
Wasiat: Pengagihan harta kepada bukan Waris melalui Wasiat adalah terhad kepada maksimum 1/3 daripada harta pusaka dimana boleh diberikan kepada selain daripada waris Faraid seperti anak angkat, anak saudara, sepupu, keluarga bukan Islam, pemberian untuk tujuan sedekah, infaq dan wakaf dan sebagainya.
Hibah: pemberian melalui Hibah tiada had tertentu dan dibenarkan untuk diberikan harta kepada mana-mana benefisiari yang dikehendaki.
Wasiat dan Hibah adalah penting dalam perancangan harta pusaka untuk 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 dan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗸𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗴𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.
Artikel Penuh di pautan di bawah:
https://as-salihin.com/perbezaan-wasiat-dan-hibah/
_

30/09/2021

Adakah seseorang daripada ahli keluarga anda telahpun meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat serta harta pusaka beliau masih belum diagihkan?
APAKAH PROSES PENTADBIRAN PUSAKA JIKA TIADA WASIAT
Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, harta beliau akan terbeku sehingga tuntutan dibuat oleh pentadbir yang dilantik oleh waris-waris.
Proses tuntutan pusaka ini perlu melantik sama ada seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir untuk mentadbir harta simati.
Pentadbir akan menghimpunkan semua aset serta menyelesaikan liabiliti si mati termasuklah hutang dunia dan akhirat serta mengagihkan lebihan harta si mati menurut undang-undang perwarisan Islam.
Prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk permohonan perlantikan Pentadbir dan tugas-tugas serta tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada undang-undang berkenaan, dimana yang paling utama adalah Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN TANPA WASIAT
Di bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 menetapkan bahawa pentadbir perlu menyediakan dua orang penjamin bagi membolehkan beliau mentadbir harta pusaka si mati, kecuali di dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka simati.
Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada as-Salihin Trustee Berhad yang merupakan Syarikat Amanah, di mana ia boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.
Kelebihan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai pentadir kerana ia dibawah kawalan Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Amanah 1949 dan Akta Pemegang Amanah 1949, ia bersifat kekal, kompeten, professional dan melaksanakan tanggung jawabnya dengan adil.
Baca Artikel Penuh:
https://as-salihin.com/pentadbiran-harta-pusaka-tanpa.../
as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam

29/09/2021

ADAKAH PASANGAN BERCERAI BERHAK MENDAPAT FARAID PASANGAN
Daripada Mac 2020 sehingga Ogos 2021, sebanyak 66,440 kes cerai membabitkan pasangan beragama Islam didaftarkan sepanjang tempoh pandemik COVID-19. (Berita Harian, 2021)
Situasi penceraian merupakan sesuatu kes yang sukar dijangka bagi pasangan baru dan ianya sangat berkaitan tuntutan harta pusaka.
HUKUM PUSAKA BAGI PASANGAN YANG TELAH BERCERAI
Isteri yang diceraikan dengan talak Rajie (talak 1 atau 2) oleh suami berhak mewarisi harta peninggalan suaminya sekiranya suami tersebut meninggal dunia semasa tempoh eddah atau tempoh eddah belum tamat.
Begitu juga si suami berhak mewarisi harta pusaka bekas isterinya yang diceraikan dengan jenis yang sama dan dalam tempoh yang sama.
Manakala bagi talak ba’in (Talak 3), sekiranya suami meninggal dunia dalam tempoh eddah maka isteri tidak berhak mewarisi harta peninggalan suami tersebut. (Irsyad Al-fatwa Siri Ke-504)
JIKA SAYA INGIN MULAKAN PERANCANGAN, APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
as-Salihin Trustee Berhad menyediakan dokumen perancangan harta untuk suami dan isteri melalui Deklarasi Hibah dan Perjanjian Aset Perolehan Bersama bagi menjamin hak kedua-duanya.
as-Salihin Trustee Berhad juga menawarkan instrumen-instrumen berikut sebagai kaedah merancang Harta Pusaka secara kompehensif:-
1. Wasiat
2. Pri-Hibah
3. Perjanjian Aset Perolehan Bersama (Deklarasi Harta Sepencarian)
4. Amanah Takaful (PriTi)
5. Amanah Hayat
Baca Artikel Penuh:
https://as-salihin.com/hukum-faraid-jika-suami-meninggal.../
as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam

28/09/2021

PENTADBIR PENENTU PERJALANAN PUSAKA
Apabila seseorang telah meninggal dunia (dengan wasiat), harta pusaka si pewasiat akan ditadbir oleh wasi yang dilantik. as-Salihin Trustee Berhad sebagai sebuah syarikat amanah boleh dilantik sebagai wasi (pentadbir) untuk menjalankan tugasnya sebagai wasi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Akta Syarikat Amanah 1949:
"Jika pada bila-bila masa suatu syarikat amanah dilantik menjadi wasi bagi wasiat mana-mana pewasiat, sah bagi syarikat itu untuk memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan probet bagi wasiat itu dan, jika probet diberikan, untuk menjalankan dan menunaikan segala kuasa dan kewajipan seorang wasi."
as-Salihin Trustee Berhad bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagai Wasi sekiranya dilantik oleh pewasiat. Antara tugas utama as-Salihin sebagai wasi ialah:-
1. Mengenalpasti wasiat
2. Mendapatkan probet daripada Mahkamah Tinggi
3. Menghimpunkan semua harta peninggalan pewasiat
4. Membayar hutang piutang pewasiat (Dunia & Akhirat)
5. Menyediakan penyata akaun bagi rujukan waris
6. Menyelesaikan pemberian pusaka 1/3 kepada bukan waris yang diwasiatkan oleh Pewasiat. (sekiranya ada)
7. Membahagikan semua harta pewasiat mengikut wasiat/faraid atau mengikut persetujuan bersama dalam kalangan waris
as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam

28/09/2021
23/09/2021

SIAPA YANG BERHAK MENDAPAT PUSAKA SUAMI?

Jika anda seorang isteri atau anak, anda patut tahu berkenaan hak Faraid anda ke atas pusaka suami atau bapa anda. Dua (2) perkara penting yang perlu tahu adalah iaitu siapakah waris yang berhak dan berapakah bahagian Faraid mereka tersebut.

MENGENALI AHLI WARIS ASHABUL-FURUD
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8.

1) Waris Utama
Jika suami meninggal dunia waris utama yang layak mewaris harta pusaka beliau adalah ibu, bapa, isteri, anak lelaki dan anak perempuan. Dengan syarat mereka ini beragama Islam maka hak mereka akan terpelihara.

2) Waris Gantian
Waris ini akan mewarisi harta si mati sekiranya waris utama tiada, maka mereka menggantikan tempat ahli waris utama dalam menerima pusaka seperti datuk menggantikan tempat bapa, nenek menggantikan tempat ibu dan anak perempuan kepada anak lelaki menggantikan tempat anak perempuan.

3) Waris Sisian

Jika suami meninggal dunia dan hanya meninggalkan isteri dan anak perempuan sahaja maka adik beradik akan layak mewarisi harta pusaka beliau.

FUNGSI WARIS PENGHALANG

Waris ini merupakan dinding atau penghalang kepada waris sisian bagi mewarisi harta simati.
Selagimana simati mempunyai anak lelaki atau bapa atau cucu lelaki daripada anak lelaki, maka waris selain daripada waris utama yang dinyatakan di atas adalah tidak layak mewarisi harta simati. Adik beradik simati akan terhalang daripada mewarisi.

JIKA SAYA INGIN MERANCANG HARTA PUSAKA, APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
as-Salihin Trustee Berhad menawarkan instrument-instrument berikut sebagai kaedah merancang Harta Pusaka:-
1. Wasiat
2. Deklarasi Hibah (Pri Hibah)
3. Deklarasi Harta Sepencarian
4. Amanah Hayat
5. Amanah Takaful (PriTi)

Baca Artikel Penuh:
https://as-salihin.com/hukum-faraid-jika-suami-meninggal-dunia/

as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam |

07/09/2021

Adakah pembunuh berhak mewarisi harta orang yang dibunuh?

Mazhab Syafie berpendapat bahawa segala bentuk pembunuhan sama ada sengaja ataupun tanpa segaja yang dilakukan oleh ahli waris kepada pewarisnya akan menjadi penghalang untuk mewarisi harta pusaka.

Sebagai contoh, seorang lelaki membawa ayahnya menaiki kereta. Akibat kecuaiannya berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian Keadaan tersebut menyebabkan lelaki itu tertegah daripada mewarisi pusaka ayahnya menurut mazhab Syafie.

Ini bersandarkan pada hadis riwayat Al-Nasa’i dan Al-Bayhaqi dalam Al-Sunan Al-Kubra.

ليس للقاتل من الميراث شيء

Maksudnya: Si pembunuh tidak sedikitpun mempunyai hak pada harta pewarisnya.

Di Malaysia untuk menghalang waris daripada mendapatkan harta pusaka mestilah mendapatkan perintah daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

03/09/2021

Adakah seseorang daripada ahli keluarga anda telahpun meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat serta harta pusaka beliau masih belum diagihkan?

APAKAH PROSES PENTADBIRAN PUSAKA JIKA TIADA WASIAT

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, harta beliau akan terbeku sehingga tuntutan dibuat oleh pentadbir yang dilantik oleh waris-waris.

Proses tuntutan pusaka ini perlu melantik sama ada seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir untuk mentadbir harta simati.

Pentadbir akan menghimpunkan semua aset serta menyelesaikan liabiliti si mati termasuklah hutang dunia dan akhirat serta mengagihkan lebihan harta si mati menurut undang-undang perwarisan Islam.

Prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk permohonan perlantikan Pentadbir dan tugas-tugas serta tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada undang-undang berkenaan, dimana yang paling utama adalah Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN TANPA WASIAT

Di bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 menetapkan bahawa pentadbir perlu menyediakan dua orang penjamin bagi membolehkan beliau mentadbir harta pusaka si mati, kecuali di dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka simati.

Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada as-Salihin Trustee Berhad yang merupakan Syarikat Amanah, di mana ia boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.

Kelebihan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai pentadir kerana ia dibawah kawalan Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Amanah 1949 dan Akta Pemegang Amanah 1949, ia bersifat kekal, kompeten, professional dan melaksanakan tanggung jawabnya dengan adil.

as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam |

27/08/2021

𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐀𝐒𝐓 | 𝐑𝐌 3𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐀𝐒-𝐒𝐀𝐋𝐈𝐇𝐈𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔, 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

as-Salihin Trustee Berhad sebagai Pemegang Amanah bagi Amanah Takaful bagi pihak setlor yang telah meninggalkan dunia telah menyampaikan sumbangan bernilai RM 30,000 sebagai dana wakaf tabung pembinaan Masjid Papan Baru, Pulau Pinang.

Sebagai pemegang amanah yang berwibawa, as-Salihin Trustee Berhad akan memastikan setiap amanah dan arahan dijalankan dengan telus dan sempurna selari dengan hasrat setlor selaku pemilik takaful. Ini termasuk dengan merealisasikan hajat pemilik takaful untuk melakukan amal jariah mereka dengan lebih baik dan teratur.

Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Encik Ahmad Zarul Zalfhan Bin Shahari, Pengurus Wilayah Utara, as-Salihin Trustee Berhad bagi mewakili pihak syarikat kepada Pengerusi Masjid Papan, Pulau Pinang.

Pautan: https://www.facebook.com/141683918159/posts/10158649340723160/

as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam | www.as-salihin.com

17/08/2021

KEMATIAN SERENTAK SUAMI & ISTERI ?

Acapkali kita digemparkan dengan berita-berita seperti ini & perkara ini sering menjadi kerisauan kebanyakan pasangan, apatah lagi sekiranya mereka mempunyai anak-anak yang masih di bawah umur ataupun OKU.

📍"Siapa yang akan jaga anak-anak saya?"

📍"Duit pusaka untuk anak-anak nanti, siapa yang akan pegangkan ? Eh, kalau duit anak-anak saya tu nanti disalahguna, macamana?"

📍"Boleh ke dia pastikan semua perbelanjaan harian, makan minum, sekolah, pakaian, perubatan dan segala aspek kehidupan anak-anak saya diuruskan dengan baik?"

📍"Rumah kami nanti, tukar nama siapa? Anak-anak masih kecil. Hutang bulanan rumah ni macamana nak bayar?"

📍"Wang takaful saya hibahkan kepada isteri. Jika isteri meninggal bersama saya, anak-anak dapat ke? Duit tu pergi ke mana nanti?"

📍"Family business kami ni, kalau kami meninggal bersama, siapa yang nak sambung jalankan ? Anak-anak boleh dapat syer ke? Keuntungan syarikat nanti, macamana anak-anak saya nak dapat?"

📍"Dari segi faraid macamana ye? Adik-beradik kami ada hak ke atas harta kami ke? Boleh ke mereka halau anak saya dari rumah ?....
Menjadi tangunggjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan hak & masa depan anak-anak terjamin. Rancanglah harta pusaka demi anak-anak tersayang.

Pembahagian Harta Sepencarian Dalam Poligami Menurut Undang-undang Keluarga Islam - as-Salihin Trustee Berhad 16/08/2021

Isu berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang menyentuh kedudukan hak isteri pertama terhadap harta dalam tempoh perkahwinan tersebut.

Keadaan tersebut sememangnya rumit tetapi bagaimanakah cara untuk menanangi segala kerumitan dan pertelingkahan tersebut. PERKARA UTAMA yang perlu anda tahu adalah

𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗥𝗔𝗜𝗗 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗚𝗔𝗠𝗜

Isteri-Isteri perlu faham hak mereka di dalam Faraid. Menurut Hukum Faraid,

Sekiranya Si Suami meninggal dunia dan beliau meninggalkan anak maka hak isteri keatas harta pusaka adalah 1/8. Sekiranya beliau mempunyai lebih daripada satu isteri maka bahagian 1/8 tersebut akan dibahagi secara sama rata diantara isteri-isteri yang ada iaitu sama ada bahagian setiap mereka itu ialah 1/16 jika dua isteri, 1/24 jika 3 isteri dan 1/32 jika 4 isteri

Adakah bahagian-bahagian tersebut mencukupi untuk mereka menanggung saran diri serta anak-anak?

Bebanan akan lebih berat jika isteri-isteri tersebut 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡.

Oleh itu suami dan isteri-steri perlulah membuat perancangan awal agar hak dan kebajikan mereka terpelihara apabila suami meninggal dunia.

Deklarasi Harta Sepencarian melalui 𝗣𝗔𝗣𝗕 atau 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗔𝘀𝗲𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 adalah instrument pembahagian harta diantara suami dan isteri untuk menjamin dan memelihara hak mereka serta menetapkan pembahagian secara adil dan saksama.

Kelebihan-kelebihan 𝗣𝗔𝗣𝗕 juga ialah

1) Pembahagian Mengikut Persetujuan Bersama suami dan isteri
2) Melindungi Hak Suami Isteri.
3) Mempercepatkan proses tuntutan Pembahagian Harta Sepencarian.
4) Menjimatkan masa dan kos.
5) Tiada Pertelingkahan dan Pertikaian.
6) Mudah dan Selesa.

Artikel Penuh di pautan di bawah:
https://as-salihin.com/pembahagian-harta-sepencarian-dalam-poligami-menurut-undang-undang-keluarga-islam/

Pembahagian Harta Sepencarian Dalam Poligami Menurut Undang-undang Keluarga Islam - as-Salihin Trustee Berhad “Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan p**a ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.” (Surah An-Nisa’, ayat 32) Isu berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang menyentuh kedudukan hak...

13/08/2021

Jangan lepaskan peluang menimba ilmu baharu! Berminat?

WhatsApp: https://wa.me/60125075793

13/08/2021

INFO AST | Amanah Takaful vs Hibah Takaful

Anda memiliki polisi Takaful/Insurans bernilai sehingga / =
RM 100,000 ?
RM 500,000 ?
RM 1,000,000 ?
Atau lebih ?!

Nilai yang begitu banyak bukan ?!!

Namun.......

- Apa tujuannya ?
- Untuk siapa ?
- Bagaimana nak diuruskan?
- Siapa yang mampu urus?

Rancang Hibah Takaful anda dengan lebih teratur, teliti dan lengkap melalui Amanah Takaful.

Kelebihan Amanah Takaful :-

📍Melantik Pemegang Amanah untuk uruskan keseluruhan wang pampasan.

📍Memastikan hak kita terjamin ketika berlaku ketidakupayaan. Wang tidak terbeku, diguna untuk biaya perubatan, sara diri, selesai hutang piutang dan perbelanjaan anak-anak.

📍Selepas kematian, kegunaan wang tersebut dapat dikawal dengan baik untuk tujuan tertentu. Sara hidup dan pendidikan anak-anak serta amal jariah contohnya.

📍Anak tidak menjadi boros. Mengawal anak-anak dari menggunakan wang bagi tujuan yang tidak sepatutnya.

📍Menjamin masa depan anak-anak terutamanya di bawah umur dan OKU.

📍Mengelakkan pergaduhan dan perebutan.

📍Tidak berlaku salah guna terhadap wang tersebut.

Jangan biarkan wang polisi Takaful/Insurans anda tanpa perancangan yang betul dan teratur !

Hubungi kami segera untuk khidmat nasihat PERCUMA!

as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam | www.as-salihin.com

Rancang Wasiat & Harta Pusaka - as-Salihin Trustee Berhad 12/08/2021

Adakah anda pasti harta anda akan diuruskan dengan baik selepas anda meninggal dunia?

Tahukah anda wasiat merupakan dokumen yang penting bagi memastikan pentadbiran harta pusaka anda berjalan lancar.
Mengapa biarkan orang lain membuat keputusan untuk mengagihkan aset anda selepas pemergian anda?

Lindungi kepentingan keluarga anda menerusi pelan khusus kami mengikut keperluan anda. Perancangan harta pusaka bukan hanya mengenai pengagihan aset anda selepas pemergian anda tetapi ia adalah untuk meninggalkan orang-orang yang tersayang dalam keadaan baik dan selesa.

as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam | www.as-salihin.com

Rancang Wasiat & Harta Pusaka - as-Salihin Trustee Berhad Peneraju Syarikat Perancangan Harta Pusaka Islam di Malaysia Rancang Wasiat Anda Dengan Syarikat Amanah Berwibawa Lindungi kepentingan keluarga anda menerusi pelan khas mengikut keperluan anda. SELANJUTNYA Ya! Saya ingin ketahui lebih lanjut tentang penulisan Wasiat. Rundingan PERCUMA bersama Peranc...

11/08/2021

𝐈𝐍𝐅𝐎 𝐀𝐒𝐓 | 𝐀𝐃𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝟏𝟎𝟎% 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐊𝐀 𝐀𝐑𝐖𝐀𝐇 / 𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐓𝐈?

Salah faham dalam menguruskan pengagihan pusaka boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan ahli keluarga. Ramai yang menyangka bahawa peninggalan harta pusaka arwah / si mati adalah hak mutlak sepenuhnya waris-waris mengikut pembahagian Faraid.

𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :

”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

Sebenarnya, harta arwah / si mati perlu diuruskan mengikut keutamaan sebagaimana yang telah digariskan dalan Islam. Waris-waris dan benefisiari hanya akan mendapat hak mereka setelah segala hutang piutang arwah / si mati diselesaikan. Wasi / pentadbir yang dilantik perlu melaksanakan tanggungjawab menguruskan harta pusaka selaras dengan hukum Islam agar tidak berlaku salahguna terhadap harta tersebut.

𝗞𝗘𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

1. Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian
2. Menyelesaikan hutang piutang (dunia & akhirat)
3. Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian
4. Melaksanakan wasiat
5. Membahagikan baki harta mengikut hukum faraid

as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam | www.as-salihin.com

Want your business to be the top-listed Accountant in seri manjung?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


NO 167 PSRN PM/2PUSAT PERNIAGAAN MANJUNG
Seri Manjung
32040

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:30

Other Financial Planning in Seri Manjung (show all)
Aizad Takaful Aizad Takaful
No. 245, Jalan PPMP 3/4, Pusat Perniagaan Manjung Point 3
Seri Manjung, 32040

Lindungi diri anda serta keluarga