AIA by Idayu Rahman

Memberi nasihat percuma berkenaan bagaimana MEMASTIKAN PENDAPATAN BERTERUSAN, MELUPUSKAN HUTANG, MEDICAL SAVING, EDUCATION FUND DAN HARTA WARISAN 1 JUTA

07/04/2022

Tuan khalil menyimpan RM355K di dalam akaun ALSI.
Selepas 6 tahun, beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Yang anehnya, keluarga Tuan Khalil tak dapat pun RM355K yang tuan khalil simpan di dalam akaun ALSI.

Tapi,
Keluarganya menerima RM4 JUTA dari akaun ini dalam masa 2 minggu dari tarikh tuan khalil meninggal dunia.
Kenapa banyak macam tu sekali???

Itulah bagusnya akaun ni.
Sebab tu saya pun ada dan asyik nak tambah je😅
Kenapa bagi apa yang ada saja kalau sebenarnya kita boleh sedekah lagi banyak pada keluarga dan golongan memerlukan selepas kita tiada, kan? 😊
Jom buka akaun ALSI sekarang. Dengan saya😊

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be my Clients
Let me be your Friends

Photos from AIA by Idayu Rahman's post 07/04/2022

TAKAFUL PENIPU. LEPAS DAH SUBCRIBE TAK BOLEH CLAIM!
------------------------------------------------------------------
Salah faham mengenai tempoh "Cooling Period 120 hari medical card"

Anggapan pemilik medical card terutama bagi mereka yang mendaftar takaful kerana telah ada simptom penyakit atau sedang menyorokkan masalah kesihatan ketika membuat pendaftaran.

"Tunggu medical card habis tempoh cooling period 120 hari, lepas tu boleh pergi rawatan hospital dan takaful cover semua kos dan bil hospital."

Fakta yang sebenarnya mengenai cooling period:

Apa-apa penyakit spesifik (specified illness) yang wujud dalam tempoh 120 hari pertama medical card sedang berkuatkuasa, sama ada pemohon tersebut SEDAR ataupun TIDAK SEDAR akan penyakit tersebut, akan DIKECUALIKAN daripada perlindungan takaful.

Pihak takaful berhak menolak untuk membayar tuntutan perubatan dan menjalankan MEDICAL INVESTIGATION sekiranya terdapat tuntutan yang meragukan dan melibatkan tempoh 'cooling period' medical card.

Benda ni penting.Sebab ramai yang dah ada penyakit dan sorok penyakit, kemudian tunggu 120 hari, terus pergi hospital. Bila diagnosis, report doktor akan keluar penyakit bawah kategori specified illness.

Takaful akan REJECT claim. Dan waktu tu akan keluar ayat
"Takaful tipu"
"Takaful susah nak claim"
Dan macam-macam lagi ayat negatif.

Jadi, seeloknya, DAFTAR MEDICAL CARD SEMASA SIHAT DAN SEAWAL YANG MUNGKIN.

Yang masih belum ada medikal kad, tak perlu tunggu symptom pening2, pitam, atau sesak nafas. Daftarlah segera sementara sihat.

www.wasap.my/60102134051

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be my Clients
Let me be your Friends

07/04/2022

'Waiting Period Medical Card'

Tempoh menunggu sebelum bermulanya perlindungan kad perubatan AIA. Untuk info kad perubatan AIA click dibawah

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be my Clients
Let me be your friends

07/04/2022

Ramai yang tertanya2, Takaful ke ASB or Unit Trust patut mohon dahulu.

Tiga2 pun sama bagus. Tapi bagi saya, buat Takaful dahulu. Kukuhkan yang asas. Untuk perlindungan diri.

Contohnye macam ni Ali berumur 28 tahun, income RM3500, beli Takaful RM150 sebulan. Lebihan wang RM300 sebulan beliau simpan di Unit Trust & ASB. Ini sebab Ali sedar, jika tiada Takaful, nanti bila beliau jatuh sakit, duit Unit Trust atau ASB juga yang akan dikeluarkan utk bayar kos perubatan.

Apa guna simpan duit di Unit Trust / ASB banyak2 lepas tu guna untuk bayar kos perubatan. Lebih baik apply Takaful dahulu. Bina, cipta & kukuhkan yang asas.

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be my Clients
Let me be your Friends

07/04/2022

Pentingnya bersahur di bulan puasa.

07/04/2022

"Yang, andai kata abang pergi dulu esok, jaga lah anak-anak kita, cukupkan makan pakai mereka, begitu juga mak ayah kita. Manfaatkanlah hadiah terakhir abang dengan sebaiknya ya"..

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be my Clients
Let me be your Friends

07/04/2022

Apabila kita tertekan, murung dan bimbang, badan akan menghasilkan hormon kartisol yang membuatkan lemak berkumpul di bahagian belly atau perut kita.
Sangat penting untuk kita kawal perasaan kita... Sentiasa berfikiran POSITIF dan SENYUM.
Cr:

07/04/2022

Keperluan minum air setiap hari

07/04/2022

9 Fakta kesan negatif pengambilan gula kepada kesihatan manusia :-
1.Tekanan darah tinggi
Bila dah gemuk maka lemak banyak dalam badan.Jantung terpaksa bekerja keras kerana saluran darah semakin jauh.Kasihan jantung kerana mengepam darah dengan kuat menyebabkan tekanan darah meningkat.

2.Kegemukan
Masalah obesiti atau kegemukan bukan perkara baru lagi dalam masyarakat hari ini.Terutamanya kepada mereka yang s**a makanan manis namun gaya hidup kurang aktif.Gula yang diambil berlebihan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.

3.Diabetes
Keadaan paras gula yang tinggi berlaku kerana pankreas gagal menghasilkan insulin.Gula yang tinggi dalam darah menyebabkan saluran darah tebal dan sempit.Jadi ramailah kaum kerabat penyakit datang bertandang ke badan kita.

4.Penyakit jantung
Saluran darah yang sempit menyebabkan jantung mengalami kekurangan darah yang beroksigen dan bernutrien.Pengaliran darah yang kurang lancar ke jantung menyebabkan otot jantung boleh berhenti berfungsi.

5.Fungsi imun terjejas
Ketika gula terlalu banyak dalam darah maka keupayaan sel-sel darah putih terganggu.Sel-sel ini yang sepatutnya menghalang gangguan virus,bakeria dan mikroorganisma ke sistem antibodi telah lari dari tugas.Akibatnya kita mudah mendapat penyakit.

6.Ketumbuhan tumor.
Masalah ini akan menyerang pesakit kanser.Gula yang berlebihan merangsang sel kanser mendapat bekalan minyak supaya merebak aktif ke seluruh badan,Perlu kita ingatkan bahawa sel kanser sangat s**a kepada gula macam tuannya sendiri.

7.Osteoporosis
Pengambilan gula yang banyak secara berterusan menyebabkan gangguan metabolisme dalam badan.Kepekatan kalsium dan fosforus tulang berkurangan jika ada lebihan sukrosa.Tulang akan reput dan menjadikan kita tua sebelum usia.

8.Proses penuaan
Radikal bebas yang semakin menjadi akibat pengambilan gula boleh merosak sel-sel badan.Radikal bebas bertindak balas kepada molekul sel-sel tubuh menyebabkan kita cepat tua dan kesihatan terjejas.

9.Terlalu aktif
Ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan berlaku akibat pengambilan gula berlebihan.Badan terpaksa mengeluarkan insulin secara kerap dan keadaan ini memberi kesan jika kandungan gula jatuh mengejut.Seseorang akan lebih aktif dan ganas jika hormon andrelin menguasai badan.

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be my Clients😄
Let me be your Friends

07/04/2022

Penerangan tentang risiko kehidupan 😊

Setiap orang mesti mempunyai komitmen sendiri seperti bayar rumah, kereta, bil api + air, astro, credit card, personal loan, belanja harian anak, minyak/tol/parking, dan pelbagai kos tambahan +-

Semua di atas semestinya dibayar menggunakan sumber-sumber pendapatan kita setiap bulan.

Jika apa-apa musibah terjadi pada kita seperti:
- hilang upaya
- sakit kritikal
- meninggal dunia.

Mesti agak s**ar atau kita tidak mampu lagi untuk membayar segala komitmen tersebut.

Jadi saya sarankan saudara-saudara semua bersiap sedia lah dari awal agar kita dan keluarga dapat terus kekal hidup bahagia tanpa risau bila apa-apa terjadi nanti.😊

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be my Clients 😁
Let me be your Friends

07/04/2022

Apabila ada pesakit yang mengeluh mengenai masa yang lama untuk mendapat rawatan di bahagian kecemasan, mungkin ada yang tidak percaya.

Tetapi itulah hakikatnya seperti yang dilaporkan dalam laporan Jabatan Audit Negara.

Hospital Kerajaan Semakin Nazak
Itulah yang dapat digambarkan mengenai laporan Jabatan Audit Negara mengenai kesesakan jabatan kecemasan di hospital-hospital kerajaan.

Satu dalam dua pesakit menerima rawatan hanya selepas 6 jam. Kelewatan pesakit menerima rawatan untuk sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan kematian.
Antara faktor kelewatan adalah:
✅ Beban kerja tinggi dan staf yang kurang
✅ Kekurangan peralatan perubatan
✅ Ruang terhad
✅ Sistem ICT yang lemah
✅ Peningkatan pesakit BUKAN KES KECEMASAN di jabatan kecemasan
Antara cadangan yang disyorkan di dalam Laporan audit:
✅ Jabatan Perkhidmatan Awam harus mempertimbangkan KKM DIKECUALIKAN daripada melaksanakan Pengoptimuman Dasar Sumber Manusia iaitu mengurangkan sebanyak 1% pada tahun ini, 2% pada tahun 2020 dan 2021.
✅ Jawatan tambahan perlu diberikan untuk menangani masalah kekurangan staff

Cr : Public Health Malaysia

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be my Clients 😁
Let me be your Friends

Photos from AIA by Idayu Rahman's post 07/04/2022

Biasa kita dengar kan kalau ada sesiapa meninggal dunia, waris akan cakap macam ni,

"Kalau arwah ada hutang apa-apa dengan anda, boleh tuntut dengan kami."

Kalau yang datang minta hutang RM100-500 ok lagi. insha'Allah waris pun tak lah beban sangat nak tolong bayar.
Tapi kalau beribu-beribu, puluh ribu, ratus ribu? Macam mana?
Kalau ada harta yang ditinggalkan, masih ok lagi walaupun makan tahun nak cair.
Kalau tak ada harta? Kasihan waris nak bergolok gadai bayar hutang si mati.
Jangan main-main pasal hutang. Zaman nabi dulu, orang ambil secebis kayu api untuk cungkil gigi saja pun disoal berpuluh tahun dalam kubur. Inikan p**a hutang.
Kalau rasa tak cukup simpanan, tak de harta, cara paling senang nak lupus hutang selepas mati ialah mencarum takaful hayat yang jumlah nya sesuai dengan hutang yang ditinggalkan.
Jadilah orang yang bertanggungjawab. Kita mudahkan orang, Allah pun mudahkan kita kat sana insha'Allah.

Hibah Takaful

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be my Clients 😁
Let me be your Friends

07/04/2022

1st in Malaysia: Insurance benefits for mental health. AIA now provides mental health benefits for :
✔️Depression
✔️Schizophrenia
✔️Tourette Syndrome
✔️Bipolar Disorder
✔️OCD
✔️Postpartum Depress

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be my Clients
Let me be your Friends

Photos from AIA by Idayu Rahman's post 07/04/2022

17 TIPS MEMILIH KAD PERUBATAN

Di sebabkan banyak isu viral baru-baru ni disebabkan KAD PERUBATAN, saya sharekan Tips menggunakan KAD PERUBATAN & pemilihan agent. Agent memainkan peranan yang sangat penting dalam isu kad perubatan. Pelanggan p**a juga kena pahamkan secara terperinci terma-terma dalam kad perubatan kerana ia memang akan mengundang banyak isu jika kita tak paham.

1. Pastikan jangan langgar BAJET 10% daripada NET INCOME
- Jika pendapatan isi rumah RM10K maka 10% adalah RM1K/sebulan utk cover
✅ Pelupusan Hutang
✅ Penggantian Pendapatan
✅ Kad Perubatan
Jika bajet 10% tak cukup utk susunan turutan kepentingan di atas, maka
✅ Tambah Income

2. Pilih KAD PERUBATAN KEPERLUAN bukan KEHENDAK sebab ramai yang bayar bulanan dengan amount yang mahal untuk KAD PERUBATAN KEHENDAK. Saya nak pesan dan ingatkan, bukan setiap bulan kita nak masuk hospital.

3. Pastikan korang paham TERM & CONDITION sebab ada macam-macam jenis KAD PERUBATAN
✅ Stand Alone Medical Card
- Murah (Minimum Antara RM50/ bln ke atas)
- Peningkatan bayaran setiap 5 tahun
- Tiada Nilai Tunai
- Mudah “LAPSED”
- Masih perlu bayar walau dah sakit kritikal atau kecacatan kekal.
✅ Package Medical Card ( Saving + Protection + Medical Card )
- Mahal ( Minimum RM120/ bln ke atas )
- Ada nilai tunai
- Chances “LAPSED” kurang
- Bayaran meningkat jika ada perubahan prestasi dana pelaburan & peningkatan kos perubatan.
- Kad Perubatan PERCUMA jika berlaku Sakit Kritikal @ Kecacatan Kekal.

4. Kad Perubatan Fully Covered @ ada Co. Takaful / Insuran
✅ Fully Covered ni jangan salah paham kita ingat semua insurance/takaful cover. Sebagai pelanggan ada 3 kos yang biasanya kita kena tanggung :-
- Deposit Hospital ( Antara RM200 - RM500 )
- Medical Report ( RM50 - RM80 )
- Registration Fees ( RM5 - RM10 )
✅ Co. Takaful / Co Insurance 10% @ 20%, ini selalu menjadi punca salah paham antara agent & pelanggan apabila tak paham konsep co takaful / insuran ni. Medical Card ni agak murah dari segi pembayaran bulanan nya. Kalau murah mesti akan ada kekurangan nya berbanding kad perubatan Fully Covered. Jadi kena pahamkan betul-betul syarat Co.Takaful / Insuran ni. Kos yang pelanggan kena tanggung :-
- Deposit Hospital ( Antara RM200 - RM500 )
- Medical Report ( RM50 - RM80 )
- Registration Fees ( RM5 - RM10 )
- 10% atau 20% daripada bill hospital dan ada capping tertentu ( Berbeza-beza antara syarikat takaful / Insuran, sila rujuk agent korang )

5. Pastikan korang tahu
✅ Berapa Had Limit Tahunan
✅ Berapa Had Tahunan Seumur Hidup
✅ Had Rawatan Dialisis Buah pinggang
✅ Had Rawatan Kimoterapi Kanser

6. Pastikan korang tahu proses untuk kemas**an ke Hospital & lebih baik sebelum nak mohon pengeluaran “Guarantee Letter” atau surat jaminan tu korang call agent korang dulu supaya agent korang boleh advise what Do what Dont’s !

7. Kalau dah masuk hospital tu, kalau Dr advise atau nurse advise penggunaan barang-barang atau ubat-ubatan tambahan korang remind siap-siap yang korang tak mampu nak bayar. So pastikan segala keperluan dan ubat tersebut di bawah tanggungan kad perubatan sahaja.

8. Jika status “Guarantee Letter” is “DECLINED” korang kena tanya adakah status “Pay & Claim” ? Jika status “Pay & Claim” kalau takde duit better usahakan utk pergi ke hospital government. Kalau korang proceed tetiba bill berpuluh ribu and tak mampu bayar macamana? ?

9. Kalau setakat demam-demam usahakan elak daripada masuk hospital utk guna kad perubatan korang. Sayang had limit kad perubatan korang kalau setakat demam guna kad perubatan. Setakat pemerhatian saya bil hospital swasta purata RM1K / hari. Had limit tu nak standby kalau sakit-sakit yang lebih serius seperti sakit buah pinggang atau kanser.

10. Usahakan pembayaran kad perubatan korang guna autodebit payment drp kad kredit atau potongan drp akaun bank. Elak bayar cash sebab banyak kes status “Lapsed” dan tak boleh nak pakai ketika kecemasan berlaku.

11. Minta agent cerita kes-kes kad perubatan yang tak indah supaya kita ready untuk terima sebarang kemungkinan.

12. Mohon buat kenyataan di dalam permohonan kad perubatan jika ada sejarah sakit di mana-mana klinik atau hospital supaya tak berlaku kejadian “Declined”.

13. Jika status GL “Declined” dan masuk di bawah “Investigation Cases” selama 90 hari, tlg pastikan dokumen yang diminta oleh pihak insuran/takaful di lengkapkan sehingga file ditutup. Jika kes tidak di lengkapkan akan mengundang masalah utk kes-kes akan datang.

14. Jika syarikat tempat anda bekerja ada provide Kad Perubatan, pastikan pakai kad perubatan tersebut jika berlaku kemas**an ke hospital. Pakai had limit yang syarikat dahulu. Elak pakai yang individu. Simpan had limit tersebut utk masa akan datang sekiranya di berhentikan daripada syarikat tersebut.

15. Proses “ADMISSION” & “DISCHARGE” ambil masa. Especially discharge sebab kebiasaannya Doktor akan visit setiap bilik pesakit dan setelah selesai baru akan buat report untuk dihantar ke pihak Takaful/Insuran. Mohon bagi kerjasama kpd agent korang untuk memudahkan proses. Agent korang p**aks kena lah rerajin tlg follow up status tersebut. Time ni lah korang memerlukan agent korang. So hati-hati memilih agent. Pastikan mereka seorang yang bertanggungjawab.

16. Dalam bab PERLINDUNGAN ni, Kad Perubatan ni penting tapi pastikan korang dah selesaikan sign up yang utama dulu iaitu :-
✅ Dana utk Lupuskan segala hutang sebab Kerajaan tak bantu kita utk bayar hutang-hutang jika berlaku risiko.
✅ Dana Penggantian pendapatan untuk pewaris supaya jika berlaku risiko pewaris boleh teruskan kehidupan sebab kerajaan pun tak beri kita dana untuk pewaris kita teruskan kehidupan.
✅ Kad Perubatan, kerajaan masih bantu sediakan bantuan perubatan kepada rakyat melalui hospital kerajaan.

17. TEMPOH BERTENANG untuk kad perubatan
- Selepas 30 Hari boleh pakai untuk kes biasa-biasa seperti demam, keracunan makanan dsb.
- Selepas 120 Hari untuk sakit-sakit kronik tetapi jika bawah 2 tahun kebiasaannya akan di klasifikasikan di bawah “INVESTIGATION CASES” dan terpaksa “PAY & CLAIM”. Kes begini yang selalu menjadi punca pelanggan marah di sebabkan tak dijelaskan sepenuhnya oleh agent atau pelanggan dah tak ingat penerangan tersebut.
Hope sedikit sebanyak dapat bantu korang untuk buat keputusan untuk sign up kad perubatan.
Berilah kerjasama antara satu sama lain PELANGGAN & AGENT supaya dapat menyelesaikan masalah jika berlaku RISIKO kemas**an ke hospital.
NOTA :-
Selalu berlaku perdebatan kes kad perubatan “Declined” adalah disebabkan beberapa punca :-
1. Agent terlepas pandang untuk menjelaskan fungsi & proses kad perubatan.
2. Agent dah jelaskan tetapi pelanggan tak ingat.
3. Agent tak declare sejarah sakit pelanggan semasa permohonan.
4. Pelanggan tak declare kepada agent sejarah sakit mereka.
Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be My Clients 😉
Let Me Be Your Friend

Photos from AIA by Idayu Rahman's post 07/04/2022

3 Sebab Kenapa Pekerja Kerajaan Perlu Medical Card

Majoriti yang bekerja di sektor awam rasa selesa apabila mereka dijanjikan manfaat perubatan di hospital kerajaan. Tapi ramai yang tak tahu di sebalik kemudahan perubatan untuk pekerja dan pesara sektor awam ni ada had dan batasnya.
Di sini saya senaraikan tiga keburukan apabila seseorang itu bergantung sepenuhnya kepada manfaat perubatan di hospital kerajaan.
image

1. Kos Peralatan Tidak Ditanggung
Yes. Gaji doktor di hospital kerajaan ditanggung oleh kerajaan. Yang datang untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan ni kena bayar RM1 je untuk jumpa doktor dan RM5 untuk dapatkan rawatan daripada pakar… Murah!
Namun, kalau kena kes yang serius di mana anda memerlukan penggunaan peralatan canggih di hospital, kos tersebut tidak ditanggung oleh hospital kerajaan.
Ini dialami sendiri oleh Tuan Abdul Ghani, seorang pesara pegawai pelajaran daerah dan pengetua, di mana beliau terpaksa menggunakan RM11,000 daripada wang pencennya untuk membiayai kos pembelian stent yang dipasang pada jantungnya.
Dalam perkongsiannya yang lain melalui private message, Tuan Abdul Ghani berkongsi bahawa dia terpaksa mengeluarkan RM27,000 untuk kos pembelian besi bagi menggantikan tulang anaknya yang patah kerana menghidap kanser tulang.
Bagi pegawai kerajaan, membayar untuk medical card tu dilihat sebagai satu pembaziran tapi bolehkah anda jamin untuk sepanjang hidup anda everything will be good dan anda tidak akan menghadapi ujian besar seperti ini?
Sanggupkah anda menghabiskan wang simpanan dan wang pencen anda untuk membiayai kos perubatan seperti ini?
wpid-kad-perubatan-dengan-rm5.png

2. Boleh Claim Tapi Tak Dijamin
Ada yang berkata pegawai kerajaan kelas tinggi boleh claim kos-kos seperti di atas daripada JPA. Memang boleh claim, tapi belum tentu dapat.
Kenapa?
Tahukah anda terdapat lebih daripada 1.4 juta penjawat awam di negara kita? Bilangan penjawat awam di Malaysia takkan berkurangan malah semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Dalam 1.4 juta tu, berapa puluh ribu p**a yang sama jawatan dengan anda dan berapa puluh ribu lagi yang mempunyai jawatan lebih tinggi daripada anda? Apakah keistimewaan anda untuk menjamin claim untuk kos perubatan seperti di atas akan dilayan as soon as possible oleh JPA?
Kalau kes untuk tahun-tahun dulu, mungkin ya. Takde masalah nak claim dan JPA boleh p**angkan semula kos perubatan anda dalam masa kurang daripada 3 bulan. Sekarang? Belum tentu lagi sebab terlalu banyak claim.
Sekali lagi, masalah ini dialami sendiri oleh Tuan Abdul Ghani apabila claim yang dipinta kepada JPA untuk kos perubatan anaknya tadi tidak mendapat sebarang layanan/jawapan daripada pihak JPA sehingga sekarang.

3. Berikan Kepada Yang Lebih Memerlukan
Pegawai kerajaan kelas tinggi memang dapat pelbagai kemudahan perubatan daripada hospital kerajaan tapi kenapa kita nak berebut menggunakan perkhidmatan ini?
Takkan tak nampak setiap hari beratus orang beratur untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan?
Apakah anda yang mampu untuk mengeluarkan RM200 sebulan untuk memiliki plan Takaful Medical Card ingin berebut dengan warga emas dan golongan miskin tegar untuk mendapatkan rawatan doktor di hospital kerajaan?
“Kepada pegawai kerajaan, dapatkan medical card dengan co-takaful sebagai back up kepada kemudahan perubatan yang anda dapat. Plan co-takaful lebih murah berbanding full coverage dan cover cost peralatan perubatan yang tidak ditanggung oleh hospital kerajaan.”

JANGAN BACA JIKA ANDA AKAN HIDUP SELAMANYA DAN TIDAK AKAN SAKIT

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be My Clients 😉
Let Me Be Your Friend

KREDIT TO : HAK CIPTA SYAHRUM AGENCY

Photos from AIA by Idayu Rahman's post 07/04/2022

Inilah 9 Golongan Kritikal Kena Ada Hibah Yang Ramai Orang Tak Tahu Beserta Hujahnya:-

1 - Keluarga yang tiada anak
Jika tiada anak harta pusaka yang akan di terima oleh isteri hanya 1/4 sahaja. Manakala 3/4 lagi akan di bahagikan kepada mak ayah atau adik beradik suami.

2 - Keluarga yang ada anak perempuan sahaja
Anak perempuan tidak seperti anak lelaki asabah ( penghabis harta ). Anak perempuan hanya layak menerima 1 bahagian sahaja dari keseluruhan harta pusaka.

3 - Keluarga yang ada anak angkat
Anak angkat tidak layak mendapat sebarang agihan harta menurut faraid walaupun anak angkat itu di jaga sejak lahir lagi.

4 - Suami yang ada isteri lebih dari seorang
Bila ada ramai isteri, anak-anak pun sama. Jadi pembahagian harta jadi bertambah rumit jika tanpa hibah. Terumatanya harta yang melibatkan rumah dan tanah.

5 - Samaratakan bahagian anak lelaki dan perempuan
Jika mahu setiap anak dapat harta samarata tidak kira lelaki atau perempuan wajib gunakan hibah kerana ikut hukum lelaki pasti dapat lebih kerana mereka adalah wali.

6 - Tidak berkahwin
Individu yang tidak berkahwin tapi ada harta jika tak membuat hibah masa hidup maka harta tersebut akan menjadi rebutan adik beradik dan berisiko silaturrahim sesama adik beradik porak peranda.

7 - Isteri muda
Lelaki yang baru kahwin dengan isteri muda dan dalam masa yang sama mempunyai anak yang lebih kurang umur isteri muda itu. Jika begini situasinya mustahil isteri muda boleh bekerjasama dengan anaknya. Silap hari bulan kena halau rumah bila suami dah tak ada.

8 - Rumah ada nama suami dan isteri
Suami isteri beli rumah sama nama. Kongsi pinjaman perumahan dan ada 2 nama dalam geran. Bila suami mati, hak milik rumah tersebut tak jatuh terus pada isteri sebaliknya ia akam jadi faraid. Ada bahagian anak, adik beradik dan mak ayah suami kat situ.

9 - Keluarga yang ada anak istimewa
Dalam faraid tidak kira anak itu istimewa atau normal pembahagian harta ialah sama. Dari segi logik anak istimewa lebih perlukan bantuan kerana mereka tak mampu berdikari. Hibah la penyelamatnya.

p/s : pada semua orang kerana semua orang wajib tahu ilmu ni kerana semua orang akan alami masalah ini.

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be My Clients 😉
Let Me Be Your Friend

07/04/2022

SITUASI A
-----------
Myvi Baru 1.5 AV
Rm 55,885.
Rm 603 / month
(CACAT KEKAL - HIDUP)
❌ Keluarga/penjamin kene sambung bayar.
❌ Jual kereta ,kereta ditarik , isteri anak kehilangan transportation, sumber pendapatan.

(KEMATIAN)
❌ Isteri / keluarga / penjamin sambung bayar.
❌ Dah mati pun susah kan orang lain😫

ATAU

SITUASI B
-----------
1)Myvi Baru 1.5 AV
Rm 55,885.
Rm 603 / month
2) ADD kurg dari 10% dari Rm 600 Rm 30-50 sbulan.
✅ Hibah KEMATIAN / CACAT KEKAL - Rm 50,000.
✅ Hibah KEMATIAN / CACAT KEKAL sebab kemalangan - Rm 100,000.
TOTAL RM 633- Rm 653 sebulan.

(CACAT KEKAL - HIDUP)
✔️ Keluarga / Penjamin / Isteri anak tak kehilangan sumber pendapatan, transportation utk kemudahan mereka.
✔️ Mudah utk urusan rawatan hospital jika cacat kekal, sakit dan sebagainya.

(KEMATIAN)
✔️ Hutang Kereta settle.
✔️ Life keluarga lebih terjamin.
✔️ Anak isteri bahagia dan redha pemergian anda.

Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be My Clients 😉
Let Me Be Your Friend

07/04/2022

TESTIMONI
Isteri kepada seorang client AIA Public Takaful telah mendapat duit pampasan kematian sebanyak RM1,029,319.73 (Ringgit Malaysia Satu Juta Dua Puluh Sembilan Ribu Tiga Ratus Sembilan Belas dan Tujuh Puluh Tiga Sen).
Dalam konsep kewangan kita panggil ia sebagai "Gift of Love", tetapi dalam Islam ia disebut "Hibah" yang berfungsi sebagai pelengkap kepada pengurusan harta pusaka dalam Islam. Duit itu tidak boleh dicabar sebagaimana "Wasiat".
Bagaimana nak create duit tersebut, senang sahaja. Ambil sedikit simpanan dari poket kiri dan masukkan dalam poket kanan. Ambil sedikit simpanan dalam bank, dan letakkan dalam akaun Hibah. Duit tu tetap milik kita, hanya tukar dari poket kiri ke poket kanan.
Duit itu cair dan boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja. Cuma yang bagus, duit dalam akaun Hibah tadi telah create another immediate fund untuk isteri dan anak-yang ditinggalkan.
Berbalik kepada kisah tadi, jika isteri dan anak-anak beliau guna duit Hibah tersebut untuk perkara kebaikan dan kebajikan, maka mengalirlah pahala amalan untuknya.
Mungkin bagi kita nilai itu tak banyak dan tak mampu hidupkan yang telah mati, tapi percayalah ia sangat besar kepada isteri arwah dan anak-anaknya untuk meneruskan hidup.
Ada tak mana-mana isteri yang nak cakap membazir suami ambil takaful bila jadi macam ni?
Positifkan minda anda utk memiliki demi masa depan diri anda dan anak-anak kelak..
Bertindak sebelum terlambat..
Hubungi saya wasap.my/60102134051
Jom sembang hibah/saving/med card. Free consultation, jom set appointment: wasap.my/60102134051
Idayu Rahman
AIA Life Planner
Be My Clients 😉
Let Me Be Your Friend

Want your business to be the top-listed Finance Company in Malacca City?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Tower B, Jaya 99, 99, Jalan Tun Sri Lanang
Malacca City
75100

Other Financial Services in Malacca City (show all)
Majuria Kredit Komuniti Majuria Kredit Komuniti
15 Jalan Iks M1
Malacca City, 75350

Kami merupakan syarikat kewangan yang berdaftar dibawah KPKT... Anda akan BERPUASHATI dengan servis

Kredit Komuniti Loan Malaysia Kredit Komuniti Loan Malaysia
Jalan Cheng Perdana
Malacca City, 75250

Kredit Komuniti Loan Service Malaysia untuk under syarikat Oscar Good Service Sdn Bhd , Kita ada offi

Trusted LOAN Semabok Perdana Melaka Trusted LOAN Semabok Perdana Melaka
Malacca City, 75050

$MoNey Is KING ♚ | WE CAN HELP YOU !

MLK Finance Solution MLK Finance Solution
Jalan Cheng Perdana 1/1b Taman Cheng Perdana Melaka
Malacca City, 75250

KAMI ADALAH SALAH SATU SYARIKAT KREDIT KOMUNITI

Golden LEAD Zoe Golden LEAD Zoe
Malacca City, 75100

从事保险是一份担当,更是一份福报 我的使命,让每个人都有份"合身"保障。爱与责任固然重要,但更重要的是 "留爱不留债"。我也相信,只要继续努力坚持把爱"传承" 福报将降临每个家园里。

财富传承那些事 Wealth Inheritance 财富传承那些事 Wealth Inheritance
Jalan Inang 2, Taman Paya Rumput Utama
Malacca City, 76450

我们提供完善的财富传承规划与服务:缮写遗嘱,家庭信托,保险金传承&生意传承计划等等

Pinjaman Bank Muamalat Izzuan Pinjaman Bank Muamalat Izzuan
Malacca City

https://wa.link/oh4mme PEMBIAYAAN BANK MUAMALAT

Firma Trading Investment Firma Trading Investment
Melaka
Malacca City

Perkhidmatan Kredit Komuniti Perkhidmatan Kredit Komuniti
NO 2A-1 Jalan Cheng Perdana 1/1B Taman Cheng Perdana
Malacca City, 75250

ANDA MEMERLUKAN WANG SEGERA ? PINJAMAN MUDAH DAN CEPAT !!

Perkhidmatan Kredit Komuniti Malaysia Perkhidmatan Kredit Komuniti Malaysia
Jalan Cheng Perdana 1/1B, Taman Cheng Perdana
Malacca City, 75250

Kami adalah sebuah syarikat perkhidmatan kredit komuniti di Cheng Melaka yang daftar bawah KPKT.

Muhamad Zuhairi Muhamad Zuhairi
N0 2-1 Jalan KNMP 2
Malacca City, 75450

Menyediakan servis konsultan takaful & hibah

TEGUH Southern Loan TEGUH Southern Loan
Jalan Komersial TAKH2, Taman Ayer Keroh Height
Malacca City, 75450

KAMI AGENSI BERLESEN, SEGALA PROSEDUR BERDASARKAN AKTA. KAMI BANTU INDIVIDU BERMASALAH KOS HARIAN.