Tok Mat Tukang Ubat
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tok Mat Tukang Ubat, Doctor, Melaka, Melaka.
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
LADA HITAM
Selain digunakan secara meluas dalam masakan, dalam perubatan tradisional Melayu lada hitam digunakan untuk meredakan sakit perut, loya, demam, sakit sendi dan sakit kepala.
Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan.
Ia juga digunakan untuk meredakan kembung perut bayi.
Lada hitam juga digunakan oleh ibu dalam pantang dengan cara menumbuknya dengan ikan bilis goreng dan dimakan bersama nasi panas.
Lada hitam dan lada putih yang dibungkus dalam kain dan dilayurkan pada api digunakan untuk menuam perut bayi yang kembung. Cara ini juga digunakan untuk meredakan kesakitan akibat bengkak dan bisul.
Lada hitam juga berfungsi menguatkan tenaga batin lelaki. Lada hitam yang ditumbuk dan diminum bersama air suam dapat menguatkan tenaga dalaman lelaki.
Air rebusan lada hitam p**a berupaya meredakan cirit-birit dan kencing tidak lawas.
Allah Hu Akbar... insyaallah
Dia tumpang tanya tu...
Asalamualaikum wbt... Jika ada masalah batuk berpanjangan, sesak nafas, oksigen kurang boleh jdkan asbab DAGIMM ini insyaallah
Tahukah Anda :-
Jika anda suruh perawat untuk scan. Ianya akan jadi apa???
Perawat itu akan terdedah pelbagai risiko yang bahaya...
- Serang balas dari Jin / Hantu / Syaitan / Iblis mahupun dari Tukang Sihir Bomoh atau pun seumpama dengannya... Jika dia berkeluarga, risiko juga pada ahli keluarganya seperti anak isteri/suami mahupun yang lain...
Lain kali jika anda benar² ingin di rawat. Pastikan anda benar² serius untuk di rawati. Jangan ingat bila jadi perawat itu adalah perkara mudah dan senang. Jangan ingat bila dia ada kelebihan itu untuk anda 'Mengetahui' saja. Jangan ingat diri anda sendiri saja. Fikirkan risiko orang itu juga.
Salah satu anda susah di sembuhkan oleh NYA adalah kerana TIADA ADAB anda terhadap perawat... Perawat adalah ikhtiar serta asbab dalam menyelesaikan masalah mistik anda. Jangan ambil mudah.. Mereka juga manusia. Mereka juga belajar untuk anda dalam memastikan anda semua sihat. Seperti mana doktor belajar sampai peringkat atasan... Beza nya perawatan dari segi zahir dan batin saja..
Ingat ya.. Jika kami sebagai perawat serius, anda pun kena lah juga serius.. Jangan dah tahu apa yang di alami terus BISU MACAM BATU...
Itu hanya baru minta 'SCAN' ,belum lagi jika merawat.... Fikirkanlah..
Tanpa kami, anda sendiri fikir apa akan terjadi...
Hormatilah Perawat²...
Anda manusia
Mereka juga manusia
Tiada yang sempurna...
Dengan izinNYA jua kami harapkan...
Share lah biar ramai yang mengetahuinya.. Semoga bermanfaat... In syaa Allah
#01123118411
SIHIR PEMISAH
Selalunya sihir pemisah ini ditujukan kepada suami isteri. Hubungan yang intim tiba-tiba menjadi dingin dan asyik bertelagah sesama sendiri tanpa sebab yang munasabah. Memang kadang kita tidak perasan. Tetapi cuba kita selidik dan dalami mana tahu kot-kot terkena ilmu sihir pemisah ke... Kita kadang tidak tahu, mungkin ada orang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga kita ke... bekas kekasih yang tidak puas hati ke... macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Apabila dah terasa lain macam, cepat-cepatlah pergi berubat dan dapatkan rawatan tradisional supaya ianya tidak melarat dan mengakibatkan penceraian.
Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, "Aku telah melakukan perkara ini dan itu", maka berkata Iblis, "Kamu tidak melakukan apa-apa", Kemudian seorang lagi datang dan berkata, "Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya", Iblis berkata, "Ya, kamulah (yang betul hebat)". (Riwayat Muslim)
Hadis ini menjelaskan, iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sasaran utama misi mereka untuk memecah belah anak cucu Adam.
Menjadi kebanggaan mereka sekiranya terjadi pergaduhan dan penceraian antara pasangan yang berumah tangga.
Di sini Saya kongsikan maklumat tentang sihir pemisah...
Apa itu sihir pemisah? Sihir pemisah merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu selalunya berkaitan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.
Sihir ini juga dikenali sebagai sihir 'at-Tafriq' dan mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Ia lebih fokus kepada pasangan suami isteri agar hubungan bermasalah dan penceraian.
Ibnu Kathir menjelaskan setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan hodoh atau buruk sama ada dari rupa paras atau perilaku.
Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir adalah menggunakan barang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa atau dimasukkan ke dalam makanan mangsa tanpa disedari.
Sebenarnya apa yang digunakan hanya hiasan luar oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan. Pengamal sihir sebenarnya menggunakan jin simpanan atau belaan sebagai pengantara ilmu sihir mereka.
Apabila pengamal sihir menghantar sihir kepada seseorang, mereka sebenarnya menghantar jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada mereka. Jin yang dihantar memasuki tubuh mangsa dan melakukan kerosakan dalam badan manusia.
Jin tersebut mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia bagi melakukan perkara yang dikehendaki pengamal sihir.
Antara simptom yang sering diberitahu pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:
1. Timbul rasa benci amat sangat tanpa sebab jelas pada salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya sekali.
2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab atau sebab kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.
3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati menyebabkan isteri takut mendekati suami. Seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya.
4. Timbul rasa cemburu melampau hingga menyebabkan isteri berang kerana syak suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Ini menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami atau tidur sebilik.
5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di samping, dan merasa lega sebaik saja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.
6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa menakutkan atau sentiasa marah dan bengis atau suami melihat isteri kelihatan hodoh. Apa yang dilakukan serba tak kena.
7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab. Dalam hati timbul bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal suami tidak berhasrat.
8. Kadang-kala lafaz cerai benar-benar keluar dari lidah seolah ada kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri kadang-kala meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami dalam keadaan tidak terkawal dan membawa kepada pergaduhan.
Jadi bila anda mengalami keadaan keadaan seperti diatas baik yang sudah kawin atau belum. Maka rujuklah pada perawat atau orang yang mengerti akan bidang tersebut.
#01123118411
Untuk urusan rawatan boleh hubungi saya atau wassup
01123118411
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Melaka
No 230 Jalan Gajah Berang Melaka
Melaka, 75200
Rehabilitation Specialist - Dr Pang Physiotherapy Centre. General Medical Check up Blood And Urine T
No 230 Jalan Gajah Berang Melaka
Melaka, 75200
Rehabilitation Specialist - Dr Pang Physiotherapy Centre. General Medical Check up Blood And Urine T
No 230 Jalan Gajah Berang Melaka
Melaka, 75200
Rehabilitation Specialist - Dr Pang Physiotherapy Centre. General Medical Check up Blood And Urine