Persatuan Seni Silat Langkah Bromo

Dan Dialah (Allah) yang menjadikan kamu Khalifah dimuka bumi ini dan meninggikan sesetengahnya.

LOKASI GELANGGANG:
1.JOHOR
a)Saleng, JB.
2.MELAKA
a)Kampung Pulai, Melaka.
3.KUALA LUMPUR
4.LANGKAWI

Photos from Muhamad bin Abdullah (Ustaz Amin)'s post 16/07/2024
Photos from BERNAMA's post 13/07/2024
13/07/2024

Lebih Purba Dari Angkor Wat & Borobudur

Tolak tepi pergocohan sia-sia tentang penemuan di Bukit Choras itu. Srikandi hairan dengan sesetengah orang-orang yang perasan bijak pandai mengarang karangan panjang di status masing-masing membidas antara satu sama lain laksana kanak-kanak tidak mendapat jajan. Ada yang bagus penulisannya namun yang lain banyak yang tersasar. Mereka ini sebenarnya tidak fokus kepada perkara lebih penting.

Perhatikan ini:

"The discovery of a Buddha statue, dating back to the eighth or ninth century, in the Bukit Choras Archaeological Heritage Site in Yan, Kedah shows the significance of the area as an important religious site at that time and older than the Angkot Wat in Cambodia and Borobudur in Indonesia."

Tengok sini, jumpa seketul patung Buddha, terus lebih tua lebih purba dari Angkor Wat dan Borobudur digabung sekali. Belum jumpa city-state dia lagi.

"The discovery is older than the Angkor Wat and Borobudur. This is interesting for us. The local research team, led by Dr Nasha Rodziadi Khaw, involved a collaboration between the National Heritage Department (JWN) and USM, and this research had been ongoing from April 21 to May 21 this year. Meanwhile, the phase three of the archaeological research revealed a building structure, with its north and west walls evident, clearly showing the main structure of the Bukit Choras temple has a unique architecture."

Sebagai perbandingan, Borobudur siap sekitar 833 Masehi (abad ke-9) manakala Angkor Wat pada 1150 Masehi (abad ke-12). Jadi apabila penemuan ini diperkirakan seawal abad ke-8 Masehi, ia telah mengatasi kedua-dua tapak sejarah terbabit seperti yang dilaporkan oleh Bernama yang mengambil kenyataan dari Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Abdul Rahman serta para penyelidik terbabit.

Maksudnya apa? Maksudnya ia mengukuhkan Kedah Tua sebagai ibukota Srivijaya yang jelas tercatat di dalam Prasasti Leiden Besar. Chola mendakwa telah merompak sebahagian harta kekayaan Srivijaya di ibukotanya di Kedah ketika itu dalam Prasasti Tanjavur.

Maksudnya apa? Maksudnya di situ terdapat potensi untuk ditemui banyak artifak lagi yang tertanam di bawah tanah. Macam kes Sungai Batu, tapak-tapak yang belum diekskavasi sebahagiannya di bawah ladang-ladang dan perumahan termasuk jalan raya. Jadi kemungkinan itu ada.

Ini yang perlu difokuskan. Tidak jadi isu sama ada orang Melayu dahulu beragama 'Hanif' atau tidak kerana akhirnya Maharaja Melayu telah menulis surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz dari Khilafah Umayyah:

"Saya telah menghantar kepada anda hadiah, yang tidaklah banyak tetapi sebagai salam perkenalan dan saya berharap anda boleh menghantar kepada saya seseorang yang boleh mengajar saya tentang Islam dan ajarlah saya tentang hukum-hakamnya."

(Petikan dari surat-surat maharaja Srivijaya kepada Khilafah Umayyah; Two Letters From The Maharaja To The Khalifah: A Study In The Early History Of Islam In The East, S.Q Fatimi)

Sumber: https://www.bernama.com/en/news.php?id=2312421

~Srikandi
Dikuduskan sejarahmu

ATBMV: http://bit.ly/3ksBKK0

Photos from Persatuan Seni Silat Langkah Bromo's post 13/07/2024

❤️❤️BROMO❤️❤️

07/07/2024

Majlis Mandian PENIMBUL Anak Adam..

07/07/2024

Siaran Langsung Di Majlis Sambut Awal Tahun Islam Awal Muharram 2024

09/03/2024

Melawan Atau Menyerah Kepada Kitaran Sejarah

"Hari ini kita nampak usaha menjajah secara halus sedang berlaku. Dan ianya dibantu oleh orang Melayu sendiri."

Srikandi tertarik dengan komen pembaca ini. Mengingat Srikandi tentang kitaran jatuh bangun tamadun yang begitu terampil dalam kronologi sejarah dunia.

Selepas beberapa lama, tamadun akan dicabar dengan pelbagai ancaman baharu, salah satunya kolonialisme. Dalam konteks hari ini, selepas berakhirnya era kolonialisme, akan tiba kitaran baharu dengan membawa idea-idea kolonialisme baharu. Si kitol yang baharu. Pengkhianat yang baharu. Perjuangan yang baharu.

Adakah bangsa Melayu di sini akan begitu cepat menyerah dengan kitaran seterusnya yang negatif sejak pasca merdeka? Kali ini kita punya pilihan lebih banyak untuk menentang kejatuhan.

Dahulu kita tidak banyak pilihan. Ketamadunan kita tidak cepat dinaiktaraf dan teknologi tidak segera dikemaskini ke tahap pemodenan di sebelah Eropah dan lain-lain kawasan. Kadar buta huruf adalah tinggi dan kadar pendidikan moden hampir kosong jika tidak mengambil kira kerabat bangsawan. Akibatnya apabila penjajah Eropah mengugut dengan kapal perang yang dilengkapi meriam berderet, kita sudah tahu secara logik memang kita tidak memiliki banyak pilihan.

Kini kita masih memiliki kuasa politik tertentu. Hampir semua ada telefon pintar di tangan: melambangkan penguasaan terhadap teknologi moden di era ini. Hampir semua memiliki pendidikan sehingga ke tahap pengajian tinggi.

Namun adakah kita menyangka akan selamat?

Tidak, jika kita tidak cepat belajar dari sejarah maka kita juga berpotensi akan dijajah untuk kitaran seterusnya.

Cuma kali ini kita akan dijajah dengan teknologi terkini di tangan, dengan pendidikan serta pandai berkata-kata dengan yakinnya.

Sebabnya, orang lain lebih cepat dan lebih cekap belajar dari sejarah. Kadang-kadang orang lain itu bukanlah terhegeh-hegeh pun nak menjajah kita, tapi jika kita sendiri tidak segan silu mempamerkan kebodohan sendiri dan menyerahkan leher untuk dipancung, masakan tidak ini akan menggoda orang lain itu untuk bernafsu mengenakan kamu?

~Srikandi
stronger than history

*buku alter terahsia IV: https://shope.ee/5V7PUbI6fy

Photos from Sungai Batu 788 BC; The Great Kingdom of Kedah Tua's post 16/02/2024
10/01/2024

Jika Tidak Melawan Portugis, Kita Akan Jadi Negara Manuelas

Ketika Hernan Cortés mengepung Tenochtitlan (ibukota Aztek) selama 75 hari, conquistador telah dibantu oleh orang-orang Tlaxcalan, salah satu pribumi Amerika Tengah seramai kira-kira 150,000 orang. Pasukan Sepanyol sendiri hanyalah berjumlah 900 orang.

Ini mirip dengan kisah kejatuhan Kota Melaka. Dalam catatan Alfonso de Albuquerque (The Commentaries of the Great Afonso de Albuquerque) mencatatkan dalam satu pertempuran (melawan pasukan Sultan Ahmad), terdapat 600 orang Jawa dan 300 orang Pegu manakala askar Portugis hanyalah berjumlah 400 orang!

Jadi, dalam sejarah kejatuhan Kota Melaka, selain pengkhianatan, perlu dicatat bahawa kekuatan tentera Portugis dari segi jumlah adalah setara dengan tentera Melaka. Jika nak mengharapkan istinggar yang masih berteknologi kancing sumbu sahaja tetapi dengan jumlah askar dari Eropah yang sedikit, Portugis mudah diundurkan kerana Kota Melaka juga memiliki meriam.

British juga menggunakan taktik yang sama. Selain askar-askar yang direkrut dari benua India, British juga menggunakan khidmat 'friendly Malays'.

'Friendly Malays' ini yang dikerah dalam Perang Perak dan Perang Saudara Pahang serta pertempuran-pertempuran lain.

Berbalik kepada Kota Melaka, Portugis sebenarnya ada cita-cita untuk meluaskan empayarnya di sini. Ini dikesan apabila ekspedisi tentera Portugis sejauh Naning. Namun penentangan orang Melayu di sekitar Kota Melaka secara gerila serta serangan dari Kerajaan Johor serta kuasa-kuasa sekitar Alam Melayu yang lain telah menghauskan kekuatan Portugis untuk meluaskan penjajahannya. Portugis terpaksa berkubu sahaja di dalam A Famosa.

Perjuangan nenek moyang dalam mempertahankan tanahair ini begitu dasyat sekali. Jika mereka gagal dalam mempertahankan tanahair, maka bukan sahaja Kota Melaka, malah seluruh semenanjung mungkin akan menjadi 'Negara Manuelas' bersempena nama raja mereka, Manuel I.

Boleh saing-saing dengan negara Filipina. Dua-dua bekas jajahan conquistador dari Iberia. Maka nama-nama tempat di tanahair kita ini cenderung dinamakan seperti Salagora, Peraca, Qalantano, Estado de Nove atau Queda.

Orang Melayu beragama Nasrani dengan gereja-gereja tercantik di seluruh Asia Tenggara. Takde Masjid Negara tapi Gereja Negara bersenibina ala-ala Santiago de Compostela. Kita p**a berbudaya ala-ala Mexico atau Argentina. Perempuan pakai 'gaun' dan lelaki pakai pakaian serupa macam kat telenovela. Kuih-kuih tradisional lebih berasaskan kek seperti bahulu dan tart macam Pastel de nata.

Masakan ayam peri peri macam kat Nando's. Takdenye ayam masak merah, nasi lemak bagai.

Tetapi semua itu tidak berlaku. Orang Melayu di sini tidak menjadi seperti di Amerika Latin atau di Filipina. Orang Melayu masih berbudaya Melayu dan beragama Islam. Selepas diasak dengan pelbagai penjajahan, pengkhianatan dan kekejaman... orang Melayu tetap orang Melayu dengan identiti dan jatidiri yang sama. Jiwa kelangsungan (survival) Melayu itu sangat lasak. Berpantang maut sebelum ajal. Sherard Osborn (1861) kata, orang Melayu adalah bangsa yang tidak mudah tunduk kepada kezaliman atau penindasan.

Maka selamatlah kita dengan izin Tuhan dari menjadi Manuelas, berkat perjuangan nenek moyang mempertahankan apa yang ada.

~Srikandi
stronger than history

*ATBMIV: https://shope.ee/5V7PUbI6fy

07/01/2024

Terasa lebih kedalam lubuk di hati bagi orang jawa seperti saya.

Surah AL-FATIHAH yang sebenarnya Amin ... 🤲🤲🤲

Photos from Persatuan Seni Silat Langkah Bromo's post 07/01/2024
30/12/2023

Innalillah...

Mendapat perkhabaran duka...

Bahawa Ayah wawa bahtera telah pergi menemuiNya subuh pagi tadi.

Allahu Allahu Allahu...
Ya Allah Ampunilah dia kasihilah dia terimalah taubat dia...
Amin amin amin...

Alfatihah...

Admin admin di PSSLBM semua mendoakan semoga roh Ayah Wawa Bahtera Atau Ayah Anjang ditempatkan bersama orang solehin dan dirahmati Oleh Allah S.W.T..

Salam takziah buat ahli keluarganya.

Baru terima berita keadaan Ayah wawa ni tidak berapa baik baru-baru ini..

Allah lebih menyayangi beliau dari kita.

Kita p**a akan menyusul nanti.

Al-Fatihah Ummul kitab.(bacalah sahabat)

Aminn aminn..

26/12/2023
24/12/2023

Dijemput Datang Melihat Hiburan Rakyat Tempatan

22/12/2023

Kata Melayu Bukan Pak Arab Yang Bagi

Kata 'Melayu' adalah istilah yang diberikan oleh orang Melayu sendiri, yang pekat dengan tatabahasa Melayu dan pengertian yang epik dan ikonik dalam menjelaskan siapakah orang Melayu di masa silam.

Orang Melayu yang berasal dari masyarakat Malayo-Polinesia, di mana masyarakat ini yang memulakan teknik papan-ikat (sewn-plank) dan teknik kupingan-pengikat atau tembuku (lashed-lug) dalam pembuatan perahu. Orang Melayu pada masa dahulu adalah masyarakat maritim yang memiliki gaya hidup sebagai pelayar, pedagang dan pengembara kelautan.

Dah penghujung 2023 ini hipotesis aneh yang menyatakan orang luar memberikan nama 'Melayu' sekian-sekian begitu begini hendaklah ditinggalkan. Itu semua tahyul.

Untuk mengkaji asal-usul perkataan ‘Melayu’, kita mesti memiliki pengetahuan secukupnya dalam linguistik, fonologi, sosio-budaya, antropologi dan kronologi sejarah. Secara ringkas, perkataan ‘Melayu’ berasal dari perkataan induk 'layaw', 'layao', 'layar', 'layah' atau 'layag'. Semua ini berasal dari rumpun bahasa Malayo-Polinesia.

Justeru itu, kata 'Melayu' bukanlah diberi oleh Pak Arab yang berbahasa rumpun Semitik dari keluarga Afro-Asiatik seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Untuk mengetahui asal-usul perkataan ‘Melayu’ sudah semestinya wajib mengkajinya dari bahasa-bahasa rumpun Malayo-Polinesia dan kelompok besar Austronesia.

*Foto: Asal-usul kata 'Melayu' sudah dijelaskan dalam buku ini 7 tahun yang lalu. Terima kasih kepada yang sempat mendapatkannya.

~Srikandi
Anak Benua, Tanah & Air

ATBMIV: http://bit.ly/3ksBKK0

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Merlimau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Brother Mike Tyson u r the best of Muslim...Muhammad Ali , Mike tTyson is the truthly legend.
Pengenalan Dari Kanjeng RomoMengenai Keluaran Produk Dari Rumah Dari Hati Untuk Ummat Sejagat. 🤲🙏Yang telah banyak memba...
#fyp #Bromo
Majlis Mandian PENIMBUL Anak Adam..
Siaran Langsung Di Majlis Sambut Awal Tahun Islam Awal Muharram 2024
Siaran Langsung Di Majlis Sambut Awal Tahun Islam Awal Muharram 2024
Siaran Langsung Di Majlis Sambut Awal Tahun Islam Awal Muharram 2024
🤲🙏 #fypPersatuan Seni Silat Langkah Bromo
Ayah Aidil Bromo: Assalammualaikum w.b.t kepada semua sahabat² dan rakan seperjuangan.Disini saya nak buat hebahan awal ...
Selamat Hari Lahir Tuan Guru Ki Ageng Romo Edo yang baik hati, yang di sayangi, yang sentiasa membawa kebaikan kepada in...
Alhamdulillah 🤲🙏
Terasa lebih kedalam lubuk di hati bagi orang jawa seperti saya.Surah AL-FATIHAH yang sebenarnya Amin ... 🤲🤲🤲

Website

Address

1842, Jalan Mulia, KM16, Kampung Pulai
Merlimau
77300

Other Non-Governmental Organizations (NGOs) in Merlimau (show all)
PPDK Nur Shahirah, Merlimau PPDK Nur Shahirah, Merlimau
JKR 3079-P1 & JKR 3079-P2 (Kuarters Lama) Klinik Kesihatan Merlimau
Merlimau, 77300

Masyarakat Prihatin, OKU Terjamin Meningkatkan kesedaran orang awam untuk menyantuni OKU

Squad Amal Serkam -SAS Squad Amal Serkam -SAS
Merlimau, 77300

TIADA YANG BOLEH HALANG KAMI BAGI MENJALANKAN SEGALA KEBAJIKAN...BERPEGANG PADA PAKSI 'FISABILLILLAH'...ALLAH ADA..MAKHLUK TIADA KUASA...

Pertubuhan Madrasah Ibnu Talib Pertubuhan Madrasah Ibnu Talib
Kampung P**ai
Merlimau, 77300

PERTUBUHAN KEBAJIKAN MADRASAH IBNU TALIB 1. Memainkan peranan sebagai pertubuhan kebajikan kepada Masyarakat 2. Mengambil maklum isu semasa berkenaan hal-hal Malaysia 3. Memban...

Sahabat Ar-Rahman Melaka Sahabat Ar-Rahman Melaka
Surau Ar-Rahman Kg Solok Kilang Berapi Barat
Merlimau, 77300

Sahabat Ar-Rahman Melaka NGO Muslim Surau Ar-Rahman Solok Kilang Berapi Barat

Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Solok Kilang Berapi, Merlimau Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Solok Kilang Berapi, Merlimau
Merlimau, 77300

GERAKAN BELIA 4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat.

Penggerak Harapan Rakyat Penggerak Harapan Rakyat
JA 1987, Jalan TERAP BARAT 1, KAMPUNG SEMPANG PANTAI, MERLIMAU MELAKA
Merlimau, 77300

PERSATUAN PENGGERAK HARAPAN RAKYAT PPM-03-04-12022019