Ecostar

Ecostar

You may also like

Carrot Susu Fresh
Carrot Susu Fresh

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ecostar, Grocers, mersing, Mersing.

02/09/2022

Mee Kari Chinese Style.

Bahan
Segengam cili kering - kisar utk sambal
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 biji bawang merah - kisar
2 batang serai - diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
1 keping asam gelugor

Hiasan
Telur rebus
Taugeh - celur
Sawi - celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
Sambal:-
Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan sedikit gula..
Cara penyediaan kuah kari :-
Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar...kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan..Masukkan rempah kari yg telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.

Kemudian masukkan ayam dan
kacau sebati sehingga ayam separuh masak diikuti santan. (s**atan santan agak² jer, ikut selera nk kuah pekat atau cair) sya tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.

Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula.. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering siap.

Kredit Cik Puan Julieta

Mobile uploads 02/09/2022

Kek Lapis Red Velvet

Saiz loyang: 8" x 8"

Bahan-bahan:

Adunan merah

250 gram mentega (saya pakai Anchor)
5 biji telur ayam gred A
235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
2-3 sudu makan serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)
1 sudu teh ovallette
pewarna merah

Adunan Cheese

500 gram cream cheese
3 biji telur ayam gred A
120 gram gula kastor
sedikit esen vanila

Cara-cara membuatnya:

1. Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

2. Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.

3. Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese p**a. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis.

Selamat mencuba!

Kredit : resepi mudah

02/09/2022

RESEPI MEE CELUP THAI

1. BAHAN KUAH
- Tulang/Daging/Ayam
- 1 paket Rempah Sup Thai (Pack Oren)
- Bwang putih *Diketuk
- Serai *Diketuk
- Akar Ketumbar
- Daun Ketumbar *Diblender
- Halia
- Lengkuas
- Kicap Sotong/ Sos Ikan
- Kicap Mountain Thai

CARA-CARA
Tumis Bwang putih, Akar daun ketumbar, Serai, Halia, Lengkuas & 1 paket rempah sup thai sehingga naik bau. Kemudian, masukkan daun ketumbar, kicap sotong & kicap mountain thai. Tambahkan air berserta daging/ayam, garam & serbuk perasa. Rebus sehingga daging empuk.

*Bila daging da empuk, keluarkan & hiris nipis-nipis.

2. BAHAN CELUR
- Kangkung/sawi
- Taugeh
- Mee/kuew teow/ bee hoon/Meggi Thai

3. BAHAN PENAMBAH RASA
- Lada Jeruk
- Limau Nipis
- Bawang Goreng
- Bawang Putih Goreng
- Kacang Tumbuk
- Serbuk Lada Sulah
- Minyak Cili

*Bahan penambah rasa boleh juga beli yang da siap

Kredit: Faziela Lala

02/09/2022

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
15 tangkai lada kering - perlu dikisar
5 biji cili merah
5 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak

Cara-cara memasaknya:
Permulaannya sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
Kemudian untuk membuat sambal, kisar semua bahan (lada kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai)
Selepas itu masukkan sos tiram dan air asam jawa.
Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak..Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal
Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
Selamat mencuba

Photos from Intai Dapur Mama's post 25/08/2022
25/08/2022

RESEPI MEE UDANG
==============

Bahan-Bahan :
Mee kuning..
Udang..
Daging..
Sos cili..
Kicap..
Skit garam n gula..
Sawi..
Tauge..
Tomato..belah 4
Daun sup..
Bawang besar..blend
Bawang putih..blend
Cili kering..blend
Takua..goreng dulu ya

Caranya..
Tumis bahan blend pastu tuang hirisan daging pastu tbah air..masak sampai daging empuk..bila daging dah empuk letak sos cili kicap gula skit garam n sebok perisa..pastu tambah air..untuk jadikan kuah ya..bila dah mendidih boleh la letak udang bila udang dah masak dah boleh letak mee sawi tauge tomato..dah mendidih tutup api dah boleh tabur daun sup n takua goreng td..siap untuk dihidang..❤

Kredit : masni bahari

25/08/2022

RESEPI CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air

Cara
1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.
6.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
7.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
8.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream

Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Ambil 1 keping kek lagi tuang p**a black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg same hingga siap.
4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit

Credit To Owner

25/08/2022

Kek Butter Cheese Blueberry

Bahan-Bahan:

250g butter anchor (ape-apa brand pon tak kesah) nak sedap pakai la yg mahal sikit
250g cheese tatura
1 1/4 Cawan gula kastor
2 1/4 Cawan tepung naik sendiri
1/3 Cawan susu full cream
3 biji telur A
Esen vanilla (sis pakai butter vanilla.. 1 umah bau wangi)
Filling blueberry secukupnye

Cara Membuat:

1.Panaskan oven 180°c dan gris loyang 9×9 dengan shortening
2.Pukul butter + gula + Esen vanilla sehingga berkrim. Kemudian mas**an telur satu persatu dan pukul lagi sampai sebati.
3.Mas**an cheese pukul sebati dan mas**an susu full krim tadi.Pukul lagi sehingga sebati.
4.Akhir sekali mas**an tepung yang telah diayak dan pukul lagi.
5.Mas**an adunan tadi 2 atau 3 senduk ke dalam loyang dan ratakan.
6.Kemudian letak blueberry filling menggunakan sudu kecik.(dot dot)
7.Mas**an lagi adunan tadi dan ulang sehingga habis.
8.Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam atau sehingga masak.

Selamat Mencuba!

Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Set Suhu 180° 25 Minit!
Cheese Cake Gebu 4 Bahan, Senang Buat & Confirm Jadi!

Bagi mak-mak yang s**a Cheese Cake, boleh cuba buat nanti di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Penting beli butter yang mahal sikit, lebih berkualiti dan sedap rasanya.

Sumber: Ct Noriezan

25/08/2022

Resipi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan nasi
3 cawan beras
3 cawan air
½ cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disiat dan disimpul) atau 1 batang serai (diketuk)
⅓ sudu kecil garam

Bahan-bahan sambal ikan bilis
1 cawan ikan bilis
20 biji cili kering
½ cawan minyak masak
5 biji bawang merah kecil
2 biji bawang besar
1 cm halia
Sedikit belacan
Air asam jawa
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain
Kacang tanah yang telah digoreng

Ikan bilis goreng
Telur rebus
Timun

Persediaan Bahan-bahan
Basuh ikan bilis dan tuskan.
Potong cili kering, buang biji dan rebus atau rendamkan dalam air panas hingga kembang. Kemudian kisar bersama halia.
Kisar bawang merah bersama bawang besar.
Kupas telur rebus dan belah dua. Potong serong timun.

Cara Membuat Nasi Lemak
Berikut adalah langkah-langkah menyediakan nasi lemak yang peroi, lemak & wangi dan sambal tumis ikan bilis yang sangat sedap.

Memasak nasi
Bersihkan beras dan tuskan.
Masukkan beras ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering.
Kemudian masukkan air, garam dan daun pandan. Kacau sebati. Teruskan memasak seperti biasa.
Bila air hampir kering, masukkan santan dan kacau sekata.
Tutup balik periuk dan tunggu sehingga nasi masak.

Membuat sambal ikan bilis
Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan belacan, dan tumis menggunakan api kecil sehingga pecah minyak.
Masukkan gula dan teruskan menumis sehingga sambal berwarna merah gelap dan berkilat.
Kemudian masukkan ikan bilis, air, air asam jawa dan garam. Kacau rata.
Biarkan mereneh selama 10 minit atau sehingga sambal pekat, kemudian angkat.

Cadangan Hidangan
Hidangkan nasi lemak panas-panas bersama sambal ikan bilis, telur rebus, kacang tanah goreng dan hirisan timun. Boleh juga ditambah lauk lain seperti ayam goreng, rendang, sambal sotong atau telur goreng.

Sumber: anekaresepi

25/08/2022

RESEPI SANDWICH EGG MAYONIS

Bahan-bahan :
Roti
Telur rebus,lenyek hancurkan
Lada sulah (yg dlm botol kepala oren)
Mayonis
Salad
Tomato
Marjerin

Credit : Baharuzilah Baharudin

25/08/2022
25/08/2022

RESEPI MEE GORENG DAGING 🍜🍜🍜

Bahan²
1 bungkus mee kuning
2 sdb cili kisar
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
200 gm daging hiris nipis
1 inci halia - dihiris halus
1 pokok sawi
1/2 batang carrot- potong jejari
2 sdb sos tiram
3 sdb sos cili
3 sdb kicap pekat
1 kuib daging
1 sdb lada hitam serbuk
1/2 cawan air
Minyak utk menumis

Cara²
1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih bawang besar yg ditumbuk hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar, masak hingga garing dan masukkan daging. Masuk sedikit air dan biarkan daging empuk.

4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub daging, gula dan sedikit saja garam. Biarkan merenih sebentar.

5. Masukkan mee yang sudah dibasuh dan ditos, carrot dan sawi.

6. Masukkan 1/2 cawan air supaya mee lembut dan mesra dengan sos. Gaul rata dan masak hingga nampak mee lembut.

7. Siap boleh dihidang dengan taburan bawang goreng dan taburan daun sup

Kredit rosmaliza omar

25/08/2022

Begedil daging

Bahan2
8 biji kentang
2 keping bege daging Ramly ( daging cincang Uwan dah abis...guna apa yg ada ✌🏻)
4sb bawang goreng
3 tangkai daun bawang diracik
1sb serbuk lada sulah
1sb maggie cukup rasa ( s**a masin tambah lah lagi )
Minyak unk mengoreng
Telur dua biji

Cara2nya:
Panaskan minyak
Goreng kentang
Daging bege goreng tanpa minyak..sekejap je..tebalik2 kan..tutup api..
Masukkn kentang yg dah digoreng & daging bege dlm bekas..
Lenyekkn sampai hancur
Masukkn serbuk lada sulah, bwg goreng, daun bawang dan maggi cukup rasa..
Gaulkan sampai sebati
Dah sebati..bulat2 kan kemudian leperkn sikit
Pecah kan telur..
Masukkn begedil dlm telur ...dan goreng..
Goreng hingga agak keperangan dan angkat...

Sambal kicap
Cili padi + bwg putih + garam sikit , gula & kicap...blend..
Siap

Resepi : Uwan Nolly Epin

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Mersing?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Mersing
Mersing

Other Food & Grocery in Mersing (show all)
BS Freshmart Mersing - Jalan Sri Mersing BS Freshmart Mersing - Jalan Sri Mersing
3A, 5, 6, 7 , 8, 9, 10, 11, 12, Jalan SRI MERSING 3, PUSAT PERDAGANGAN SRI MERSING
Mersing, 86800

BS Freshmart is the leading retailing chain in Malaysia, delivering "Fresh Catch and Produce Everyday".

CHOC.Dy CHOC.Dy
Politeknik Mersing
Mersing, 86800

CHOCOLATE 🍫 CANDY 🍬 😋 MUR MUR!!! HARGA STUDENT!!! http://wa.me/60135675669?text=chocolate

Nilai Fitrah Nilai Fitrah
Mersing
Mersing, 86800

Nilai Fitrah ini dibina untuk perkongsian kepada anda semua barangan yang berkonsepkan pembelian seca

Raffi & wanie enterprise Raffi & wanie enterprise
Mersing, 86800

HaloTelco Super Jimat HaloTelco Super Jimat
Mersing

MURAH.!! Data Unlimited & Call Unlimited

KedaiNabilah KedaiNabilah
851 Jalan ENDUT KAMPUNG BENAUNG
Mersing, 86800

Menjual pakaian bundle & preloved Menjual pakai baru & pelbagai barangan vendor

Pembekal ayam kampung kacuk Johor Pembekal ayam kampung kacuk Johor
Kota Tinggi
Mersing, 81900

✓Pembekal ayam kampung kacuk ✓Pembekal anak ayam ✓Pembekal hampas soya untuk kambing &Ayam

Pasaraya DF Fresh Mart Mersing Pasaraya DF Fresh Mart Mersing
Jalan Ismail
Mersing, 86800

Menjual pelbagai barangan harian seperti buah-buhan, sayur-sayuran & barangan memasak yg lain. Makan & minuman ringan ada jual di sini.

Thebrownies.cookiez Thebrownies.cookiez
Politeknik Mersing
Mersing, 86800

Brownies cookies yang crunchy dan sangat menyelerakan�

Kedai Runcit ATAN ENT, Mersing Johor Kedai Runcit ATAN ENT, Mersing Johor
Jalan Tengah Kampung Tanjung Genting
Mersing, 86800

Kedai Atan Ent, Tanjung Genting Mersing Johor

Ainul Mersing Farm Ainul Mersing Farm
Km 8 Jalan Endau, Kampung Tenglu
Mersing, 86800

Kami dari AINUL MERSING FARM ,sudah open oder untuk ayam segar ,pada hari jumaat hingga ayam habis

kedai topup online kedai topup online
Km16, Jalan Jemaluang
Mersing, 86800

takda masa nak isi.topup?Meh pm sye dalam 5min topup masuk.