Diari Men-tale

Sharing berkaitan kesihatan mental dan relationship. Juga menyediakan khidmat talk therapy.

09/02/2024

Semenjak kebelakangan ini, kes-kes yang melibatkan nyawa disebabkan tekanan perasaan semakin banyak. Mungkin ada yang hairan, mengapa seseorang yang boleh kelihatan begitu ceria pada hari ini, boleh mengambil keputusan untuk menamatkan nyawanya pada keesokan hari.

Ada juga yang membuat posting di sosial media dengan nota-nota ucapan selamat tinggal. Ataupun mengeluh dengan kehidupan. Kita sangkakan perkara itu kecil dan mungkin kadang2 tak masuk akal, lawak. Apabila sesuatu terjadi, kita semua terpinga-pinga, terkejut, sedih, kecewa dengan keputusan dan tindakan mereka berbuat sedemikian.

Salah satu ciri-ciri penting mereka yang mempunyai kecenderungan sebegini adalah disebabkan sikap s**a memendamkan perasaan. Mungkin dahulu mereka rajin berkongsi masalah, tetapi disebabkan isu kepercayaan mereka lebih selesa menyimpan masalah tersebut di dalam hati. Mungkin mereka juga tidak mahu membebankan orang lain dengan permasalahan mereka. Yang paling s**ar sekali adalah jika mereka ini jenis yang s**a berseorangan.

Di TikTok, FB dan sebagainya, kadang2 di sinilah diari mereka tempat mereka meluahkan isi hati. Di sinilah kita sebenarnya dapat agak apa yang mereka lalui, apa perasaan mereka, bagaimana kehidupan mereka daripada ayat2 yang dikongsikan.

Adakalanya mereka berada di satu tahap yang mana mereka akan berasa sangat down hinggakan mereka s**ar mendapatkan bantuan dan benda inilah sebenarnya yang merisaukan.

Apa yang kita boleh buat sebagai kawan/orang terdekat/ followers jika insan ini sedang dalam masalah? Perhatikanlah apa yang diposting oleh mereka. Rajin bertanya, itulah yang paling penting. Bertanya tidak semestinya kita harus memberi bantuan atau penyelesaian terhadap masalah mereka, tidak.

Bertanya khabar ini sebenarnya adalah satu skil yang sangat bermanfaat. Jangan hairan, insan2 yang dalam masalah ini, boleh rasa terharu dan rasa lebih lega apabila ditanya khabar kerana mereka dapat rasa diberi perhatian, rasa dihargai.
Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup yang semakin s**ar ini.

Hubungilah Diari Men-tale jika anda inginkan seseorang untuk mendengar luahan hati anda.

04/01/2024

Tips pada hari ini, resah yang berpanjangan berpunca daripada seseorang memikirkan terlalu banyak masalah pada satu masa..

Kita tidak dapat lari daripada merisaukan sesuatu tapi percayalah, kita boleh mengawalnya.

Boleh follow TikTok .mental untuk lebih banyak sharing berkaitan kesihatan mental.

26/10/2023

Ada kalanya kita terlalu kecewa dengan diri sendiri. Selalu memarahi diri sendiri kerana apa yang terjadi hari ini. Kerana tidak dapat melaksanakan tugasan seharian sebaik mungkin, menepati kehendak orang di sekeliling, gagal dalam temu duga, gagal dalam pertandingan dan sebagainya. Itu lumrah hidup, seperti putaran roda.

Hidup ini bersifat bergerak ke hadapan. Sekiranya kita menoleh ke belakang berpanjangan mengenangkan kesilapan yang lalu, susah untuk kita terus maju ke hadapan. Jadikanlah hidup kita sebagai sebuah buku. Setiap hari sehelai demi sehelai lembaran dibuka tetapi helaian terdahulu tetap ada di situ. Kerana setiap helaian ini akhirnya akan bergabung menjadi sebuah buku yang menceritakan kisah hidup kita yang mungkin boleh kita kongsikan kepada generasi akan datang.

Yang ikhlas,
Diary Men-Tale.

TikTok · Dr Soule Devery 22/09/2023

Salah satu perbezaan penting antara cemas normal dengan anxiety disorder adalah kalau cemas normal, tindak balas ataupun perasaan cemas tersebut hanya akan terjadi apabila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu dan akan reda setelah situasi tersebut reda. Sebaliknya dalam anxiety disorder p**a, perasaan ataupun tindakbalas cemas tersebut boleh tiba-tiba wujud walaupun dalam keadaan tenang, tidur dan sebagainya tanpa disedari dan tanpa 'trigger'.
Boleh DM saya untuk maklumat lanjut berkenaan dengan anxiety disorder ini.

TikTok: diari.mental

TikTok · Dr Soule Devery Check out Dr Soule Devery's video.

17/09/2023

Semoga kita semua tabah menghadapi kehidupan yang mendatang...

17/01/2023

Sharing untuk malam ini. Berkenaan dengan memendam perasaan..

16/01/2023

Selamat tahun baru 2023!

Mungkin bagi sesetengah kita, tiada bezanya tahun lepas dengan tahun ini.

Saya yakin, kebanyakan kita bergelut dengan masalah kewangan sekarang. OPR naik, harga barang naik hinggakan duit gaji hanya untuk bayar hutang semata-mata. Kadangkala rasa motivasi untuk meneruskan perkerjaan hilang sebab kita sendiri tidak dapat menikmati hasil titik peluh kita.

Keadaan ini boleh menganggu kesihatan mental kita juga. Tiada sesiapa yang lari dari masalah kewangan. Rasa tertekan, murung, berputus asa menguasai diri. Tidak kurang juga ada yang sangat terdesak hinggakan mereka meminjam daripada ah long ataupun institusi kewangan yang lain dan hal ini memburukkan lagi status kewangan dan menambahkan beban.

Persoalannya, apakah penyelesaian kepada masalah ini? Jujur, tiada jawapan yang straightforward. Kalau nak cari side income juga ada cabaran kerana kekangan tenaga.
Yang paling penting harus diingati adalah, dalam apa jua masalah kewangan yang dihadapi, pemakanan haruslah menjadi keutamaan. Hiduplah supaya setiap hari masih ada lagi butir nasi untuk dihidang di atas meja, untuk diri sendiri ataupun untuk keluarga.

Jangan pernah malu untuk meminta tolong daripada sahabat handai ataupun ahli keluarga yang lain kerana masalah kewangan harus diselesaikan bersama. Mungkin mereka tidak dapat memberikan banyak, tapi sekurang-kurangnya meringankan beban. Yang pasti ingatlah, tiada masalah yang berkekalan selama-lamanya di dunia ini.

Walaupun kita berkekurangan, ingatlah bahawa Tuhan masih menjaga kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan kita. Tiga perkara ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sekiranya minda kita sentiasa cerdas dan kuat walau apa jua cabaran yang akan mendatang, percayalah. Bahawa anda pasti dapat mengharunginya.

Jadikanlah kata-kata semangat ini sebagai pedoman hidup. Jika hari ini anda kalah, esok cuba lagi. Ambil satu langkah kecil setiap hari dan teruslah maju ke hadapan. Jika anda tersungkur hari ini, bangunlah esok kerana anda tidak berseorangan. Keluarga dan sahabat tersayang sentiasa ada untuk membantu anda.

Paling penting, ingatlah Sang Pencipta kerana tiada dugaan yang melebihi batas kemampuan manusia.

Salam 2023.

Diari Men-Tale.

08/11/2022

Bersama-samalah kita saling memberikan motivasi dan sokongan kepada satu sama yang lain yanpa mengira status, bangsa, agama dan negara. Kita semua sama sahaja. Kesihatan mental tanggungjawab bersama.🙂🙂

07/11/2022

Diari Men-Tale 6:
Apa yang membuatkan hidup ini bermakna sebenarnya?

Ini adalah persoalan yang selalu berada dalam fikiran seseorang yang mengalami kemurungan ataupun gangguan mental yang lain seperti skizofrenia dan sebagainya.

Ada orang kata, makna hidup ini adalah sekiranya seseorang mengecap kejayaan dalam pekerjaan, mencapai puncak kestabilan kewangan,memiliki keluarga yang bahagia, menikmati kehidupan, sentiasa mempunyai positive vibes dan sebagainya.

Sekiranya semua yang dinyatakan di atas tidak berlaku dalam kehidupan seseorang itu, jadi?
Adakah kehidupan tersebut dianggap tidak bermakna?Sekiranya orang lain lebih berjaya, lebih maju daripada diri kita, adakah itu bermaksud kita lemah? Adakah itu bermaksud hidup ini satu kegagalan dan tiada maknanya lagi untuk meneruskan kehidupan ini?

Jika anda perasan, kita meletakkan makna hidup kepada sesuatu yang duniawi. Dan masalahnya adalah, apa sahaja yang bersifat duniawi tidak akan kekal.
Jika hari ini anda seorang yang kaya, tidak mustahil esok anda akan jatuh miskin.
Jika hari ini anda sihat sejahtera, tidak mustahil esok anda akan jatuh sakit.
Jika hari ini anda ceria, tidak mustahil esok anda akan berdukacita.
Jika hari ini anda bersama yang tersayang, tidak mustahil esok anda akan kehilangan mereka.

Perasan tak anda apabila seseorang ditimpa musibah dan kehilangan sesuatu,mereka selalu berkata apa maknanya hidup jika semua benda tersebut sudah tiada?

Rumusannya di sini adalah...

Makna hidup ini terlalu luas sebenarnya. Semua bergantung kepada diri kita, apa yang membuatkan hidup anda bermakna. Tapi ingat, apabila sesuatu perkara yang memberikan makna hidup itu hilang ataupun musnah, tidak bermaksud tujuan hidup itu turut menghilang.

Hidup ini adalah satu pengembaraan, bukannya destinasi. Hiduplah seperti seorang perantau. Yang sentiasa merantau mencari makna hidup. Janganlah mudah berputus asa, kerana yang pasti suatu hari nanti anda akan dapat jawapan kepada satu persoalan yang sangat penting ini:
Apakah makna hidup ini sebenarnya?

Sekiranya sharing ini membantu, jangan lupa like, share dan follow page ini yaa..Terima kasih atas sokongan anda semua.

Sekian.
Soule D.

04/11/2022

Diari Men-Tale 5: Tiada Siapa Mahu Sakit
Semalam aku menerima info daripada pakar perubatan yang merawat klien di bawah jagaanku menyatakan klien tersebut mengalami krisis. Aku pun meminta supaya klien tersebut bertemu denganku di klinik.

Untuk pengetahuan klien ku ini muda orangnya, masih bersekolah. Mempunyai kemurungan pada usia yang begitu muda merupakan sesuatu yang s**ar. Apabila bertanya lebih banyak soalan, dia sebenarnya merasa terkilan, dan sedih.

Tiada kawan untuk dia meluahkan masalah. Ibu pun seperti tidak memahami keadaannya. Menganggap simptom-simptomnya hanyalah lakonan. Memaksanya untuk berfikiran positif dan melawan semua pemikiran negatif tersebut. Kadangkala memarahinya juga disebabkan dia lemah hinggakan perlu rawatan psikiatri.

Hakikatnya, kebanyakan klien s**ar untuk sembuh disebabkan kekurangan sokongan daripada orang uang tersayang. Masyarakat di sekeliling takut dengan mereka,menganggap mereka sebagai penjenayah yang boleh bertindak agresif bila-bila masa sahaja. Layanan yang diberikan seolah-olah mereka bukan seorang manusia.

Jika mereka diberikan peluang untuk mendapat layanan sama rata seperti insan lain,difahami hati dan perasaannya, sentiasa diberi sokongan, tidak mustahil mereka dapat sembuh dengan sepenuhnya. Ubat yang diberikan hanyalah untuk mengawal simptom, tetapi yang paling penting adalah keadaan persekitarannya.

Mereka tidak meminta untuk sakit, menghidap depression, anxiety, schizophrenia dan sebagainya. Mereka tidak meminta untuk menjadi lemah di saat mereka mengalami tekanan hidup yang terlalu berat hinggakan minda dan perasaan mereka 'crash'. Akan tetapi apabila tekanan hidup dihadapi berseorangan tanpa sokongan dan bantuan daripada yang tersayang, inilah yang akan terjadi.

Kesimp**annya, kesihatan mental adalah tanggungjawab bersama. Sekiranya kita saling bertanya satu sama lain, "Adakah awak okey?" dan saling menjaga kebajikan bersama, aku sangat yakin masalah mental ini memang dapat dikawal dan dilupuskan dari masyarakat.

Salam Jumaat dan jagalah kesihatan mental kita bersama-sama.

02/11/2022

Diari Men-Tale 4: Grief
Hari ni aku berkesempatan bertemu dengan seorang wanita yang baru kehilangan kandungannya.

Perasaan yang menyelubunginya dahulu adalah rasa bersalah. Bersalah kerana dia mempertanggungjawabkan kematian bayi tersebut disebabkan kecuaiannya. Cerita pendeknya, dia mengalami pecah ketuban pada minggu kandungan trimester kedua. Tetapi dia tidak membuat check-up dengan segera kerana mempunyai urusan menghantar pas**an ke Kuching. Setelah p**ang semula ke Miri dan check-up dua minggu selepas itu, scan menunjukkan tiada tanda degupan jantung. Bayi tersebut digugurkan dengan cara normal.

Antara trauma yang terpaksa dialami adalah apabila anak2 murid bertanya di manakah bayinya berulang kali. Perkara tersebut membuatkan dia berasa sedih kerana ia akan membuatkannya terkenang kembali kehilangan tersebut. Dia juga selalu menyalahkan diri sendiri, dan selalu berfikir adakah bayi tersebut akan terus hidup jika dia memilih pilihan yang lain pada ketika itu?

Kehilangan orang tersayang sememangnya suatu pengalaman yang sangat s**ar. Sehebat manapun kebolehan kita untuk empati terhadap mereka, yang pasti hanya mereka sahaja tahu betapa peritnya kehilangan tersebut.

Apa yang boleh kita lakukan sebagai seorang kawan/ahli keluarga mereka? Jawapannya adalah satu. Iaitu mendengar, dan terus mendengar. Berikan mereka ruang untuk meluahkan semua yang terbuku di dalam hati. Kita tidak akan dapat membawa kembali kehilangan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat membawa kembali semangat mereka untuk meneruskan kehidupan.

Grief bukanlah satu gangguan mental. Grief adalah reaksi normal terhadap kehilangan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan kita.
Sekian.

01/11/2022

Diari Men-Tale 3:
Hari ini saya akan berkongsi bagaimana stres boleh menyebabkan anxiety/panic attack.
Untuk pengetahuan semua anxiety disorder(gangguan keresahan) dan panic disorder (gangguan panik) berkongsi ciri-ciri yang sama.

Seseorang biasanya akan menghadapi stres sekiranya dia berada dalam satu situasi yang berada di luar kemampuan/kawalannya. Sebagai contoh, beban kerja yang banyak ataupun gaji tidak mencukupi untuk menampung hidup hingga ke hujung bulan. Kalau dari segi relationship p**a, seseorang mengalami konflik yang berterusan hinggakan s**ar untuk mencari jalan penyelesaian.

Apabila stres, badan manusia akan mengalami beberapa perubahan, seperti contoh jantung berdegup kuat, salur darah menjadi lebih nipis, pernafasan menjadi lebih cepat dan otot akan menjadi lebih tegang. Perubahan ini berlaku supaya seseorang bersiap sedia menghadapi situasi yang mendatangkan bahaya.

Contoh yang mudah, jika seseorang pernah dikejar anjing, ataupun menghadapi situasi yang cemas seperti menanti keputusan peperiksaan, mudah untuk seseorang memahami respon badan terhadap situasi-situasi tersebut.

Masalahnya sekarang, kenapa seseorang mempunyai tindak balas yang sama apabila berhadapan dengan beban kerja yang banyak, masalah peribadi ataupun sebagainya sedangkan benda tersebut tidak pun mendatangkan bahaya dari mata kasar?

Jawapannya adalah, semua situasi tersebut sebenarnya mendatangkan bahaya, tetapi bahaya tersebut berada di dalam fikiran seseorang.
Bahaya tersebut adalah jika seseorang tidak dapat melengkapkan kerja yang diberikan, orang atasan akan memarahi mereka(bahaya kepada hati dan ego), masa untuk diri sendiri ataupun keluarga terjejas (bahaya kepada kehidupan peribadi), dilihat sebagai seorang yang tidak kompeten (bahaya kepada ego) dan sebagainya.

Stres ini jika berlarutan, mental breakdown akan terjadi dan di sinilah simptom-simptom panik akan timbul, seperti cepat berasa cemas, s**ar tidur malam, jantung selalu berdebar-debar tanpa sebab, tidak tenang dan sebagainya.

Rumusannya, tubuh manusia akan mengalami perubahan fizikal apabila menghadapi situasi yang mana tindak balas lawan atau lari (flight or fight response) diperlukan. Tubuh tersebut akan berada dalam keadaan stres hinggalah situasi tersebut selesai. Tetapi setiap masalah dalam hidup menimbulkan stres yang berterusan dan sekiranya stres ini tidak ditangani dengan berkesan, tidak mustahil kecenderungan seseorang untuk mendapat gangguan keresahan ataupun panik menjadi semakin tinggi.

Bersamalah kita menjaga kesihatan mental masing-masing.

.mentale

27/10/2022

Salah satu faktor penting yang boleh mempengaruhi kesembuhan dalam kemurungan/depression adalah harapan.

Jika seseorang ingin sembuh, kenapa dia ingin berbuat sedemikian? Apakah motivasi di sebaliknya? Apakah yang dia harapkan dalam hari-hari yang akan mendatang?

Nantikan artikel yang seterusnya.

Jangan lupa like dan follow page ini!
TikTok: diari.mental

27/10/2022

Diary Men-Tale 3:
Apabila dunia psikiatri bertemu dengan dunia paranormal.
Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi pengalaman ini, untuk pengajaran semua.
Semalam bertemu dengan seorang wanita dalam 20an, mengadu gangguan tidur selama seminggu. Juga ada masalah peribadi.
Ceritanya bermula apabila dia bekerja di sebuah tempat dan dia pernah mengadu kepada pasangannya bahawa ada pekerja bangsa asing yang selalu memberi komen lucah dan juga minat terhadapnya.
Disebabkan ada masalah peribadi juga si dia ini sebenarnya dalam tekanan perasaan.
Hinggalah pada minggu lepas dia bercadang untuk tinggal di Kuarters tempat dia bekerja untuk menjauhkan diri dari masalah.
Dari situ bermulanya kisah yang mana dia mengalami kes**aran untuk tidur, dan juga dapat merasakan hampir setiap malam bahagian sulitnya disentuh oleh sesuatu membuatkan dia ketakutan. Dia juga dapat mendengar suara yang aneh2, suara wanita.
Kakaknya yang turut bekerja di tempat yang sama memintanya untuk tinggal saja di tempat asal yang terletak kira2 20 minit dari bandar(kawasan kampung) sebab kakaknya juga berulang-alik dari situ.
Apabila si klien ini setuju p**ang sahaja ke rumah ahli keluarganya, dari situlah bermula gangguan.
Si adik klien tiba2 muntah cacing dan meracau. Diikuti kakaknya yang juga muntah darah dan cacing. Kakaknya sempat menunjukkan bekas luka di jari tengah yang mana di situ dia menarik helaian rambut yang sangat panjang tertanam dalam jari tersebut. Dan juga, kakaknya turut merasakan bahawa ada sesuatu yang turut menyentuh alat sulit serta buah dadanya. Anaknya juga turut meracau tapi dengan kuasa rosari anaknya segera pulih.
Bapa dan emaknya pun dapat merasakan 'tempias' tersebut tetapi disebabkan iman mereka kuat, jadi 'sesuatu' itu tidak dapat hinggap. Mereka ada ceritakan bagaimana si pesakit mengilai seperti 'P' serta meracau, menjerit tak tentu hala sepanjang malam.
Kakaknya turut menyatakan bahawa kebelakangan ini rumah itu seolah-olah berbau mayat.
Si klien ini terpaksa mendapatkan rawatan perubatan tradisional yang terdiri daripada ustaz dan juga paderi gereja.
Pasangannya sempat menunjukkan video si klien dalam rawatan di rumah.
Yang anehnya, semasa saya melihat video tersebut tiba2 skrin handphone menjadi hitam dan ada mesej Internet Unable To Connect sedangkan video tersebut adalah offline. Dalam video itu jelas si klien sedang duduk sambil lidahnya menjelir 360 darjah dalam keadaan mulut tertutup. Tangannya p**a mendayung2 seperti tengah menari. Paling mengejutkan saya, di cermin rumah berdekatan klien saya dapat melihat sesuatu yang tidak patut dilihat dan apabila saya bertanya kepada pasangannya, dia pun membuka mulut dan setuju. Itulah sebab dia tidak izinkan saya merakam/share video tersebut kerana boleh mendatangkan mudarat.
Pertama kali sepanjang saya bertugas sebagai doktor psikiatri, bulu roma saya meremang. Sebab dari video dan cerita itu saya percayakan dunia tersebut memang wujud.
Dari bahagian perubatan kami p**a, semua keputusan imbasan otak dan darah adalah normal dan tugas kami senang. Untuk memastikan bahawa klien tak ada masalah fizikal yang boleh menyebabkan simptom sedemikian.
Apa yang saya boleh rumuskan dalam cerita ini adalah:
1. Dunia mistik memang wujud, sama ada anda mahu percaya atau tidak
2. Kami sebagai perawat perubatan moden, kami objektif dalam memastikan klien bebas dari segala masalah fizikal yang boleh menyebabkan simptom2 sebegitu dan akan mulakan rawatan ubat jika perlu.
3. Kami tidak nafikan akan kewujudan kisah sebegini, cuma kami juga harapkan si klien turut bersama ikhtiarkan dari segi agama/spiritual.
4. Berhati2lah dengan orang di sekeliling kita dan janganlah sesekaliberbuat jahat ataupun riak. Sebab anda jangan hairan, amalan ilmu hitam masih lagi wujud dalam dunia moden ini dan yang membuatkan seseorang s**ar dirawat adalah disebabkan dia sendiri tidak percaya akam kewujudannya.
5. Jangan pernah ambil ringan pasal pegangan agama kita.
6. Tak kira sehebat mana pun iman kita, akan ada tentangan/godaan/serangan sebegini dan anda harus bersiap sedia untuk menghadapinya.
7.Mungkin juga insiden muntah cacing itu disebabkan masalah perubatan(sebagai contoh Ascariasis infection)

Plot twistnya: Rumah tempat mereka diami tersebut baru sahaja dibeli setelah 7 tahun tidak dihuni oleh siapa2 pun.

Semoga sharing ini bermanfaat. Akan diingati pengalaman ini sampai bila2.
Selamat malam semua!

27/10/2022

Diary Men-Tale 2:
Hari ini aku bertemu dengan seorang klien, umur 18 tahun, menghidap depression with poor coping skills.
Dia sudah lalui banyak psikoterapi, dan juga sudah mencuba segala jenis ubat untuk kemurungan. Dari pertemuan saya dengannya tahun lepas, kesakitannya...emosinya...Tiada perubahan. Dia selalu berharap agar lebih baik dia mati sahaja.
Perasaannya kebas...tiada benda lagi untuk diharapkan di dunia ini. Tiada lagi masa depan. Dia sudah hilang keinginan untuk hidup. Segala macam jenis nasihat, sokongan, emotional validation, psikoterapi, ubat-ubatan, tetap juga dia tidak berubah..Dia seperti mati dalam jiwa, mati dalam hidup.
Sekarang aku sedar kenapa seseorang boleh sampai ke tahap untuk menamatkan hidup walaupun aku tahu itu bukanlah sebenarnya keputusan yang terbaik.
Tipu aku katakan kalau aku faham situasinya. Kali pertama aku berasa helpless, tidak mampu untuk membantu dia melainkan hanya mendengar dan melihat kehidupan dia perlahan2 menjadi pudar.
Aku sedar tiada apa2 jenis nasihat yang dapat menolongnya saat ini, tiada kata2 semangat yang dapat membuka matanya semula melihat keindahan dunia ini..
Cuma doaku, agar dia tidak pergi lebih awal.

Maafkan aku. Your pain and suffering is too much, the emptiness is real.

Jagalah kesihatan mental anda. Once your emotion and your mind breaks, your life breaks as well.

27/10/2022

Diari Men-Tale 1:
Dulu aku selalu menganggap orang yang putus cinta ni overreacting. Nak bagitau satu dunia yang cuma dia seorang saja manusia paling malang dan sedih di dunia ni.

Hinggalah aku menjejak kaki dalam bidang psikiatri dan melihat sendiri kesannya terhadap kesihatan mental seseorang. Depression sampai nak bunuh diri, itu biasalah.
Tapi ada yang sampai menjadi bipolar dan psikotik, hingga ada satu tahap rawatan elektrik (electroconvulsive therapy) terpaksa dilaksanakan. Itupun masih perlu bergantung kepada ubat-ubatan seumur hidup.

Kalau anda ada rakan yang baru putus cinta,lebih baik jika anda berdiam diri kalau anda tidak tahu cara nak bagi kata-kata semangat ataupun nasihat.

"Chill la. Banyak lagi di luar sana yang lebih bagus dari dia."
"Move on la bro/sis. Tak payah fikir sangat benda macam ni."
Kadang-kadang ayat sebegini tak membantu langsung sebenarnya.

Kalau ia semudah itu, masakan ada sesetengah orang yang sampai perlu menangis setiap hari ataupun menangis secara tak sengaja(tanpa bersebab) walaupun bertahun dah berlalu.

Kawan yang baik, dia cuma diam dan dengar saja apa yang diluahkan oleh orang yang baru putus cinta ni.
Itu lebih dari cukup, tak payah jadi expert kalau anda tak pernah mengalaminya, lebih2 lagi kalau anda seorang yang masih single.

Kepada yang mungkin baru putus cinta, ingatlah. Move on may take forever. Tak perlu tergesa-gesa nak melupakan orang yang pernah menyakiti anda, tetapi gunakanlah masa itu untuk membuat refleksi diri dan kumpulkan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang akan datang.

Janganlah terlalu memikirkan cara untuk melupakan seseorang hinggakan anda keletihan dan kering air mata.

Kalau bekas anda tu memang dah curang ataupun tak inginkan anda lagi, buatlah apa pun, semuanya akan jadi sia-sia. Apa salahnya semua tenaga itu anda gunakan untuk jaga diri sendiri dan pujuk diri sendiri. Pergilah makan banyak-banyak, jerit la sekuat hati, karaoke ka,apa ka yang anda mahu.

Satu lagi yang paling penting, mesej untuk malam ini. Bersedih la, keluarkanlah air mata anda jika kesakitan itu tidak dapat ditahan lagi.

Itu normal, jangan nafikan hak anda sebagai seorang manusia yang mempunyai kuasa dan hak untuk bersedih. Janganlah berlagak cool dan sembunyikan perasaan itu, sebab masa yang akan datang perasaan itu akan menyerang anda dari dalam sebab anda mengelak, bukan menghadapinya.

Jangan biarkan orang lain pergi jumpa anda dan bagi ayat-ayat positif sebab anda harus sedar ada satu istilah yang digelar sebagai 'toxic positivity' yang mana kata-kata positif yang berlebihan ini sebenarnya memudaratkan kesihatan mental anda dalam masa yang panjang. Nantilah saya cerita.

Ikhlas,
Soule D.

Dr Soule Devery on TikTok 19/10/2022

Break-up adalah satu proses yang sangat s**ar. Kerana anda bukan sahaja break-up dengan si dia, tetapi sebahagian dari jiwa dan perasaan ini turut pergi bersama..

Dr Soule Devery on TikTok Breakup itu tidak mudah,jujur aku katakan.. ゚viral

18/10/2022

Semua tidak akan lari daripada persoalan ini. Ada yang sudah mengetahui jawapannya hari ini, ada lagi yang masih keliru, ada juga yang masih tercari-cari. Yang pasti akan ada jawapannya suatu hari nanti.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Miri?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Hidup ini sangat keras. Hidup ini berputar seperti roda. Ada kalanya kita berada di atas, jelas sekali jalan hidup dan m...
#anxiety #stress #mentalhealth #reelsfb #fypシ
Susah untuk memahami anxiety disorder ni hinggalah satu hari nanti anda yang terkena. Jika ia mudah dikawal begitu saja,...
Lanjutan siri Trauma in Relationship. Yah, hidup selepas dikhianati oleh orang paling kita percaya dan sayangi itu perit...
Trauma in Relationship, satu topik yang sangat nyata dalam kehidupan kita sekarang. Banyak yang akan disharing dalam sir...
#mentalhealthsupport #MentalHealthAwareness #motivasihidup #fbreels #emosi #fypシ゚viralシ
Kita semua bergelut dengan gejala hutang ini, sangat sinonim dengan gejala stres zaman moden. Berhenti menyalahkan diri ...
Selamat berhujung minggu semua.. Stay positive! #fbreels #fyp #positivevibes #motivationquotes #motivasihariini
Boleh DM/komen jika ingin bertanya soalan ya. Jangan lupa like,share dan support page ni..#reels#DepressionAndAnxietyAwa...
#anxiety #kesihatanmental #anxietytips #reelsfb #MindsetMatters
Tips pada hari ini, resah yang berpanjangan berpunca daripada seseorang memikirkan terlalu banyak masalah pada satu masa...
Ada kalanya kita terlalu kecewa dengan diri sendiri. Selalu memarahi diri sendiri kerana apa yang terjadi hari ini. Kera...

Address

Miri
98000

Other Counseling & Mental Health in Miri (show all)
Stokis Al-Wiqoyah Miri Stokis Al-Wiqoyah Miri
Seberkas Commercial Centre
Miri, 98000

STOKIS AL-WIQOYAH MIRI