Public Gold G100 Network by Dr Hakim & Dr Ameera
Dr. Hakim Public Gold (Dr Hakim & Dr Ameera) di bawah #PGG100network adalah FB Page memberi info ten
TAKUT HARGA EMAS TURUN?
Orang tak kurang ilmu akan panik bila harga emas turun takut nilai emas jatuh dan rasa rugi selepas menabung. Sedangkan harga emas dalam jangka masa pendek memang ada turun naiknya. Mana-mana pelaburan di dunia turun naik harga adalah normal.
Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya, tiga tahun ke atas. Harga emas confirm naik dalam jangka masa panjang dan jika dibiarkan peram lebih lama, ia lebih menguntungkan. Kita tak akan rugi selagi emas berada di tangan dan tidak dijual. Bila harga jatuh inilah masanya untuk kita tambah pelaburan dengan memborong emas. Harga emas jatuh ada satu bonus.
NAK PANTAU HARGA EMAS?
Jangan buang masa jika kita asyik pantau harga emas turun naik dan tunggu sehingga tidak membuat belian emas maka itu tidak menguntungkan. Sebagai gold saver kita kena fokus pada simpanan.
Hanya dalam dua situasi kita boleh pantau harga emas:
# Masa nak beli emas bila ada duit
# Bila hendak menjual emas setelah capai target
Pembeli emas yang berilmu perlu konsisten membeli emas pada apa saja harga kerana kita boleh mengunakan teknik pemurataan harga untuk rendahkan kos per gram emas yang dibeli. Kelak bila harga emas naik kita dah nampak keuntungnya.
Sebagai contoh, beli 1 gram emas pada harga RM265 dan kemudiannya beli lagi 1 gm RM255, maka harga purata adalah RM260.
Sama ada trend emas naik atau rendah, anda perlu beli emas secara konsisten. Ia akan membantu anda memdapat harga purata yang lebih baik. Inilah strateginya.
BERHENTI MENYIMPAN BILA HARGA TINGGI?
Bila harga emas naik tinggi individu yang tidak berilmu akan sentiasa negatif lalu terus berhenti membeli emas. Mereka merasa rugi bila membeli emas pada harga yang tinggi. Sebaliknya, menunggu agar harga turun kemudian baru hendak membeli. Tapi bila harga turun kita masih bertangguh kerana mengharapkan harga turun lagi sehinggakan duit akhirnya habis dibelanjakan.
Sebenarnya, membeli emas walaupun berbeza harganya tidak menjadi masalah. Untuk mencapai matlamat menyimpan emas kita perlu konsisten membeli sama ada harga tinggi atau rendah. Bila konsisten membeli pada harga berbeza kita dapat buat kos pemurataan.
Contohnya, kita dah buat 5 kali pembelian pada harga yang berbeza, ada harga tinggi dan rendah. Kiraan berdasarkan harga pergram adalah: RM260, RM262, RM258, RM260, RM264
Jumlah kos belian: RM1,304 / 5 kali beli =RM260.8/gram (kos pergram). Kita dapat berjimat bila membeli secara konsisten. Sebagai penyimpan emas harga naik turun bukan ukuran. Yang penting simpanan emas kita sentiasa bertambah.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
Tunggu Duit Lebih Untuk Melabur Emas?
Ramai orang bertangguh untuk mula melabur emas. Bertangguh adalah ‘makanan ruji’ kebanyakan kita. Harga emas turun atau naik kita masih bertangguh.
Jika mengikuti ilmu kewangan Simpanan yang berkesan mesti dipaksa, tak paksa tak jadi. Mindset kena betul. Bila dapat gaji kena paksa diri untuk menyimpan sebahagian duit sebagai simpanan paksa dan lupakan. Kena reward diri dahulu kemudian baharu belanja.
Apa yang kita belanjakan itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya, apa yang kita simpan itu akan menambah kekayaan pada diri sendiri. Jadi bayar diri sendiri dahulu sebelum bayar orang lain.
Nak simpanan bertahan lama, duit mesti ditukar dalam bentuk emas.
Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan sebagai dana kecemasan, pelaburan jangka panjang dan perbelanjaan yang penting di masa hadapan.
Oleh itu, anda boleh juga menyimpan 1 gram 1 bulan secara konsisten dalam akaun Emas GAP. Setahun sudah pasti ada 12 gram.
Kalau tunggu duit lebihan hujung bulan baru hendak menyimpan, akhirnya sampai bila-bila kita tak akan menyimpan sebab duit sudah habis dibelanjakan.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
TUNGGU HARGA EMAS PALING RENDAH UNTUK BUAT BELIAN PERTAMA?
Golongan yang asyik bertanya bila harga emas turun akan terus bertanya kerana tak pernah ada pengalaman membeli emas. Selagi kita tidak membuat belian pertama kita tidak akan tahu bila harga emas naik atau turun kerana tiada benchmark atau penkita aras tersendiri. Cara terbaik ialah beli dahulu walaupun 1 gram dan selepas itu ikuti perkembangan harga.
Jika kita merancang untuk membeli emas pada harga rendah dan terus menunggu, besar kemungkinan kita tidak akan menabung emas sehingga bila-bila. Waktu terbaik untuk membeli emas adalah ketika kita mempunyai duit. Bukannya menunggu harga emas murah.
Apa definasi murah? Tidak ada siapa pun tahu bila harga emas benar-benar murah. Malah penganalisis teknikal harga emas yang pakar sekalipun tidak dapat membuat ramalan yang tepat naik turun harga emas.
Fenomena turun naik harga emas adalah perkara biasa. Jangan gabra. Mana mungkin harga naik tak turun-turun. Yang pasti, trend harga emas confirm naik sejak 20 tahun lalu.
Jika terus menunggu duit mungkin habis dibelanja. Atau mungkin penantian itu tanpa sengaja kita telah membiarkan duit dimakan inflasi 3% hingga 4% setahun. Jadi adalah lebih baik menyimpan emas yang sudah purata kenaikannya secara amnya kenaikan sekitar 10% setahun sebagai simpanan jangkapanjang.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
Bukan emas yang menjadikan sesiapa kaya, tetapi ilmu. Maka…Tanpa ilmu, kita akan memiliki banyak ketakutan terutamanya bagi penyimpan emas kategori “newbies”.
1. Takut Kena Zakat
Perkara ini menduduki ranking pertama kerana kebanyakan masyarakat seolah-olah mengeluh dan takut untuk membayar zakat jika menyimpan emas. Zakat dijadikan penghalang untuk membuat pelaburan dan simpanan emas. Sedangkan zakat adalah ibadah dan rukun Islam ke- 4 yang dapat menyuburkan harta serta meningkatkan rezeki. Sebenarnya, duit dan harta lain-lain termasuk ternakan, tanah, dusun juga kebun juga turut dikenakan zakat bila cukup haul dan nisab.
2. Takut Dirompak dan takut kehilangan
Risiko kehilangan seperti berlaku kecurian dan rompakan menjadi igauan ngeri bagi masyarakat untuk menyimpan emas fizikal. Biarpun belum mulakan simpanan emas, kita sering terbayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat tersalah letak atau berlakunya kejadian pecah rumah. Cara paling selamat untuk simpan emas adalah dengan menyewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Jika memilih untuk simpan di rumah pastikan emas anda disorok pada tempat yang tidak dijangkakan.
Selain itu anda juga boleh buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold. Serendah RM100 (0.3g) atau 1 gm adalah sudah boleh simpan di akaun emas GAP tanpa ada upah simpan dan komitmen bulanan. Jangan bimbang, saya boleh bantu anda mendaftarkan akaun emas GAP.
3. Tiada Ilmu Dan Bimbingan Tentang Kepentingan Emas
Majoriti masyarakat di luar sana tidak tahu bagaimana nak memulakan simpanan emas. Tiada ilmu tentang emas pelaburan dan simpanan. Sebaliknya, mereka lebih terarah pada emas perhiasan yang tinggi nilai spread. Malah ramai juga yang tidak tahu hendak membeli emas di mana, berapa bajet untuk unit emas yang hendak dibeli. Kurangnya, ilmu tentang konsep tempoh minimum untuk mendapatkan keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual.
4. Anggap Emas Seperti Saham
Ada yang menganggap emas seperti saham, unit amanah dan sebagai. Mereka beranggapan bila harga emas jatuh pelaburan akan hangus. Sedangkan perkara ini tidak berlaku dan berbeza sekali dengan pelaburan emas. Emas yang kita beli dan pegang sendiri fizikalnya memang tiada risiko selagi kita masih memiliki dan tidak menjualnya.
5. Takut Scammer Emas
Beli emas takut tak dapat emas. Bimbang didalangi scammer emas yang memasang perangkap menipu masyarakat dengan penjualan emas yang tidak wujud sehingga duit hangus dan hilang begitu sahaja. Berbeza di Public Gold, beli emas pasti dapat emas. Itu jaminan Public Gold. Lebih setengah juta pelanggan Public Gold tiada lagi yang membeli emas tidak dapat emas.
6. Takut Emas Sukar Dicairkan Pada Wang
Bimbang jika berlaku kecemasan emas s**ar dicairkan pada wang kertas jika perlukan tunai segera. Sebenarnya, sebelum memulakan simpanan emas fizikal, kita mesti mempunyai simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan. Emas adalah simpanan jangka panjang untuk tempoh 3 hingga 5 tahun.
Jika mememerlukan wang segera, emas yang dimiliki boleh dijual atau dipajakkan di Arrahnu, koperasi dan institusi kewangan yang lain. Anda boleh mendapatkan wang dengan segera dan berpelung menebus kembali emas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sebab itu, ilmu penting sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Untuk mendapatkan ilmu kenalah membaca buku, melayar laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas serta berbincang dengan orang yang boleh dipercayai, seperti dealer Public Gold.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
ALKISAH KUPON SERINGGIT
Zaman korang ada tak guna kupon hari aktiviti sekolah Ingat lagi zaman sekolah rendah kupon seinggit memang sinomin hari s**an, hari kantin, hari keusahawanan, hari anugerah cemerlang. Best sangat masa tu. Semua jual beli makanan melalui kupon sahaja.
Lagi banyak beli kupon lagi banyaklah berbelanja. Zaman dua puluh tahun lepas semua harga murah. Sosej dua batang baru seringgit. Koteow goreng seringgit, air balang lima puluh sen ja. Semua murahlah pada masa itu. Sekolah generasi Z sekarang masih ada lagi guna kupon macam ni?
Dulu pergi sekolah bawa seringgit dah mewah. Mampu beli nasi dan air balang. Sekarang apa yang dapat dengan nilai RM1? Air balang sajalah kot? Masih ada lagi tak anak-anak yang bawa RM 1 ke sekolah?
Peredaran zaman telah berubah seiring dengan teknologi dan ekonomi. Nasi lemak lima puluh sen dua puluh tahun lepas kini seringgit lima puluh sen. Lima tahun sepuluh tahun ke hadapan boleh bayang berapa harga nasi lemak Ketika itu. Inilah yang dikatakan inflasi kenaikan harga.
Masih tunggu lagi tanpa tindakan simpanan yang kalis inflasi? Silakan. Pilihan di tangan anda. SSejarah membuktikan pada tahun 1997, matawang RM telah jatuh nilai sebanyak 50% dalam tempoh 12 bulan sahaja.
Namun emas? Sejak 1,400 tahun lepas hingga hari ini, 1 keping dinar emas masih kekal membeli seekor kambing. Emas, bukan setakat tidak menjadikan kita miskin tetapi menjadikan kuasa beli kita berkekalan selama beribu-ribu tahun.
Tak mampu menabung emas? Emas hanya untuk orang kaya? Oh tidak lagi. Sekarang dah ada platform GAP boleh menabung serendah RM100 sahaja.
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
MELABUR EMAS IKUT-IKUTAN TANPA ILMU
Orang yang membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikutan biasanya tidak konsisten dalam menyimpan emas. Beli sekali selepas itu senyap. Sentiasa berfikiran negatif, resah dan merasa rugi bila harga emas turun naik. Berbeza dengan individu yang bermula dengan ilmu, harga emas naik atau turun mereka sentiasa cool kerana tahu apa tindakan yang perlu dibuat.
Sebenarnya, bukan emas itu membuatkan kita kaya tapi ilmu tentang emas itu yang menjadikan kita kaya dan berjaya. Disenaraikan 5 sebab kenapa penyimpan emas berilmu konsisten menyimpan:
1. Membaca Buku
Membaca buku mempunyai banyak manfaat kerana ia adalah jendela dunia. Bacalah beberapa buku untuk mengetahui asas pelaburan emas yang telah kita buat. Boleh juga melayari laman web dan blog-blog pelaburan emas bagi meningkatkan kefahaman anda berkaitan emas. Cuba hadirkan diri untuk menyertai seminar pelaburan emas yang diadakan oleh pakar tentang emas. Lagi banyak ilmu yang perolehi lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.
2. Harga Emas Naik Dalam Jangka Masa Panjang
Wang kertas atau wang fiat tidak dapat mengekalkan kuasa beli kerana nilainya akan jatuh. Setiap tahun nilainya akan menurun dimakan inflasi. Emas memang ada naik turun dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang nilainya semakin tinggi. Penyimpan yang berilmu tidak akan melabur kesemua duitnya pada emas. Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan simpanan emas 10% daripada pendapatan. Ataupun membeli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang yang tidak digunakan dalam tempoh masa 2 – 5 tahun.
3. Kenaikan Harga Barang Selari Dengan Emas
Kadar inflasi di Malaysia naik 4.4% pada Mei 2021. Jika anda ada simpanan sebanyak RM100,000 kuasa beli duit hanya tinggal RM95,600 sahaja. Kita kehilangan RM4,400 kuasa beli akibat inflasi. Harga barang naik, kuasa beli duit menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih untuk dapat barang yang sama. Beza simpan emas kenaikannya selari dengan kenaikan harga barang namun nilai kekayaannya selamat dari dimakan inflasi.
4. Emas Adalah Duit
Jika perlukan duit tunai segera, emas yang kita miliki boleh dipajak atau digadai di Ar-Rahnu dan institusi kewangan yang lain. Stigma mengatakan orang pajak emas seolah-olah terdesak nak pakai duit, kini sudah tidak relevan lagi kerana hanya orang berduit sahaja boleh pajak emas.
5. Emas Pelaburan Yang Tiada Risiko
Emas adalah satu-satunya aset yang nilainya tak akan jatuh kosong seperti pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya. Emas adalah aset yang tiada dalam sistem kewangan. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan emas kita. Beza dengan pelaburan lain, jika kita diisytiharkan bankrap semua aset akan dibekukan. Belum pernah orang bankrap sebab simpan emas tapi terlalu banyak orang bankrap sebab simpan duit kertas.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
TIGA TEMPAT MELABUR
Kita selalu tertanya-tanya, apa tempat yang paling best untuk melabur kan? Sudah tentulah pelbagai tempat kita boleh melabur. Untuk memudahkan ringkasan, saya pecahkan kepada :
1) Melabur di dalam ilmu
Ini adalah cabang pelaburan yang terbaik. Dengan adanya ilmu dapat memberi, kita dapat memastikan pemilikan pulangan yang infiniti. Dengan adanya ilmu boleh mencipta kekayaan dan mengembangkan kekayaan. Harta boleh habis tanpa ilmu. Tetapi dengan ilmu, wang seringgit boleh menjadi berganda ringgit.
2) Melabur dalam perniagaan sendiri
Orang ingin menjadi kaya akan mencari peluang membina perniagaannya sendiri. Ini kerana
perniagaan sendiri adalah jalan terpantas membina kekayaan duit dan mendapat financial freedom. Carilah perniagaan yang betul-betul anda paling banyak ilmu tentangnya untuk melabur di dalamnya. Nak mudah? Jadi je dealer Public Gold dalam team saya. Perniagaan dapat! Emas pun dapat!
3) Melabur dalam asset
Aset adalah apa-apa saja instrument yang meningkat harganya pada masa hadapan seperti emas, perak, hartanah, saham, ASB, Tabung haji, Unit Trust dan lain-lain. Setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri. Kalau nak melabur dan untung besar tapi tak nak tanggung risiko, itu adalah tidak logik. Oh ya! Jangan bimbang. Nak melabur dalam cabang emas, saya sebagai dealer aktif PG akan membimbing anda supaya dapat memastikan anda jauh daripada risiko yang besar di dalam cabang emas.
Sebagai tambahan, untuk menabung di cabang emas pastikan berada di dalam circle yang betul, Bacalah 10 buku tentang pelaburan yang ingin diceburi sebelum melabur dalam mana-mana platform. Begitulah
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
Magiknya kesan simpanan emas terhadap kewangan penyimpannya...
Pukul 9.00 malam nanti.
Ikuti forum tentang emas dan kewangan.
Ajak ahli keluarga dan kenalan-kenalan untuk ikuti sama.
🖥 Tonton di:
FB : https://www.fb.com/pgg100network
YouTube : https://youtube.com/c/pgg100network
, setiap Rabu jam 9.00 malam.
NAK JADI PENYIMPAN EMAS BERJAYA?
Untuk menjadi pelabur yang berjaya ada beberapa tindakan perlu dititikberatkan. Salah satunya adalah menjadi seorang pelabur yang berilmu. Bacalah minima sepuluh buah buku kewangan untuk mencari kesuaian pengalaman pelabur dalam menabung yang kena dengan jiwa kita.
Kedua adalah menabunglah sedikit demi sedikit untuk menambahkan simpanan dari semasa ke semasa. Elak melakukan pelaburan jumlah yang besar sebelum membuat apa-apa rujukan. Mulakan dengan modal yang sedikit terlebih dahulu untuk mencari corak pelaburan ini. Bagi simpanan emas di akaun GAP, untuk melihat hasilnya kita cuma perlu kekal memastikan gram bertambah dari bulan ke bulan.
Konsisten adalah kunci utama dalam menjadikan pelabur seorang yang sangat berjaya. Walaupun dengan pelaburan yang kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi besar. Sikit-sikit lama kelamaan menjadi bukit.
Jadilah seperti kura-kura walaupun lambat tetap mencapai matlamatnya berbanding dengan arnab laju tetapi terkandas di tengah jalan. Nak menabung emas Public Gold? Tak susah pun… Yang penting adalah mulakan Langkah pertama.
Begitulah…
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
EPP (Easy Payment Purchase) dan Outright
Gais,
Nak tak paksa diri menabung emas?
Jika kita seorang yang boros dan mahu konsisten menabung emas secara konsisten saya sarankan penyimpan emas menggunakan kaedah Syariah EPP (Syariah Easy Payment Purchase). Kaedah ini adalah salah satu kaedah yang boleh menyelamatkan wang anda dari terus dibelanja habis dan membentuk disiplin dengan jadual pembayaran bulanan.
EPP bermaksud kita lock harga hari ini untuk kita bayar beberapa bulan ke hadapan dengan harga yang sama pada masa hadapan. Harga emas yang dibeli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikan atau penurunan harga emas selepas membuat invoice pertama. EPP boleh dilakukan selama enam bulan bagi sebarang items emas berkadar RM1,000 ke atas. Setelah bayaran habis dilakukan, emas boleh diambil di cawangan bagi gram melebihi 21.25g atau pengeposan GIT berinsuran ke alamat kita bagi gram di bawah 21.25g.
Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan terutama bagi penyimpan emas modal rendah atau pekerja yang mendapat gaji secara bulanan. Cara ini dapat memaksa diri kita untuk menabung.
Anda juga boleh membeli emas secara runcit bermula dengan 1 gram gold bar melalui website Public Gold atau melaluikan kaedah pengeluaran dari akaun emas GAP. Kaedah ini boleh sangat cepat dan memudahkan semua lapisan masyarakat untuk menabung emas.
Mudah kan? Jom disiplinkan diri menggunakan kaedah ini untuk selamatkan wang dari dibelanja. Elak boros!
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan. Ada waktu, kita terlalu bersemangat untuk melabur dalam emas, tanpa asas ilmu emas. Ini amatlah merugikan. Apabila sudah terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa- apa. Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya. Cumanya untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:
1. Harga per gram lebih mahal
Harga barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan 999. Ini adalah biasa kerana adanya kos upah design emas perhiasan itu sendiri.
2. Kadar spread sangat tinggi
Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas. Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25 hingga 40% berbanding emas pelaburan 999 kurang dari 10%.
3. Kos upah yang dimanipulasi
Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas. Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya , lagi mahal kos upah yang dikenakan. Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakal jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini. Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang mahal.
4. Semakan harga sangat lambat
Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik! Tetapi jika harga emas turun, biasanya kedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu. Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.
Solusinya? Anda boleh mula menabung emas pelaburan 999 yang memiliki spread tiga kali lebih rendah, malah ada jaminan belian balik bagi emas jenama Public Gold. Pastikan pilih jenama yang diakui kukuh di dalam pasaran ya.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
BANK POSTING G100
STRATEGI ASAS JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS
Pelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib yang boleh memberikan kita keuntung segera. Namun, secara puratanya, kenaikan emas tahunan adalah sekitar 10% hingga 11% bergantung kepada pergerakan sebenar harga emas.
Dalam urusan simpanan, ada tiga strategi paling asas jana keuntungan dengan emas.
1) Beli dan Simpan (Gold Saver)
Beli emas dan simpan dalam jangka masa panjang dan jual balik apabila hendak mengambil keuntungan. Kita dapat keuntungan hasil kenaikan harga emas secara amnya sekitar 3 tahun.
Sementara menunggu harga emas naik, emas itu kita boleh manfaatkan untuk perkara lain seperti dijadikan modal pusingan bisnes dengan cara gadaian Ah Rahnu. Sementara dapat keuntungan perniagaan, segera tebus emas bagi menjimatkan kos upah simpan.
2) Beli, Jual, Beli, Jual (Gold Investor)
Strategi kedua dipanggil trading, iaitu beli harga rendah, jual apabila harganya tinggi secara kerap. Kaedah ini memerlukan kemahiran ilmu asas Analisi Teknikal Harga Emas.
3) Berniaga Emas (Gold Dealer)
Strategi ini paling senang bagi yang ada modal dan serius mahu membina kerjaya. Jadi ejen syarikat emas. Kemudian beri kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas dan bimbing mereka tentang pelaburan emas yang betul. Setiap orang yang membeli melalui kita, syarikat emas akan bayar insentif sebagai komisyen atau margin jualan.
Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) atau Tabung Haji , kita akan dapat dividen setiap hujung tahun. Melabur dalam simpanan emas , tidak ada dividen namun keuntungannya adalah pada waktu kita selamatkan kekayaan kita melalui emas.
Konflik terjadi sebab kita tidak tahu dimanakah posisi kita sebenarnya dalam pelaburan emas. Golongan pelabur minset fokus kepada kenaikan RM bukannya gram emas. Fokus sebenar kita ialah keuntungan yang dapat dijana dengan peningkatan harga emas berbanding modal yang kita keluarkan itu.
Golongan pelabur membeli emas pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi. Untuk mengenalpasti harga ini, perlu hadiri kelas Analis Teknikal Harga Emas . Didalam kelas ini, kita diajar membaca dan menganalisis graf pergerakan harga emas dunia berdasarkan perkembangan ekonomi dunia pada satu satu masa.
Tanpa ilmu ini, pelabur akan keliru bilakah sepatutnya membeli emas dan bila sepatutnya menjual emas? Pelabur emas bukan hendak simpan emas tetapi kita hanya mahu buat duit dengan nauk turun harga emas.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
AKAUN GAP (Gold Accumulation Program)
Gais, tahu tak apa tu akaun GAP? Bukan nama serangga atau bukit bukau tau!
GAP adalah Gold Accumulation Program dimana boleh menabung sedikit demi sedikit serendah RM100. GAP adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan kita menabung secara sedikit demi sedikit mengikut bajet serendah RM100. Bahasa mudahnya? GAP adalah akaun simpanan emas.
Konsepnya lebih kurang sama dengan akaun bank. Bank merekod dan menyimpan digit wang, manakala akaun GAP merekod dan menyimpan gram emas setiap kali kita menabung emas. Menabunglah banyak mana pun dan penyimpan boleh keluarkan emas fizikal seperti jongkong dan dinar. Best ke best?
Jom! Kita tengok kelebihan memiliki akaun emas GAP :
• Membolehkan penyimpan menabung emas serendah RM100
• Penyimpan boleh keluarkan emas fizikal seperti dinar dan jongkong emas
• Akaun GAP dah lama dah disahkan patuh Syariah
• Transaksi GAP 24 jam, 365 hari macam KFC!
• Menabung di GAP adalah tanpa caj simpanan
• Tiada SST bagi emas simpanan di GAP
• Jual beli dan ar-rahnu boleh dilakukan secara online
• Mudah cepat dan jimat kos
• Penyimpan dapat beli harga on the spot
Jelas? Semudah ABC kan? Sangat berbaloi menyimpan di akaun GAP. Kalau kita tak menabung untuk diri sendiri, tak kan nak tunggu orang lain buatkan ye tak?
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH KE?
‘Public Gold ada sijil patuh Syariah tak ?’
‘ Risaulah, tak patuh Syariah masuk neraka nanti’
Ini yang selalu kita dengar mengenai pelaburan emas. Sebelum menyimpan di mana-mana platform sila pastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah oleh mana-mana syarikat syariah yang telah diiktiraf. Sebagai umat islam kepatuhan Syariah sangat penting dalam kehidupan. Islam sangat menitik beratkan kepatuhan Syariah dalam apa-apa pelaburan yang ingin diceburi. Kita mahu membawa hart akita ke akhirat juga bukan?
Syarikat Public Gold telah sekian lama menerima pemberian sijil patuh syariah ini oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar iaitu Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Berikut adalah perjalanan dan perjuangan Public Gold (PG) dalam usaha memastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah.
1. 16 Januari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik).
2. 8 Februari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas, Penang.
3. 11 November 2017 : PG mendapat pengesahan patuh shariah untuk Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold.
Maka… Don’t worry, keep saving ya! Tak perlu risau dan perlu ragu-ragu lagi. Sebagai lampiran, saya share gambar sijil patuh syariah Public Gold ya!
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
Syarikat Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Mula bertapak di Malaysia 2008 sehingga sekarang dan sangat kukuh sehingga kini. Syarikat ini menjalankan perniagaan menjual membeli emas dan perak disamping menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Syarikat ini di bawah pimpinan oleh Dato ‘ Louis Ng.
Perkembangan perniagaan Public Gold yang semakin meluas, telah menyebabkan penubuhan 18 cawangan seluruh Malaysia,tempat penyimpanan emas public safe, tempat pajak emas dan perak, dan penubuhan Koperasi Dagang Emas bagi membantu memudahkan penyimpan emas menyimpan emas di Public Gold.
Public Gold memfokuskan jualan emas untuk tujuan pelaburan dan kedai-kedai emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan. Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas dan Perak termurah bagi tujuan Pelaburan serta telah mendapat pelbagai anugerah dari luar Negara.
Antara perkara yang tiada kaitan dengan Public Gold adalah :
1. Public Gold tiada kaitan dengan public bank.
2. Public Gold tiada kaitan dengan ‘multi level markerting’
3. Public Gold tiada kaitan dengan piramid wang
4. Public Gold tiada kaitan dengan skim cepat kaya
5. Public Gold tiada kaitan dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam jangkamasa yang singkat atau pulangan tetap bulanan yang akhirnya pelabur akan ditipu dan mengalami kerugian.
Tidak dinafikan Public Gold adalah syarikat emas yang sangat kukuh dan tiada rekod penipuan di mana-mana institusi perbankan. Bagi mereka yang ingin menyimpan emas boleh mula menyimpan di Public Gold lebih mudah dan selamat.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0136435965
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
Tukar surat, sambung surat, beli surat, 70:30, pajak dan beli lagi. Fuh..kalau cerita pasal ArRahnu, memang macam-macam terma kita akan dengar. Ada yang faham, namun ramai yang tak faham.
Selain itu, kita juga turut mendengar pasal golongan-golongan yang pergi ke Ar Rahnu.
Ada yang memang golongan yang memerlukan kemudahan pinjaman untuk menyelesaikan masalah kewangan dengan mencagarkan emas mereka.
Ada juga golongan yang memanipulasi sistem Ar Arahnu tersebut untuk membuat keuntungan ke atas modal emas yang mereka ada.
Ada juga golongan yang memang s**a membeli surat pajak orang lain dan menebus kerana mereka mampu dan nampak peluang menambah asset.
Namun yang penting kita tahu, kewujudan Ar Rahnu ialah untuk menghapuskan hasil bunga (faedah) yang dikenakan oleh pemilik pajak gadai konvensional sebagai ganjaran daripada wang tunai yang dipinjamkan.
Dengan adanya Ar Arahnu, kita juga dapat elakkan meminjam daripada “ah long” atau “ceti”.
Golongan peniaga kecil boleh dapat pusingan modal dengan mudah, golongan berpendapatan rendah boleh mewujudkan dana-dana yang besar contoh untuk anak masuk universiti atau berkahwin ataupun untuk kes-kes luar jangka seperti banjir.
Apa-apa hal pun, bila meminjam kita masih dianggap berhutang. Ia tetap perlu dilangsaikan. Dan jika kita berniat “menjana keuntungan dengan ArRAhnu” kena ingat harga emas turun naik, tiada siapa yang tahu. Jangan sampai nanti jadi “untung secupak, tetapi rugi segantang”.
Okaylah, kalau korang memang interested nak tahu pasal Ar Rahnu, jom! Kebetulan minggu ni topik G100 Talkshow minggu ini memang sesuai sangat.
G100 juga telah sediakan panelis yang memang pakar tentang teknik-teknik Ar Rahnu.
Tajuk : *TIP DAN TEKNIK ARRAHNU*
Tarikh : 03 November 2021
Masa : 9.00 malam
Siaran Langsung ini ditayangkan di dua platform serentak iaitu di;
Facebook : https://facebook.com/pgg100network
Youtube : https://youtube.com/c/PGG100NETWORK
Sertai Cabutan bertuah emas berketulenan 999.9 dan kredit C-Wallet di link yang akan diberikan nanti!
- Dr Hakim
Click here to claim your Sponsored Listing.