Medical Card & Hibah Prudential BSN Takaful Muhamad Hakim Muar

SAFt Advisory. Medical Card dan Hibah Takaful

28/02/2024

SIHAT SEBELUM SAKIT. JANGAN DIBUTAKAN

Dalam hidup ni, banyak nikmat yang Allah bagi. Salah satunya, KESIHATAN.

Bila kita sihat, kita boleh buat macam2. Boleh kerja, dapat income, boleh bagi anak bini makan, boleh pergi berjalan, boleh makan sedap2, bole main dengan anak cucu, dan sebagainya.

Bila sihat kita ada seribu impian nak dicapai. Seolah-olah kita ada MASA yang banyak untuk capai semuanya, asbab dibutakan dengan nikmat KESIHATAN.

Tapi untuk orang sakit, satu je yang diorang nak... diorang nakkan KESIHATAN.

Bila sakit, nak buat apa2 pun susah. Dah la susah sakit, tambah akan susahkan orang sekeliling sekali.

Memang betul, takaful tak bole bagi KESIHATAN. Nikmat KESIHATAN milik ALLAH.

Takaful hanyalah usaha kita untuk melawan sakit, melalui rawatan yang lebih baik dan cepat.

Takaful hanyalah usaha untuk kita nak jaga komitmen kita.
Takaful hanyalah usaha untuk pastikan anak bini kita dapat teruskan makan.

Namun, Takaful ni takkan ada makna...kalau baru nak ambil selepas hilangnya nikmat KESIHATAN.

Walaupun kau ada duit puluh ribu dalam bank. Belum tentu dapat carum Takaful. Bukan sebab mahal sampai tak mampu. Tapi sebab TAK LAYAK.

Korang yang baca sampai habis, kalau belum ada Takaful dan masih sihat. Korang masih ada MASA sebelum terlambat.

Tolong wassap saya segera... Inn Sya Allah, saya consult sebaik mungkin plan yang sesuai. Tekan link dibawah.

Hakim Rosli
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
http://www.wasap.my/601118559087/PlanTakafulSesuai

13/02/2024

MAMPU KE TAK MAMPU..?

Kenapa carum takaful 100 sebulan dikatakan TAK MAMPU? Tapi MAMPU bayar kereta bulan2 400+. Pergi balik kerja nak kena isi minyak RM10 tiap2 hari, nak kena servis, tukar minyak hitam lagi dah habis 100lebih. Sebulan dah habis untuk kereta je dekat 700+

Kenapa carum takaful 100 sebulan dikatakan TAK MAMPU? Tapi rokok 5,6kotak sebulan MAMPU p**ak. Rokok sekotak dh RM20, pegi kedai nak beli rokok, dh kena isi minyak RM5. Sebulan dah habis kurang2 RM125

Kenapa mampu sewa rumah 700+ MAMPU, tapi berkira2 carum 100+ untuk takaful ?

Kenapa kalau subscribe Netflix tiap2 bulan yang tak penting dan jarang tengok MAMPU, tapi TAK MAMPU carum takaful yang lebih penting ?

Mesej dekat sini, bukan nak cakap... Korang tak bole beli kereta, atau nak suruh korang berhenti rokok, atau nak suruh duduk rumah mak ayah korang, atau nak suruh unsubscribe Netflix.
Tapi nak bagitahu, korang MAMPU carum takaful. Bukan sebab takde duit.

Korang cuma takde KESEDARAN. Sebab rasa takde keperluan...

So, tugas kami sebagai agen, untuk bagitahu korang...
"Kalau kau sakit kronik, lumpuh kekal, tak bole kerja, takde income nanti... Kereta korang bye3, rokok korang bye3, rumah sewa bye3, makan minum anak bini, yuran sekolah anak kau pon akan bye3... Ambiklah takaful untuk lindungi komitmen kau".

22/11/2023

"Plan abg tak sampai 200 pun bang. Kalau abg simpan 200/bulan selama 20tahun baru dapat 48K. Tu pon kalau abg sihat sepanjang 20tahun la... kalau tiba2 sakit kronik... sengkek jugak tu bang".

"Tapi kalau 200 tu abg carum plan takaful dengan saya...kalau esok abg accident pon dah ada 1juta untuk cover kos rawatan abg."

"Kalau abg lumpuh kekal sebab accident tu. Abg dapat 100k + 20k pampasan. Total 120k. Takpayah tunggu 20thn."

"120k jangan buat beli kereta baru. Masuk dalam TH/ASB/FD. Makan dividen tahunan. Takkerja sebab lumpuh, tapi income masuk".

Lumpuh kekal pon abg bole buat untung. Tapi kalau tak lumpuh, tak claim seumur hidup. Kira rugi la?
Abg LEBIH BERUNTUNG sebab ALLAH BAGI SIHAT. ๐Ÿ˜‰

Photos from Medical Card & Hibah Prudential BSN Takaful Muhamad Hakim Muar's post 17/10/2023

๐Ÿ—ฃ๏ธ"NATANG MENDE PLAN LESTARI" โ‰๏ธ

Plan Lestari, plan HIBAH TAKAFUL khas untuk mereka yang :
- umur 30-65tahun
- dah ada sejarah sakit, atau sedang menghidap penyakit
- yang pernah apply Takaful tapi decline
- BMI terlalu tinggi/rendah

๐Ÿ—ฃ๏ธ"OOO, HOK SIHAK TOK SEY AMBIK KO" โ‰๏ธ

Yang sihat ada plan lain, jangan berkenan dekat plan ni p**ak ๐Ÿ˜…. Yang sihat2 tu bagitahu member atau family yang sakit, suruh sign-up Plan Lestari.
Oyak ke sek dio, First Come, First Serve. Untuk 2000org pertama sahaja.

Yang sakit ni, KESEDARAN dah tinggi. Cuma PELUANG takde.
TAPI, NI PELUANG DAH BAGI... JANGAN SIA2 KAN

๐Ÿ—ฃ๏ธ "ADA MEMBA NI, DOKTO KABO, ESOK NAK MATI DOH. BOLE AMBIK JUGOK KO?" โ‰๏ธ

๐Ÿ˜… Yang tu takleh dah, ni untuk yg dah ada sakit dan taktahu ajal lagi.

26/09/2023

Belajar dari pengalaman orang lain.
Btw, sekarang tengah ada promo Hibah Berganda. Hibah RM250K cover sampai umur 70thn, bole dpt dgn caruman RM100 shj.

Meninggal biasa dapat RM250K
Meninggal kemalangan dapat RM500K

Mai wassap
http://www.wasap.my/601118559087/PromoHibahBerganda

22/09/2023

Aku "Teh Tarik" dengan promo Medical Card Prudential bulan September ni. Dapat cash back RM180 wehh. "TEH TARIK" betul... dah la untuk bulan September ni je. Kena sign-up ni... jarang2 promo "Teh Tarik", menarik, kau mmg the boom"

Photos from Medical Card & Hibah Prudential BSN Takaful Muhamad Hakim Muar's post 18/08/2023

Pernah terfikir tak andai perkara ini terjadi?

1.) Keluarga berpecah berebut harta
2.) Akaun dibekukan
3.) Waris derita menanggung hutang
4.) Anak tiada simpanan pendidikan

Apa rasanya bila 'cucuk duit di ATM tapi gaji tak masuk?'

Begitulah perasaan waris selepas ketiadaan ketua keluarga - simpanan bank beku, sumber wang terhenti.

Nak tak jadi suami dari syurga? ๐Ÿ˜‰

"Aku hadiahkan RM500,000 ini kepada isteriku setelah aku mati. Agar dia mampu menanggung dirinya dan zuriatku, serta melangsaikan segala hutang ketika hayatku"

18/08/2023

Realiti masyarakat kita.

Di negara luar, orang sanggup tipu syarikat insurans sebab nak duit pampasan. Tipu mati lah, tipu sakit lah, tipu macam-macam demi dapatkan duit pampasan.

Di Malaysia p**a, orang tipu diri sendiri & egen. Mengaku dah ada Takaful sebab taknak duit pampasan.

Pelik Tapi Benar.

Bila saya bercakap tentang Takaful. Ia bukan tentang diri saya sahaja. Tetapi ianya tentang awak, dan masa depan awak sekeluarga juga.

Buatlah keputusan dengan baik, saya disini bukan untuk diri saya. Tetapi untuk mendidik dan memberi kesedaran, betapa pentingnya Takaful. Jika tidak mampu banyak, usaha lah walaupun sedikit. Lebih baik beberapa, daripada tiada apa.

Hakim Rosli
Perunding Takaful Anda
Prudential BSN Takaful
http://www.wasap.my/601118559087/SayaNakApply

14/08/2023

5 SEBAB KENAPA KITA PERLU ADA TAKAFUL

1. Ditakdirkan berlaku kematian pada diri kita, hibah Takaful akan bantu selesaikan hutang-hutang kita tanpa menyusahkan waris yg ditinggalkan.

2. Utk ganti pendapatan yg kita sediakan setiap bulan pada keluarga kita jika kita meninggal dunia. Anak dan isteri pasti boleh teruskan kehidupan, makan makanan yg sama dan hidup dalam rumah yg sedia ada.

3. Ditakdirkan berlaku lumpuh, maka pasangan pasti masih mampu utk menjaga kita dgn dana yg kita sediakan melalui pampasan hibah Takaful. Situasi mana yg lebih kita inginkan? Terlantar dan masih ada dana 5 hingga 10 tahun utk hidup? Atau terlantar dan pasangan perlu kerja lebih masa utk beli pampers dan ubat rawatan utk kita?

4. Persediaan pampasan penyakit kritikal jika ditakdirkan sakit kritikal ke atas diri kita. Serba sedikit pampasan ini dapat membantu sebagai pengganti gaji kita. Walaupun diberhentikan kerja atas sebab sakit kritikal, pampasan ini pasti masih dapat menampung kita utk teruskan kehidupan seperti biasa.

5. Pengambilan kad perubatan akan membantu kita membayar kos rawatan hospital yg diperlukan sama ada di hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Simpanan yg kita ada pasti selamat.

Kita sediakan Takaful utk kereta, risau jika kemalangan. Kita sediakan Takaful utk rumah, risau rumah kebakaran. Tapi mengapa diri kita masih tiada perlindungan Takaful? Sedangkan diri kitalah yg paling berharga

11/08/2023

Insurans (konvensional) vs Takaful

"Insurans lagi murah dari Takaful. Medical card konvensional 80sen jer ๐Ÿ™„.. baik ambik insurans".
Tanya balik diri kau, Islam ke tak? Kalau Islam... Insurans HARAM untuk kau. Jangan ambik, nanti baham neraka.

"Mana ada HARAM, operator cakap dana pelaburan insurans patuh syariah"
Sini ramai silap, insurans HARAM bukan sebab pelaburan. Tapi sebab AKAD. Insurans guna akad jual beli, takaful guna akad derma.
Kau guna akad jual beli, bayar bulan2 tapi barang takde ๐Ÿ™ƒ. Baik ambil takaful, kau bayar bulan2... Kau dapat pahala menderma.

"Alaaa, aku baru tahu. Dah lama ambik sejak zaman Paleolitik lagi. Rugi la kalau terminate. Takpelah, Islam tu mudah...Inn Sya Allah, dimaafkan"
๐Ÿ‘Š๐Ÿป๐Ÿ˜…
Jangan memandai, benda HARAM jangan sayang. Btw, tak perlu terminate... Cuma berhenti mencarum shj. Biar polisi lapsed sendiri. At the same time, meh ambik takaful dengan aku.
http://www.wasap.my/601118559087/SayaNakApply

Kalau ada agen konvensional tapi Islam... Bolelah panjangkan pada diorang mesej aku ni.

Gambar bersama manager, dan introducer

10/08/2023

Kejayaan itu, bermula dengan Bismillah,
Pastikan Naaawaitu, ikhlas kerana Allah,
Pertengahan itu, Tawakal Tu A'lallah,
Pasti dipenghujung nya Inn Sya Allah,
Kejayaan kan kau temuuu... ๐ŸŽถ๐ŸŽถ

Barisan SAFt Advisory Muar โœจ

10/08/2023

APA ITU WAITING PERIOD & CONTESTABLE PERIOD

Waiting Period ada 4 kategori
Waiting Period = Tempoh yang perlu dicapai selepas sijil lulus untuk manfaat tersebut dilindungi.

1) Selepas 24 jam
โ€“ Life Takaful: Cover kemalangan.
โ€“ Medical Card: Cover kemalangan.

2) Selepas 30 hari
โ€“ Life Takaful: Cover Pampasan Penyakit Kritikal kecuali Kanser dan Jantung. Tapi company masih akan investigate sebab kurang 2 tahun polisi.
โ€“ Life Takaful: Cover manfaat Elaun Hospital (kalau ada)
โ€“ Medical Card: Cover kes sakit selain Penyakit Kritikal seperti demam panas atau denggi (warded)

3) Selepas 60 hari
โ€“ Life Takaful: Cover Pampasan Kanser dan Jantung. Tapi company masih akan investigate sebab kurang 2 tahun polisi.

4) Selepas 120 hari
โ€“ Medical Card: Cover Penyakit Kritikal. Kalau berlaku sakit kritikal sebelum 120 hari selepas polisi lulus, tak cover untuk Medical Card. Tapi company masih akan investigate sebab kurang 2 tahun polisi.

Contestable Period 2 tahun
Contestable Period = Tempoh boleh dipertikai oleh operator Takaful dalam masa 2 tahun selepas sijil lulus.

Jika claim dibuat sebelum tempoh 2 tahun, walaupun lepas WAITING PERIOD, syarikat berhak untuk jalankan siasatan bagi memastikan client sihat semasa mencarum sijil Takaful.

Claim tidak akan diluluskan jika siasatan didapati client ada sejarah kesihatan sebelum mencarum, atau sakit itu wujud sebelum mencarum, walaupun tanpa pengetahuan client.

Bagi penggunaan Medical Card, jika belum tamat Contestable Period 2 tahun, kemungkinan besar GL (Guarantee Letter) tidak akan dikeluarkan, jika pihak underwriter claim (3rd party) perlu jalankan siasatan lebih lanjut. Ini terutama kes claim untuk sakit yang boleh berkait dengan penyakit-penyakit kritikal seperti kanser dan jantung. Hal ini kerana sakit itu berpotensi wujud sebelum client signup Medical Card atau Life Takaful.

Jadi, client perlu dahulukan dulu duit sendiri, kemudian akan di โ€˜reimburseโ€™ oleh Medical Card semula selepas siasatan selesai, dan sememangnya tiada bukti sakit itu wujud sebelum signup Takaful.

Jika tidak, berkemungkinan claim tidak akan diluluskan. Untuk claim Medical Card selain berkaitan penyakit kritikal seperti demam panas, denggi, muntah2 (warded) atau kes kemalangan, insyaAllah tiada masalah untuk mohon GL, walaupun masih dalam Contestable Period.

07/08/2023

JANGAN TERKELIRU

Bayar sejak tahun 2017.
RM720 setahun. Tanpa miss sampai tahun 2023.

Sejak tahun 2017 sampailah sekarang tahun 2023 dah 7 tahun. Tiba-tiba dijemput Illahi baru ni. Natural death, bukan disebabkan accidental death.

Bila waris pergi tuntut, rupa-rupanya polisi yg diambil tu ialah PA (Personal Accident) yg bernilai RM300,000.

Dapat ke tuntut? Jawapannya tidak. Sebab, benefits dia hanya utk :-

1) Meninggal dunia disebabkan KEMALANGAN
2) Cacat kekal disebabkan KEMALANGAN
3) Hilang anggota disebabkan KEMALANGAN

Tolong cakna dgn polisi yg anda ambil. Insurans/Takaful ada banyak jenis. Semak polisi anda betul-betul. Free review policy bersama sy.

Tambahan info, Prudential BSN Takaful ada plan hibah yg cover semua jenis kematian serendah RM55. PM utk lebih details dan free quotation

04/08/2023

"BUAT APA AMBIL TAKAFUL, BUKAN CLAIM PON NANTI RUGI JE"

Itulah ayat yang aku dapat masa tengah borak2 dengan hamba Allah ni. Ada la sentuh sikit pasal Takaful. Tak sangka p**ak dia akan cakap macam ni...

"Esok2 aku mati, pampasan bukan aku dapat pon. Kereta kalau tak habis bayar, nanti bank tarik la". (Bini dia tak payah bayar) ๐Ÿท

Aku pon terkedu, bukan tak boleh jawab. Tapi terkedu dengan cara berfikir dia. Dahsyat sangat, dalam hati "kalau kau lumpuh nanti, kau menyusahkan bini kau jugak".๐Ÿคฆ๐Ÿปโ€โ™‚

Takaful ni sebagai plan B kita. Seandainya, kita takboleh cari makan, hilang pendapatan disebabkan sakit, cacat, atau mati. Maka, takaful yang akan backup dari segi income protection dan replacement. ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ณ

Celah mana yang rugi? Kau kalau cakap rugi, maknanya, kau tak fikir orang sekeliling kau.

Lagi satu, kalau tak claim takaful sebab sihat. TAK RUGI. Engkau tu sihatttt โ€ผ๏ธ
Jangan MINTA SAKIT. Semata-mata nak claim. Bersyukur sikit nikmat sihat Allah bagi tu.โšก๏ธ

Cakap lembut2 tak rasa, kasi sembur biar terasa.

Ambik takaful mindset bagi betul. Jangan nak feel T20 sangat. Pening sikit nak admit hospital swasta. Tapi nak plan paling murah. ๐ŸŒš

Photos from Medical Card & Hibah Prudential BSN Takaful Muhamad Hakim Muar's post 03/08/2023

๐—”๐—ฆ๐—˜๐—ง ๐—ง๐—จ๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฅ๐— ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก

" Wang bukan lah segala-galanya, tapi banyak perkara boleh diselesaikan dengan wang..."- ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ

โแด›ษชษดษขษขแด€สŸแด‹แด€ษด แด€ษดแด€แด‹ แด…แด€ษด ษช๊œฑแด›แด‡ส€ษช แด‹แด€แดแดœ แด…แด‡ษดษขแด€ษด แด‹แด‡๊œฑแด‡ษดแด€ษดษขแด€ษด สŸแด‡ส™ษชสœ ส™แด€ษชแด‹ แด…แด€ส€ษช แด›ษชษดษขษขแด€สŸแด‹แด€ษด แดแด‡ส€แด‡แด‹แด€ แด…แด€สŸแด€แด แด‹แด‡แด€แด…แด€แด€ษด แดแด‡แดษชษดแด›แด€-แดษชษดแด›แด€โž. สœส€ ส™แดœแด‹สœแด€ส€ษชโ‹†

www.wasap.my/601118559087/hibahtakaful100

โค ๐‡๐ˆ๐๐€๐‡ ๐’๐„๐‘๐„๐๐ƒ๐€๐‡ ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ โค

โœ… Meninggal Normal/Sakit: ๐—ฅ๐— ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ
โœ… Meningggal Disebabkan Kemalangan: ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ
โœ… Meninggal Disebabkan Kemalangan Awam (tempat/kenderaan): ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ,๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ
โœ… Meninggal Disebabkan Kemalangan Luar Negara: ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ
โœ… Percuma Khairat Kematian: ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ
โœ… Percuma Pampasan Penyakit Berjangkit:
โœ” Kategori A (diagnosis): ๐—ฅ๐— ๐Ÿฑ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ
โœ” Kategori B (warded): ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ
โœ… Pampasan ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ž๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ถ๐—ธ (๐Ÿฐ๐Ÿฏ ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐˜€)
โœ… Contributor/waiver: jika disahkan lumpuh @ sakit kronik
โœ… Ada ๐—ก๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ง๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ถ
โœ… Penama Sehingga 10 orang (sesiapa sahaja boleh dihibahkan)
โœ… Pilihan Perlindungan Sehingga 100 tahun
โœ… Boleh dijadikan sebagai ๐˜ฟ๐™š๐™—๐™ฉ ๐™˜๐™–๐™ฃ๐™˜๐™š๐™ก๐™ก๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ, ๐™„๐™ฃ๐™˜๐™ค๐™ขe ๐™‹๐™ง๐™ค๐™ฉ๐™š๐™˜๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ & ๐™„๐™ฃ๐™˜๐™ค๐™ข๐™š ๐™๐™š๐™ฅ๐™ก๐™–๐™˜๐™š๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ.

๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—›๐—œ๐—•๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—™๐—จ๐—Ÿ:

โœ” Milik Mutlak Penerima/Penama
โœ” Tidak Boleh Dicabar Oleh Waris Lain
โœ” Quick Cash
โœ” Tiada Kos Guaman/mahkamah
โœ” Jaminan Simpanan Pendidikan anak-anak
โœ” Infaq/Sedekah/Wakaf
โœ” Kos Sara Diri Keluarga

**๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚ ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ณ๐˜‚๐—น ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป, ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต;

www.wasap.my/601118559087/hibahwarisanplus

Hakim | 014-916 2421
Takaful Advisor PruBsn

02/08/2023

Nak ambil pelan takaful yg mana dulu?
Nak lindungi siapa dulu?

Ada yang beranggapan, lindungi baby atau anak-anak dulu dengan medical card โŒ๐Ÿ™…โ€โ™€๏ธ.

Hakikatya, suami atau pencari nafkah adalah yang paling utama perlu dilindungi.

Kalau baby sakit, paling-paling kita ada hospital kerajaan. Isu kena tunggu queue lama letak tepi dulu.

Tapi kalau seorang pencari nafkah sakit atau kena musibah/meninggal? Siapa nak tolong? Siapa nak bayar segala komitmen bulanan dan makan minum?

'Breadwinner' atau pencari pendapatan untuk sebuah keluarga, ia perlu dilindungi dulu. Jika punca utama pendapatan keluarga adalah daripada suami, maka lindungi suami dulu kerana suami punya gajilah yang โ€˜menghidupkan' keluarga kita.

Kalau suami bajet tight, ambillah pelan takaful hibah je dulu. Lepastu baru fikir medical card untuk isteri dan anak-anak.

02/08/2023

MENGAPA ANDA PERLU ADA MEDICAL CARD?

โœ… Kos rawatan semakin tinggi
โœ… Tidak perlu membayar bil rawatan di hospital
โœ… Tidak semua rawatan percuma di hospital kerajaan
โœ… Tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan
โœ… Banyak pilihan tempat rawatan
โœ… Keselesaan ketika sakit

SEBAB ANDA PERLU ADA HIBAH TAKAFUL?

โœ… Cara mudah & cepat sediakan aset tunai untuk keluarga
โœ… Aset tunai yang mudah cair selepas kematian pencarum
โœ… Penerima hibah adalah penerima mutlak dan tiada siapa boleh cabar
โœ… Aset tunai untuk langsaikan hutang jika pencarum meninggal dunia
โœ… Harta untuk bukan waris contohnya anak angkat
โœ… Aset tunai untuk bayar kos pengurusan tuntutan harta pusaka
โœ… Aset tunai untuk bayar bahagian hak pusaka waris yang lain
โœ… Dana pendidikan anak-anak
โœ… Wakaf dan sedekah

SEBAB ANDA PERLU ADA INCOME PROTECTION?

โœ… Anda penyumbang utama pendapatan keluarga
โœ… Anda ada hutang yang perlu dibayar
โœ… Memastikan ada income berterusan sekiranya tidak boleh bekerja
โœ… Tidak mengharapkan pertolongan belas ihsan org lain sekiranya tidak boleh bekerja

Tak tahu nk ambil plan yg mana? PM untuk free consultation mengenai pelan Takaful yang terbaik untuk anda.

31/07/2023

Bulan Julai ni rasa macam banyak p**ak meeting.

Meeting SBU je dah 3,4 kali sebulan, sharing meeting pon 3kali seminggu, belum masuk meeting diluar bisnes lagi.

Orang kata "banyak2 meeting kalah menteri, tapi mana hasilnya".
Sabo laa, hari ni kawin takkan esok dah bersalin. Hari ni semai, takkan esok dah tuai.

Biasalah, bisnes ada naik ada turun. Yang penting kena stay long. Bell Ngasri pon tunggu 37tahun baru dapat ABP tau.

Kena duduk dengan team. Duduk sama2 kita akan kongsi aura positif. Bila nampak sorang je buat phone call, follow up. Yang lain mesti tercabar, mesti nak pulun jugak.

Last submission โœ…
Part time sharing โœ…
Kelas AFT โœ…
July โœ…

28/07/2023

GHARAR YANG DITERIMA

Aku bukanlah pakar dalam bab muamalat ni. Tapi yang mana orang pernah kongsikan dengan aku, aku cerita je la.

Sedar tak sedar, sebenarnya masyarakat kita pernah terlibat dengan jual beli Gharar(tidak jelas). Especially, dekat kedai makan.

Contohnya, masa kita makan cedok2 nasi, cedok lauk. Orang kedai kata, "takpe, makan dulu... Nanti kira". Masa nak kira nanti, "Tadi makan, ambik lauk apa". Kita pon cakaplah "ayam, itik, kambing dan lain-lain"(yg kita makan tdi la). Pastu kita pon bayar.

Situ la berlakunya Gharar. Macam mana dengan portion kita makan. Macam mana orang kedai tu tahu atau pun tak, "betul ke lauk dia ambik ni?"

Yang sepatutnya kita buat, lepas cedok nasi dan lauk... Suruh dia kira dulu pastu. Dapat harga baru makan, bayar kemudian. "Dah tu, selama ni kita makan benda haram laa!!??". Jangan risau, walaupun gharar... Tapi diterima dalam masyarakat. Maka dibolehkan.

Haa ni gambar nasi berlauk aku semalam. Biasanya kalau orang kedai cakap "makan dulu, nanti kira". Aku memang akan ambik gambar dulu... Nanti tinggal tunjuk je masa nk bayar.

Cuma ni, dh koceh2 baru nak masuk mulut... Eh teringat, tak ambik gmbar lagi.

28/07/2023

"Assalamualaikum bang, saya daripada Prudential. Saya nak buat survey. Abg dah ada apa2 plan takaful?"

"Takpe la bang, saya dah banyak insurans"

"Wah, tahniah... Ambil dengan company mana tu? Bulanan berapa?"

"Saya dah ada 3 insurans, ambik dengan bank mangkuk, bank kuda belang, dengan lagi satu bank-ngong. Bulanan saya tak ingat la berapa"

Ni pon penyakit jugak. Ambil insurans tapi tak tahu coverage dan benefit insurans. Lebih TERUK, rupanya konvensional (HARAM).๐Ÿคฆ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

Jangan kita rasa ambil insurans dengan bank dah cukup. Insurans bank biasanya cover kes kemalangan sahaja.๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

Kita ambil takaful ni sebagai Plan B untuk survive. Andai kata kita diuji dengan sakit kronik๐Ÿš‘. Kita dah ada Plan B, which means... Kita ada pampasan (sebagai backup cash), medical card untuk cover kos rawatan. Jadi kita boleh survive walaupun dah hilang income sebab tak kerja.๐Ÿ’ต

Tapi, macam mana nak survive kalau TAKTAHU plan B kita sendiri?

Pentingnya kita ambil takaful melalui Agen. Mudah nak review policy, dan dapatkan nasihat yang terbaik untuk plan B kita.

Korang dah ada takaful tapi masih blur2 lagi? Minta agen korang review policy lagi sekali.
Agen dah kena terminated? Dah pindah company?

Saya boleh tolong review policy awak.
"Biar tahu, jangan keliru"


Ni gambar dgn member masa buat D.A dekat Tanjung Emas

27/07/2023

Nak cakap pasal "Takaful" masa reunion tak sesuai nanti kena palau dgn member. Masa birthday takkan nak sembang psl musibah kot. Masa lunch time tak sesuai nak rushing masuk kerja balik. Masa weekdays tak sesuai balik kerja taknak fikir dah benda berat. Masa public holiday nak jalan jalan nanti jd mood killer p**a. โŒ

Nak tahu bila masa sesuai cakap psl "Takaful"? Bila doktor suruh sediakan RM200,000 utk transplant buah pinggang. Masa ni paling sesuai ckp pasal "Takaful".โœ…

Yg nak tunggu income cecah 5angka tetiba sanggup mencarum sampai 4angka.

Yg nak tanya suami/bini dulu tetiba boleh buat keputusan sendiri.

Yg biar polisi Lapsed tetiba kalut nak hidupkan semula.

Yg nak survey dulu dengan busy selalu tetiba terus nak jumpa Penasihat Takaful.

So nak tanya awak, bila masa sesuai kita nak jumpa ckp psl "Takaful"? Takut time dah ready nak cakap, time tuh dah tak layak.

Jadi masa tengah layak nih, baik prepare sesiap. Mencarum takaful nih utk peace of mind kewangan kita.

Your life does not get better by chance. It gets better by change.

26/07/2023

๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ก tiba tiba akan jadi penting bila dah kena buang kerja,

๐—œ๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก๐—ง tiba tiba akan jadi penting bila dah bersara,

๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—™๐—จ๐—Ÿ tiba tiba akan jadi penting bila sakit dah tak boleh kerja & hilang sumber pendapatan,

"If you do what is easy, your life will be hard. But if you do what is hard, your life will be easy.โ€

Buat persediaan awalโ€ฆtak rugi pun..

Jom saya bantu anda๐Ÿค—

25/07/2023

"Awak kena ambik medical kad personal ni. Kalau pakai insurans company, cukup2 je untuk rawatan kali ni."

"Sy tak boleh ambik medical kad lagi sebab sy dah ada masalah lutut, slip disc dan buasir. Kan Dr?"

"Memang penyakit yg sedia ada, medical kad tak boleh cover. Tapi.. penyakit yg akan datang kita tak tau lagi kan? Medical kad akan cover penyakit yg belum ada lagi. Bukan kita minta. Tapi kena bersedia la".

"Oh ya ka.. Dr bole suggest medical kad yg terbaik tak?"

"Bole. Medical kad yg terbaik ialah medical kad yg awak ambik sekarang. Sebelum penyakit lain timbul. Ermmm " ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

TAKAFUL UMPAMA PAYUNG, KITA SEDIAKAN SEBELUM HUJAN. BUKAN SEPERTI UBAT. DAH SAKIT BARU AMBIL.

Gmbar sekadar hiasan

24/07/2023

Antara beras dgn Takaful, pilihlah beras.

Antara susu anak dgn Takaful, pilihlah susu anak.

Antara bayar sewa rumah dgn Takaful, dahulukan bayar sewa rumah.

โ—Tetapi antara keinginan beli kereta bulanan RM1,000 sebulan, dahulukan mencarum Takaful RM150 sebulan dgn limit medical card RM1,000,000.

โ—Antara beli iPhone 14 RM5ribu, dahulukan mencarum Takaful RM100 sebulan dgn manfaat Hibah Takaful RM350,000.

Andai musibah menimpa, kemungkinan besar akan menyebabkan duit saving anda hilang. ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ

Takaful lah yg akan memulakan tugas utk menanggung kos medikal, memastikan nasi ada di atas meja, duit utk bayar sewa rumah, membeli susu utk anak-anak dan banyak lagi. โ€ผ๏ธ

Supaya anda tak perlu menjual kereta kesayangan, jual telefon idaman, bergadai barang kemas isteri dan berhutang sana sini. โ€ผ๏ธ

Lebih sedih lagi bila terpaksa meminta-minta. Minta rayuan dan bantuan dgn masyarakat.

Demi mendapatkan peace of mind dan kesinambungan hidup, kita harungi bersama dgn ikhtiar utk ada Takaful.

RANCANG KEWANGAN ANDA SEBELUM TERLAMBAT.

SPREAD AWARENESS WITH LOVE โค๏ธ

Nak tahu lebih lanjut, mari PM sy utk keterangan lebih lanjut.

23/07/2023

'Insurans ni semua menipu je๐Ÿ˜ก!!!'

'Ala masa nak jual mulut manis, time nak guna itu tak boleh ini tak boleh๐Ÿ˜ก'

Selalu kan dengar macam ni? Haa kalau selalu dengar, takut terpercaya dengan kata-kata orang yang tak berapa tahu ATAU cakna tentang polisi dia. ATAU dia memang belum ada polisi!

Abang-abang kakak-kakak, sign up mana-mana pelan insurans/takaful pun, mesti akan ada waiting period atau contestable period. Contestable period di PruBsn contohnya adalah 2 tahun. Dalam masa dua tahun, andai klien yg mencarum takaful terkena penyakit spesifik, pihak company pasti akan melakukan investigation terhadap sejarah sakit klien tersebut.

Andaikata didapati, sakit tersebut memang dah wujud sebelum klien tersebut sign up takaful, company berhak untuk decline GL mahupun terminate polisi klien tu.

Sebab tu selalu dengar :
1. 'GL decline'
2. 'ejen tipu'
3. Lambat claim

Sebenarnye ejen cuma perlu telus beritahu tentang waiting period semasa klien ingin mencarum takaful (medical card)

Contohnya kalau di PruBsn, untuk kemalangan,cover dalam masa 24jam selepas polisi aktif. โœ…

Untuk demam etc GL mudah lulus selepas polisi inforce selamasa 4bulan โœ…

Untuk sakit-sakit seperti migraine, gastrik (scope procedure) GL mudah lulus selepas polisi aktif selama setahun โœ…

Manakala untuk sakit-sakit spesifik i.e jantung,batu karang, kanser etc, GL mudah lulus setelah polisi lebih 2 tahun โœ… Dekat sini lah yg selalu kes GL decline, sebab polisi xsampai 2 tahun lagi, tapi keluar penyakit-penyakit spesifik.

Faham ke faham?

Sebab tu ejen selalu cakap, ambil time muda, ambil time sihat. Bukan apa, ambil muda murah & masih sihat takda penyakit. Senang bila nak guna akan datang, waiting period pun dah cantik! โœ… Cenggituu. Haaa kalau dah faham tunggu apa lagi, cari lah saya sign up sekarang sementara masih muda & masih sihat! Lepastu, takkan u sorang-sorang je nak tahu tentang ilmu ni? Share lah juga dengan kawan-kawan, sedara mara, gf bf, tunang, pasangan, family, jiran-jiran.
Kan bagus kalau semua orang cakna!

Biar faham, jangan keliru

Photos from Medical Card & Hibah Prudential BSN Takaful Muhamad Hakim Muar's post 22/07/2023

Sampai Bila Nak Macam Tu?

Dah tak nak dah kerja 8pagi sampai 5ptg, balik rumah rehat, esok datang kerja ulang benda yang sama. Dengan environment toksik, kaki kipas boss dan di kamping hitamkan. Sampai bila nak macam tu?

Sini tempat korang improve lifestyle, korang buat lebih, dapat lebih. Ada energy kita kongsi dengan team. Nabi kita dulu pon berbisnes, join bisnes ni niat ikut sunnahโ€ฆ dapat extra pahala lagi. Inn Sya Allah.

Coffee Session SAFt Muar

22/07/2023

โ€œTakpe la, aku tak minat jadi agen niโ€

Zaman budak2 dulu kalau bab cita2 ni sampai boleh keluar senarai. โ€œSaya nak jadi pilot, nak jadi bomba, nak jadi askar ๐Ÿ˜‚. Dah macam bole buat part time p**ak 3 kerja tu satu masa ๐Ÿคฃ

Dan tak pernah terlintas nak jadi agen takaful. Padahal agen takaful ni boleh buat part time even dah ada 2,3 bisnes lain. Agen takaful ni satu bisnes yang almost tak perlukan modal. Tapi income boleh kalah CEO.

Income unlimited, masa flexible. Nak balik raya kampung boleh balik 2 minggu awal, tak payah sangkut jem macam orang lain. Give your best, you will get the best for you.

Kita berhak letak value untuk diri sendiri, tak perlu orang atas yang letak value untuk kita. Jom jadi agenโ€ฆ part time dulu pon tak pe

Selesai Meeting SBU Alpha

21/07/2023

Assalamualaikum. Salam perkenalan. Nama saya Muhamad Hakim. Saya adalah penasihat takaful dari syarikat PruBSN Takaful sejak dari tahun 2022. Kepakaran sy adalah membantu anda utk mendapatkan perlindungan terbaik yg bersesuaian dgn keperluan anda.

Hibah | Medical Card | Investment

FREE consultation
FREE quotation

Want your business to be the top-listed Finance Company in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Medical Card & Hibah Prudential BSN Takaful Muhamad Hakim Muar
Muar

Other Insurance Agents in Muar (show all)
UHAIZ FIRST Enterprise UHAIZ FIRST Enterprise
No 7B Jalan Besar Pagoh
Muar, 84600

Memperbaharui Insuran Kenderaan Memperbaharui Cukai Jualan Myeg Insuran Kediaman, Bangunan dan Rumah

Prudential BSN Medical Card & Hibah Takaful by Anisa Prudential BSN Medical Card & Hibah Takaful by Anisa
Muar, 84000

Your Prudential Takaful Advisory ๏ฟฝ Free Quotation ๏ฟฝ

Faiz AIA Public Takaful Faiz AIA Public Takaful
Muar, 84000

Solusi takaful patuh syariah! Medikal kad MURAH bermula RM70! Hibah MURAH bermula RM30!

QiQi WealthPlanner QiQi WealthPlanner
Muar

ๆ‚จๅฅฝ๏ผŒๆฌข่ฟŽๆฅๅˆฐๆˆ‘็š„ไธป้กตใ€‚ ๆˆ‘ๆ˜ฏไฟ่ฏšๅ…ฌๅธ็š„่ดขๅŠก่ง„ๅˆ’ๅธˆใ€‚ ๆˆ‘็š„ๅฎ—ๆ—จ๐Ÿ‘‰็”จๅฟƒ่†ๅฌ๏ผ็ฒพๅฟƒไธบๆ‚จ็ญ–ๅˆ’๏ผ Welcome to my page๐ŸŽ‰ #Prudential#InvestmentLink#LifeInsurance

Fahim Misbah Fahim Misbah
No 2, (Second Floor) Jalan Perdana 15, Taman Junid Perdana, Jalan Abdul Rahman
Muar, 84000

Simpson - Prudential Wealth Planner Simpson - Prudential Wealth Planner
21, Jalan Arab
Muar, 84000

โค๏ธโค๏ธโค๏ธ

Lee Yi Sheng - Great Eastern Lee Yi Sheng - Great Eastern
No:2 2nd Floor, Jalan Utama 1, Taman Sakeh
Muar, 84000

MDRT Felicia ไฟ้™ฉ้กพ้—ฎ MDRT Felicia ไฟ้™ฉ้กพ้—ฎ
Muar, 84000

ใ€ไปฅๅฎขไธบไธป ยท ไปฅไบบไธบๆœฌ ยท ๆœๅŠก่‡ณไธŠใ€‘ . ็†ๆ€งไธบๆ‚จๅšๅฅฝ็†่ดข่ง„ๅˆ’ไธŽ้ฃŽ้™ฉ็ฎก็†?

Prudential Nick Lau Prudential Nick Lau
No 6-5, First Floor, Jalan Ibrahim, Bandar Maharani
Muar, 84000

Syukree Perunding Takaful Syukree Perunding Takaful
Lembah Padang
Muar, 84000

I'm Syukree Afandi, agent of Prudential Insurance. Iโ€™m willingly to help people to get a better treatment in their life. Reach me now!

Faiz Takaful Faiz Takaful
Jalan Muar
Muar, 84000

Perunding takaful pilihan anda!!! Kami menyediakan khidmat perundingan medikal kad,hibah,simpanan persaraan dan simpanan pendidikan mesra rakyat. ๏ฟฝFree consultation ๏ฟฝFree quotati...