Advanced Herbal and Ethnomedical Research- AdHerb UTHM

To gather the expertise in herbal science, technology and ethnomedical.

15/10/2023

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Fadzelly bin Abu Bakar kerana tersenarai dalam World's Top 2% Scientists ✨

27/09/2023
27/09/2023

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal 1445H. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W rasul junjungan kita.

27/09/2023

Selamat Menjalani Cuti Sangkutan Industri

Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Fadzelly Bin Abu Bakar
01 Oktober 2023 hingga 30 September 2024
She Empire Sdn Bhd, Gombak, Selangor

Semoga dipermudahkan urusan, beroleh manfaat, berkongsi ilmu dan pengalaman.

Program Inap Desa Herba bantu komuniti pelbagaikan produk,rancakkan aktiviti pelancongan 30/08/2023

Program Inap Desa Herba bantu komuniti pelbagaikan produk,rancakkan aktiviti pelancongan MUAR – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) dengan kerjasama Pejabat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), Yayasan UTHM dan Koperasi Homest...

Bengkel Hidrosegak Herba galakkan komuniti budayakan pertanian moden 30/08/2023

Bengkel Hidrosegak Herba galakkan komuniti budayakan pertanian moden MUAR, 28 Julai 2023 – Pelaksanaan ‘Bengkel Hidrosegak Herba’ anjuran Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memberi galakkan kepada komuniti F...

Photos from Advanced Herbal and Ethnomedical Research- AdHerb UTHM's post 30/08/2023

| 28 Ogos 2023 | Menyantuni delegasi dari negara China, Hong Kong, Singapore dan beberapa industri di Malaysia berkenaan program sains dan teknologi herba yang boleh dilakukan bersama pelajar dan pensyarah. Terima kasih kerana memilih UTHM untuk berbincang mengenai potensi kolaborasi yang boleh dilaksanakan kelak.

Photos from Advanced Herbal and Ethnomedical Research- AdHerb UTHM's post 22/08/2023

Setinggi tinggi tahniah kepada 3 orang penyelidik AdHerb yang telah menerima Anugerah Bitara Kirana 2023 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Johor. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama UTHM.

1) Anugerah Tokoh Penyelidik- Prof Madya Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar
2) Anugerah Pengajaran Transformatif (Penyampaian Kreatif)- Ts. Dr. Siti Fatimah Sabran
3) Anugerah Akademik Harapan- Dr. Furzani Pa’ee
4) Anugerah Penasihat Pelajar (Inovasi dan Teknousahawan)- Dr. Furzani Pa’ee

14/02/2023

I 6 Success Factors by Vice-Chancellor of UTHM, Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim.

06/02/2023

Tahniah kepada Penyelidik Utama AdHerb, Dr Furzani Pa’ee 👏🏻

Tahniah diucapkan kepada penerima

GERAN KONTRAK KEMENTERIAN
UM STEM CENTRE, UNIVERSITI MALAYA (UM)
2022 - 2023

Dr. FURZANI BINTI PA'EE
FAKULTI SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI (FAST)

"EMPOWERING THE NEXT GENERATION OF WOMEN
IN STEM FOR FUTURE CAREER"

29/12/2022
27/12/2022

Tahniah kepada penyelidik AdHerb, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar atas kejayaan mempatenkan produk ‘Tea composition and method preparing thereof’ (MY-192637-A).

26/12/2022

Fokus kepada produktiviti, bukan dengan aktiviti - Tim Ferris

Saya s**a mengambil quote dari Tim Ferris. Kadangkala saya merasakan telah banyak perkara saya buat dalam sehari. Tetapi fikiran saya tetap kusut.

Apabila saya duduk dan menilai semula. Rupanya saya telah meninggalkan 1-2 kerja yang begitu penting dan memfokuskan kepada 10 kerja yang kurang penting. Hasilnya, banyak penat yang saya dapat berbanding impak yang dihasilkan.

Begitu juga dengan penulisan journal, bagi saya lebih baik fokuskan untuk hasilkan Q1 journal. Walaupun s**ar, namun, kita akan lebih motivasi untuk hasilkannya lagi. Kerana nilainya yang tinggi.

Umpama dalam exam, cikgu tekankan supaya buat soalan yang markahnya banyak 1:15% berbanding jawab banyak soalan tapi markahnya sedikit 5:1%.

Selalunya soalan yang banyak markah ni kompleks, tapi bila berjaya diselesaikan, minda akan terasa lapang, markah pun banyak. Makin bersemangat. Begitu juga dengan nilai dalam menyelesaikan tugasan kerja.

Tabiat yang s**a menyelesaikan tugasan yang kecil terlebih dahulu, perlu digantikan dengan menyelesaikan tugasan yang berimpak tinggi. Barulah produktiviti kita akan meningkat. Jika tidak banyak masa disiakan malah penat aje yang kita dapat.

Mengutamakan tugasan terpenting inilah menjadi tabiat orang yang efektif dan produktif dalam menyelesaikan tugasan kerja mereka.

Photos from Advanced Herbal and Ethnomedical Research- AdHerb UTHM's post 09/12/2022

| 8 Disember 2022 |

Telah diadakan Bengkel Penyelidikan kepada para pensyarah dan juga pelajar di Universitas Abdurrab yang telah disampaikan oleh Ketua Advanced Herbal and Ethnomedical Research (AdHerb) di Universitas Abdurrab, Pekanbaru, Indonesia. Turut hadir pada bengkel tersebut ialah Rektor Universitas Abdurrab, Prof Dr Susi Endrini dan juga Dekan Fakulti Perubatan.

Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada semua peserta.

26/10/2022

Warga Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) mengucapkan selamat datang kepada

𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗢𝗥 𝗗𝗥. 𝗡𝗔𝗙𝗔𝗥𝗜𝗭𝗔𝗟 𝗕𝗜𝗡 𝗡𝗔𝗬𝗔𝗡

ke

𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡
𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗧𝘂𝗻 𝗛𝘂𝘀𝘀𝗲𝗶𝗻 𝗢𝗻𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti.

Photos from Advanced Herbal and Ethnomedical Research- AdHerb UTHM's post 26/10/2022

| International Research and Innovation Symposium and Exposition (RISE) 2022 |

Congratulations to all AdHerb researchers and their students 👏🏻👏🏻👏🏻

Best of The Best Commercialization (student category) & Gold medal

1) Amirul Akmal Rahim, Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar & Dr. Fazleen Izzany Abu Bakar
- In vitro and in vivo safety evaluation of Kaempferia parviflora powder

Gold medal

1) Nur Fazira Abdul Rahim (ChM. Dr. Norhayati Muhammad)
- Modelling of extraction parameters of cashew leaves as kidney stones remedies

2) Nurin Najmina Mat Ali (Dr. Fazleen Izzany Abu Bakar)
- Development of non-dairy beverage from fruit juices fermented with water kefir microorganism (soursop water kefir beverage)

3) Muhammad Ashraf Anas (ChM. Dr. Norhayati Muhammad)
-Instant multipurpose chili powder

4) Muhammad Shawal Shafiee (Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar)
- Safety evaluation (in vitro and in vivo) of Momordica charantia (peria katak) extract: a medicinal fruit with diverse health benefits potential

Silver medal

1) Nurul Syazwani Zahari (Ts. Dr. Siti Fatimah Sabran)
- Pine soap: Eco friendly soap bar develop from used cooking oil and pineapple waste

2) Nurus Sa’adah Abd Aziz (Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar)
- GacCha: Kombucha tea enriched with gac fruit

3) Affina Hanani Jamalludin (Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar)
- Development of cocoa based drink containing weight loss ingredient

4) Tengku Zarith Hazlin Tengku Zainal Abidin (Dr. Fazleen Izzany Abu Bakar)
- Development of botanical beverage as dietary supplements for weight loss

| 5 gold medals & 4 silver medals |

21/10/2022

"Kajian saintifik mengenai khasiat herba ini secara kesuluruhanya adalah masih terhad walaupun penyelidikan yang sedia ada membuktikan bahawa herba ini mempunyai potensi sangat tinggi untuk kesihatan".

Dr. Norsyahida Mohd Fauzi - Utusan Malaysia, 13 Oktober 2022

16/10/2022

Selamat menempuh semester baharu. Tetapkan matlamat, uruskan waktu dengan bijak dan sentiasa berusaha menjadikan semester ini lebih baik berbanding yang lalu.

Berinteraksi dengan harmoni dan hormat menghormati sesama kita. Jaga kesihatan dan kekal aktif serta rancanglah kewangan dengan baik.

Jika berdepan dengan situasi yang memerlukan bantuan, Penasihat Akademik dan Kerjaya serta pelbagai Pusat Tanggungjawab sedia membantu. Kitakan . Kita sentiasa bantu membantu sesama kita.

Fighting!

15/10/2022

Temui penyelidik AdHerb, Dr Fazleen Izzany Abu Bakar bersama Encik Azman Mohamad, Pengarah Pemasaran Fatman di slot Selamat Pagi Malaysia pada 29 Oktober 2022, 8.30 pagi.

13/10/2022

Tahniah kepada penyelidik AdHerb, Ts. Dr. Siti Fatimah Sabran dan pelajarnya, Nurul Syazwani Zahari atas kejayaan yang dicapai. Semoga terus berjaya!

07/10/2022

Photos from Advanced Herbal and Ethnomedical Research- AdHerb UTHM's post 07/10/2022

Perbincangan kerjasama penyelidikan antara Advanced Herbal and Ethnomedical Research (AdHerb), UTHM dan Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA), UTM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Fotosintesis, Blok A1, UTM Kampus Pagoh pada 6 Oktober 2022.

AdHerb diwakili oleh Dr. Fazleen Izzany Abu Bakar, Ts. Dr. Siti Fatimah Sabran dan Dr. Furzani Pa'ee manakala ICA diwakili oleh Dr. Nazrin Abd Aziz, Puan Nur Fashya Musa, Dr. Abd Rahman Jabir Mohd Din, Puan Rozaliana Ab Karim dan Encik Mohd Nadzreen Hidayat Sarjuni.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dan membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Faculty Of Applied Sciences And Technology, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, KM 1, Jalan Panchor, Pagoh
Muar
84600

Other Educational Research in Muar (show all)
Abg Ikan : The Adventure Abg Ikan : The Adventure
Muar

Pengembaraan dokumentasi alam semulajadi yang tiada penghujungnya

Kem Smart Hafazan Ulul Albab Kem Smart Hafazan Ulul Albab
SMKA Maahad Muar
Muar, 84000

Program pendidikan al-Quran bermula dari peringkat asas berpandukan modul khas yang disediakan.