Videos by Parti Muda Nibong Tebal in Nibong Tebal. Facebook Rasmi Parti Muda Nibong Tebal
Terima kasih kepada pihak JKR Seberang Perai Selatan.
Penduduk Nibong Tebal yang selalu guna jalan ini ada kekuatan luar biasa sebab mereka boleh melihat jalan melalui MATA LASER mereka. Harap pihak JKR Seberang Perai Selatan dapat mengambil tindakan segera demi keselamatan pengguna jalan.
Jalan mendap di Jalan Berembang, Sg.Acheh. 21 spot point dikenalpasti dan laporan telah dibuat di pejabat JKR SPS. JKR Seberang Perai Selatan
Repot Kad: Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Tuan Pengarah di atas tindakan pantas membersihkan sampah di Lorong Terkukur 2, Taman Cowin, Nibong Tebal
9.1.2023- Taman Permainan Ampang Jajar, Nibong Tebal. Terima kasih kepada pengadu Fida Azmi tentang kerosakan. Pn. Viky telah ke tempat tersebut dan melilit pita AWAS sementara tunggu tindakan dari pihak MBSP. Harap pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai dapat memperbaiki kerosakan tersebut dengan kadar segera.
30.11.2022- IPD Timur Laut bersama rakan-rakan Pakatan Harapan membuat laporan polis terhadap Awang Hadi. #PNDERHAKA
Kenapa asyik nak provokasi MUDA??? Ini majlis tertutup. Dah lah buat kacau majlis orang, baling mercun, baling botol air, rosakkan kereta tetamu dan rosakkan harta benda awam. Apa semua ini? Harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan ke atas mereka semua ini.
Mencadangkan pemasangan lampu isyarat di Pekan Nibong Tebal. JKR Seberang Perai Selatan #mudamutiara #mudanibongtebal
Terima kasih kepada JKR Seberang Perai Selatan kerana telah memperbaiki jalan ini, tetapi masalah yang sebenarnya adalah di atas jambatan. Harap pihak JKR dapat memperbaikinya juga secepat mungkin sebelum musibah besar terjadi di situ. Terima kasih kakak cantik dan manis di pejabat JKR SPS. #mudamutiara #repotkadpnviky #mudanibongtebal
19.9.2022 Jalan Nibong Tebal - Parit Buntar. Ketua Parlimen Pn.Viky telah mendapati jalan tersebut berlubang dan agak merbahaya kepada pengguna jalan tersebut terutamanya penunggang motosikal..laporan dan aduan dilakukan kepada pejabat jkr sps dan pengurus trafik projek tersebut...dijanjikan lubang lubang berbahaya ini akan titurap hari ini jugak.
Jalan gelap di jalan utama Nibong Tebal ke Jawi. YB Mansor Othman, JKR Seberang Perai Selatan & YB N19 Jason Hng 方美铼 இங் மூய் லாய் #mudamutia #mudanibongtebal
#KualaGula Lebih 100 pendatang asing tanpa izin (Pati) dipercayai terdiri daripada etnik Rohingya dan warga Bangladesh ditahan polis di perairan Kuala Gula dekat sini, pagi hari ini. Kesemua mereka itu ditahan pada 10 pagi selepas bot yang membawa mereka terkandas di benteng pasir di kawasan berkenaan. Sumber : Info Perak Utara
24.4.2022 [Taman Widuri] - Saudara Zairil Hazrin telah ke tempat kejadian. Saudara Zairil mendapati bahawa tong sampah di situ tidak mencukupi dan berlaku juga pembakaran terbuka. Parti Muda Nibong Tebal ingin memohon jasa baik Majlis Bandaraya Seberang Perai & YB Amar Pritpal Abdullah untuk mengatasai masalah ini. #MUDAsudahMULA #mudamutiara #mudanibongtebal