Liana's Kitchen

Liana's Kitchen

Operasi di hadapan Maybank Parit Raja dan di warung Sabariah & Wak Dol di Parit Sempadan Laut (berhadapan dengan kolej perwira UTHM)

05/06/2024

Sambal Ayam Penyet

Bahan-bahan

* 5 tangkai lada merah - potong
* 20 tangkai cilipadi
* 5 ulas bawang putih - hiris
* 5 biji bawang besar/10 biji bawang merah - hiris
* 5 biji tomato - potong 4
2 inci belacan
Ikan bilis - sikit je
Garam
Gula melaka
Minyak
Limau kasturi/limau nipis

Cara-cara

1. Bakar belacan dulu.
2. Masuk minyak 2-3 senduk dalam kuali. Goreng ikan bilis kejap, pastu masukkan sekali semua bahan bertanda * dan goreng sampai layu (termasuk belacan n ikan bilis td)
3. Blender tanpa air.
4. Masuk minyak sikit. Goreng balik semua sampai pecah minyak.
5. Masuk garam n gula merah (sy guna gula kabung).
6. Perah limau.

Siap! Sedap namatey weh

Dulu banyak kali buat tapi tak sedap. Sebabnya!
- goreng sekali je. Patut 2 step goreng.
- belacan terlampau banyak mcm buat sambal belacan, jadi tak sedap
- bawang putih banyak pun jd tak sedap.
- ikan bilis tak berapa garing
- garam dan gula melaka tak seimbang

Kredit Resepi : ana diana

Photos from Resepi Khairul Aming Fans's post 03/06/2024
Photos from Liana's Kitchen's post 08/05/2024

Assalamualaikum
Bermula khamis 9/5/2024 warung kami ada menyediakan NASI BAJET RM5.00 PERCUMA AIR
KAMI COMEBACK SEMULA DGN HARGA 4/5 TAHUN LEPAS DI KOLEJ KEDIAMAN BESTARI.
KALI INI KAMI BERADA DI HADAPAN KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA. JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI.

15/11/2023
Photos from Berita Terkini's post 04/11/2023
03/11/2022

Hari ni bt rojak mee & rojak kuih,

Resepi...
Utk bahan² hiasan..
1. Tahu putih (goreng potong²)
2. Kentang rebus sebijik² bg empuk (toskn potong)
3. Telur rebus
4.taugeh,lada besar,timun..
5. Mee kuning..

Utk kuah..
1. 1 paket biskut marie patah² kan (sy guna cap ping pong)
2. Kentang rebus 3@bijik ( Blend)
3. Cili kering, udg kering & bwg putih 3 ulas (blend)
4. 2 sudu besar tepung jagung
Tumis sedikit myk,masukkn bhn blend masak sehingga naik myk,masukkn air,selepas mendidih masukkn kentang yg dblend,masukkn biskut marie,kacau sehingga biskut hancur,masukkn tpg jagung pastikn gula garam secukup rasa..

Utk kuih rojak..
1. Tepung gandum 2 senduk
2. 2 sudu besar yis
3. Daun kucai (xda pon xpe)
Satukn tepung,yis,secubit garam bancuh jgn trlalu cair,masukkn kucai,perap dlm bbpe minit kemudian goreng, sy goreng menggunakan hujung sudip utk dptkn kuih rojak yg pjg²..nk goreng cara apa pon xkisah😜.. selamat mencuba

Kredit: suisan aliezsha

Photos from Resepi Mudah & Simple's post 03/11/2022
03/11/2022

BISKUT SUGHEE ROYAL BRUNEI

200gm minyak sapi (jenama Gheeblend)
100gm shortening
150gm gula halus
100gm cornflakes kisar halus
50gm serbuk badam
1 biji kuning telur
80gm tepung suji
50gm tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (dalam 350g+- ikut keselesaan korg gentel bulat2 tak pecah)

Bahan salut :
Nestum yang dikisar halus
Susu tepung secukupnya
Gaul rata ke semua bahan salut

1. Mix minyak sapu, shortening dan halus hingga sebati.

2. Masukkan kuning telur dan mix sebati.

3. Slowkan mixer masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (anggaran tepung 350gm).

4. Ambil secubit adunan dab gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar.

5. Buat hingga siap.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°c selama 25 minit atau hingga kuning keemasan.

7. Biarkan sejuk dulu.

8. Ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi dan siap untuk di nikmati.

Resepi & foto : Zulaily hanim lily

03/11/2022

Resepi Ikan Bakar

Bahan-bahan:
* Ikan bawal
* Daun pisang
* 1 inci lengkuas
* 1 inci halia
* 2 batang serai
* 3-4 ulas bawang putih
* Serbuk kunyit
* 1 labu kecil bawang besar atau bawang merah
* 2 senduk cili kering kisar
* Lada hitam – optional
* Belacan – optional

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan hingga sebati – kecuali ikan dan daun pisang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masak hingga garing dan ketepikan.
4. Letakkan ikan di atas daun pisang.
5. Lumurkan pes pada ikan dan balut ikan.
6. Panaskan kuali l***r atau non-stick.
7. Bakar sebelah bahagian dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar hingga masak.
8. Kemudian boleh hias mengikut kes**aan.

Kredit : Mohd Faisel Ab Halim

03/11/2022

Kek milo kukus,resepi paling senang dan simple..
Resepi kek milo kukus👇

Bahan2
1 Cawan milo*
1 Cawan susu pekat*
1 Cawan minyak msk*
1 Cawan gula*
1 Cawan air panas*

=== Msk semua bahan di atas...ketepikan
=========================

2 Cawan tepung gandum
3biji telur
1 sudu teh baking powder
Setengah sudu teh soda bikarbonat
==========================

Cara2
Msk semua bahan2 yg bertanda*
Pukul telur ,kemudian mas**an ke dlm bahan yg bertanda.
Mas**an tepung, baking powder, soda bikarbonat ke dlm adunan yg bertanda..(sy ayak dulu)
Akhir sekali kukus selama 45 minit sehingga msk!!

03/11/2022

Resepi Bakso

🌰 Bawang Merah
🌰 Bawang Putih
🌰 Serai (2 batang) - 1 blend 1 diketuk
🌰 Halia
🌰 Lada Hitam biji
🌰 Biji ketumbar
🌰 Rempah sup ayam
🌰 Kiub Pati Ayam
🌰 Bebola daging (frozen)
🌰 Garam
🌰 Gula
🌰 Ajinamoto / perasa
🌰 Bihun (dicelur)
🌰 Suhun (dicelur)

RESIPI CABAI BAKSO

🌶️ Cili thai merah (pedas)
🌶️ Cili burung(kalau ada)
🌶️ Bawang putih
🌶️ Bawang merah
🌶️ Cuka

☝️ Blend bahan- bahan ni semua dan masak atas api sederhana pekat (nak perasakan terpulang mas**an gula dan garam) tak nak pun tak pa

KUAH 👇

🍡 Blend bahan- bahan iaitu bawang merah,bawang putih,halia,serai,biji lada hitam,biji ketumbar dengan sedikit air..

Cara - cara :

🍜 Tumiskan serai yang diketuk.Kemudian baru mas**an bahan yang dikisar tadi..tumis sehingga naik bau..

🍜 Mas**an rempah serbuk sup ayam,kiub pati ayam,dan perasakan secukup rasa dengan garam,gula dan ajinamoto kalau nak. Dan mas**an air secukupnya.

🍜 Dah didih baru mas**an bebola daging . Lepastu celurkan bihun dan suhun dengan air panas. Hiaskan dengan daun sup ,daun bawang,bawang goreng ,taugeh dan yang penting cabai nya 🤤🤤

Sumber : Cik Merpati Putih

03/11/2022

RESEPI MEE KUAH UDANG

BAHAN-BAHAN
- kulit/kepala udang goreng /blend/tapis/simpan air udang tue
- bawang 2 biji
- bawang putih 4 ulas
- cabai blend 3-4 sudu
- tomato soup 6 sudu
- mushroom seasoning
- sayuq sawi
- udang kertas laut
- mee sepeket
- fish cake (tak boh pon takpa)
- telur ayam rebus sehingga masak
- daun bawang
- cabai hidup
CARA-CARA
- tumis bawang besar/putih/cabai blend
- dah pecah minyak masukkan air
- blend kepala udang goreng tadi, tambah air ikut s**a nak cair ke pekat
- masukkan tomato soup tadi
- masukkan udang
- masukkan sayur sawi
- garam, penambah periksa sikit
- masukkan mee..
- ok settle boleh makan dah.

Kredit: Muhamad Ismail Mohd Ali

Photos from Treval Makan's post 17/09/2022

Telephone

Website

Opening Hours

Monday 08:30 - 15:00
Thursday 08:30 - 15:00
Friday 08:30 - 15:00
Saturday 08:29 - 15:00
Sunday 08:30 - 15:00