Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM

You may also like

Tartarugas da Demi
Tartarugas da Demi

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM, Engineering service, Penang Island.

05/07/2024

Hebahan Keputusan Sesi Cabutan Undi Kerja Baikpulih Siri 2/2024
Pautan : https://drive.google.com/file/d/1dI58NMXkYOdMFtpV4cXWNStOQbsjRXI7/view?usp=sharing

26/06/2024

JEMPUTAN MENYAKSIKAN SECARA LANGSUNG SESI CABUTAN UNDI KERJA BAIKPULIH JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN FASILITI (JPPF) FASA II / 2024
Kontraktor yang disenaraikan dalam Fasa II dijemput hadir di Dewan Pembangunan Siswa II, Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA)(H21) pada 3 Julai 2024 (Rabu), 10.00 pagi bagi menyaksikan sesi cabutan undi tersebut.
Kontraktor Cabut Undi Fasa II : https://drive.google.com/file/d/1nMa9XEwMMfYDjwan_HJ5TlK-vgbma3KF/view?usp=sharing

25/04/2024

Hebahan Keputusan Sesi Cabutan Undi Kerja Baikpulih Siri 1/2024

Pautan : https://drive.google.com/file/d/1EuTAAtUCa_jWMUZW45LBdnSw78gc_x5d/view?usp=sharing

25/04/2024

Sesi Cabutan Undi Kerja Baikpulih Jabatan Pembangunan dan Pengurusan
Fasiliti, Universiti Sains Malaysia, Fasa 1 bagi tahun 2024.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 02/04/2024

Pelbagai Unit JPPF Terajui Bantuan Operasi Majlis Iftar Perdana

JPPF, USM – “Tahniah dan terbaik semua yang terlibat”. Itu ucapan ringkas Pengarah JPPF, Ts. Arman Abdul Razak setelah berakhirnya Majlis Iftar Perdana, USM.

Mengulas lanjut mengenai persediaan yang telah berlangsung, Pegawai Tadbir, Unit Pengurusan Acara Universiti Dan Operasi Khas JPPF, En. Nazri Ahmad berkata semangat kerja berpasukan dari setiap Unit JPPF menjadi kekuatan untuk memastikan operasi sokongan berjalan lancar, walaupun terdapat beberapa isu teknikal yang berlaku, namun berjaya diselesaikan tanpa disedari oleh urusetia yang lain dan juga tetamu.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 26/03/2024

Operasi Hari kelima Gantian COOLING TOWER C22 Fasa 1

JPPF, USM – Melalui tinjauan Profesor Dr. Azlan Amran 8:30 pagi 26 Mac 2024. Beliau telah dimaklumkan kerja-kerja penggantian berjalan mengikut perancangan dengan kekuatan kerja pada 25 Mac 2024 seramai 18 staf kontraktor dan 4 staf dari Unit Mekanikal JPPF.

“Projek dijangka melalui fasa terakhir iaitu ujian pengoperasian mulai hari ini” kata Encik Mohamad Huzairi.

Perkara ini turut disahkan oleh Encik Saiful Syahimy. “Saya yakin projek ini akan siap seperti yang dirancang bersandarkan kepada komitmen semua staf dan kontraktor yang terlibat”.

Makluman tambahan daripada Jurutera Mekanikal, En Mohd Nurzamzairi berkaitan perancangan projek selanjutnya. "Pemasangan Cooling Tower yang kedua (Fasa 2) dirancang untuk dilaksanakan pada penghujung April 2024. Diharap semua PTJ di bangunan Canselori bersedia menghadapi gangguan di Fasa 2 nanti dan kerjasama penuh sekali lagi dapat diberikan. Kesulitan hari ini demi keselesaan masa hadapan".

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 25/03/2024

Pasukan Unit Mekanikal Bertungkus-Lumus di C22

JPPF, USM – Sehingga 6 pagi 25 Mac 2024, Pasukan Unit Mekanikal kini bersedia untuk mengadakan ujian kebocoran penggantian paip baru bagi memastikan sasaran kerja tercapai seperti tercatat pada edaran Notis Gangguan Sistem Penyaman Udara Berpusat, Di Bangunan Canselori, USM.

“Isnin, 25 Mac 2024 adalah hari keempat Pasukan Unit Mekanikal, JPPF berkampung di tapak penggantian COOLING TOWER” ujar Mohd Nurzamzairi

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 27 Mac 2024, jam 10 malam.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 24/03/2024

Lebih 24 Jam, Tanpa Henti Tukar Dua Unit “Cooling Tower”

JPPF, USM – “Kami di tapak Cooling Tower Bangunan C22 USM secara shift sejak jam 5 petang 22 Mac 2024.” ujar Loqman Hakim.

“Inilah kisah malam minggu kami.” Menurut En. Ahmad Syukri Abd Khalil, operasi penggantian ‘’COOLING TOWER” Sistem Penyaman Udara Berpusat di Bangunan Canselori (C22) USM wajib diselesaikan mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.

“Antara cabaran tugasan malam ini ialah kerja-kerja pemotongan paip besi keluli lama, serta ketepatan masa bagi memastikan semua fungsi operasi Cooling Tower baru siap berfungsi mengikut perancangan”. Ujar Ahmad Munn’eem

Menurut Muhammad Syafiq “Penggantian perlu disegerakan, disebabkan penyaman udara berpusat sedia ada terlalu uzur serta kekerapan kerosakan yang tinggi dan tidak lagi ekonomi untuk diperbaiki

Untuk sesi malam ini, empat staf Unit Kejuruteraan Mekanikal, JPPF terlibat. Mereka terdiri daripada En. Ahmad Syukri Abd Khalil, En. Loqman Hakim Ahmad, En. Ahmad Munn’eem Ismail dan En. Muhammad Syafiq Rahim. Operasi penggantian ini telah dirancang dan bermula sejak petang 22 Mac 2024

Menurut En. Mohd Nurzamzairi Mohd Yunus, tugasan sesi sebelumnya turut disertai oleh En. Mohamad Huzairi Mohd Hashim, En. Muhamad Ismail serta En. Saiful Syahimy Isa

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 23/03/2024

Aduan Jabatan Keselamatan USM Diselesaikan.

JPPF, USM – “Terima kasih JPPF. Aduan pasukan saya disegerakan”. Mesej Encik Mohammad Kasni Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan, USM.

“Aktiviti pembersihan hari ini, akan memudahkan pasukan saya memantau dan mengesan laluan masuk dan keluar anjing liar serta berupaya meningkatkan keselamatan ruang kampus. Ini kerana keselamatan ruang turut dipantau khas oleh Profesor Dr. Azlan Amran” ujar beliau.

Menurut Encik Zairil Azhar Zainol dari Unit Kelestarian Kampus, JPPF. “Susulan aduan tersebut, satu tindakan telah dilaksana. Encik Wan Zaharin Wan Ismail dari Unit Kelestarian Kampus telah mengetuai operasi pembersihan pagi ini (23/3/2024) dengan kekuatan lapan anggota kontraktor pembersihan kawasan”

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 23/03/2024

Unit Elektrik Komited Dengan Tugasan

JPPF, USM – “Tiada istilah rehat, semua wajib beri 100% komitmen” kata Mohd. Salmi.

Ketegasan untuk menyelesaikan beberapa kerja utama pada cuti hujung minggu 23 Mac 2024 dan 24 Mac 2024 disambut baik oleh staf Unit Elektrik ketika menjayakan tiga tugasan serentak, walaupun ketika di bulan Ramadhan.

Lokasi terlibat ialah :

1. Kompleks J – DE Usang
2. PP Sains Kimia – RMK12 RP3
3. LV Pencawang 4 – Pembaikan Terancang

Menurut Encik Zulkeflee Yusof dan Encik Mohd Khairul Anuar Mohamed Ali “Unit Elektrik menggunakan segala sumber dan tenaga untuk pastikan tugasan ini berjaya, seterusnya memastikan infra sedia ada dalam keadaan baik dan berupaya memberi jaminan bekalan yang sentiasa berterusan”

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 23/03/2024

Tahniah Pasukan JPPF.

JPPF, USM – Projek Pembaikan Keretakan Struktur H13, Hilton yang dilaksanakan sebelum ini siap sepenuhnya pada 12 Mac 2024 dan telah diserahkan kepada Pusat Perumahan Dan Penginapan Universiti secara rasmi pada 18 Mac 2024.

Tinjauan Profesor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri Dan Masyrakat (JIM) bersama Ts. Mohd Noor Naina Mohamed pada 19 Mac 2024 menunjukkan semua penghasilan kerja telah dilaksanakan dengan sempurna serta disahkan oleh JPPF.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 19/03/2024

Dato’ Pengarah IPPT Terima Kunjungan Pengarah JPPF

JPPF, USM - Profesor Dato' Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Pengarah Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT) menerima kunjungan Ts. Arman Abdul Razak yang juga Pengarah Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) di pejabat beliau di sini, hari ini Rabu, 19 Mac 2024.

“IPPT menyambut baik potensi kerjasama dengan JPPF Kampus Induk, terutamanya aktiviti yang melibatkan pembangunan dan pembaikan infrastruktur demi keselesaan staf dan pengguna perkhidmatan di IPPT” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Seksyen Kejuruteraan IPPT, Encik Shahrulnizam Mohamad Nor memaklumkan bahawa kerjasama baru yang bakal terbentuk akan disokong oleh semua staf seliaan beliau.

“Saya hargai hubungan rapat di antara JPPF Kampus Induk bersama IPPT dan berharap dapat merancakkan kerjasama teknikal di semua peringkat,” katanya.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 18/03/2024

Gaya Masakan Seperti Arwah Zulkifli Ishak, Dewan Budaya USM.

JPPF, USM – “Mengimbau memori berguru ilmu dan seni masakan dari arwah Abang Zul, Dewan Budaya kepada saya sejak tahun 2007 benar-benar menyentuh hati. Beliau adalah ikon di dapur Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia (USM)”. Itu luahan rasa Encik Mohd Syukri Abdul Hadi, Penolong Jurutera, Unit Kejuruteraan Mekanikal, JPPF.

“Tradisi tahunan yang melahirkan warnarasa hidangan berbuka puasa beliau, benar-benar mengasah bakat yang saya kumpul sejak dari tingkatan empat lagi” ujar Syukri.

Terima kasih Pusat Islam USM, sebab di sinilah bermulanya kisah wira – wira Sukarelawan Ramadhan daripada JPPF, kerana setiap hari, hidangan yang ditampilkan berbeza-beza.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 18/03/2024

Projek Pembaikan Keretakan Struktur H13, Hilton Siap

JPPF, USM – Menurut Encik Muhammad Syamim Ibrahim, Penolong Jurutera Awam, Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF). JPPF telah siap sempurnakan projek berkenaan tepat seperti tarikh yang telah ditetapkan iaitu 12 Mac 2024.

“Alhamdulillah, syukur. Dengan kerjasama semua pihak dan di bawah pemantauan rapat Timbalan Pengarah BPF, siap juga akhirnya.” Ujarnya.

Menurut Encik Mohd Noor Naina Mohamed, Projek ini diberi keutamaan utama bagi memastikan operasi bangunan berkenaan dapat diserahkan kepada pihak Desasiswa sebelum pembukaan semester akan datang.

Menurutnya lagi, “Bermula tahun 2024, JPPF akan terus komited bagi memastikan projek baik pulih di bawah seliaan pasukan saya, siap sepertimana yang ditetapkan jadualnya”

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 16/03/2024

Ambil Peduli Isu Keselamatan Ruang.

JPPF, USM – Unit Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), USM mengambil cakna isu keselamatan dan pengurusan ruang.

Berbekal dengan keputusan perbincangan antara Ketua Unit Kejuruteraan Mekanikal Puan Norazrina Mohamad bersama staf terlibat, kata putus telah dipersetujui, “Usah pandang ringan isu pengurusan ruang, aset universiti dan keselamatan ” kata Azrina.

Sehubungan itu, empat staf terlibat yang terdiri daripada Encik Ahmad Muuneem Ismail, Puan Ainun Zakiah Zanial, Encik Loqman Hakim Ahmad dan Encik Mohd Huzairi Mohd Hashim telah selesaikan aktiviti fasa 1 bagi tujuan menyusun dan mengenal pasti peralatan yang bakal dilupuskan.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 15/03/2024

Lima Unit Gabung Tenaga Selesaikan Laporan Pembaikan

JPPF, USM – Lima rakan sekerja daripada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) bertungkus-lumus siapkan tugasan pembaikan kecil susulan daripada aduan yang diterima.

Mereka terdiri daripada Encik Mohd Suhardi Ramli (Unit Pengurusan Perabot), Encik Hussain Mohd Mydin (Unit Kejuruteraan Elektrik), Puan Zahurin Fadzil (Unit Kejuruteraan Awam), Puan Siti Sarah Ahmad Tajuddin (Unit Kejuruteraan Mekanikal) dan Encik Saiful Faizi Abu Hanafiah (Unit Cucian)

Tugasan pembaikan telah berlangsung di Bilik Pejabat Pengarah, Pusat Pembangunan Pelajar, Bilik Mesyuarat HDC, dan beberapa ruangan Bilik Pegawai Pentadbiran.

“Kami mengambil masa hampir dua minggu untuk selesaikan semua laporan kerosakan”

Profesor Dr. Azizah Omar, turut mengucapkan jutaan terima kasih dan kagum dengan semangat staf JPPF yang terlibat menyelesaikan aduan kerosakan yang dilaporkan Setiausaha beliau, Puan Juliana Jaafar

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 13/03/2024

Chef JPPF Ketuai Pasukan Masak Menu Berbuka 13 Mac 2024

JPPF, USM – Setiap tahun kemeriahan Ramadhan di Kampus Induk USM sentiasa diserikan bantuannya oleh staf-staf Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) mengikut jadual yang telah disusun.

Hari ini JPPF bertuah kerana Encik Mohd Syukri Abdul Hadi mengetuai operasi masakan yang bermenu Nasi Minyak, Daging Pesamah dan Gulai Dalca.

“Saya bangga meneruskan tradisi ini bersama rakan-rakan staf JPPF yang lain” ujar Syukri.

Unit Kelestarian Kampus JPPF turut membantu menyediakan kemudahan tong sampah dengan kuantiti yang banyak bagi menampung kehadiran pengunjung sekitar 1300 jemaah pada setiap hari.

Menurut Encik Wan Zaharin Wan Ismail “Khidmat pembersihan juga dilaksanakan pada sesi malam bagi memastikan suasana sekitar masjid sentiasa bersih”

Antara yang turut bertugas hari ini bersama Encik Mohd Syukri dan Encik Wan Zaharin ialah Puan Rusmawati Yusof serta Puan Ainun Zakiah.

Menurut Puan Ainun “Untuk tahun 2024, saya dijadual bertugas 10 kali bersama staf-staf JPPF yang telah berdaftar menjadi Sukarelawan Ramadhan”

Selain daripada persiapan harian di dapur, staf JPPF dari pelbagai unit, turut menyumbang bakti di peringkat awalan dan inilah Jenama JPPF seperti kata Encik Ahmad Dusuki Rosley “Di mana ada aktiviti, di situ ada kami”

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 12/03/2024

Pengarah JPPF Perkasa Pemantauan Projek Pembangunan Semasa.

JPPF, USM – Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Ts. Arman Abdul Razak bersama dua Timbalan Pengarah JPPF mengambil langkah rutin baru bagi memperkasakan pelaksanaan projek pembangunan melalui lawatan berkala dan terancang ke tapak-tapak projek yang sedang berlangsung.Tiga lokasi telah dipilih, dan kehadiran Pengarah adalah turut bersama Pasukan Teknikal JPPF

Ketika di tapak cadangan sementara Pusat Racun Negara (PRN), Arman menyatakan “Saya mengambil perhatian penuh berkenaan prestasi pelaksanaan projek pembangunan yang sedang berlangsung”

Menurutnya lagi “Sejak pertengahan tahun 2023 sehingga sekarang, Pasukan JPPF terus berjuang bagi memastikan Projek Inisiatif Naib Canselor dapat disiapkan mengikut jadual seterusnya berupaya memastikan penyampaian perkhidmatan JPPF terus cemerlang”

Pasukan JPPF turut meninjau Projek Naik Taraf di Dewan Kuliah X dan Y sebelum bergerak ke Bangunan Institut Penyelidikan Perubatan Molekul untuk melihat kerja-kerja mengecat yang sedang berlangsung.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 11/03/2024

JPPF dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Teroka Potensi Kerjasama

JPPF, USM - Profesor Madya Dr. Jasni Sulong menzahir keyakinan bahawa JPPF dan PPIK akan terus berkongsi pengalaman dan kepakaran bagi memastikan kerjasama aktiviti yang dianjurkan oleh PPIK terus disokong.

Ucapan terima kasih PM Dr. Jasni disampaikan kepada beberapa wakil JPPF ketika Sesi Minum Petang 11 Mac 2024.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 11/03/2024

JPPF Cipta Sejarah Tersendiri

Pasukan KIK yang mewakili USM ke Konvensyen KIK Universiti Awam di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada bulan Ogos 24

- Bidang Sosial (Solaris) - JPPF
- Bidang Penyampaian Perkhidmatan (C-Ner-G) - HUSM

Tahniah diucapkan kepada pasukan terpilih. Semoga beroleh kejayaan dan mengharumkan nama JPPF/USM diperingkat KPT.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 11/03/2024

Tanpa Kreativiti, Dekorasi Landskap Bagaikan Kaku

En. Justin Jesudass dan En. Halim Jassin, staf Unit Kelestarian, Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) sentiasa berkongsi idea penjagaan landskap melalui seni potongan dan pemangkasan pokok dalam membentuk kesenian penjagaan landskap dan keindahan hiasan pokok sedia ada di dalam USM.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 11/03/2024

Sedang Berlangsung Proses Pendaftaran Kerja Undi 2024.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 09/03/2024

JPPF USM Kampus Induk Bersedia Terima Kunjungan

JPPF, USM - Persediaan terakhir proses pendaftaran kerja undi 2024, Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF), Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) pada 11 Mac 2024.

09/03/2024

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM mempelawa kontraktor yang berminat bagi menyertai Sesi Cabutan Undi Kerja Baikpulih 2024. Maklumat Pelawaan dan Borang Pendaftaran seperti perincian berikut:
Pelawaan Kampus Induk dan Kejuruteraan : https://drive.google.com/file/d/1plq-lHe-D0kla3rNA_RcTSVlJTbSlr6f/view?usp=sharing
Borang Pendaftaran : https://drive.google.com/file/d/1v3Xloq4g4KcSz5PS1g67pzSeDf8PHCPC/view?usp=sharing

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 09/03/2024

Staf Kelestarian Kampus, Staf Cucian Dan Staf Pengurusan Perabot - UNSUNG HERO yang sentiasa ada.

JPPF, USM : Menurut Encik Ahmad Dusuki Rosley “Di mana ada aktiviti universiti, di situ ada kami”. Menurut beliau, tidak mudah menyusun waktu kerja penghantaran dan pengambilan perabot yang ditempah ketika suasana sekarang amat panas.

Perkara yang sama turut dikongsikan oleh staf Unit Cucian. “Sebelum dan selepas aktiviti, pasukan kami adalah pasukan yang terakhir untuk pastikan kebersihan terjaga”

Kemuncak berita tugasan tiga pasukan ini dapat disaksikan ketika Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM), sumbangan idea kreatif hiasan pokok mengesahkan, merekalah wira tidak didendang yang menyumbang kepada keceriaan aktiviti universiti.

Nantikan kisah-kisah UNSUNG HERO dari Unit – Unit JPPF yang lain, melalui siri kisah : Di Sebalik Kejayaan Setiap Aktiviti USM.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 08/03/2024

JPPF, USM - Khamis 7 Mac 2024, Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Kampus Induk, USM melalui Unit Awam dan Unit Elektrik telah laksanakan gerakan Operation Minute Detail (OMD) secara bersepadu di Dewan Kuliah G03. Dua skop kerja telah diberi perhatian :

1. Pembaikan terus
2. Mengumpul maklumat senarai kerosakan yang memerlukan bantuan pakar.

Tugasan OMD ini dilaksana awal bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pada sesi baru nanti berjalan lancar dan selesa.

Photos from Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM's post 08/03/2024

Program Perjumpaan Khas JPPF Kampus Induk, USM, bersama Prof. TNC BJIM dan Pengarah Bil 2/2024 serta Tahlil dan Doa Selamat sempena Ramadhan 1445H Peringkat JPPF.

Tarikh : 8/3/2024 (Jumaat).
Masa : 11.20pagi - 1Tengahari.
Tempat : Agro Village JPPF.

Nasihat Prof. Dr. Azlan Amran. "Tahniah dan kekalkan prestasi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan di samping mengelak sebarang punca kejadian yang boleh menjejaskan reputasi JPPF."

Want your business to be the top-listed Engineering Company in Penang Island?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Sesi Cabutan Undi Kerja Baikpulih Jabatan Pembangunan dan Pengurusan  Fasiliti
Kursus Kejuruteraan, Penyenggaraan, Pembaikan & Baikpulih - Amalan Terbaik USM
Montaj Senarai Kerja Baikpulih Siri II/ 2021
Taklimat Khas Kontraktor Panel Baharu Sesi 2021-2023

Address

Penang Island
11800

Opening Hours

Monday 08:00 - 06:00
Tuesday 08:00 - 06:00
Wednesday 08:00 - 06:00
Thursday 08:00 - 06:00
Friday 08:00 - 06:00

Other Engineering Services in Penang Island (show all)
Bertam Aircond Services Bertam Aircond Services
Bandar Putra Bertam
Penang Island, 13200

Aircond and wiring services

Pentamaster Corporation Berhad Pentamaster Corporation Berhad
Plot 18 & 19, Technoplex, Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas, Phase 4
Penang Island, 11900

200201004644 (572307-U) Global advanced automation solutions provider

Pentrac Itron Pentrac Itron
12 Persiaran Bayan Indah, Bayan Bay
Penang Island, 11900

Pentrac Itron's Calibration Lab is a fully-certified, full service repair & calibration laboratory. Our calibration facility supports a wide range of semiconductor calibration bran...

YK CNC SDN BHD YK CNC SDN BHD
No 315, Blok H Jalan Batu Maung
Penang Island, 11960

USEC Engineering USEC Engineering
121 Jalan Permai Taman Brown
Penang Island, 11700

We are specialised in sharpening and modifying any types of HSS and carbide milling cutters. Website

Habh utara ent. Habh utara ent.
No 18 , 1st Floor , Persiaran Mahsuri
Penang Island, 11900

Mi Equipment Malaysia Mi Equipment Malaysia
No. 20, Medan Bayan Lepas Technoplex, MK 12, Taman Perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang
Penang Island, 11900

Die Sorting and Vision Inspection Machine Manufacturer

Beng Lee Car AirCond Specialist Sdn. Bhd Beng Lee Car AirCond Specialist Sdn. Bhd
1G, Jalan Sultan Azlan Shah , Bayan Baru, Bayan Lepas
Penang Island, 11950

Contact us at WhatsApp -0164218002

MyCAE Technologies Sdn Bhd MyCAE Technologies Sdn Bhd
29A-05-02, The Maritime Suite, Persiaran Karpal Singh 2
Penang Island, 11600

We are a specialist engineering company offering (i) FEA; (ii) CFD; (iii) Vibration engineering etc

RC Precision Engineering Sdn. Bhd. RC Precision Engineering Sdn. Bhd.
155A, Block C, Bayan Lepas FIZ Phase 1
Penang Island, 11900

One stop Contract Manufacturing