Videos by School Of Physics, USM. in Penang. A very warm welcome to the School of Physics, Universiti Sains Malaysia official pages.
Global Malaysian Astronomers Convention (GMAC)
Program Global Malaysian Astronomers Convention (GMAC) 2023 merupakan satu persidangan antarabangsa yang akan diadakan di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, pada 16-18 Jan 2023, ia bertujuan memberi peluang kepada ahli-ahli astronomi Malaysia dari dalam dan luar negara untuk membuat jaringan kolaborasi dalam penyelidikan astronomi dan membincangkan pelan jangka panjang pembangunan astronomi Malaysia di semua peringkat pendidikan. Program GMAC yang bertemakan “Satu Bangsa, Satu Dunia, Satu Langit: Astronomi se-Malaysia” ini merupakan anjuran bersama International Astronomical Union (IAU) dengan Kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO berkaitan astronomi di dalam dan luar negara, seperti Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Planetarium Negara, dan beberapa universiti awam Malaysia termasuk UM, UKM dan USM.
Program GMAC sebenarnya bukan sahaja fokus kepada ahli akademik, manakala ia juga bertujuan memberi peluang kepada orang awam yang berminat dalam astronomi berinteraksi dengan ahli astronomi profesional dan melakukan aktiviti astronomi bersama. Salah satu pengisian program ini adalah penganjuran aktiviti jerayawara di tiga negeri terpilih di seluruh Malaysia, iaitu Johor, Sabah dan Pulau Pinang. Pusat Pengajian Sains Fizik (PPSF) USM, Pertubuhan Astronomi Pulau Pinang (ASP), Kelab Astronomi USM (KAUSM) dan Persatuan Sains Fizik (PSF) USM telah bekerjasama dan ingin menjadi tuan rumah jerayawara astronomi di Pulau Pinang. Jawatankuasa induk GMAC Penang Roadshow (GMACPR) telah ditubuh, dan ingin menjalankan satu jerayawara astronomi di USM pada 14 Januari 2023 (Sabtu), 9.00 am –11.59 pm.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SELURUH WARGA PUSAT PENGAJIAN SAINS FIZIK "Gemersik takbir mengundang hiba Salam diutus tanda ingatan Syawal dinanti menjelang tiba Salam diutus pohon kemaafan"