JOM Shopping - Iklan Super Free

JOM Shopping - Iklan Super Free

"kita tidak boleh paksa orang terima pandangan kita, dan orang tidak boleh paksa kita terima pandangan mereka, tapi Allah berikan kepada kita akal dan hati.

nilailah dengan rasional dan jiwa yang tenang"

PANAS!: Maszlee Malik ada "strategi" pastikan usul tak percaya dibentang 19/10/2020

MUHYIDIN MAHU KEKAL PM LAGI

“Dewan Rakyat akan disibukkan dengan urusan kerajaan. Ini taktik politik dalam sistem demokrasi berperlembagaan apatah lagi apabila perdana menteri tahu majoriti ahli parlimen tidak menyokongnya di Dewan Rakyat." - Maszlee Malik

https://negarakini.com/panas-maszlee-malik-ada-strategi-pastikan-usul-tak-percaya-dibentang/

PANAS!: Maszlee Malik ada "strategi" pastikan usul tak percaya dibentang “Dewan Rakyat akan disibukkan dengan urusan kerajaan. Ini taktik politik dalam sistem demokrasi berperlembagaan apatah lagi apabila perdana menteri tahu majoriti ahli parlimen tidak menyokongnya di Dewan Rakyat." - Maszlee Malik

Tiada lagi persefahaman dalam kerajaan PN, Umno kecam Faizal Azumu 19/10/2020

Nampaknya persefahaman serta perjanjian ini tidak lagi dihormati dan suasana muafakat yang dibina itu tidak lagi dihargai dengan baik.

"Hakikatnya, ia sudah berkali-kali dilanggari oleh Faizal sebelum ini"

https://infonegarakini.com/tiada-lagi-persefahaman-dalam-kerajaan-pn-umno-kecam-faizal-azumu/

Tiada lagi persefahaman dalam kerajaan PN, Umno kecam Faizal Azumu Nampaknya persefahaman serta perjanjian ini tidak lagi dihormati dan suasana muafakat yang dibina itu tidak lagi dihargai dengan baik. "Hakikatnya, ia sudah berkali-kali dilanggari oleh Faizal sebelum ini."

Umno "bengang" dengan Wan Fayhsal, dakwa terlalu celupar - Najib Razak 18/10/2020

Najib berang dengan kenyataan Wan Fayhsal dan mendakwa keceluparan Timbalan Menteri itu mengundang kemarahan akar umbi Umno.

Kini Bersatu dan Umno seperti retak menanti belah apabila kedua-dua parti sering melancarkan serangan tanpa henti-henti.

https://negarakini.com/umno-bengang-dengan-wan-fayhsal-dakwa-terlalu-celupar-najib-razak/

Umno "bengang" dengan Wan Fayhsal, dakwa terlalu celupar - Najib Razak Najib berang dengan kenyataan Wan Fayhsal dan mendakwa keceluparan Timbalan Menteri itu mengundang kemarahan akar umbi Umno. Kini Bersatu dan Umno seperti retak menanti belah apabila kedua-dua parti sering melancarkan serangan tanpa henti-henti.

11/10/2020

Kegagalan Pemerintahan Kerajaan PN Oleh Menteri PAS

Oleh : Dr Mahathir Mahmud

1. Duta Khas Perdana Menteri ke Negara Timur Tengah/ Asia Barat ( Bertaraf Menteri Penuh ) :

1. Sehingga kini GAGAL menjalankan tanggungjawab sebagai Duta Khas PM. Tiada keuntungan yang kerajaan serta rakyat perolehi daripada jawatan Duta Khas Perdana Menteri yang diwujudkan KHAS ini.
2. GAGAL untuk menarik pelaburan daripada negara Asia Barat dan Timur Tengah sedangkan dipalu gendang seluruh dunia, katanya Duta Khas ini HEBAT menarik pelaburan daripada tok tok Arab.
3. Gaji hasil cukai duit duit rakyat dibayar kepada Duta Khas ini yang masa sehariannya banyak dihanguskan untuk memberikan ceramah dikawasan Parlimennya sahaja. Sedangkan jawatan Duta Khas ini adalah untuk bekerja untuk seluruh rakyat Malaysia.

2. Menteri Undang Undang :

1. Tidak Mampu merealisasikan RUU 355 untuk dibentangkan semula diParlimen walaupun telah menjadi Kerajaan sepertimana gesaan ratusan ribu ahli PAS dilakukan semasa himpunan RUU 355 diPadang Merbok sebelum Pru-14 yang dihadiri bersama wakil Umno dan M***i Wilayah.
2. Tidak mampu membawa pesalah kes ADIB ke Mahkamah seperti yang diperjuangkan hari hari dimedia dan Jalanan ketika PAS menjadi pembangkang.
3. Gagal melaksanakan undang Undang LGBT dan Undang Undang Penghinaan terhadap agama Rasmi Malaysia iaitu Agama Islam yang diperjuangkan sebelum PAS menjadi kerajaan memerintah.
4. Gagal melaksanakan RCI MEMALI walaupun PAS telah menjadi kerajaan memerintah. Dahulu ditekan kerajaan Umno dan PH supaya diadakan RCI supaya ahli ahli PAS percaya perjuangan mereka adalah benar dan SYAHID.
5. Gagal mengadakan siaran langsung selama 1 jam kenapa sebab sebab PAS mengkafirkan Umno sepertimana PAS minta sebelumnya semasa menjadi pembangkang tegar.
Sedangkan sekarang beratus jam PAS ada masa untuk terangkan kepada rakyat Malaysia kenapa Umno dikafirkan PAS.

3. Menteri MEWA ( Alam Sekitar dan Air ) :

1. Gagal membawa Inovasi, pembaharuan serta penguatkuasaan bagaimana untuk menangani masalah pencemaran kepada alam sekitar seperti Penebangan hutan balak yang berleluasa diKelantan dan Pahang. Malah pencemaran merebak sehingga kekawasan tanah Adat Orang Asli.
2. Gagal menangani isu pencemaran sungai sungai sebagai kawasan sumber tadahan air minuman. Sedangkan Menteri PAS inilah yang akan menguatkuasakan Undang Undang kepada sesiapa sahaja baik perseorangan ataupun pihak swasta yang mencemari alam sekitar dengan pembuangan sisa toksik.
3. Terbukti GAGAL Dalam menangani masalah 38% penduduk Kelantan yang masih ketiadaan sumber bekalan air paip bersih. Malah Menteri MEWA PAS ini mencadangkan selama 40 tahun lagi untuk selesaikan isu isu bekalan air bersih terawat diKelantan. Betullah cadangan Menteri MEWA PAS ini kerana kita baru sahaja MERDEKA beberapa tahun daripada penjajah Kafir British kerana kita sekarang berada ditahun "1960".

4. Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi :

1. Menteri PAS ini pada dasarnya tiada tujuan rasmi ke Turki. Disebabkan tiket kapalterbang dan hotel sudah dibeli awal awal bersama keluarganya untuk melancong mengunakan kuota Percutian Menteri Kabinet dalam setahun maka pergilah Menteri PAS ini ke Turki konon kononnya untuk urusan rasmi kerajaan, sedangkan hasil urusan rasmi kerajaan tiada 1 pun memorandum persefahaman Perusahaan ditandatangani oleh kedua dua pihak. Malah Menteri PAS ini ke Turki pun tiada sebarang sambutan timbal balas diadakan oleh kerajaan Turki atau pihak Menteri Turki Yang terlibat. Sehingga kini tiada gambar secara acara rasmi ditunjukkan oleh Menteri PAS ini dimana mana media termasuk Harakah Daily atau web rasmi kementerian.
2. GAGAL membawa perlaburan dalam bidang Perusahaan, Perladangan dan Komoditi kedalam Negara. Malah hasil minyak sawit negara yang bernilai ratusan billion ringgit dizaman beliau menjadi Menteri Kabinet telah diharamkan oleh kerajaan USA untuk dieksport keluar. Malah tiada usaha dilakukan Menteri PAS ini untuk tindakan berdiplomasi dengan kerajaan USA dan negara negara lain yang memboikot sawit Malaysia, sedangkan sawit Indonesia dibenarkan eksport ke USA.
3. GAGAL memberi ikutkan yang baik kepada rakyat Malaysia dikala wabak covid-19 Tengah menggila melanda negara dengan tidak menkuarantin kendiri dirumah sendiri. Adakah janji gaji beliau selama 4 bulan sudah diberikan kepada kerajaan dan digunakan untuk kebaikan rakyat marhean ?
4. Kes Perlanggaran SOP C19 beliau juga masih dalam proses sehingga s**ar untuk didakwa diMahkamah, sedangkan jika kes melibatkan antara 2 Darjat, pasti keesokannya sudahpun didakwa diMahkamah dan didenda ribuan ribu ringgit.

5. Timbalan Menteri Agama :

1. *Sehingga kini Agama Islam tidak diperkasakan sepertimana yang diperjuangkan oleh parti dan dasar parti PAS sehingga ada ahli PAS yang menentang kerajaan Malaysia kerana diperbodohkan oleh pimpinan tertinggi PAS. ( Diakui sendiri oleh Presiden PAS ramai ahli PAS adalah BODOH ).*
2. Timbalan Menteri PAS ini juga mengaku diParlimen secara bertulis bahawa pindaan RUU 355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Negara Malaysia yang diwarisi daripada Penjajah Toghut British.

6. Timbalan Menteri Wanita & Keluarga :

1. GAGAL menangani isu aurat wanita Islam sebagai pramugari syarikat penerbangan dan penyediaan Arak dalam
penerbangan seperti yang dilaungkannya secara lantang dalam parlimen sebelumnya.

7. Timbalan Menteri Sumber Manusia :

1. GAGAL dalam menangani isu pemberhentian kerja oleh majikan dan masalah pengangguran yang kian parah dalam negara.
2. GAGAL memberikan solusi terbaik antara kedua dua belah pihak diantara pekerja dan majikan bagaimana untuk menyelesaikan masalah isu pemberhentian tenaga kerja dalam bidang penerbangan semenjak tercetusnya wabak covid-19. Satu satunya bidang yang cukup terkesan sehingga kini semasa pandemik Covid-19 melanda.

8. Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan :

1. Sehingga kini tiada hasil usaha Timbalan Menteri yang membanggakan negara dan rakyat.

8. Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi :

1. Sehingga kini tiada hasil usaha Timbalan Menteri yang membanggakan negara dan rakyat.

Inilah kesimp**annya Menteri PAS yang berkerja untuk rakyat. 😁🤭🤭.

Jika hebat dan cemerlang sudah pasti Kelantan dan Terengganu menjadi negeri Melayu Islam yang lebih maju daripada negeri DAP Pulau Pinang.

PANAS !! : 2 ahli parlimen Pas bersedia sokong Anwar tubuh kerajaan 10/10/2020

DIKATAKAN, USTAZ NIK ABDUH TIDAK TERLIBAT

Gempar dua ahli parlimen dari Pas dari utara dan timur bakal memberikan sokongan kepada Anwar bagi membentuk kerajaan.

Mereka berbuat demikian berikutan tidak tahan dan rimas dengan kerajaan PN yang dikatakan tidak tahu buat kerja dan "lembab".

Berita itu memberi tamparan hebat buat MP Pas yang lain.

https://infonegarakini.com/panas-2-ahli-parlimen-pas-bersedia-sokong-anwar-tubuh-kerajaan/

PANAS !! : 2 ahli parlimen Pas bersedia sokong Anwar tubuh kerajaan Gempar dua ahli parlimen dari Pas dari utara dan timur bakal memberikan sokongan kepada Anwar bagi membentuk kerajaan. Mereka berbuat demikian berikutan tidak tahan dan rimas dengan kerajaan PN yang dikatakan tidak tahu buat kerja dan "lembab". Berita itu memberi tamparan hebat buat MP Pas yang lain...

PANAS: Langkah "terakhir" Muhyiddin mungkin boleh gagalkan "magis" Anwar! 09/10/2020

Muhyiddin masih mempunyai gerakan "terakhir" untuk menghalang Anwar dari menjadi PM ke-9, Sedang Umno sedang menyusup umpama singa yang memerhati mangsa dari arah belakang.

Umno terkenal dengan kelicikan politik dan kesanggupan mereka melakukan apa sahaja demi kuasa.

Anwar kini perlu lebih berjaga dan bersedia segenap langkah yang diatur agar "magis" terakhir beliau dapat dilaksanakan.

https://infonegarakini.com/panas-langkah-terakhir-muhyiddin-mungkin-boleh-gagalkan-magis-anwar/

PANAS: Langkah "terakhir" Muhyiddin mungkin boleh gagalkan "magis" Anwar! Muhyiddin masih mempunyai gerakan "terakhir" untuk menghalang Anwar dari menjadi PM ke-9. Sedang Umno sedang menyusup umpama singa yang memerhati mangsa dari arah belakang. Umno terkenal dengan kelicikan politik dan kesanggupan mereka melakukan apa sahaja demi kuasa. Anwar kini perlu lebih berjaga d...

Khairuddin nasihat rakyat ikut SOP, jangan langgar arahan KKM 09/10/2020

Mungkin Khairuddin sendiri yang terlupa, sebelum menasihati rakyat, perlu perbaiki diri sendiri dahulu. Khairuddin sendiri berbohong dan tidak mengaku langgar SOP kuarantin, tetapi cuba menutup dengan "derma gaji". Kes pun masih berjalan, ada hati nak nasihatkan rakyat!

https://infonegarakini.com/khairuddin-nasihat-rakyat-ikut-sop-jangan-langgar-arahan-kkm/

Khairuddin nasihat rakyat ikut SOP, jangan langgar arahan KKM Mungkin Khairuddin sendiri yang terlupa, sebelum menasihati rakyat, perlu perbaiki diri sendiri dahulu. Khairuddin sendiri berbohong dan tidak mengaku langgar SOP kuarantin, tetapi cuba menutup dengan "derma gaji". Kes pun masih berjalan, ada hati nak nasihatkan rakyat!

Ahli parlimen Pas dakwa gaji lantikan politik PN syubhah, menjurus haram 09/10/2020

Seorang ahli parlimen PAS menganggap wang gaji hasil lantikan politik dalam kerajaan PN hari ini adalah syubahah dan cenderung kepada haram kerana ada unsur mengikat sokongan ahli Parlimen kepada Kerajaan yang mentadbir.

Beliau yang merupakan ahli Parlimen dari Pantai Timur itu telah ditawarkan beberapa jawatan sebelum ini namun menolaknya kerana berasa tidak selesa dengan hasil pendapatan dari cara tersebut.

Menurutnya gaji dan elaun yang diperoleh sebagai ahli parlimen sudah mencukupi dan sokongannya kepada kerajaan hari ini kerana PAS memilih untuk memberikan sokongan.

Menurut beliau, “Dapat jawatan GLC tu seronok dengan gaji puluhan ribu, tapi jiwa kecil saya masih terikat dengan ilmu Islam yang dipelajari semenjak kecil”.

Ahli Parlimen PAS tersebut adalah anak kepada ulama pondok yang dikenali ramai.

https://inforakyat.net/ahli-parlimen-pas-dakwa-gaji-lantikan-politik-pn-syubhah-menjurus-haram/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Ahli parlimen Pas dakwa gaji lantikan politik PN syubhah, menjurus haram "Lagi satu yang ana (saya) terkilan betul, ada pimpinan kita sanggup ketepikan parti kena nak kejar menteri dan timbalan menteri...". Beliau merujuk beberapa ahli parlimen Pas yang menurut beliau dilantik sebgai Menteri dan Timbalan Menteri melalui 'jalan belakang' bukan melalui senarai nama yang di...

Lantik Pas di Sabah, Muhyiddin bakal hilang sokongan parti Borneo 09/10/2020

PARTI-PARTI BORNEO UGUT KELUAR DARI KERJAAAN SABAH JIKA ADA ADUN PAS

Segalanya tidak berjalan lancar buat Muhyiddin sejak Anwar Ibrahim mengumumkan bakal bertemu YDPA pada 13 Okt 2020 nanti. Asalnya perlantikan Pas dalam kerajaan Sabah untuk mengikat parti Pas memakan diri apabila parti-parti Borneo yang lain mula mengugut untuk keluar dari kerajaan Sabah kerana tidak s**a kepada Pas.

https://utaradaily.com/lantik-pas-di-sabah-muhyiddin-bakal-hilang-sokongan-parti-borneo/

Lantik Pas di Sabah, Muhyiddin bakal hilang sokongan parti Borneo Segalanya tidak berjalan lancar buat Muhyiddin sejak Anwar Ibrahim mengumumkan bakal bertemu YDPA pada 13 Okt 2020 nanti. Asalnya perlantikan Pas dalam kerajaan Sabah untuk mengikat parti Pas memakan diri apabila parti-parti Borneo yang lain mula mengugut untuk keluar dari kerajaan Sabah kerana tida...

PANAS !! : Exco Pemuda Umno Malaysia sahkan pertukaran kerajaan dalam tempoh 14 hari 06/10/2020

Pemuda Umno telah mula kepanasan apabila salah seorang dari Exco Pemuda mengesahkan bahawa pertukaran kerajaan bakal berlaku dalam masa 14 hari.

Ketakukan mula dirasai oleh kem Umno apabila melihat DSAI telah mempunyai majoriti kerusi MP untuk membentuk kerajaan.

https://negarakini.com/panas-exco-pemuda-umno-malaysia-sahkan-pertukaran-kerajaan-dalam-tempoh-14-hari/

PANAS !! : Exco Pemuda Umno Malaysia sahkan pertukaran kerajaan dalam tempoh 14 hari Pemuda Umno telah mula kepanasan apabila salah seorang dari Exco Pemuda mengesahkan bahawa pertukaran kerajaan bakal berlaku dalam masa 14 hari. Ketakukan mula dirasai oleh kem Umno apabila melihat DSAI telah mempunyai majoriti kerusi MP untuk membentuk kerajaan.

03/10/2020

Nazri umpamakan Muhyiddin seperti Anjing....

PAS keliru nak pilih Umno atau Bersatu 03/10/2020

KEMANA PAS SELEPAS INI?

PAS dalam dilema antara memilih Umno atau Bersatu. Ketika kedua-dua parti itu sedang bergaduh, PAS buntu mahu memihak kepada siapa. Seolah-olah PAS keliru mahu pilih "boyfriend" yang mana satu.

https://utaradaily.com/pas-keliru-nak-pilih-umno-atau-bersatu/

PAS keliru nak pilih Umno atau Bersatu PAS dalam dilema antara memilih Umno atau Bersatu. Ketika kedua-dua parti itu sedang bergaduh, PAS buntu mahu memihak kepada siapa. Seolah-olah PAS keliru mahu pilih "boyfriend" yang mana satu.

Anwar dijangka jumpa Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat 03/10/2020

ANWAR BAKAL MENGADAP TUANKU

Seri Paduka Baginda kini telah kembali sihat.

Dengan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bakal bertemu dengan Baginda dalam masa terdekat bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan isu pertukaran kerajaan.

https://negarakini.com/anwar-jumpa-yang-di-pertuan-agong/

Anwar dijangka jumpa Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat Seri Paduka Baginda kini telah kembali sihat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bakal bertemu dengan Baginda dalam masa terdekat bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan isu pertukaran kerajaan.

Dia boleh pergi, masuk PPBM, kata Nazri kepada Annuar 03/10/2020

ANNUAR MUSA BOLEH MASUK PPBM, KATA NAZRI AZIZ

PETALING JAYA: Pemimpin Umno Nazri Aziz yang menyeru parti itu menamatkan hubungannya dengan PPBM, membidas Annuar Musa yang dilihat menyokong Perikatan Nasional (PN), pimpinan PPBM.

Annuar membantah kenyataan timbalan presiden Mohamad Hasan, Umno mesti mengkaji semula kerjasama dengan PN, yang mengetuai kerajaan negeri pimpinan GRS di Sabah.

“Saya tidak faham mengapa Annuar begitu menyokong Perikatan Nasional, jika dia menyokong mereka sangat, dia boleh pergi dan masuk PPBM,” kata Nazri yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

“Annuar tidak mewakili Umno dan ahli Parlimennya. Siapa Annuar Musa berbanding Tok Mat (Mohamad Hasan)? Tok Mat mengalahkan Annuar dalam merebut jawatan timbalan presiden, beliau menang, Annuar kalah,” kata Nazri.

Annuar, ahli majlis kerja tertinggi, adalah setiausaha agung Barisan Nasional dan bekas ketua penerangan Umno.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/10/03/dia-boleh-pergi-masuk-ppbm-kata-nazri-kepada-annuar/

Dia boleh pergi, masuk PPBM, kata Nazri kepada Annuar Bekas ahli majlis kerja tertinggi itu mempersoalkan Annuar Musa yang seolah-olah mempertikaikan kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Dr M: Saya atur pengampunan Anwar, tapi dia tak sokong saya 02/10/2020

TUN TAK TUNAI JANJI

1. Bebas Anwar adalah janji Tun M kepada Nurul Izzah, jika PH menang. Janji itu bukan atas nama Tun sebagai PM, tp jika PH menang dan membentuk kerajaan.

2. Tun M tidak tunai janji. Dia kata dia bebaskan Anwar, walhal dia menggunakan mekanisma yang longgar untuk membuka ruangan untuk pembebasan itu boleh dipertikaikan balik dari sudut perundangan.

3. Peguam Tun sendiri sendiri persoalkan perkara itu setelah Tun dapati Anwar dah dapat numbers untuk membentuk kerajaan.

4. Apabila Tun mula menyerang Anwar, bermakna Tun tahu Anwar sudah cukup untuk membentuk kerajaan...

https://www.malaysiakini.com/news/544774

Dr M: Saya atur pengampunan Anwar, tapi dia tak sokong saya "Dia kritikal terhadap saya," kata bekas perdana menteri.

'Lantik wakil PAS sertai DUN Sabah mudaratkan keharmonian' 01/10/2020

Adun Kapayan, Jannie Lasimbang, mendakwa bahawa PAS adalah parti yang tidak terbuka terhadap kepercayaan agama lain.

https://www.malaysiakini.com/news/544781?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

'Lantik wakil PAS sertai DUN Sabah mudaratkan keharmonian' Adun Kapayan, Jannie Lasimbang, mendakwa bahawa PAS adalah parti yang tidak terbuka terhadap kepercayaan agama lain.

30/09/2020

PN vs BN

30/09/2020

KERAJAAN MESTI TONJOLKAN KETEGASAN TERKAIT ISU MORATORIUM PINJAMAN BERSASAR

Oleh : Anwar Ibrahim

Adalah sangat mengecewakan dengan keputusan kerajaan tatkala tidak melanjutkan moratorium pinjaman selama tiga bulan seperti yang digesa. Tidak semestinya moratorium penuh, namun ia adalah suatu pengabaian tanggungjawab yang amat serius apabila kerajaan gagal untuk mengenakan moratorium bersasar. Kepimpinan yang ada pada hari ini juga lemah tatkala meletakkan para peminjam di bawah telunjuk institusi bank.

Menurut laporan terkini, bank-bank secara umumnya telah menghubungi seramai 1.4 juta peminjam, di mana sejumlah 380,000 dari angka tersebut telah memohon untuk lanjutan pinjaman dan bantuan kewangan. Dari 380,000 itu, sebanyak 98% telah diberikan dukungan kewangan oleh institusi bank. Meski saya puji langkah tersebut, namun yang seharusnya diambilkira adalah terdapat 8.3 juta peminjam di Malaysia. Secara ringkasnya, bank-bank hanya dapat berhubung dengan 17% dari jumlah keseluruhan peminjam. Angka ini tidak begitu meyakinkan, dan ia mencerminkan betapa kerajaan dan institusi bank masih belum memahami sentimen keseluruhan para peminjam.

Saya gesa kerajaan untuk segera mengkaji semula langkah ini, dan melaksanakan moratoriun pinjaman secara bersasar, dengan fokus utama adalah kepada peminjam yang berpendapatan rendah dan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana. Kita belum nampak sebarang dampak pemulihan yang berkesan, terutamanya dalam aspek sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah, atau aliran masuk yang stabil kepada pengusaha-pengusaha kecil di Malaysia. Kelas peminjam seperti ini mesti diberi perhatian oleh kerajaan.

Meski saya sangat komited pada kebijakan sistem perbankan yang bingkas, namun harus ditegaskan bahawa sektor tersebut mesti telus dan ada kebertanggungjawaban. Kerajaan dan institusi bank mesti menonjolkan ketelusan dalam soal kecairan (liquidity) dan keuntungan terkini sektor perbankan, dan membentangkannya di Parlimen supaya ahli-ahli Parlimen dapat merencana, mencari jalan dan dapat memungkinkan kebijakan yang munasabah dan menyeluruh.

Dalam perkembangan lain, saya ambil maklum terkait jumlah jangkitan COVID-19 yang kini telah mencecah 11,000 kes, dan jumlah kes yang aktif telah melepasi 1000 untuk pertama kali sejak pertengahan bulan Jun yang lalu. Kita mungkin akan dirempuh gelombang kedua wabak ini, dengan sekurang-kurangnya 20 kluster baru yang aktif. Ini bukan perkembangan yang baik pada ekonomi kita untuk jangka pendek, dan ini bermakna kita harus terus memikir dan mendukung golongan berpendapatan rendah yang semestinya akan terkesan.

ANWAR IBRAHIM
30 September 2020

30/09/2020

PPBM JANGAN ANGKUH

oleh : Dr Asyraf Wajdi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi- terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 + 15 (Ahli Parlimen Lompat dari UMNO) untuk mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM....

Waktu nak tubuhkan Kerajaan Perak, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 25 ADUN berjiwa besar, tetap mengalah kepada PPBM yang hanya ada 4 kerusi untuk mengangkat Datuk Seri Faizal Azumu sebagai MB....

Waktu nak tubuhkan Kerajaan Sabah, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 14 ADUN berjiwa besar, sekali lagi mengalah kepada PPBM yang hanya ada 11 kerusi untuk mengangkat Datuk Seri Hajiji sebagai KM....

Justeru Jangan Melampau! Ahli-ahli UMNO juga ada maruah. Tidak selamanya juga kami boleh mengalah. Nasihat saya bersahabat dan berpakat mesti jujur dan ikhlas.

Biarpun tidak diharap sebarang penghargaan mahupun pujian, saya tetap tabik hormat kepada seluruh Jentera UMNO-BN di akar umbi yang bekerja keras bukan sahaja di kawasan BN bertanding bahkan turut membantu memenangkan calon-calon PPBM atas bendera Perikatan Nasional di kawasan-kawasan yang hakikatnya menjadi tradisi kubu kuat UMNO-BN hampir 30 tahun.

30/09/2020

AMANAH PERLUKAN PERUBAHAN

Oleh : Norman Radzuan

Baiklah... seorang rakan dari Amanah mesej... 'Abang sepatut kena jelaskan apa sebenarnya tujuan abang kritik Amanah.' Saya pun tak faham kenapa dia tak faham ( kurang jelas ) tetapi kali ini saya permudahkan maksud penulisan tersebut.

Ramai ahli Amanah salah faham pandangan saya tentang Amanah. Kalian ahli Amanah nak kutuk DAP, PKR, Pejuang, Bersatu... itu kalian punya hal sebab saya bukan ahli mana2 parti.

Selama hari ini kalian ahli2 Amanah kritik PAS, Anwar atau PKR tidak saya menjawab sebab saya bukan ahli PKR apatah lagi ahli PAS musuh utama kalian.

Bila diberi teguran dan pandangan sebaiknya kita dengar. Contoh bila kita buka restoran kita mesti mendengar pandangan pelanggan samada betul atau tidak kita wajib dgr... yg bagus kita ambil dan rasa tidak bagus kita abaikan. Mahu terima atau tidak itu hak masing2. Tak perlu nak tuduh saya ni barua PKR dan sebagainya.

Sebelum itu saya ucapkan terima kasih kpd Tuan Tarmizi Mohd Jam kerana berkongsi artikel yg lalu dan yg saya hormati otai kita Cikgu Wan Rahim yg menjemput saya ke Group Amanah.

Apa yg saya cadangkan semata mata untuk tingkatkan keyakinan rakyat kpd Amanah dari pandangan org luar atau bukan berparti. Ia semata mata utk parti Amanah dlm jangka masa panjang mampu menggantikan PAS dgn slogan Islam Progresif atau Islam Rahmat Seluruh Alam yg dicanangkan sebelum ini...

Sila baca dgn tenang...please think positive

1. Amanah patut buka peluang kpd tokoh2 agama yg menyertai parti ini utk bertanding lebih b*k kawasan yg berpontensi menang. Jgn kata kami pemimpin2 Amanah tak kisah...parti ini utk rakyat jadi fikir apa yg dimahukan rakyat bukan dimahukan pemimpin atau ahli supaya kita jgn syok sendiri. Samada antara pemimpin tak kisah, rakyat tak mahu ambil peduli yg rakyat mahukan tokoh agama dlm Amanah lebih berperanan.

Sehingga kini penglibatan tokoh2 agama seperti melepaskan batuk di tangga. Sdgkan cadangan Rafizi dulu setahu saya, Amanah mesti ditubuhkan utk menampung kekosongan yg ditinggalkan oleh PAS.

Mahu tidak mahu walaupun Amanah bukan seperti PAS tetapi peranan Amanah utk jangka panjang adalah utk mengimbangi pengundi2 yg lebih ke arah agama yg kini ramai berpenghuni di luar bandar. Mereka mahu lihat tokoh2 agama dlm Amanah berperanan utk mereka yakini Amanah juga membawa agama dlm perjuangan politik.

Mereka mahu melihat TG Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani berperanan seperti TG Nik Aziz, Harun Din mahupun Hadi Awang. Berbanding dgn Hadi Awang jauh TG Ahmad Awang lebih bijak dan matang dlm berpolitik.

Kenapa suara2 beliau dan tokoh2 agama dlm Amanah seperti tenggelam. Apa salahnya dlm b*k hal berikan peluang kpd TG Ahmad Awang bersuara dan menyatakan pandangan beliau. Ingat beliau dulu bertanding melawan Presiden PAS bukan Timbalan Presiden PAS.

Begitu juga dgn Ustaz Nik Omar peranannya dilihat kecil dlm Amanah. Jika berkempen politik balik2 muka Mat Sabu, Mahfuz dan Salahuddin. Muka Khalid Samad org kampung menyampah sebab cara pertuturannya kasar. Patut bawa la TG Ahmad Awang, Nik Omar dan lain2 agamawan dlm Amanah terutama di kawasan2 kampung.

Mat Sabu dgn style menjerit dan kelakarnya dan Salahuddin sibuk cerita soal teknikal. Mana org kampung nak faham. Bagi satu dua slot agamawan bercerita soal agama. Biar mereka jelaskan dgn ayat Al Quran dan Hadis mengapa perlu memerangi rasuah. Cara org agama ini tenang dan org kampung s**a mendengarnya.

Selepas itu ramai melihat tokoh seperti Husam Musa seperti disenyapkan. Rugi hanya kerana nampak Husam pro kpd Anwar beliau dipinggirkan. Masalah Amanah ni menghampiri PAS. Bila kita tegur depa kata Presiden kami boleh ditegur... tapi org luar nampak sebaliknya kenapa Husam, TG Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani, Ustaz Nik Omar tenggelam dlm Amanah?

2. Kempen menarik ahli. Sepatutnya selepas 6 bulan kemenangan PH... Amanah lancar gerakan dgn slogan 'MENGAMANAHKAN RAKYAT'. Pemuda, tokoh2 agama dan tokoh pemimpin Amanah secara agresif dgn membuat pelbagai aktiviti keagamaan, s**an dan sebagainya.

Contoh buatlah acara berbasikal di seluruh DUN di seluruh negara dgn mencari penaja. Juara RM 1k dan seterusnya. Atau anjurkan Pertandingan badminton, bola sepak dan pelbagai lagi. Tokoh2 agama p**a buat majlis ilmu. Sayang dulu Menteri Agama dari Amanah tidak mahu mengambil peluang.

Contoh minggu ini pemimpin2 utama Amanah berkampung di Parit. Bantu Tarmizi ke kampung2. Berceramah dan bertemu penduduk setempat. Buat pelbagai aktiviti bersama penduduk tempatan. Dapat 300 ahli pun sudah memadai utk Amanah sepanjang program 2 hari Amanah di Parit.

Satu lagi mana2 ahli Parlimen Amanah apa salahnya jika ada bajet lebih bina gymnasium rakyat utk penduduk setempat. Mungkin kos dlm RM 150 k. Ia adalah cara utk menarik minat rakyat setempat dan mengingati jasa kalian... impaknya sgt baik.

Daripada Mat Sabu sibuk ikut Tun ke sana sini, bagus Abg Mat perkukuhkan dulu parti Amanah daripada menumpang parti orang. Tenaga profesional dan agamawan Amanah bekerjasama pergi ke setiap DUN utk kempen meramaikan lagi ahli Amanah.

Serah pada TG Ahmad Awang dan Timbalannya merayu atau memberi penerangan pada org2 kampung mengenai dasar2 Amanah yg membawa Islam Rahmat Seluruh Alam.

Jika hari2 ahli Amanah maki siang malam ahli PAS bagaimana la mereka nak tertarik. Guna pendekatan dakwah dan berlembut sepertimana dilakukan oleh jamaah Tabligh. Bawa Islam dgn akhlak.

3. Amanah mesti ada Sekolah Agama sendiri sebagai model mereka adalah wadah baru utk mereka yg ingin meninggalkan PAS. Cukup satu negeri satu Sekolah dgn sistem pembelajaran yg moden dan sistematik. Sekurang kurangnya Ustaz yg bersama Amanah adalah tempat mereka cari pendapatan. Faktor ini yg membuatkan ramai Ustaz yg berada di dlm PAS terpaksa fikirkan kembali jika mereka menyertai Amanah di mana mereka hendak mengajar atau bekerja utk belanja keluarga?

Ahli Amanah jgn kata kami bukan PAS... jika bukan utk ganti PAS utk apa Amanah ditubuhkan. Utk tarik Melayu bandar... ? PKR telah lama berjaya menarik Melayu Intelektual ( Melayu Bandar ) utk bersama PH. Itupun usaha PKR tersebut makan masa 20 tahun. So Amanah sasarkan 20 tahun dari skg dapat ambil 30% ahli PAS yg bijak pandai sikit dlm parti tersebut. Yg anggap Hadi mcm Nabi lupakan.

Dulu PAS dijemput bersama Barisan Alternantif atau Pakatan Rakyat sebagai chk n balance utk mengisi komposisi Melayu luar bandar. Kelompok Melayu yg kurang dari segi akademik dan lebih ke arah keagamaan. Kelompok ini bukan kecil malah sgt ramai terutama di Kedah, Kelantan, Terengganu dan kwasan luar bandar.

Ibarat pas**an bola... DAP sebagai penyerang, PKR sebagai barisan tgh dan Amanah di barisan pertahanan. Kesemua parti mengambil posisi masing2. Jika semua nak jadi penyerang hancurlah apabila diserang lawan. Sebab itu Amanah kena pikul posisi yg ditinggalkan PAS bukan masuk utk ambil posisi pemain2 yg sedia ada.

4. Ada org kata "Saya tak peduli apa warna dan logo Amanah asal lawan UMNO dan PAS." Itu kata kita. Ada ke org kata..." Aku tak kisah perempuan tu kurus atau gemuk janji dia pandai masak." Podah siapa yg kata begitu... kalau boleh mesti dia nak yg cantik, seksi dan pandai masak... itu lumrah dan fitrah.

Jika kita berniaga kedai makan kita jgn kata begitu... itu namanya berniaga syok sendiri. Kita bila berniaga kita kena peka apa kemahuan org bukan kemahuan kita sb kita nak org beli makanan di kedai kita.

Sejarahnya warna oren terlalu asing buat org masyarakat Melayu. Lihat sahaja jersi2 pas**an bola sepak negeri2 Malaysia sejak dahulu... ia berwarna kuning, merah, putih dan hijau sgt pop**ar.

Malah pernah saya terbaca di awal kemunculan warna dan logo Amanah ada penyokong PAS menyindir mcm warna tok sami dan ada juga mengatakan mcm baju pesalah lokap SPRM.

Sebenarnya ia nampak remeh tapi ia sgt penting. Kedai makan, supermarket, logo kereta utk menentukannya logo rasmi ia akan mengumpulkan berpuluh puluh pilihan utk memilih yg terbaik. Bukan sekadar bentuk logo tetapi warna semuanya mesti mempunyai maksud tertentu.

Saya dpt merasakan logo Amanah ni dibuat secara tergesa gesa. Tanpa dibawa berunding atau pandangan dari pelbagai pihak. Akhirnya ramai yg mengatakan ia hampir sama dgn logo Adidas, malah sebiji logo TV Swasta di India Imayam TV. Ada yg mengatakan seperti Freemason berdasarkan tiga segi tersebut... pendek kata logo Amanah ini tak ummph.

Cuba lihat logo Pejuang jika benar inilah logo rasmi mereka. Nampak Islamik dan lembut warnanya. Menarik jika bajunya berwarna biru tua ini. Bijak pencipta logo ini menampakkan Kemelayuan dan Islamik pada logo ini. Sedikit sebanyak ia ada daya tarikan.

Setahu saya menukar logo bukan suatu masalah yg besar sepertimana dilakukan oleh PKR beberapa kali. Jika boleh sebagai org luar saya sarankan Amanah tukarlah warna dan logo mereka tersebut. Jgn marah... terp**ang tetapi sebagai org luar cadangan ini bukan sebab saya irihati atau benci Amanah tetapi mahu imej Amanah dibaik pulih bermula dari logo ini serta pendekatan Amanah. Dlm maksud lain penjenamaan semula Amanah.

Sebenarnya dulu kemasukkan Bersatu ke dlm PH itu bagus. Sayangnya pemimpin2 nya tak bagus kerana mempunyai agenda peribadi daripada agenda utk membantu rakyat. Pemimpin Bersatu khianat, akhirnya sepatutnya PH boleh menjadi semakin kuat akhirnya terkulai layu.

Bersatu dilihat melengkapkan kekosongan di dlm PH kpd Melayu menebal Kemelayuannya atau mengisi tempat UMNO.. sayang seribu kali sayang bila Muhyiddin memilih jalan yg sonsang. Hancur lebur harapan rakyat.... akhir kata buat ahli Amanah saya tegur ini supaya Amanah boleh ganti Pas iaitu parti yg u all serang siang malam. Saya mahu Amanah terus maju bukan suruh Amanah pergi jahanam...