Videos by Gerakbudaya in Petaling Jaya. Bookstore and publisher of critical and alternative perspectives and hidden histories of Southeast Asia
Nusantara Bergerak - bahas karya Richard Wright dan Mario Vargas Llosa
Kali ini menampilkan Dr Azhar Ibrahim dan Emelia, membahas karya Richard Wright dan Mario Vargas Llosa serta sumbangan intelektual dua tokoh penting ini dalam kesusasteraan dunia. Fokusnya adalah pada isu identiti, ketidakadilan sosial serta kebebasan, di samping memperkenalkan peranan penulis kulit hitam Amerika dalam wacana Dunia Ketiga.
Diskusi '#HariMalaysia - Buku ''My Country & I''
Diskusi #HariMalaysia - Buku ''My Country & I''. Kerjasama Kultus Kata. Bersama penulis Fazar Arif, Mazlianie ML & Adeqq Farhana (moderator)
Diskusi #HariMalaysia ''Masyarakat adat laut: keadilan untuk komuniti tanpa negara''
Penempatan Bajau Laut adalah sebahagian daripada warisan budaya dan cara hidup yang unik, tindakan penguatkuasa yang meroboh dan membakar penempatan Bajau Laut di Sabah pada Jun 2024 adalah bukti masalah sistemik yang lebih besar dalam pengurusan dan perlindungan kawasan konservasi yang melibatkan komuniti adat.
Sebagai masyarakat sivil, memahami latar belakang dan konteks isu ini adalah langkah pertama dalam memastikan isu-isu yang melibatkan masyarakat adat laut ditangani dengan adil.
Ayuh, sertai sesi tayangan dan diskusi bersama sdri Wan Shakila, sdr Wong Kueng Hui dan dikemudi sdr Hafiz Hassim.
Syarahan Tokoh Bangsa
Syarahan Tokoh Bangsa — bertujuan mengangkat semula suara dan perjuangan mereka dalam mencapai kemerdekaan negara, kebebasan politik dan ekonomi, mahupun perjuangan dalam memberi pencerahan intelektual kepada anak bangsa.
Tokoh Bangsa; Syed Husin Ali, Shamsiah Fakeh, Usman Awang, Mat Indera, Syed Hussein Alatas
Syarahan Tokoh Bangsa siri I
Syarahan Tokoh Bangsa — bertujuan untuk memperingati dan meraikan sumbangan besar tokoh bangsa; yang seringkali dipinggirkan dalam sejarah arus perdana.
Kuliah Awam Farish A Noor: Legasi Pemikiran Edward Said
Kuliah Awam | Legasi Pemikiran Edward Said
bersama Prof Dr Farish A Noor
Bersama kita menyoroti pemikiran kritis seorang intelektual Palestin-Amerika, Edward Said yang lebih dikenali melalui karya agungnya Orientalism (1978) — iaitu kritikannya terhadap dunia Barat dalam melihat dunia Timur, terutamanya Timur Tengah.
Semua dijemput hadir.