Jabatan Pembedahan Jantung & Paru-Paru - Kardiotorasik Hosp. P. Pinang

Official Page Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Hosp. P. Pinang. Page ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan jabatan kami kepada masyarakat awam.

Sebarang pertanyaan & idea untuk penambahbaikan boleh la dicadangkan melalui Fb Messenger kami.

Photos from Jabatan Pembedahan Jantung & Paru-Paru - Kardiotorasik Hosp. P. Pinang's post 11/06/2023

Kami dengan sukacitanya ingin berkongsi berita yang menggembirakan!

Pada 9 Jun 2023, Hospital Pulau Pinang telah menyaksikan satu pembedahan bersejarah di Cath Lab. Dua kes yang kompleks telah dilakukan dengan jayanya, memberikan harapan baru kepada pesakit-pesakit kami.

Pembedahan ini adalah pertama kali di Hospital Pulau Pinang dan telah dijalankan dengan kerjasama padu daripada pelbagai pihak yang turut terlibat. Antaranya ialah Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Jabatan Kardiologi, Unit Kardiotorasik Anestisiologi dan Perfusi, Institut Jantung Negara(IJN), rakan industri, Unit Radiologi Cardio, serta banyak lagi. Mereka bersama-sama membentuk satu Cardiac Team yang kompeten, komprehesif dan profesional.

Secara ringkasnya, terdapat dua kes yang kompleks dalam pembedahan ini. Kedua-dua pesakit sebelum ini telah pun menjalani pembedahan jantung sebelumnya. Namun, nasib mereka kurang baik apabila salah satu injap jantung mereka, iaitu Aortic Valve, mengalami kerosakan beberapa tahun kemudian. Untuk melakukan pembedahan secara 'open heart surgery' sekali lagi agak berisiko tinggi. Oleh itu, TAVI atau Transcatheter Aortic Valve Implantation dianggap sebagai alternatif terbaik.

Syukur Alhamdulillah, pembedahan/prosedur yang mencabar ini telah dilaksanakan dengan cemerlang tanpa sebarang komplikasi yang tidak diingini.

Kami ingin mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada individu-individu utama yang telah berjaya menjayakan projek ini. Datuk Dr Shaiful dari IJN, Dato' Dr Basheer, Dr(Mr) Abu Yamin, Dato' Dr Jahanger, Dr Maseeda, Dr Tamim, pakar-pakar dari pelbagai jabatan, para doktor pakar pelatih, serta pasukan sokongan yang terdiri daripada jururawat dan penolong pegawai perubatan di Cath Lab, cardiac OT, CTC, perfusionist, CICU, serta radiographer cardio dan lain-lain, semuanya turut serta memberikan sumbangan cemerlang untuk memastikan rawatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit kami.

Kejayaan pembedahan ini merupakan satu pencapaian yang amat berharga dan membanggakan terutamanya bagi Jabatan Pembedahan Kardiotorasik dan Jabatan Kardiologi. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kepentingan yang besar terhadap kerjasama yang padu di antara semua pihak yang terlibat, malah melambangkan kecemerlangan dan keunggulan dalam penjagaan serta perawatan pesakit yang menghidap penyakit jantung. Pada hakikatnya, ini menggambarkan semangat serta dedikasi tinggi yang diusung oleh pasukan yang berintegriti dan berazam kuat untuk memberikan rawatan terbaik serta meningkatkan kualiti hidup pesakit-pesakit kami.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga segala usaha yang telah dilakukan mendapat ganjaran yang baik dari Allah SWT.

Justeru, teruskan berdoa dan berikan sokongan kepada kami dalam usaha kami memberikan rawatan terbaik kepada pesakit-pesakit ini. Kami berharap agar pembedahan ini memberi manfaat yang besar serta membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Dr Zaliha Mustafa

22/04/2023

Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Aidilfitri

Photos from Jabatan Pembedahan Jantung & Paru-Paru - Kardiotorasik Hosp. P. Pinang's post 13/02/2023

Berlangsungnya Aortic Surgery : Frozen Elephant Trunk (FET) Workshop hari ini (sehingga 17 Feb)...

Photos from Jabatan Pembedahan Jantung & Paru-Paru - Kardiotorasik Hosp. P. Pinang's post 26/12/2022
Photos from Jabatan Pembedahan Jantung & Paru-Paru - Kardiotorasik Hosp. P. Pinang's post 22/12/2022

Berlangsungnya Minimally Invasive Surgery (MIS) Mitral Valve Intermediate Workshop selama 2 hari berturut-turut pada 21 December (Selasa) dan 22 December (Rabu) dengan jayanya...

PROGRAM 'MIRACLE BABY' | 20 Kanak-kanak Jantung Berlubang Jalani Pembedahan 08/12/2022

https://youtu.be/6hpbCXP5qKs

PROGRAM 'MIRACLE BABY' | 20 Kanak-kanak Jantung Berlubang Jalani Pembedahan 20 kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang dan kongenital atau kecacatan yang kritikal dipilih untuk menjalani pembedahan melalui program 'Mira...

02/11/2022

Selamat Menyambut Hari Pembantu Perawatan Kesihatan kepada rakan-rakan PPK Jab. Kardiotorasik dan seluruh Malaysia~ 😁👍👍

Photos from Jabatan Pembedahan Jantung & Paru-Paru - Kardiotorasik Hosp. P. Pinang's post 09/09/2022

Penolong Pegawai Perubatan di Jabatan Pembedahan Jantung Dan Paru-Paru merupakan salah satu tunjang yang menggerakkan jabatan dan memainkan peranan yang penting dalam memberikan perkhidmatan yang holistik kepada pesakit.

Antara skop tugasan utama yang dilakukan adalah seperti membuat pemeriksaan jantung(perioperative echocardiogram), membuat pembedahan pengambilan urat(saluran darah - great saphenous vein and radial artery), pembantu utama(1st assistant) bagi pembedahan jantung dan paru, serta pelbagai lagi peranan yang dilaksanakan di klinik pembedahan jantung dan paru-paru.

Terkini, skop tugasan utama sedang dikembangkan lagi seiring dengan pertambahan pesakit yang semakin ramai, keperluan semasa susulan kemajuan teknologi, dan juga kehendak kepada perkerja kesihatan yang lebih berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

Photos from Jabatan Pembedahan Jantung & Paru-Paru - Kardiotorasik Hosp. P. Pinang's post 23/08/2022

Hai Semua,
Baru-baru ini melalui akhbar berbahasa inggeris The Edge, seorang bekas pesakit kami, Khoo Boo Teik telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang mendapatkan rawatan di jabatan kami. Jom baca perkongsian beliau.

Terjemahan:

“An Open Heart For Reform”

Di antara 9 hingga 30 haribulan Mei, saya merupakan pesakit di Jabatan Pembedahan Kardiotorasik (CTC) Hospital Besar Pulau Pinang. Saya menjalani pembedahan jantung terbuka untuk merawat aorta(salur darah besar/utama) saya yang membesar, dan kebocoran injap aorta yang teruk. Dato’ Dr Basheer Ahamed Abdul Kareem, Ketua Jabatan CTC, telah melakukan "prosedur Bentall" keatas saya, sambil dibantu oleh sepasukan doktor dan jururawat, pada 11 Mei yang lalu. Saya dibenarkan keluar pada 30 Mei. Sepanjang tempoh itu, saya terfikir untuk berkongsi pengalaman saya sepanjang saya berada di wad bersama para jururawat dan doktor.

WAD

Bangunan berbentuk segi empat tepat, adalah sebahagian daripada bangunan lama tetapi dilengkapi dengan fasiliti moden, berhawa dingin dan mempunyai pencahayaan yang baik. Ia mempunyai 22 buah katil yang dibahagikan kepada empat ruang, di sebahagian ruang dilengkapi dengan dengan empat katil, manakala di sebahagian yang lain p**a dilengkapi dengan enam katil. Beberapa katil telah digunakan untuk pesakit yang baru dimasukkan. Sebahagian yang lain, dikhususkan untuk pesakit yang sedang menjalani pemulihan selepas dipindahkan daripada wad Intensive Care Unit (ICU). Manakala yang selebihnya diduduki oleh pesakit yang menunggu untuk keluar wad. Memandangkan susunan katil wad itu berhadapan dengan stesen jururawat, komunikasi antara jururawat dan pesakit tidak terhalang.

Wad itu boleh ditambahbaik. Setiap penjuru yang menghubungkan antara wad dijaga dengan rapi. Di bahagian hujung yang satu lagi diletakkan almari yang penuh dengan pakaian seragam pesakit dan bilik yang menyimpan barang-barang yang tidak digunakan - mesin lama, lebihan perabot dan sebagainya. Pada hemat saya, wad itu sudah lengkap cuma kekurangan beberapa peralatan, seperti barangan pakai buang termasuk lampin pakai buang dewasa dan kain lap basah. Pada waktu pagi, pesakit duduk di atas kerusi panjang yang berat dan tempat letak tangan yang telah usang. Terdapat masa yang khusus yang telah ditetapkan untuk pertukaran pesakit dan (menukar) kelengkapan tempat tidur, memberi makanan dan ubat, penyediaan air panas dan sesi pemeriksaan doktor ke atas mereka. Lampu sebahagiannya dimalapkan sekitar jam 9 malam dan kebanyakannya ditutup sekitar jam 11 malam. Pada esok hari, lampu akan kembali dinyalakan pada pukul 5 pagi.

PESAKIT

Para pesakit tinggal (di wad) untuk tempoh yang berbeza, antara seminggu hingga 10 hari adalah perkara normal. Pesakit datang daripada pelbagai bangsa, dalam lingkungan 50-an dan 60-an dan majoriti adalah lelaki. Saya tidak tahu profil sosioekonomi pesakit namun, dari segi penampilan dan cara mereka bercakap, mereka berada di sana atas sebab yang paling asas(mendapatkan perkhidmatan pembedahan). Pembedahan dilakukan secara percuma, atau hampir percuma, kecuali bayaran khas untuk menukarkan "alat ganti". CTC mempunyai reputasi yang sangat baik dan hospital ini sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan liputannya hingga wilayah utara Malaysia. Para pesakit yang pernah bersama dengan saya(di wad) datang daripada perkhidmatan kerajaan dari peringkat rendah hingga sederhana atau latar belakang sektor swasta berskala kecil dan kebanyaknya telah bersara. Mereka telah menjalani atau sedang dipersiapkan untuk menjalani pembedahan yang besar dan penting.

Seorang pesakit(yang telah dibedah) pada mulanya berada di atas katil, menghabiskan masa yang lama di bawah pengaruh ubat bius atau separa sedar sebelum sedar sepenuhnya. Agak memenatkan apabila terikat dengan tiub pernafasan. Tetapi seseorang tidak boleh berharap kesenangan(atau keselesaan) kerana pembedahan itu merupakan satu pembedahan yang sangat besar. Apabila keadaan seseorang pesakit bertambah baik, dia akan melalui sesi bersama fisioterapi – (membantu/mengajar)teknik pernafasan mudah untuk mengembangkan paru-paru dan dipimpin untuk berjalan sekitar perkarangan wad.

Doktor sering memujuk para persakit “Kami akan membenarkan pesakit p**ang sekiranya sesiapa boleh berjalan ke tandas dan bilik mandi sendiri”. Mungkin ini sebabnya ramai pesakit berjalan tetapi tidak p**a mengamalkan teknik pernafasan(yang betul) walaupun telah di asak oleh ahli fisioterapi.

Disebabkan keterikatan dengan ‘monitoring device’(peranti pemantauan) atau disebabkan oleh kondisi mereka, kebanyakkan pesakit hanya diam sahaja. Mereka bercakap dengan pelawat dan jiran sekitar katil di wad dengan nada yang lembut atau (jika tak mampu bercakap)mereka hanya pendam atau simpan sahaja dalam diri. Suasana agak suram, suara-suara terdiam dan senyuman menjadi tawar. Norma masyarakat adalah bersifat empati dan membantu untuk perkara-perkara kecil – (seperti) memaklumkan kepada jururawat(untuk apa sahaja perkara), menunjukkan benda yang jatuh dan menawarkan nasihat(sesama pesakit) : Itulah komuniti orang sakit(yang berada di wad).

JURURAWAT

Jururawat kebanyakannya terdiri daripada wanita berbangsa Melayu, muda hingga pertengahan umur dan beberapa orang dari kalangan lelaki, mempunyai perwatakan yang lebih professional dan bekerja dengan bersemangat. Jururawat wanita yang lebih dewasa p**a lebih mudah bergaul dan ramah sambil bekerja. Perwatakan mereka yang lebih mesra mengekalkan hubungan dengan doctor dengan gelak tawa dan gurauan mereka. Jururawat melakukan pelbagai jenis perkhidmatan. Mereka memeriksa peranti pemantauan, mengambil tekanan darah, mengambil darah untuk ujian, memberikan ubat intravena dan larutan garam, mengedarkan ubat makan, mencuci luka dan menanggalkan jahitan, menukar peralatan tempat tidur, pakaian dan lampin pakai buang, membersihkan pesakit, membuang bekas air kencing, membawa pesakit ke jabatan lain (untuk imbasan ultrasound), menyimpan rekod pesakit dan sebagainya. Perkhidmatan tersebut dilakukan sejak kemasukan pesakit hingga keluar.

Para Jururawat adalah sangat cekap, bersopan santun dan ceria. Mereka memanggil saya "Pakcik". Saya berasa segan apabila mereka tanpa henti berkata, "Maaf, pakcik", sebelum atau semasa melakukan apa-apa untuk saya. Saya cuba untuk tidak mengganggu mereka; namun saya sering terpaksa memanggil mereka untuk perkara kecil. Mereka bekerja mengikut giliran. Saya tidak mengkaji tahap gaji mereka. Mereka mungkin diletakkan di bahagian bawah hirarki(tahap/paras) gaji perkhidmatan awam. Semoga mereka menerima semua tugasan mengikut terma dan syarat sebagai jururawat setimpal dengan tanggungjawab yang dilakukan dan juga segala kerja cemerlang yang diberikan oleh mereka. Saya bersyukur dan saya akan berterima kasih setiap kali mereka melakukan sesuatu kepada saya. Mungkin mereka lebih mengenali saya daripada pesakit lain yang tidak tinggal lama seperti saya. Bagi saya, mereka memberikan tahap perkhidmatan yang setara jika dibandingkan dengan jururawat di negara Jepun yang beroperasi dalam konteks budaya yang asing.

DOKTOR

Kebanyakan para doktor yang berkhidmat di dalam wad, lelaki dan wanita adalah seimbang, datang daripada pelbagai kaum, dan sekitar umur 30-an ke 50-an. Mereka bercakap dengan pesakit di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina(dialek Manderin dan sebahagian dialek yang lain), Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Tiada “sindrom kolar putih” wujud di dalam wad yang matang ini. Sebahagian para doktor memakai “baju klinikal” berwarna biru ketika mereka datang ke wad sebelum sesi pembedahan, untuk tugasan kerja atau rondaan. Ramai yang memakai pakaian bukan uniform, ringkas (dan sederhana) seperti yang dipakai oleh majoriti doktor di hospital. Penampilan mereka menunjukkan satu kualiti yang tersendiri. Pertama, mereka tidak dibezakan melalui cara mereka berpakaian, hanya melalui rupa paras yang sebahagiannya ditutup oleh pelitup muka, dan cara berututur.

Masyarakat mungkin menganggap yang mereka telah terbiasa dengan penderitaan pesakit, akan tetapi mereka tetap mempunyai keperihatinan dan sensitif. Umum akan menyedari hal ini apabila mereka melihat satu atau ramai doktor yang berhenti di sebelah pesakit(yang menghadapi masalah) ketika sedang membuat rondaan dan memeriksa kondisi pesakit tersebut serta meminta untuk dilakukan satu pemeriksaan yang khusus. Pada situasi ini, doktor akan meluangkan masa yang lebih untuk pesakit ini tanpa mempedulikan yang lain.

Para doktor kebanyakkannya datang dua kali sehari untuk berjumpa dengan para pesakit, iaitu di antara pertengahan hingga akhir pagi, lewat petang atau awal malam. Berjumpa dengan pesakit ini akan memberikan ruang kepada doktor untuk bertanya bagaimana keadaan mereka serta untuk mengenal pasti sekiranya terdapat ubat atau rawatan yang perlu diubahsuai atau ditukar. Para doktor akan datang dalam kump**an, samada berempat atau berlima bersama seorang jururawat dengan sebuah fail. Seorang atau lebih doktor yang lebih berpengalaman akan merujuk cacatan di fail ini dan akan memutuskan tidakan susulan yang perlu dilakukan. Secara kasar, soalan yang ditanya kepada pesakit adalah sama : Apa khabar? Adakah anda merasa sebarang kesakitan, demam, loya atau masalah lain? Sekiranya pesakit tidak menunjukkan simptom diatas, dia akan berlalu dengan cepat, sebagai contoh, selepas pemeriksaan ringkas di bahagian kaki untuk menyiasat kandungan air yang berada di dalam badan. Pesakit berasa seronok dengan rondaan doktor ini kerana ia memecahkan kebosanan, mengambil kesempatan untuk mendapatkan input daripada perbincangan doktor, bertanya tentang kondisi diri mereka atau untuk mendapatkan kepastian. Satu masa, setiap pesakit ingin bertanya “Bila saya boleh p**ang?”

Sungguh mengagumkan bahawa para doktor mampu melakukan begitu banyak perkara untuk pesakit, tanpa mengharapkan balasan. "Saya tidak akan menjalankan pembedahan sekiranya saya tidak mendapat kerjasama dari pasukan saya," kata ketua pakar bedah kepada saya. Untuk pembedahan saya, dia mendapat bantuan daripada satu pasukan yang besar termasuk lima pakar bedah, lima jururawat, tiga pakar bius. dan tiga lagi doktor yang mengendalikan mesin by-pass. Mereka menjalankan pembedahan tersebut dari jam 8:30 pagi hingga 4 petang. Ia merupakan kerja seharian, dan masih ada di antara mereka yang menjalankan rondaan wad. Sungguh gila bagi seorang doktor untuk bekerja lebih 30 jam setiap satu syif. Namun para doktor melakukannya mengikut giliran. Mereka tetap riang, ada sedikit mengeluh kecil tentang beban mereka, menggelengkan kepala dan hampir tidak percaya, seolah-olah ia tidak dapat dielakkan. Malah ada yang terpaksa bekerja di luar Pulau Pinang semasa syif mereka.

REFLEKSI

CTC merupakan sebuah unit hospital yang sangat penting, satu unit yang kecil berbanding Institut Jantung Negara yang lebih dikenali di Kuala Lumpur. CTC sebuah unit yang kurang dikenali namun melaksanakan pelbagai perkhidmatan penting yang berkaitan dan bukan sekadar pembedahan sahaja. Ia memberikan ubat warfarin (sejenis ubat cair darah) kepada pesakit tertentu, pemeriksaan selepas pembedahan dan memberikan nasihat kepada bakal pesakit. Para pakar bedah ini melaksanakan pembedahan kecemasan(dan penting) secara berkala di seluruh negara. Setiap hari, terdapat banyak permintaan keatas mereka(pakar bedah jantung), yang diketahui daripada bilangan pesakit luar yang telah menghubungi CTC bagi mendapatkan konsultasi(dan nasihat). Sekarang adalah zaman pandemic COVID-19, masyarakat menua, penghijrahan berterusan doktor pakar (hospital) awam ke sektor (hospital) swasta dan peningkatan inflasi – terutama peningkatan kos rawatan kesihatan di hospital swasta. Hospital(awam) adalah fasiliti penting bagi mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan CTC untuk pembedahan kardiotorasik yang cemerlang dengan percuma atau hampir percuma. Selain itu, pesakit juga boleh mendapatkan konsultasi doktor sebanyak mana yang mereka mahu walaupun setelah menjalani pembehdahan. Pegawai kerajaan atau golongan pesara tiada bayaran yang dikenakan sementara pekerja swasta hanya perlu membayar RM5 setiap temujanji. Akan tetapi, perkhidmatan CTC hanya boleh diteruskan sekiranya terdapat penambahbaikan pegawai pakar dan jururawat terlatih khas, pembelian atau pembaikkan alat-alat teknikal serta terma dan syarat pekerjaan para doktor dan jururawat.

Banyak perkara yang perlu dilakukan, dan ia memerlukan sejumlah peruntukan sumber kewangan yang besar bagi sebuah institusi hospital awam. Wang ini tidak akan kelihatan di wad. Wang (juga) bukan sesuatu yang sentiasa di dalam fikiran para doktor, jururawat atau pesakit. Itulah hakikatnya. Hospital Besar Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan kepada orang awam tanpa sebarang bayaran, atau bayaran yang sangat minimal(sedikit). Saya telah membayar RM500 – RM1,000 untuk pergantian tisu aorta(salur darah utama) dan injap aorta – hal ini kerana, para doktor mengetahui, kadar itu adalah sesuatu yang saya mampu. Saya juga telah jimat RM250,000 dengan menjalani pembedahan di Hospital tersebut. Kos rawatan selepas pembedahan juga mahal, kerana kos tinggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan di wad adalah tinggi, serta pelbagai jenis ubat yang diberikan. Para pesakit amat jarang dibebankan dengan kos perkhidmatan kesihatan, tiada juga (kos perkhidmatan) para doktor dan jururawat. Semua ubat dan peralatan(perubatan) khusus telah digunakan seperti yang sepatutnya dan tidak ditentukan melalui kemampuan kewangan(seseorang).

Perkhidmatan diberikan secara professional kepada para pesakit. Tiada langsung isu perbezaan bangsa. Apabila saya keluar dari wad, lebih dari seorang jururawat memegang tangan saya dan memberi nasihat kepada saya di dalam Bahasa Melayu agar tidak menerima kujungan tetamu, untuk memakai “penstabil tulang dada”, untuk berhenti dari kerja berat, mengangkat barang berat dan sebagainya sekitar tiga ke enam bulan. Suasana ini amat berbeza dari suasana politik kita yang ‘obses’ dengan sentiment perkauman yang toksik. Di CTC dan hospital, tiada siapa peduli tentang identiti bangsa pesakit. Inilah cara sesuatu perkhidmatan yang sepatutnya. Bayangkan, bagaimana harmoninya negara Malaysia sekiranya ia ditadbir seperti CTC dan hospital.

Pada hari Ahad 29 Mei, sehari sebelum saya dibenarkan keluar dari hospital, ketua pakar bedah dan pembantunya, Dr Dalvinder Singh, datang sekali lagi untuk memeriksa keadaan saya. Dr Basheer dengan bangganya menunjukkan gambar dari telefon pintarnya berkenaan dengan sebuah majlis yang dihadiri oleh satu komuniti perubatan yang berpakaian kemas yang telah beliau hadiri di Kuala Lumpur. Gambar itu merupakan satu bahagian daripada peperiksaan buat ‘bakal pegawai pakar’ dan juga gambar persidangan perubatan. “Saya sangat berbangga (kerana) pada masa ini kami telah mempunyai tujuh pakar kardiotorasik (yang baru),” katanya. “Dan saya berharap agar mereka kekal berada di dalam perkhidmatan awam ..untuk berkhidmat kepada rakyat.”
..........................................................................
Khoo Boo Teik merupakan seorang professor emeritus di National Graduate Institute for Policy Studies, Tokyo dan felo emeritus pengkaji di Institute of Developing Economies, Chiba, Japan. Beliau merupakan penulis buku Paradoxes of Mahathirism dan lain-lain buku.

(Artikel ini telah diterjemah oleh PPP Taufik Aziz, Ketua Unit Media CTC. Ia telah diterjemah dan diolah mengikut kesesuaian bahasa tanpa mengubah maksud asal penulis)

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
YBMK Khairy Jamaluddin
Tan Sri DG Noor Hisham Abdullah
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Hospital Pulau Pinang Hpp

Want your organization to be the top-listed Government Service in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Aidilfitri
Part 3 temu bual.
Temu bual part1 25/1/21
Temu bual part 2. 25/2/21
Rib Fracture & Flail Chest

Telephone

Address


Pinang

Other Government Organizations in Pinang (show all)
Markas Divisyen Ke 2 Infantri Malaysia Markas Divisyen Ke 2 Infantri Malaysia
Jalan Pinang
Pinang, NIL

"SENTIASA CEMERLANG - PENGGEMPUR HALILINTAR"

ShutterLens ShutterLens
Pusat Pengetahuan Komunikasi Dan Teknologi, Aras 2, Bgn Eureka, USM
Pinang, 11800

Nothing

Sustainable Tourism Research Cluster (STRC) Sustainable Tourism Research Cluster (STRC)
Building H25, Universiti Sains
Pinang, 11800

Tel : o4-6535435 Fax: 04-6535845

Consulate-General of Japan in Penang Consulate-General of Japan in Penang
Level 28, Menara BHL, No. 51 Jalan Sultan Ahmad Shah
Pinang, 10050

Welcome to the official page of the Consulate-General of Japan, Penang, Malaysia. We will

Panitia Pemilihan Luar Negeri - PPLN Penang Panitia Pemilihan Luar Negeri - PPLN Penang
Jalan Burma
Pinang

Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) KJRI Penang merupakan representatif KPU dalam penyelenggaraan pemilu serentak 2019 untuk wilayah Malaysia Bagian Utara (Penang, Kedah dan Perli...

Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah
Pulau Pinang
Pinang

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah