Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia USM Official

Halaman ini dicipta untuk memperkenalkan Kelanasiswa USM dan halaman ini dapat dijadikan medan interaksi kami dengan masyarakat dalam dan luar kampus.

12/05/2021

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal p**a menanti di sana. Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia USM (KLKM USM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.

12/04/2021

عن أبي هريرة : قال قال رسول الله : إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ ، صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَاب ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَاب ، وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

Artinya : Apabila telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah Syaitan dan Jin, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu-pintu yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu surga, tidak ada satu pintu-pun yang tertutup, lalu terdengarlah seruan ; “Wahai orang yang ingin kebaikan maka lakukanlah, wahai orang yang ingin kejahatan maka kurangilah. Dan di sisi Allah terdapat senarai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, dan begitulah terjadi pada setiap malam (Ramadhan)”

Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia USM (KLKM USM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan 1442H kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadan kali ini memberikan seribu berkat, keampunan dan rahmat buat semua muslimin dan muslimat.

10/03/2021

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Pengakap!
Israk Mikraj merupakan satu peristiwa luar biasa yang berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 di mana peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Allah SWT.

Oleh itu, Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia USM (KLKM USM) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Israk Mikraj kepada semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.
Gunakan kesempatan waktu cuti ini dengan meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan merapatkan hubungan antara ahli keluarga.

23/02/2021

Bermula dengan usaha mengumpulkan budak-budak terbiar dan melepak, kemudiannya mengadakan perkhemahan pertama di Pulau Brownsea pada tahun 1907, telah berjaya menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk mendewasakan diri dan berdikari.

Tahun perkhemahan pertama itulah bermulanya Sejarah Pengakap Dunia yang dipelopori oleh Lord Baden Powell of Gilwell (1857-1941) atau lebih mudah disebut sebagai BP.

Walaupun BP sudah meninggal dunia pada tahun 1941, tetapi jasanya mendisiplinkan kanak-kanak dan remaja melalui ilmu kepengakapan tetap dikenang. Tarikh lahirnya pada 22 Februari telah dijadikan Hari Pengasas Pengakap di seluruh dunia.

Oleh itu, kami daripada Kump**an Latihan kelanasiswa Universiti Sains Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pengakap Sedunia kepada seluruh Warga Pengakap Malaysia!

11/02/2021

Setiap hari Tahun Baru seperti halaman buku - kuat dengan pelajaran dan pengembaraan sehingga mencipta kenangan untuk bertahan seumur hidup anda. " Satu tahun berlalu dengan membawa serangkaian harapan dan aspirasi. Satu tahun lagi disertakan dengan banyak peluang baru untuk menghidupkan kembali impian anda dan merealisasikan matlamat anda. "

Dengan ini, KLKM USM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua orang untuk kebahagiaan sepanjang Tahun Baru.
Selamat Tahun Baru Cina 2021 ... Gong Xi Fa Cai !!!

31/12/2020

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Pengakap! Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru 2020.

Tahun 2020 dipenuhi dengan kenangan pahit manis yang tidak dapat dilupakan, namun biarlah kenangan tersebut menjadi sebuah cerita yang boleh dijadikan motivasi pada tahun 2021. Semoga perjalanan kehidupan kita untuk tahun baru ini menjadi sebuah perjalanan yang lebih baik dari tahun sebelumnya

24/12/2020

We are from Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia, Universiti Sains Malaysia (KLKM USM)
Wishing everyone a very Merry Christmas !
May you have the gladness of christmas which is hope, the spirit of christmas which is peace and the heart of christmas which is love.
Christmas is the spirit of giving without a thought of getting. It is happiness because we see joy in people. It is forgetting self and finding time for others. It is discarding the meaningless and stressing the true values. - Thomas S. Monson

Sincerely from our Scouts family to yours !!

27/11/2020

Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua mahasiswa/wi USM.

Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Jika penat, berehat seketika. Kemudian sambung perjalanan menuju hari yang diimpikan. Jangan dilupakan juga projek UCE anda😉.

13/11/2020

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Deepavali merupakan salah satu perayaan yang utama di Malaysia. Perayaan Cahaya ini disambut oleh masyarakat Hindu dengan memasang barisan pelita. Cahaya berseri-seri yang dipasang dari pelita dan menerangi kegelapan malam merupakan simbolik kemenangan kebaikan ke atas yang jahat.

Oleh itu, Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh warga USM terutamanya kepada mereka yang beragama Hindu dengan harapan bahawa cahaya sambutan ini akan menerangi kehidupan semua rakyat Malaysia untuk hidup dalam keadaaan yang aman dan harmoni.

05/11/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dukacitanya dimaklumkan bahawa ibu kepada
NOR SYAKIRAH BINTI MOHAMAD (NYDP 1 KLKM USM) baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Al-fatihah...

28/10/2020

"Ummah Rabbani, Negara Harmoni"

Tema ini bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang seperti zaman Nabi Muhamad S. A. W.

Maulidur Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun adalah bagi meraikan keputeraan baginda Rasulullah s.a.w yang lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571.

Oleh itu, Kump**an Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1442 Hijrah kepada semua rakyat Malaysia.

11/10/2020

Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia ingin mengucapkan Selamat Memulakan Sesi Pembelajaran kepada semua pelajar Universiti Sains Malaysia sidang akademik 2020/2021.

Semoga kita semua mampu menyesuaikan diri dalam norma baharu ini. Sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan dan jangan lupa memakai pelitup muka dan sentiasa mencuci tangan anda tidak kira dimana anda berada.

15/09/2020

Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira agama dan kaum. Walaupun di mana kita berada, pastinya ucapan Selamat Hari Malaysia sebagai tanda ingatan buat mereka yang cintakan tanah air ini.

Walaupun tahun 2020 kita lalui dengan penuh cabaran dan dugaan, namun dengan semangat perpaduan pelbagai bangsa dan budaya di negara ini pastinya akan kita tempuhi bersama-sama.

Bagi meraikan sambutan Hari Malaysia 2020 dengan tema “Malaysia Prihatin”, marilah sama-sama kita ucapkan Selamat Hari Malaysia buat kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga frontliner negara.

19/08/2020

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam di seluruh dunia kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Oleh itu, Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam. Marilah kita meningkatkan kesyukuran atas penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah. Jadikan teladan yang terbaik bagi memperbaiki diri kita.

05/08/2020

Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) mengucapkan salam takziah dan amat berdukacita di atas kejadian yang menimpa bumi Lubnan pada waktu ini.

Semoga seluruh penduduk Lubnan khusunya kawasan Beirut mampu mengharungi detik-detik gentir ini dan mereka kuat menghadapi ujian ini.

30/07/2020

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Oleh itu, Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada seluruh umat Islam. Marilah kita meningkatkan kesyukuran dan amal soleh. Bagi yang mengerjakan haji di Tanah Suci, semoga mereka memperoleh haji yang mabrur.

08/06/2020

Assalamualaikum dan Salam Pengakap!

Kump**an Latihan Kelanasiswa Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah.

Semoga tuanku sentiasa dalam lindungan Allah dan Allah melanjutkan usia Tuanku.

/21

Timeline photos 31/05/2020

KLKM USM ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua kaum Dayak!

Gawai bermaksud festival dan Dayak nama kolektif untuk orang pribumi di Sarawak, Kalimantan dan pedalaman Borneo. Pesta ini disambut sebagai hari kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah-ruah dan masa untuk merancang musim penanaman yang baru.

Timeline photos 23/05/2020

Sebulan berpuasa genaplah sudah, maka di kesempatan ini, KLKM USM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua muslimin dan muslimat.

Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh bermakna di samping keluarga dan sahabat handai yang tercinta.

Merdu irama rancak disebut,
Bersama dinyanyi seia sekata,
Aidilfitri menjelma tibanya disambut,
Ampun dihulur maaf dipinta.

15/05/2020

Assalamualaikum dan Salam Pengakap!!

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan kepada guru/ cikgu yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.

Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar. Oleh itu, Kump**an Latihan Kelanasiswa Universiti Sains Malaysia ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua pendidik di Malaysia.

Bertemakan " Berguru demi ilmu, bina generasi baharu" konsep cinta dan berguru dengan ilmu perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar.

09/05/2020

Assalamualikum dan Salam Pengakap!!!

Sejarah Nuzul Quran (penurunan wahyu al-Quran) merupakan sebuah sejarah yang hebat dan menjadi panduan serta perlembagaan kepada seluruh umat Islam.

Bagaimanapun, tahun ini semuanya berbeza, dengan keadaan negara 'dibadai' COVID-19, pastinya perhimpunan ramai untuk menganjurkan kelaziman membaca Al-quran secara beramai-ramai tidak boleh dilakukan.

Namun, situasi itu bukan alasan untuk umat Islam tidak meraikan sambutan itu, sebaliknya ia diraikan dengan normal baharu, iaitu tadarus al-Quran dilakukan secara sendiri, dalam talian atau bersama keluarga di rumah masing-masing.

Oleh itu, Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-quran kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga kita mendapat keberkatan melalui memperbanyakan bacaan ayat suci Al-quran khususnya di bulan mulia ini.

Nikmatnya Ramadan ini, Allah menyediakan ganjaran rahmat, maghfirah (keampunan) serta pembebasan daripada api neraka dan banyak lagi ganjaran lainnya.

30/04/2020

Assalamualaikum dan Salam Pengakap!
1 Mei setiap tahun merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh semua pekerja di Malaysia. Cuti umum yang diberikan pada hari ini adalah untuk memberi peluang kepada para pekerja untuk berehat dan menghargai jasa mereka yang berpenat-lelah dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan baik.

Oleh itu, Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia.

Buat petugas barisan hadapan, pada hari ini anda masih bekerja dan bersusah payah untuk negara dan jauh daripada keluarga. Semoga segala pengorbanan yang anda lakukan pada hari ini, kemarin dan hari-hari seterusnya diberkati oleh Allah S.W.T. Jasa anda dalam memerangi Covid-19 ini tidak akan kami lupakan. Semoga wabak Covid-19 ini berjaya ditangani. Terima kasih wira negara.

23/04/2020

Assalamualaikum wbt

Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah
Puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga ramadan pada kali ini akan lebih bermakna daripada yang sebelumnya. In Shaa Allah.

Ramadan Kareem 1441 Hijrah

12/04/2020

We hope that you all have a great Easter weekend, and are all keeping safe and well 🐰 We hope that indulging in some delicious food and drinks can help brighten your weekend 🧀🍷😊

08/04/2020

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Pengakap!

Sesungguhnya, sama ada kita sedar atau tidak, kini kita berada dalam bulan Sya’ban, iaitu bulan yang ke-8 dalam kalender Islam dan tidak lama lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak penghulu segala bulan yang mana merupakan bulan yang memiliki pelbagai kemuliaan, dijanjikan ganjaran yang berganda, dilimpahi keberkatan serta dilimpahi rahmat dan juga keampunan.

Oleh itu, Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia USM (KLKM USM) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Nisfu Syaaban kepada semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

21/03/2020

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Pengakap!

Di saat negara Malaysia dan seluruh dunia digemparkan dengan penularan wabak covid-19, kita hampir terlupa bahawa malam ini merupakan malam Isra' Mikraj. Peristiwa luar biasa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 di mana Nabi Muhammad berjumpa dengan Allah SWT.

Oleh itu, Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia USM (KLKM USM) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Isra Mikraj kepada semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Gunakan kesempatan waktu cuti ini dengan meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan merapatkan hubungan di antara keluarga.

Photos from Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia USM Official's post 24/02/2020

Perjumpaan Pertama Ahli Level 300, Semester 2 Sidang Akademik 2019/20

Agenda : Taklimat Portfolio UCE
Tarikh : 24 Februari 2020
Tempat : DK T, USM
Butiran : Ahli-ahli telah menghadiri Taklimat Portfolio UCE. Perjumpaan juga dimulakan dengan pengucapan dari Dr Anuar.

Timeline photos 17/02/2020

Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) ingin mengucapkan selamat kembali ke menara ilmu tercinta ❤. Kekal bersemangat dan terus berusaha untuk mencapai cita-cita yang diidamkan. Semester baru, semangat baru dan selamat menempuh sidang 2019/2020

08/02/2020

Assalamulaikum, Salam Sejahtera & Salam Pengakap!

Pihak KLKM USM ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Thaipusam" kepada penganut agama Hindu di malaysia.

Semoga sambutan pada kali ini memberikan semangat baru kepada penganut agama Hindu untuk sentiasa menambah dan membuat kebaikan serta menjauhi segala kejahatan.

Diharapkan perayaan Hari Thaipusam ini dapat mengelakkan segala persengketaan yang menggugat perpaduan kita.


/20

Want your university to be the top-listed University in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

PERJUMPAAN MINGGUAN LEVEL 200 KLKM USM 18/19
Agenda : Kawad KakiTarikh: 4 Mac 2019Tempat : Padang Kawad, USMMasa : 5.20 PM - 7.00 PMButiran: Seramai 102 ahli KLKM US...
Aktiviti Mempelajari Cara- cara Membuat Balutan dan Merawat Luka
PENGEMBARAAN 1000KM KLKM USM 2018 (BERKENDERAAN AWAM) PENANG-MELAKA [TEASER]
Hari Pengasas Pengakap Sedunia 2018
KLKM USM MONTAGE
Malam Pengakap KLKM USM 17/18 : Krew J (Dikir Barat)
Malam Pengakap KLKM USM 17/18 : Krew I (Sketsa Moden)
Malam Pengakap KLKM USM 17/18 : Krew G (Aksi Muzikal)
Malam Pengakap KLKM USM 17/18 : Krew H (Nyanyian Lagu-Lagu P. Ramlee)
Malam Pengakap KLKM USM 17/18 : Krew E (Sketsa Tradisional & Moden)
Malam Pengakap KLKM USM 17/18 : Krew F (Tarian Joget)

Website

Address

Pinang

Other Colleges & Universities in Pinang (show all)
ADWAVE's iN-SPIRED 2011 ADWAVE's iN-SPIRED 2011
Universiti Sains Malaysia(main Campus)
Pinang

ADWAVE's iN-SPIRED believes that through the development and the growth of the arts and creative sector will inherently improve the state of Malaysia's tourism. Follow us for mor...

Adikarma USM Adikarma USM
USM
Pinang, 18000

KUMPULAN KESENIAN ADIKARMA USM Official Page

Hagihara Hagihara
Pinang

[荻原服饰电脑专门学院]创办人张柔恩 In year 1991, Joan Cheong had established HAGIHAR

Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
IPG Kampus Pulau Pinang, Bukit Coombe
Pinang, 11700GELUGOR,PULAUPINANG

Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (I4P) began as the Penang Teacher's Training College in

CE Education Consultants CE Education Consultants
332-I-2, Jalan
Pinang, 11600

Raudhah Team Raudhah Team
Pinang, 13700

Mari menceriakan hari anda! Semoga kita semua bersatu di dalam satu ikatan AKIDAH. Mari memperjuangk

UOW Malaysia KDU UOW Malaysia KDU
32, Jalan Anson, George Town
Pinang, 10400

Persatuan Alumni Kimia USM Chemistry Alumni Association Persatuan Alumni Kimia USM Chemistry Alumni Association
Pinang

This is the official FB group for our Chemistry Alumni Association. Here you will be able to 1) Lo

Biologi PJJ USM : Underground Lab Biologi PJJ USM : Underground Lab
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains
Pinang, 11800

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) BIOLOGI Selain pelajar Major, halaman ini juga terbuka kepada p

Lifetime Vpn Lifetime Vpn
Di Hatimu
Pinang, 12345

AGE Final Year Showcase AGE Final Year Showcase
Pinang, 10400

Assemble Final Year Exhibition 2020, an exhibition showcasing the final year projects of the final y