Ismail Saki
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ismail Saki, Writer, pekan serkat, Pontian Kecil.
SAJAK : DI HOSPITAL PONTIAN
Dipembaringan tak bernyawa
Aku terlantar di Hospital Pontian
Jari-jemari ditubuhku
Lemah longlai kaku membisu
Ditemani keluargaku disekeliling bangku
Aku tak tahu
Apa yang telah menimpa diriku sendiri
Sahabat handai datang mengunjungiku
Tak kira tua atau muda
Derita sengsara datang menimpa
Yang tidak aku duga
Hanya aku mendiam diri
Menahan segala kesakitan
Dengan qada' Tuhan
Aku berada di Hospital Pontian
Untuk membuat rawatan
Sahabat handai disekeliling pinggang
Mengunjung aku pagi dan petang
Dipembaringan tak bernyawa
Daku keseorangan diri
Sanak keluarga mengunjungiku
Memberi rawatan
Dibawah jagaan Kementerian Kesihatan
Ismail bin Saki
Pantun di hari ini...
Bercabang tiga apalah gunanya,
Di seberang salji setiaplah hari,
Amalan mulia tuntutan agamanya,
Semoga menjadi muslim yang sejati.
SAJAK PAK LAH...(Abdullah bin Ahmad Badawi)
PAK LAH... PAK LAH... PAK LAH...
Dalam sebak dadamu.
Terhimpun seluru duka bangsamu.
Dalam rintih terasa di jiwamu.
Terhimpun senyum perasaan bangsamu.
Dalam akal fikiranmu.
Terhimpun seluruh hadiah bangsamu.
PAK LAH... PAK LAH... PAK LAH...
Kau menangis sebelum bangsamu menangis.
Dan tahu erti sebuah tangisan.
Kau ketawa setelah bangsamu puas ketawa.
Walaupun tidak mengerti ketawaan itu.
Dikau terjaga diketika bangsamu terbuai lena.
Dan engkau memilih untuk tidur dalam terkejut.
Jaga bangsamu.
PAK LAH... PAK LAH... PAK LAH...
Kini kau terpinggir sebuah kembara yang panjang.
Namun engkau semakin resah.
Kau semakin sebak.
Kau kini semakin bimbang.
Kau kini semakin terharu.
Kau kini semakin sayu.
Kerana impianmu sebelum menjelma.
Dalam igauan bangsamu.
PAK LAH... PAK LAH... PAK LAH...
Malaysiamu ini adalah bumi yang merkah.
Indah pandangan kelikirmu amat tajam.
Menunggu bangsamu silap langkah.
Akan tertanam dan tertekam.
Itulah yang aku lihat.
Dari perasaanmu titisan air matamu.
Pada setiap kali diakhir ucapan.
Yang telah kau berikan.
Jauhkanlah segala sengketa.
Sesama kita manusia.
Di bawah satu bumbung satu bendera.
Kami semua anak merdeka.
Kita semua tiada upaya.
Melainkan dialah yang maha Esa.
Janganlah kita sekali-kali berbalah bantah.
Kita merdeka tidak pertumpahan darah.
Kita semua dibawah perintah Allah.
Buat yang disuruh, tinggalkan yang ditegah.
Itulah hukum allah.
Janganlah kita membuat pekara yang salah.
PAK LAH... PAK LAH... PAK LAH...
Engkau melangkah di gelanggang dunia.
Bersama membawa titian bangsamu.
Kewarasan benua.
Bersama denyut nadi bangsamu.
Engkau jelajah empat tapak penjuru alam.
Dengan cahaya dan sinar agamamu.
Namun tiada siapa yang pernah ambil tahu.
Bahawa dijiwamu engkau adalah seorang insan yang kecil.
Berbekal setinggi kesabaran dan setulus keikhlasan.
Lalu disebalik senyumanmu.
Kau sinar meronta menunggu keupayaan.
Engkau sinar menerjah menentang kesungguhan.
Kepayahan bangsamu.
Kegelapan bangsamu.
Kesungguhan bangsamu.
Bangsamu yang engkau sayang itu.
Terus membiarkan engkau keseorangan.
Apakah bangsamu mengerti sekian lama menabur bakti.
Di bumi pertiwi sejati dan abadi.
Nurkilan dari Ismail Saki, Pontian, Johor.
Siri Warisan Sastera Kelasik. (2009)
kepada yang sudi menjempot pakcik ismail untuk membalas,memberi pantun di hari perkahwinan @ merisik anak dara orang.. sila berjumpa dengan pakcik ismail untuk berbincang.. rumah pakcik ismail terletak di alamat Lot 81b jalan pekan serkat, 82030 serkat, pontian, johor. berhampiran dengan masjid haji dato nooh gadot..
bila dikenang pada yang tiada,
resah gelisah tidak terkira,
mohon doa pada yang maha esa,
agar gembira disana kelak harinya.
pantun untuk hari ini..
Masa kuguna biarlah berbatas,
Perkara haram jangan dijentas,
Walaupun begitu seberapa pantas,
Hukum Allah tetap di atas.
Yang sakit ada di hospital;
Yang berkunjung membawa bekal;
Kuih,ketupat,rendang dan sambal
Supaya sakit tidaklah kekal.
Terakhir diucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri;
Maaf zahir batin membersih diri;
Salah dan silap yang tidak disedari;
Dari yang nyata dan tersembunyi..
Bersyukur kita kepada yang ESA;
Berkatkan jalan rakyat setia ;
Negara makmur hidup sentosa;
Amal ibadat tidak di leka .
Di Fajar syawal takbir bergema;
Memuji kebesaran TUHAN yang ESA;
Di rumah Allah terpancar suara;
Dari umat Islam seluruh dunia.
Dengan Bismillah bermulalah syair;
Memuji kebesaran Allah dengan takbir;
Menjelang Aidilfitri puasa berakhir;
Syawal menjelang;Ramadan berakhir.
anak gembala mencari rezeki,
mencari rezeki di muara sungai,
bulan ramadhan menjelma lagi,
jumpa kita pada terawih malam ini... :-)
musim kemarau melanda lagi,
bulan ramadhan menghampiri,
sanak saudara datang kemari,
untuk berpuasa di rumah ini..
Buah pauh jatuh permatang,
Sayur ranti pohon beremi,
Dauh jauh kami datang,
Meraikan majlis permaisuri kami..
Di jemput semua rakanĀ²,saudara mara, dan kenalan fb dtg ke majlis permaisuri
kami pada hari ahad 15/05/2011 bersamaan 11 Jamadilakhir 1432 Hijrah..
Di teratak kami yang beralamat Lot 81b Jalan Pekan Serkat 82030 Serkat, Pontian Johor. (Berhadapan Masjid Dato Hji Nooh Gadot)
Jahat mulut s**a mencaci,
Duduk berlonggok s**a berlabun,
Siapa kata Tuhan pembenci,
Padahal Allah Maha Pengampun..
Jika kita berdosa besar cepat-cepatlah kita bertaubat..
Selagi nyawa belum bercerai dari tubuh..
Pantun dingin hari...
Bercabang tiga apalah gunanya,
Di seberang salji setiaplah hari,
Amalan mulia tuntutan agama,
Semoga menjadi muslim yang sejati..
Pantun hari ini...
Pulau Karang jauh berjajar,
Buih membusar di tepi-tepinya,
Kalau kurang menaruh sabar,
Boleh binasa semua jadinya...
sinopsis pantun ini ialah dalam diri ada sifat sabar..
pantun hari ini...
Ambilkan saya pisau raut,
Meraut pandan buat anyaman,
Bersih kaki kerana kasut,
Bersih hati kerana insan..
renungĀ²kan..
Pantun Hari Ini
Warna merah si tudung saji,
Hijau, biru warna selanya,
Memang mudah mengikat janji,
Tidak semudah menepatinya...
Sinopsis pantun ini ialah lumrah hidup seseorang yang s**a mengikat janji tapi jarang2 sekali menepati @ meongotakan janji nya..
Assalamualaikum kepada tetamu,
Yang menyokong saya dari belakang,
Berpantun adat resam orang melayu,
Takkan hilang pada zaman sekarang...
Sinopsis pantun nyih ialah berpantun tentang adat resam orang dulu-dulu...
jangan biarkan dek lapuk zaman...
Pantun Malam Ini
Buah Pedada dalam baldi,
Masak nasi hari petang,
Hidup kita biar berbudi,
Hingga mati dikenang orang....
Pantun hari ini...
Assalamualaikum untuk semua,
Pembukaan kata permulaan bicara,
Agar sentiasa sihat sejahtera,
Jagalah kesihatan setiap masa...
Sinopsis pantun ini ilah hormat antara satu sama dengan yang lain dan jaga kesihatan diri walau di mana jua berada...
pantun hari ini...
tuan haji memakai jubah,
singgah sembahyang di tengah lorong,
kalau sudah kehendak allah,
rezeki segenggam menjadi sekarung..
sinopsis pantun ini ialah setiap rezeki yang kita perolehi semua nya dari allah s.w.t.. janganlah kita lupa menenunaikan kewajipan yang telah d'beri kepada kita sebagai hamba Nya..
Selamat Datang Ke Facebook Pak Mail Saki.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Pontian Kecil