Bekam Puchong Al-Hijamah
Bekam bergerak ke area Puchong, Shah Alam dan Putrajaya
LEPAS BERBEKAM, MAKIN SAKIT PULAK!
Sebelum bekam, ada la sakit² badan sikit. Sengal sana sini, kebas tangan kaki. Lepas tu pergi la bekam.. Nak bagi badan ringan sikit..
. ALIH², SAKIT LAIN YG TAK PERNAH MUNCUL TIBA² DATANG!
"orang ni bekam tak betul ke?? Ke bekam ni tak elok??"
Tuan², inilah yang dipanggil "HEALING CRISIS". Krisis yang berlaku semasa proses penyembuhan.
Sebenarnya badan kita ni ibarat bom jangka. Bila² masa je boleh "meletus" yakni mengalami penyakit² yang berat. Macam darah tinggi, kencing manis, kanser.
Tapi selama ni, semua penyakit tu terpendam dalam badan. HANYA TUNGGU MASA UNTUK KELUAR.
Bila kita berbekam, badan kita akan bereaksi. Pembongkaran penyakit berlaku. Ada yang sebelum bekam sihat je, alih² lepas bekam jadi demam.
BERMAKNA PROSES PEMBONGKARAN PENYAKIT ITU SEDANG BERLAKU.
Ada juga kes, sel² badan kita bekerja keras untuk memulihkan badan yang dirawat, dan hasilnya kita akan jadi lesu (kerana metabolisme badan fokus merawat penyakit) atau lapar (tenaga banyak dibakar untuk pemulihan badan) dan sebagainya.
Jadi jika anda jadi sakit selepas berbekam, INSYA ALLAH ITU MENUNJUKKAN BADAN ANDA MEMBERI RESPON YANG SANGAT BAIK TERHADAP PERAWATAN. Teruskan berbekam, insya Allah badan anda akan kembali sihat bahkan lebih sihat dari awalnya.
JIKA SIMPTOM PENYAKIT ITU BERTERUSAN, SEGERA BERJUMPA DOKTOR.
8 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BEKAM
Masih ramai lagi yang tak ambil kisah pasal ni
🌱Mengeluarkan darah kotor (toksin) punca penyakit
🌱Proses pencegahan penyakit serius
🌱Melancarkan kembali perjalanan darah
🌱Menjadikan tubuh kembali cergas
🌱Merupakan sunnah Rasulullah SAW
🌱Meningkatkan sistem imun tubuh
🌱Boleh menurunkan berat badan
🌱Dikatakan boleh merawat 93 jenis penyakit termasuk darah tinggi,gout,kencing manis,migrain,resdung,jerawat dll
Ramai yang fikir buat bekam ni sakit, seram jarum semua...tapi sebenarnya tak sakit dan tak seram pun, sakit sikit je, lebih baik ada rasa sakit dari tak ada kerana ia mengaktifkan hormon badan kita dan membuat proses penyembuhan dengan cepat..lagi pun bila kita bekam ni kita bukannya tengok pun badan kita haaa😄 kita meniarap je, kalau nk tidur pun boleh👍👍
Anda Merancang Untuk Kekal Sihat Lagi 10 Tahun Akan Datang?
"Amalkan Berbekam InsyaAllah Bermanfaat Untuk Diri Anda"
Hadis Rasulullah S.A.W:"jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya."HR Malik
Sesungguhnya cara pengobatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)* (Muttafaq 'alaihi, Shahih Bukhari (no. 2280) dan Shahih Muslim (no. 2214)
TEMUJANJI RAWATAN SILA HUBUNGI
http://wasap.my/60139296947/sayanakbekam
☎Tel/Sms/Whatsapp 0139296947
Arif Business Account
Assalamualaikum. Ape khabar semua, dah service badan belum, ada rasa lesu penat boleh buat rawatan bekam😄😄
🌟🌕 *Makluman Minggu Terbaik Berbekam / Tarikh Sunnah Berbekam*
Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Sahih Sunan Abu Dawud)
*14/9- 17hb SAFAR (RABU)*
*16/9- 19hb SAFAR (JUMAAT)* HARI MALAYSIA
*18/9- 21hb SAFAR (AHAD)*
*Manfaat BERBEKAM*
Bekam secara istiqamah dalam jangka masa tertentu dapat menjaga kesihatan badan. *(Sunnah Nabi)*
- Membantu mengurangkan masalah darah tinggi, kolestrol, gula dalam darah dan toksin pd badan.
- Memperbaiki imunisasi badan untuk melawan penyakit.
- Melegakan masalah sakit badan dan otot yang tegang.
- Mengurangkan masalah angin dan panas pd badan.
- Memperbaiki aliran darah dan saraf.
- Mengurangkan ketagihan merokok dan dadah.
- Memberi ketenangan dan menstabilkan emosi.
- Mengurangkan risiko kesan sampingan COVID & VAKSIN.
- Merawat masalah gangguan dan unsur negatif , Dll....
ada sesiapa yang nk booking pada tarikh tersebut boleh whatsapp ye😄
013-9296947
ye untuk manfaat bersama. Tq 😎😀😁
Assalamualaikum semua 😄
“BETUL KE BOLEH KURUSKAN BADAN DENGAN BEKAM⁉️”
🌱Bekam bukanlah proses untuk menguruskan badan tetapi bekam MEMBANTU untuk meningkatkan metabolisme dan fungsi anggota dan organ badan manusia untuk beroperasi dengan lebih optimum, sekaligus memastikan pembakaran tenaga yang mencukupi.
Selain itu, pengambilan makanan yang seimbang dan gaya hidup sihat juga perlu dijalankan. Terapi manip**atif sahaja tidak memadai tanpa disusuli dengan penambahbaikan aktiviti seharian.
Jom tempah slot sekarang 🔥🔥
http://wasap.my/60139296947/sayanakbekam
🌱Dah servis badan ke belum tu..bukan kereta/motor je yang kena service, badan kita pun kena service jugak supaya kekal sihat
🍁10 point terbaik untuk bekam
من احتجم لسبع عشرة،وتسع عشرة،وإحدى وعشرين كان شفـاءً من كلِّ داءٍ
“Barangsiapa yang berbekam pada tanggal 17, 19, dan 21 maka itu adalah kesembuhan dari segala macam penyakit.”
[Hadits: Hasan. Lihat Shahih At-Targhib: 3/353]
untuk book slot boleh whatsapp
http://wasap.my/60139296947/sayanakbekam
🍁BEKAM UNTUK SAKIT KEPALA
🌱Bekam darah adalah rawatan yang paling efektif, selamat dan paling berkesan untuk pesakit migrain yang kronik dan sakit-sakit kepala biasa. Lihat saja darah kotor yang terkumpul yang di keluarkan,itulah punca utama kepala anda selalu berasa sakit dan pening kerana terkumpulnya darah kotor tersebut. Jika tidak di buang berkemungkinan besar akan menjadi punca Stroke di mana darah telah membeku di dalam saraf otak kita. Dan bekam sunnah ini adalah di galakkan dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali. Point ini juga boleh menyembuhkan 72 jenis penyakit berbahaya,juga mengurangkan pengaruh-pengaruh sihir yang membuatkan halusinasi pada pesakitnya. Insyaallah.
" Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang "
Dari Salma seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita
" Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".
dah berbekam ke belum,kalau belum jom berbekam
http://wasap.my/60139296947/sayanakbekam
🍁ANTARA KEBAIKAN BEKAM UNTUK MASALAH SAKIT JANTUNG
🌱Mengontrol hipertensi
🌱Menurunkan kolesterol
🌱Menurunkan kadar trigliserida
Boleh whatsapp di no 0139296947
🍁BEKAM UNTUK MASALAH DIABETES
🌱Dalam dunia perubatan moden,, penyakit diabetes atau kencing manis tidak boleh disembuhkan, cuma boleh di perlahankan agar tidak kronik. Tetapi dalam Islam ada hadis yang menyebut ”Setiap kali Allah menurunkan penyakit, Allah pasti menurunkan penyembuhnya. Hanya ada orang yang mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya.”(Abu Daud dan At-Tirmidzi). Anda harus yakin bahawa tanpa makan ubat pun anda boleh sembuh, cukup sekadar dengan berbekam, habbatus sawda dan istiqomah. Faktor lain yang penting adalah selalu bersukan, menjaga makanan dan tidak menggunakan gula putih/gula pasir. Titik-Titik Bekam untuk kencing manis :1. Point bekam Kepala . Titik bekam kepala ini untuk memperbaiki sel pangkreas yang rosak. Pesakit diabetes pada umumnya mempunyai masalah mengeluarkan insulin, hormon yang mengubah glukosa menjadi tenaga. 2. Point Bekam di tengkuk, bahu dan Pinggang. Ini adalah point bekam nabi. Fungsi nya adalah membuang toksin atau darah kotor yang ada disekitar jantung, kepala dan buah pinggang. Titik bekam sunnah Nabi adalah yang terbaik, kerana disitu terletaknya laluan penting darah, tempat pertemuan aliran darah. Jadi banyak darah yang dihasilkan. 3. Point bekam di lutut. Titik ini adalah titik sunnah Nabi juga. Kadar gula tinggi biasanya menyerang daerah kaki, maka titik ini mewakili titik pengambilan darah kotor di kaki. Titik kaki ini adalah titik potensi penyumbatan pada pesakit diabetis.
Jom Berbekam di...
Bekam Sunnah Al-Hijamah Puchong
http://wasap.my/60139296947/sayanakbekam
🍁KENAPA PEROKOK TEGAR & MALAS BERSUKAN PERLU BERBEKAM
🌿PEROKOK ⏩Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia yang beracun di dalam asap rokok yang boleh menyebabkan perbagai jenis penyakit . Perokok juga dinasihatkan untuk membuat rawatan bekam bagi menyingkirkan toksin serta nikotin yang berada di dalam badan sebagai langkah untuk mencegah penyakit kritikal. Bekam juga boleh mengurangkan masalah ketagihan merokok bagi mereka yang konsisten membuat rawatan.
Berdasarkan pengalaman kami sendiri, ada diantara pelanggan kami yang telah berhenti merokok selepas melakukan rawatan bekam.
🌿MALAS BERSUKAN ⏩Faktor persekitaran dan jenis makanan yang diambil boleh menjadi punca banyaknya toksin terkumpul dalam badan. Salah satu cara untuk mengeluarkan toksin secara semulajadi adalah melaui peluh. Jika kita malas untuk bersukan maka toksin dalam badan akan terus terkumpul dan akan menjadi tepu yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit.
Bekam bertindak mengeluarkan toksin serta melancarkan perjalanan darah untuk menjadikan kita sentiasa sihat dan cergas setiap masa.
🌱Tempoh masa terbaik yang disyorkan untuk bekam bagi seseorang yang mempunyai penyakit kritikal adalah 2 minggu/1 bulan sekali (fokus pada point penyakitnya)
🌱Bagi yang sihat disyorkan berbekam 2 atau 3 bulan sekali
Jom BERBEKAM..
Bekam Sunnah Al-Hijamah Puchong
http://wasap.my/60139296947/sayanakbekam
🍁KENAPA KITA PERLU BUAT BEKAM
🌱Bagi perubatan bekam, membuang darah kotor atau toksik adalah sangat berguna bagi menambah baik aliran darah yang bersih dalam badan. Setelah darah kotor dikeluarkan daripada badan, badan akan menghasilkan bekalan darah yang baru (fresh blood supply) bagi menggantikan darah kotor yang telah dikeluarkan. Selain daripada itu, berbekam juga dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Hal ini penting kerana pembentukan kolestrol didinding arteri dapat mengecilkan saluran darah serta secara langsung mengurangkan bekalan darah yang dapat disalurkan kepada seluruh badan. Untuk mencapai bekalan darah yang diperlukan oleh badan, jantung perlu bekerja lebih kuat dalam mengepam darah ke seluruh tubuh. Ini dapat membebankan jantung p**a dan sangat tidak bagus kepada jantung.
🌱Melancarkan peredaran darah
🌱Mengatasi masalah maigrain
🌱Mengatasi masalah jerawat
🌱Mengeluarkan racun dari dalam tubuh
🌱dan lain-lain
🌱Penyakit Asma merupakan penyakit yang tidak berjangkit yang biasa berlaku dan memberitekanan kepada kesihatan.
🌱Ramai ingat asma hanya menyerang kanak-kanak, tetapi asma boleh menyerang semua peringkat usia.
🌱walaupun tiada rawatan yang boleh merawat asma, tetapi penyakit asma ini boleh dicegah dan penghidap asma boleh hidup seperti orang normal.
🌱ada juga yang mengatakan penyakit asma ini penyakit keturunan.
🌱Rawatan bekam dan ghurah dapat membantu untuk mencegah masalah asma, kenapa saya kata begitu kerana saya juga menghidap penyakit asma dan saya mengamalkan rawatan bekam dan ghurah untuk mengurangkan risiko dari di serang asma
🌱Bekam dapat membantu mengurangkan rasa sakit selain pengambilan ubat tahan sakit atau ubat yang berkaitan. Selain itu, pesakit itu juga perlu berusaha mencapai berat badan yang seimbang. Mencari kaedah untuk mengurangkan kesakitan sendi tanpa berusaha menurunkan berat badan bagi pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan seakan tidak menyeluruh dan tidak merawat punca utama.
🌱Semakin lama sendi semakin lemah kerana otot dan sendi sudah terlebih kerja. Berat badan normal dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kolesterol dan diabetes.
🌱Terdapat dua fasa dalam keradangan ini. Ianya boleh jadi fasa akut iaitu sakit sendi, bengak, rasa panas dan kemerahan di sendi yang sakit dalam masa 24 jam. Maksudnya, keradangan sendi baru sahaja berlaku. Fasa ini, bekam dapat mengurangkan keradangan dengan meletakkan titik ‘island’ iaitu keliling kawasan radang, ianya bukan di atas kawasan radang yang sedang sakit itu.
🌱Tanda-tanda radang ialah kemerahan, panas, bengak, sakit dan hilang fungsi. Jika terdapat sekurangnya 3 tanda symptom ini, ia boleh dikatakan di dalam fasa akut. Manakala fasa keradangan kronik ialah melebihi 3 bulan rasa sakit di kawasan tersebut. Maka, bolehlah kita bekam di atas kawasan yang sakit untuk mengejutkan otot dan salur darah yang sudah bermasalah dan dapat membuang kotoran yang bertakung di kawasan sel tisu badan tersebut.
🌱insyaallah dengan rawatan bekam yang consisten pasti ada kesembuhan
apa yang kita perlu adalah usaha dan ikhtiar.. insyaallah... kesembuhan itu milik Allah SWT
🍁Kelebihan bekam Api😄
♨️Antaranya ialah utk balancing aliran Qi/energy di dalam tubuh,menyegarkan Qi dan melancarkan peredaran darah,membuang lembap dan sejuk,membuang stagnasi darah darah di sebabkan patogen sejuk/atau lemahnya Qi,bengkak dan sengal2,pada umumnya bekam api di terapkan untuk masalah pencernaan dan gangguan organ paru2.
♨️Bekam api akan mengeluarkan patogen angin,sejuk dan lembap yg tidak boleh di keluarkan dengan bekam basah dan kering
♨️bila tengok nampak macam sakit an, tapi tak sakit pun..jangan risau tak terbakar pun...👍👍👍
boleh whatsapp di no berikut :-
60139296947
🍁Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
🌱Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
🌱Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
🌱Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
🌱Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
🌱Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
🌱Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
🌱Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
🍁Tanda Gout
🌱Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
🌱Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
🌱Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
🌱Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
🌱Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
🌱Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
🌱Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
🍁Komplikasi
🌱Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
🌱Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
🌱Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
🌿Kegemukan
🌿Darah tinggi
🌿Hiperlipidemia
🌿Diabetes
🌿Rawatan
🌱Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
🍁Rawatan Jangka Panjang
🌱Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
🌿Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
🌿Mengelakkan minuman keras
🌿Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
🌿Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
🍁Pemakanan
🌱ELAKKAN MAKAN
🌿Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
🌿Ikan bilis, kembung, sardin
🌿Daging cincang
🌿Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
🌿Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
🌱KURANGKAN MAKAN
🌿Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
🌿Peanuts, lentil, beans and peas
🌿Poultry
🌿Roti jagung dan bijirin
🍁Pencegahan
🌱Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
🌱Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
🌱Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
🌱Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
🌱Minum banyak air
🍁BAGAIMANA BEKAM MEMBANTU DALAM MASALAH GOUT ?🍁
🌱Berbekam dapat mengeluarkan darah kotor dari badan menyebabkan aliran darah lebih baik.
🌱Berbekam dapat membantu pesakit gout mengeluarkan Uric Acid melalui darah kotor pesakit gout. Hal ini dapat meredakan simptom-simptom Gout.
🌱Berbekam secara kerap dapat memastikan Uric Acid tidak melebihi paras yang dapat membahayakan badan pesakit.
🍁RUJUKAN
🌱Sumber dari http://www.myhealth.gov.my/en/gout-5/
🌱Insyaallah dengan rawatan bekam dapat membantu
Bekam adalah mekanisma yang menimbulkan reaksi berantai dan diawali dengan kerosakan mast cells pada kulit. Akibat kerosakan ini, akan dilepaskan beberapa mediator seperti serotonin, histamine, bradikinin serta zat-zat lain yang masih belum diketahui, ke arah tempat yang dibekam. Oleh itu, zat zat ini menyebabkan terjadinya pelebaran dinding pembuluh darah supaya dapat memperbaiki pengaliran darah dalam tubuh.
Kita ambil analogi mudah iaitu longkang yang tersumbat dengan sampah. Nak naikkan tekanan laluan air, mestilah dibuang sampah itu.
Begitu juga dengan badan kita. Jika banyak kolesterol,uric acid (gout) atau gula berlebihan (kencing manis) di dalam darah, ia dianggap sampah manakala salur darah dianggap logkang. Jantung kita akan mengepam darah dari jantung ke sistem badan dengan tekanan yang laju untuk memastikan darah berjalan ke seluruh badan dengan cukup. Jika sampah tiada, maka tidak perlulah jantung mengepam dengan laju, ia akan mengepam darah secara normal.
Dengan berbekam, bekam dapat mengeluarkan sampah-sampah yang dipanggil toksik, yang bertebaran di dalam darah. Sebab itulah, dengan melakukan bekam dengan kerap, sampah dapat dibersihkan dan longkang dapat mengalirkan air dengan laju. Begitulah badan kita, tiada kesumbatan sepanjang salur darah dan jantung dapat bekerja secara normal untuk menghantar oksigen dan nutrient kepada semua sel otak dan badan serta dapat mengambil karbon dioksida dan bahan buangan yang tidak digunakan dari badan untuk dikumuhkan dan disingkirkan dari badan.