Surau An Nur Pangsapuri Sri Dahlia

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau An Nur Pangsapuri Sri Dahlia, Community Organization, Pangsapuri Sri Dahlia, Laman Putri 3, Bandar Puteri, Puchong.

Surau An Nur Pangsapuri Sri Dahlia, Puchong merupakan institusi keagamaan dimana ia berfungsi untuk menyebarkan dakwah sambil mengeratkan ukhuwah antara qariah dan menjadi pusat komuniti setempat.

04/06/2024

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

*UNTUNG SOLAT DI SURAU/MASJID*

1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i'tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala Aamiin bersama imam
11. Pahala rapatkan saf,
12. Pahala luruskan saf
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala bersalaman dgn kwn2 ahli jamaah
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala bersihkan masjid(sambil mengutip² benang²/smpah² kecil di ats sejadah)
23. Pahala mendengar bacaan Al Quran melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah s.a.w
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan
langkah kiri.
28. Pahala infaq/derma kat tabung masjid.
29. Setiap benda yg berbekas semasa pergi dan balik masjid akan jadi saksi di akhirat, cthnya tapak kasut/selipar, tayar kenderaan, debu/ rumput yg dipijak. Rujuk surah yaasin ayat 12.
30. Menyulitkan syaitan utk melakukan godaan atas sebb solat berjemaah.

_bertapa beruntungnya kpd mrk yg Allah izikan kakinya melangkah kemasjid/surau²_

*Rebutlah peluang ini sementara Masih Sihat Dan Masih Bernyawa*

*JANGANLAH SEKALI² TERTIPU DGN. DUNIA YANG SEMENTARA INI...*

*Haluan Kita & Setiap Kaki yg Melangkah TANPA SEDAR*
*Sedang Menuju Ke Akhirat* *Utk Bertemu Pencipta Kita..ALLAH..*

*Malam Ini Kita Akan Pejam Mata Utk Tidur.... Besok Pagi Belum Tentu Lagi Mata Kita AKAN Celek Semula..*

Photos from Surau An Nur Pangsapuri Sri Dahlia's post 28/03/2024

MAJLIS iftar surau An Nur bersama anak-anak tahfiz 27/03/2024
Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan majlis ini..tak lupa juga pada yg memberi sumbangan duit dan juga juadah..
Jazakallahu Khairan..
Semoga semuanya mendapat kebaikan dan keberkatan dari Allah SWT..
Aaminn

18/03/2024

Puasa Sebagai Perisai

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ، وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ‏. مَرَّتَيْنِ‏

Maksudnya: “Puasa adalah perisai (daripada perbuatan dosa). Apabila seseorang di antara kamu berpuasa, maka janganlah (samada dari segi perbuatan ataupun percakapan) dia melakukan perkara keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil. Sekiranya seseorang mengajaknya bertengkar atau menghinanya, maka hendaklah dia mengatakan: “Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa”.

Sahih Riwayat al-Bukhari (1894)

Photos from Surau An Nur Pangsapuri Sri Dahlia's post 17/03/2024

Pasang kapet malam tadi.. terima kasih jemaah jemaah yg membantu..

TikTok · Khairul Anuar ( Chik ) 25/07/2023

Bersama anak2 di surau An Nur

TikTok · Khairul Anuar ( Chik ) Lihat video Khairul Anuar ( Chik ).

27/03/2023

Dua Kegembiraan Bagi Orang Yang Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa, Rasulullah ﷺ bersabda:

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ

Maksudnya: Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.

Riwayat al-Tirmizi (766)

- Semua manusia menginginkan kegembiraan, namun hanya sedikit sahaja yang mendapat kegembiraan sejati.
- Kebanyakan manusia terjerumus dalam kegembiraan palsu yang penghujungnya adalah kesengsaraan kerana kegembiraan hakiki itu hanyalah daripada Allah SWT.
- Justeru, Allah SWT menjanjikan melalui lidah Rasul-Nya akan mengurniakan dua kegembiraan kepada orang yang berpuasa dengan mematuhi adab-adabnya dengan sempurna.

16/03/2023

Doa Memohon Keselamatan

Doa ini diriwayatkan oleh Uthman bin Affan R.A. Beliau berkata: “Aku mendengar Nabi ﷺ bersabda:

‏ مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاَءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاَءٍ حَتَّى يُمْسِيَ ‏

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca: “بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ” (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”

Riwayat Abu Daud (5088)

Photos from Surau An Nur Pangsapuri Sri Dahlia's post 12/03/2023

Majlis Sambutan Ramadhan AL MUBARAK
Sabtu 11/03/2023 .. Alhamdulillah

31/01/2023

Besarnya Pahala Berjemaah di Masjid

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لاَسْتَبَقُوا إِلَيْهِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya: "Jikalah manusia itu tahu pahala dalam azan dan saf pertama kemudian mereka tidak menemui jalan untuk menyelesaikannya (apabila berlaku pertikaian) kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka akan mengadakan undian. Dan seandainya mereka mengetahui pahala bersegera ke masjid, nescaya mereka akan bersegera kepadanya. Dan kalau mereka mengetahui pahala solat Isya' dan Subuh, nescaya mereka akan mendatangi keduanya walaupun dengan cara merangkak."

Riwayat al-Bukhari, 615

TheNoor | A Shariah Inspired and Guided Company 17/01/2023

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Allahumma rabban nasi, adzhibil ba'sa isyfi antas syafi la syafiya illa anta syifa'an la yughadiru saqaman.

Artinya: "Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikan kesembuhan karena Engkau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Engkau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri."

TheNoor | A Shariah Inspired and Guided Company The Ultimate Islamic Lifestyle App, A Shariah Inspired & Guided Company

Photos from Surau An Nur Pangsapuri Sri Dahlia's post 29/12/2022

Malam jumaat

Photos from Surau An Nur Pangsapuri Sri Dahlia's post 27/12/2022

Amal Makruf nahi mungkar..26/12/2022

Photos from Surau An Nur Pangsapuri Sri Dahlia's post 27/11/2022

27/11/2022.. gotong-royong amal Makruf nahi mungkar... bersama sahabat jemaah surau An. Nur..pasang CCTV ..cat pintu..dan kemas Surau.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan

13/11/2022

Sedikit gotong-royong amal surau An Nur

07/11/2022

Doa Mohon Dijauhi Fitnah Para Penzalim

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةٗ لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحۡمَتِكَ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada angkara kaum yang kafir."

Surah Yunus: 85-86

- Asalnya, doa ini merupakan permintaan yang diungkapkan oleh kaum Nabi Musa a.s ketika mereka takutkan kezaliman Firaun. Alhamdulillah, Allah SWT makbulkan doa tersebut dengan menyelamatkan melalui peristiwa luarbiasa: laut terbelah.
- Dari kisah tersebut kita sedar, ia pernah menyelamatkan ratusan ribu nyawa dari cengkaman penzalim.
- Maka, jika kita berada dalam situasi dizalimi, bacalah doa ini setiap hari.

Kh.Anuar (Chik)

29/10/2022
28/10/2022

اللهم صل على سيدنا محمد ....

Sedekah Bukti Cinta Kepada Allah SWT

Firman Allah SWT:

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ

Maksudnya: "Kamu tidak akan sama sekali dapat mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu infakkan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa jua yang kamu infakkan."

Surah Ali-Imran: 92

- Semoga sedekah yang telah kita infakkan mendatangkan kebaikan dan tetapkanlah niat kita bersedekah hanya kerana Allah SWT.

27/10/2022

Doa Mohon Dilindungi Dari Gangguan Syaitan

Firman Allah SWT:

رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak mendekatiku."

Surah Al-Mukminun: 97-98

- Syaitan tidak akan mencuri harta, wang, kenderaan dan kedudukan kita. Tetapi ia berusaha mencuri IMAN dan TAQWA yang kita miliki kerana ia tahu yang paling berharga pada manusia adalah imannya. Sebab itu syaitan amat rajin berusaha sesatkan manusia.

- Mari teruskan berdoa dan berusaha. Moga Allah SWT melindungi diri kita bersama.

26/10/2022

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

22/10/2022

Insyaallah dengan izin Allah

21/10/2022

Perkongsian ilmu

Salah Satu Dalil Keutamaan Sholawat Nabi
Salah satu dalil mengenai fadhilah sholawat nabi adalah seperti yang diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahwasannya beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً ، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطياتٍ ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ
“Barangsiapa yang mengucapkan shalawat kepadaku satu kali maka Allah akan bershalawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahannya, serta ditinggikan baginya sepuluh derajat”

Hadis di atas diriwayatkan oleh: HR An-Nasa’i (No 1297), Imam Ahmad (3/102 dan 261), Ibnu Hibban (no. 904) dan al-Hakim (no. 2018).

03/10/2022

Kepentingan Solat

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ

Maksudnya: Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.

- Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah.
- Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.
- Amalan pertama yang akan dihitung di Hari Kiamat nanti adalah pada solat seseorang. Sekiranya solat fardhu seseorang tidak dilaksanakan dengan sempurna, maka amalan lain tidak lagi berguna.
- Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melaksanakan ibadat ini dengan sempurna kerana ia bukan sahaja dapat mendekatkan diri kepada Allah bahkan dapat membentuk peribadi yang mulia.

27/12/2021

Berpesan pesan

24/11/2021

Tafakur saatan Khairan min amalihi

01/10/2021

Perbanyakkan istighfar...

02/05/2021

Semoga kita semua dipertemukan malam lailatulqadar.. Perbanyakkan sedekah dan tingkatkan amalan dalam mencari keredhoan dari Allah SWT..amin yra

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Website

Address

Pangsapuri Sri Dahlia, Laman Putri 3, Bandar Puteri
Puchong
47100

Other Community Organizations in Puchong (show all)
Persatuan Usahawan Wanita Selangor Persatuan Usahawan Wanita Selangor
Puchong
Puchong, 47100

1. Berusaha melahirkan dan membantu usahawan wanita yang baru dan sedia ada sebagai pelapis kepada kepimpinan pada masa hadapan agar lebih ramai usahawan wanita yang berjaya, ber...

Pertubuhan Kebajikan Amal Warisan Puchong Pertubuhan Kebajikan Amal Warisan Puchong
Jalan Aman Kg Sri Aman
Puchong

BERSATU - BERUSAHA - BERBAKTI

Kelab Warga Puchong XTVT Kelab Warga Puchong XTVT
45 Jalan PU 7/4 Taman Puchong Utama
Puchong, 47100

Kelab Warga Puchong merupakan NGO berdaftar dengan ROS sejak 2013.

KRT TAMAN Meranti Indah KRT TAMAN Meranti Indah
Pulau Meranti
Puchong, 47120

Komuniti penduduk Taman Meranti Indah Puchong

JK Pembinaan Masjid Jamek Taman Puchong Prima JK Pembinaan Masjid Jamek Taman Puchong Prima
Jalan Persiaran Puchong Permai, Taman Puchong Prima
Puchong, 47150

Cadangan membina Sebuah Kompleks Masjid yg mengandungi 2 kompenan di tapak seluas 4.52ekar: 1. Masjid Jamek Taman Puchong Prima 2. Sekolah Agama KAFA Anggaran kos pembinaan 15 - 2...

KRT Amanputra Fasa 1 KRT Amanputra Fasa 1
Taman Amanputra
Puchong, 47130

KRT Cluster 3 Sepang KRT Cluster 3 Sepang
Taman Putra Perdana
Puchong, 47130

Komuniti Rukun Tetangga Cluster 3 Putra Perdana Sepang

Pusat Dakwah & Tarbiyyah Dar Az-Zahabiy Pusat Dakwah & Tarbiyyah Dar Az-Zahabiy
No 15, Jalan Teratai, Taman Puchong Perdana
Puchong, 47100

Islamic Center

Krt Zon G Tmn.Putra Perdana Krt Zon G Tmn.Putra Perdana
Rosana Villa 2B
Puchong, 47130

Community activity

Flea Market Ummah Flea Market Ummah
11 Jalan Amanputra 2/5
Puchong, 47120

Flea Market Ummah is a Taman Amanputra Community Project to Unite its Ummah to increase family income due to affected by COVID19.

东方中医药进修学院校友会 Persatuan Alumni Oriental Academy of Chinese Medicine Selangor 东方中医药进修学院校友会 Persatuan Alumni Oriental Academy of Chinese Medicine Selangor
L-03-07, Jalan PPK1, Taman Kinrara Sek 3 Town Centre
Puchong, 47100

会员联系与互动区

Surau As Sakinah, TPP Surau As Sakinah, TPP
Jalan Putra Perdana 3A
Puchong, 47130PUCHONG

community