Wealth Solution Consultant by Adibae

Addicted to talk about your kaching kaching future ��

TAKAFUL | HIBAH | ASB | UNIT TRUST

Nak tahu info lebih lanjut?

Klik link dibawah okie

Personal Facebook : Adiba Jalil
Personal instagram : _nuradiba
Tiktok : AdibaJll

12/07/2022

*BANK NEGARA NAIKKAN OPR 0.25%*

Overnight Policy Rate (OPR) adalah kadar keuntungan / interest yang dikawal oleh BNM. OPR akan berubah mengikut situasi ekonomi semasa. Semasa ekonomi jatuh contohnya akibat Covid-19, OPR diturunkan. Jadi kadar interest bank juga turun. Apabila ekonomi kembali stabil, OPR biasanya akan naik kembali. Kadar keuntungan/interest semua bank di Malaysia biasanya akan ikut perubahan OPR bank negara.

Perubahan OPR akan menyebabkan perubahan pada kadar keuntungan bank untuk pembiayaan jenis Variable Rate seperti Pembiayaan Rumah dan Pembiayaan ASB. Untuk jenis fixed rate seperti Personal Loan dan Kereta, tak terkesan.

*Variable Rate*

Jika OPR turun, kadar keuntungan turun, bayaran pun lebih rendah.

Jika OPR naik, kadar keuntungan naik, bayaran pun lebih tinggi.

Contoh;

Sebelum Covid 19;
- Ekonomi Baik
- Dividen ASB sekitar 7%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 5%.

Ketika Covid 19;
- Ekonomi Teruk
- Dividen ASB sekitar 5%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 3.45%. (Turun Banyak)

*Pada 6 July 2022, BNM naikkan OPR sebanyak 0.25% daripada 2.00% kepada 2.25%.*
Kebiasaannya, semua bank di Malaysia pun akan naikkan rate sebanyak 0.25% juga. Jika sebelum ini 3.70%, akan naik jadi 3.95%. Yang 4.00% akan naik jadi 4.25%. Tunggu je pengumuman bank masing-masing. Ada bank yang cepat naikkan, ada bank yang lambat sikit untuk bagi masa kepada pengguna.

*Kenapa ASB Financing perlu guna kaedah variable rate?*
Ini untuk mengelakkan pelabur kerugian ketika ekonomi teruk. Jika ASBF guna fixed rate, ramai yang akan kerugian jika dividen rendah kerana interest bank kekal.

Apabila guna variable rate, ketika ekonomi teruk, dividen rendah, interest rate pun rendah. Jadi risiko untuk pelabur rugi lebih rendah.

Ketika ekonomi baik, dividen tinggi, interest rate pun tinggi. So win-win situation.

_*Yang penting, kadar dividen semasa lebih tinggi daripada interest rate._

*Harapan Masa Depan*
Diharapkan kenaikan OPR yang terkini menandakan prestasi ekonomi yang semakin pulih dan dividen ASB tahun 2022 lebih baik berbanding 2021.

*Kadar bayaran baru*
Semua bank akan revise bayaran ASBF pelabur. Tapi takkan berlaku on the spot. Mungkin akan ambil masa 1-2 bulan untuk mulakan kadar bayaran baru. Pihak bank akan maklumkan kepada pelabur, biasanya melalui surat. Bagi yang ada online banking, boleh terus tengok dalam apps. Selagi belum dapat notis, bayar macam biasa dahulu.

Secara anggaran kasarnya, kenaikan OPR 0.25% akan menyebabkan kenaikan installment bulanan sebanyak;

200K - Naik sekitar RM30
150K - Naik sekitar RM22-23
100K - Naik sekitar RM15
50K - Naik sekitar RM7-8
10K - Naik sekitar RM1.5
1K - Naik sekitar RM0.15
Jumlah lain? darab lah sendiri dengan RM0.15 tu.

**Kadar kenaikan sebenar akan dimaklumkan oleh bank masing2.

Bagi yang dah buat bayaran lumpsum setahun, akan ada kekurangan untuk bulan ke 12 nanti. Nanti boleh tambah bayaran pada bulan ke 12. Sekarang tak perlu buat apa-apa lagi.

*Penutup*
Sebagai pelabur yang berilmu, kita takkan gelabah. Kita faham OPR akan berubah mengikut keadaan ekonomi. OPR naik menandakan ekonomi semakin baik daripada sebelumnya. Aktiviti ekonomi dalam negara juga dah boleh kembali beroperasi secara normal. Kemungkinan hasil pulangan dividen kita juga semakin baik di masa hadapan. Stay cool, melaburlah dengan ilmu. 😎

*NANTI SAYA AKAN UPDATE INFO DARI SEMASA KE SEMASA*

⚠️ *Tips nak mudah lulus permohonan financing/loan:*
- Apply lah secepat mungkin sebelum bank naikkan BR. Sebab sekarang kiraan kelayakan masih ikut bayaran rate lama.
- Selepas ini, bayaran loan-loan lain seperti loan rumah pun akan naik. Jadi komitmen akan jadi tinggi dan makin susah nak lulus loan baru.

https://linktr.ee/adibajalil

09/07/2022

𝐄𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦 ‼️

Kini anda berpeluang untuk gandakan elaun COLA bulanan anda dengan pelan Islamik terjamin.

Jadi BIJAK adalah mudah.

🚨 Simpan 3/4 dari Elaun COLA bulanan anda dalam tempoh yang singkat & nikmati ganjaran untuk tempoh yang panjang

🚨 Jika selama ini elaun hilang entah ke mana selepas terima gaji, inilah masanya anda akan nikmati gandaan elaun COLA secara total

🚨 Secara automatik, anda akan menerima elaun secara tahunan sebanyak 19 kali.

🚨 Manfaat Lump Sum akan di terima di akhir tempoh simpanan.

🚨 Pelan ini akan mencipta tabung simpanan secara berkala

🚨 Nilai simpanan boleh digunakan sebagai pengecualian pendapatan tahunan

🚨 Pelan fleksibel dan di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia

Hubungi segera kerana kuota adalah terhad

https://linktr.ee/adibajalil

04/07/2022

*SIAPA YANG SESUAI BUAT ASBF??*

Wang bukanlah segala-galanya tapi segala benda di dunia ini memerlukan wang. Wang tak boleh beli kebahagiaan, tapi kebahagiaan boleh hilang jika tiada wang. Wang juga tak boleh beli cinta, tapi kalau tiada wang boleh putus cinta. Nak taknak, rakyat marhaen seperti kita wajib menyimpan wang untuk pelbagai kegunaan. Salah satu cara menyimpan yang efektif adalah menggunakan ASB Financing. Golongan yang sesuai menyimpan menggunakan platform ASBF adalah:

*1. Anak muda yang baru bekerja*

Golongan pertama adalah golongan anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Bagi golongan ini, mereka masih 'mentah' dalam bidang pelaburan. Pelaburan yang paling selamat, berisiko rendah dan memberikan pulangan yang tinggi hanyalah ASBF. ASB biasa juga selamat dan hampir tiada risiko, tetapi pulangannya sangat 'ciput' berbanding ASBF.

Dengan ASBF, golongan muda boleh kumpul duit dengan banyak dan cepat untuk memenuhi matlamat jangka masa pendek dan sederhana seperti berkahwin, deposit rumah, deposit kereta, selesaikan hutang PTPTN dan lain-lain.

*2. Nak kumpul duit kahwin*

Golongan kedua adalah individu yang berhajat untuk berkahwin. Jika ingin mengumpul dana RM20K, simpanan RM400 setiap bulan memerlukan 50 bulan untuk mencukupkan jumlah tersebut. Tapi menggunakan ASBF, tempoh tersebut dapat disingkatkan kepada sekitar 36 bulan sahaja. Cepatlah sikit boleh kahwin...

*3. Nak kumpul deposit rumah*

Sama seperti kahwin, mengumpul deposit rumah juga lebih cepat jika menggunakan ASBF. Semakin cepat beli rumah, lagi bagus sebab harga rumah meningkat setiap tahun.

Lambat kumpul deposit, lagi mahal harga rumah. Bila harga rumah mahal, deposit pun lagi mahal. Kalau tak start kumpul awal-awal, sampai bila-bila pun tak cukup. Macam mana nak beli rumah?

*4. Nak beli kereta tanpa bayar installment bulanan (cash or pairing)*

a. Ada yang berminat untuk beli kereta secara cash. Golongan ini sesuai untuk kumpul duit melalui ASBF. Kereta yang sesuai adalah kereta 2nd hand yang mana harga lebih murah dan berpatutan untuk dibayar secara tunai. Dengan ASBF, mungkin mengambil masa 1 hingga 2 tahun untuk mengumpul dana bergantung kepada harga kereta dan kemampuan simpanan bulanan.

b. Ada satu lagi golongan yang ingin membeli kereta baru tetapi tak mahu bayar installment bulanan. Mereka menggunakan konsep pairing kereta dan ASBF. Caranya;

- Tahun pertama apply ASBF dahulu yang bersesuaian dengan jumlah installment kereta idaman.

- Tahun kedua beli kereta. Gunakan dividen ASB tahun pertama untuk bayar installment kereta setahun. Komitmen yang perlu ditanggung setiap bulan hanyalah ASBF.

- Ulang langkah kedua sehingga habis bayar kereta.

- Selepas 10 tahun, kereta habis bayar. Ketika ini cash value ASBF dah ada banyak. Kalau pairing dengan ASBF 100K, cash value dah ada lebih kurang RM20K.

Jadi, habis bayar kereta, dapat pulak cash RM20K. Dah boleh buat deposit beli kereta baru or buat apa2 yang kita s**a.

*5. Dana Pendidikan Anak*

Dana pendidikan anak boleh dikumpul menggunakan konsep Compounding atau Rolling Dividen. Jika Compounding, lagi banyak hasilnya. Jika Rolling Dividen, hasil tak sebanyak compounding tetapi kelebihan teknik rolling ni adalah modal cuma setahun saja, dan peratus keuntungan lebih tinggi berbanding teknik compounding. Paling baik buatlah teknik Hybrid iaitu gabungan teknik Rolling Dividen dan Compounding.

*6. Dana Persaraan*

Konsep simpanan persaraan juga lebih kurang sama seperti dana pendidikan anak. Sebagai contoh, jika ada cash RM10,000, apply ASBF 200K dan gunakan RM9600 untuk bayaran tahun pertama. Kemudian rolling dividen selama 30 tahun. Selepas 30 tahun, jangkaan hasil sekitar RM160K jika dividen ASB kekal pada kadar 5%. Jika RM10,000 dibiarkan dalam ASB Biasa, hasilnya cuma sekitar RM43K.

*7. Ada cash dalam ASB/TH*

Jika anda ada simpanan cash dalam ASB/TH, anda boleh kembangkan simpanan anda berkali-kali ganda menggunakan medium ASBF.

Contoh: Jika ada RM10,000 dlm ASB biasa dan dibiarkan selama 5 tahun, hasil simpanan lebih kurang RM12,700. Jika buat ASBF, modal setahun RM9,600 hasil simpanan selepas 5 tahun lebih kurang RM23,500

Untung ASB Biasa = RM2,700
Untung ASBF = RM14K

Untung ASBF lebih 5 kali ganda lebih banyak daripada simpanan cara biasa. So, takkan nak bagi duit 'tidur' dalam ASB/TH? Kejutkan ia, biar *"money makes money."*

*8. Tak berdisiplin*

Bagi yang tak berdisiplin, ASBF akan membantu paksa anda menyimpan setiap bulan. Kalau tak mampu simpan banyak, simpan sedikit pun OK. Asalkan ada simpanan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

*9. Dah lama kerja tapi tak ada simpanan*

Mungkin terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kita gagal buat simpanan walaupun dah lama bekerja. Namun masih belum terlambat untuk mulakan pelaburan. Jadikan ASBF sebagai komitmen bulanan mengikut kemampuan masing-masing. Buat arahan autodebit potongan bulanan ASBF.

*10. Dah beli rumah undercon*

Bagi yang dah beli rumah undercon, biasanya sebelum rumah siap kita hanya perlu bayar progressive payment. Sementara nak tunggu rumah siap dalam masa 2-3 tahun tu, duit yang sama nilai dengan bayaran bulanan rumah boleh dilaburkan dulu. Bila rumah dah siap, boleh guna untuk renovate or beli kelengkapan rumah. Pasti isteri anda s**a.

Kalau nak rolling dividen untuk kumpulkan cash untuk bayar prinsipal loan rumah pun boleh. Boleh cepat habiskan loan rumah.

*11. Nak bercuti setiap tahun*

Ada jugak kaki travel yang pergi travel setiap tahun. Kumpul duit kemudian guna pergi travel. Cara ni agak rugi sebenarnya sebab duit tu akan habis macam tu saja. Lagi bagus kalau kumpul guna ASBF. Setiap tahun ambil dividen untuk pergi travel. Contoh buat ASBF 100K, setahun bayar RM4,800, dividen dapat RM5,000. Kalau gunakan semua dividen, anda dh untung RM200.

Walaupun dividen habis digunakan, at least nanti anda akan dapat pulangan prinsipal. Kalau layan sampai habis tempoh loan, dapatlah duit persaraan RM100K. Travel dapat, cash pun dapat.
...........dan lain-lain matlamat yang sesuai.

*Contoh kiraan adalah berdasarkan keuntungan bank 3.70%, tempoh pembiayaan 40 tahun dan dividen 5%. Pulangan sebenar mungkin berbeza.*

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

Bagi sesiapa yang nak buat simpanan boleh terus wasap saya. Saya bantu uruskan permohonan sehingga lulus. Klik je link di bawah;

https://linktr.ee/adibajalil

⚠️ CCRIS PTPTN boleh lulus.
⚠️ High commitment boleh lulus jika bayar lump sum setahun terus.
⚠️ Suri rumah / pelajar / tiada slip gaji boleh apply. Kena ada pemohon bersama yang bekerja.
⚠️ Bumiputera dan 18 tahun ke atas sahaja.

𝓐𝓭𝓲𝓫𝓪𝓮,
Your Wealth Solution Consultant

29/06/2022

Pelancaran *Akaun 3 i-PROTECT*

Alternatif Tabung Persaraan bagi melindungi Akaun 1 & 2.

Sekiranya anda adalah pencarum aktif KWSP, kini anda berpeluang utk memiliki *Akaun 3 i-PROTECT* yang akan melindungi akaun 1 & 2 sedia ada sekiranya caruman anda terhenti disebabkan beberapa faktor tertentu.

🚨 Pengeluaran Fleksibel - tiada had umur minimum
🚨 Jumlah caruman 100% dikembalikan apabila tamat tempoh*
🚨 Jumlah caruman mengikut kesesuaian pendapatan anda
🚨 Mendapat pengecualian cukai pendapatan maksimum RM 3,000 setahun
🚨 Manfaat Hibah & Pampasan Sakit Kritikal *PERCUMA*

Hubungi saya segera kerana peluang untuk memiliki akaun ini adalah terhad

https://linktr.ee/adibajalil

https://linktr.ee/adibajalil

https://linktr.ee/adibajalil

_Nota Penting : KWSP merupakan pemegang saham utama kepada operator yang mengeluarkan pelan ini._

Want your business to be the top-listed Accountant in Pulau Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Jambatan Pulau Pinang, Kawasan Perindustrian Prai, Perai
Pulau Pinang
13600

Other Financial Consultants in Pulau Pinang (show all)
CorpMalaysia ammar sofiaan CorpMalaysia ammar sofiaan
Prima Tanjung Business Centre, Jalan Fettes, Tanjung Tokong, Tanjong Tokong
Pulau Pinang, 11200

Asb The Best Saving 1 Asb The Best Saving 1
Jalan Raja Uda, Butterworth
Pulau Pinang, 13400

PERSONAL LOAN AND CREDIT CARD

Dinah-Jcsc Advisory Dinah-Jcsc Advisory
Lorong Seri 1 , Taman Regensi Oren , 13400 Butterworth
Pulau Pinang

You can make better returns by choosing a consultant to solve your financial issues. 😊

Bank Loan Specialist-Shawn Bank Loan Specialist-Shawn
No. 81-1 (First Floor, Jln Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana, Perai
Pulau Pinang, 13700

I specialize in providing assistance to those who have been rejected loans by the bank.

Financial Advisor - Rowen Goh Financial Advisor - Rowen Goh
No. 81-1, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana, Perai
Pulau Pinang, 13700

Looking for help? The name's Rowen and I think I can help you. Wanna give me a chance? owo

Unique Team Unique Team
2-W, Jalan Delima, Taman Island Glades
Pulau Pinang, 11700

Chloe Yeo - Loan consultant MTI Chloe Yeo - Loan consultant MTI
NO. 81-1 (FIRST FLOOR, PUSAT KOMERSIAL, JLN TODAK 6, SUNWAY PERDANA, PERAI
Pulau Pinang, 13700

Your Professional Financial Consultant , We do all types of loan & also can solve your financial problems like CONTACT 019-8557731 - AKPK - CTOS/CCRIS - BLACKLIST - DSR BURST...

Aisya CCT Aisya CCT
2792, Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih, Perai
Pulau Pinang, 13600

PINJAMAN CREDIT KOMUNITI TANPA DEPOSIT / TANPA CAGARAN / TANPA PENJAMIN

IJW Financial Consultancy IJW Financial Consultancy
No. 81-1 (First Floor, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana, Perai
Pulau Pinang, 13700

We are here to help you getting through your financial difficulties. Focus in offering support to individuals who have experienced loan denials from bank or other financial institu...

Iqaa Loan Consultant Iqaa Loan Consultant
2B, Jalan Perai Jaya 3, Bandar Perai Jaya Perai
Pulau Pinang, 13600

Hi😉NAK CARI PINJAMAN YANG SENANG &MUDAH ?💸APPLY HARINI, LULUS TERUS📜(T&S) COVER PENANG/SG PETANI🎉