INGAT MATI

INGAT MATI

You may also like

SMK Negeri 1 Lariang
SMK Negeri 1 Lariang

INGAT MATI

13/04/2024

Pengharapan..

❇️Demi cinta Allah yang ku kejar,
kuatkan hatiku untuk bertahan,

❇️Berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu,

❇️Hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas,

❇️Sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu....

❇️Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu.

23/02/2024

Assalamualaikum WBT yg dimuliakan Allah SWT..
1-Bantuan Bagi keperluan PERBLNJAAN BULANAN MA'AHAD DARUL MUHAJIRIN.
Di MONDULKIRI dan KAMPONG PHLOK, Daerah Sesan Wilayah Stung Treng Cambodia
-Madrasah2 yg diusahakan oleh Ustaz Qamaruddin Al Yamani..

2-Ustaz Qamaruddin Adalah sahabat saya sudah lebih 15 tahun..
3-Dia belajar di kemboja 6 tahun di Yala 7 tahun..Pelajar terbaik dan HAFAL QURAN 30 juzuk selama 5 BULAN sahaja..
4-sambung belajar di YAMAN 7 tahun juga menjadi pelajar terbaik disana..HAFAL 500 HADITH
5-Buka perkampungan baru Islam,membina madrasah dan berdakwah full time,serta sudah ramai yg memeluk Islam Di perkampungan dia..
6-Biayai madrasah nya dgn kutipan dia berkuliah Di Kelantan ,Trengganu dan Penang..
7-Moga Allah membuka hati2 kita semua untuk sama2 menolong serta mengambil Keberkatan dari usaha beliau berkhidmat di jalan Allah ini..

ANGGARAN PERBELANJAAN BULANAN MA'AHAD DARUL MUHAJIRIN KEMBOJA.

1.GAJI GURU DI MONDOLKIRI
seorang RM1,170(250USD)
2.minyak misin pam air RM235(50USD)
3.GAJI GURU DI STUNG TRENG
-2 orng RM2,107(450USD)
4.MAKAN PELAJAR HAFIZ 10 orang RM2,000 (418USD)
5.Beli air setiap bulan RM400 (83USD)
JUMLAH SMUA RM5,912 (1,251USD)

*Ustaz haji Qamaruddin Halim Al-Yamani*
Call/wa *+855714740222/+601113373927*
*bankin ke akaun*public bank No:* *4941824026*(qamaruddin Halim)

23/02/2024

Perkongsian Ilmu
Ustaz USTAZ SALLEH SAAD
(Mantan Imam Besar Mesjid Putra Putrajaya)

❇️Pendahuluan
👉Bertemu Ramadhan
👉Melihat apa yg telah dicapai untuk menuju ketakwaan
Dan untuk mendapat ketakwaan hari2 seterusnya

❇️Tajuk Syarah
5 TUMPUAN MASA BERPUASA

❇️Menjaga Akhlak sebagai org berpuasa
👉tak bercakap benda2 dusta
👉Tak Banyak bercakap
👉Banyak bercakap dgn Quran
👉jauhi sifat mazmumah -(sifat2 yg tercela)
👉 contoh- contoh sifat mazmumah ialah hasad dengki, s**a marah dan bertengkar, memfitnah, mengumpat, kedekut, sombong dan bangga diri.
👉Jika dimarah Dan dicaci ucaplah “Aku berpuasa ya Allah”

❇️Menjaga Setiap Solat
👉Solat 5 waktu
👉Solat Berjamaah di mesjid & disurau
👉Solat terawikh
👉Solat sunat rawatib 12 rakaat perlu diamalkan
👉Solat tahajjud-termasuk sunat muaakad
👉Sunat Dhuha
“Nabi tak pandang mereka2 yg tak membuat perkara2 diatas”

❇️Membaca Quran
👉Membaca dari Segi quantity
👉Membaca dari Segi quality
👉Mentadabbur hingga merasakan Dan menjiwaai kehendak Quran
👉Akan memberi syafaat setelah kematian

❇️Tumpuan Kepada Sedekah
👉Allah s**a pada org kaya yg dermawan
👉Allah lebih s**a org miskin yg dermawan
👉Simpanan Selepas Kematian
👉Malaikat mendoakan kebaikan pada yg berinfak

❇️Perbanyakkan Berdoa
👉Minta Allah terima solat/puasa dan Qiam kita..
👉Minta keampunan kedua ibu bapa
“Jadikan kubur2 mereka seperti taman2 Syurga dan Jgn Kau jadikan kubur2 mereka sebagai kawah api neraka Mu”
👉Minta Allah redha untuk masuk syurga

❇️Penutup
👉Perlu bersungguh2 mencari Redha Allah pada bulan Ramadhan ini muga menjadi titik permulaan Kepada segala kebaikan pada bulan2 seterusnya..
👉jangan lepaskan ke semua 5 diatas agar kita mendapat segala yg Allah dah janjikan..

14/02/2024

Life is so simple..Jangan Buat Serabut

Kalau tak bole jadi batu permata jgn jadi batu api..

Kalau tak da tujuan diam..
Banyak diam tak banyak salah
Tak banyak Salah tak banyak dosa..

Kalu buat baik kat org kita Diam
Kalau org buat baik kat kita say TQ

07/01/2024

KHATIB MENANGIS KETIKA BACA KHUTBAH 😭😭

Allahu, tajuk & intipati khutbah jumaat pertama pada tahun 2024 ni sangat menyentuh hati aku & semua. Ramai yg turut berlinang air mata. Dengan nada suara khatib yang sebak. 😭😭

MENGHARGAI JASA IBU BAPA

Ucaplah terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada ayah dan ibu:

TERIMA KASIH IBU kerana mengizinkan kami menumpang rahim ibu selama 9 bulan 10 hari.

TERIMA KASIH IBU kerana telah bersusah payah melahirkan kami sehingga terkoyak isi ibu, terluka kulit ibu, tertumpah darah ibu, dan bercucuran air mata ibu kerana menahan kesakitan dan penderitaan.

TERIMA KASIH IBU yang sanggup berkorban, tidak pernah kenyang makan dan minum kerana ingin mengenyangkan kami.

TERIMA KASIH IBU yang tidak pernah nyenyak tidur kerana memikirkan keselesaan tidur kami.

TERIMA KASIH AYAH yang mengizinkan kami dibinkan kami dengan nama ayah.

TERIMA KASIH AYAH yang sudi melaungkan azan dan kalimah syahadah ketika kami baru dilahirkan dari perut ibu.

TERIMA KASIH AYAH yang sudi mengajar kami tentang ketegasan di dunia ini, hingga kami kenal peraturan dan jalan kehidupan.

TERIMA KASIH AYAH yang menjadi asbab kami mengenal Allah tuhan kami, kami kenal Nabi Muhammad SAW utusan Allah. Kami kenal akidah sebenarnya yang mesti dipegang sehingga akhir hayat kami.

TERIMA KASIH AYAH, insan tabah yang jarang menitiskan air mata di hadapan kami. Titisan itu hanya untukMu Ya Allah, resah gelisah ayah disembunyikan daripada kami tetapi hanya diceritakan kepada Allah SWT. Rahsianya hanya engkau yang tahu Ya Allah.

TERIMA KASIH AYAH yang selalu bertanya khabar kami melalui lisan dan perantaraan ibu.

TERIMA KASIH AYAH yang sudi menghulurkan wang saku melalui lembutnya tangan ibu.

TERIMA KASIH AYAH yang selalu memandang kami, ketawa kecil, senyum lebar dari jauh.

TERIMA KASIH AYAH yang telah mendidik kami dengan tegas. Hari ini kami menjadi ayah kepada anak-anak kami. Kami baru mengenali watak ayah sebenarnya.

TERIMA KASIH AYAH DAN IBU kerana sanggup berkorban wang ringgit beribu-ribu untuk membesarkan kami. Pada masa kami masih bayi, susu, lampin dan pakaian mencecah ribuan ringgit.

TERIMA KASIH AYAH DAN IBU menghantarkan kami ke sekolah. Di waktu kami di alam sekolah rendah selama 6 tahun.

IBU DAN AYAH bersusah payah berhabis ribuan ringgit untuk belanja sekolah kami sebelum kami melangkah ke sekolah menengah.

Ketika kami di sekolah menengah, di alam remaja kami, IBU DAN AYAH memerah keringat, membanting tulang empat kerat menyediakan duit belanja kami, membeli buku-buku sekolah dan yuran peperiksaan. Terima kasih ibu dan ayah membelanjakan semua itu dengan nilai beribu-ribu.

Apabila kami memasuki universiti, ayah dan ibu sanggup bergadai menjual tanah pusaka demi anak supaya berjaya.

Ayah dan ibu telah membelanjakan untuk kita daripada usia bayi sehingga dewasa mencecah jutaan ringgit. Apakah ayah dan ibu kita merupakan jutawan?.

Justeru, sedarlah kita bahawa nilai kasih sayang dan jasa ibu dan bapa tidak mampu untuk kita membayarnya.

Ya Allah, sekiranya ayah dan ibu masih ada, engkau sihatkanlah tubuh badan mereka, engkau panjangkanlah umur mereka dalam kebajikan dan kerahmatan. Tambahkanlah padanya ketabahan, keimanan dan ketaqwaan, Ya Arhamarrahimin.

Andai kata, engkau ingin mengambil nyawa mereka berdua dari kami, janganlah engkau sakiti mereka Ya Allah. Engkau permudahkanlah dan ringankan beban mereka ketika menghadapi sakaratulmaut.

Andai mereka telah pergi bertemuMu Ya Allah, dengan rahmatMu yang maha luas, Engkau lapangkanlah kubur mereka. Pindahkan mereka dari kegelapan liang lahad ke dalam syurgaMu yang luas tidak terperi. Kurniakanlah mereka nikmat yang abadi.

Sesungguhnya berbakti kepada kedua ibu bapa tidak terhenti ketika mereka masih ada. Pintu berbuat ihsan dan bakti kepada mereka tidak pernah tertutup walau mereka telah meninggalkan kita. Dalam sebuah hadis, seorang lelaki daripada Bani Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, apakah masih ada bentuk baktiku kepada ibu bapaku setelah mereka meninggal dunia?

Rasulullah SAW menjawab: Ya ada, iaitu dengan mendoakan keduanya, beristighfar atau meminta keampunan untuk keduanya, menunaikan janjinya, menyambung silaturrahim dengan orang yang kedua ibu bapamu lakukan serta memuliakan teman-temannya.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang memiliki anak soleh yang terus berbakti hingga akhir hayat, baik ketika ibu bapa masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Di dunia mereka hidup bahagia, di alam kubur pahala terus mengalir kepada mereka.

28/12/2023

O Allah, I feel distant from You, trapped in sins that are harming my life and hereafter. I ask for Your closeness; I don't seek anything but Your guidance, love, and forgiveness. Please don't leave me alone. I need Your guidance, help, love, presence, and forgiveness to control these sins. I know I've gone astray, but Your mercy is vast. Help me reconnect with You, so I can find peace and strength. I'm not asking for much, just guidance, Your love, and Your presence to guide me through this tough time. I trust in Your mercy, dear Allah, and in my helplessness, I seek Your assistance to mend what I've broken, to become Your devoted servant again. I don't desire anything of this world; I just desire Your companionship, O Allah.

I confess, I've committed many sins against the One who loves me the most, cares for me the most, and guides me more than anyone else. I feel deeply ashamed every moment for my disobedience. Forgive me, forgive me, forgive me, O Allah.

O Allah, forgive my shortcomings, pardon my sins, and lead me on the path of goodness. Shower Your mercy on my soul, brighten my heart with guidance, and grant me strength to stand firm in faith. Bless me with Your boundless love, so I can reflect it in my actions and relationships. Guide me towards straight path, compassion, understanding, and forgiveness. Fill my heart with gratitude and wisdom, so I may seek Your pleasure in everything I do (Amen)

Remember me in your prayers JazakAllah khair.

16/01/2023

Untuk PeringatanDiri
Tadabbur Surah Al-Haqqah [Hari Kiamat] Ayat 1-52

Ayat 1-8 surah Al-Haqqah menjelaskan bahwa peristiwa kiamat sangatlah dahsyat.
Kaum Tsamud dan ‘Ad dimusnahkan Allah karena tidak beriman pada hari kiamat.
Kaum Tsamud dimusnahkan Allah dengan petir yang sangat dahsyat.
Sedangkan kaum ‘Ad dibinasakan Allah dengan angin dingin yang sangat kencang selama 7 malam dan 8 hari secara berturut-turut sehingga mereka mati bergelimpangan.
Sebab itu, berimanlah kepada kiamat, karena kiamat itu

Ayat 9-18 meneruskan ayat sebelumnya terkait kiamat dan pemusnahan kaum-kaum yang tidak beriman kepada kiamat, seperti Fir’aun dan penduduk negeri-negeri yang dijungkirbalikkan Allah. Begitu p**a peristiwa banjir besar di zaman Nabi Nuh. Yang dapat menjadikan pelajaran adalah orang yang menggunakan akalnya dengan baik. Bila kiamat tiba, Allah hancurkan alam ini dan tidak ada lagi yang dapat disembunyikan.

Ayat 19-34 menjelaskan di Mahsyar nanti manusia terbagi dua saja. Pertama, orang yang diberikan kitab catatan amalnya dari sebelah kanan. Ia dengan penuh gembira menerimanya karena ia yakin pada hari perhitungan. Ia merasakan kehidupan yang sangat memuaskan di dalam surga yang tinggi. Kedua, orang yang diberikan kitab catatannya dari sebelah kiri. Ia ketakutan dan menyesali harta dan kedudukannya yang telah menjerumuskannya ke neraka. Ia dimasukkan ke neraka Jahim sambil diikat dengan rantai 70 hasta, karena tidak beriman pada Allah yang Mahagung dan tidak mau terlibat memikirkan nasib kaum miskin.

Tadabbur Surah Al-Haqqah Ayat 9-34

Ayat 9-18 meneruskan ayat sebelumnya terkait kiamat dan pemusnahan kaum-kaum yang tidak beriman kepada kiamat, seperti Fir’aun dan penduduk negeri-negeri yang dijungkirbalikkan Allah. Begitu p**a peristiwa banjir besar di zaman Nabi Nuh. Yang dapat menjadikan pelajaran adalah orang yang menggunakan akalnya dengan baik. Bila kiamat tiba, Allah hancurkan alam ini dan tidak ada lagi yang dapat disembunyikan.

Ayat 19-34 menjelaskan di Mahsyar nanti manusia terbagi dua saja. Pertama, orang yang diberikan kitab catatan amalnya dari sebelah kanan. Ia dengan penuh gembira menerimanya karena ia yakin pada hari perhitungan. Ia merasakan kehidupan yang sangat memuaskan di dalam surga yang tinggi. Kedua, orang yang diberikan kitab catatannya dari sebelah kiri. Ia ketakutan dan menyesali harta dan kedudukannya yang telah menjerumuskannya ke neraka. Ia dimasukkan ke neraka Jahim sambil diikat dengan rantai 70 hasta, karena tidak beriman pada Allah yang Mahagung dan tidak mau terlibat memikirkan nasib kaum yg miskin

Ayat 35-37 meneruskan ayat sebelumnya terkait berbagai siksaan neraka seperti, tidak ada teman dekat dan makanan adalah nanah dan darah yang panas.

Ayat 38-52 dari surah Al-Haqqah ini menjelaskan, yang disampaikan Rasul saw. itu Al-Qur’an, bukan syair dan tidak p**a mantra-mantra. Diturunkan dari Tuhan Pencipta alam semesta. Sekiranya Rasul saw. mengada-adakannya, pasti Allah tindak Beliau dengan keras. Al-Qur’an itu pelajaran bagi orang bertakwa dan kerugian bagi orang kafir. Al-Qur’an itu pasti kebenarannya. maka sucikanlah nama Allah yang Agung.

01/12/2022

DIBALIK TABIR KEMATIAN SIRI 6

JANGAN TENGGELAM DLM ANGAN2

❇️ Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abdullah bin Umar:
"Jika kamu sedang berada pada pagi hari, janganlah kamu berbicara kepada dirimu sendiri tentang petang hari nanti.

Jika kamu sedang berada pada petang hari, janganlah kamu berbicara kepada dirimu sendiri tentang pagi hari.

Jadikan hidupmu sebagai modal untuk menghadapi kematianmu, dan jadikan sihatmu sebagai modal untuk menghadapi sakitmu.

Sesungguhnya kamu, wahai Abdullah, esok sudah tidak tahu siapa nama-mu”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)
I’
❇️Diriwayatkan oleh Ali karramallahu wajhahu, sesungguhnya Nabis.a.w. bersabda:

"Ada dua hal yang paling aku takuti menimpa kamu;Iaitu menuruti nafsu, dan banyak angan-angan.

Sesungguhnya menuruti nafsu itu dapat menghalangi dari kebenaran, dan banyak angan-angan itu sama
dengan mencintai dunia."

❇️Selanjutnya baginda bersabda lagi:

"Sesungguhnya Allah Ta' ala memberikan dunia kepada
orang yang dicintai maupun yang dibenci-Nya.

Jika mencintai seorang hamba, Allah memberinya iman.

Ingat, sesungguhnya agama itu mempungai anak anak,
dan dunia juga mempunyai anak-anak.

Jadilah kamu termasuk anak-anak agama, dan janganlah kamu
menjadi anakanak dunia.

Ingat, sesungguhnya dunia itu
bergerak pergi.
Ingat, sesungguhnya akhirat itu bergerak datang.

Ingat, sesunguhnya kalian berada pada zaman untuk beramal, bukan pada zaman untuk dihisab.

Dan ingat, sesungguhnya kalian hampir tiba pada zaman
untuk dihisab yang sudah tidak berlaku amal."
(Hadis riwayat Ibnu Abi Dun-ya)

❇️Ummu al-Mundzir menceritakan,

"Pada suatu petang Rasulullah s.a.w. muncul di tengah-tengah para sahabat, lalu baginda bersabda,

Wahai manusia, apakah kalian tidak merasa malu kepada Allah?' Mereka bertanya, 'Kenapa kami harus merasa malu, wahai Rasulullah?

Baginda bersabda:
"Kalian mengumpulkan sesuatu yang tidak kalian makan, kalian mengangankan sesuatu yang tidak boleh kalian jangkau, dan kalian membangun sesuatu yang
tidak kalian tempati."
(Hadis riwayat Ibnu Abi Dun-ya)

❇️Selanjutnya beliau bersabda:

"Wahai anak cucu Adam, jika kalian berakal, maka anggaplah diri kalian termasuk orang-orang yang sudah mati.

Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman kekuasaan-Nya,Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti akan datang, dan kamu sekalian tidak akan pernah dapat melepaskan diri."
(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan ath-Thabrani)

16/11/2022

DIBALIK TABIR KEMATIAN
IMAM AL GHAZALI.Siri 5

❇️Agar Hati Selalu Ingat Kematian

☎️Ketahuilah, sesungguhnya kematian adalah sesuatu yang sangat dahsyat, menakutkan, dan ancaman yang amat besar.

☎️Manusia lalai dari mengingat kematian kerana mereka jarang memikirkan dan mengingatnya.

☎️Bahkan orang yang mengingat kematian tapi dengan hati yang kosong atau dengan tetap sibuk dalam gelimang kesenangan duniawi pun, belum boleh disebut mengingatnya,kerana hal itu tidak akan menimbulkan pengaruh positif dalam hatinya.

☎️Jadi, cara yang benar dalam mengingat kematian ialah seseorang harus mengosongkan hatinya dari segala sesuatu,hingga yang ia ingat hanyalah kematian yang berada di depan mata.

☎️Ketika perasaan ingat akan kematian menggugah hatinya dan
relah meninggalkan kesan padanya, sudah tentu ia tidak merasa begitu gembira terhadap kesenangan duniawi, kerana hatinva telah hancur berkeping-keping.

☎️Cara yang paling efektif untuk mewujud-kan hal itu ialah dengan sering mengingat temannya2 yang telah meninggal dunia lebih dahulu, la ingat akan kematian mereka dan jasad mereka yang membusuk di dalam tanah.

☎️la ingat kembali bagaimana penampilan dan keadaan mereka ketika mash hidup.

☎️la merenungkan bagaimana sekarang tanah telah melenyapkan kecantikan mahupun ketampanan mereka, ☎️bagaimana bahagian
tubuh mereka telah hancur membusuk di dalam kubur,
☎️bagaimana isteri-isteri mereka telah menjadi janda, anak-anak
mereka telah menjadi yatim, ☎️bagaimana mereka telah meninggal-kan harta benda mereka,
☎️bagaimana mereka telah terpisah dari masjid-masjid dan majlis-majlis mereka, dan ☎️bagaimana semua jejak langkah mereka telah terhenti.

☎️Jika seseorang mengenang orang lain dan keadaannya saat
sudah mati, membayangkan rupanya, mengingat saatsaat gembira bersamanya, bagaimana ia pernah datang dan pergi, dan
bagaimana ia berusaha untuk terus hidup mempertahankan
kewujudannya, lantas mengapa ia menjadi lupa akan kematian?

☎️Bagamana ia boleh tertipu oleh sarana-sarana kesenangan yang
tidak bermakna itu? Bagaiman ia membanggakan kekuatan masa
mudanya? Kenapa ia boleh begitu ceria dan bersenangsenang
sehingga lalai dari kematian yang datang begitu cepat, dan dari
kehancuran yang telah menanti di hadapannya?

☎️Dan bagaimana ia pernah pergi ke sana ke mari, lalu sekarang kaki dan tulang-tulang sendinya sudah membusuk di dalam kubur?

☎️Dulu la sangat fasih berbicara, tetapi sekarang ulat-ulat telah memakan habis lidahnya. la yang dulu gemar tertawa terbahakbahak, kini tanah
telah melumat habis gigi giginya. ☎️Bagaimana ia dulu pernah mem-persiapkan sesuatu yang sebenarnya sudah tidak berguna dalam waktu sepuluh tahun mendatang, padahal saat itu antara ia dan kematian hanya terpisah oleh waktu satu bulan saja, sementara ia dalam keadaan lalai terhadap sesuatu yang telah direncanakan
untuk- dirinya sendiri;, sehingga akhirnya kematian menjemputnya
pada saat yang sama sekali tidak ia perhitungkan?

☎️Dengan jelas ia melihat malaikat maut mendadak muncul di hadapannya dan menyerukan sebuah seruan yang memekakkan telinga,"Tibalah saatnya bagi kamu. Masuk syurga atau neraka!"

☎️Pada saat itulah baru sedar bahawa sesungguhnya ia telah lalai seperti mereka, dan akan menerima akibat yang sama seperti mereka.

☎️Abu Darda' r.a mengatakan, "Jika kamu ingat kematian,anggaplah dirimu seperti salah seorang mereka.

☎️Abdullah bin Mas'ud r.a berkata,"Orang yang bahagia ialah yang dapat mengambil pelajaran dari orang lain."

☎️Umar bin Abdul Aziz menjelaskan,
"Tidakkah kamu sedari
bahawa setiap hari, pagi dan petang, kamu mempersiapkan
bekalan untuk pergi kepada Allah Yang Maha Mulia lagi Maha
Agung. Kamu akan meletakkan bekal tersebut di lubang tanah
sebagai bantal. Kamu akan meninggalkan orang-orang tercinta,dan semua sarana-sarana kesenangan.

☎️Selalu memikirkan hal-hal di atas rajin berziarah kubur dan
menjenguk orang sakit, adalah cara untuk menyegarkan ingatan
dalam hati terhadap kematian yang akan selalu tampak terpampang di depan mata.

☎️Pada saat itu ia dalam keadaan siap mati meninggal-kan dunia yang penuh tipuan. Zikir di luar hati dan di hujung manisnya bibir tidak banyak berguna untuk membuat diri takut dan khuatir akan kematian.

☎️Ketika hati sedang terlena pada suatu kesenangan duniawi, segera ingatkan bahawa ia pasti akan meninggalkannya.

☎️Pada suatu hari Ibnu Muthi' memandang kagum rumahnya
yang indah. Tiba-tiba ia menangis seraya berkata,
"Demi Allah, scandainya tidak ada kematian aku pasti merasa bangga kepada-mu (maksudnya rumahnya ). Dan seandainya aku mampu bertahan mengatasi sempitnya kubur, aku pasti merasa senang terhadap dunia.'

☎️Setelah itu ia kembali menangis lama sekali sehingga suaranya nyaris tidak terdengar.

08/11/2022

INGAT MATI
DI SEBALIK TABIR KEMATIAN KARANGAN IMAM AL GHAZALI
Siri 4

❇️Keutamaan Mengingat Kematian dalam Semua Keadaan

✳️Rasulullahs.a.w.bersabda:

"Sering-seringlah mengingat sesuatu yang merosakkan
kelazatan-kelazatan.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Maksudnya, rosaklah kenikmatan-kenikmatan dengan cara mengingat kematian, sehingga terhentilah kecenderungan kamu kepadanya, lalu kamu fokus menghadap Allah Ta'ala.

❇️Aisyah r.a bertanya,
"'Wahai Rasulullah, apakah ada orang yang akan dikumpulkan bersama para syuhada?"
Beliau bersalda, "Ya, ada. laitu orang yang ingat mati sebanyak
dua puluh kali sehari semalam”

Alasan keutamaannya ialah, kerana ingat kematian secara
automatik akan menimbulkan rasa tidak s**a terhadap dunia
yang sarat dengan tipu daya, dan mendorong seseorang untuk
mempersiapkan diri buat kehidupan akhirat.

Sebaliknya, lalai dari
mengingat kematian akan mendorongnya untuk tenggelam dalam kesenangan duniawi.

❇️Rasulullahs.a.w.bersabda:

'"Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman.(Hadis riwayat Ibnu Abu Dun-ya dan ath-Thabrani)

Beliau bersabda seperti itu, kerana dunia memang merupakan
penjara bagi orang yang beriman. Di dalam dunia, ia selalu berada
dalam kesulitan kerana ia harus mengalami kerasnya seksaan batin,melatih diri untuk menaklukkan keinginan2 nafsunya,dan melawan syaitan.
Kematian akan membebaskannya dari seksaan tersebut. Jadi, baginya itu jelas merupakan hadiah yang sangat berharga.

❇️Atha' al Khurasani meriwayatkan,
'"'Pada suatu hari Rasulullah
S.a.w.melewati sekump**an orang yang sedang tertawa dengan
kuat. Baginda bersabda:

"Selingilah majlis kamu dengan mengingat sesuatu yang
dapat merosak kenikmatan-kenikmatan.

Mereka pun bertanya,
"Apa itu yang dapat merosak
kenikmatan-kenikmatan?"
Baginda bersabda, "Kematian”
(Hadis riwayat Ibnu Abu Dun-ya)

❇️Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Seringseringlah mengingat kematian, kerana sesungguh-
nya hal itu dapat menghapus dosa dan mengikis cita-cita
terhadap dunia."
(Hadis riwayat Ibnu Abu Dun-ya)

❇️Rasulullahs.a.w.bersabda:

"Cukuplah kematian sebagai pemisah”
Baginda juga bersabda:
"Cukuplah kematian sebagai pemberi nasihat."
(Hadis riwayat ath-Thabrani & al-Baihaqi)

✳️Pada suatu hari Rasulullah s.aw. pergi ke masjid. Di sana
ada beberapa orang yang sedang berbicara dan tertawa-tawa.

❇️Baginda lalu bersabda:

"Ingatlah akan kematian. Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, kalau saja kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis."
(Hadis riwayat Ibnu Abu Dun-ya)

❇️Suatu hari seorang sahabat disebutsebut dan dipuji-puji oleh
sahabat-sahabat yang lain di hadapan Rasulullah s.a.w. Mendengar itu baginda bertanya,

"Bagaimana teman kamu itu mengingat kematian?" Mereka menjawab,

"Kami hampir tidak pernah
mendengar a menyebut-nyebut tentang kematian.

" Baginda lalu bersabda, "Kalau begitu ia tidak seperti yang kamu duga.

❇️Abdullah bin Umar r.a. mengatakan,"Pada suatu hari aku
menemui Nabi s.a.w yang sedang berada di tengah-tengah sepuluh
orang sahabatnya. Seorang sahabat Anshar bertanya,

"Siapa orang yang paling pintar dan paling mulia, wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda:

“Orang yang paling banyak mengingat mati dan yang
paling serius persiapannya dalam menghadapinya”

Itulah orang orang yang pintar. Mereka memperoleh
kehormatan dunia dan kemuliaan akhirat."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

❇️Hampir setiap malam Umar bin Abdul Aziz berkumpul
dengan para ulama ahli fiqih. Mereka biasanya sling mengingatkan tentang kematian, hari kiamat, dan akhirat. Lalu mereka menangis bersama seakan-akan sedang menghadapi jenazah.

❇️Ibrahim at Taimi berkata, "Ada dua hal yang memutuskan
aku dari kesenangan duniawi, iaitu ketika sedang mengingat
kematian dan ketika sedang berdiri di hadapan Allah Ta'ala.

❇️Ka'ab mengatakan,

"Barangsiapa yang sudah mengenali kematian, ia akan memandang remeh semua cubaan dunia.

❇️Setiap kali soal kematian disebut-sebut di hadapan Nabi Isa a.s, kulitnya langsung menitiskan darah.

❇️Nabi Daud a.s selalu menangis seolah-olah seluruh sendinya
terasa tercabut setiap kali disinggung singgung tentang kematian dan hari kebangkitan. Tapi setiap kali disinggung2 tentang rahmat, keadaannya kembali seperti semula.

❇️Pada suatu hari Ar-Rabi' bin Khutsaim menggali kubur di
dalam rumahnya, dan setiap malam ia tidur di situ. Dengan
demikian a boleh terus-menerus mengingat kematian. la lalu
mengatakan,

'"Kalau sampai hatiku tidak ingat kematian sebentar saja, ia akan rosak”

Mutharrif bin Abdullah bin asy-Syakhir berkata, "Sesungguh
nya kematian in akan merosakkan kenikmatan orang-orang yang
s**a bergelimang kesenangan. Oleh kerana itu, carilah kenikmatan yang kekal abadi."

Agar Hati Selalu Ingat Kematian
Bersambung

02/11/2022

INGAT MATI
Dibalik Tabir Kematian
Oleh Imam Al Ghazali Siri 3

☎️KEMATIAN DAN DORONGAN UNTUK SELALU MENGIGATINYA

❇️Ketahuilah, sesungguhnya orang yang tenggelam dalam urusan duniawi yang penuh dengan tipu daya, dan menyintai kesenangan2nya , pasti hatinya akan lalai dari mengingat kematian.

❇️Akibatnya, jika diingatkan tentang kematian, ia justeru tidak s**a dan membencinya.

❇️Mereka itulah orang-orang yang ditegur dalam firman Allah Ta'ala:

Maksudnya:
"Sesungguhnya maut yang
kamu lari darinya itu pasti akan mendapati kamu, lalu kamu semua akan dikembalikan kepada Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata.Kemudian Dia akan memberitahukan kepada kamu
apa2 yang telah kamu lakukan."
(Surah al-Jumu'ah: 😎

☎️Manusia pada dasarnya terbahagi ke dalam tiga golongan:

❇️1-Yang tenggelam dalam urusan duniawi,
❇️2-Yang bertaubat,dan
❇️3-Yang telah mencapai tingkatan 'arifin.

☎️1-Orang yang tenggelam dalam urusan duniawi

❇️Mereka tidak akan ingat
kematian. Dan kalaupun ia mengingatnya, ia melakukannya
sambil meratapi dunianya. Ini akan membuatnya semakin jauh dari Allah

☎️2-Orang yang BERTAUBAT

❇️ Ia akan memperbanyak mengingat mati,

❇️ sehingga bangkit di hatinya rasa takut dan gentar. Dan ini makin menyempurnakan taubatnya.

❇️ Boleh jadi ia merasa Takut pada datangnya kematian, tapi itu lebih didorong oleh rasa takut bahawa kematian itu akan datang di kala taubatnya dirasakan belum sempurna, dan bekalnya untuk kehidupan akhirat belum cukup.

❇️Rasa takut mati pada orang seperti ini masih boleh dimaklumi, dan ia tidak termasuk ke dalam golongan orang orang yang disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa tidak s**a bertemu dengan Allah, maka Allah pun tidak s**a bertemu dengannya”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

❇️ Orang seperti itu sebenarnya tidak membenci pertemuan
dengan maut atau dengan Allah. Tetapi a hanya takut jika ia bertemu dengan Allah dalam keadaan yang kurang sempurna dan lalai.

❇️ la laksana seseorang yang terlambat bertemu dengan kekasihnya kerana sibuk mempersiapkan diri supaya pertemuan itu mendatangkan kecintaan sang kekasih. Jadi, ia tidak boleh dianggap keberatan terhadap pertemuan tersebut.

❇️ Ciri khas org yang bertaubat ialah fokus pada persiapan untuk
pertemuan dengan Rabb-nya, dan mengurangi perhatian kepada hal-hal yang lain.

❇️Kalau tidak begitu bererti ia termasuk orang Yang tenggelam dalam urusan duniawi semata.

☎️3-orang yang 'ARIF

❇️sentiasa mengingat kematian,
kerana baginya kematian adalah saat bertemu dengan Sang
Kekasih,

❇️ seorang yang sedang mabuk cinta takkan pernah lupa janji bertemu dengan orang yang dicintainya.

❇️Orang seperti itu biasanya merasakan datangnya kematian begitu lambat,

❇️dan ia sangat gembira saat kematian itu datang. Sebab dengan begitu ia boleh meninggalkan dunia tempt tinggal orang-orang yang derhaka untuk kemudian berada di hadirat Tuhan Semesta Alam.

❇️I ni seperti yang diriwayatkan tentang Hudzaifah.Menjelang kematiannya, Hudzaifah al-Yamani mengatakan,

"Sang Kekasih datang kepada orang yang papa. Dan tidaklah
beruntung orang yang baru menyesal pada saat seperti itu.

Ya Allah, jika Engkau tahu bahawa miskin lebih aku s**ai daripada
kaya, sakit lebih aku s**ai daripada sihat, dan mati lebih aku s**ai daripada hidup, tolong mudahkanlah kematianku supaya aku dapat segera bertemu dengan-Mu.

❇️Jadi, di sini kita boleh memahami bila seorang yang bertaubat masih merasa kurang s**a atas kematian. Sementara seorang 'ARIF ini justeru menyintai dan merindukan kematian.

☎️Tetapi yang LEBIH TINGGI darjatnya daripada mereka adalah orang yang MENYERAHKAN urusannya kepada Allah Ta'ala,

❇️sehingga ia tidak memilih ingin
tetap hidup atau segera mati untuk dirinya. Sebab, segala sesuatu,yang paling ia s**ai ialah apa yang dis**ai oleh Tuhannya.

Orang seperti in sudah meletakkan cinta dan kesetiaannya yang
mendalam pada maqam atau tingkat kesempurnaan tawakal dan redha sebagai sasaran akhir perjalanan hidupnya.

❇️Betapapun ingat kematian itu mendatangkan pahala dan kebaikan. Sebab, orang yang tenggelam dalam urusan duniawi sekalipun, ia tetap memperoleh manfaat dengan mengingat kematian, iaitu dengan cara menjauhi dunia.

❇️Soalnya, ingat kematian jelas dapat mengganggu
ketenteramannya dan mengurangi kesenangannya.

❇️Sedangkan sesuatu yang merosakkan kesenangan dan kenikmatan manusia,adalah bermaksud menuju keselamatan.

☎️Keutamaan Mengingat Kematian dalam Semua Keadaan
Siri 3

Bersambung…

SILA SHARE SELUAS2 NYA MUGA KITA MENJADI PENCETUS KEPADA KEBAIKAN..

31/10/2022

INGAT MATI

Kematian Senantiasa Mengejar Kita..

☎️[Surah 63 Al-Munāfiqūn ayah 11]

❇️Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

☎️Surah 24 Az-Zumar, Ayah 42

❇️ Allah (Yang Menguasai Segala-galanya),
❇️ Ia mengambil dan memisahkan satu-satu nyawa dari badannya,
❇️ nyawa orang yang sampai ajalnya semasa matinya,
❇️ dan nyawa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya;
❇️ kemudian Ia menahan nyawa orang yang Ia tetapkan matinya
❇️ dan melepaskan balik nyawa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan.

❇️Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Website

Address

Putrajaya
62250

Other Education Websites in Putrajaya (show all)
Minggu Sains Negara Minggu Sains Negara
Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi C4&C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, Wilayah Persekutuan
Putrajaya, 62000

Penganjuran Minggu Sains Negara merupakan salah satu daripada inisiatif MOSTI dalam usaha menyemarakkan aktiviti inovasi dan kreativiti negara

Karnival Pendidikan dan Haluan Kerjaya Putrajaya 2022 Karnival Pendidikan dan Haluan Kerjaya Putrajaya 2022
NO 95B, Jalan DIPLOMATIK
Putrajaya

Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan terhadap haluan kerjaya dan pilihan cabang pendidikan mengikut keutamaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...

Kuasai Tabiat Capai Matlamat Kuasai Tabiat Capai Matlamat
IOI City
Putrajaya, 62502

Serius membantu gila!! Saya boleh ubah tabiat buruk saya dengan hanya mendengar video pertama sahaja. Tak sangka p**ak video ke-3 adalah cara nak ubah tabiat walhal saya berjaya ub...

Cikgu Mira Cikgu Mira
Putrajaya, 62250

� Berkongsi aktiviti bersama anak murid � Video pembelajaran

Bantuan Khas Pendidikan Covid-19 Bantuan Khas Pendidikan Covid-19
Jalan Persiaran Diplomatik
Putrajaya, 62000

Jelajah Pendidikan Yayasan Pendidikan Malaysia adalah satu program di bawah kerjasama Yayasan Pendid

Kelas Alquran dan Fardhu Ain KAFA SK Putrajaya 17 1 Kelas Alquran dan Fardhu Ain KAFA SK Putrajaya 17 1
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17 1
Putrajaya, 62150

“Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (2: 269)

Aktiviti PDP Ustzah Mawad Aktiviti PDP Ustzah Mawad
Putrajaya

Page ini adalah dicipta untuk mengumpulkan pengalaman aktiviti pembelajaran bahasa arab yang telah dijalankan di sekolah rendah. Semoga page ini sedikit sebanyak boleh dikongsi kpd...

Umar Adda edukids Umar Adda edukids
Jalan P14
Putrajaya, 62050

Sharing Doa cepat dimaqbulkan. Rahsia Nafas Doa.

Cikgu Sap Cikgu Sap
Putrajaya

"Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever."

Zest Scholarships Zest Scholarships
Kuala Lumpur
Putrajaya, 05200

This is an educational page which provides a scholarship opportunities to students around the world.

Borak Emas by Fahmi K. Borak Emas by Fahmi K.
Putrajaya, 62150

berkongsi ilmu emas dan menyebarkan kasih sayang kepada dunia

KRS TKRS Malaysia KRS TKRS Malaysia
Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Putrajaya, 62604

Page KRS TKRS Malaysia