Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia - Cawangan Putrajaya

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia - Cawangan Putrajaya

You may also like

GIATMARA Hulu Langat
GIATMARA Hulu Langat

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia telah didaftarkan dengan pendaftaran 1756

24/09/2024

"Aku GAYONG dan Engkau pun GAYONG"
βšͺπŸŸ’πŸ”΄πŸŸ‘βš«
Jom Silat..

23/09/2024

Jom tonton filem Sejarah Gayong
βšͺπŸŸ’πŸ”΄πŸŸ‘βš«

BETO KUSYAIRY akan memegang watak Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman dalam filem Gayong. Allahyarham merupakan pengasas dan mahaguru seni silat Gayong Malaysia.

Karakter ini merupakan tangungjawab besar yang akan dipikul oleh beliau. Kerana, Allahyarham adalah seorang legenda ternama tanah air dalam dunia seni silat.

Namun brader percaya, Beto akan mampu membawa watak ini degan jayanya nanti. Kerana beliau bukan saja seorang aktor yang berbakat besar. Malah, Beto juga mempunyai ilmu persilatan di dada.

Photos from Psspgm Pusat's post 20/09/2024

πŸ’ͺβšͺπŸŸ’πŸ”΄πŸŸ‘βš«πŸ’ͺ
Jom Silat

19/09/2024

Jom Silat.. 😊😊
βšͺπŸŸ’πŸ”΄πŸŸ‘βš«

12/09/2024

Sekaling Tahniah πŸ‘πŸ‘πŸ‘

28/08/2024

Pesilat2 Siraj Precint 11.. Latihan Silat setiap minggu selepas Solat Jumaat.. πŸ’ͺπŸ’ͺ
βšͺπŸŸ’πŸ”΄πŸŸ‘βš«

15/08/2024

Kenali Yang Di Pertua PSSPGM Putrajaya :
Tok Guru Muhd Munzir Bin Mustapha (kiri).
βšͺπŸŸ’πŸ”΄πŸŸ‘βš«

11/08/2024

Outdoor Training.. πŸ’ͺ

06/08/2024

Sistem Tali Pinggang (Bengkong) dalam Silat Seni Gayong.

Pada lebih kurang Tahun 1973 Grandmaster Tuan Hj. Awang Daud (Cikgu Awang Daud) yang pada masa itu mengajar di Kelantan dan Dato' Dr. Raja Abdul Majid (Cikgu Abdul Majid) telah dipanggil oleh Mahaguru Gayong Dato' Meor Abdul Rahman ke rumah beliau di Air Kuning, Taiping Perak.

Maka berangkatlah mereka berdua ke rumah Dato' Mahaguru pada masa itu Dato' Mahaguru baru sahaja siap membina Balai Adat di rumah beliau.

Setelah berjumpa dengan Dato' Mahaguru beliau berkata kepada Cikgu Awang Daud dan Cikgu Abdul Majid "Aku mau hangpa pecahkan buah-buah Gayong menjadi 21 Buah dan susunkan pelajaran Silat Seni Gayong, aku nak buat tali pinggang."

Maka Cikgu Awang dan Cikgu Abdul Majid pun berlatihlah dan mencari ilham bagaimana untuk pecahkan Buah-buah Silat Seni Gayong yang dulu 7 menjadi 21 biji.

Setiap apa yang mereka berlatih mereka tunjukkan kepada Dato' Mahaguru untuk mendapat persetujuan. Apa yang Dato' Mahaguru tidak setuju kerana tidak sesuai dan tidak kemas mereka akan buang. Mereka terus berlatih dan memerah akal dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya dipecahkan menjadi 21 biji dan dipersetujui oleh Dato' Mahaguru sendiri.

Setelah itu semua Gurulatih-gurulatih di seluruh Malaysia panggil ke Air Kuning, Taiping Perak untuk diajar Pecahan buah Silat Seni Gayong sehingga 21 biji dan di Uji untuk tali pinggang Hitam yang Pertama Kali nya dalam Sejarah Silat Seni Gayong.

Antara Gurulatih yang hadir pada masa itu ialah Allahyarham Dato' Hj. Mat Lazim (Cikgu Mat Lazim)

Maka itulah Sejarah pertama kali yang Sistem talipinggang diperkenalkan dalam Silat Seni Gayong dan Ujian untuk talipinggang Hitam diadakan.

Setelah selesai ujian maka mereka berdua pun menghadap Dato' Mahaguru "Ni Cikgu (Dato' Meor Abdul Rahman) kami ni dah siap buat ujian kat depa semua ni semacam mana yang Cikgu suruh, depa semua dapat talipinggang Hitam hat kami yang duk uji depa ni macamana pulak..???" kata Cikgu Awang Daud.

"Hangpa pun pakai la talipinggang Hitam jugak..takkan hangpa yang uji depa hangpa tak pakai" balas Dato' Mahaguru.

"Depa semua kami bagi pakai Calit (Chula) macam-macam, kami nak pakai berapa"

"Hangpa pakai la berapa pun..ikut s**a hangpa lahhh hat tuu..jangan pakai 7 sudah pasai 7 tu hat aku seorang saja.." kata Dato' Mahaguru.

Lalu kata Cikgu Abdul Majid "Kita nak pakai berapa Calit ni Awang?"

"Abang Jid pakai 5 Calit, saya pakai 2 sudah lahhhh" balas Cikgu Awang kepada Cikgu Majid sebagai menghormati Cikgu Abdul Majid sebagai abang dan sebagai senior beliau di dalam Gayong. (Cikgu Awang Daud sengaja pakai cula yang paling rendah berbanding Guru-guru Silat Seni Gayong yang dia uji sendiri untuk melatih ego dia sendiri apabila memakai cula yang lebih rendah daripada orang lain dan untuk melihat ego guru-guru yang lain)

Pada hari penyampaian talipinggang Hitam yang pertama kali KDYMM Sultan Idris (Sultan Perak) telah berkenan berangkat untuk menyampaikan kepada penerima-penerima talipinggang, ada yang dapat cula 3, ada yang dapat cula 4, ada yang dapat cula 5.

Talipinggang Hitam untuk "Badge" pertama dijahit sendiri oleh Arwah Isteri Dato' Mahaguru.

Al-fatihah kepada Allahyarham Dato' Mahaguru dan semua Guru-guru yang telah dahulu pergi mendahului kita.

Kredit : ADMAA Malaysia

02/08/2024

Pre Selection for Upcoming Tournament.. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

09/07/2024

Bertatih.. Berlatih.. Tetapkan Matlamat = Kunci Kejayaan πŸ’ͺ

24/06/2024

Marilah kita semua anak2 gayong doakan kesembuahan buat Tuan Guru Ismail Chik. Amin

Salam Segayong.
T. Guru Ismail Chik ada di hospital Yan, jangkitan kuman di paruΒ²

"PAKAT DOAKAN KESEMBUHAN UNTUK GURU YANG DI SAYANGI"

23/06/2024

Genggam, Angkat, Yakin, Waras & Ngeri.. πŸ€πŸ’šβ€οΈπŸ’›πŸ–€

21/06/2024

Tatapan untuk kenangan.. semoga kedua2nya di beri kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Amin..
πŸ€πŸ’šβ€οΈπŸ’›πŸ–€

19/06/2024

Train them young and have fun.. Alhamdulillah Allah sayang dan permudahkan semua 🀲🀲
πŸ€πŸ’šβ€οΈπŸ’›πŸ–€

07/06/2024

Take Down # 2 πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

"Aku GAYONG dan Engkau pun GAYONG"βšͺπŸŸ’πŸ”΄πŸŸ‘βš«Jom Silat..
Pesilat2 Siraj Precint 11.. Latihan Silat setiap minggu selepas Solat Jumaat.. πŸ’ͺπŸ’ͺβšͺπŸŸ’πŸ”΄πŸŸ‘βš«
Outdoor Training.. πŸ’ͺ
Pre Selection for Upcoming Tournament.. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
Bertatih.. Berlatih.. Tetapkan Matlamat = Kunci Kejayaan πŸ’ͺ
Tatapan untuk kenangan.. semoga kedua2nya di beri kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Amin..πŸ€πŸ’šβ€οΈπŸ’›πŸ–€#segayong
Train them young and have fun.. Alhamdulillah Allah sayang dan permudahkan semua πŸ€²πŸ€²πŸ€πŸ’šβ€οΈπŸ’›πŸ–€
Take Down # 2 πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
Take Down #1 πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
Persembahan persilat2 cilik di Majlis Walimah semalam 26/5/2024 di Embun Resort.. Tahniah semua.. Bangga πŸ‘Semoga bertemu...
Melentur Buluh πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ€πŸ’šβ€οΈπŸ’›πŸ–€
Selamat Hari Guru.. Teruskan menimba ilmu 😊

Telephone

Website

Address

Presint 5
Putrajaya
62200

Other Martial Arts Schools in Putrajaya (show all)
Kelas Silat Gayong Malaysia Gelanggang Putrajaya Kelas Silat Gayong Malaysia Gelanggang Putrajaya
No 77B Jalan Diplomatik Presint Diplomatik
Putrajaya, 62050

KELAS SILAT GAYONG MALAYSIA GELANGGANG PUTRAJAYA

Gayong Ma’arifat Putrajaya official Gayong Ma’arifat Putrajaya official
No 4A, Jalan Diplomatik 2/1 , Presinc 15
Putrajaya, 62675

Persatuan Seni silat Gayong Ma’rifat Putrajaya adalah cabang Gayong Ma’rifat Malaysia…

Seni Tempur Jarak Dekat Seni Tempur Jarak Dekat
Presint 16
Putrajaya, 62100

πŸƒSenaman keluar Pergerakan, πŸƒPergerakan keluar Seni, πŸƒSeni keluar Pukulan.