Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau

Page ini untuk Melihat semua Aktiviti di Masjid Nurul Iman kg matupang ranau sabah

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 15/07/2024

Bismillahirrahmanirrahim..

PERKEMBANGAN PENUKARAN PINTU MASJID NURUL IMAN KAMPUNG MATUPANG KEPADA SLIDING

Masjid Nurul Iman Kampung Matupang merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang/pewakaf. Kami doakan agar mereka mendapat keberkatan, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah taala di dunia akhirat.. Aamiin ya rabb

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Ahli jawatankuasa Masjid dan penduduk kampung samada secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membantu menjayakan pembangunan Masjid ini.

Alhamdulillah, dengan izin Allah taala dan berkat sumbangan kepada beberapa hamba Allah, kini pintu Masjid Nurul Iman kampung Matupang telah berwajah baru.

Kemudian, ini adalah salah satu inisiatif Ahli jawatankuasa Masjid dalam usaha untuk memberikan kemudahan kepada para jemaah atau musafir yang menggunakan masjid ini. Selain itu, juga untuk keselesaan para jemaah atau musafir yang selalu singgah ke Masjid ini.

Seterusnya, pemasangan pintu masjid ini ada 2 fasa iaitu fasa pertama pada tarikh 10/07/2024 dan fasa kedua pada tarikh 14/07/2024. Bagi pemasangan pintu ini mengambil masa sehari kerana terdapat 5 pintu masjid ini. Dan pemasangan ini terpaksa memanggil yang ahli dalam pemasangan ini.

Oleh itu, dana ini diperolehi daripada lebihan program qurban iaitu sebanyak RM3100, sumbangan daripada hamba Allah iaitu RM1250 serta ditambah dengan kutipan jumaat iaitu RM1,150. Dan Kos Keseluruhan bagi pemasangan, slaiding pintu dan sliding pintu sebanyak RM5,500.00. Untuk pengetahuan semua lebihan duit Qurban sudah dipersetujui untuk diinfakkan ke tabung Masjid.

Firman Allah SWT :

{ مَّثَلُ ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ أَمۡوَ ٰ⁠لَهُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِی كُلِّ سُنۢبُلَةࣲ مِّا۟ئَةُ حَبَّةࣲۗ وَٱللَّهُ یُضَـٰعِفُ لِمَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمٌ }
Maksud-Nya : "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." [Surah Al-Baqarah: 261]

__________________________________________________

Sebarang pertanyaan tentang menyalurkan sumbangan dan penambahbaikkan/cadangan pembangunan masjid boleh terus berhubung dengan BENDAHARI Masjid Nurul Iman Kampung Matupang, Ranau.

Ust Mohd Alfian : 011-35539392

10/07/2024

Firman Allah SWT:

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً

Maksud-Nya : "Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur." [Surah al-Nisa’:100]

Definisi Hijrah

Pada bahasa, ia memberi maksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia lebih kepada gerakan fizikal. Kemudian, Rasulullah SAW menukarkan makna fizikal kepada maknawi seperti sabdanya yang bermaksud: “Orang yang berhijrah itu adalah dengan meninggalkan larangan Allah SWT.”

Dari segi istilah, ianya dapat difahami melalui:

Berpindahnya Rasulullah SAW daripada Mekah menuju ke Madinah. Begitu juga yang dilakukan oleh sahabat Baginda. Perpindahan ini kerana semata-mata agama dan bukan membabitkan laba dan keuntungan duniawi.
Perpindahan dari negeri kufur ke negeri Islam. Jika niatnya kerana Allah, maka hijrah itu termasuk dalam hijrah syara’.
Ibn Rejab al-Hanbali[2] berkata: “Asal perkataan hijrah ialah meninggalkan negara syirik dan berpindah ke negara Islam, sepertimana para Muhajirin berhijrah sebelum pembukaan Mekah ke Madinah. Sebelum itu juga, sebahagian daripada mereka telah berhijrah ke bumi Habsyah yang diperintah oleh al-Najasyi.”

# PROGRAM MAAL HIJRAH 1446H
TARIKH : 13 JULAI 2024 (SABTU)
MASA : 7.30 AM - 12.00 PM
TEMPAT : MASJID AR RAHMAN DAERAH RANAU.

JALAN ORANG MUSLIM (JOM)
JOM!!! kita meriahkan lagi program ini dengan kehadiran tuan/puan yang dirahmati Allah taala. Semoga dengan kedatangan tuan/puan Allah taala menurunkan rahmatnya keseluruhan dunia ini khususnya di daerah ranau dgn mekarnya syiar ISLAM. Aamiin ya rabb

'alam

10/07/2024

04 | 07 | 2024 (KHAMIS)

Firman Allah SWT:

{ وَٱلَّذِینَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَ ٰ⁠عُونَ }

Maksud-Nya : "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya." [Surah Al-Muʾminūn: 8]

# KANDUNGAN AYAT
1. Ayat ini merujuk kepada mereka yang memelihara amanah dan janji serta berusaha memenuhinya.
2. Mereka yang memelihara amanah dan melaksanakan janji-janjinya dengan sempurna adalah antara ciri-ciri orang-orang beriman yang berjaya.

# PENGAJARA
1. Islam mewajibkan umatnya untuk menjaga dan memelihara amanah dan janji yang diberikan dengan sebaik-baiknya sama ada antara seorang hamba dengan Allah S.W.T atau sesama manusia.
2. Sebagai orang yang beriman, janganlah kita mengkhianati amanah dan janji kita dengan Allah S.W.T, sama ada dengan melanggar laranganNya atau mengabaikan perintahNya.
3. Begitu juga dalam konteks perhubungan sesama manusia, segala perkara yang diamanahkan dan janji yang dilafazkan mestilah dilaksanakan dengan sempurna sama ada dalam hubungan kekeluargaan, bermasyarakat dan bernegara.
4. Amanah itu berat, maka peliharalah ia sebaik-baiknya, janji itu mudah, maka tepatilah ia dengan penuh kesungguhan.

"PROGRAM BUBUR UKHUWAH"

Masa : Selepas Jumaat
Tempat : Masjid Nurul iman Kampung Matupang, Ranau.

MATLAMAT PROGRAM INI DIBUAT ADALAH ;
1. Amanah
2. Sedekah
3. Mengeratkan Ukhuwah Sesama Islam

Wallahua'alam.

05/07/2024

23 | 06 | 2024 (Ahad)

Firman Allah SWT:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Maksudnya: “Dan sempurnkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”

(Surah al-Baqarah: 196)

"PENERANGAN UMRAH SECARA PERCUMA" [BERSAMA JUARA TRAVEL SDN BHD]

Masa : 8.30 Am
Tempat : Masjid Nurul iman Kampung Matupang, Ranau.

Sebarang Pertanyaan Mengenai Penerangan Umrah boleh hubungi :
1. Cikgu Ajirin [011-1641 0514
2. Hjh Okie [019-823 7477]
3. Puan Hoylainah [014-854 7652]

Wallahua'alam.

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 05/07/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ ٦٠
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
[SURAH AL GHAFIR 40 : 60]

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DI MASJID NURUL IMAN KG MATUPANG KERJASAMA DENGAN YADIM, SEPERTI BERIKUT ;

1. MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOA
Tarikh : 23/05/2024 (Khamis)
Tempat : Surau Nurul Hidayah, Kampung, Minihas Matupang, Ranau.
Masa : Lepas Solat Fardhu Isyak

2. MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOA
Tarikh : 27/06/2024 (Khamis)
Tempat : Rumah Kediaman Pn. Jusimah, Kampung Matupang, Ranau.
Masa : Lepas Solat Fardhu Isyak

3. MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOA
Tarikh : 04/07/2024 (Khamis)
Tempat : Rumah Kediaman Pn. Nurul Afiqah Kg matupang, ranau
Masa : Lepas Solat Fardhu Isyak

25/06/2024

SAMBUNGAN VIDEO

EPISODE 2 "CABARAN MENGAMBIL BINATANG QURBAN DI SEBARANG KAMPUNG"

SEDIKIT VIDEO TENTANG MENGAMBIL BINATANG QURBAN DI KAMPUNG TERIKON MATUPANG, RANAU. YANG MANA, BERSAMA DENGAN AJK MASJID NURUL IMAN YANG DIKETUAI OLEH CIKGU JULKIPLI, UST MUNIR, EN. DIN & PENDUDUK KAMPUNG.

25/06/2024

EPISODE 1 "BINATANG QURBAN"

SEDIKIT VIDEO TENTANG MENGAMBIL BINATANG QURBAN DI KAMPUNG TERIKON MATUPANG, RANAU. YANG MANA, BERSAMA DENGAN AJK MASJID NURUL IMAN YANG DIKETUAI OLEH CIKGU JULKIPLI, UST MUNIR & EN. DIN.

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 25/06/2024

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

17 | 06 | 2024M BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1445H (ISNIN)

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHAH & PENYEMBELIHAN BINATANG QURBAN

1. SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA

> SABDAAN RASULULLAH SAW :

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri R.A, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى، فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ، ثُمَّ يَنْصَرِفُ، فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ، وَالنَّاسُ جُلُوسٌ عَلَى صُفُوفِهِمْ فَيَعِظُهُمْ، وَيُوصِيهِمْ، وَيَأْمُرُهُمْ، فَإِنْ كَانَ يُرِيدُ أَنْ يَقْطَعَ بَعْثًا قَطَعَهُ، أَوْ يَأْمُرَ بِشَيْءٍ أَمَرَ بِهِ، ثُمَّ يَنْصَرِفُ

Maksudnya: “Kebiasaannya Rasulullah SAW pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang Baginda mulakan ialah solat (sunat hari raya), kemudian Baginda berpaling dan berdiri menghadap orang ramai yang sedang duduk di saf-saf mereka lalu Baginda memberikan peringatan, wasiat dan perintah kepada mereka. Sekiranya Baginda ingin mengutuskan pasukan, maka Baginda akan mengutusnya, atau Baginda ingin memerintahkan sesuatu, maka Baginda akan memerintahkannya.” [Riwayat al-Bukhari (956)]

2. PENYEMBELIHAN BINATANG QURBAN

> ALLAH SWT BERFIRMAN :

عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۚ فَكُلُوْا مِنْهَا وَاَطْعِمُوا الْبَاۤىِٕسَ الْفَقِيْرَ ۖ

Maksud-Nya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." (SURAH AL HAJJ : 28)

Disamping itu, semoga segala amal ibadag kita diterima disisi Allah Taala dan mendapat keredhaan-Nya.. Aamiin ya rabb..

20/06/2024

01 | 06 | 2024
MASJID NURUL IMAN,
KAMPUNG MATUPANG,
RANAU.

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

MESYUARAT PERLAKSANAAN IBADAH QURBAN 2024 DI MASJID NURUL IMAN KAMPUNG MATUPANG, RANAU.

Tarikh : 1/6/2024 ( sabtu )
Masa. : 9.00 pagi
Tempat : masjid nurul iman kg matupang

Sehubungan dgn itu tuan/puan d jemput untuk bersama2 dalam mesyuarat ini

Agenda:
1. Taklimat proses pelaksanaan korban
2. Pembentukan dan pembahagian kump**an
3. Penerangan tentang tugasan dalam kump**an
4. Mendapatkan persetujuan daripada semua peserta korban untuk beberapa perkara
5. Gotong-royong
6. Hal-hal lain

# PEMBENTUKAN KUMPULAN & PENYERAHAN TUGASAN SEPANJANG QURBAN INI BERLANGSUNG

Kump**an 1
1. Jamaluddin (ketua)
2.izat
3.mahijan
4.faizan
5.din
6.hamrin
7.halim

Kump**an 2
1. Arif Wailin (ketua)
2.hassan Al-bana
3.haiqal hafizie
4.safiee
5.Yasaya

Kump**an 3 (team minihas)
1. Imam Aidy(ketua)
2. Mohd rozaidi
3. Salim
4. Sami
5. Maisin
6. Azmi
7. Bayan

Kump**an 4 (team lungkidau)
1. Endra (ketua)
2. Hamidi
3. Jailly
4. Rahmat
5. Mukim
6. Iwan

Kump**an 5 (team paginatan)
1. Mukhsin (ketua)
2. Samran
3. Raymon
4. Paul
5. Aron
6. Sani
7. Adly
8. Mohd herman

PEMBAHAGIAN TUGASAN SETIAP UNIT

# Agihan Daging
1. Rostah( ketua)
2. Norbaya
3. Nurul Atikah
4. Waty
5. Aminah

# Runner (Belia)
1. Sajjid (ketua)
2. Aiman
3. Izat
4. Zubir
5. Ariz
6. Din

# Makanan
1. Norsabtina (ketua)
2. Siti soliha
3. Lenny
4. Nurul afiqah
5. Janaip
6. Nurlin
7. Mama idar
8. Mama kikip
9. Sunaisah
10. Wawa
11. Aini
12. Sofea
13. Jenn
14. Aty
15. Rositeh
16. Eluk
17. Nadrah

P/s

# Perut Binatang Qurban
1. Rashid@urui (ketua)
2. Moris
3. Jusirin
4. Bian
5. Louris
6. Fauzi
7. NurHasim

Anak bulan
1. Zack & Family

# PERHATIAN!!!
• Ketua kump**an perlu mencari ahli-ahli dibawah dia. Di beri masa seminggu untuk menyenaraikan ahli2 kump**annya.
• Kerja2 dalam kump**an sapi.
•Melapah kulit.
•Melapah daging.
•Potong-potong tulang, organ, dan kulit.
•Menimbang daging satu kilo satu kilo dan masukkan ke dalam plastik.
•Memasukkan tulang, sebagai top up ke dalam plastik.

PERINGATAN!!! UNTUK KUMPULAN SAPI... DAGING SAPI TIDAK BOLEH DICAMPURKAN DENGAN DAGING SAPI YANG LAIN SEBELUM PROSES PENGIRAAN, SEKIAN HARAP MAKLUM.

20/06/2024

15 | 06 | 2024
MASJID NURUL IMAN
KAMPUNG MATUPANG
RANAU.

LAWATAN DARIPADA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, DAERAH RANAU, SABAH.

Tarikh : 15/06/2024 (Sabtu)
Tempat : Masjid Nurul iman kampung matupang, Ranau.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat keadaan dan kesihatan haiwan itu sebelum membuat Majlis Qurban di masjid Nurul iman kg matupang. Diucapkan terima kasih kepada Jabatan Veterinar atas lawatan yang dibuat ketika itu.

20/06/2024

MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOA
Tarikh : 02/05/2024 (Khamis)
Tempat : Rumah Kediaman En. Jamaluddin Bin Hj. Abd Salam, Kampung, Matupang, Ranau.
Masa : Lepas Solat Fardhu Isyak

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 20/06/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ ٦٠
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
[SURAH AL GHAFIR 40 : 60]

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DI MASJID NURUL IMAN KG MATUPANG KERJASAMA DENGAN YADIM, SEPERTI BERIKUT ;

1. MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOA
Tarikh : 02/05/2024 (Khamis)
Tempat : Rumah Kediaman En. Jamaluddin Bin Hj. Abd Salam, Kampung, Matupang, Ranau.
Masa : Lepas Solat Fardhu Isyak

2. MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOA
Tarikh : 23/05/2024 (Khamis)
Tempat : Rumah Kediaman En. Jamaluddin, Kampung, Paginatan, Ranau.
Masa : Lepas Solat Fardhu Isyak

3. MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOA
Tarikh : 30/05/2024 (Khamis)
Tempat : Rumah Kediaman Pn. Rositeh, Kampung Matupang, Ranau.
Masa : Lepas Solat Fardhu Isyak

4. MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOA
Tarikh : 13/06/2024 (Khamis)
Tempat : Masjid Nurul iman Kg matupang, ranau
Masa : Lepas Solat Fardhu Isyak

5. MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOA
Tarikh : 14/06/2024 (Khamis)
Tempat : Rumah Kediaman En. Rashid, Kampung Matupang, Ranau.
Masa : Lepas Solat Fardhu Isyak

24/04/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili :

مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ

Maksudnya :” Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (aidiladha dan aidilfitri) kerana mengharapkan ganjaran kerana Allah. Maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia).” [Riwayat Ibnu Majah]

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI DI MASJID NURUL IMAN KG MATUPANG KERJASAMA DENGAN YADIM RANAU

Oleh itu, dengan rendah hati saya wakil bagi pihak AJK MASJID menjemput Tuan/Puan/En/Cik untuk menghadiri Majlis ini bagi meriahkan lagi suasana program yang akan dilaksanakan, seperti berikut ;

Tarikh : 27/04/2024 (Sabtu)
Tempat : Masjid Nurul iman kampung matupang, Ranau.
Masa : 1.30 pm

Semoga dengan kedatangan Tuan/Puan/En/Cik mendatangkan Keberkahan & Redha Allah taala... Aamiin ya rabb.

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 24/04/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Maksudnya: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.” [Riwayat Muslim (2162)]

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DI MASJID NURUL IMAN KG MATUPANG KERJASAMA DENGAN YADIM, SEPERTI BERIKUT ;

1. ZIARAH MAHABBAH SAUDARA SEISLAM
Tarikh : 19/04/2024 (Jumaat)
Tempat : Rumah En. Samuel
Masa : Selepas Solat Fardhu Isyak

2. MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOA
Tarikh : 18/04/2024 (Khamis)
Tempat : Masjid Nurul iman Kg matupang, ranau
Masa : Lepas Solat Fardhu Isyak

3. MESYUARAT MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI DI MASJID NURUL IMAN KG MATUPANG.
Tarikh : 18/04/2024 (Khamis)
Tempat : Masjid Nurul iman Kg matupang.
Masa : Selepas Majlis Yasin & Doa

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 09/04/2024

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DI MASJID NURUL IMAN KG. MATUPANG, RANAU SEHINGGA KE HARI INI.

Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, “dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah.” [Surah al-Jinn: 18].

Dalam satu hadis Qudsi,
Allah berfirman yang bermaksud, “sesungguhnya rumah-rumahKu di bumi ialah masjid.”

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 22/03/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

MAJLIS IFTAR PEDALAMAN KDMRS MUSLIM 1445/2024

Tarikh : 22/03/2024 (Jumaat)
Masa : 4.30 pm
Tempat : Masjid Nurul iman Kg. Matupang, Ranau.

Majlis sedang Berlangsung sekarang. Oleh itu, marilah sama-sama kita meriahkan lagi majlis ini utk datang ke bagi menjayakan program ini. Semoga dgn menghadiri program ini kita mendapat keredhaan dan keberkahan kita kepada Allah taala. Aamiin ya rabb.


'alam

21/03/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Allah Subhanahuwata’ala Berfirman ;

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksud-Nya: ” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. ” [Surah al-Baqarah Ayat : 183]

PROGRAM IFTAR PEDALAMAN KDMRS MUSLIM

Tarikh : 22/03/2024
Tempat : Masjid Nurul iman, Kg. Matupang, Ranau.

Tentatif :
4. 30 : ketibaan tetamu dan penduduk kampung
5. 00 : Perkongsian ringkas
5. 30 : ucapan dan perasmian dari pengerusi KDMRS
6. 25 : bacaan doa dan berbuka ringan
6. 40 : solat maghrib
7. 00 :makan berat
7. 40 : solat isyak dan terawih
8. 30 : moreh dan bersurai

ORANG MUSLIM (JOM)
bagi menjayakan lagi majlis ini pihak masjid menjemput Semua penduduk muslim disekitar Kg. Matupang dan yang berdekatan dgn Kg. Matupang bagi sama-sama kita merebut peluang di bulan Ramadhan ini yang penuh dengan Fadhilat berbanding di bulan yang lain. Yang mengharapkan keredhaan dan keberkahan Daripada Allah taala.


'alam

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 07/03/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّـهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Maksudnya: “Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nya lah aku kembali.”

(Surah Hud: 88)

Allah Subhanahuwata’ala Berfirman :

{ إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ }

Maksud-Nya : "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [Surah Al-Ḥujurāt: 10]

Firman Allah SWT:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

Maksudnya: “Berpegang teguhlah kamu seluruhnya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.”

Surah Ali Imran (103)

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ke atas ayat ini menyebut: “Iaitu janganlah kamu berpecah belah di dalam agama kamu seperti berpecahnya golongan Yahudi dan Nasrani dalam agama mereka’’. Kemudian beliau berkata lagi: ‘’Boleh juga ia membawa erti janganlah kamu berpecah belah dengan mengikuti hawa nafsu dan kehendak-kehendak yang berbeza, dan jadilah bersaudara di dalam agama Allah. Maka yang demikian itu akan menghalang kamu dari berpecah belah dan saling bermusuhan.” (Lihat al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 4/151).

Ayat ini memberikan arahan dan ingatan kepada umat Islam agar bersatu dan tidak berpecah belah. Umat Islam diminta untuk berpegang teguh kepada agama Islam sebagai tali yang mengikat dan secara tidak langsung menyatukan mereka semua. Dalam konteks ini, tali Allah merujuk pada ajaran dan prinsip-prinsip Islam yang mengatur kehidupan umat. Hanya dengan perpaduan,umat Islam dapat mencapai keberkatan dan petunjuk daripada Allah serta terhindar dari perpecahan dan kebinasaan.

Majlis Bacaan Yasin & Doa;

Tarikh : 07/03/2024 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Fardhu Isyak Secara berjemaah
Tempat : MASJID NURUL IMAN, Kg. Matupang, Ranau.


'alam.

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 07/03/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Persiapan untuk majlis malam ini iaitu majlis bacaan yasin & doa sempena Kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Majlis Bacaan Yasin & Doa;

Tarikh : 07/03/2024 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Fardhu Isyak Secara berjemaah
Tempat : MASJID NURUL IMAN, Kg. Matupang, Ranau.

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 05/03/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. [al-Baqarah:186]

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]

Majlis Bacaan Yasin & Doa;

Tarikh : 01/03/2024 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : MASJID NURUL IMAN, Kg. Matupang, Ranau.

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 05/03/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Surah Al-Hujurat: Ayat 13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksud-Nya : "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Majlis Ziarah Yasin Rumah ke Rumah ;

Tarikh : 22/02/2024 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : SURAU NURUL HIDAYAH, Kg. Minihas Matupang, Ranau.

05/03/2024

Bismillahirahmanirrahim...
ASSALAMU'ALAIKUM Warahmatullahi Wabarakatuh

_*JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA KEHADIRAN BULAN RAMADHAN*_

tarikh : 7/3/2024 (khamis)
*Masa : Selepas Solat Fadhu Isyak Secara Berjemaah*
Tempat : masjid nurul iman kg matupang

* Semua muslimin dan muslimat dari kg sagindai baru, sagindai lama, matupang, minihas, paginatan, lungkidau dan sekitarnya DIJEMPUT bersama-sama dalam majlis ini.

* Muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah taala bagi mengimarahkan lagi majlis di masjid kita. maka, pihak masjid NURUL IMAN mengalu-alukan sesiapa yg ingin bersedekah berbentuk jaudah makanan bagi jamuan majlis kita ini sangat DIGALAKKAN kerana dalam sebuah hadis Nabi Saw ;

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 20/02/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Firman Allah SWT:

يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

[al-Imran : 74]

Maksudnya: “Allah menentukan pemberian rahmat-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.”

Kedua ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT menisbahkan sifat rahmat kepada diri-Nya dan sifat ini meliputi sekalian alam atau sekalian makhluk-Nya. Kesan sifat rahmat daripada Allah ini akan diperolehi dan dirasai oleh setiap hamba itu apabila dia melaksanakan segala ketaatan dan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, di samping meninggalkan segala larangan dan maksiat. Dengan cara itulah, rahmat Allah ke atas hamba itu akan dirasai.

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah ucapan yang dikatakan bahawa ia datang daripada Rasulullah SAW iaitu:



Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
عِنْدَ ذِكْرِ الصَّالِحِينَ تَنْزِلُ الرَّحْمَةُ

Maksudnya: “Ketika disebutkan orang-orang yang soleh, maka rahmat Allah akan turun.”

PROGRAM BERKHATAN PERDANA MASJID NURUL IMAN KG MATUPANG, RANAU.

Tarikh : 17/02/2024 (Sabtu)
Masa : 7.30 am
Tempat : Masjid Nurul iman Kg. Matupang, Ranau

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 16/02/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

hadis yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW:

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ - أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ – الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَار،ِ وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: “Fitrah (sunnah) itu ada lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai.”

Riwayat al-Bukhari (6227)

Adapun perbincangan isu khatan berkaitan membuang kulit di bahagian z***r secara sempurna atau tidak sempurna telah dibahaskan para ulama. Ibnu Hajar al-Haitami menyatakan bahawa:

(وَ) فِي (الرَّجُلِ بِقَطْعِ) جَمِيعِ (مَا يُغَطِّي حَشَفَتَهُ)؛ حَتَّى تَنْكَشِفَ كُلُّهَا وَبِهِ يُعْلَمُ أَنَّ غُرْلَتَهُ لَوْ تَقَلَّصَتْ حَتَّى انْكَشَفَ جَمِيعُ الْحَشَفَةِ فَإِنْ أَمْكَنَ قَطْعُ شَيْءٍ مِمَّا يَجِبُ قَطْعُهُ فِي الْخِتَانِ مِنْهَا دُونَ غَيْرِهَا وَجَبَ وَلَا نَظَرَ لِذَلِكَ التَّقَلُّصِ؛ لِأَنَّهُ قَدْ يَزُولُ فَتُسْتَرُ الْحَشَفَةُ وَإِلَّا سَقَطَ الْوُجُوبُ كَمَا لَوْ وُلِدَ مَخْتُونًا.

Maksudnya: Dan pada lelaki (yang berkhatan) dipotong kesemua (kulit) yang menutupi hasyafah (kepala z***r); sehingga terbuka keseluruhannya dan dengannya dapat difahami bahawa bahagian yang tidak dipotong itu, jika terlipat sehingga terbuka keseluruhan kepala z***r , maka boleh dipotong sebahagian daripada bahagian yang ditentukan untuk dipotong bagi khitan tanpa bahagian selainnya maka wajib (dipotong). Tidak diambil kira bahagian yang terlipat (sebagai khitan) kerana bahagian tersebut adakalanya boleh hilang sehingga boleh tertutup kepala z***r. Jika tidak (boleh hilang dan tertutup kepala z***r) maka gugurlah kewajipan khitan sepertimana jika dilahirkan dalam keadaan yang sudah berkhitan.[3]

Ajk Masjid Nurul Iman membuat persiapan untuk Program Berkhatan yang akan dilaksanakan pada 17/02/2024 (Sabtu) bertempat Di Masjid Nurul Iman;

Tarikh : 10/02/2024 (Sabtu)
Masa : 7.30 pm
Tempat : Masjid Nurul iman Kg. Matupang, Ranau

Photos from Masjid Nurul Iman Kampung Matupang Ranau's post 15/02/2024

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Allah SWT Berfirman Melalui Kitab Suci Al-Quran Al-Karim:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

(Surah al-Taubah: 18)

Pengimarahan masjid mengandungi dua aspek iaitu membinanya dan melaziminya. Seseorang hanya dikatakan mengimarahkan masjid sekiranya dia kerap berulang alik ke masjid. (Lihat al-Tafsir al-Kabir, 5/9)

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran (8/90) menyatakan terdapat golongan salaf menyatakan, “Sekiranya kamu melihat sesorang mengimarahkan masjid maka perelokkanlan prasangkamu kepadanya.” Ini seperti mana hadis Nabi SAW daripada Abi Said Al-Khudri R.A bahawa Rasullullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ

Maksud: “Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya.”

Riwayat al-Tirmizi (1060), Ibn Majah (802) dan Ahmad (3/68)

Syeikh al-Mubarakfuri berkata: “Setengah riwayat menyebut orang yang begitu setia mendatangi masjid atau memelihara untuk sentiasa ke masjid.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/389)

Maksud memakmurkan masjid adalah dengan menetapinya untuk melaksanakan ibadah di dalamnya dalam rangka meraih keredhaan-Nya. Antaranya seperti melakukan solat, berzikir kepada Allah SWT dan mempelajari ilmu agama. Juga termasuk maknanya adalah dengan membangunkan masjid, menjaga dan memeliharanya. (Lihat Aisar al-Tafasir li Kalam al-‘Aliy al-Kabir, 2/66)

Mesyuarat Ajk Masjid berkaitan tentang Program Berkhatan yang akan dilaksanakan pada 17/02/2024 (Sabtu) bertempat Di Masjid Nurul Iman;

Tarikh : 10/02/2024 (Sabtu)
Masa : 1.30 pm
Tempat : Masjid Nurul iman Kg. Matupang, Ranau

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Ranau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

SAMBUNGAN VIDEOEPISODE 2 "CABARAN MENGAMBIL BINATANG QURBAN DI SEBARANG KAMPUNG" SEDIKIT VIDEO TENTANG MENGAMBIL BINATAN...
EPISODE 1 "BINATANG QURBAN" SEDIKIT VIDEO TENTANG MENGAMBIL BINATANG QURBAN DI KAMPUNG TERIKON MATUPANG, RANAU. YANG MAN...
MAJLIS BACAAN DOA YASIN & DOATarikh : 02/05/2024 (Khamis)Tempat : Rumah Kediaman En. Jamaluddin Bin Hj. Abd Salam, Kampu...
Bismillahirrahmanirrahim.Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili :...

Website

Address

Kg Matupang Ranau
Ranau
49307

Other Religious Organizations in Ranau (show all)
Masjid Al-Hilmyyah Kg. Togop Darat Masjid Al-Hilmyyah Kg. Togop Darat
Kg. Togop Darat
Ranau

Dahulukan Ilmu Atas Ibadah

Ranau Seventh-day Adventist Church Ranau Seventh-day Adventist Church
Gereja SDA Pekan Ranau, Jalan Lombong Mamut
Ranau, 89307

SIB Desa Aman Kundasang SIB Desa Aman Kundasang
Ranau, 89308

SIB DESA AMAN KUNDASANG, KAWASAN KUNDASANG

PMM SIB Kawasan Malinsau PMM SIB Kawasan Malinsau
Kg. Malinsau
Ranau, 89308

Official page of PMM SIB Kawasan Malinsau

Gereja Seventh-day Adventist Kundasang, Sabah Gereja Seventh-day Adventist Kundasang, Sabah
Gereja Seventh-day Adventist Kundasang
Ranau, 89308

Pmm SIB Kawasan Muruk Ranau Pmm SIB Kawasan Muruk Ranau
Kawasan Muruk
Ranau, 89308

Welcome to Our Official page of PMM SIB Kawasan Muruk

Tim Pelayanan Belia Paroki Ranau (TPBP Ranau) Tim Pelayanan Belia Paroki Ranau (TPBP Ranau)
Peti Surat 312
Ranau, 89308

T - Thy P - Prayer B - Bring P - Power

Catholic Youth Prayer Ministry - CYPM Catholic Youth Prayer Ministry - CYPM
Ranau
Ranau

Menjadi saluran kepada belia Katolik untuk bertumbuh bersama dalam pelayanan dan menghidupi iman kato

Ranau Catholic Youth Ranau Catholic Youth
Catholic Church Of Street Peter Claver Ranau
Ranau, 89308

Official page Ranau Parish Catholic Youth. Any inquiries please email us at [email protected]