Pejuang Tanahair Shah Alam - Pejuang

Demi untuk negara dan masyarakat

09/07/2021

Alhamdulillah ❤️

04/06/2021

BANTUAN PROGRAM KASIH PEMUDA (PKP) SELURUH MALAYSIA

1. Program yang bermatlamat khidmat masyarakat ini sedang dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0 yang mana butirannya adalah seperti berikut:

Anjuran: PEJUANG Muda Malaysia, PEJUANG Muda Negeri-Negeri serta NGO-NGO tempatan
Tarikh: 1-14 Jun 2021
Negeri: Seluruh Semenanjung Malaysia
Jumlah Sukarelawan: 100 orang
Sasaran Kutipan Tunai: RM50,000.00
Sasaran Bantuan: 500-1000 keluarga seluruh Semenanjung Malaysia

2. Sebanyak 11 pusat pengump**an sumbangan barang bantuan di seluruh Semenanjung Tanah Air akan beroperasi khusus untuk pelaksanaan gerak kerja program ini.

3. Sebarang sumbangan tunai boleh disalurkan ke Pertubuhan Cakna Isu Semasa (CIMB: 8009-6473-89) dengan RUJUKAN: SUMBANGAN PKP.

4. Memastikan kelangsungan hidup rakyat adalah keutamaan kami dan tanggungjawab kita bersama.

"PEJUANG BERPRINSIP"

PEJUANG Muda Malaysia

15/05/2021

14/05/2021

Saksikan Siaran Kenyataan Umum oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada jam 8.30 malam ini di Awani, Aljazeera, TRT dan page Tun mengenai serangan Israel ke atas bumi Palestin.

Mohon Viralkan.

02/05/2021

TAN SRI HAMID BADOR❤BERPRINSIP❤BERINTEGRITI

Akhir-akhir ini Tan Sri Hamid Bador mendedahkan pelbagai masalah dalam pas**an polis. Dari kartel dan terbaru campur tangan Menteri dalam pengurusan PDRM.

Ada yang kata Tan Sri Hamid merajuk sebab tak disambung kontrak. Sebab tu bersuara. Mungkin tak kenal dia. Daripada awal lagi dia dah bersedia untuk bersara.

Atas sebab prinsip dia pernah bersara awal ketika zaman Najib pada tahun 2015 kerana tahu dan bersuara mengenai kepincangan kepimpinan Najib & 1MDB. Ketika itu dia Timbalan Pengarah Cawangan Khas.

Lepas bersara dia terus jadi pekebun kecil dekat kampung dia di Rembau, Negeri Sembilan.
Akhir sehari selepas Tun Dr Mahathir angkat sumpah, Tun Mahathir memerlukan orang yang dia percaya dalam PDRM. Akhirnya dari Kebun, Tun Mahathir panggil dia balik dan berkhidmat.

Dia pernah cerita jadi pekebun dia pun pernah kena pau dengan anggota polis sendiri sebab tak tahu dia bekas top officer Polis.

Masa tu, dia boleh je jadi Ketua Polis tapi tak. Dia nak ikut ranking, tak tergilakan jawatan. Beliau dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas. Dia seorang yang berintegriti.

Bila dia jadi Ketua Polis, dia cuba bersihkan PDRM. Dari akar. Dia cuba jalankan amanah dia sebaik mungkin.

Semasa saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri, beberapa kali terserempak dengan Tan Sri Hamid memang macam kawan-kawan je. Humble betul.

Siapa yang kerja dengan dia tahu lah, bagaimana dia buang status dia depan pas**an poljs. Tiada protokol. Tiada pengiring polis ramai ramai ikut Ketua Polis. Dia ubah budaya mintak dengan peniaga untuk sponsor jamuan PDRM dan banyak lagi nak cerita.

Banyak kepincangan, rasuah kartel yang membiak dalam PDRM dia nak bersihkan. Dan kerja dia seorang tidak mungkin mampu untuk buat semuanya. Sebab itu sesetengah orang dalam politik dan pas**an polis tak gemar dengan beliau. No hanky panky orang kata.

Terus terang, saya rasa sedih sangat keberangkatan Tan Sri Hamid dari PDRM.

Saya s**a qoutes nasihat kepada ahli politik "You nak jadi ahli politik, jadi lah ahli politik yang baik, jangan lah jadi hipokrit. Depan orang cakap lain, belakang buat lain".

Terima kasih atas khidmatmu Tan Sri Hamid Bador. Terima kasih. Semoga Allah merahmati perjalanan hidupmu selepas ini.

Mukhriz Mohd Muhayeddin

27/04/2021

Ucapan Ketua PEJUANG Muda, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, pada majlis pelancaran inisiatif Rasuah Busters oleh Sinar Harian.






https://fb.watch/57QDGxLnHk/

25/04/2021

Program edaran bubur lambuk.

PEJUANG | Borang Pendaftaran 19/04/2021

بسم الله الرحمن الرحيم

Anda Sayangkan Negara??
Saya dengan rendah hati ingin mengajak anda semua untuk terlibat menjadi Sebahagian Keluarga Besar kami.
Jom Daftar Menjadi Sebahagian Keluarga Besar Parti Pejuang TanahAir (PEJUANG)

Sila Daftar di www.daftarpejuang.com

Saya sudah.. Anda bila lagi.. Daftar sekarang..
Tindakan kita hari ini akan menentukan masa depan kita..

PEJUANG | Borang Pendaftaran Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penyerahan maklumat dalam laman web ini.

Photos from Pejuang Tanahair Shah Alam - Pejuang's post 18/04/2021

Usah berdalih lagi
Jangan cabul hak kami
Nekad sudah hasrat di hati
Kali ini mesti menjadi

Ampun Tuanku.

Patik minta .




Tandatangan petisyen TamatDarurat sekarang di tamatdarurat.com/tandatangan

04/04/2021

Jom sertai kami..daftar sekarang di www.daftarpejuang.com

04/04/2021

TEH TARIK BERSAMA TUN MAHATHIR

02 April 2021

Alhamdulillah Program yang diatur oleh Persatuan Sahabat Wanita Prihatin ( SWAP) telah selamat berjalan dengan lancar. Tahniah team SWAP dan ASWA yg dipimpin oleh Puan Wan Azliana Wan Adnan selaku Pengerusi.

Sesi Teh Tarik yg Pertama ini, YB Tun M berkongsi fikrah tentang Ad Deen Dan BUDAYA di mana YB Tun menyatakan pandangan beliau tentang Islam sebagai Way of Life yg seharusnya menjadi Budaya orang Melayu.

1. Islam adalah Agama yg puncanya daripada Wahyu Allah iaitu Al Quran Dan Hadith Nabi. YB Tun menegaskan pentingnya pada zaman ini, Anak-anak Melayu Islam diajar untuk faham Ayat Al-Quran dan Hadith Sahih. Ini kerana kini sudah ramai yg hafaz Al-Quran agar ianya tidak hilang daripada umat Islam jika berlaku bencana yg menghilangkan Al-Quran secara fizikal. YB Tun menyatakan beliau tidak s**a menyebut dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran terhadap orang lain kerana ianya bukan untuk menunjuk-nunjuk lebih Islam drp orang lain tetapi ayat-ayat Al Quran adalah untuk diamalkan sebagai panduan hidup.

2. YB Tun juga menekankan pentingnya Wahyu pertama iaitu Iqra'.. Tun mengingatkan umat Islam dan orang Melayu agar rajin membaca untuk menguasai Ilmu sebagaimana umat Islam dahulu telah mencipta Civilization yg amat tinggi di abad ke-15 melalui empayar seperti Abbasiyah dan Uthmaniyah. Islam diterima oleh non Muslim kerana mereka melihat umat Islam yg berpegang dengan Panduan Al-Quran dan Hadith amat Berjaya. Malangnya selepas itu, umat Islam dihasut agar fokus kpd Ilmu Agama sehingga Eropah mula mengambil segala penguasaan Ilmu umat Islam dan kembali menjadi maju sehingga kini. Manakala Umat Islam semakin mundur dan digelar Pengganas, Miskin Dan Lemah dalam segala bidang.

3. Menjadikan Modul Tafsir serta Faham Ayat Al Quran sebagai Asas dalam Pendidikan di sekolah-sekolah adalah Impian YB Tun kerana beliau percaya, orang Melayu yg faham panduan Allah dalam Al Quran akan menjadi Orang yg Berjaya. Buku Ad Deen yg YB Tun hasil kan baru2 ini adalah bertujuan berkongsi kefahaman dan catatan beliau tentang Ayat-ayat Al-Quran yg beliau telah baca berkali-kali tafsirannya dalam Bahasa Melayu dan English selama ini untuk difahami oleh semua.

4. YB Tun turut menegaskan bahawa Islam adalah A Religion of Peace.. Umat Islam harus memulakan setiap aktiviti dgn Bismillah yg menggambarkan sifat Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih termasuklah dalam melaksanakan Pemerintahan Dan Hukuman. Bengis, Zalim Dan Kejam bukan datangnya daripada Al-Quran. YB Tun juga berkongsi pandangan tentang Kisah Nabi Yusof dan Zulaikha. Beliau menegur Budaya berdoa ketika Majlis Perkahwinan yang menyebut tentang Yusof dan Zulaikha sedangkan mereka berdua bukan Suami Isteri.

5. Isu Integriti Dan Penyalahgunaan Kalimah Allah di dalam Bible juga dijawab oleh Tun M dalam sesi ini secara tegas. Rasuah adalah Dosa walau sekecil mana sekali pun. Ianya tidak boleh dibenarkan menjadi Budaya. Manakala kalimah Allah adalah untuk umat Islam. Jesus adalah Nabi Dan Rasul, bukannya Anak Allah..

Wallahu A'lam..

23/03/2021

Shah Alam Sokong!!!

PEJUANG | Borang Pendaftaran 22/03/2021

Jom semua.. Jangan lupa daftar sebagai Sebahagian Keluarga Besar Parti Pejuang Tanahair. Daftar Sekarang!!!

PEJUANG | Borang Pendaftaran Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penyerahan maklumat dalam laman web ini.

10/03/2021

Program Sempena Hari Wanita - Shah Alam

08/03/2021

Pejuang Tanahair Shah Alam Mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita di Malaysia, khususnya wanita di Shah Alam

04/02/2021

Tommy Thomas reply dari Tun..

1. Saya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story: Justice in the Wilderness. Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya. Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula, Tommy telah datang bersama Zainur Zakaria dan Ambiga, kedua-duanya juga pernah pada satu masa menentang saya dan Zainur telah cadangkan nama Tommy sebagai Peguam Negara.

2. Pada masa itu saya kecewa dengan sebilangan Peguam Negara Melayu yang bersedia untuk taat kepada Perdana Menteri (Najib) walaupun disuruh melakukan sesuatu yang salah. Saya fikir ia satu perkara yang baik untuk lantik Peguam Negara bukan Melayu.

3. Apabila saya jadi Perdana Menteri ke-7, saya putuskan untuk lantik Tommy Thomas. Saya sedar orang Melayu tidak akan s**a. Tetapi Peguam Negara Melayu tidak bersungguh dalam profesion mereka. Saya sedia terima kritikan orang Melayu. Tetapi saya tidak dapat halang kecaman orang Melayu atas pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

4. Secara umum saya berpuas hati dengan kerja Tommy. Dia jelaskan kepada saya bahawa tidak ada kes untuk dakwa yang dikatakan penyokong LTTE ini. Saya terima penjelasan itu dan menulis kepada Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri. Tommy buang kes tersebut. Kemarahan orang Melayu kepada saya memuncak.

5. Tommy tidak tahu apa-apa langsung berkenaan peletakan jawatan saya. Menurut Tommy, saya beritahu kepadanya bahawa Agong mahukan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Interim (sementara). Ini cerita karut. Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Agong cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim. Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh Agong sebagai Perdana Menteri Sementara.

6. Sebabnya saya letak jawatan ialah kerana parti saya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia menolak nasihat saya untuk tidak keluar dari Pakatan Harapan kerana pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan kesemua ahli telah bersetuju untuk serah kepada budi bicara saya tarikh sesuai untuk letak jawatan. Jelas mereka tidak hendak saya letak jawatan dan beri laluan kepada Anwar. Anwar dan Wan Azizah hadir dalam mesyuarat itu.

7. Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, pada hari Ahad rayuan saya untuk diberi masa sebelum buat keputusan keluar dari PH ditolak. Saya tahu apabila Bersatu bersama kump**an PKR Azmin keluar dari PH, Kerajaan PH akan jatuh kerana hilang majoriti.

8. Walaupun saya merayu untuk diberi masa seminggu untuk buat keputusan, malam itu Bersatu, kump**an Azmin dari PKR, UMNO dan PAS hadir makan malam di Sheraton Petaling Jaya. Saya enggan hadir, kerana saya tidak dimaklum apa-apa sebelum itu. Jelas sekali Bersatu, dipimpin Muhyiddin bersetuju bentuk pakatan bersama UMNO, PAS termasuk kump**an Azmin. PH tidak lagi jadi Kerajaan. Mereka tidak boleh tunggu seminggu untuk saya buat keputusan.

9. Saya terfikir tentang penolakan nasihat saya oleh MPT Bersatu dan penyertaan Bersatu di Sheraton. Nyata bahawa saya telah hilang keyakinan dari Bersatu dan oleh sebab itu saya harus letak jawatan sebagai Pengerusi parti. Jika saya letak jawatan sebagai Pengerusi, saya juga tidak lagi mewakili Parti dalam PH. Jadi saya perlu juga letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

10. Setelah diberitahu kepada pemimpin PH, saya menjangka akan mengadap Agong di sebelah tengahari. Saya percaya YDPA telah terima surat peletakan jawatan saya semasa pertemuan itu. Pada awalnya YPDA menolak peletakan jawatan saya. Saya kekal dengan pendirian saya dan kemudian YDPA terima keputusan itu. Tetapi YDPA minta saya jadi Perdana Menteri sementara.

11. YDPA tidak cadangkan nama lain, pastinya bukan Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri (TPM). Saya tidak tawar diri tetapi tidak kena jika saya menolak cadangan Agong.

12. Pada masa itu Kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh rentetan pengumuman Muhyiddin mengeluarkan Bersatu dari PH di sebelah tengahari. Wan Azizah sebagai TPM tidak boleh ambil alih jawatan kerana PH bukan lagi Kerajaan. Juga tidak ada satu pun ahli PH boleh ambil alih daripada saya.

13. Agong meminta 222 ahli Parlimen namakan Perdana Menteri baru yang punyai sokongan majoriti ahli. YDPA mahu mereka buat pilihan dengan tandatangan Akuan Bersumpah di hadapannya.

14. Ini mengambil masa selama 2 hari dengan YDPA menyaksi ahli Parlimen menamakan calon dan tandatangan akuan tersebut.

15. Saya tidak menamakan diri sebagai calon tetapi saya telah jangka akan menang. Seperti dinyatakan di atas, Majlis Presiden PH telah putus menyerahkan kepada saya bila masa untuk saya letak jawatan. Sebaliknya YB Hamzah Zainuddin yang merancang kejatuhan PH telah memperoleh Akuan Bersumpah dari semua ahli Parlimen UMNO dan PAS untuk sokong saya sebagai Perdana Menteri.

16. Saya fikir kedudukan saya telah diperkuat memandangkan kesemua Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang menyokong saya. Tetapi rancangan Hamzah ialah menjadikan saya Ketua kepada pakatan baru yang dianggotai UMNO, PAS dan Bersatu. Saya masih lagi akan jadi Perdana Menteri dan ini akan pengaruhi saya untuk tinggalkan PH.

17. Tetapi ahli Parlimen PH tidak namakan saya sebagai calon mereka semasa tandatangan akuan bersumpah di hadapan Agong. Anwar yakinkan mereka yang dia mendapat sokongan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dan bersama ahli parlimen PH, memperoleh majoriti untuk jadi Perdana Menteri. Dengan itu mereka namakan Anwar sebagai calon PH.

18. Hakikatnya dia hanya disokong DAP, Amanah dan kump**annya dalam PKR. Mereka berjumlah 92. Saya cuma mendapat 62 sokongan. Jadi kami berdua kalah.

19. Semasa Muhyiddin dinamakan sebagai Perdana Menteri, dia tidak dapat sokongan majoriti. Tetapi setelah dilantik dia tawar jawatan kabinet kepada ahli yang telah sokong saya. Mereka beralih sokongan dan Muhyiddin mendapat lebihan dua majoriti.

20. Semasa Tommy Thomas jadi Peguam Negara, hubungan kami baik. Dia akan berjumpa saya untuk isu-isu utama. Saya juga percaya dan pertahan dia ketika dikecam orang Melayu. Tempoh khidmatnya hampir tamat. Saya cadangkan anugerah Tan Sri untuk dia.

21. PAS tidak pernah secara langsung minta untuk dia digugurkan. Tetapi saya telah terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat.

22. Tetapi apabila saya letak jawatan sebagai PM dia datang berjumpa saya untuk beritahu yang memandangkan saya yang lantik dia dan saya bukan lagi PM maka dia juga rasa perlu letak jawatan.

23. Tulisannya berkenaan peletakan jawatan saya cukup hebat. Saya selalu dilabel diktator oleh pembangkang ketika jadi Perdana Menteri. Tak mungkin pembangkang akan puja saya. Itu bukan sifat pembangkang. Tetapi saya letak jawatan pada 2003 kerana rasa terlalu lama jadi PM. Diktator biasanya tidak akan letak jawatan. Tapi sudah pasti yang menentang saya tidak akan berhenti mendakwa saya diktator.

24. Saya tidak ingin bosankan dengan berjawatan terlalu lama. Pada 2020 saya letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu bukan atas kehendak saya, tetapi parti telah hilang kepercayaan kepada saya. Saya juga yakin PH sudah hilang majoriti dan tidak boleh lagi jadi Kerajaan. Saya juga letak jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya tak perlu pun letak jawatan kerana kejatuhan Kerajaan PH bermakna saya bukan lagi PM.

25. Berkenaan Kabinet p**a, apabila PH hilang majoriti, Kabinet juga tidak dapat kekal. Perkara 43 (4) Perlembagaan menyebut “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

26. Ini berbeza dengan 1969, apabila Perikatan punyai majoriti. Ia tidak ditumbangkan seperti PH. Tunku dijangka akan jadi PM. Tetapi darurat diisytihar, MAGERAN ditubuh dan dipimpin oleh Tun Razak. Kemudian Tunku letak jawatan dan Tun Razak dilantik sebagai PM. Dia masih punyai majoriti kerana Perikatan telah menang dalam pilihanraya.

27. Begitu juga Barisan Nasional (BN) masih punyai majoriti apabila Hussein putuskan untuk tidak mahu bertanding dan saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

28. Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti dan Agong tidak boleh terus lantik Wan Azizah, TPM sebagai Perdana Menteri. Agong juga tidak meminta Wan Azizah menjadi Perdana Menteri Interim.

29. Sebenarnya tidak ada peruntukan untuk Perdana Menteri Interim. Saya terima jawatan itu kerana proses pemilihan oleh 222 Ahli Parlimen mengambil masa yang lama. Negara perlukan Ketua Kerajaan sementara. Setelah ahli parlimen pilih Perdana Menteri baru, pelantikan saya terhenti. Tetapi ahli parlimen tidak berikan majoriti jelas, Anwar peroleh 92 manakala saya 62 undi.

30. Ya. Peletakan jawatan ini pendirian peribadi. Saya tidak hantar surat peletakan kabinet. Tetapi apabila Kerajaan PH tumbang, tidak ada alasan untuk Kabinet kekal. Ia terbubar bersama Kerajaan.

31. Saya hairan bagaimana seorang peguam tidak faham yang ini bukanlah pertukaran Perdana Menteri. Kerajaan PH telah tumbang. Agong tidak boleh lantik Wan Azizah, TPM sebagai Pemangku PM. Sama seperti saya, dia juga tidak punyai majoriti apabila PH ditumbangkan oleh Bersatu yang keluar bersama kump**an Azmin dari PKR atau Parti Keadilan. Samalah juga dengan Kabinet.

32. Sebagai Perdana Menteri Interim tugas saya ialah untuk menubuh Kerajaan. Ahli politik sibuk bercakap tentang kepentingan parti mereka, bukan tentang negara.

33. Saya berpendapat kita perlu lupakan tentang parti dan fikir tentang negara. Oleh itu saya beritahu kepada semua Ketua Parti kita perlu ada Kerajaan Perpaduan dan lupakan agenda peribadi. Kita juga perlu bawa bukan ahli politik ke dalam Kerajaan.

34. Saya masih ingat dengan jelas Tun Razak, Pengerusi MAGERAN, cuba untuk bawa kesemua parti pembangkang ke dalam Kerajaan. Dia berjaya bawa bersama Gerakan, PAS dan SUPP. Tetapi DAP tolak. Masih dia rasa berhak untuk namakan perikatan baru yang dikenali sebagai Barisan Nasional.

35. Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi Diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju Negara jika kesemua parti meletakkan Negara ini sebagai matlamat utama.

Dr Mahathir Bin Mohamad
3 Feb 2021

23/01/2021

30 FAKTA MENARIK TUN M YG MUNGKIN RAMAI TAK TAHU!!!

1) Tun Dr Mahathir anak Bongsu dari 9 beradik.

2) Tun Dr Mahathir tidur 4-5 jam sehari

3) Tun Dr Mahathir makan sedikit dan berhenti sebelum kenyang

4) Tun Dr Mahathir masih lagi muat seluar yg dibeli 40 tahun lalu.

5) Tun Dr Mahathir membaca setiap hari

6) Tun Dr Mahathir menulis setiap hari

7) Tun Dr Mahathir amat menepati masa

😎 Tun Dr Mahathir amat tegas dan berprinsip

9) Tun Dr Mahathir pendengar yg sangat baik

10) Tun Dr Mahathir tak s**a makan ikan

11) Tun Dr Mahathir merupakan pemimpin pertama di dunia yang mempunyai laman blog sendiri.

12) Tun Dr Mahathir tidak mudah teruja atau ghairah dan jarang-jarang sekali hilang sabar

13) Tun Dr Mahathir b*k drive sendiri walaupun usia 95 tahun

14) Tun Dr Mahathir adalah antara 50 pemimpin terbaik Dunia pernah ada.

15) Tun Dr Mahathir Dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar. Tetapi pada sijil kelahiran Tun tertulis tarikh kelahirannya adalah pada 20 Disember. 20 Disember dijadikan rasmi, manakala 10 julai biasanya disambut oleh keluarga terdekat.

16) Tun Dr Mahathir tidak s**a menerima hadiah pada hari ulang tahun kelahirannya

17) Tun Dr Mahathir pernah memegang gelaran pemimpin/Perdana menteri paling tua didunia pada usia 92 tahun.

18) Tun Dr Mahathir pernah dinobatkan antara 100 individu berpengaruh didunia pada usia 94 tahun

19) Tun Dr Mahathir dikagumi dan idola kepada 3 pemimpin kuasa besar dunia iaitu Presiden Pakistan, Presiden Turki dan Presiden Russia.

20) Tun Dr Mahathir pada usia 94 tahun, diiktiraf sebagai Lelaki Muslim PALING Berpengaruh Dunia bagi 2019 oleh penerbitan The Muslim 500, sekali gus mengetuai senarai 500 lelaki Islam paling berpengaruh di dunia.

21) Tun Dr Mahathir masih membawa Buku catatan utk catat perkara2 penting sejak beliau belum jadi PM4 lagi.

22) Tun Dr Mahathir, Semasa krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada 1998, satu-satunya Perdana Menteri membawa negara keluar daripada krisis itu menggunakan jalan penyelesaiannya sendiri.

23) Tun Dr Mahathir mastermind dlm serangan dawn raid "rampasan" saham guthrie jadi majoriti milik malaysia dlm masa 4 jam sekali gus mengubah London stock exchange selamanya serta Malaysia menguasai semula ekonomi bijih timah dan getah negara.

24) Tun Dr Mahathir dikenali dunia singa Islam, disebabkan dasar-dasarnya terhadap Malaysia dan kelantangannya mengkritik kuasa besar Barat serta Israel.

25) Tun Dr Mahathir lancarkan kempen berani ‘Buy British Last' dlm usahanya utk memberi tekanan kepada British dalam menyokong membebaskan Nelson Mandela.

26) Tun Dr Mahathir menghantar Lim Kok Wing (Tan Sri) untuk membantu kempen pilihan raya Nelson Mandela sehingga beliau menang dalam pilihan raya presiden.

27) Tun Dr Mahathir pernah didatangi oleh Yasser Arafat yg terbang ke kuala lumpur semata mata untuk mengadu dan meminta nasihat sejurus selepas perang teluk tamat.

28) Tun Dr Mahathir yg menasihatkan Yasser Arafat jika beliau tidak menerima realiti maka PLO tidak akan dapat wujud lagi.

29) Tun Dr Mahathir menjadi pencetus PLO (Palestine Liberation Organization) dan Israel menandatangani perjanjian damai oslo.

30) Tun Dr Mahathir secara belakang tabir menjadi punca kepada perlantikan Yasser Arafat sebagai presiden Palestin dari tahun 1994 hingga 2004.

Pemerhati Bebas Negara
13 Disember 2020
10am
crdt pic to NST

Credit to InspirasikuMahathir

20/01/2021

PKP : MB Selangor umum sumbang sebulan gaji dalam Tabung Bantuan Covid-19

Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 Selangor diaktifkan semula hari ini bagi membantu usaha memerangi wabak berkenaan.

Dato’ Menteri Besar turut berbesar hati menyumbang sebulan gaji sebagai permulaan dan mengalu-alukan dana daripada syarikat koporat dan anak syarikat negeri (GLC).


“Syukur Alhamdulillah pagi ini Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM2.3 juta bagi tabung bantuan bencana,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau menjelaskan Kerajaan Negeri turut bercadang melaksanakan kaedah potongan gaji meliputi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri (ADN) dan pegawai tinggi GLC untuk disalurkan ke tabung berkenaan.

Menurut Amirudin langkah berkenaan sebahagian daripada ‘whole of government and whole of society approach’ yang digunapakai Kerajaan Negeri.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri menerima sumbangan berjumlah RM9.3 juta yang digunakan khusus petugas hadapan dan bidang perubatan bagi menangani Covid-19.

Pakej Kita Selangor dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Pelan itu antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas. –SK

17/01/2021

Saksikan.😍

16/01/2021

Mohon pencerahan wahai Yang Amat Berbahagia PM Muhyidin Yassin

Saya ditanya oleh pihak media mengenai surat yang tular di laman media sosial.

Kalau surat ini tidak benar, elok nafikan segera.

Respon ringkas saya:-

1. Pertama, YAB Perdana Menteri perlu sahkan kesahihan surat tersebut.

Saya rasa tidak menjadi kesalahan untuk sebagai rakyat untuk kita bertanya....

2. Apakah kewajaran pelaksanaan projek pembinaan dewan bernilai lebih RM35 juta ketika negara berhadapan dengan wabak Covid19?

3. Kenapa jumlah begitu besar untuk bina dewan dan kenapa di Pagoh, adakah terdapat kepentingan politik atau peribadi?

4. Bukankah lebih elok keutamaan dana diberikan untuk meningkatkan kemampuan frontliners atau mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat menghadapi Darurat dan PKP?

5. Benarkah surat tersebut diutus pada tarikh sama ketika Proklamasi Darurat diumumkan YAB Perdana Menteri?

6. Adakah ini bermakna ketika Darurat kerajaan Perikatan Nasional boleh bertindak ses**a hati membelanjakan wang rakyat dalam keadaan Parlimen digantung?

YAB Perdana Menteri, kami mohon pencerahan.

11/01/2021

Menziarahi rumah ke-3 mangsa banjir di Kahang, Kluang Johor

11/01/2021

Menziarahi rumah kedua mangsa banjir

11/01/2021

Menziarahi rumah pertama penduduk mangsa banjir

11/01/2021

Lintas langsung dari lokasi mangsa banjir Kahang , Kluang Johor.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Gerakan Tranformasi Rakyat, YB Sallehudin Amiruddin Salleh Amiruddin

11/01/2021

Misi bantuan mangsa banjir oleh Pertubuhan Tranformasi.

Lokasi : Kahang, Kluang, Johor

Photos from Pejuang Tanahair Shah Alam - Pejuang's post 10/01/2021

Program Back to School 2021 (BTS 2021) oleh Pertubuhan Gerak Khidmat Shah Alam (KHIDMAT) yang dianjurkan oleh wakil KHIDMAT Shah Alam, Saudara Mohd Azlan Arshad.

Seramai 75 Penerima Sumbangan BTS 2021 tahun ini menerima sumbangan berbentuk voucher dari Wakil - Wakil NGO Khidmat Shah Alam, Tuan Muhammad Rafique bin Rashid Ali, Peguam Pejuang, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin, Ketua Pemuda Pejuang.

Syabas dan tahniah kepada barisan jawatankuasa penganjur yang terlibat menjayakan program ini.

Ins sha Allah dengan doa dari semua penduduk Shah Alam, program seperti ini akan diterukan dari semasa ke semasa demi rakyat.

10/01/2021

Part 2.
Program Back To School anjuran Pertubuhan Komuniti Khidmat Shah Alam dalam memberi sumbangan RM100 baucar kelengkapan persekolahan

10/01/2021

Part 1.
Program Back To School anjuran Pertubuhan Komuniti Khidmat Shah Alam dalam memberi sumbangan RM100 baucar kelengkapan persekolahan

04/01/2021
Photos from Marzuki Yahya's post 04/01/2021
01/01/2021

BILA BUDAK BAWAH UMUR BERKATA2

__________________________________

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional

MOHON TUN DR MAHATHIR BERHENTI MENYERANG DATO SERI ANWAR, TUMPU ‘GRAND COALITION’

1. Pemuda AMANAH ingin menegur sikap Tun Mahathir yang berkali-kali menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sekadar mengeruhkan keadaan.

2. Merealisasikan ‘grand coalition’ memerlukan kesepakatan semua pembangkang dan menuntut perdamaian antara dua tokoh besar Tun Dr Mahathir dan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk duduk semeja dan berunding.

3. Lantas kami memohon kepada Tun Dr Mahathir untuk menghentikan serangan dan menerima tawaran Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk duduk berunding bersama Pakatan Harapan dalam merangka halatuju baharu pembangkang.

“Memimpin Gerakan Kepemudaan”

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

1 Januari 2021 | 17 Jamadil Awal 1442H

01/01/2021

Pesanan Tun sebelum p**ang dari Program Amanat Perjuangan 2021.
Yesss....Kita pasti MENANG!!!💪💪💪💪

Hidup Pejuang!💪
Hidup Tun! 💪

Photos from Pejuang Tanahair Shah Alam - Pejuang's post 31/12/2020

Bersama YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan DSUMM di Amanat PERJUANGAN 2021, anjuran PEJUANG SELANGOR yang telah berlangsung petang tadi.

Tahniah kepada Pejuang Wanita Shah Alam yang turut membantu sebagai frontliner pendaftar jemputan di kaunter pendaftaran.
Tahniah kepada Pejuang Shah Alam yang membantu kelancaran program yang telah berlangsung dengan jayanya.

Tahniah Puan Reana Makmur diantara yang bertangungjawab jayanya program ini.

Sekalung TAHNIAH PEJUANG SELANGOR

21/12/2020

*INTIPATI PERJUMPAAN*
*PEJUANG SHAH ALAM BERSAMA AYAHANDA TUN M*
Isnin, 21 Disember 2020 @ 3pm
Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

- Tun M menghargai semua yang hadir dan menyatakan sokongan, tetapi Tun M mengharapkan semua sokongan yang diberikan adalah kerana perjuangan untuk kita semua dan bukan sokongan untuk kepentingan diri.
- Memastikan perjuangan yang dibawa adalah lebih penting daripada parti. Tun M sanggup keluar dari UMNO kerana mereka pemimpin sekarang telah lari daripada perjuangan sebenar.
- Kita seharusnya menjadikan matlamat kita untuk berjuang demi Bangsa, Negara & Agama.
- Pemimpin masa kini sanggup bersama dengan mereka yang terpesong daripada perjuangan asal. Kerana itu, Tun M sanggup bekerjasama bersama pihak lain kerana menjadi keutamaan menjatuhkan pemimpin yang menyeleweng dan lari dari perjuangan.
- Kerajaan Melayu Islam adalah sesuatu yang perlu asalkan memperjuangkan Bangsa, Negara dan Agama. Tetapi kerajaan hari ini lebih pentingkan kedudukan, kuasa dan nasib mereka sendiri berbanding rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada orang-orang seperti Najib Razak dan Ku Nan. Hari ini, orang yang bersalah pun boleh jadi wakil rakyat.
- Parti yang ditubuhkan dulu untuk menjatuhkan penyangak, kini bersama-sama dengan penyangak. Rasuah berleluasa sehingga sokongan boleh dibeli untuk menjatuhkan kerajaan seperti di Sabah.
- Orang Melayu sekarang semakin Miskin. Apa yang dilakukan oleh Muhyiddin untuk membantu Melayu selain memberi duit? Apabila diberi duit, ada yang merasakan tidak perlu bekerja dan berusaha kerana dah selesa. Semasa bajet dibentangkan, duit digunakan untuk mendapatkan sokongan dan hutang negara kini di tahap RM 1.3 Trillion. Dalam masa yang sama, gaji PM terkini mencecah RM100k jauh lebih banyak daripada semasa Tun M menjadi PM.
- Ada yang kata kita dikawal oleh DAP. Itu tidak benar. Kami dulu melawan entiti antarabangsa seperti IMF dan kita menang. Kita juga digelar Asian Tiger. Tiada apa yang nak ditakutkan oleh DAP.
- TSMY dulu banyak kali kata dia tak nak jadi PM, tapi apabila Hamzah Zainuddin cadang, dia terima. Padanya prinsip tidak kira, yang penting politik. Sebab itu kerajaan TSMY kini berada di hujung tanduk.
- Dulu sebelum Merdeka semasa mula berpolitik, kita mengorbankan banyak perkara termasuk wang ringgit untuk beli kertas, dan gunakan ubi untuk cap dengan chinese ink. Kita percaya, akan ada balasan yang baik apabila kita berkorban untuk yang baik.
- Ada pemimpin UMNO dulu tanya saya, dia dalam UMNO dah 20 tahun tapi tak dapat apa-apa. Saya tanya dia, bagaimana keadaan rumah, dan anak dia. Katanya rumah dulu tak ada jalan, sekarang dah ada tar sampai depan rumah, elektrik dan air yang tak ada air, sekarang dah ada, dan anaknya belajar di luar negara. Sedih apabila dia kata tidak dapat apa-apa.
- Kerajaan membalas budi dengan membangunkan negara demi masa depan.

Bagaimana nak “motivate” anak muda untuk lebih terbuka kepada Melayu Baru?

- Tun M menceritakan bagaimana dahulu 7 daripada 70 orang dihantar untuk belajar ke luar negara, dengan harapan orang Melayu akan membantu majukan bangsa di Malaysia, tetapi apabila mereka p**ang, mereka merasakan apa yang kita lakukan selama ini adalah salah dan kita tidak patut memberi tumpuan kepada bangsa kita. Kita harus memahami yang negara kita bukan seperti sedia ada daripada awal dan semakin hari, kalau kita tak perjuangkan Bangsa kita, kita akan semakin terpinggir.

Soalan: Apakah Status Pendaftaran PEJUANG di ROS?

- Pegawai di ROS menyatakan semua dokumen telah lengkap dan dihantar. Sekarang tinggal tandatangan menteri untuk meluluskan parti PEJUANG. Dulu kita tunggu, tetapi kita dah tak boleh tunggu dan akan teruskan gerakan. Sekiranya Pendaftaran tidak lulus, kita ada PLAN B yang tidak dapat dikongsi pada waktu ini.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

#FreePalastine #FreePalestine #FreePalestine
Menziarahi rumah ke-3 mangsa banjir di Kahang, Kluang Johor
Menziarahi rumah kedua mangsa banjir

Category

Website

Address

Rawang
48000

Other Public Figures in Rawang (show all)
Amira Amiraaz Amira Amiraaz
Rawang, 48020

Youtube Channel : https://www.youtube.com/c/AmiraAmiraaz Wesing : https://wesingapp.com/s/6e18d3

𝙁𝙞𝙧𝙔𝙖𝙝𝙮𝙖 𝙁𝙞𝙧𝙔𝙖𝙝𝙮𝙖
Rawang

Singer/Songwriter & Freelance Actor Tvc | Drama | Online Digital | Filem | Telemovie

Hasnizan Harun Hasnizan Harun
No 37-1 Jalan ADENIUM 1A SEKSYEN BB5
Rawang, 48300

MP Hulu Selangor YDP PAS Kawasan Hulu Selangor Bendahari PAS Negeri Selangor Ketua PN Hulu Selangor

Amaizing videos Amaizing videos
Rawnag
Rawang, 48000

i shared movie clip every day on this page pllz follow my page to see for good clips

Coway Rawang Coway Rawang
No. 11 & 13, Jalan Bandar Rawang 15, Bandar Baru Rawang 2
Rawang, 48000

Trusted Agent Coway. No 1 Health Planner Coway. Menguruskan Pemasangan Produk Coway 1 Malaysia.

Sibtain  Official I'd Sibtain Official I'd
Selangor Gombak Rawang
Rawang, 48000

Madfa kaynaat Madfa kaynaat
Rawang

Kampung Tanjung Sungai Choh Kampung Tanjung Sungai Choh
Kampung Tanjung
Rawang, 48000

Wang Kite Gale

উদাসী মন উদাসী মন
19 Jalan RP 11/2
Rawang, 48000

Hi, this is, jahirul Islam , I am vlogger please follow my videos

ONLY GIRL ONLY GIRL
Rawang
Rawang, 48000

Rumah Murah Gombak Rumah Murah Gombak
Rawang

Rumah Murah Gombak

Chocojar Rangup MURAH Chocojar Rangup MURAH
Jalan Kemboja
Rawang, 48300

chocojar mini comel paling murah di pasaran