Made2Eat

Made2Eat

Pengeluar dan pembekal produk halal sedia untuk dimakan sekitar Lembah Klang. Penyedia minuman So Sawit di sekitar Lembah Klang.

Menu istimewa Cendol Durian Sawit adalah pilihan paling menarik buat pelanggan~

17/06/2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1445H

Made2Eat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Raikan Aidiladha kali ini dengan penuh kesyukuran dan semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati oleh Allah.

16/06/2024

Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.

Terima kasih atas segala penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak.

Tidak ada bapa yang sempurna. Namun selalu ada bapa yang berjuang memberikan yang terbaik buat anak-anak.

13/06/2024

PENGUMUMAN CUTI AIDILADHA 2024

Untuk makluman semua pelanggan Made2Eat, kami akan cuti pada 16 Jun sehingga 18 Jun 2024 (Ahad, isnin dan Selasa) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

InsyaAllah, kami akan beroperasi semula mulai 19 Jun 2024 (Rabu) 😉

Jumpa Rabu nanti!

09/06/2024

✨❗PRODUK TERBARU MADE2EAT LAGI❗✨

Berita baik buat semua pelanggan yang kami kasihi~

Made2Eat telah melancarkan satu lagi produk terbaru yang kini telah berada di pasaran iaitu "SoKuKiss!!".

Softcookies kami yang sedap dimakan bersama dengan susu farm fresh. Celup-celup, makan. Terus cair di mulut~🤤

Ha, apa lagi. Jangan lupa dapatkan di pasar-pasar malam sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang sekarang!!

08/06/2024

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Batch Elite (SPM 2023) di atas kejayaan dalam SPM. Semoga kalian terus berjaya menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat.

08/06/2024

Terima kasih kepada saudara ahli kump**an nasyid sudi singgah ke tapak gerai jualan Donatella dan SoSaweet .my sempena Majlis Graduasi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SPM 2023).

03/06/2024

DAULAT TUANKU

Made2eat merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 3 Jun 2024 Bersamaan 25 Zulkaedah 1445H.

22/05/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2024

Made2Eat ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada mereka yang beragama Buddha. Semoga perayaan Wesak kali ini diraikan dengan penuh kebahagiaan bersama ahli keluarga.

Raikan perayaan pada hari ini dengan Donatella dan KeTaKu Made2Eat di pasar malam berhampiran anda~

16/05/2024

Made2Eat ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru di pelbagai bidang.

Terima kasih atas segala jasa dan usaha kalian. Teruskan mengajar dan memberi inspirasi kepada anak bangsa di seluruh dunia.

Kepada anak-anak yang masih mencari hadiah hari guru? Jom hadiahkan Donatella dan KeTaKu kepada guru kesayangan anda. Dapatkan di pasar-pasar malam berhampiran anda~

"Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI"

12/05/2024

Made2Eat ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu. Terima kasih atas curahan kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.

Setetes air susu ibu adalah sejuta kehidupan untuk kita.
Sentuhan dan belaiannya adalah nirwana penuh rasa cinta.

Selamat Hari Ibu!

09/05/2024

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI

Made2Eat ingin mengucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci bermula pada hari ini kepada semua tetamu Allah bagi tahun 1445M/2024H.

Kami mendoakan semoga semua bakal haji akan beroleh haji yang mabrur dan p**ang dengan kerahmatan daripada Allah SWT.

08/05/2024

Alang-alang shopping di Jalan TAR tu, moh ler singgah beli Donatella dan Kek Tapak Kuda kami di pasar malam jalan TAR setiap hari sabtu bermula jam 12 tengahari sampai tengah malam.

Donat premium dan tak manis sangat ni memang sesuai untuk semua lapisan umur. Tak kira tua muda, semuanyaa memang s**a sangat. Ditambah dengan kek tapak kuda yang lembut dan sedap, menjadi pilihan utama buat para pelanggan wanita dan kanak-kanak di luar sana. 🌸

Jom singgah!!

02/05/2024

Bila baca atau tengok food reviewer komen makanan dekat Malaysia ni, kalau benda tu sedap, mesti sebab "tak manis sangat".

Disebabkan itu, Donatella ni walaupun topping mewah dan berwarna-warni, kita akan pastikan rasanya tu "tak manis sangat" supaya kena dengan tekak orang Malaysia ni. Tapi betul ke donat tak manis sangat ni sedap?

Cuba try dulu lepas tu bagi review dekat ruangan komen. Cari Donatella di pasar-pasar malam sini 😊👇🏿

*Isnin*
- Berjaya Park
- Wangsa Maju
- Bandar Tasik Puteri
- Kg Melayu Subang
- Bandar Baru Sg Buloh
- Bandar Tekno Kajang

*Selasa*
* Lembah Subang
* Bukit Kapar
* Seksyen 17/1A Petaling Jaya
* Prima Damansara
* Sri Petaling

*Rabu*
* Pantai Dalam
* PJS8
* Bukit Belimbing
* Taman Cheras Cahaya
* Keramat Permai
* Saujana Puchong
* Sungai Besi
* Triana

*Khamis*
* Taman Seri Sentosa
* Seksyen 27 Shah Alam
* Kg. Raja Uda
* Bandar Tasek Kesuma
* Seksyen 3 Bandar Teknologi Kajang
* Taman Ikan Emas
* Taman Selaseh
* Kg. Lombong
* Bandar Tun Razak

*Jumaat*
* Simpang 4, Teluk Pulau
* Taman Medan
* Bukit Kuchai
* Damansara Damai
* Masjid Jamek
* Taman Bukit Idaman
* Taman Batu Caves
* Taman Dagang
* CIMB Bank Pandan Indah
* Bukit Kerinchi
* Padang Jawa

*Sabtu*
* Meru 4
* Taman Medan
* Paya Jaras
* Bukit Sentosa
* Selayang Indah
* Pantai Dalam
* Sungai Besi
* Jalan TAR

*Ahad*
* Taman Medan
* PJS10 FARLIM
* Batu 3 Shah Alam
* Taman Tun Dr. Ismail

01/05/2024

Made2Eat ingin mengucapkan Selamat Hari Buruh kepada seluruh pekerja yang mencari rezeki di Malaysia!

Semoga kita terus kuat dan bersemangat menjadi pekerja yang bertanggungjawab menggalas amanah tidak kira apa jua bidang pekerjaan yang kita ceburi.

Kepada yang sedang bercuti, manfaatkan masa cuti bersama dengan keluarga yang tersayang~

24/04/2024

Hai semua!

Berita baik buat semua pelanggan Made2Eat!! 😊🌟

Kini kami sedia menerima tempahan Donatella untuk Jamuan Raya dan Majlis Keramaian seperti kenduri kahwin, hari s**an, hari keluarga dan lain-lain majlis~

Untuk tempahan @ sebarang pertanyaan boleh terus wasap Yanie 👉 https://www.wasap.my/60176754324

Donat gebu, tak manis sangat, pilihan semua tanpa mengira umur dan bangsa~🤗

Photos from Made2Eat's post 23/04/2024

Donatella dan Kek Tapak Kuda kembali!! 🤩

Ramainyaaa yang tanya bila nak buka kembali gerai Donatella di pasar malam. Rindu ke tu? 🤭

Berita baik!! Kami sudah mula beroperasi pada 22 April 2024 (semalam) selepas cuti raya panjang.

Yang mana rindu nak makan donat dan kek tapak kuda yang sedap dan gebu, jom singgah ke pasar malam sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kalau anda ingin tahu lokasi pasar malam berhampiran rumah anda, boleh swipe dan lihat gambar kedua dan ketiga.

Jangan lupa singgah tau. 😉

09/04/2024

Made2Eat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M, mohon maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam.

Marilah kita sambut Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh rasa kesyukuran dan kebahagiaan.

07/04/2024

Alhamdulillah. Selesai sudah jualan kami di bazar Ramadhan. Malam ni semua pekerja sibuk mengemas barang-barang dan peralatan memasak sebelum p**ang bercuti untuk berhari raya.

Untuk makluman, Donatella dan Kek Tapak Kuda Made2Eat akan mula cuti mulai 8 April 2024 sehingga 21 April 2024.

Terima kasih atas sokongan pelanggan Made2Eat yang setia membeli dan menyokong produk kami. 😊🌸

Selamat Hari Raya daripada kami. Jumpa lagi selepas raya nanti!!! 😉

27/03/2024

💫Salam Nuzul Al-Quran 2024/1445H💫

Made2Eat ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran buat seluruh umat Islam.

Tarikh Nuzul Al-Quran ialah tarikh untuk umat Islam memperingati dan menghayati peristiwa Kitab Suci Al-Quran diturunkan kepada umat manusia.

Semoga sinar Al-Quran menerangi setiap langkah dan memberi petunjuk yang jelas dalam perjalanan kehidupan kita.

15/03/2024

Jangan lupa dapatkan donat dan kek tapak kuda kami di bazar-bazar sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur!

Donat tak manis sangat, sekali makan pasti nak lagi🤤

Photos from Made2Eat's post 12/03/2024

Hai semua!!

Berita baik buat semua pelanggan Made2Eat! 💫

Pada bulan Ramadhan ini, kami akan mengadakan jualan Donatella dan Kek Tapak Kuda (KeTaKu) di tapak Bazar Ramadhan sekitar Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur!

Lebih 30 tapak dibuka khas buat semua pelanggan Donatella dan KeTaku.

Jom semua, bermula pada hari ini, dapatkan Donat Gebu pelbagai perisa dan KeTaKu viral di tapak bazar kami. 🤗

12/03/2024

[SALAM RAMADAN 2024/1445H] 🕌

Made2Eat ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760).

Semoga Ramadan kali ini lebih baik dan berkualiti daripada tahun-tahun sebelum ini.

Photos from Made2Eat's post 19/12/2023

Hai, Assalamualaikum semua! 😄

Saya nak share satu berita gembira kepada semua pelanggan Made2Eat!

Alhamdulillah berkat doa semua, Donatella telah membuka tapak baru di beberapa buah pasar malam sekitar Selangor dan Kuala Lumpur!! 🤩

Bagi yang tertanya-tanya kat mana nak dapatkan Donatella keluaran Made2Eat, boleh dapatkannya di lokasi-lokasi berikut.

Jom singgah jom!!! 🥰

16/12/2023

Malam ni pertama kali kami beroperasi di Pasar Malam Selayang Indah p**a.

Jom warga Selayang dan penduduk di sekitar kami, jemput datang dan rasai kelembutan donat gebu dan lembut tapi di sini!!

Jumpa kami setiap hari Sabtu di sini ye 🤗

15/12/2023

Hari pertama Donatella beroperasi di Pasar Malam Damansara Damai. ❤️

Dijemput semua pelanggan Donatella yang ingin merasakan keenakan dan kelazatan donat gebu premium boleh singgah ke sini. Kami ada di sini sehingga donat habis. 🤗😘

01/12/2023

Hai semua!!

Jom temui kami, Donatella × Burgermbira di Padang Kawad UiTM Shah Alam mulai 1 sehingga 3 Disember 2023 (Jumaat - Ahad) sempena Maqon Maqon Festival.

Ada ape je di sana?
Ada pelbagai jenis donat dan burger yang boleh anda semua nikmati selama 3 hari ini.

Esok malam p**a anda boleh makan sambil menonton Konsert Kolej Patah Hati yang menampilkan :

6ixthsense
Masdo
Loco Band
Naim daniel

Dan banyak lagi🤩

Haaa!! Apa tunggu lagi? Jom nikmati Donatella dan Burgermbira dengan yang tersayang~

Jumpa nanti okey? 😉

12/11/2023

Selamat Hari Deepavali dizahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan pelanggan-pelanggan Made2Eat yang meraikannya.

Semoga ia disambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan disamping yang tersayang.

25/10/2023

✨PEEK OF THE WEEK✨

🥯 Donat Nestum Frenzy
🥯 Donat Oreo Blitz
🥯 Donat Cappuccino Melt
🥯 Donat Tiramisu

Jangan lupa ikut perkembangan Donatella melalui media sosial Made2Eat:

🔸Facebook : https://www.facebook.com/Made2eat.MY

🔸Instagram : https://instagram.com/made2eat.my

🔸Tiktok : https://www.tiktok.com/

18/10/2023

Suasana di Tapak Pasar Malam PJS8 Sunway Mentari.

Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat kami untuk menjual Donatella demi pelanggan yang kami sayangi.

Jangan lupa ikut perkembangan Donatella melalui media sosial Made2Eat:

🔸Facebook : https://www.facebook.com/Made2eat.MY

🔸Instagram : https://instagram.com/made2eat.my

🔸Tiktok : https://www.tiktok.com/

Photos from Made2Eat's post 14/10/2023

Suasana kemeriahan pengunjung di Karnival Sukan Jom Balik SMAPK pada hari ini.

Alhamdulillah terima kasih kepada semua pelanggan kami yang singgah membeli donat dan minuman SoSaweet. Sekitar jam 2 petang, semua donat dan minuman kami habis terjual. Kami tidak menyangka Donatella dan minuman SoSaweet mendapat banyak sambutan terutamanya di kalangan pelajar-pelajar SMAP Kajang.

Alhamdulillah terima kasih. Jumpa lagi pada malam ini di Kenduri AnNadi.

**an

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Rasai kelazatan Kek Tapak Kuda Made2Eat dalam setiap gigitannya!!Kek Tapak Kuda leleh dan gebu yang pasti tak kan mengha...
Pelanggan yang singgah beli Donatella di pasar malam mesti tanya, donat ni tahan ke kalau makan pada keesokan harinya? I...
Kita tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi kita boleh membeli donat untuk kebahagiaan insan di sekeliling kita~#Made2E...
Setelah sekian lama RnD resepi soft cookies version Made2Eat, akhirnya keluarla produk baru kami iaitu SoKuKiss. Semesti...
SoKuKiss by @made2eat.my Menggunakan bahan pure butter dan choc premium. Luar rangup, dalamnya chewy~Jangan lupa dapatka...
"Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempedu"Alhamdulillah semalam kami telah menamatkan Kursus Pengawetan ...
Enjoy your SoKukiss with your family and don't forget to give review~ Celup-celup makan terus cair di mulut~#Softcookies...
Semua tengah buat ape tu? Kami ada ni haa sibuk buat donat untuk korang semua. Banyak tau. Rasa-rasa sehari berapa biji ...
"Namaku Donatella"Anda dah jumpa saya dah? Jom temui saya di pasar malam berikut~*Isnin*- Berjaya Park- Wangsa Maju- Ban...
Hai semua!! Kami nak maklumkan, mulai 13 sehingga 17 Mei 2024 (Jumaat) kami akan buka booth jualan donat di Centrepoint ...
Alang-alang shopping di Jalan TAR tu, moh ler singgah beli Donatella dan Kek Tapak Kuda kami di pasar malam jalan TAR se...

Telephone

Address

Jalan OS 1, ONE SIERRA SELAYANG
Rawang
68100