Pejuang Bandar Tasik Puteri

Pejuang Bandar Tasik Puteri

You may also like

Zhanya Walker
Zhanya Walker

Parti PEJUANG Tanahair Bandar Tasik Puteri tidak ketinggalan dalam perjuangan seiring bersama PARTI PEJUANG TANAHAIR dan tetap KEKAL BERPRINSIP.

17/11/2022

Ayuh Selamatkan Malaysia

Photos from Dr. Mahathir bin Mohamad's post 10/11/2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Rakyat Malaysia yang dihormati,

Saya menemui tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk berkongsi hala tuju Gerakan Tanah Air dan Parti Pejuang Tanahair. Saya ingin menyatakan apakah objektif dan matlamat kami di dalam pilihan raya ke-15 ini. Berikut ialah janji kami bila kami dipilih untuk menerajui Kerajaan.

Ap yang pasti kami tidak akan menjanjikan bulan dan bintang jika kami menjadi Kerajaan.

Dari pengalaman yang lepas, kami dapati, apabila terlampau banyak janji dan jika janji-janji itu melangkaui keupayaan, ianya hampir pasti tidak dipenuhi.

Jika ianya dipenuhi, ia pasti akan membebankan Kerajaan sehingga ada kepentingan awam yang terpaksa diketepikan demi memenuhi janji yang dibuat.

Di atas kesedaran ini, maka kami dari Gerakan Tanah Air yang bertanding di atas logo Parti Pejuang Tanah Air dengan ini memberi satu komitmen jika kami berjaya menubuh Kerajaan, kami akan memastikan perkara-perkara berikut:

i. Menubuhkan sebuah Kerajaan yang berwibawa dan bertanggungjawab;

ii. Sebuah Kerajaan yang bebas dari rasuah;

iii. Kerajaan yang berpegang kepada prinsip Bersih, Cekap dan Amanah sebagai teras kepada ke semua lapisan pentadbiran;

iv. Kerajaan yang akan menebus kedudukan ekonomi Malaysia dan kembali menjadi Harimau Asia dan

v. Kerajaan yang berprinsip, berintegriti dan mempertahankan kedaulatan undang-undang.

Kami percaya, jika Kerajaan yang ditubuh berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut, kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan dapat dipenuhi.

Selain itu, rakyat dari setiap lapisan masyarakat akan mendapat keadilan yang sewajarnya dan tidak ada keadilan terpilih atau kump**an kayangan yang diberi keistimewaan tanpa gari manakala rakyat biasa tergari.

Kebebasan rakyat sebagaimana yang diperuntukan di dalam Perlembagaan akan dihormati sepenuhnya. Ini bermakna hak bukan Melayu dan bukan Bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan akan dipertahankan.

Inilah janji kami dan janji ini mampu dan pasti kami penuhi jika diberi peluang mendirikan Kerajaan.

Strategi terperinci untuk mencapai matlamat dan tujuan kami boleh didapati di sini https://pejuang.org.my/janji-kami-agenda-baharu-malaysia/

Rakyat Malaysia yang dihormati,

Undilah Gerakan Tanah Air yang mengguna logo Pejuang

Sekian, salam hormat.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
10 November 2022

https://www.facebook.com/100044516073020/posts/700423888118141/

Langkah Sheraton – Langkah Sheraton – Krisis dan Khianat 31/10/2022

https://langkahsheraton.net/

*LANGKAH SHERATON: KRONOGI SEJARAH HITAM POLITIK MALAYSIA*

Catatan sejarah hitam yang akan terpahat dan semoga menjadi iktibar kepada generasi pemimpin masa depan.

Ramai yg tuduh Tun M khianat mandat rakyat tapi kejadian sebenar bukan seperti yg digembar-gemburkan.

Baca keseluruhan artikel dan ketahui kejadian sebenar dalam tempoh pergolakan politik tersebut.

Juga dilampirkan link² laporan berita media utama serta ucapan² pemimpin PH sebagai pengesahan insiden pada ketika itu.

Langkah Sheraton – Langkah Sheraton – Krisis dan Khianat 1. Hari ini genap setahun Langkah Sheraton berlaku. Langkah itu telah mengubah lanskap politik Negara dan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia, sebuah Kerajaan “pintu belakang” iaitu satu Kerajaan bukan pilihan rakyat telah tertubuh.

Photos from Pejuang Bandar Tasik Puteri's post 15/10/2022

Perjumpaan Bersama Ketua2 Cawangan dan AJK Parlimen

Tarikh : 15/10/2022
Hari. : Sabtu
Masa : 3:00pm - 6:00pm
Lokasi : Warung Laksa Pailang, Bandar Tasik Puteri.

Perbincangan dan Perancangan untuk menempuh PRU15

https://www.facebook.com/100068723220808/posts/406885424945562/

13/10/2022

Patutlah mereka mahu pilihanraya diadakan dengan kadar segera, rupa2nya ramai lagi pemimpin BN yang nak diambil tindakkan/kena charge. Ini perosak negara yg perlu kita TOLAK!

12/10/2022

*"Anda memiliki dua pilihan untuk BERJUANG. BERJUANG kerana ingin berubah atau BERJUANG kerana tidak mahu berubah. BANGKITLAH Pejuangku...."*

Anda seorang PEJUANG?
Yang cintakan TANAH AIR?

AYUH SERTAI KAMI!

Daftar di : https://bit.ly/3rUWTN3

12/10/2022
12/10/2022

Gagasan Bangsa yang mengumpulkan sekian ramai kump**an NGO, tokoh-tokoh pelbagai bidang dan orang perseorangan kini telah bersedia memilih wadah yang paling sesuai untuk mereka bergerak. Dan, selepas memerhati semua tawaran parti-parti politik, ternyata Gerakan Tanah Air - GTA menjadi pilihan paling tepat. Justeru, sokongan rakyat diperlukan bagi memenangkan calon GTA agar calon-calon yang bukan dari latar belakang politik juga boleh duduk dalam parlimen dan berkhidmat dengan ikhlas dan penuh wibawa.

11/10/2022

SEMARAKKAN SEMANGAT PARA PENYOKONG, AHLI DAN JENTERA!

Dapatkan 'wallpaper' GTA & PEJUANG anda hari ini. Pada masa sama, layari laman web rasmi Gerakan Tanah Air untuk mendapat informasi, kandungan dan kemas kini terkini berkenaan parti. Ayuh berjuang demi tanah air!

Facebook GTA:
https://www.facebook.com/gtarasmi

Facebook PEJUANG:
https://www.facebook.com/partipejuang

Muat Turun 'Wallpaper' Di Sini:
https://drive.google.com/drive/folders/1uY3IEpZp2ZuY8S2Ra-qGRJOIHvFqrhX8?usp=sharing

04/10/2022

BERSATU tidak akan menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, kerana tidak mendapat sokongan daripada sekutunya, PAS dan Umno, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir mendakwa Bersatu akan menerima padahnya kerana terlibat dalam "Langkah Sheraton", selepas presidennya Muhyiddin Yassin digulingkan sebagai perdana menteri, dan digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob dari Umno.

Selamat berkubur wahai BERSATU !!!

03/10/2022

AZMIN TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

Faktanya adalah Tun M meletakkan jawatan selepas hilang majoriti akibat Langkah Sheraton dan kerana tidak mahu terlibat dengan rancangan jahat menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.





Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=425469919732584&id=100068087382507

Photos from PEJUANG Muda's post 01/10/2022

Usai program Suara Tanah Air anjuran Sayap Muda Gerakan Tanah Air - GTA petang ini yang dihadiri Negarawan, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Program ini telah mengumpulkan anak muda pelbagai latar belakang bagi berdialog isu-isu yang penting pada mereka dalam ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain.

Pada masa sama, Ketua PEJUANG Muda, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, telah menyampaikan bahagian dialognya bertajuk 'Anak Muda dan Kesukarelawanan'.

Alhamdulillah, satu amanat yang begitu bermakna telah disampaikan oleh Tun M. Beliau turut telah menjawab soalan-soalan keras (hardtalk) dari para hadirin.

Sebelum beredar, YAB Tun M telah melancarkan Squad Sukarelawan Banjir Pemuda/i GTA. Squad ini dianggotai sukarelawan dari semua sayap-sayap parti dengan kekuatan melebihi 50 orang pelbagai jentera dan peralatan.

Terima kasih anak muda!!

Kita pejuang ... Tanah Air
Kita pertahan ... Tanah Air
Kita bangunkan ... Tanah Air
Kita selamatkan ... Tanah Air
Kita adalah ... Gerakan ... Tanah Air

Tanah Air
Tanah Air
Tanah Air

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=404999621810459&id=100069012735985

----------------------------------------------------------

Facebook
https://www.facebook.com/pejuangmudaofficial

Twitter
https://twitter.com/pejuangmudamy

TikTok
https://www.tiktok.com/

Instagram
https://instagram.com/pejuangmudamy

Telegram
https://t.me/friendsofpejuangmuda

30/09/2022

INILAH MASANYA!

Kejayaan sesebuah negara, lahir dari perjuangan anak-anak mudanya yang hebat.

Rebut Peluang bersama tokoh2 belia negara

Duduk semeja berdiskusi bersama

Dibawakan khas untuk anda, negarawan sanjungan dunia Tun Dr. Mahathir Mohamad

Ayuh daftar segera, penyertaan terhad kepada 200 peserta sahaja.

Program Suara Tanah Air

Tarikh : 1 Oktober 2022
Hari : Sabtu
Masa. : 2.30 ptg - 5.30 ptg

Lokasi : Kelab Komuniti Taman
Tasik Cyberjaya
Map : https://g.co/kgs/KvFkhv

Link pendaftaran :
https://bit.ly/suaratanahair

Maklumat lanjut sila hubungi :
Tn. Shahrulufti : 019-323 4100
Pn Izzah : 016-242 9621

30/09/2022

Bubar atau Tidak Bubar?

1.Hari ini banyak akhbar serta media sosial melaporkan akan adanya mesyuarat penting membabitkan pimpinan utama UMNO dengan Perdana Menteri.Katanya Top-5 UMNO akan berbincang. Agenda dikhbarkan untuk membincangkan tarikh sesuai untuk bubar Parlimen dan adakan PRU-15.

2.Ingin saya maklumkan, pimpinan UMNO sekarang ini sudah lari dari landasan undang-undang.Malah tidak meleset juga kalau saya labelkan UMNO ini kini dalam situasi 'lost', hilang pertimbangan serta mencari-cari idea.Apa sahaja berita yang boleh meletakkan UMNO kononnya relevan akan UMNO gunakan hanya agar mereka nampak masih relevan.

3.Mengapa saya berkata begitu?Isu top-5 meeting adalah salah satu contohnya. Dari beberapa minggu lepas telah ada ura-ura Perdana Menteri akan berjumpa pimpinan UMNO untuk mendapat pengesahan serta membuat perbincangan mengenai tarikh sesuai untuk pilihan raya. Kemudian Perdana Menteri menyatakan sekembalinya dari New York selepas hadiri UNGA akan berjumpa Top-5. Maka mulalah dimainkan di media perbincangan maha hebat ini. Ditambah perisa apabila Presiden UMNO p**a mula menjolok-jolok perasaan Rakyat , mungkin PRU di kala Banjir.

4.Tapi, apakah Perdana Menteri DS Ismail Sabri bukan berkelayakkan undang-undang?Atau adakah Perdana Menteri DS Ismail Sabri lupa undang-undang?Atau adakah UMNO merasakan ianya melebihi undang-undang?

5.Mandat dari PRU 14 atau mana-mana PRU sebelum itu adalah untuk Parlimen "bertahan" hayatnya selama 5 tahun. Dari segi matematik ruji, PRU 15 hendaklah diadakan pada atau sebelum Julai 2023. Mei 2018 hingga Mei 2023, 5 tahun, ditambah 60 hari atau 2 bulan sekiranya perlu untuk persediaan.

6.Apa kata undang-undang mengenai pembubaran Parlimen? Siapa yang boleh bubar? Siapa boleh mohon bubar? Adakah undang-undang sedemikian.

7.Jawapannya ada dalam Perlembagaan Persekutuan.Lihat pada Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.Yang boleh bubar Parlimen adalah YDPA.Ya Agong sahaja.Dan dalam melaksanakan bubar atau tidak bubar Parlimen, Perlembagaan Persekutuan menyatakan YDPA boleh menggunakan budibicaranya.Maknanya tidak perlu wajib ikut nasihat Perdana Menteri.

8.Saya telah benar-benar cuba mencari dalam undang-undang dimanakah peranan yang dimainkan oleh UMNO atau Top-5 UMNO dalam isu bubar Parlimen ini. Saya tidak menjumpai undang-undang berkenaan.

9. Nasihat saya pada UMNO serta penyokong-penyokongnya, cukup-cukuplah menyatakan pendirian seolah-olah keseluruhan dunia berpaksi pada UMNO sahaja.Nasihat saya pada media pro-UMNO p**a, sudah-sudahlah mengelirukan Rakyat.

10. Negara kita bersandar pada undang-undang tidak kira siapa kita, undang-undang mesti diikuti kerana Perlembagaan Persekutuan menuntut sedemikian.

11.Persoalannya bukan bubar atau tidak bubar, tetapi mengapa perlu bubar...sekarang?

CNP Rafique

08/08/2022

𝗝𝗢𝗠 𝗞𝗜𝗕𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗨𝗥 𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔

Kesempatan ini, PEJUANG Muda Selangor mengajak masyarakat dan meminta orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, tempat kerja, kenderaan dan dimana sahaja bagi menunjukkan rasa cinta terhadap negara.

Marilah bersama kita menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan negara dan memupuk semangat cintakan negara dan tidak lupa demi menghargai kemakmuran dan keamanan negara.
Ayuh! Kibarkan JALUR GEMILANG!

"𝑺𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑹𝒂𝒔𝒂 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑵𝒆𝒈𝒂𝒓𝒂 & 𝑺𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝑱𝒂𝒕𝒊 𝑫𝒊𝒓𝒊 𝑻𝒂𝒏𝒅𝒂 𝑲𝒊𝒕𝒂 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂."

23/06/2022

MALAM ASPIRASI NEGARAWAN MINGGU DEPAN !

PEJUANG Muda Malaysia bersama Silver Gold Collector Club(SGCC), Roach Punk & Imbas.10 akan mengadakan malam aspirasi bersama negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Julai 2022, jumaat, 8 malam - 10.30 malam di Hotel Tenera, Bangi.

Untuk pembelian tiket, anda boleh melayari laman sesawang aspirasinegarawan.com. Ayuh jangan lepaskan peluang ini kerana terdapat artis jemputan seperti Raja Rock Datuk Ramli Sarip, Mad Sabah & akan dihoskan oleh Fedtri Yahya. Anda juga berpeluang membawa p**ang Emas dan perak edisi terhad mengikut kategori tiket sempena Malam Aspirasi Negarawan dan anda juga berpeluang membeli barangan unik Tun Dr. Mahathir semasa acara lelongan.

Jom beli tiket sekarang!
https://aspirasinegarawan.com/

Photos from Bro Rahmat Hamdan's post 08/04/2022
Photos from Dr. Mahathir bin Mohamad's post 05/04/2022
03/04/2022

Bersihkan hati
Sucikan perbuatan
Jernihkan fikiran

Saya mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini. Insyaalah dengan izinNya.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN AL MUBARAK 1443H/2022

02/04/2022

𝗘𝗚𝗢 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗜𝗡𝗦𝗜𝗣 𝗝𝗔𝗨𝗛 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗗𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗜𝗡𝗦𝗜𝗣 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔

Saya merujuk satu (1) kenyataan akhbar dari portal The Malaysian Insight, bertajuk “Dr Mahathir patut rendahkan ego, kata pemimpin BERSATU tersebut”.

Untuk makluman pemimpin BERSATU tersebut, Tun Dr.Mahathir yang dikatakan ego itu adalah pemimpin yang berpegang teguh dan sentiasa mempertahankan prinsip beliau yang dari awal lagi tidak akan mahu bekerjasama dengan UMNO apa lagi dengan pemimpin UMNO yang terlibat dengan isu mahkamah, atau lebih mudah disebut sebagai ‘Kluster Mahkamah’.

Justeru, ego apa yang dimaksudkan saudara? ego demi mempertahankan prinsip jauh lebih baik dari merendahkan ego sehingga mahu bekerjasama dengan kluster mahkamah demi jawatan dan sekali gus, menubuhkan kerajaan pintu belakang yang sanggup mengkhianati mandat rakyat pada PRU14 yang lepas.

Mengikut sidang media Tun Dr.Mahathir semalam, beliau memberitahu YB Presiden BERSATU berjumpa dengan beliau bagi mencadangkan satu (1) gabungan parti politik baru dan dalam masa yang sama mengusahakan bagi mendapatkan sokongan buat YB Presiden BERSATU untuk kembali menjadi Perdana Menteri semula. Dengan pertemuan ini, adakah Tun masih tidak lagi merendahkan egonya? Tun Dr.Mahathir pernah menggalas jawatan sebagai pengerusi parti BERSATU dahulu, telah di lucutkan keahliannya, dan beliau di khianati oleh parti lamanya (Bersatu), kini menerima secara terbuka dan merendahkan egonya bagi membuat perjumpaan itu. Adakah Tun Dr.Mahathir masih ego? Atau pemimpin di sebelah sana yang tidak ada rasa segan dan silu berjumpa dengan Tun.

Saudara, jika ingin melihat kepada sasaran yang lebih besar dalam membentuk kerjasama, atau sebelum ke arah kerjasama, saudara seharusnya tidak boleh terus menilai Tun, selaku pengerusi parti PEJUANG sebagai seorang yang ego. Saya sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan. Belum diputuskan sebarang kerjasama, sudah ada perasaan yang tidak baik pada pengerusi parti PEJUANG, malah ianya boleh menyebabkan dan mendatangkan rasa kurang selesa pada akar umbi di dalam parti PEJUANG mengenai status kerjasama ini.

Saya akui, apa sahaja kerjasama demi kepentingan rakyat harus disambut baik, terutamanya bagi menghalang ‘Kluster Mahkamah’ ini terus kembali berkuasa dan memastikan pergerakan kerajaan masa hadapan didalam keadaan stabil dari segi politik, ekonomi dan demi kesejahteraan rakyat perlu diambil kira. Waima dari parti pembangkang yang lain juga, saya yakin Tun pengerusi PEJUANG dan juga DSU Mukhriz selaku Presiden PEJUANG akan meneliti segala aspek mengenai kerjasama ini. Tapi, jika mengatakan Tun berwatakkan ego itu adalah tidak benar sama sekali.

Namun, apa yang berlaku pada hari ini yang menyebabkan ‘Kluster Mahkamah’ ini terus bergerak adalah berpunca dari parti BERSATU itu sendiri, dan tidak mungkin akar umbi yang bersama-sama di dalam parti PEJUANG akan menerimanya dengan hati yang terbuka atau sewenang-wenangnya setelah di khianati dan ditikam oleh rakan seperjuangan yang dahulu.

Muhamad Syafiq
Ketua Penerangan PEJUANG Muda Selangor
Parti PEJUANG Tanahair

02 April 2022

Photos from Pejuang Bandar Tasik Puteri's post 05/03/2022

Pejuang Muda Parlimen Selayang dibawah pimpinan Encik Fahrul selaku Ketua Pejuang Muda Parlimen Selayang telah mengadakan mesyuarat untuk turut serta dalam membantu kerja-kerja berkempen bagi Pilihanraya Raya Negeri Johor.

Tarikh : 5/3/2022
Masa : 9.00 malam
Tempat : Laksa Pailang Bandar Tasik Puteri

Turut bersama :

Encik Rahmat Hamdan
Ketua Pejuang Muda Negeri Selangor

Encik Muhamad Syafiq
Ketua Penerangan Pejuang Muda Negeri Selangor

Encik Arsyad
Exco Agama & Dakwah Negeri Selangor

Encik Md Razuwan
Naib Ketua Pejuang Muda Parlimen Selayang

Encik Adam Zaraiee
Setiausaha Pejuang Muda Selayang

Encik Mohamad Amir Haikal
Ketua Penerangan Pejuang Muda Selayang

Encik Muhammad
Ahli Pejuang Muda Parlimen Selayang

Photos from Mukhriz Mahathir's post 24/02/2022
11/02/2022

Biar Mati Berdiri Dari Hidup Melutut! Membujur lalu melintang patah tetap kita perjuangkan! Untuk nasib rakyat

Hidup Pejuang!

Ucaptama dari Presiden PEJUANG, Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir

Insyaallah semangat juang Presiden PEJUANG akan kami bawa bersama dalam membela agama, bangsa dan negara. Amin .

11/02/2022

LAGU RASMI PARTI PEJUANG: "BERJUANG UNTUKMU"

09/02/2022

MAJLIS PELANCARAN JENTERA PEJUANG PRN JOHOR

Tarikh: 10 Februari 2022
Masa: 9:00 malam
Tempat: Dewan Koperasi Perpaduan Iskandar Puteri, Jalan Kebangsaan 58, Tmn Universiti, Skudai

Ahli PEJUANG dijemput hadir.

Kod Pakaian: Warna Putih

05/02/2022

UNTUK EDARAN SEGERA
5 Februari 2022

UNDI POS DAN KEMPEN PRN JOHOR

1. Parti Pejuang Tanahair mengalu-alukan pengumuman yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh pada 2 Februari 2022 mengenai kebenaran untuk pengundi yang berada di luar negara mendaftar sebagai pengundi pos. Menjelang mesyuarat khas SPR mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 9 Februari ini, Parti Pejuang Tanahair ingin mendesak agar SPR memudahkan proses pendaftaran itu dan memastikan kaedah pengundian pos, termasuk penghantaran kertas undi dilakukan secara yang mudah, telus dan menepati masa untuk sampai ke pusat-pusat pengiraan undi.

2. Perkara ini sangat penting kerana dianggarkan lebih 100,000 pengundi Johor berada di Singapura. Keupayaan untuk mereka p**ang mengundi tentunya terhad lebih-lebih lagi jika mereka sudah p**ang bercuti sewaktu perayaan Tahun Baru Cina awal minggu ini. SPR tentunya faham bahawa kegagalan untuk mempermudahkan undian kepada begitu ramai pengundi yang berada di seberang Selat Tebrau merupakan satu penafian hak mereka sebagai rakyat dan menjejas demokrasi yang kita dokong bersama.

3. Segala usaha perlu dibuat bagi mencapai jumlah peratusan keluar mengundi yang tinggi supaya Kerajaan Johor yang bakal terbentuk nanti benar-benar mendapat mandat golongan teramai di kalangan Rakyat Johor. Justeru SPR perlu lebih agresif dalam membuat hebahan melalui media perdana dan sosial bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pengundi baru akan hak dan kepentingan mereka untuk mengundi nanti.

4. Selain itu Pejuang ingin menyarankan agar hari mengundi diadakan pada hari Sabtu supaya tiada keperluan untuk pengundi mengambil cuti bagi menunaikan tanggungjawab mereka kelak.

5. Pejuang berpendapat calon-calon perlu diberi peluang menyantuni rakyat di lapangan dengan SOP yang jelas dan adil kepada semua pihak. Ini bagi memastikan semua parti dapat berkempen secara berkesan, dan tiada mana-mana parti yang menggunakan kedudukan mereka untuk memonopoli atau mengawal media arus perdana hingga mengakibatkan laporan yang berat sebelah dan tidak menyeluruh.

6. Keupayaan untuk calon dan jentera kempen menyantuni rakyat dan menerangkan mengenai parti mereka adalah penting supaya pengundi membuat keputusan berdasarkan fakta. Jangan dibenarkan pihak-pihak yang punyai kepentingan politik memesongkan demokrasi dengan memaksa agensi kerajaan bertindak secara tidak demokratik.

7. Pilihan Raya Negeri Johor ini perlu berlangsung dengan teratur dan adil bagi semua pihak. Pejuang yakin SPR mampu memikul tanggungjawab yang sangat mustahak ini supaya sistem demokrasi negara ini terlihat lebih cekap dan telus.

DATO’ SERI UTAMA MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Presiden Parti Pejuang Tanahair

05/02/2022

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
5 Februari 2022

SURAT TUN DR MAHATHIR KEPADA AHLI-AHLI PARTI PEJUANG.TANAHAIR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua ahli dan pemimpin Pejuang.

Pertamanya, saya ingin ucap berbanyak terima kasih di atas doa untuk kesihatan saya.

Walaupun saya masih perlu berada di hospital untuk beberapa waktu.lagi, alhamdulillah saya telah beransur sihat berkat doa saudara dan saudari berserta rakyat Malaysia yang lain.

InsyaAllah, saya akan kembali pulih seperti sediakala dan kita akan dapat bertemu dan bersama-sama meneruskan perjuangan.

Saya merasa agak terkilan kerana buat masa ini tubuh badan saya tidak dapat bersama saudara dan saudari di dalam menghadapi pilihan raya
Negeri Johor.

Namun begitu percayalah, semangat dan jiwa saya mengiringi saudara dan saudari di dalam setiap langkah yang diambil.

Saya sedar ramai yang berkata mengapa perlu saya ambil peduli dengan soal-soal duniawi dan seharusnya menumpu kepada perkara-perkara
akhirat dan ibadah.

Bagi saya perjuangan untuk Negara tidak pernah ada noktah seperti juga melaksana ibadah yang perlu.

Perjuangan juga bagi saya satu ibadah malahan satu amanah yang perlu kita pikul selagi hayat dikandung badan.

Tetapi itu hak masing-masing. Yang penting niat dan tujuan kita melaku sesuatu.

Begitu juga dengan penglibatan Pejuang di dalam pilihan raya Negeri Johor.

Kita bertanding kerana kita tidak mahu kump**an yang tidak amanah,rasuah dan mencuri harta rakyat mendapat kuasa dan terus melakukan perbuatan yang merosakkan bangsa, agama dan Negara.

Kuasa itu bukan untuk meraih kekayaan diri dan memuas nafsu duniawi. Ia untuk melepas Negeri dari cengkaman mereka yang sedemikian.

Kerana itu perjuangan ini menjadi satu tanggungjawab, satu amanah yang perlu dipikul oleh setiap dari kita yang mempunyai kesedaran.

Pasti juga yang akan mempertikai dan bertanya apa beza Pejuang dan parti-parti lain.

Pejuang berbeza kerana ia ditubuh oleh mereka yang sanggup melepas jawatan dan kedudukan kerana prinsip perjuangan.

Pejuang juga berbeza kerana ia terdiri dari mereka yang tidak sanggup bersekongkol dengan pengkhianat dan kleptokrat.

Saudara dan saudari di Johor seharusnya merasa bangga kerana dipimpin oleh Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang sanggup melepas jawatan dan kedudukan kerana tidak mahu bersekongkol dengan pengkhianat dan kleptokrat.

Dr Shahruddin berdiri sebagai bukti bahawa pejuang-pejuang kita tidak meletak kepentingan diri sebagai objektif perjuangan.

Namun kita juga sedar laluan yang kita ambil bukanlah mudah. Tetapi perjuangan lahir dari jalan-jalan yang berliku yang penuh dengan onak dan duri.

Keberanian menghadapi cabaran; yakin bahawa perjuangan kita itu suci dan ikhlas; mempertahan agama, bangsa dan tanah air itu satu tanggungjawab, satu amanah dan juga satu ibadah; InsyaAllah, kita tidak akan tergelincir dari landasan kebenaran.

Saya yakin saudara-saudari akan sentiasa teguh memegang amanah dan tanggungjawab ini. Saya juga berdoa agar perjuangan kita akan sentiasa dirahmati dan mendapat keredhaaan Allah SWT.

Teruskan perjuangan dan jangan sekali-kali kita mundur, tidak kira apa rintangan dan cabaran yang mendatang.

Terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Salam perjuangan,
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

04/02/2022

KENYATAAN MEDIA

PERKEMBANGAN KESIHATAN YABHG. TUN DR MAHATHIR

YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad masih menjalani proses rawatan pemulihan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Sejak Rabu, 2hb. Februari, YABhg. Tun telah dibenarkan untuk p**ang ke rumah dan kemudian kembali semula ke IJN untuk jalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

YABhg. Tun dan YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai.

YABhg. Tun Dr Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat.

PEJABAT TUN DR MAHATHIR
4 Februari 2022

Photos from Pejuang Bandar Tasik Puteri's post 03/02/2022

BERIKUT ADALAH BARISAN KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI PEJUANG TANAHAIR (PEJUANG)

Want your organization to be the top-listed Government Service in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Patutlah mereka mahu pilihanraya diadakan dengan kadar segera, rupa2nya ramai lagi pemimpin BN yang nak diambil tindakka...

Telephone

Address

Jalan 7/3a, Bandar Tasik Puteri
Rawang
48020

Other Political Parties in Rawang (show all)
Aaron_ayeem Aaron_ayeem
B*h
Rawang, 48000

male

Parti Pribumi Bersatu Malaysia Caw. Taman Bunga Raya 2 Hulu Selangor Parti Pribumi Bersatu Malaysia Caw. Taman Bunga Raya 2 Hulu Selangor
TAMAN BUNGA RAYA BUKIT BERUNTUNG
Rawang

Tokoh Masyarakat

Perikatan Nasional Dun Rawang Perikatan Nasional Dun Rawang
Rawang

PN menjaga kebajikan, kepentingan, kemakmuran dan keharmonian rakyat agar dipelihara.

Rasmi Perikatan Nasional Sg Tua N16 Rasmi Perikatan Nasional Sg Tua N16
Sg Tua
Rawang, 68100

Halaman Rasmi Perikatan Nasional Sg Tua N16

PAS Hulu Selangor PAS Hulu Selangor
No. 3-1 Jalan Adenium 2G/13 Pusat Perniagaan Adenium
Rawang, 48300

Parti Islam Semalaysia Kawasan Hulu Selangor