Dapur Cik Sya
Menerima tempahan kek, kuih-muih dan jambangan bunga coklat untuk yang tersayang. Lokasi penghantara
Sotong stim limau ala thai
Chicken with broccoli easy and delicious oriental style!!
Keow Teow Theng
Repeat lagi keow teow theng hari ini ☺️
Resepi Keow Teow Theng...
Bahan2
1. Keow Teow
2. Isi Ayam
3. Daun Bawang
4. Bawang putih
5. Sawi
6.bebola ayam / ikan
7. Fishcake
9. Kicap cair
10. Cili padi
11. Lada sulah
12. 2 ketul kiub ayam
13. air scukupnya
Cara2 nya
1.Didihkan air, masukkan 2 ketul kiub ayam kemudian masukkan isi ayam, bila isi ayam dah masak kekuarkan isi ayam, bila dh sejuk carik-carikkan ayam tersebut..
2. Masukkan bebola dan fishcake rebus sekejap dan toskan.. Blh lah hiris fishcake td.
3. Kuah dia saya xtmbh apa dh.. Kiub tu dah ckp rasa..
Cara buat minyak bawang putih
1. Cincang 1 labu bawang putih..
2. Panaskan 1 senduk minyak, bila minyak. Dah panas masukkan bawang putih Yang di cincang td, goreng sehingga bawang kekuningan, api slow je ye, jgn smpai hangit nanti pahit...
Cara buat kicap cili potong..
1. Potong cili padi dan gaul dalam kicap cair..
Celur sekejap sawi sehingga layu dan toskan
Basuhkan keow keow bagi hilangkan lebihan minyak, nk jirus air panas pom blh..
Boleh lah susun bahan2 dalam pinggan dan tuang kuah.. Siap.. Senang sahaja...
Credit : Nor Khomariah Norrohman
Roti
Resepi Roti heaven.. senang sangat 😋
8 keping roti Gardenia di susun 2 keping 2 keping dalam loyang yg di lapik baking paper
letak kan sedikit butter mcm dalam pic di bawah.
8 biji telur
semangkok kecil mozzarella
semangkok kecil cheese cheddar parut
semangkuk kecil daging cincang ramly
sebiji bawang besar di dadu
2 biji cili besar di hiris
sedikit daun bawang di hiris
sedikit aji shio black pepper
kocok2 kan semua dan tuang atas roti
bakar dalam oven dengan suhu 200c api atas bawah 25 minit atau sampai garing .
makan panas2 sedap.
kredit : Nanny Emma Emma
Kek Oren
Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak.
Cuba lah, bau semerbak tak menahan.
RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara :
Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang 🙂
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.
Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua! 😍
Credit to Nieza Nor Hamira
Nasi Ayam Hainan
Resepi Nasi Ayam Hainan.
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam
1 ketul kiub ayam
1 sudu kecil garam
1 pokok daun bawang (ambik daun saja)
2 inci halia ketuk
- Rebus semua ni 25 minit. Pastikan ayam tenggelam.
- Angkat ayam bubuhh dalam air ais 30 minit. Toskan. Lumur dengan minyak bijan.
Nasi
3 cawan beras
½ beras pulut ( tak nak letak pun boleh.,tp klau ada lagi sedap)
- Basuh beras dan toskan.
1 helai daun pandan
Lemak ayam
- (Sebelum rebus ayam tadi, ambik bahagian lemak kat tengkuk dengan bahgian bawah ayam.
1 senduk kecik minyak
Halia tumbuk
Stok ayam (air rebus ayam tadi)
Cara-Cara :
- Panaskan minyak dan lemak ayam sampai lemak tu cair.
- Masukkan daun pandan dengan halia tumbuk. Kacau.
- Bubuh beras gaul dalam 3 minit. Masukkan stok ayam td 3 cawan @ sukat mcm masak nasik biasa.
- Tambahkan sedikit garam dengn cukup rasa. Masak nasik.
Air Cili merah
5 biji cili besar (merah)
5 biji cili padi (merah)
½ labu Bwg Holland
3 ulas bawng putih
2 sudu cuka
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Aji
Stok ayam(air rebus)
- Blend semua
Pes halia
Halia tumbuk
Masukkan batang daun bawang yang baki tadi tumbuk sampai hancur.
Masukkan sedikit minyak masak tuang panas-panas dalam pes tadi. Gaul.
Taugeh
Taugeh - siram air panas dan toskan.
Daun limau purut dan cili padi - Racik halus.
Kuah ayam dengan kuah taugeh
(Untuk siram )
1 cawan stok ayam (air rebus)
Kicap masin cair
Kicap kipas udang manis
Sedkit cukup rasa
Minyak bijan
- Campurkan semua bahan di atas. Curah atas taugeh dengan ayam.
Kredit : zaza
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar Holland
- 1 biji tomato
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
- 1 biji lemon dan sebiji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
- 3 tangkai cili padi hijau
- 3 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
- Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
cikgu afy
Apam Manis
Bahan👇
3 cawan tepung beras
1 sudu besar yis
1 cawan air suam
6 sudu besar gula
sedikit garam
👆Bancuh semua bahan, perap 30minit.
Lepas 30minit
Letak...👇
1 cawan santan
1 biji telor
Kacau aduanan dan boleh lengang atas kuali(sapu minyak sikit atas kuali,time masak tutup dgn tudung periuk)
Lepat Pisang
Alhamdulillah❤️
Lepat pisang ..letak inti kelapa..
Perghhhh..sedap di makan panas2 lepas kukus.tak caya..cuba lah☺️
Buat minum petang2 nnti.
Resepi..
3 cawan pisang emas/ berangan
1 cawan tepung gandum
3 sudu gula
Kelapa putih dn secubit garam secukup nya(untuk inti)
Daun pisang secukupnya dn dilayur dulu
Caranya
Lenyekkan pisang dn masukkan gula dn tepung ...gaulkan adunan hingga sebati .sendukan diatas daun pisang ..letakkan inti kelapa yg telah di gaul secubit garam dn lipat bungkusan lepat kemas2 ..buat hingga habis ..dn kukus dlm 25 minit hingga masak .....boleh la dihidang kan..
Kredit resepi:Lubuk resepi
Airtangan dan pic: Eniza M. Salim
Gulai Pisang Muda
Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api
Menu orang dulu-dulu. Dicampur p**a dengan ikan bilis dan tempoyak. Nostalgia sangat!
Bahan-bahan:
* Pisang muda - dicuci bersih
* Cili api - ditumbuk
* Kunyit hidup - ditumbuk
* Tempoyak
* Asam keping
* Ikan bilis
* 1 1/2 biji Kelapa parut - di perah dan ambil pati
Cara-cara:
1. Potong pisang seperti dalam gambar dan rendam dengan air garam dan asam keping - saya guna pisang emas.
P/s: Pisang tu ikut banyak mana yang dikehendaki, kalau lebih dari sesisir, jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul2 pekat kuah korang
2. Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang.
3. Masak dan kacau sehingga mendidih. Bila pisang hampir lembut masukkan tempoyak
4. Masukkan garam secukup rasa. Siap! Selamat mencuba
Kredit: Suisan Alieza
Garlic Prawn
Resipi Garlic Prawn Sedap Macam Dekat Restoran. Macam Ni Cara Masaknya Cara mudah untuk menyediakan sajian Garlic Prawn atau Udang Bawang Putih yang sangat sedap. Persis sajian restoran yang anda boleh masak sendiri di rumah.
Waffle
Sotong Stim Limau
Kuih Lopes
Resipi Ringkas Udang SEDAP, Pekat Melekat Hanya Guna 4 Bahan! - Mingguan Wanita Resipi udang memang sedap dan boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Jika inginkan kelainan dan mudah cara memasaknya, boleh cuba resipi udang yang ringkas ni. Memang sedap, kuah pekat melekat hanya gunakan 4 bahan sahaja. Satu lauk je, namun makan dengan nasi putih panas sahaja pun dah cukup. Boleh c...
Sup Ala Thai
Cara Masak Sup Ayam Ala Thai Yang Super Sedap. Terbaik Rasa Dia! Resipi Sup Ayam Thai yang super sedap. Rasanya sangat menyelerakan dan lengkap dengan semua rasa (masam, manis, masin). Jom ikuti resipi perkongsian dari Saudari Tini Joe di bawah. Memang Terbaik!
Hi Dapur Cik Sya ❤
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Rawang
48050
Rawang
Nikmati produk2 Mamasab di seluruh Semenanjung Malaysia. Penghantaran disediakan.
Rawang
PEMBEKAL DAN PENGEDAR KEROPOK LEKOR BERTEMPAT DI BUKIT SENTOSA , SERENDAH SELANGOR MELAKUKAN DELIVER
Jalan RP 8/4, Taman Rawang Perdana
Rawang, 48000
SPICY SALTED EGG CORNFLAKES � SUPER CRUNCHY!!
35-1 Jalan INDUSTRY 1/4
Rawang, 48000
ALAMAT : NO.21 JALAN 1/3, RAWANGG INTERGRATED INDUSTRIAL PARK, 48000, RAWANG SELANGOR www.wasap.my/60122215942/SambalTumisBonda
The Reef Rawang
Rawang, 48000
Assalamualaikum and greetings to everyone! 😊 This is our ENT530 pair work project. It require us to conduct a business using a Social Media platform. Please like and share as it wi...
Jalan Anggun City 1
Rawang, 48000
I am a Mamasab Trusted Agent Nationwide Saya menjual kek, biskut, kosmetik dan frozen food Affordable Price Wasap.my/60176144075/agentmamasabRawang
LOT F05, Kantin @ Setor Gombak, No 605 Lot No 4 Jalan Gombak Batu 4 1/2
Rawang, 53100
Cawangan ke-28 Nasi Kukus Tonggek kini di Gombak!! Mari datang beramai ramai ke Kantin Setor Gombak bagi merasai keenakan Nasi Kukus Tonggek kami! #bestingombak #strictlyaddictive...