Nasi Daging Utara Sandakan

• Bermula dari tahun 2017 hingga kini.
• Menyediakan masakan Nasi Daging yang asli dari Utara Malaysia khas kepada warga Sandakan.

19/07/2024

Selesai hantar Nasi Daging Utara di Taman Airport dan Batu Sapi. Hingga bertemu lagi minggu hadapan Insya-Allah.

16/07/2024

Kenangan dua tahun lalu. Saya mula pakai Noxxa pada tahun 2021. Sebelum tahun 2020 kejadiannya. NDU bermula pada tahun 2017. Alhamdulillah beroperasi selama lebih 6 bulan. Sambutan sangat menggalakan daripada orang Sandakan. Lain macam aura mereka ni.

Kemudian selama 3 tahun bermula 2018 hingga 2020 p**a Nasi Daging Utara diberhentikan dan tidak dapat beroperasi. Sebabnya ialah kos pada gas memasak. Jika sehari untuk rebus daging perlukan 2-3 jam untuk dapatkan daging lembut yang empuk maka bayangkan jika 5 hari penggunaan gas serta ada sebab-sebab lain juga. Oleh kerana itu dihentikan dahulu penjualan NDU.

Alhamdulillah dapat saja Noxxa tahun depan tu terus saya “on” balik NDU. Beli dengan Amway. Saya masa itu jadi ahli tanpa jadi “owner”. Istilahnya sekarang ABO “Amway Business Owner”. Dulu rm20 saja sebagai ahli biasa. Kalau ABO rm60. Masih murah.

Sampai sekarang saya masih ABO.

Mula harga NDU ni rm6 saja dulu. Alahai murah betul kan?

Lepas tu naik ke rm9 dan sekarang rm11. Saya pun tidak tahu sampai bila harga ini akan kekal begini. Jika naik pun mungkin nanti-nantilah. Lumrah berniaga memang ada harga naik. Jarang berlaku penurunan kan. Yang pasti kuantiti nasi dan daging tetap tidak berubah. Saya pastikan daging lembut dan air asam yang pelanggan dapat itu memuaskan hati mereka. Macam kita nak makan di rumah, begitulah yang dihidangkan.

Di hari mulia ini iaitu 10 Muharram saya memohon keampunan dan doa daripada anda semua yang menyokong baik secara langsung atau tidak perniagaan kecil saya ini ya.

Nak cerita pasal harga dua tahun lalu saja, tapi keluar habis yang lain-lain kan. Apa-apa pun terima kasih ya.

Khas untuk orang Sandakan hari ini macam biasa Insya-Allah ada NDU ya.

09/05/2024

Jam 11.30 selalunya saya dah mula siap kemas dapur lepas buat Nasi Daging Utara. Jam 12 pek dan 12.30 boleh dah cod. Tapi kalau siap awal semuanya jam 12 tu dah keluar dah hantar NDU kepada pelanggan. Dapur guna hari-hari, jadi kena terus kemas dan cuci bagi bersih. Esok masuk kerja tak serabut sebab dah kemas. Nak cuba tak NDU?

09/03/2024

Petua nak baca Quran secara berterusan walau sikit seperti di bawah :
1. Buka Quran dan baca.

01/02/2024

Esok Jumaat kan. Jom bagi kaum lelaki kita mulakan kembali sunnah Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam iaitu dengan memakai warna putih untuk Solat Jumaat. Barakallahu fikum.

19/01/2024

Masih dibuka ya. Tengok komen nombor untuk dihubungi.

Sandakan saja naa. Yang dok Aloq Staq, Sentul, Kajang, Jitra, Hungary, Johor, Kodiang, Kuantan, Kelantan, Perak dan kawasan dengannya tak payah dok gatai order naa haha.

Melawak ja. Tolong share takpa dah.

Hmm kenapa loghat Utara masih bersisa?
Baru balik bercuti kan.

Kena “tune” balik jadi loghat Sandakan.

Ba menjual aku, membeli kamu.

Photos from Nasi Daging Utara Sandakan's post 04/01/2024

Esok Jumaat macam biasa ya. Beli 1 NDU percuma 1.

Untuk sedekah di masjid atau anak yatim pun boleh. Jom.

21/10/2023

17/10/2023

Hari ini ada Nasi Daging Utara oiiii. Nda mau ka?

10/10/2023

🤳 *Ayuh bersama GELOMBANG MEGA *

1️⃣ Apakah Gelombang Mega

Kita ingin menghasilkan gelombang untuk 'menggegarkan' Israel dan kami menyeru untuk mana-mana pempengaruh, individu dan perkump**an yang berani untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ketika ini mempertahankan tanah air mereka dengan sertai Wave ini!

Operasi yang bermula Sabtu lalu (7 Oktober) telah 'menggegarkan' entiti haram Israel dan ayuh kita bersama gegarkan sosial media kita dengan sokongan padu ini!

Kita tunjukkan suara-suara dari Malaysia!

2️⃣ Apakah objektif Gelombang ini?

✅ Kita ingin memberikan sokongan moral rakyat Palestin di Gaza, Baitul Maqdis dan seluruh dunia yang ingin kembali secara mulia ke tanah air mereka

✅ Kita ingin memberikan tekanan kepada entiti HARAM Israel dan kuncu-kuncunya melalui kuasa media

3️⃣ Bagaimana untuk anda menyertai Gelombang ini?

✅ Upload Poster Khas di Sosial Media anda dengan spesifikasi berikut:

Instagram: 9 Gambar
Facebook: 3 Gambar berturut-turut

Saya (Nama anda) bersama Gelombang ini!

*pastikan akaun anda disetkan public.

AYUH BERSAMA CABARAN INI!

Teruskan ikut berita dan maklumat terkini secara pantas dari Palestin di Telegram MyAqsa Defenders: https://t.me/MyAqsaDefenders

Spread & Share! 📡

01/10/2023

Esok ada NDU guys. Jemput ya. Orang Sandakan ada ka masih yang belum cuba? Cuba ba 1 tapau dulu.

06/08/2023

Assalamualaikum warohmatullah and good morning. Be grateful that we still exist and live in the world with our family and friends.

02/08/2023

Ya Allah jadikanlah kami umat Islam yang bersederhana dalam apa jua perkara. Antaranya politik. Tolonglah kami Ya Allah untuk kami pelihara lidah, hati dan anggota kami dari membuat kerosakan kepada muslim yang lain.

28/07/2023

Nasi Daging Utara dah siap. Tapi penghantaran lepas Solat Jumaat ya. Untuk hari Jumaat saja. Hari lain Insya-Allah jam 12.30.

Untuk yang berpuasa hari ni 10 Muharram boleh untuk bersungkai. Belanja keluarga dan jiran anda. Moga setahun ini dicukupkan rezeki anda semua oleh Allah Taaal.

27/07/2023

Jangan lupa puasa hari Asyura pada Jumaat ni

Puasa hari asyura menghapuskan dosa satu tahun yang lalu (Hadis)

Dan digalakkan pada hari itu meluaskan nafkah kepada ahli keluarga..

Kerana pengalaman ulama, mereka yang berbuat demikian akan dilapangkan rezeki sepanjang tahun itu.

فِي يَوْمِ عَاشُوراءَ عَشْرٌ تَتَّصِلْ # بِها اثْنَتَان وَلَها فَضْلٌ نُقِل

صُمْ، صَلِّ، صِلْ، زُرْ عَالِمًا، عُْدْ، وَاكْتَحِلْ ، # رَأْسَ اليَتِيْمِ امْسَحْ، تَصَدَّقْ، وَاغْتَسِلْ

وَسِّعْ عَلَى العِيَالِ، قَلِّمْ ظُفْراَ # وَسورةَ الاِخْلاصِ قُلْ اَلْفا
تَصِلْ

Ada dua belas amalan utama yang dilakukan di hari ‘Asyuro’, yaitu:
1. Berpuasa;
2. Sholat;
3. Silatur Rahim;
4. Berkunjung ke Ulama’;
5. Menziarahi Orang Sakit;
6. Bercelak;
7. Mengusap Kepala Anak Yatim;
8. Bersedekah;
9. Mandi;
10. Meluaskan sedekah kepada Keluarga;
11. Memotong Kuku;
12. Membaca Surat Ikhlas 1000 kali.)

Selamat menyambut Hari Asyura

Sumber: FB Ustaz Bashir Mohamed Al Azhari

26/07/2023

Esok Khamis Insya-Allah ada NDU ya. Boleh tempah hari ni jika ada yang berminat. Untuk sungkai pun boleh ba.

Nota kaki: Sungkai = berbuka puasa.

24/07/2023

Antara cabaran jual NDU ni ialah bila Orang Utara yang beli. Mereka ni saja yang tau “rasa” nasi daging tu. Bukan merendahkan orang lain tapi inilah hakikat.Lain tempat lain p**a makanan dan rasanya. Pepatah arab sebut “ Ahli Mekah yang lebih arif tentang selok belok jalan Mekah”.
Ada seorang orang lama di Sandakan ni Cikgu Hafizan. Orang Utara. Dah pindah semenanjung. Dia kata “tera ni ok dah”.
Saya anggap tu isyarat baik buat saya. Alhamdulillah.

18/07/2023

Alhamdulillah atas nikmat Ahli Sunnah Wal Jama’ah: Al-Asha’irah Al-Shafi’iyyah Al-Sufiyyah 🤲

الحمد لله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه

12/07/2023

🥰🥰🥰

Masha Allah

Ya Hanana, Ya Hanana 😎 (Terjemahan: Betapa bertuahnya kita semua, Betapa bertuahnya kita semua)

Ulama’ yang hebat datang ke sini

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

11/07/2023

Warga Sandakan ! Hari ni ada NDU tau !

Ni link untuk tempah.

wasap.my/601158668827/ndu

07/06/2023
07/06/2023

Assalamualaikum warohmatullah. Apa kabar? Haaa hari ni ada NDU ya. Ada yang dah lama teringin ka? Tempah sekarang ya.

12/05/2023

Assalamualaikum selamat malam semua Warga Sandakan. Hari Isnin insyaAllah NDU akan beroperasi seperti biasa. Tempah sekarang atau Isnin nanti pun boleh ba.
wasap.my/601158668827/ndu

09/04/2023

Assalamualaikum selamat pagi. Esok Isnin insya-Allah NDU ada. Boleh tempah untuk berbuka atau sedekah kepada Soim(orang yang berpuasa).
Percuma 1 tapau ya untuk anda sempena Ramadan ini. Yalla bena tempah sekarang.
.

Gambar dibawah masa tahun 2017. Mula menapak di Sandakan ni.

08/04/2023

NDU insya-Allah hari Isnin ya. Siapa yang Aplikasi MISI boleh download dan order NDU di situ.

06/04/2023

Doa orang yg sedang berpuasa itu makbul lagi berkat. Mari semua, doakan saudara kita di Palestin sana.😢🤲🏻

04/04/2023

Makluman. NDU cuti 3 hari. Jadi bermula esok saja tempahan akan diambil. Macam biasa beli 1 dapat 1 NDU khas sempena Ramadan ini. Kita cuti kejap mula 6,7 dan 8 April ya. Lepas tu insya-Allah mula balik.

Jadi siapa yang belum rasa NDU esok la masanya sebelum kami cuti kejap. Yang dah rasa, belilah bagi keluarga, jiran dan kawan-kawan p**a rasa. .

02/04/2023

Tempahan NDU untuk 4/4/2023 masih dibuka ya. Boleh terus mesej saya untuk rasa Nasi Daging Utara.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Sandakan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

#nasidagingutara
Biar video yang berbicara.
Menarik kan kali ni bila ada bentuk ni.
Pada bulan Ramadan yang lalu, kalau buat Nasi Daging Utara paling awal pun siap jam 12.30. Kalau lewat jam 1. Tapi bila ...

Telephone

Website

Address

Jalan Airport
Sandakan
90000

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Other Sandakan food & beverage services (show all)
Menu sarapan pagi Menu sarapan pagi
Kampung Sungai Kayu , Batu 7 , Jalan Airport
Sandakan, 900000

akan datang.

Coway Sandakan Coway Sandakan
Jalan Bandaran
Sandakan, 90000

I am a COWAY Trusted Agent Nationwide Selling Water Filter /Air Purifier /Outdoor Filter /Bathroom Appliances Affordable Price "Hidup sihat & mudah bersama COWAY!!" https:/w...

HO JELLY CAKE HO JELLY CAKE
Sandakan, 90000

喜欢制作燕菜蛋糕的我,想把燕菜蛋糕和有兴趣似你们分享。 制作蛋糕的材

Desserts Kebaboom Desserts Kebaboom
Sandakan

𝐿𝑜𝑜𝓀 𝒹𝑒𝓁𝒾𝒸𝒾𝑜𝓊𝓈, 𝒯𝒶𝓈𝓉𝑒 𝒹𝑒𝓁𝒾𝒸?

Coway Sabah Coway Sabah
Lot 3, Jalan IJM, Bandar Utama Batu 6, Off Jalan Utara
Sandakan, 90000

Saya Ezuin Yusof dari Coway (Malaysia) Sdn Bhd . Mempunyai pengalaman selama 6tahun dalam Coway

WEWIN WEWIN
Sandakan

Selling Filipino goods wholesale and retail. Thank you for showing you support. Please do dm for any inquiries.

Gerai ikan dan sayur segar Gerai ikan dan sayur segar
Sandakan, 90000

Coway Sandakan Sabah Register Online Coway Sandakan Sabah Register Online
Sandakan, 90300

Agent Berdaftar & Bertugas Sepenuh Masa di Syarikat Coway(M) Sdn Bhd. Menerima Tempahan Pemasangan Penapis Air & Penapis Udara di Rumah / Pejabat / Hospital / Sekolah Anda ke Selu...

Feyra Bakery Sandakan Feyra Bakery Sandakan
Blok D1, Lot 85, Fasa 7, Bandar Utama IJM
Sandakan

Menyediakan pelbagai jenis kek mengikut citarasa pelanggan... Saiz, design, warna, rasa dll... Jom k

Jiksoo SK Magic Sabah Jiksoo SK Magic Sabah
Sandakan, 90000

Assalamulaikum & Salam Sejahtera Tuan Puan | Saya adalah Ejen SK Magic Sabah Anda | Saya Menjual Penapis Air Jiksoo & Penapis Udara Secara Sewa Beli | Hubungi Saya Sekarang 0143420...

Popiah Tac Away Popiah Tac Away
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH FAKULTI PERTANIAN LESTARI
Sandakan, 9000

FOR EDUCATIONAL PURPOSES ONLY 🫱🏻‍🫲🏼