KAFA Beluran

Aktiviti Harian / Bulanan Kafa Beluran

20/09/2024

ADAB MEMBERI NASIHAT

ADAB MEMBERI NASIHAT

20/09/2024

Cara mudah untuk disayang Allah SWT.

Cara mudah untuk disayang Allah SWT.

20/09/2024

Rezeki Melimpah & Usia Panjang dengan Silaturrahim

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” (Riwayat Abu Daud 1047)

Silaturrahim bukan hanya tentang mengeratkan hubungan dengan keluarga dan sahabat, tetapi juga membuka pintu-pintu rezeki dan memanjangkan usia. Rasulullah SAW mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga hubungan ini untuk mendapatkan keberkatan dalam hidup.

Jom kita sama-sama amalkan!

20/09/2024

سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي

19/09/2024

Cara mudah untuk disayang Allah SWT.

Photos from KAFA Beluran's post 19/09/2024

MAJLIS IHTIFAL KAFA PDRM DAERAH ZON PANTAI TIMUR TAHUN 2024

Tarikh : 19 September 2024
Tempat : Dewan Serbaguna, IBU Pejabat Polis Daerah Semporna.

Tahniah diucapkan kepada Kelas KAFA An-Nur IPD Beluran kerana mewakili KAFA Daerah Beluran ke Majlis Ihtifal KAFA PDRM di IPD Semporna.

Majlis IHTIFAL ini menjadi platform untuk murid-murid KAFA menunjukkan bakat, potensi, serta kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan sahsiah. Di samping itu, ia juga adalah kesempatan untuk kita menilai dan meraikan pencapaian mereka dalam usaha menuntut ilmu agama yang merupakan asas pembinaan peribadi mulia.

Marilah kita terus menyokong dan mendidik murid-murid agar menjadi insan yang berilmu, beriman, dan berakhlak mulia, serta mampu menyumbang kepada keluarga, masyarakat, dan Negara. Semoga Majlis IHTIFAL ini akan terus menjadi platform yang memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

15/09/2024

Akhlak Mulia: Lebih Utama dari Ilmu

Ilmu adalah cahaya, namun akhlak adalah cerminnya. Seindah manapun ilmu yang kita miliki, jika tidak diiringi dengan akhlak mulia, ia hanyalah bayang-bayang yang hilang.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada hari kiamat daripada keindahan akhlak. Dan Allah SWT benci orang yang keji mulut dan kelakuan.”

Mari kita utamakan akhlak dalam setiap perbuatan kita, kerana itulah yang paling dis**ai oleh Allah SWT.

Photos from KAFA Beluran's post 14/09/2024

Majlis Penutupan Sambutan S**aneka Sempena Hari Merdeka Tahun 2024

Tarikh : 12 September 2024
Tempat : KAFA Nur Islam Kg Sungai Nafas, Masjid Darussalam Sungai Nafas Beluran

Terima kasih dengan semua kehadiran dan penyertaan murid-murid, komitmen dan kerjasama yang padu dari ibubapa serta juadah2 yang menyelerakan. Seterusnya penghargaan ribuan terima kasih diatas sumbangan ikhlas daripada YB Datuk Samad Jambri dan Ybhg Tuan Zamil.
Tidak dilupakan buat Kedai Gordon Achi Bersaudara yang sangat bermurah hati turut menyumbang hamper untuk diberikan kepada anak2 murid d kafa ini.

Semoga Allah membalas segala kebaikan-kebaikan kalian semua.

12/09/2024

Can you feel the anticipation? MAJLIS IHTIFAL KAFA PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2024

KAFA Sabah

12/09/2024

Nak Tahu Apa Yang Allah SWT S**a?

Dalam hidup kita, setiap langkah yang dis**ai oleh Allah SWT akan membawa berkat yang luar biasa!

✅ Allah SWT s**a kebaikan – jadi sebarkan kebaikan setiap hari!

✅ Allah SWT s**a kebersihan – jadi jaga kebersihan diri dan sekeliling kita!

✅ Allah SWT s**a kemuliaan – jadilah manusia yang mulia di sisiNya!

✅ Allah SWT s**a kemurahan hati – jadi rajin-rajinlah berkongsi dan memberi!

👉🏻 Mari kita mulakan hari ini dengan memperbanyak amalan yang Allah SWT s**a, dan tinggalkan perkara yang sia-sia.

**a

09/09/2024

BERBUAT BAIK KEPADA AHLI KELUARGA

Berbuat baik kepada keluarga adalah salah satu tuntutan utama dalam ajaran Islam yang mencerminkan kasih sayang, penghormatan dan tanggungjawab.

Diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya).” (Riwayat al-Tirmidhi, 3895)

Rasulullah SAW mengajarkan kita bukan sahaja untuk menjaga hubungan baik semasa hayat ahli keluarga, tetapi juga untuk menjaga maruah mereka selepas kematian, dengan tidak mengungkit keburukan mereka.

08/09/2024
07/09/2024

Jangan Lupa Berdoa Berterima Kasih dengan Doa yang Mulia

Setiap kebaikan wajar dihargai, dan tiada ucapan yang lebih baik selain doa. Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita dengan ucapan:

جَزَاكَ اللّٰهُ خَيْرًا

🌿 Semoga Allah SWT membalasnya dengan segala kebaikan🌿

Dengan doa ini, kita tidak hanya mengucapkan terima kasih, tetapi turut mendoakan kesejahteraan dan rahmat untuk mereka.

Mari amalkan, semoga kebaikan sentiasa mengiringi hidup kita semua.

06/09/2024

🌿Mulakan Hari Jumaat dengan Selawat!🌿

Rasulullah SAW mengajarkan kita bahawa Hari Jumaat adalah hari paling mulia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW.

Semoga setiap selawat yang kita kirim membawa rahmat dan ketenangan dalam hidup kita.

💚 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💚

Mari bersama kita rebut pahala yang tak ternilai ini.

06/09/2024

It's countdown time! MAJLIS IHTIFAL KAFA PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2024

KAFA Sabah

06/09/2024

Amalan-amalan sunat Hari Jumaat.

Amalan-amalan sunat Hari Jumaat.

05/09/2024

9 HARI LAGI

📯 9 HARI LAGI 📯

Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Sabah 2024/1446H
14 September 2024 bersamaan 10 Rabiulawal1446H
Auditorium KPKPS, Kota Kinabalu

05/09/2024

SALAM 1 RABIULAWAL 1446H

SALAM 1 RABIULAWAL 1446H

04/09/2024

Amanah dan Akhirat.

04/09/2024

DOA DITERIMA AMALAN

DOA DITERIMA AMALAN

04/09/2024

Countdown to MAJLIS IHTIFAL KAFA PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2024

KAFA Sabah

02/09/2024

ADAB BEKERJA

Photos from KAFA Beluran's post 30/08/2024

Riang Ria Sempena Kemerdekaan
KAFA SAN Pekan.

29/08/2024

✨Kejadian Manusia: Sebaik-baik Makhluk✨

Allah SWT berfirman dalam surah at-Tin ayat 4 yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

✨Nak tengok cermin🪞pun ada doa🤲🏻. Masya Allah indahnya Islam 🤩.

Doa Ketika Melihat Cermin
اَللّٰهُمَّ كَمَا حَسَّـنْتَ خَلْقِـيْ فَحَسِّـنْ خُلُقِـيْ
“Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku. “

💡 Ingatlah, Allah SWT telah menciptakan kita dengan sebaik-baik bentuk dan rupa. Ketika kita melihat cermin, jangan lupa untuk berdoa, bukan sahaja untuk kecantikan rupa, tetapi juga kecantikan akhlak.

28/08/2024

Memperbanyakkan Istighfar

Memperbanyakkan Istighfar: Kunci Rezeki dan Kelapangan Hati

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesempitan ada jalan keluar, dan pada setiap duka cita ada pelepasan, serta Allah SWT merezekikannya daripada arah yang tak disangka-sangka.”

💬 Mari kita amalkan istighfar setiap hari dan lihat bagaimana Allah membuka pintu-pintu rahmat-Nya.

28/08/2024

Lihatlah yang di bawahmu.

24/08/2024

7 Perkara yang Dis**ai Allah SWT: Segera, Jangan Ditangguhkan

1️⃣ Segera Bertaubat: Jangan tunggu, kembalilah kepada Allah dengan hati yang ikhlas.
2️⃣ Segera Menunaikan Solat: Tunaikan solat pada waktunya, kerana di situlah terletaknya rahmat-Nya.
3️⃣ Segera Memberi Sedekah: Ringankan tangan untuk bersedekah, demi keberkatan hidup.
4️⃣ Segera Melakukan Kebaikan: Jangan tunggu esok, lakukan kebaikan hari ini.
5️⃣ Segera Membayar Hutang: Bersihkan rezeki dengan melunaskan hutang yang ada.
6️⃣ Segera Memaafkan Orang Lain: Lapangkan hati, maafkan orang lain dan rasakan ketenangan.
7️⃣ Segera Menunaikan Janji: Tepatilah janji, kerana ia mencerminkan keimanan kita.

Marilah kita bersama-sama menyegerakan perkara-perkara ini, demi meraih reda Allah SWT dan keberkatan dalam kehidupan. Jangan biarkan masa berlalu tanpa melaksanakannya.

10/08/2024

Syukur dan sabar.

Want your business to be the top-listed Advertising & Marketing Company in Sandakan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1445H/2024MMarilah sama-sama kita menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menginsafi ...

Telephone

Website

Address

Kelas Al/Quran Dan Fardhu Ain(KAFA)Daerah Beluran Pejabat Perhubungan KAFA Daerah Beluran P/s 35 Beluran
Sandakan
90107

Other Social Media Agencies in Sandakan (show all)
penyelaras PKR dun sungai manila penyelaras PKR dun sungai manila
Rancangan Sungai Manila Batu 12 Sandakan
Sandakan, 90000

Pesan Baginda Pesan Baginda
Sandakan

Berbagi info

Media Senja Media Senja
Sandakan, 90000

Media Senja Adalah Sebuah Organisasi Menghasilkan Produk Photo/Video Sejak 6 June 2023. ®

MEDIA SISI MEDIA SISI
Sandakan, 90000

Media Sisi merupakan sal platform komuniti berkongsi, menyampai & menyebar maklumat sosial, semasa,