PIBG skbtho TV

FB Page Rasmi PIBG SKBTHO

08/04/2024

Ikhlas dari kami Persatuan Ibu Bapa Guru SK Bandar Tun Hussein Onn, buat anda semua...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

- Follow FB PIBG SKBTHO untuk update2 terkini..-

Photos from PIBG skbtho TV's post 30/03/2024

Terlepas Preloved Raya Sale kami tadi? Jangan risau, esok ada lagi. Kami buka dari 8.30 pagi hingga 2 petang.

Ada Happy Hour tau. Masanya? Rahsia hehehehe...

Follow FB PIBG SKBTHO kalau nak tau bila kami buat Happy Hour

Lokasi kami: Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn
https://maps.app.goo.gl/jt2sJ3LtUyFLnHkk7

26/03/2024

๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ›๏ธ PRELOVED RAYA SALE PIBG SKBTHO ๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ›๏ธ

โ€œAnak-anak cepat membesar, baju raya sekarang pun dah mahal. Pakai berapa kali je, dah tak muat. Sayangnya ๐Ÿฅฒ"

Jom bershopping sambil beramal di PRELOVED RAYA SALE PIBG SKBTHO!

๐Ÿ“… 30 & 31 Mac 2024 (Sabtu & Ahad)
โŒš 8.30 pg - 12.30 tghr
๐Ÿ“ Dewan Milenium, SKBTHO

Ada apa di preloved sale ni?
๐Ÿ‘š Baju Raya Preloved
๐Ÿช Kuih Raya
๐Ÿซ™ Kelengkapan raya preloved

Sama-sama kita uar-uarkan hari jualan ini kepada kawan-kawan dan jiran tetangga ye.

Jumpa anda di sana!

09/03/2024

*TUISYEN KELAS MALAM SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN*

1. Dibuka kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6
2. โ Dijalankan setiap Isnin & Selasa (8 - 10 mlm).
3. โ Merangkumi 4 Subjek teras (BM, BI, Mt, Sn)
4. โ Setiap subjek 4 jam sebulan
5. โ *Diajar oleh guru-guru berpengalaman SKBTHO sendiri*
6. Bertempat di SKBTHO
7. Bilangan murid tidak ramai bagi setiap kelas

*BAYARAN*
โ€ข โ Yuran pendaftaran RM100 (boleh dibayar lump sum atau ansuran 2 kali. Ansuran Feb & Mac)
โ€ข โ Yuran Bulanan RM90 sebulan

*LINK PENDAFTARAN*
Jika berminat untuk menyertai kelas tuisyen ini. Boleh mendaftar di link Google Form (GF) ini
https://forms.gle/kc74q2XG6xLDL48A7

_100 pembayaran pendaftaran penuh terawal akan mendapat hadiah misteri. Hadiah ini akan diberikan semasa kelas pertama nanti_

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp setiausaha program Cikgu Qoyyuum
www.wasap.my/60182744568/tuisyenkelasmalam2024

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ข๐™—๐™ž๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™ฉ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ฉ ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™๐™–๐™™ ๐™—๐™š๐™ง๐™œ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™๐™–๐™™๐™–๐™ฅ ๐™ฅ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™™๐™–๐™›๐™ฉ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–๐™ฌ๐™–๐™ก.

๐‘ฉ๐‘ฒ๐‘พ๐‘ฒ
๐‘บ๐‘ฒ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ๐‘น ๐‘ป๐‘ผ๐‘ต ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘บ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฐ๐‘ต ๐‘ถ๐‘ต๐‘ต 2024/ 2025

15/02/2024

As salam.. berkenaan taklimat ibu bapa/ penjaga murid tahun 1, PPKI dan Pra Sekolah.

- Surat panggilan taklimat dalam proses untuk dipos kepada semua ibu bapa dan penjaga. Maklumat berkenaan perjalanan taklimat turut disertakan bersama surat panggilan tersebut.

- Hanya ibu bapa yang perlu hadir sesi taklimat tersebut.

- Whatsapps group kelas tahun 1 sesi 2024/2025 akan diwujudkan pada minggu akhir cuti persekolahan sebelum sesi baharu bermula.

- Orientasi dan Minggu Transisi murid-murid tahun 1 akan bermula pada 11hb Mac 2024 iaitu bermulanya sesi persekolahan 2024/2025.

Harap maklum, terima kasih.

Mohon maaf atas segala kesulitan.

Photos from SK Bandar Tun Hussein Onn's post 05/02/2024
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN Moe Live Stream 05/02/2024

Ikuti Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar 2023/2024 (HEM & Kokurikulum) SK Bandar Tun Hussein Onn di YouTube Live

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN Moe Live Stream

Photos from PIBG skbtho TV's post 01/02/2024

Gotong Royong Perdana SKBTHO 27 Januari 2024

Part 2

Photos from PIBG skbtho TV's post 01/02/2024

๐Ÿซถ๐Ÿป Alhamdulillah selesai sudah Program Gotong-royong Perdana SKBTHO anjuran bersama PIBG dan Unit 3K, Bidang HEM pada 27 Jan lalu. Syukur setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kepada yang Maha Esa.

๐Ÿซถ๐Ÿป Jutaan terima kasih atas segala keringat, bantuan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh semua yang terlibat dari pelbagai segi. Hanya Tuhan saja dapat membalas budi baik kalian.

๐Ÿซถ๐Ÿป Mudah-mudahan sekolah kita lebih ceria dan menjadikan warga SKBTHO lebih bersemangat untuk ke sekolah. Dan semoga permuafakatan kita tidak terhenti di sini ๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ๐Ÿป

Bubur selasih ubi keladi,
Lemak manis santan kelapa,
Terima kasih jasa dan budi,
Kekal tersemat takkan dilupa.

Terima kasih juga sukarelawan dari Multimedia University yang menyertai gotong royong ini. :)





Part 1

Photos from PIBG skbtho TV's post 29/12/2023

Program cuti sekolah : Jom Lukis Anime yang telah diadakan baru-baru ini. Murid-murid SK BTHO berbakat! Boleh la kita buat komik sekolah p**a lepas ni ๐Ÿ˜

Para peserta, jangan lupa berlatih teknik yang diajar di rumah ye.

Photos from PIBG skbtho TV's post 30/11/2023

Kemeriahan sambutan Hari Kanak-kanak SK BTHO pada 29 November

Photos from PIBG skbtho TV's post 29/10/2023

Kenangan manis buat kira-kira 162 pelajar tahap 2 yang menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform di Pusat Kokurikulum Daerah Hulu Selangor mulai 27 Oktober hingga 29 Oktober. Semoga menjadi pengalaman yang berharga ke arah membentuk peribadi murni anak baik lagi cerdik untuk mereka. ๐Ÿ•๏ธ

Photos from PIBG skbtho TV's post 24/09/2023

Kejohanan Sukan Tahunan SK BTHO berlangsung meriah pagi tadi di Stadium Uniten. Tahniah kepada semua rumah sukan, anda semua juara!

Johan Keseluruhan: Rumah Zamrud
Naib Johan Keseluruhan: Rumah Sapphire
Johan Olahraga: Rumah Zamrud
Juara Perbarisan: Rumah Sapphire
Tempat Ketiga Keseluruhan: Rumah Topaz
Tempat Keempat Keseluruhan: Rumah Kristal
Tempat Kelima Keseluruhan: Rumah Delima

Photos from PIBG skbtho TV's post 18/09/2023

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia di SK BTHO pagi ini. Terima kasih kepada Cik Rohana Husin, Pengarah Muzium Diraja dan delegasi atas kesudian menyerikan majlis.

Dengan tema Silang Budaya, anak-anak hadir penuh ceria berbusana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Mengingatkan kita betapa negara ini amat bertuah kerana dikurniakan dengan kekayaan budaya yang pelbagai.

Majlis dimulakan dengan gimik yang amat menarik, dan diakhiri dengan sorakan 'Merdeka' sebanyak tiga kali oleh semua warga SK BTHO sesi pagi.

Photos from PIBG skbtho TV's post 09/09/2023

Alhamdulillah. Selesai sudah program Gotong Royong Madani anjuran bersama Unit 3K dari Bidang HEM SK Bandar Tun Hussein Onn dan PIBG bersama dengan para ibu bapa.

Gandingan mantap pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan turut sama anak-anak mengecat pagar sekolah, membaiki kerusi meja di bilik darjah, dan membersihkan kawasan berhampiran sekeliling kantin.

Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus pagi ini. Segala usaha dan keringat yang telah dicurahkan amat dihargai.

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang jua.

22/06/2023

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKBTHO Kali ke-28

Semua ibu bapa dijemput hadir.

Photos from PIBG skbtho TV's post 12/06/2023

Rak kasut yang akan diletakkan di surau, telah siap diselenggara/dispray agar lebih tahan lama dan kelihatan lebih kemas-cantik.

Photos from PIBG skbtho TV's post 12/06/2023

Pagar ini dipasang untuk menggalakkan para murid mempraktikkan melintas di atas zebra crossing yang disediakan.
Ini semua adalah inisiatif dalam melatih, mendidik dan menjaga keselamatan anak-anak dan warga SKBTHO.

Photos from PIBG skbtho TV's post 12/06/2023

Aktiviti gotong-royong berkala yang dijalankan ole guru-guru dan para ibu bapa. Pada kali ini, fokus kepada hal berkaitan kebersihan dan keselamatan anak-anak di hadapan pintu sekolah...

15/05/2023

Jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG SKBTHO bil 28 sesi 2023/2024

Sukacita dimaklumkan bahawa butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh: 24 JUN 2023
Hari: Sabtu
Tempat: Dewan Milenium SKBTHO

Bersama2 ini disertakan pautan jawapan kehadiran dan borang usul. Mohon Kerjasama ibu bapa / penjaga untuk mengisi pautan ini selewat-lewatnya pada 24 Mei 2023.

https://forms.gle/7PmPjnTR6P768xUW8

Kerjasama dan keprihatinan semua didahului dengan jutaan terima kasih ๐Ÿ˜Š

07/05/2023

Assalamulaikum wbt & Salam Sejahtera

INFO TAKWIM PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/ 2025

๐Ÿ“† 02/05/2023 - 30/06/2023
โžก๏ธ Tindakan ibu bapa
PENDAFTARAN DALAM TALIAN

๐Ÿ“† 01/07/2023 - 07/02/2024
โžก๏ธ Tindakan ibu bapa
PERMOHONAN DAFTAR LEWAT

๐Ÿ“† 01/10/2023 - 31/10/2023
โžก๏ธTindakan KPM/ PPD/ SEK
KEPUTUSAN PENDAFTARAN DIUMUMKAN / DIPAPAR

๐Ÿ“† 01/10/2023 - 31/10/2023
โžก๏ธTindakan ibu bapa
PENGESAHAN PENDAFTARAN ATAS TALIAN

๐Ÿ“† 01/10/2023 - 31/10/2023
โžก๏ธ Tindakan ibu bapa
PENDAFTARAN RAYUAN

๐Ÿ“† 01/12/2023 - 31/12/2023
โžก๏ธ Tindakan KPM/ PPD/ SEK
KEPUTUSAN RAYUAN DIUMUMKAN / DIPAPAR

๐Ÿ“† 01/12/2023 - 31/12/2023
โžก๏ธ Tindakan ibu bapa
PENGESAHAN PENDAFTARAN RAYUAN

๐Ÿ“† 01/03/2024 - 09/03/2024
โžก๏ธ Tindakan PPD/ SEK
JANAAN SENARAI MURID

Mohon ambil maklum & tindakan
Sekian, terima kasih.

Mahzir Bin Ibrahim
Pen. PPD
Unit Prasekolah & Rendah
JUK eDaftar Tahun 1 sesi 2024/2025

02/04/2023

Salam sejahtera semua ibu bapa dan penjaga,
Jom kita sama-sama sentiasa mengingatkan anak-anak kita semua untuk bersama-sama menjaga dan menggunakan tandas dengan baik, untuk kepentingan bersama.

01/04/2023

Siling bangi tandas lelaki yang sedang diperbaiki.

Photos from PIBG skbtho TV's post 01/04/2023

Assalam/salam sejahtera semua ibu bapa.
Berikut ialah sedikit foto sekitar gotong-royong sesama ibu bapa yang dijalankan pada 1 April 2023 (Sabtu), memfokuskan tandas di aras bawah Blok C. Untuk makluman semua, sesi ini akan diteruskan pada 2 April 2023 (Ahad).
Terima kasih di atas sokongan, komitmen, bantuan dan kasih sayang daripada para ibu bapa dalam menjayakan program sebegini.

09/12/2022

Global HIPPO English Olympiad Competition results which was held in Rome.
After competing with 28 other students from all around the globe, congratulations Leerthieka Desanan (and family!!!) on your well-deserved success! You're an inspiration!

09/12/2022

Congratulation to Leerthieka Desanan...

07/12/2022

Mesyuarat AJK PIBG 2022/2023

Want your school to be the top-listed School/college in Selangor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Ikhlas dari kami Persatuan Ibu Bapa Guru SK Bandar Tun Hussein Onn, buat anda semua...Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan B...
Gimik perasmian mengimbau kenangan zaman dulu-dulu ๐Ÿฉด

Telephone

Website

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00