Nuramni Beyond Qalbu
Halaman ini bertujuan untuk membantu saudara islam kita di sekitar Malaysia seperti madrasah,sekolah
WAKAF BERMULA RM20 UNTUK SAHAM PAHALA YANG BERPANJANGAN
Orang yang paling bahagia adalah orang yang sudah meninggal dunia namun pahalanya tetap mengalir ibarat air sungai .
Ramai orang yang sudah meninggal dunia meminta untuk dihidupkan kembali disebabkan ingin berwakaf seperti yang disebut di dalam al quran iaitu :
"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh.” (Al-Munafiqun ayat 10)
Masih inginkah kita mensia-siakan peluang yang Allah berikan kepada kita ketika jasad masih bernyawa? Rebutlah peluang yang masih ada sebelum terlambat.
Jadi kami di Beyond Qalbu menyediakan platform bagi sesiapa sahaja yang ingin mewakafkan Al Quran atau kitab untuk membantu pelajar madrasah yang memerlukan bagi tujuan hafazan dan pembelajaran.
JOM BERWAKAF BERMULA RM20 UNTUK 1 PENAMA !!!
https://wa.me/message/N3H6PY7XCDZWO1
https://wa.me/message/N3H6PY7XCDZWO1
https://wa.me/message/N3H6PY7XCDZWO1
Sudah cukup sempurnakah solat kita?
Bagaimana p**a dengan bacaan di dalam solat?Apakah solat yang ditunaikan betul-betul dijiwai atau sekadar hanya melepaskan tanggungjawab menunaikan solat?
siapa yang belum buat cuba buat, selepas ini :
"Selesai sahaja solat duduklah dulu..
Minta solat diterima Allah SWT.
Kita yakin solat kita banyak kekurangannya. Kusyuknya tak sempurna, bacaannya pun begitu juga.
Mohonlah, "Ya Allah, yang kurang dari solatku ini, Kau tutuplah dengan rahmatMu."
Sambunglah dengan zikir dan doa. Adakah kita sudah merasa kaya dan tidak perlu kepada Allah."
AllahuRabbi ..
'Wahai Allah, ampunilah hambaMu yang benar benar lemah dan hina ini'.
Sering saja dunia ini yang aku utamakan, hinggakan sedikit saja yg aku luangkan untuk akhirat bahkan mungkin langsung aku telah lupa kerana leka.
Sama sama kita Muhasabah diri.
Tahukah kita sehari sekurang kurangnya 34 kali kita SUJUD dalam solat..
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Pada hal, kita perlu tahu dan sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Bila kita sujud, peredaran darah lancar membantu jantung bekerja dan lympha akan lancar.Bagi perempuan yang sedang hamil, sujud dapat menguatkan dari janin dalam rahim, ianya juga dapat mengurangi tekanan darah tinggi .
bersujudlah sementara kita masih ada peluang, kerana berjuta manusia di dalam kubur yang ingin kembali dihidupkan supaya dapat berSUJUD kepada Allah.
Tahu tak ? Kita berada didalam kubur lebih lama daripada hidup diatas dunia.
SAMPAI satu masa nanti, kita semua akan melalui detik yang ‘menamatkan’ kegembiraan yang pernah dinikmati di dunia ini iaitu kematian.
"Yang singkat itu waktu, yang menipu itu dunia, yang dekat itu adalah kematian''
Imam syafie hidup 53 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 1200 tahun.
P.Ramlee hidup 44 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal
lebih kurang 45 tahun.
Maka adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan didalam lubang kubur nanti?
Allah ciptakan manusia dan jin itu adalah untuk kita beribadat kepadanya.
Bukan untuk berjalan-jalan, bukan untuk berhibur, bukan untuk bers**a ria diatas dunia ini.
Hanya satu jalan untuk seseorang itu gembira bila masuk kedalam lubang kubur nanti. Iaitu menuntut ilmu dan beramal dengannya.
Carilah bekalan selagi mana kita hidup diatas dunia ini... kelak mati nanti terputuslah sudah peluang untuk mendapatkan bekalan mati.
Kita hanya hidup sekali sahaja diatas dunia ini... jangan mudah tertipu dengan kemanisanya yang tidak kekal.
Hadirilah majlis-majlis ilmu, belajarlah fardhu ain sebelum kita mati.
Hanya mereka yang berlandaskan Aqidah yang benar akan terselamat...
Muhasabah diri ku .
Jika rasa kiamat itu masih jauh, ingatlah kematian itu dekat. Jika rasa diri masih muda, ingatlah kematian itu tidak mengenal usia.
Akhir, mari renungkan doa Nabi S.A.W ini, Daripada Anas R.A bahawa Rasulullah berdoa;
“Ya Allah, tidak ada kehidupan (yang sebenar) kecuali kehidupan di Akhirat” Riwayat Bukhari dan Muslim
“Peliharalah dirimu dari neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma. Jika kamu tak sanggup, maka dengan tutur kata yang baik.” (HR. Muslim)
Adakala kita tidak mampu memberi sedekah berupa wang kepada orang lain pada setiap masa.
Jadi, kenapa tidak kita melazimi dan berusaha memberi sedekah berupa percakapan atau tutur kata yang baik.
Sedekah harta bukan sekadar Allah swt berikan pahala besar, tetapi terdapat satu hikmah besar yang membawa kepada kehebatan amalan sedekah ini, ia adalah menggembirakan dan menenangkan orang lain.
Jadi, begitu juga dengan berkata-kata dengan perkataan yang baik-baik dan lemah lembut ini ia menenangkan hati orang lain malah mampu membuatkan orang lain bahagia.
Oleh itu, fikirlah sebelum berkata-kata, adakah kata-kata kita ini mampu menyelamatkan kita dari azab Allah swt atau sebaliknya.
Wallahua'lam.
share jika bermanfaat
Kita semua ada dosa. Banyakkan amalan-amalan yang boleh membawa kita ke syurga.
Harapkan solat je, terkadang dalam solat pun kita fikir dunia. Harapkan sedekah ja, hati rasa gelisah jika orang tidak tahu kita bersedekah. Harapkan puasa ja, bulan ramadhan ja la kita puasa.
Tambah lagi dengan amalan-amalan lain untuk tutup kekurangan amalan kita yang lain. Kita bukan selamanya hidup di dunia. Sikit masa lagi, kita akan p**ang.
jom ubah
selamat beramal
Anggaplah solat itu seperti pertemuan personal kita dengan Tuhan,
Bayangkan ketika “Azan berkumandang,” Allah melihat kita, tersenyum, melambai-lambai hendak mengajak kita lebih dekat dengan-Nya. Allahuakbar.
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (Surah Al-An’aam ayat 162)
Oleh itu selagi nyawa di kandung badan, kerjakanlah ibadah dan sebarkan kebaikan sebaiknya agar menjadi bekal untuk perjalanan yang lebih jauh dan panjang.
sudah cukup sempurnakah solat kita?
kalau belum
perbaikilah................
"Duit boleh dicari, Ilmu boleh digali"
Tapi kesempatan mengasihi orang tua, takkan berulang kembali.
"Jagalah ibu bapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu" - Saidina Ali Bin Abi Talib
Ingatlah anak-anak. Keberkatan rezeki dalam hidup kita bergantung kepada berapa banyak kita gembirakan hati ibu dan bapa kita. Lagi kita buat mereka bahagia, lagi melimpah ruah rezeki yang kita dapat.
Selagi mereka hidup, ambil peluang ini untuk berjasa dan menjaga mereka. Jangan nanti dah tiada, baru nak menyesal,baru nak cari, baru nak meratap.
Kalau duduk berjauhan dari mereka, curi lah masa call atau video call. Yang mana duduk dekat tu, lagi banyak masa dan peluang rebut pahala berbakti kepada mereka. Tatap wajah mereka dan layanlah mereka dengan penuh kasih sayang.
Yang mana ibu atau bapa sudah tiada lagi, perbanyakkan amalan yang boleh membantu mereka sepertimana di dalam hadis baginda SAW: "Tiga amalan seseorang yang tidak akan terputus meskipun sudah meninggal dunia iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh." (Riwayat Muslim)
Kita bukan selamanya hidup di dunia. Sikit masa lagi, kita akan p**ang.
Apa bekal kita bawa p**ang?
Tangan banyak membuat dosa.
Mata banyak melihat dosa.
Kaki banyak melangkah ke tempat dosa.
Solat 5 waktu pun tak cukup bawak kita kat syurga!
Kalau sekadar solat 5 waktu membawa kita ke syurga, para sahabat yang dijanjikan syurga tidak akan berkorban bangun malam untuk bertahajjud.
Mereka tidak akan banyak bersedekah. Mereka tidak akan banyak membuat kebaikan-kebaikan yang lain.
Kita bukan sahabat Nabi, syurga pun belum ada nama kita. Maka perbanyakkan amalan kita. Baca Al-Quran. Zikir. Istighfar. Selawat. Tahajjud. Taubat. Puasa sunat. Infak. Zakat. Sedekah.
Buat sikit-sikit, lama-lama kita akan rasa rugi bila tidak buat.
Hidup di dunia ni biarlah merasa cukup dengan rezeki yang Allah beri. Tapi jangan pernah rasa cukup dengan amalan akhirat yang kita lakukan. Rezeki kita Allah sudah jamin ada untuk kita, syurga kita yang belum dijamin.
Susun baik-baik urusan dunia dan akhirat kita. Jangan terlalu sibuk dengan kerja sehingga lupa solat. Jangan terlalu sibuk mengumpul harta sehingga lupa sedekah juga zakat.
Kita semua ada dosa. Tapi di hati setiap pendosa itu masih ada hasrat ingin ke syurga. Berusahalah.
Sedar tidak sedar, Allah sentiasa melihat kita. Malaikat juga tidak berhenti mencatit amalan kita. Semoga kita tersenyum melihat catitan buku amalan kita di akhirat kelak. Aamiin
HADIAH TERBAIK UNTUK IBU AYAH
Apabila ibu atau bapa kita sudah tiada didunia , sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kasih sayang kepada mereka,dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang baik atau sebaliknya?
Seorang anak yang baik akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.
Ingin mengetahui lebih lanjut hadiah abadi untuk ibu ayah KLIK link sekarang untuk menempah slot ruangan hadiah ibu ayah
http://www.wasap.my/60134845951/InfaqIbuAyah
RAIH KEBERKATAN DI PAGI HARI
Amalan yang paling baik dan paling mudah untuk kita lakukan ialah pada saat “subuh hari”. Ini merupakan awal hari sekaligus waktu yang sangat tepat untuk kita melakukan “perbuatan baik”.
Amalan tersebut berupa infaq subuh.Iaitu dengan kita “memberikan wang atau harta” yang kita miliki untuk diinfaqkan . Keajaiban infaq pada waktu subuh juga akan mendapatkan “kebahagiaan secara batiniah”.
Infaq itu kunci rezeki. Semakin banyak kita memberi semakin luas rezeki seseorang itu.Ingin mengetahui lebih lanjut kunci rezeki semakin luas KLIK link sekarang untuk menempah ruangan infaq anda .
http://www.wasap.my/60134845951/SedekahSubuh
HADIAH ABADI TIDAK TERPUTUS PAHALANYA
Dalam kesibukan kita bekerja, mencari wang bagi menyara hidup keluarga, pernahkah kita berfikir " apa sumbangan anda untuk ibu dan ayah".Salah satu caranya ialah ,membuat hati ibu bapa kita gembira dan bahagia .Sebagai anak sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membalas jasa mereka.
Sesungguhnya, tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita selain ibu dan bapa. Seorang ibu bersusah payah semenjak anak dalam kandungan sehinggalah anak itu dilahirkan. Kemudian ibu bapa mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan rasa penuh kasih sayang.
Untuk maklumat sila hubungi atau wasap nombor dibawah
http://www.wasap.my/60134845951/InfaqIbuBapa
HADIAH ABADI TIDAK TERPUTUS PAHALANYA
Dalam kesibukan kita bekerja, mencari wang bagi menyara hidup keluarga, pernahkah kita berfikir " apa sumbangan anda untuk ibu dan ayah".Salah satu caranya ialah ,membuat hati ibu bapa kita gembira dan bahagia dengan memberi hadiah.Sebagai anak sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membalas jasa mereka.
Sesungguhnya, tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita selain ibu dan bapa. Seorang ibu bersusah payah semenjak anak dalam kandungan sehinggalah anak itu dilahirkan. Kemudian ibu bapa mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan rasa penuh kasih sayang.
KLINK LINK sekarang untuk menempah slot ruangan hadiah ibu ayah.
‘Ramai tanya siapa Tuhan’,” Ebit Lew Menangis Bahagia 490 Orang Kampung Mengucap Syahadah
Bukan satu dua orang, tapi 4 kampung masuk islam di tangan Ustaz Ebit Lew.
Ustaz, Ustaz, Ustaz...
semoga Allah sentiasa memelihara Ustaz dalam rahmat dan kasih sayangnya. Atas segala kebaikan dan kasih sayang yang Ustaz berikan kepada lain insan, insya Allah kami semua menjadi saksi atas kemuliaan seorang Ebit Lew itu. Subhanallah
BULAN BARU, NIAT KENA LAH BARU!
'' INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA'' Kita nak Allah upgrade rezeki kita, kita juga kena upgrade lagi besar kehidupan kita.
Manusia yang Bijak adalah orang yang sentiasa bermuhasabah diri
APAKAH AMALAN YG BOLEH KITA LAKUKAN UTK HADAPI HARI SEBELUM KEMATIAN DGN PENUH KEINDAHAN?
Banyakkan berdoa pada Allah.
"Ya Allah aku berlindung dari azab neraka,azab kubur,fitnah hidup dan fitnah mati dan fitnah Dajjal.
Boleh baca sebelum beri salam dalam bahasa arab.
Banyakkan amal² soleh.
Kita telah beriman dan buktikan keimanan kita dgn buat amalan² soleh.
Malaikat akan ilhamkan dalam hati kita supaya tak bimbang dan tak sedih kerana kita percaya dgn ketentuan Allah dan kita akan seronok nak berjumpa dgn Allah.
Kitasebagai manusia, apakah kita telah menjalankan tugas sebaiknya, apa tujuan kita di bumi ini? Marilah kita kembali kepada Allah, bertaubatlah dengan segera & perbaikilah diri juga amalan kita dengan sebaiknya
SALAM WAKAF ISNIN
MARI KONGSI REZEKI DAN KEBERKATAN DIDUNIA UNTUK KEPUASAN DAN KEGEMBIRAAN DI AKHIRAT.
Jadikan ISNIN sebagai pemula hari untuk minggu yang lebih baik dan penuh berkat dengan mewakaf Quran bersama dalam Naaz Premier Sdn Bhd
Jemput sertai wakaf Al-Quran dengan melayari link dibawah atau terus Inbox kami :
https://www.naazpremier.com.my/jom-mewakaf/
https://www.naazpremier.com.my/jom-mewakaf/
https://www.naazpremier.com.my/jom-mewakaf/
‘’ Pah kau ni bila nak ada anak?Merancang lagi lah tu ….
Soalan lazim yang selalu dapat ‘’bagi saya, mereka bukan ahli bawang rangers , mereka squad lengkuas mungkin, kita upgrade sikit untuk orang yang sangat sangat CARE pasal kita.
Thank you!
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui.”
(Al-Baqarah: ayat 216)
Kita rancang, Allah tentukan. Bila mak pak Lengkuas cakap,
” Rugi kau kahwin lewat nanti anak kau tak ada, lepas tu umur dah tua bangka kau masih hantar anak sekolah, Orang lain dah beranak pinak, kau masih lagi berdua”.
Golongan seperti ini sila elakkan diri, tak perlu berdendam tenang percaya dengan Allah, Allah bagi anak on time dimana, kedudukan kehidupan mereka stabil dari segala sudut..ekonomi, rumah, kereta, harta semua dah stabil.
Biar ada anak lambat, asalkan berkualiti, biar ada anak sikit, asalkan anak tu berbakti. Setiap manusia diberikan zon masa sendiri.
Tak ada kes cepat atau lewat. Allah bagi on time. Yang penting sentiasa muhasabah diri. Dekat sini suami kena jadi IRONMAN isteri, hargailah pasangan yang belum dapat melahirkan zuriat kerana mereka istimewa di sisi Allah.
Mereka( isteri ) sedang merasai bahkan lebih dari apa yang suami rasai. Jagalah hati mereka.Dialah Allah yang buat segalanya..di sebalik semua ini ada rahmat besar menanti. Terlalu besar kurnia yang Allah nak beri. Tak tahu hadiah yang sedang Allah sembunyikan disebalik kesusahan ini..
Buat squad lengkuas yang s**a tanya tu
Anak itu rezeki. Bukan semua orang akan mendapat rezeki itu. Usah kita mempersoalkan mengapa orang itu dan orang ini belum juga dikurniakan anak setelah sekian lama berumah tangga.
Syukur kepada Ilahi andai kita tergolong dalam golongan yang dikurniakan oleh Allah akan nikmat itu. Bersyukur juga jika kita masih belum dikurniakan rezeki itu. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
Waktu di alam barzakh nanti kita sorang sorang je. Takda sesiapa nak tolong!
Tapi sebab kita rajin amalkan Surah Mulk, ia akan jadi peneman & pelindung (dalam bentuk syafaat), berhujah bagi pihak kita di hadapan Tuhan.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah Al-Mulk”.
Jika mahu selamat di alam kubur & pada hari kiamat, bacalah Surah Al-Mulk. Ia boleh jadi 'peguam bela', berhujah dengan Tuhan agar kita dilindungi dari azab kubur & azab neraka.
Amalkan membaca Surah Al-Mulk setiap hari. Paling bagus buat seperti Rasul swt amalkan, baca setiap malam sebelum tidur. Manfaatnya untuk kita juga.
Mari kita hafal dan baca Surah Al-Mulk setiap hari. Ia bakal datangkan barakah di kehidupan selepas mati kita nanti.
Busy? Tiada masa? Tak pandai?
Jangan risau boleh je mulakan dengan buka YouTube follow slow slow, dengar je pun dah bagus, bila bila boleh buat .
Insya Allah lama lama hafal lah surah ni sebab otak kita mudah ingat perkara yang ada irama. Sebab tu lagu ‘kpop’ pun kita boleh hafal walaupun tak faham apa pun. Sebab kita mudah menghafal melodi.
like and share ...........
Kalau Kita mati hari ni, pahala kita dapat setakat yang kita amal hari ni sahaja ke??
ketika umur cecah 40 tahun kita seharusnya mengurangkan doa minta 'dunia' & start bersyukur dengan doa BERTERIMA KASIH.
Dan cara bersyukur terbaik ialah dengan mensyukuri ibu-bapa. Mak abah kita tu, depa dah berusia. Waktu kita umur 1-20 tahun, mereka bergolok-bergadai besarkan kita. Kemudian ketika umur 21-39 kita p**a tak sempat nak layan mereka sebab sibuk bina kehidupan (kahwin, kerja ). sekarang ni bila kita dah stabil, mereka p**a pun dah tua.
Inilah masanya untuk kita membalas budi orang paling baik dlm hidup kita. Mari gembirakan mak-abah selagi mereka masih ada, bagi yang tak sempat, bila dia dah tiada ? macam mana cara kita nak balas jasa mereka?
Jika mak & ayah semua sudah tiada, kita boleh berdoa :
"Ya Allah, limpahkanlah rezeki sebanyak-banyaknya kepadaku supaya aku dapat berinfaq buat mak & ayahku di alam sana. Aku nak sangat buat mereka gembira, sebab dulu masa kecil mereka selalu gembirakan aku."
Insyaallah, dengan niat yang murni dan penuh kasih sayang macam ni pasti Allah akan lebih mudah makbulkan doa kita.
Saya nak kongsi peluang bersedekah ke tempat yang berkah khas buat mak & ayah tercinta.
Kita sedekah/wakafkan Al-Quran kepada pelajar tahfiz atau sesiapa lebih memerlukan di mana mereka ini setiap hari pasti akan mengaji. Doa mereka saya yakin lebih makbul. InsyaaAllah
Jom wakaf online bersama naaz premier
'' mudah , pahala pun melimpah ''
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?"
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Rasulullah mengatakan ibu sebanyak tiga kali?
-Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan. Kandungan yang berat itu lah dibawa ke mana-mana.
-Ibu merasakan sakitnya melahirkan anak. Mereka sanggup kehilangan nyawa untuk anak tersayang.
-Ibu menyus**an anak.
Ada sebuah kisah dari Abu Hurairah R.A :
Seorang sahabat bernama Jahimah RA datang menemui Rasulullah SAW meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspidisi Jihad.
Rasulullah bertanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?"
Jahimah menjawab: "Ya"
Lalu Rasulullah bersabda: "Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya."
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas.
"Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan ''Bismillah'' maka terputuslah berkatNya ",
Moga dengan itu amalan tersebut kita juga digolongkan sebagai amalan yang berniat melakukan kerana Allah SWT.
Saya nak share Kisah dalam amalan membaca bismillah.
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.
Suaminya rimas sambil memerli , “Asyik Bismillah, Bismillah sekejap-sekejap Bismillah.’’ Suatu hari suaminya berkata :
“Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”
Sengaja hendak menguji isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya. Lalu Isterinya mengambil dan menyimpan di tempat yang selamat. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”
Kemudian isterinya membuka peti simpanan duit dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Oleh itu mari kita sama sama mulakan pagi kita hari ini dengan 'Bismillah', berlapang dada, niat, fikir, rancang, doa, cakap, tulis, baca, dengar yang baik baik dan lemparkan senyuman yang ikhlas lagi indah.
'Kun Fayakun' (“Jadilah, maka jadilah…”)
Tahun 2020 merupakan tahun kesedihan & ujian. Ia dibuka dengan musibah Covid dan ditutup dengan ujian banjir yang masih belum reda sepenuhnya.
Mungkin bagi sesetengah kita, tahun ini merupakan tahun ujian 'personal' terbesar. Ada yang kehilangan kerja, pendapatan berkurang. Bahkan ada juga yang kehilangan orang disayangi.
Kerana kita tidak merasai. kesedihan mangsa yang kebanyakannya 'total loss'. Hilang segalanya. Tinggal sehelai-sepinggang sahaja. Rumah yang didiami berpuluh tahun, penuh nostalgia tiba-tiba lenyap, tinggal tangga sahaja.
Kereta yang dibeli hasil jimat-cermat mengumpul bertahun tiba-tiba lenyap dimakan arus.Buku, Al Quran, bahan pembelajaran di Sekolah, madrasah serta pusat pengajian yang di tenggelami air.
Hanya Allah Ta'ala sahaja yang tahu derita hati mereka yang mengalami. Wajahnya mungkin tersenyum, namun hatinya menangis sayu. Kita selaku kenalan cuba membantu. Namun, sekuat manapun kita cuba memahami, kefahamannya takkan sama.
Kami dari Syarikat Naaz Premier perihatin dengan musibah ini dengan mengwujudkan Program Wakaf Quran Pasca Banjir untuk membantu menggantikan Al Quran Al Quran yang telah rosak di Pusat pusat pengajian yang terlibat.
Kami berdoa, moga segala bantuan yang kita hulur kan Allah akan gantikannya dengan syurga. Kami juga berdoa dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh ramai yang ditimpa malapetaka, Allah akan gantikannya dengan syurga.
kalau kita tak mampu untuk '' memberi'' ringankan tangan untuk share supaya lebih ramai dapat manfaat .
Jemput sertai wakaf Al-Quran dengan melayari link dibawah :
https://www.naazpremier.com.my/jom-mewakaf/
https://www.naazpremier.com.my/jom-mewakaf/
https://www.naazpremier.com.my/jom-mewakaf/
#
Ya Allah, rupa rupanya Al-Fatihah itu ialah satu perbualan
Bukan sebarangan perbualan, perbualan dengan Allah, Tuhan sekalian alam.
Ramai antara kita baca semberono, laju tiada adab! Sudah lah tidak faham maksud nak cepat je kan? Kalau lah itu cara kita berbual dengan makayah kita, dah kena label ‘’biadab’’
Maha Pemaafnya Allah, tidak berkira dengan kejahilan hamba-Nya.
Al-Fatihah ni, umpama perbualan kita dengan Pencipta.
Dalam setiap bait ayat yang keluar dari bibir, Allah s.w.t ada jawab balasnya.
1. Apabila hamba-KU mengucapkan: Alhamdulillahi rabbil 'alamin (Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)
AKU menjawab: hamdani 'abdi (hambaku memujiku)
2. Apabila hamba-KU mengucapkan: Arrahmanirrahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)
AKU menjawab: 'Atsna alayya 'abdi (hambaku menyanjungiku)
3. Apabila hamba-KU mengucapkan: Maliki yaumiddin (Maha Penguasa hari kemudian)
AKU menjawab: Majjadani abdi (hambaku mengagungkanku)
4. Apabila hamba-KU mengucapkan: iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in (kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami minta pertolongan)
AKU menjawab: Hadza bayni wa bayna abdi, wali abdi wa saala (inilah bahagianku dan bahagian hambaku yang di mintanya)
5. Apabila hamba-KU mengucapkan: Ihdinash siratal mustaqim, siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin (pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan yang tidak Engkau murkai dan tidak p**a jalan orang yang sesat)
AKU menjawab: Hadza li abdi, wali 'abdi ma saala (inilah bahagian hambaku, untuk apa yang dimintanya)
Nampak tak??
How Allah is so pleased bila surah ini dibaca. Dan Dia siap beri offer p**a akan beri apa yang kita minta.
Selalu-selalukan juga hadiahkan al-Fatihah kepada Rasulullah saw dan ahli rumahnya, pada rohani dan jasad kita dan manusia di sekeliling kita.
jom like and share
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Website
Address
Selangor
D'8 Seksyen 8 Bandar Baru Bangi
Selangor, 43650
Persatuan Kebajikan Penduduk Seksyen 8 Fasa 1 Badar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
No 42 Jalan Tps 1/4 Taman Pelangi Semenyih
Selangor
Pertubuhan Doktor Prihatin adalah sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh Doktor Am. Misi utama pertubuhan ini adalah untuk mendekati golongan-golongan yang memerlukan bantuan teruta...
32-1F, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam
Selangor
Infaq Kurma Ajwa Yayasan Jamin merupakan satu program yang dijalankan bagi membantu madrasah-madrasah di seluruh Selangor, khas pada bulan Ramadhan Al-Mubarak 2022.
Http://maps. Google. Com/maps/ms?ie=UTF8&hl=en&msa=0&msid=109364519209912072694. 000496462eadd78af5a73&ll=3. 108463, 101. 625917&spn=0. 008892, 0. 021007&z=16&iwloc=000496464f51eca983993
Selangor, 46300
- formerly known as (PJ Union Table Tennis Club-友联乒乓俱乐部) PJ Union Club 乒乓俱乐?
NAAZ PREMIER SDN BHD, NO 7-1, LIGHTGREY JALAN HOSPITAL, Jalan Kusta, KAMPUNG JAYA INDUSTRIAL AREA, Sungai Buloh
Selangor, 47000
Tujuan halaman ini dijalankan adalah untuk membantu Sekolah Agama, Maahad Tahfiz, Rumah Anak-Anak Ya
Unit W701, Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana
Selangor, 47820
一个属于杰出少年人的天地。。。。。。 一个让少年人发掘潜能、实现梦想、 创造奇迹、成为时代传奇的天地! www.keyscareforce.org
Selangor, 40400
It's time to start your journey! Being physically active is a positive step anyone can take to improve their heart health and wellbeing, adding years to their life and life to thei...
No 10 Jalan Damai 7 Tmn Desa Damai Sg. Merab
Selangor, 43000
Al-Baqarah 261: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakanhartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebijibenih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiaptangkai i...