Addmathica

Additional Mathematics Tutor since 2011. Teach students with simple concepts and techniques in Additional Math with various forms of questions patterns.

Also, motivate them to believe in their potential and encourage more to keep on moving forward.

Photos from Addmathica's post 27/05/2024

SPM 2023

Alhamdulillah tahniah kepada pelajar2 yg dah bertungkus lumus berjuang dlm SPM 2023. Semoga kejayaan hari ni, walau berapa banyak pun A, akan beri semangat untuk terus berjuang di medan ilmu dan menggapai cita-cita dimasa akan datang.

Cikgu doakan semoga semua berjaya dimasa hadapan, menjadi nadi pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Photos from Addmathica's post 16/04/2024

Kelas pertama selepas raya. Semoga semangat anak-anak muridku..

17/04/2022

Addmath Online Class batch05 (Erudite) SESERI KL - bersama cikgu Mazrul Ramzi Mokhtar

Walaupun kelas online di bulan ramadhan tapi alhamdulillah meriah dan responsif 😁.

12/09/2021

Math Online Class (MOC) Form 2 Sesi September

Alhamdulillah kelas ke-3 pada sesi kali ini kita dah habiskan ulangkaji Bab 5 - Bulatan, latihan soalan format peperiksaan berserta kuiz untuk uji penguasaan pelajar.

Bila ada kuiz baru dapat nilai penguasaan pelajar dalam setiap topik yang dipelajari :)

06/09/2021

ADDMATH ONLINE CLASS (AOC) FORM 4 SESI SEPTEMBER 2021.

AOC Form 4 kali ini akan fokus pada bab 7 Geometri Koordinat (Coordinate Geometry) yang merupakan lanjutan daripada bab terakhir matematik tingkatan 3 Garis Lurus.

Pelajar akan didedahkan dengan mindmap terperinci, modul yang disusun mengikut pattern dan soalan-soalan percubaan untuk memantapkan penguasaan pelajar.

Pendaftaran dibuka dan masih tinggal beberapa kekosongan sahaja lagi. Ayuh daftar dan skor Addmath! :)

Untuk daftar boleh tekan link di bawah :)
https://wa.me/601114790585?text=Saya%20nak%20join%20AOC%20Form%204%20Topik%20Geometri%20Koordinat(Coordinate%20Geometry)

Photos from Addmathica's post 05/09/2021

Minggu pertama Addmath Online Class (AOC) 3.0 Form 5 Sesi September 2021 bersama cikgu Mazrul Ramzi Mokhtar.

Alhamdulillah mendapat feedback positif pelajar berkenaan modul, mindmap dan penerangan setiap soalan bagi topik pertama Sukatan Membulat (Circular Measure).

Insya Allah cikgu buat yang terbaik untuk bantu kalian! :)

27/08/2021

Math Online Class (MOC) bagi pelajar Tingkatan 2 kini dibuka bagi sesi September 2021.

MOC bulanan pada kali ini kita akan fokus pada Bab 5 dan Bab 6, disamping membuat sedikit revisi bab-bab sebelumnya supaya pelajar sentiasa ingat dan "refresh". :)

Ayuh daftar segera di https://wa.me/601114790585?text=Saya%20nak%20join%20MOC%20F2%20bermula%2004%20September%202021%20.

Photos from Addmathica's post 24/08/2021

Addmath Online Class (AOC) REVISION 3.0 Cg Mazrul

Assalamualaikum,

Penyertaan dibuka bagi pelajar Form 5 2021 sebagai persediaan untuk Trial SPM 2021.

Manfaat untuk pelajar?

🔸Revisi bab 1 - 3 Form 5 (Kertas 1 dan Kertas 2).
🔸Modul koleksi soalan trial terkini yang disusun mengikut pattern + mindmap setiap bab.
🔶️Soalan-soalan dijawab bersama mengikut konsep dan teknik yg betul.
🔶️Screenshot soalan yg dikongsi dalam group whatsapp eksklusif memudahkan revisi setiap masa.
🔶️Video rakaman setiap kelas untuk ulangkaji berterusan.

Jika berminat boleh hubungi Cikgu Mazrul https://wa.me/601114790585?text=Saya%20nak%20join%20AOC%20Revision%203.0%20bermula%2004%20September%202021%20.

Terima Kasih
Cikgu Mazrul

13/08/2021

Addmath Online Class (AOC) Form 4 Sesi Ogos 2021.

Bab 6: Hukum Linear (Linear Law)

Alhamdulillah selesai minggu pertama bagi AOC Form 4. Kali ini mendapat penyertaan pelajar dari sekolah:

- MRSM Taiping, Perak
- MRSM Pengkalan Hulu, Perak
- SMK Kajang Utama, Kajang Selangor
- SMK Seksyen 18, Shah Alam Selangor
- SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras Selangor

09/08/2021

Math Online Class (MOC) Form 2 Sesi Ogos 2021.

Selesai minggu pertama kelas pada Sabtu dan Ahad lepas, dimulakan dengan Bab 3 Rumus Algebra. Kali ni pelajar yang terlibat dari sekolah:

- Mozac, Melaka.
- SMAP Labu, Negeri Sembilan.
- SMAP Kajang, Selangor.
- SAMSMEL, Selangor.
_ SMK Sri Serdang, Selangor.

Photos from Addmathica's post 07/08/2021

Alhamdulillah tuisyen matematik tambahan minggu ni kita buat ulangkaji topik Pembezaan (Differentiation) dan Pengamiran (Integration) bagi Pelajar Tingkatan 5 SESERI.

Lagi seminggu mereka akan duduki Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) mengikut format kertas sebenar SPM, jadi kenalah praktis jawab soalan-soalan format SPM sebenar

05/08/2021

ADDMATH ONLINE CLASS (AOC) FORM 4 SESI OGOS 2021.

Mari belajar Addmath bersama Cikgu Mazrul Ramzi Mokhtar

Bab 6: Hukum Linear (Linear Law)

Alhamdulillah ada pelajar yang ikuti kelas Cikgu Mazrul dari topik pertama lagi.

Dan mereka didedahkan dengan "mindmap" setiap bab, koleksi soalan percubaan SPM yang disusun mengikut "pattern" untuk mudah difahami.

Ayuh daftar dan sebarkan semoga bermanfaat. Jumpa pada 12 Ogos ni ya!😊

21/07/2021

Addmath Online Class (AOC) REVISION 2.0 Cg Mazrul

Assalamualaikum,

Saya buka penyertaan bagi pelajar Form 5 2021 sebagai persediaan untuk peperiksaan sekolah/Trial/SPM.

Apa yg pelajar dapat bila join AOC Revision 2.0?

✅Revisi bab 6-10 Form 4.
✅Modul koleksi soalan trial terkini yang disusun mengikut pattern + mindmap setiap bab.
✅Soalan-soalan dijawab bersama mengikut konsep dan teknik yg betul.
✅Screenshot soalan yg dikongsi dalam group whatsapp eksklusif memudahkan revisi setiap masa.
✅Video rakaman setiap kelas untuk ulangkaji berterusan.

Jika berminat boleh hubungi Cikgu Mazrul https://wa.me/601114790585?text=Saya%20nak%20join%20AOC%20Revision%202.0%20bermula%2031%20Julai%202021%20.

Terima Kasih
Cikgu Mazrul

Photos from Addmathica's post 10/07/2021

{Math Online Class (MOC) Form 2}

Kelas hari ni bab Pemfaktoran dan Pecahan Algebra.

Cikgu beri penekanan lebih untuk kuasai konsep ALGEBRA sebagai asas untuk pengiraan matematik dan juga matematik tambahan nanti.

Photos from Addmathica's post 01/07/2021

Alhamdulillah, selesai tuisyen Addmath sesi Jun bagi batch Form 4 Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) KL.

Walaupun PdPR sekolah sehingga 4.30pm, namun tetap semangat untuk sambung Quantum Leap Programme di malam hari untuk Addmath 💪.

29/06/2021

Jom belajar addmath bersama Cikgu Mazrul. Untuk sesi Julai bagi pelajar tingkatan 4 kita akan masuk Bab 5 Janjang (Progressions).

Modul yg lengkap dengan contoh dan konsep serta soalan-soalan Trial yang disusun mengikut pattern soalan akan memudahkan pelajar kuasai bab ini 👍🏻.

28/06/2021

Bismillah..

Atas permintaan ibubapa, Math Online Class (MOC) bagi pelajar tingkatan 2 kini dibuka. Untuk sesi Julai akan dimulakan dengan

Bab 1 Pola dan Jujukan (Patterns and Sequences)
Bab 2 Pemfaktoran dan Pecahan Algebra (Factorisation and Algebraic Fractions)

Kuasai algebra dahulu baru boleh kuasai math dan addmath nanti 😊

Ayuh daftar! ✏️💻📱

Photos from Addmathica's post 27/06/2021

Tamat sudah AOC Form 4 bagi sesi Julai 2021.

Alhamdulillah dapat buat revisi konsep dan pattern soalan peperiksaan bagi

Bab 1 Fungsi
Bab 2 Fungsi Kuadratik
Bab 3 Sistem Persamaan
Bab 4 Indeks, Surd dan Logaritma

Segala nota softcopy telah diterima pelajar yang menyertai, disertai modul latihan berterusan dengan harapan membantu mereka untuk sentiasa ingat dan praktikkan ilmu yang dipelajari.

Semoga berjumpa lagi untuk sesi seterusnya.

25/06/2021

Modul untuk AOC Revision F4 (Bab 1 - 5) dah siap..baru nak print colour dan binding tapi apakan daya PKP 3.0 kedai printing tak buka..

19/06/2021

Addmath Online Class (AOC) bagi sesi Julai 2021 kini dibuka.

AOC kali ni akan fokus kepada Revisi Topik Tingkatan 4 melibatkan

Bab 1: Fungsi (Function)
Bab 2: Fungsi Kuadratik (Quadratic Function)
Bab 3: Sistem Persamaan (Systems of Equations)
Bab 4: Indeks, Surd dan Logaritma (Indices, Surds and Logarithms)
Bab 5: Janjang (Progressions)

Penekanan kepada latihan soalan Percubaan SPM terkini yang disusun mengikut pattern soalan untuk memudahkan pelajar faham dan kuasai.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi di wasap Cikgu Mazrul https://wa.me/601114790585?text=Saya%20nak%20join%20AOC%20Revision

Jumpa nanti!

17/06/2021

Alhamdulillah tahniah batch Calista SESERI atas pencapaian cemerlang SPM 2020.

Terima kasih pihak sekolah dan PIBG SESERI atas peluang untuk saya menjadi Tutor Addmath mereka sejak F4 (2019).

Syabas atas peningkatan GPS dan juga peningkatan paling banyak adalah bagi subjek Addmath.😁👍.

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong mereka untuk cemerlang di peringkat lebih tinggi dan menaikkan semangat batch seterusnya untuk terus berjaya.

Cikgu Mazrul,
Tutor Addmath SESERI since 2019.

Seluruh Warga SESERI mengucapkan Syabas dan Tahniah atas pencapaian CALISTA yang cemerlang.

Calista adalah puteri sulung SESERI Kohort 1 2016 2020.

Teruskan Kecemerlangan Calista di mana-mana jua

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Photos from Addmathica's post 11/06/2021

Alhamdulillah. Antara ucapan yang diterima daripada pelajar SPM 2020, ibubapa dan juga guru sekolah.

Majoriti, pelajar boleh score daripada Gagal kepada B+ dalam SPM, walaupun belajar secara online.

Dan paling penting, sikap dan semangat untuk terus berjuang semoga dapat diteruskan apabila ke peringkat seterusnya.

11/06/2021

9,411 calon SPM 2020 memperoleh keputusan semua A

PUTRAJAYA: Seramai 9,411 atau 2.46 peratus daripada 381,894 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 memperoleh keputusan semua A.

Data dikongsikan Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan, seramai 78,731 atau 20.62 peratus memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian manakala 146,447 (38.35 peratus) memperoleh keputusan lulus dan 31.81 peratus atau 121,496 calon memperoleh keputusan sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran.

Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu juga, seramai 21,395 atau 5.60 peratus memperoleh keputusan kombinasi gred dan 1.16 peratus atau 4,416 calon memperoleh keputusan semua gagal.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan peperiksaan SPM 2020 juga menunjukkan peningkatan calon bandar dan luar bandar.

Beliau turut menyifatkan calon SPM 2020 adalah generasi paling mencabar, berikutan terpaksa berdepan suasana pembelajaran dan peperiksaan yang berlainan berbanding calon sebelum ini, susulan penularan wabak COVID-19.

"Pencapaian calon di bandar dan luar bandar mencatatkan peningkatan. Namun, peningkatan pencapaian calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding pencapaian calon di bandar.

"Tahun 2019 pencapaian pelajar luar bandar adalah 5.14 dan 5.06 pada SPM 2020," katanya pada sidang media SPM 2020 secara maya, pagi ini.

Bagi pencapaian calon bandar p**a, SPM 2020 mencatatkan sebanyak 4.68, iaitu peningkatan sebanyak 0.2 berbanding 4.70 pada SPM 2019.

Sementara itu, sebanyak 43 mata pelajaran termasuk lima mata pelajaran teras, menunjukkan peningkatan dalam SPM 2020.

Radzi berkata, 39 mata pelajaran lagi, termasuk dua mata pelajaran teras menunjukkan, penurunan manakala satu mata pelajaran kekal, daripada keseluruhan 83 mata pelajaran yang ditawarkan.

Katanya, mata pelajaran teras yang menunjukkan peningkatan adalah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Sejarah dan Sains manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan.

KPM juga melaporkan sebanyak 19.36 peratus calon SPM 2020 menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan cemerlang manakala 48.89 peratus menjawab dengan baik dan 31.73 peratus lagi adalah berpotensi.

Sumber: Bharian online, Khamis 10 Jun 2021

Alhamdulillah..tahniah semua calon SPM 2020, bukan mudah untuk jawab dan skor SPM waktu musim pandemik covid-19 ni..
Selamat memasuki cabaran sebenar dalam pendidikan pasca SPM.

Want your school to be the top-listed School/college in Selangor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

Kajang
Selangor

Other Tutors/Teachers in Selangor (show all)
独中补习 Mr Tan Tuition for Chinese Independent School 独中补习 Mr Tan Tuition for Chinese Independent School
13-1, Jalan SL 1/3
Selangor, 43000

大马独中线上线下补习。

Tutor Bahasa Arab, Al-Quran & Fardhu Ain Tutor Bahasa Arab, Al-Quran & Fardhu Ain
Selangor, 43200

Tutor Bahasa Arab dan Pengajian Islam. PT3, SPM, STAM, DIPLOMA

Tips Nak Berjaya Tips Nak Berjaya
Selangor

Page yang mengongsikan tips/cara untuk mencapai kejayaan . Insyaallah !