Program Cuti Sekolah Ampac

Program Cuti Sekolah Ampac

Nearby gyms & sports facilities

Adilla fitness n  dance studio
Adilla fitness n dance studio
Kuala 40100

You may also like

Sahabat La_Masia
Sahabat La_Masia

Program yang telah, sedang dan akan meletopkan potensi kanak-kanak & remaja Muslim! Ratusan keluarga sudah menikmati kesannya, anda bila lagi?

Dengan menggunakan modul Brilliant Students' Skills, English Cuti Sekolah dan Misi Bijak Berbicara, insyaAllah Program cuti sekolah ini bakal menjadi pengalaman hidup yang cukup menarik untuk anak anda!!

16/07/2024

Program Cuti Sekolah ❌
Program Premium Public Speaking ❌
Personal Coaching ✅

Ya, ada dikalangan ibu bapa yang mahukan sesi personal coaching bersama dgn AMPACoaches utk melatih anak mereka. Lebihnya untuk persembahan atau pertandingan. 😊

AMPAC buat hari apa? Sesi personal coaching ini dijalankan pada hari isnin sehingga jumaat mengikut kekosongan waktu. Sabtu ahad kami akan fokus kepada program lain.

Secara fizikal di Akademi AMPAC Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Juga atas permintaan secara online kami buat latihan. 🥰

InsyaAllah sesi personal coaching ini akan dilatih oleh Jurulatih Ampac yang terlatih. 😊

11/07/2024

AMPACome Back To School! ❤️

InsyaAllah, kami akan mula aktif semula untuk bersama dengan pelajar sekolah serta program bersama cikgu sekolah. ✨

10/07/2024

Pendedahan untuk berani bercakap di khalayak ramai boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Dulu, antara perkara yang dilakukan di sekolah adalah:

1- Cikgu suruh baca sifir atas pentas waktu perhimpunan. Kita baca dan kawan-kawan ikut.

2- Cikgu suruh baca buku peraturan sekolah. Kita baca dan pelajar lain ikut.

3- Cikgu buat kuiz sempena minggu bahasa, minggu sambutan hari kebangsaan dan sebagainya, cikgu bagi soalan, kami kena berlari naik pentas bagi jawapan kat mic.

4- Pentazkirah pagi jumaat. Pelajar pelu baca hadis atau text tazkirah sewaktu perhimpunan.

5- Random public speaking. Ni waktu saya tingkatan lima. Ketua pelajar akan minta pengetua cabut nama dalam balang secara rawak, dan nama yang dipetik akan kena buat public speaking selama 5-7 minit.

Ini kisah kami dulu-dulu bagaimana cikgu sekolah membantu kami untuk menguasai kemahiran berkomunikasi.

Anda ada pengalaman naik pentas zaman sekolah?
Anda kena buat apa ya dulu?

07/07/2024

Semoga ditahun baru Islam ini Allah tambahkan Nikmat iman, Nikmat sihat, sentiasa Istiqomah untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

Dan sentiasa dimurahkan rezeki,
dipermudahkan segala urusan.
Diberi umur yang panjang serta bahagia dunia & akhirat. ❤️

Salam Maal Hijrah
1 Muharram 1446H | 7 Julai 2024

Photos from Program Cuti Sekolah Ampac's post 28/06/2024

Esok! Premium Program Bijak Berbicara AMPAC (Program jangka masa panjang) akan berlangsung. ✨

Ya, esok AMPACoaches akan go for latihan intentif untuk melahirkan kanak-kanak yang hebat menjadi Emcee! 🤩

Satu kemahiran yang sangat mahal dan peserta program kami akan pelajari serta kuasai InsyaAllah. 🥰

Doakan juga Projek Premium Program Bijak Berbicara, ada rezeki di:-

🎯 Saujana Utama
🎯 Seksyen 16 Bangi
🎯 Gombak

27/06/2024

“Yang Belakang Sana, Jangan Ingat Penceramah Tak Nampak Ya.. Dari Jauh Boleh Nampak Yang Korek Hidung.. Siap Boleh Tau Ada Dapat Isi Atau Pun Tak”

Okay min gurau2 je ya.. jangan serius sangat hehe 🤣

24/06/2024

“Jemput AMPAC Ke Sekolah”

Objektif kami adalah untuk membantu pihak sekolah untuk membangunkan potensi para pelajar untuk menjadi insan yang seimbang serta cemerlang dari pelbagai aspek.

Dengan kepakaran dan pengalaman kami, ini adalah masanya untuk kami hulurkan tangan membantu guru dan pihak sekolah dalam pembangunan para pelajar di sekolah.

3 Kelebihan Bersama AMPAC. ❤️

1. BIMBINGAN PRAKTIKAL DARIPADA PAKAR! Barisan AMPACoaches yang bukan calang-calang orang dalam dunia seni berbicara & juga latihan.

2. TIPS YANG BOLEH DIGUNA SEKARANG DAN BERKESAN SEKARANG JUGAK! Peserta tak perlu tunggu esok untuk merasai perubahannya.

3. RASA TAKUT DAPAT DIKENDALIKAN DENGAN CEPAT DAN BERKESAN! 3 cara mudah untuk peserta menjadikan KETAKUTAN sebagai KEKUATAN!

23/06/2024

ABG BADR kembali di Nasional FM! InsyaAllah esok akan ke udara dalam slot Cara Kita sehingga penghujung Julai 2024.

Semoga Allah permudahkan usaha untuk menyebarkan manfaat kepada ummat menerusi corong radio dan juga saluran-saluran yang lain. Doakan ye sahabat-sahabat.

21/06/2024

Pasukan AMPAC yang dipimpin oleh Abg Badr bukan sahaja memegang jawatan di syarikat malah kami dilatih menjadi seorang Trainer. ✨

Trainer yang mampu menyampaikan modul-modul AMPAC di dalam Program dengan gaya tersendiri serta objektif tercapai.

Dengan DNA AMPAC, “Learn & Enjoy dilaksanakan dalam setiap program kami menjanjikan “moments” yang luar biasa untuk peserta kami.

Dengan prinsip “Train & Enjoy”, InsyaAllah pasukan kami atau dikenali sebagai AMPACoaches mampu membawa program dengan sehabis baik.

Daripada peringkat umur sekolah rendah sehingga program korporat. Doakan kami sebagai Training Consultant yang terus kuat berkongsi ilmu & kemahiran.

21/06/2024

Salam Jumaat! ✨
Penghulu Segala Hari.

Saja min nak share, yang lokasi AMPAC ni sangat dekat dgn Masjid.

Masjid yang sangat terkenal dgn gelaran Masjid Hijau. Nama sebenar Masjid Hasanah. ❤️

Di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Lokasi pusat bandar yang sangat strategik dan macam-macam kemudahan seperti Hospital Islam Az-Zahrah, tempat menaiki Bas Rapid KL serta kedai makan best2 pun berhampiran sahaja.

Apa2 pun, jangan lupa untuk bersedekah ya. 😉

20/06/2024

Ramai yang sudah bertanya mengenai Program anjuran AMPAC. ❤️

Ya untuk tahun ini, intake Program Premium (Jangka Masa Panjang) hanya sekali sahaja.

Tetapi setiap Cuti Sekolah, AMPAC sangat komited dalam menganjurkan Program Cuti Sekolah. 😍

InsyaAllah kita nak bantu ibu bapa mengisi masa cuti dengan ilmu & kemahiran yang bermanfaat. 👍

Oooh, info di web kami pun sudah update. Untuk tengok-tengok dulu kan. 😉

17/06/2024

✨ 17 Jun 2024 / 10 Zulhijjah 1445H. ✨

Dengan penuh rasa syukur, AMPAC Human Development Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam dan ibadah korban bagi yang mengerjakannya. Semoga ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.

Marilah sama-sama kita menghayati pengorbanan disebalik syari'at ibadah korban.

Semoga kita mendapat keberkatan daripada amalan yang dikerjakan dan dimakbulkan segala doa-doa.

**AMPAC TUTUP 2 HARI (17 & 18 JUN 2024) SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA. SEBARANG TEMPAHAN PROGRAM BOLEH MELALUI 013-2719170**

15/06/2024

Puasa Arafah ✨🕋

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Puasa pada hari Arafah, Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa yang sebelum dan selepas tahun itu.”Riwayat Muslim (1162)

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Ahad, 16 Jun 2024 bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah.

Jom berpuasa ✨

01/06/2024

TERBANG LEBIH TINGGI ✨

Pagi ni Abg Badr & AMPAC akan bersama dgn Pejuang KRS Travel dalam sebuah program yang cukup istimewa. ❤️

Semoga apa yang disampaikan ini dapat membantu Mutawwif dan juga meningkatkan motivasi untuk mempromosikan Pakej Umrah KRS Travel. ✨

30/05/2024

Alhamdulillah. Selesai sudah Program Cuti Sekolah AMPAC Mei 2024!!!

Cukup luar biasa! Dgn pidato Islam Cara Hidup Sempurna ditambah p**a dengan modul memanah untuk kali ini. 4 hari yang cukup mengujakan!

Tahniah kepada barisan jurulatih dan fasilitator AMPAC yang sungguh komited mendidik masa depan ummah. Moga Allah redha dengan usaha kita ini dan membuka pintu perjuangan yang lebih besar untuk kita memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Aamiin!

Kami AMPACoaches dan para fasi mendoakan semoga semua peserta dapat terus mengamalkan dan sebarkan segala ilmu manfaat yang diperolehi sepanjang 4 hari ini.

Terima kasih kpd semua ibu bapa atas sokongan. Semoga berjumpa lagi. ❤

Photos from Program Cuti Sekolah Ampac's post 29/05/2024

KAMI BIJAK BERBICARA!! 😍✨

Alhamdulillah, kami puas hati sangat dengan prestasi peserta Program Cuti Sekolah AMPAC. Hari ni semua berjaya menyampaikan Persembahan Pidato dengan sangat baik.

Semua nampak berbeza dari sudut keyakinan bertambah berbanding hari pertama datang ke AMPAC. Dan semua ini berlaku sebab mak ayah yang sentiasa mendoakan anak-anak peserta ini. AMPAC, kami diamanahkan oleh ibu bapa untuk melatih. Tanpa doa semua ini tidak akan berlaku.

Semoga semua peserta terus menjadi Bijak Berbicara! 😊✨👍
“Learn & Enjoy!”

Esok, kita akan pergi kepada modul Memanah p**a. 😉
Min excited nak panah hehe jumpa esok semua. 😍

28/05/2024

Tahniah & Syabas Semua!! ❤️

Buat semua pelajar yang mengambil result SPM 2023 semalam.
Tak kira apa jua result anda. AMPAC ucapkan Tahniah. 😊

Buat yang cemerlang, terus kekalkan prestasi cemerlang dan bagi yang kurang sedikit. Jangan berputus asa atau kecewa. Terus mengejarkan cita-cita anda. ❤️

25/05/2024

PENYERTAAN BELUM DITUTUP! 😱
2 HARI LAGI BAKAL BERMULA ✨

PROGRAM CUTI SEKOLAH AMPAC BAGI SESI MEI 2024! 🤩

Dipimpin oleh Master trainer AMPAC iaitu Abg Badr sudah pasti anak-anak akan teruja dan seronok. ✨

Detail program adalah seperti berikut :

🗓️ Tarikh Program
27 - 30 Mei 2024

⏰ 9.30 pagi - 4.30 petang

🏡 Akademi AMPAC, Bandar Baru Bangi (secara bersemuka)

📚 Khas untuk peserta 7-16 tahun

Modul
📍 Bijak Berbicara (Pidato)
📍 Brilliant Students’ Skills
📍 Memanah Pendekar Awang (Melatih Fokus & Ketahanan Diri)

Website
http://programcutisekolah.com

23/05/2024

DARIPADA 5 BINTANG, ANAK SAYA BAGI 10 BINTANG KEPADA AMPAC ✨

“Malah yang seorang lagi bagi 50 Bintang terus!”

Alhamdulillah, terima kasih atas feedback yang diberikan oleh parent peserta Program Cuti Sekolah AMPAC. 🥰

Tuan Azharuddin (Ayah Peserta PCS AMPAC)
“Alhamdulillah, anak saya lebih berani & lebih yakin berkomunikasi. Lebih berani untuk berkongsi pandangan.”

InsyaAllah tuan puan yang belum ada apa-apa perancangan untuk anak-anak cuti sekolah ini boleh melawat ke website kami http://programcutisekolah.com untuk tengok-tengok dulu. 😊

Jika berkenan dan sesuai boleh la mendaftar anak tersayang. ❤️

Kami di pihak AMPAC akan berikan yang terbaik dalam setiap program kami. ✨

23/05/2024

PIALA DUNIA SEPAK TAKRAW 🔥

Malaysia cipta sejarah muncul juara dunia, tewaskan Thailand 2-0

Kejayaan ini merupakan hasil titik peluh seluruh pasukan dan persatuan sejak hari pertama.

Semoga hari ini menjadi inspirasi kepada semua penggiat sukan bahawa dengan usaha dan iltizam, pasukan kita mampu bersinar di mata dunia.

Tahniah , anda kebanggaan kami! 🇲🇾

Ikhlas Daripada AMPAC

22/05/2024

Aduhhh 😭
Member dah janji nak tunggu gaji baru daftar anak.. tengok dah daftar dulu.. 🥲

Jangan bimbang, Ampac ada solution bayaran secara ansuran. 😉

http://programcutisekolah.com

22/05/2024

Luar Biasa di pagi hari ini.. 🤣
Rasanya sebelum ni kena terajang dengan lembu korban.. Tengok Coach Ayie masih maintain okay.. 😂

Hahhh.. jangan lupa.. 27-30 Mei ini PCS Ampac tau. 😉

Anas Nadawi - KMB 21/05/2024

Hasil Produk AMPAC ❤️
Kekuatan “Public Speaking” Meningkat! ✨

Saudara Anas Nadawi yang menyertai Program Premium AMPAC semasa sekolah rendah.

Alhamdulillah menjadi seorang insan yang cukup-cukup hebat!

Menjadi tokoh pelajar ketika di peringkat sekolah dan juga pelajar cemerlang. Bukan di peringkat sekolah sahaja malah ni Kolej Mara Banting pun mengekalkan prestasi cemerlang.

Hebat bermain bola sepak, mewakili Malaysia bermain di Jepun (Yakult) dan Spain.

Min kongsikan video beliau. ✨
Moga menjadi Inspirasi kepada semua. 😊

Anas Nadawi - KMB

21/05/2024

SABAR!! JANGAN SWIPE ATAU SCROLL DULU! ✋

Tuan & Puan, ibu bapa yang dikasihi sekalian, video ini lengkap untuk menerangkan betapa pentingnya Program kami untuk anak-anak anda yang berusia 7-16 tahun. ❤️

Tolong dengarkan sehingga habis ya.
Jika video ini bukan untuk anda, mohon sebarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak umur 7-16 tahun untuk bersama AMPAC dalam membangunkan potensi mereka.

Program Cuti Sekolah AMPAC ✨
27-30 Mei 2024
👉 Public Speaking
👉 Motivasi Belajar
👉 Memanah Indoor

http://programcutisekolah.com

20/05/2024

Min ingat iklan raya korban tadi.. rupanya Coach Ayie kita Menahan kesakitan demi anak-anak anda ❤️

Jangan lupa untuk daftarkan ke Program Cuti Sekolah AMPAC. 🫰

Jangan korbankan masa terluang mereka dengan hanya bermain game di rumah.. ayuh bersama AMPAC. 😍

Photos from Program Cuti Sekolah Ampac's post 18/05/2024

PREMIUM PROGRAM 2nd Session! 🔥✨

Dah mula perjalanan peserta AMPAC untuk menjadi Emcee yang cemerlang! 💪

Hari ni kita fokus kepada lontaran suara yang padu. Sebab jadi Emcee ni kena pastikan suara jelas dan bertenaga.

InsyaAllah, kita doakan semua peserta dapat menguasai teknik menjadi Emcee yang hebat.

17/05/2024

Assalamualaikum tuan puan, ibu bapa yang dikasihi sekalian. Terima kasih sudi mendapatkan E-Book terbaru AMPAC nukilan Abg Badr yang berjudul “5 Tips Bercakap Dengan Anak Zaman Gajet.”

Semoga segala tips yang dikongsikan dapat membantu dan memberi manfaat buat tuan/puan sekeluarga.

Di pihak AMPAC, kami teruja untuk berkongsi berita gembira ini.

InsyaAllah, AMPAC akan menganjurkan Program Cuti Sekolah di Bangi. ✨

Program yang lebih 11,500 peserta telah menyertai dan menjadi semakin yakin serta bijak berbicara.

Detail program adalah seperti berikut :

🗓️ Tarikh Program
27 - 30 Mei 2024

⏰ 9.30 pagi - 4.30 petang

🏡 Akademi AMPAC, Bandar Baru Bangi (secara bersemuka)

📚 Khas untuk peserta 7-16 tahun

Modul
📍 Bijak Berbicara (Pidato)
📍 Brilliant Students' Skills
📍 Memanah Pendekar Awang (Melatih Fokus & Ketahanan Diri)

Website
http://programcutisekolah.com

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang hebat, mempunyai kemahiran baru di dalam cuti sekolah ini.

17/05/2024

Fuhhhh petang-petang ni Coach Ayie terbang guys.. 🤣
Lajuuu sangat bawa motor ni.. mungkin lari dari Ronaldo & Makcik Taekwondo.. hihi

Tapi kira okay sebab Coach Ayie dah tak terguling macam sebelum ni.. 😂

Apa-apa pun.. jangan lupaaa yang cuti sekolah dah semakin dekat ni.. Daftar tau! 🫰

Photos from Program Cuti Sekolah Ampac's post 17/05/2024

Perjumpaan AMPAC & Zurriyat Academy ❤️

Sebuah perjumpaan yang cukup bermakna buat kami. InsyaAllah satu kerjasama akan dibuat, istimewa buat warga Shah Alam. 😊

Terima kasih atas kesudian hadir ke teratak kami. 😉

*Sebelum ni AMPAC pernah menyertai Malaysian Islamic Children Fair (MICF) yang dianjurkan oleh Zurriyat Academy. Event yang sangat power dan besar, fokus kepada education. Menarik jika dapat dibuat semula. 🥰

Siapa tau MICF? Ce komen sikit! ✨

17/05/2024

Semalam Hari Guru, min rasa nak wish special untuk AMPACoaches ❤️

Selamat Hari Guru buat semua AMPACoaches yang kuat dalam perjuangan mendidik anak-anak bangsa menjadi berani dan yakin dalam pengucapan awam. Ada kala terpaksa korban cuti demi memastikan program berjalan lancar dan peserta program apa sekali pun dapat yang terbaik. 🥰

Terima kasih atas jasa anda semua 😍
& hanim

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Selangor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Kami SUPERHERO dan SUPERSTAR anak-anak anda!!!

Ratusan keluarga sudah menikmati kesannya, anda bila lagi? Dengan menggunakan modul Brilliant Students' Skills, English Cuti Sekolah dan Misi Bijak Berbicara, insyaAllah 4 hari ini bakal menjadi pengalaman hidup yang cukup menarik untuk anak anda!! Kami berada di hampir 10Lokasi tahun 2018 ini. Belum daftar? kami ada beberapa sahaja tempat duduk lagi.

www.programcutisekolah.com

Videos (show all)

“MENUNTUT ILMU”Kefarduan Ke Atas Semua Umat Islam.Oleh Abg Badr ❤️
YA CUTI SEKOLAH SUDAH BERMULA! ✨ Bermula la ibu bapa memikirkan aktiviti untuk anak-anak ❤️ Mungkin ada dikalangan ibu b...
DARIPADA 5 BINTANG, ANAK SAYA BAGI 10 BINTANG KEPADA AMPAC ✨“Malah yang seorang lagi bagi 50 Bintang terus!”Alhamdulilla...
Aduhhh 😭Member dah janji nak tunggu gaji baru daftar anak.. tengok dah daftar dulu.. 🥲Jangan bimbang, Ampac ada solution...
Aduhhh 😭 Member dah janji nak tunggu gaji baru daftar anak.. tengok dah daftar dulu.. 🥲 Jangan bimbang, Ampac ada soluti...
Luar Biasa di pagi hari ini.. 🤣Rasanya sebelum ni kena terajang dengan lembu korban.. Tengok Coach Ayie masih maintain o...
Luar Biasa di pagi hari ini.. 🤣 Rasanya sebelum ni kena terajang dengan lembu korban.. Tengok Coach Ayie masih maintain ...
SABAR!! JANGAN SWIPE ATAU SCROLL DULU! ✋ Tuan & Puan, ibu bapa yang dikasihi sekalian, video ini lengkap untuk menerangk...
SABAR!! JANGAN SWIPE ATAU SCROLL DULU! ✋Tuan & Puan, ibu bapa yang dikasihi sekalian, video ini lengkap untuk menerangka...
Min ingat iklan raya korban tadi.. rupanya Coach Ayie kita Menahan kesakitan demi anak-anak anda ❤️Jangan lupa untuk daf...
Min ingat iklan raya korban tadi.. rupanya Coach Ayie kita Menahan kesakitan demi anak-anak anda ❤️ Jangan lupa untuk da...
“LEARN & ENJOY!” Bersama peserta Premium Program AMPAC! ✨ Alhamdulillah, sesi kedua berjalan lancar dan sudah masuk kepa...

Telephone

Address

No. 10A-12A, Medan Pusat Bandar 1, Bandar Baru Bangi
Selangor
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 17:30

Other Sport & Recreation in Selangor (show all)
KungFu Boys 功夫小子 KungFu Boys 功夫小子
Selangor, 56000

“功夫小子” (表演者)是来自马来西亚武术精英。

SPEEDWAY PLUS CIRCUIT SPEEDWAY PLUS CIRCUIT
KM8, USJ REST & SERVICE AREA, ELITE Highway
Selangor, 47590SUBANGJAYA

Speedway PLUS Circuit is a multi motorsports circuit. 959m homologated circuit certified by AAM, hosted several international events. Currently suitable for go-kart, mini bike, bik...

QQ Sport QQ Sport
56G, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50
Selangor, 46000

Kem Rekreasi Sungai Gading Kem Rekreasi Sungai Gading
Selangor

Menyediakan perkhidmatan perkhemahan, team building dan pendidikan luar pada semua peringkat umur bermula pelajar sekolah rendah sehingga orang dewasa.

Ninety Six Badminton Academy  (001856348-H) Ninety Six Badminton Academy (001856348-H)
Lot 1810, Jalan KPB 5, Bukit Belimbin, Balakong
Selangor, 43300

We have18 indoor badminton courts, 1 VIP Court and 1 900’ square feet Yoga Room

MMA Combat Asia MMA Combat Asia
Sunway
Selangor, 46150

Combat Asia brings you the MMA lifestyle.

Teraju Sukan Teraju Sukan
Kampung Tengah
Selangor, 47100

Carolyn's School of Rhythmic Gymnastics - CSRG Carolyn's School of Rhythmic Gymnastics - CSRG
Jalan PJU 5/13, Dataran Sunway, Kota Damansara
Selangor, 47810

A Rhythmic Gymnastics School in Selangor, Malaysia for kids aged 4 years old and above. For more inq

Kain 4 Quilt & Patchwork (K4Q) Kain 4 Quilt & Patchwork (K4Q)
Bangi
Selangor, 43650

Anda boleh mendapatkan kain untuk sebarang aktiviti kraf termasuk quilt, patchwork, jahitan bag dan pelbagai lagi.

Stayfit - Food & Fitness Stayfit - Food & Fitness
No 17, Jalan Putra Permai 1A, Taman Equine
Selangor, 43300

Your neighbourhood Fitness Center and Gym. Affordable membership with nice facilities.

R.N. Samy Bicycle R.N. Samy Bicycle
No. 10-G, Plaza UMNO, Jalan Batu Caves, Taman Batu Caves
Selangor, 68100

The company was founded 1982 by Mr. Narayansamy, beginning with a small foundation by selling classi

Kaki Sukan Kaki Sukan
Ampang
Selangor, 68000

Update terkini sukan di Fesbuk anda..