Komunikasi Keadilan Hulu Langat

Agenda Reformasi Negara Malaysia. Hapuskan Perasuah & Perompak Negara

15/10/2023
04/10/2023
Photos from Komunikasi Keadilan Hulu Langat's post 17/09/2023

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kalau kamu masih ada maruah diri dan tidak mahu digelar sebagai PENGKHIANAT, sepatutnya kamu letak jawatan dan bertanding di Muar dengan kekuatan kamu sendiri dan parti MUDA. Kemenangan kerusi Muar adalah dengan kekuatan Harapan dan penyokong kami yang memberikan undi kepada kamu kerana kamu berkempen atas logo Harapan. Kamu ceramah di atas pentas Harapan. Muka kamu diwar-warkan dalam poster ceramah Harapan. Kami memberikan laluan kepada kamu untuk menang di Muar dengan tidak meletakkan calon PH di Muar malah berkempen untuk kemenangan kamu. Kini parti kamu begitu angkuh dan menyoal jika ada bukti Muar dimenangi dengan undi Harapan. Disini saya sertakan semua bukti yang diambil dari Facebook kamu yang masih disitu. Kamu berkempen menggunakan logo Harapan dan gambar pemimpin Harapan. Don't be a traitor to your voters!

16/09/2023

Selamat Hari Malaysia.

Malaysia dah Selamat daripada pengkhianat dan perompak. Tak perlu berhimpun, hanya perlu bekerja memajukan negara. Kalau nak himpun untuk selamatkan Mahatir, Hadi Awang dan Sanusi, tak payah guna nama Malaysia.

Photos from Komunikasi Keadilan Hulu Langat's post 06/09/2023

Cucu Atok Syed Saddiq 'terpaling berprinsip'. Talam 2 muka....

03/09/2023

Hadi Awang sihat walafiat untuk mesyuarat tebuk atap tapi sakit tenat bila pihak polis panggil untuk siasatan. Adakah Hadi menghina penjawat awam dengan penipuannya ini?

03/09/2023

Hari ini 34 Ogos 2023, Hadi Awang masih tunggu panggilan dari Istana untuk angkat sumpah jadi PM11.

02/09/2023

Anwar The Untold Story is trending on Netflix.

02/09/2023

Inilah Selangor Baru yang PAS nak bawa dari Kelantan ke Selangor. Rakyat yang perlu tanggung kos Pusat Khidmat Adun PN di N11 Ijok. Pengundi di Ijok mesti bersyukur PN dapat memajukan .

30/07/2023
TikTok · Keadilan Hulu Langat 30/07/2023

Rakyat berhak nak dengar dan bandingkan idea ekonomi siapa yang lebih baik.

Jadi, saya ajak bekas Menteri Kanan Azmin debat tapi dia tolak.

Ingat panglima besar PN, MB Sanusi nak terima tapi dia pun tolak.

Ada cadangan nama lain ke dari PN?

TikTok · Keadilan Hulu Langat 27 likes, 4 comments. “Rakyat berhak nak dengar dan bandingkan idea ekonomi siapa yang lebih baik. Jadi, saya ajak bekas Menteri Kanan Azmin debat tapi dia tolak. Ingat panglima besar PN, MB Sanusi nak terima tapi dia pun tolak. Ada cadangan nama lain ke dari PN? Atau PN hanya sembang kencang di m...

30/07/2023
TikTok · Keadilan Hulu Langat 29/07/2023

Calon N23 Dusun Tua - Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz

TikTok · Keadilan Hulu Langat 768 likes, 34 comments. “Keadilan & Pakatan Harapan menyokong penuh calon Dun Dusun Tua, Datuk Johan dari Barisan Nasional. Penyokong PH di Dusun Tua undilah, calon BN untuk kekalkan kerajaan Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan di Selangor.”

TikTok · Keadilan Hulu Langat 29/07/2023

Calon N24 Semenyih - Wan Zulaika Anua

TikTok · Keadilan Hulu Langat Check out Keadilan Hulu Langat's video.

27/07/2023

Apabila pemimpin cuma Islam pada nama, akhlak dibuang

22/07/2023
Photos from Anwar Ibrahim's post 20/07/2023
Photos from Fahmi Fadzil's post 19/07/2023
TikTok · Keadilan Hulu Langat 15/07/2023

Kerajaan dalam proses merangka dasar Anti Alibaba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.

TikTok · Keadilan Hulu Langat 212 likes, 14 comments. “Kerajaan dalam proses merangka dasar Alibaba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.”

01/06/2023

Ucapan penuh Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli dalam Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Shah Alam, Selangor.

Kementerian Ekonomi akan melaksanakan kemudahan pemberian peruntukan kepada pihak berkuasa negeri, daerah, tempatan dan seterusnya rakyat bagi perbelanjaan projek-projek berskala kecil.

Kemudahan tersebut disifatkan sebagai ‘mendemokrasikan’ peruntukan kerajaan bagi memudahkan rakyat membuat permohonan secara terus kepada kerajaan untuk membaiki dan menambah baik infrastruktur di kawasan mereka.

Jadi, tak perlu melalui lapisan-lapisan, jabatan daerah dan negeri pun boleh minta terus, rakyat biasa pun kalau rasa jalan di depan rumah perlu diturap, mereka boleh mohon terus, jadi menang-menang untuk semua.

30/05/2023

Walaupun kita mengejar arus kemodenan, nilai seni dan budaya harus dipelihara dan terus diamalkan.

Selamat Menyambut Tadau Kaamatan! Semoga anda dan keluarga dianugerahi kebahagiaan dan kesuksesan di dalam hidup.

Selamat Menyambut Hari Gawai! Semoga rasa gembira dan semangat kebersamaan meresapi hari-hari anda sepanjang tahun.

Kedua-dua perayaan ini menjadi medan untuk mengeratkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini dan cerminan kepada keharmonian beragama di Malaysia.

30/05/2023

Pilih minuman kegemaran anda.

25/04/2023

Selama 22 tahun + lagi 22 bulan tak pernah dengar Rahmah tapi dengar Rosmah adalah.

Photos from KeAdilan Cabang Hulu Langat's post 11/04/2023
Keadilan Hulu Langat on TikTok 04/04/2023

Kerajaan memberi jaminan isu lantikan tetap doktor kontrak akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun. Seramai 4,300 daripada 20,333 doktor kontrak akan diserap ke jawatan tetap tahun ini .

Keadilan Hulu Langat on TikTok Kerajaan memberi jaminan isu lantikan tetap doktor kontrak akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun. Seramai 4,300 daripada 20,333 doktor kontrak akan diserap ke jawatan tetap akan diserap ke jawatan tetap...

Photos from Farhan Fauzi's post 29/03/2023
13/01/2023

Bermula malam ini untuk tahun 2023, saya akan bersiaran semula secara digital untuk mengulas dan mengupas isu-isu semasa dan nasional yang dihadapi rakyat.

Untuk malam ini, saya memilih tajuk ekonomi untuk kita meneliti isu-isu pokok, dapatan dan fakta terbaru serta realiti yang perlu dihadapi.

Saya ingin menjemput semua sahabat untuk sama-sama ikuti jam 9 malam ini. Pohon kongsikan kepada semua.

19/12/2022
03/12/2022

KENAPA ANWAR JADI MENTERI KEWANGAN

Ramai yang masih ingat ucapan Mat Sabu sewaktu kempen PRU 14 yang lalu (bukan PRU 15). Mat Sabu membuat perumpamaan kepada bekas Perdana Menteri semasa itu, ‘Najib nak pakai duit, Najib tanya Najib, Najib cakap nanti dia bincang dengan Najib. Lepas bincang, Najib luluskan duit kepada Najib’.

Kali ini pastinya orang akan troll juga ‘Anwar nak pakai duit, Anwar tanya Anwar, Anwar cakap nanti dia bincang dengan Anwar. Lepas bincang, Anwar luluskan duit kepada Anwar’. Tidak mengapa. Itu hak rakyat untuk troll pemimpin dan pemimpin perlu steady dan tidak koyak.

Bagi saya ini troll seperti ini pastinya sudah difikirkan oleh Anwar. Hakikatnya, karekter Anwar adalah berbeza dengan Najib. Anwar sudah tolak gaji. Anwar juga pesan kepada pegawai supaya tidak sediakan cenderamata apabila beliau pergi turun padang ke program kementerian. Anwar juga tolak untuk gunakan Mercedes S600.

Justeru, kenapa Anwar ambil jawatan Menteri Kewangan? Jawapannya kerana Anwar tahu bahawa ketirisan akan bermula dengan M*F. Perbelanjaan besar di setiap kementerian mesti mendapat kelulusan M*F. M*F ini adalah gedung perbendaharaan dan jika Anwar sudah bagi komitmen untuk melaksanakan tender terbuka maka M*F mesti berperanan. Anwar tahu hal itu kerana Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan.

Mungkin ada yang berhujah bahawa lebih baik seorang Perdana Menteri tidak menjadi Menteri Kewangan atas alasan bahawa untuk mewujudkan mekanisme semak dan imbang. Orang yang tidak puas hati dengan Menteri Kewangan kemudiannya boleh mengadu kepada Perdana Menteri. Tidak salah untuk berhujah sedemikian namun dalam keadaan komitmen Anwar untuk melakukan tatakelola yang baik maka kegusaran salah guna kuasa itu boleh dihindarkan. Lagipun, pasca PRU 14 dahulu rakyat sudah semakin celik tentang hal tatakelola ini. Rakyat sendiri boleh memekik dan memaki Anwar nanti jika Anwar tidak mengotakan janji untuk melakukan tatakelola yang baik dalam M*F.

Dalam menghadapi saat ekonomi yang sukar pada tahun 2023, Anwar tiada pilihan kecuali mesti bergerak secepat mungkin untuk mengejar masa. Masa yang terbuang akan merugikan negara.

Anwar juga adalah Perdana Menteri. Sebagai Perdana Menteri beliau adalah yang Pengerusi kepada Jemaah Menteri. Perdana Menteri perlu tahu apakah yang dibuat oleh kementerian dan perlu membuat keputusan segera. Jika Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya membuat keputusan tetapi tersangkut p**a di M*F maka keputusan yang segera itu akan tetap menjadi lambat. Namun, jika Anwar menjadi Menteri Kewangan isu kelambatan ini dapat diatasi dengan secepatnya. Anwar bergerak pantas dan tidak berfikir pasal cuti. Anwar telah mengumumkan nama-nama anggota Jemaah Menteri pada hari Jumaat malam Sabtu. Mana-mana Menteri yang dilantik melalui jalan senator perlu mengangkat sumpah pada hari Sabtu dan Anwar sendiri sudah menjadualkan supaya perjumpaan dengan Menteri itu dibuat juga pada hari Sabtu. Pada hari Isnin semua menteri yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan YDPA. Pergerakan yang cepat ini sangat luar biasa dan di luar kebiasaan Malaysia.

Seperkara lagi, Anwar tahu bahawa Timbalan Perdana Menteri adalah kluster Mahkamah. Timbalan Perdana Menteri itu kini terpalit dengan kes berkaitan sakau duit rakyat. Rakyat risau jika Timbalan Perdana Menteri itu akan mengamalkan amalan sakau dan akhirnya rakyat juga yang rugi.

Sebab itu, Anwar perlu berada di M*F untuk mengurus persepsi rakyat. Rakyat melihat Anwar sebagai orang yang tidak kemaruk fulus (teringat p**a pepatah Al Fulus Fi Dunya Wal Mampos Fil Akhirah). Ini dibuktikan bahawa dalam kes sabitan Mahkamah dahulu pun Anwar didakwa bukan kerana salah guna wang tetapi dikatakan salah guna kuasa itu berlaku disebabkan Anwar memberikan arahan dalam bentuk sergahan kepada seorang pegawai kerajaan.

Maknanya, rakyat perlu terima hakikat bahawa tidak mudah untuk seorang Timbalan Perdana Menteri menyakau duit rakyat dalam keadaan Anwar menjadi Menteri Kewangan. Anwar sendiri sudah banyak kali menekankan konsep dan prinsip keadilan serta tatakelola yang baik (good governance) dalam pentadbirannya. Harapnya Anwar akan konsisten dengan kedua-dua prinsip itu.

Keadaan kewangan negara kini pun sudah tenat. Dengan hutang negara berjumlah RM1.2 trilion adalah tidak mudah untuk mentadbir negara. Sejumlah RM600 bilion dikatakan telah dibelanjakan oleh PM 8 semasa beliau memerintah. RM600 bilion bukanlah satu jumlah yang sedikit. RM600 bilion itu pun tidak dibentangkan atas alasan darurat. Pada masa itu PM 8 bukanlah Menteri Kewangan tetapi ketirisan tetap berlaku dan maklumat terperinci mengenai perbelanjaan RM600 bilion itu tetap digelapkan daripada pengetahuan rakyat. Kalau kita lihat bajet 2023 yang dibentangkan oleh Tengku Zafrul sebelum ini pun baharu berjumlah RM372 bilion. Maka jumlah RM600 bilion itu hampir menyamai perbelanjaan 2 tahun negara Malaysia.

Justeru, mungkin itulah sebabnya Anwar memilih untuk menguruskan sendri kewangan di M*F.

Dr Zulqarnain Lukman
3 Disember 2022

Want your organization to be the top-listed Government Service in Semenyih?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Website

Address

Semenyih
43500

Other Political Organizations in Semenyih (show all)
Bilik Gerakan PDM Semenyih Indah Bilik Gerakan PDM Semenyih Indah
No 15, Jalan Semenyih Indah 9, Taman Semenyih Indah
Semenyih, 43500

.

Murni Bakery Equipments Sdn.Bhd Murni Bakery Equipments Sdn.Bhd
Kuala Lumpur
Semenyih, 43500

Jentera N24 Semenyih Jentera N24 Semenyih
Semenyih, 43500

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga semenyih , smoga perjuangan kita akan men