Opah Kitchen
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Opah Kitchen, Food stall, Ecohill, Semenyih.
Ada lauk sardin tak laku. Ingat nak buat karipap sardin. Tapi malas nak kelim bagai.. Maka terjadilah SARDIN ROLL di petang hari.. Alhamdulillah, buat macam ni baru laku sardin kat umah ni 😆😆
Korang s**a tak ? 😁
Buat inti sardin macam biasa. Nak tambah ubi kentang pun ikut s**a. Ketepikan, sementara tu kita sediakan bahan buat kulit sardin roll.
Bahan untuk kulit :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras (optional)
2 sudu besar marjerin
Sedikit garam
Air sejuk dari penapis air
Satukan tepung dan garam kemudian gaul dengan marjerin sampai jadi macam serbuk roti.
Kemudian masukkan air sejuk sikit sikit ye.. Sampai adunan tak melekat kat tangan. Rehatkan doh 15 minit. Kemudian bulat-bulatkan sebesar bola pingpong. Roll nipis nipis memanjang, hujungnya toreh toreh sikit. Lihat pada gambar. Isi inti dan gulungkan sampai abis. Goreng sardin roll dan sedia dihidangkan panas panas..
terliur tengok makan cmni....
Ni namanya DagingMasakRempah..bukan gulai daging tau..jauh bezanya na..mai kami bagi resepi kat ampa..
Resepi..
Daging..potong tebal skit n lebar
Rempah kari daging..
Serai..ketuk
Air asam jawa..
Kicap..
4 sekawan..
Skit gula..
Garam n sebok perisa..
Daun kari..
Minyak masak..
BahanBlend..
Bawang besar..
Bawang putih..
Halia..
BahanHiasan..
Tomato..belah 4
Cili hijau..
Bawang besar..hiris tebal
Caranya..
Masukkan daging dalam kuali pastu tuang bahan blend rempah serai daun kari 4sekawan minyak n air skit..masak sampai daging empuk..bila daging dah empuk tuang kicap air asam jawa gula garam n sebok perisa..bila kuah dah pekat elok dah boleh boh bahan hiasan td..kacau2 siap untuk dihidang❤
Kredit resepi, Masni Bahari
Asal raya je buat kek oren. Asal kek oren je, raya. Hehehe
Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak.
Cuba lah, bau semerbak tak menahan.
RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara :
Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan s**atan di atas.
Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang :)
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.
Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua! 😍
Credit to Nieza Nor Hamira
Arini sy nk kongsi resepi cara sy buat kuih talam pisang. Org Banjar panggil kuih ni Batil Pisang 😊😊
Lapisan bawah (pisang)
1 cawan penuh pisang yg dh diramas kasar
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
Sedikit garam
Gaul semua bhn kecuali pisang. Bila bancuhan tidak bketul barulah masukkan pisang.
Panaskan pengukus, sapu sikit minyak pd loyang. Bila dh mendidih masukkan loyang lapisan bawah. Kukus dlm 20 minit
Lapisan atas
3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung beras
Sedikit garam
Panaskan sekejap 3 bhn diatas. Bila lapisan bawah dh masak, cucuk2 dgn garpu barulah tuang lapisan atas. Kukus dlm 15 minit
Sejukkan dahulu barulah boleh dipotong
( Penutup pengukus balut kain supaya air wap tak kena pd kuih)
Edit :
Ramai yg tanya pisang apa boleh guna, apa2 jenis pisang yg selalu buat utk kuih mcm pisang berangan, kapas, abu, awak, emas pun boleh asalkan pisangnya dah masak.
Kuih ni lps siap kukus dia lembut, jgn potong masa panas2. Bagi betul2 sejuk dulu dan mengeras.
Kredit resepi : Zaim Sarah
Kuih Rangin@Kuih Dangai....acuan tk ada,kita bakar dlm pemanggang ajaib.
3Cawan Kelapa Parut Putih
1Cawan Tepung Pulut
½Cawan Gula
Scubit Garam
*Stukn smua bhn,bakar...
*Nk sdap lgi,guna kelapa muda yg sedang bt inti...
Kredit : ruzana ramli
Burnt Cheesecake
Masak dalam airfryer je ni guys !
Helok sempurna rupa cheese cake
Bahan-bahan :
A. Cream cheese 250g
B. Gula halus 1/2 cawan
C. Telur 3biji
D. Tepung gandum 2 sudu besar
E. Whiping cream 125ml
Cara membuat :
1) Blender semua bahan hingga lembut.
2) Masukkan dalam loyang 6” dan AF dgn suhu 180° selama 25 minit.
3) Dah siap, biarkan sejuk then masuk peti ais. Bila sejuk baru potong.
Selamat mencuba
Perkongsian : Rizal KingRiz
kredit: sklicious
Assalam sis.
NASI GORENG AWANG SMART JETAK (hahaha)
Harini masok nasik goreng legend. Nasi goreng lade kering.
Masok banyok sekaligus untuk makang pagi dan tengoh hari. Tapi rase² ni dok makang doh tengoh hari, simpan wat makang malam teruh. Jimat masa, kurang keje. Kadang² malas pulok nok masak nasik berlauk.
Makan gini pun dakpe doh, janji kenyang perut. Kite guna asas hok sama dengan resepi telur sambal lade kering haritu.
Insyaallah esok ambe share pulok se lagi resepi telur hok simple. Bagi ambe, keadaan kewangan sangat terkesang sekarang ni, jadi ambe bahang belake janji kenyang perut. Hok penting, kena nasik. Kekgi dokleh nok tido pulok, sehari mesti kena nasik sutir dakpe doh...huhu
Cume nok kabo je lah...dalam hidup ambe ni, antara kekasih dengan nasik, ambe lebih sayang nasik...wakaka
Credit : Wan LuQman
Nasi Yg Tk Hbs Hmpa Jgn Buang.. Hampa Try Buat Ceni.. Sedap Kottt..Sayang Chesee Mozarela Ja Tadak.. Klo Dak Lgi Perhhh 😅😅
Bahan² :
- nasi dlm 2 genggam
- telo 4 biji
- carrot 1
- daun bawang
- bawang besar dadu
- sosej potong dadu
- cili merah potong dadu (optional)
- lada sulah
- garam
- tiga Rasa (Optional)
- tepung Gandum 3 Sudu
Cara² :
Pecahkan Telo D Masukkm Garam,Lada Sulah, 3 Rsa Dan Pukul Telo Besama Bahan² Tadi.. Masukkn Tepung Gandum Dan Pukulkan Lgi Bgi Sebati Dgn Telur.. Masukkn Nasi, Sosej, Cili Merah,Daun Bawang, Bawang Dadu Dan Carrot.
Bahan Untuk Menggoreng :
Kuali L***r
Minyak
Cara Menggoreng :
Panaskkan Kuali Dan Masukkn Sedikit Ja Minyak Dn Golekkan Minyak Seluruh Kuali.. Mnyk Dah Panas Sedukkn Bhn² Tadi Menggunakan Sudu Dan Bentukkan Bulat² Ikut Skill Atau Kretiviti Masing².. Kalihkn Bla Dah Masak..Bila Dedua Belah Dah Masak Blh La Angkat Hidangkan Bersama Cili Sos..
Selamat Mencuba..
**Spa Nk Boh Chesee Mozarela Pun Boleh
kredit: xora exora
Ank2 & suami request Mee Bandung mlm ni.
Mengimbau arwah abah, dulu mmg top mee bandung dia kat felda.. Klu gaji beratur org beli..
Pes mmg sy dah frozen kan, sentiasa ada stok. so senang klu nak masak.. Sy share cara masak by kepala ye.. Jd resepi x berubah..
RESEPI MEE BANDUNG WARISAN ABAH
Pes Mee Bandung
(Pes ni leh frozenkan, tahan lama)
Lada kering/Cili Boh 1 blender
Bwg putih (10 ulas)
Bawang besar (4 ke 5 biji)
2 blender penuh udang geragau (rendam dulu)
Siap blender sema, tuang dlm periuk or kuali masak api kecil sampai air kering utk jdkan pes
Pes ni bole buat pes mee goreng
👉 Goreng kacang tanah & blender kering + biskut lemak utk pekatkan kuah
Rebus daging utk dptkn air rebusan..ni yg buat sdp mee bandung tu..
Cara:
Tumis sambal td (2 sudu besar utk sorg makan)
Masukkan air rebusan daging, agak2 dlm 2 senduk besar (utk sorg mkn), pecahkan telur.
Dah mendidih masukkan kacang, udang, sotong rendam dan daging
Masukkan mee, masukkan sawi & tomato & perasakan
Siap utk d hidangkan..
Kredit Resepi : yusreena said yusz
KETUPAT SOTONG KELANTAN
Resepi :
Bahan-bahan:
1 kilo sotong
2 cawan beras pulut
2 keping nise/gula melaka
1 kotak santan
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Air
Gula jika perlu
Cara-cara:
Bersihkan beras pulut
Rendam dengan sedikit santan dan garam
Biarkan kembang
Basuh sotong bersih-bersih
Terpulang mahu siat kulitnya atau tak
Hari ni saya siat kulitnya
Toskan
Masukkan beras pulut yang telah direndam terlebih dulu tadi..isi kan separuh dalam sotong...letak kepala sotong dan cucuk pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut tumpah
Ok dah boleh start masak
Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi,sedikit santan,nise atau gula melaka,garam,daun pandan dan sotong...buka api masak hingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi..tunggu hingga mendidih boleh tutup api..siap
Tips
*Letak separuh aje beras pulut kedalam sotong untuk mengelakkan sotong pecah
*gunakan nise atau gula melaka untuk warna kuah yang lebih gelap
*letak sedikit demi sedikit santan untuk mengelakkan santan jadi pecah minyak
Kredit : Kelantan video
Jom like & share Resepi Menarik
6 petua hilangkan kahak degil...
Siapa yang tengah BATUK berkahak teruk, boleh cuba petua nie
Kredit: BaruCun
*Kek Coklat Moist Cheese Leleh*
Bahan A
-1 cawan serbuk koko
-1 cawan susu cair
-1 cawan susu pekat
-1 cawan minyak masak
-1 cawan gula
Bahan B
-1 cawan setengah tepung gandum
-1 sudu kecik baking powder
-1 sudu kecik soda bikarbonat
**ayak
Bahan C
-telur 3biji
-ovelate 1sudu kecik
**blender telur&ovelate
**taknak letak ovelate pun boleh je..kalau letak kek lagi gebu..
******
-campur kesemua bahan A panaskan atas api kacau hingga larut sebati je dan tutup api
-masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A gaul sebati
-panaskan kukusan
-kukus dalam loyang 40minit ke 1jam nak kukus dalam bekas kecik2 pun
boleh
*Topping Cheese Leleh*
-250gm cream cheese tatura
-1/4cawan susu cair
(kalau nak topping lagi meleleh boleh guna 1/2 cawan susu cair)
-susu pekat 4@5sudu besar
*campurkan kesemua blender hingga sebati
*tuang topping ke atas kek yang dah sejuk
*parut keju cheddar
*serdak2 kek yang halus tu nina asingkan adunan kek, kukus guna acuan lompang 1biji je
kredit resepi: Raja Amanina
RESEPI KEK PISANG ❤️😋
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum..
2 cawan pisang lenyek..
1 cawan minyak masak..
1 cawan gula..
2 sudu kecil soda bikarbonat
Caranya mudah:
Semua bahan digaul rata..kukus 45 minit..
Selamat mencuba
kredit resepi: Nur Aliya Maisarah
Resepi Rendang Pedas Kerang
3kg kerang - gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi
Bahan kisar
5 biji bawang merah ros
2biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inchi halia
1inchi lengkuas
1inchi kunyit hidup
5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong
10tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus
Santan - 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit - hiris halus
Cara cara
1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, mas**an bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Mas**an santan - biarkan merenih dengan api perlahan
3. Mas**an kerisik dan asam keping - renih sampai pekat
4. Mas**an isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
5. Mas**an daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam
Kredit: Aezach Ar
Kuah kacang.
Takde belacan, takde santan. Resepi arwah bonda mak senior sekolah dulu.
Resepi kredit untuk kak asma Nurul Mansor.
500g kacang tanah
13 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras (saya letak dua biji)
Sejemput air asam jawa (saya guna satu sudu asam jawa paste adabi)
2 keping asam gelugor (saya guna 3 keping)
5 sudu gula (ikut resepi asal sedap kalau guna gula merah, tapi takada, saya letak 5 sudu gula perang, tiga sudu gula biasa)
Garam.
Perasa (resepi asal ada, tapi saya tak letak)
Saya tambah 2 batang serai
1. Panaskan minyak api dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.
2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.
3. Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.
4. Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.
5. Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.
5. Masukkan gula, air asam jawa,asam gelugor, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya api yang kecil.
6. Bila dah nampak dah pecah minyak, kuah kacang dah siap.
credit : Cr Nur Hafizah
Tiba2 ambik mood maw buat tart cadbury nih...
Disini sya kongsi resepi
250g buttercup
300g tepung gandum
40g tepung jagung
Sebiji telur kalau rasa lembik sgt ble tambah sdikit tepung
Pewarna purple..
Coklat cadbury..
Bakar 25minit suhu 180c..
Selamat mcuba
Kredit Resepi : salina ismail
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Semenyih
43500
107, Jalan 1/5, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih. , (Opposite Onking Chain-Store Sdn Bhd)
Semenyih, 43000
MHC Bandar Teknologi Kajang, Selangor � Rasakan Kerangupannya � Original, Spicy, Cheese, Korean Spicy
Semenyih, 43500
NzCrunchies at Semenyih #spiceepunch #aducktivesedap #nzcrunchieslicious
Semenyih, 43500
DROPSHIP MAKANAN DIPERLUKAN � Nak jual apa cakap je, kita ada semua! Yang penting �NO M O D A L �NO Y U R A N �TAK PERLU PEGANG S T O K https://wa.me/60139696491
No 5 Jalan Mutiara Rinching 4, Taman Mutiara Rinching
Semenyih, 43500
Kami adalah pengeluar Lasagna (baked & frozen) dan Matcha Cheesecake, menjual pelbagai jenis produk makanan yang lain serta produk kegunaan harian. Tempahan dibuka setiap hari. Se...
Jalan Sri Tanjung 10
Semenyih, 43500
SEKARANG KAMI BERPINDAH KE SRI TANJUNG YE‼️ Jemput datang semua ‼️
Tesco Semenyih
Semenyih, 43500
🔥AYAM GOLEK DER🔥 🐔IG : ayamgolekder 🚗 location waze: TESCO SEMENYIH 📍BAZAAR RAMADAN TESCO SEMENYIH 📍BAZAAR RAMADAN BANDAR TASIK KESUMA
Semenyih Indah 1
Semenyih, 43500
Ayyash Sate Madu & biasa kini di buka di semenyih indah
3 Heng Kopitiam, Persiaran EcoHill Timur
Semenyih
【3 Heng Kopitiam 三兴茶餐室】 �: 41, Jalan Ecohill 1/5B, Setia Ecohill, 43500Semenyih, Selangor