Promosikesihatanpkds
Dapatkan update berita, info dan tips penjagaan kesihatan di Promosikesihatanpkds. Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.
Seringkali berlaku kejadian keracunan makanan yang disebabkan oleh pengendalian penyediaan makanan yang tidak selamat.
Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif dengan memastikan pengendalian dan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu.
Pengusaha dan peniaga makanan perlu menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan‼️
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Daerah Seremban
🗓 Tarikh : 10 Ogos 2024
🕰 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
📍 Tempat : MYDIN Senawang
Pelbagai Aktiviti Menarik Di Zon ANMS Menanti Anda!!
🔸️Zon Sihat
🔸️Zon Khidmat Agensi
🔸️Zon Segar
🔸️Zon Cergas
🔸️MYDIN @ ANMS
🔸️Happy Hour
Daftar segera aktiviti Happy Hour kerana tempat adalah terhad. Penyertaan adalah percuma. Hadiah menarik menanti anda.
Jangan lepaskan peluang. Datang beramai - ramai bersama keluarga dan rakan.
Pasti anda tidak terkecuali s**a beriadah bersama keluarga ke tempat seperti air terjun dan sebagainya kan? Hati-Hati ye jangan s**a menjadi duka..
Jom kita kupas isu mengenai penyakit Leptospirosis bersama Dr Nurul Haniza Md Yusof, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, PKD Seremban
*FB Live @ PKD Seremban*
*Leptospirosis*
*Tikus? Air?Sakit? Apa Kaitan?*
Pasti anda tidak terkecuali s**a beriadah bersama keluarga ke tempat seperti air terjun dan sebagainya kan? Hati-Hati ye jangan s**a menjadi duka..
Jom kita kupas isu mengenai penyakit Leptospirosis bersama Dr Nurul Haniza Md Yusof, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, PKD Seremban
Tarikh : 2 Ogos 2024
Masa : 10 pagi
Platform : FB Pejabat Kesihatan Daerah Seremban
_*V-Talk @ Wellness Hub Seremban*_
*Durian oh Durian... Berapa banyak boleh makan ni..?!*
Tarikh : 1 Ogos 2024 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Platform : Google Meet https://meet.google.com/buu-wskt-krp
E- sijil disediakan
Program Pas**an Khas Pendidikan Kesihatan (PAKAT) 2.0 bersama COMBI Daerah Seremban yang di rasmikan oleh YB Tuan Gunasekaren A/L Palasamy ADUN Seremban Jaya telah melabur tirai pada 20 Julai 2024 (Sabtu). Program perasmian ini mengambil tempat di Pasar Awam Seremban Jaya. Taman Senangin dan Taman Seremban Jaya fasa 1 hingga 10 merupakan kawasan yang terpilih untuk menjalankan gotong royong kendiri, lawatan rumah ke rumah bersama s**arelawan COMBI daerah Seremban. Semoga dengan berhasilnya program ini, para penduduk mendapatkan kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya denggi.
Amalkan 10 minit setiap minggu membersihkan kawasan rumah anda. Bebaskan kawasan rumah kita dari pembiakan nyamuk aedes bagi mengurangkan penularan penyakit Denggi.
Kawasan wabak denggi di Somban. Minggu epid 30 @ 22/07/2024
Kes denggi Daerah Seremban
Jauhi tempat yang berpotensi untuk dijangkiti Leptospirosis semasa berkelah.
Antara gejala leptospirosis adalah demam, sakit otot, sakit perut, muntah, jaundis dan cirit-cirit.
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Apo Koba ea orang Nismilan?
Moh doreh poei AEON Mall Nilai 29 & 30 Jun 2024 niaha..
Ado Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2024
Macam-macam aktiviti ado tu nanti.. Antaro eh :
✅ Demo Masakan
✅ Pocket Talk
✅ Kembara Pasaraya
dan macam-macam laeli..
Jumpo di AEON Nilai ujung minggu ni yo... 😉
Perbincangan santai bersama Pengurusi KRT Taman Seremban Jaya Fasa 5. Diharapkan lopeh ini lobih rancak lagi aktiviti pencogahan domam denggi di lokaliti dan pelbagai program akan dilaksanakan selepas ini.
Berikut merupakan kawasan kes denggi di lokaliti-lokaliti yang ada dekat Seremban. Jom semua kita ambil masa 10 minit untuk membersihkan kawasan rumah bagi mengelakkan penyebaran penyakit Denggi!
Sampah yang tidak diurus dengan baik berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Amalkan etika buang sampah yang betul.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Takungan air pada alat penapis air di kediaman anda mampu menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Musnahkan tempat pembiakan Aedes.
Longkang dan sistem pengumpulan air hujan yang tersumbat dan menakung air berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.
Lakukan pembersihan. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Tahukah anda? Telur nyamuk hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa.
Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Borak-borak santai bersama Pegerusi COMBI dan KRT Taman Gadong Jaya. Diharapkan lopeh ini lobih rancak lagi aktiviti pencogahan domam denggi di lokaliti dan pelbagai program akan dilaksanakan selepas ini.
Dah nak balik kampung ke tu? Eh, kejap-kejap..sebelum balik kampung tu, buat dulu senarai semak
➡️ Pastikan tiada bekas yang boleh jadi punca pembiakan Aedes
➡️ Buang bekas yang boleh menakung air
➡️ Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas menakung air
Dah selesai semua tu, barulah boleh pulang ke kampung dengan hati yang tenang.
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Waspada Microsleep!
Ramai dah mula pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta di kampung halaman.
Dapatkan tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan berhenti rehat di tempat yang selamat jika rasa mengantuk.
Ingat, nyawa tiada ganti.
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KUPANG BERACUN 😱
Bagaimana keracunan tersebut berlaku❓
Jom, ambil tahu demi keselamatan bersama❗️
Dah tahu, kongsikan ye📨
Jom Ikuti Tips Mudah Ini
Tahukah anda minyak masak terpakai boleh ditukar kepada tunai?
SWCorp dapat membantu anda. Bawa minyak masak terpakai anda :
Tarikh : 30 Mac 2024
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Wellness Hub Seremban (Kuala Sawah,Rantau)
V - Talk Ramadan Bersama Wellness Hub Seremban
Siri 4
Sleep Hygiene
Sulit untuk tidur? Rasa tidak bermaya selepas bangun tidur? Dapatkan tips untuk mengatasi masalah tidur anda bersama Pn Ain.
Tarikh : 27 Mac 2024
Jam : 3.00 petang
Platform : Google Meet
https://meet.google.com/ppj-txrq-xxq
Kenali Gejala, Selamatkan Nyawa!
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban akan berkongsi tentang penyakit kanser kolorektal melalui platform FB live khas. Luangkan masa anda mengenali kanser kolorektal, antara kanser tertinggi di Malaysia.
V-Talk Ramadan Bersama Wellness Hub
Seremban kembali lagi!!
_Siri 2_
*Selamatkah Makanan Kita? Tips Di Bulan Ramadan*
Juadah berbuka dibeli atau masak sendiri? Yakin selamat atau bimbang memudaratkan? Jom hindari keracunan makanan di bulan Ramadan bersama Pegawai Teknologi Makanan.
Tarikh : 15 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Platform : https://meet.google.com/maa-qiit-vda
**e-Sijil disediakan
WELLNESS HUB SEREMBAN
Unit Promosi Pejabat Kesihatan Seremban..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the practice
Website
Address
Seremban
70590
Opening Hours
Monday | 09:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Friday | 09:00 - 17:00 |
Seremban
Hi..I'm Mohamad Nurhakim Shafiq..can just call me Hakim..any inquiries about COWAY, dont hesitate &
No 77, Jalan Saujana S2 Height, Saujana S2 Height
Seremban, 70300
Yang terbaik buat para suami.
Seremban
Fitness dance exercises and programmes tailored to be Happy & Fun for all to enjoy while keeping fit
NO 9-1, TINGKAT 1, Jalan RASAH PRIMA 1, PUSAT KOMERSIAL RASAH PRIMA
Seremban, 70300
1A, Wisma Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan Jalan Dato Bandar Tunggal Negeri, Bandar Seremban
Seremban, 70000
✅Authorised Magic Specialist SK Magic(M) Sdn Bhd✅ https://shop.skmagic.com.my/agentcode=112226175
No 17 & 19, Ground Floor, Jalan Tan Sri Manickavasagam
Seremban, 70300
大家可以互相交流、获取健康资讯和社区快讯。 We in touch to share health topics a
No. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, Seremban 2
Seremban, 70300
Page ini berkaitan dengan bengkung kesihatan Turki by Orthosoft yang merawat masalah sakit pinggang
1220 Jalan Cengal 29, Tmn Ampangan
Seremban, 70400
Produk Have Herbal Spray dan Krim Jeragat 769 www.wasap.my/601159535731/sihatibubapa